Anda di halaman 1dari 10

KATA NAMA AM

Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan
tempat secara am atau umum.


Perhatikan penerangan di bawah ini.



Kata Nama Am Contoh Ayat Contoh

Benda permaidani, tongkat,
tikar, langsir, kotak,
komik, biskut, roti,
gelas, pinggan, piring,
tempayan, botol,
sangkar, selipar,
kalendar
1 Almari itu berpintu dua.
2 Kipas itu berpusing ligat.
3 Ayah membeli dua buah komputerbaru.


Haiwan monyet, bangau,
siamang, landak, ular,
serigala, singa, cacing,
siput, jengking, kijang,
seladang, pelanduk,
tenuk
1 Burung itu terbang tinggi di udara.
2 Pak Jabit membeli dua
ekor lembujantan.
3 Leher zirafah itu panjang sekali.


Manusia penghulu, pekebun,
wanita, pelajar,
jurubina, pensyarah,
emak, adik, tukang
masak, penyelia,
juruwang, wartawan,
pengarah, seniman,
pengetua
1 Wanita itu paling dikehendaki oleh
polis.
2 Adiknya bekerja sebagai seorang
juruhias.
3 Ibunya jarang menjenguknya di
asrama.

Tempat bank, klinik,
perpustakaan, asrama,
hospital, plaza tol,
pawagam, kafe taman
bunga, pasar malam,
pam minyak, pejabat,
bengkel, restoran,
universiti, maktab
1 Mereka sering berkelah di pantai itu.
2 Orang ramai berkumpul di balai rayaitu.
3 Kita digalakkan menyimpan wang
dibank.




Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.


Contoh:

1 Encik Wong membeli sebuah kereta baru.



Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada

permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.


Contoh:

1 Masjid itu baru siap dibina.

2 Ayam jantan saya berkokok pada setiap pagi, kata Salman.










Dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata
bilangan untuk membilang kata nama konkrit (bukan abstrak) seperti orang, haiwan, benda, tempat, dan
sebagainya. Yang berikut ialah senarai penjodoh bilangan yang digunakan dalam bahasa Melayu:
Perkataan Erti/Kegunaan Contoh
angkatan kumpulan seragam seangkatan tentera
baris kumpulan benda dalam bentuk garis lurus sebaris ayat
batang benda panjang atau tinggi
sebatang sungai,
sebatang pokok
bentuk benda yang melengkung sebentuk cincin
berkas ikatan atau susunan seberkas kayu api
bidang benda yang luas sebidang tanah
biji
1) buah-buahan
2) benda yang bulat
3) benda yang kecil
sebiji mangga
sebiji bola
sebiji benih
bilah benda yang tajam sebilah pedang
buah
1) benda yang besar
2) benda yang tidak ditentukan penjodoh bilangan
sebuah kapal
sepuluh buah kerusi
buku benda yang berbongkah sebuku sabun
bungkus benda dalam bungkusan sebungkus nasi
butir benda yang kecil sebutir peluru
carik kepingan yang dicarik secarik kain
cebis potongan, serpihan secebis kaca
cekak benda bersaiz secekak jari secekak sirih
cubit sedikit secubit garam
cucuk benda yang ditusuk dengan lidi secucuk sate
das tembakan 21 das tembakan meriam
deret benda-benda dalam sebarisan sederet kedai
ekor haiwan seekor ayam
gugus
benda-benda sama jenis yang dikumpulkan dalam satu
ikatan
segugus anggur
gelung benda yang berlingkar segelung tali
gemal sama dengan "cekak" segemal padi
genggam benda-benda yang dipegang dalam kepalan tangan segenggam beras
gulung benda yang digulung segulung kain
gumpal
1) bongkah
2) ketul
3) kepul
segumpal tanah
segumpal darah
segumpal asap
helai benda yang nipis dan lebar sehelai baju
hidangan kumpulan makanan dan minuman yang disajikan sehidangan kuih-muih
hiris potongan nipis sehiris daging
ikat benda-benda yang diikat rapat seikat kayu api
jambak karangan (bunga dll.) sejambak bunga
jambangan benda dalam pasu atau belanga sejambangan bunga
jemput benda-benda yang diambil dengan hujung jari sejemput pasir
kaki Benda bertangkai
sekaki payung
sekaki cendawan
kandang haiwan dalam kandang sekandang kambing
kapur sirih sekapur sirih
kawan kumpulan haiwan sekawan lembu
kelompok kumpulan, gugusan sekelompok pulau
kepal gumpalan beberapa kepal nasi
keping kepingan, potongan sekeping kertas
kepul gumpalan asap atau awan yang tebal sekepul asap
kerat baahgian, potongan sekerat tulang
ketul gumpalan, ketulan seketul daging
kotak benda dalam kotak sekotak bijirin sarapan
kuntum bunga sekuntum bunga merah
laras senjata selaras senapang
lembar benda yang panjang dan luas bidangnya sebidang kain
lingkar sama dengan "gelung" selingkar tali
longgok himpunan, timbunan selonggok sampah
naskhah salinan bahan bacaan bersiri senaskhah majalah
orang manusia dua orang anak
papan kepingan sepapan petai
pasang benda yang berduaan sepasang kasut
pasukan kumpulan seragam sepasukan pemain bola sepak
patah perkataan sepatah kata
pintu bangunan sepuluh pintu kedai
potong kepingan yang dipotong sepotong kek
pucuk
1) surat
2) senjata api
sepucuk surat
sepucuk pistol
puntung keratan kayu yang pendek-pendek sepuntung kayu api
rangkap baris-baris karangan serangkap pantun
rawan menyatakan selengkap benda itu serawan jala
ruas bahagian di antara dua benda beberapa ruas tebu
rumpun kelompok, ikatan serumpun serai
sikat tangkai pisang sesikat pisang
sisir sama dengan "sikat" sesisir pisang
suap sebanyak yang dijemput dan dimasukkan ke mulut sesuap nasi
tandan buah-buahan yang bergugus setandan pisang
tangkai bunga setangkai bunga
teguk sebanyak yang ditelan sekali seteguk air
timbun himpunan sesuatu yang bertindih-tindih setimbun sampah
titik Titisan setitik air mata
tongkol
1) kepingan yang besar dan berbongkah
2) buah jagung
setongkol kayu
lima tongkol jagung
ulas bahagian buah yang berbiji dll. seulas buah durian
untai rangkaian benda yg dicucuk seuntai manic
urat gelang atau benda yang kecil (halus) dan panjang dua urat gelang
utas benda yg berurai seutas jam tangan








Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:

Penjodoh
Bilangan
penggunaannya Contohnya
angkatan untuk sekumpulan manusia atau
benda
kapal, tentera, pelukis, penulis
baris untuk kedudukan benda/manusia
yang berbaris
orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat,
meja, kerusi
batang untuk menunjukkan benda-benda
yang panjang
sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi,
tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentuk untuk benda-benda kecil yang
berkeluk
mata kail, subang, cincin
berkas untuk benda-benda yang diikat
bersama-sama
kunci, lidi, kayu
bidang untuk benda-benda yang
terbentang luas
tanah, kain, sawah, permaidani, layar,
kebun, tikar
biji untuk jenis buah, sayur-sayuran,
dan benda-benda yang kecil
labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan,
guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
bilah untuk benda-benda yang tajam parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buah untuk benda-benda besar dan
padu, yang tidak mempunyai
bentuk yang tertentu
kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio,
bandar, kampung, piano, komputer,
kamera
buku untuk benda-benda yang
keadaannya berketul/berbongkah
sabun, roti, benang
butir untuk benda-benda yang bulat atau
kecil
telur, batu, manik, beras, peluru
carik/cebis untuk benda-benda yang
dikoyakkan
kertas, kain
cubit untuk benda yang diambil sedikit
dengan jari
garam, gula, kunyit
cucuk untuk benda-benda yang dicucuk
dengan lidi
sate
das untuk bunyi letupan atau tembakan meriam, pistol, senapang
deret untuk benda-benda yang tersusun bangunan, rumah, kedai, kereta
ekor untuk semua jenis binatang nyamuk, semut, kuda, buaya, musang,
gajah, arnab, rama-rama
genggam untuk benda-benda yang
digenggam
pasir, beras, padi
gugus untuk buah-buah ataupun benda anggur, langsat, kelapa sawit, sawit,
kunci
gulung untuk benda-benda yang bergulung filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
helai untuk benda-benda yang nipis dan
lebar
daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut,
rumput
ikat untuk benda-benda yang diikat kayu, lidi, tebu, sayur, papan
iris untuk benda-benda yang dipotong
kecil-kecil
bawang, timun, daging, buahbuahan
jambak untuk benda-benda yang bertangkai
atau berangkai-rangkai
bunga, kunci
kaki untuk benda-benda yang bertangkai payung, cendawan, bungs
kawan untuk kumpulan haiwan lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok untuk sekumpulan manusia,
haiwan, dan benda
burung, awan, pulau, bintang
kepal untuk benda-benda yang dikepal
dengan tangan
nasi, pulut, tanah
keping untuk benda-benda yang nipis atau
pipih
roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
kerat untuk bahagian benda-benda yang
dipotong
roti, tiang
ketul untuk benda-benda yang berketul
dan padu
ais, daging, tulang, sabun, roti
kotak untuk benda-benda yang diisikan di
dalam kotak
mancis, pensel, rokok, sabun, ubat
nyamuk
kuntum untuk bungs mawar, melati, anggerik
laras untuk senjata api pistol, senapang, meriam
lembar benda-benda yang lurus dan
panjang
kertas, dawai, benang
longgok untuk benda-benda yang berada
dalam longgokan
durian, pakaian, tanah, cili
naskhah untuk bahan bacaan yang berjilid surat khabar, risalah, majalah, makalah,
buku
orang untuk manusia guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit,
posmen
papan untuk benda-benda yang berbentuk
kepingan
coklat, petai, mercun
pasang untuk benda dan manusia yang
berpasangan
pakaian, kasut, subang, suami isteri,
anak
pangsa untuk bahagian dalam buah durian
pasukan untuk sekumpulan orang yang
berpakaian seragam
pemain kompang, polis, tentera
pengakap
patah untuk kata perkataan, kata-kata
potong untuk benda-benda yang sudah
dipotong
kuih, daging, roti
pucuk untuk benda-benda yang halus
serta tipis dan senjata api
jarum, surat, pistol, meriam, senapang,
rebung
puntung untuk sebahagian benda yang
masih menyala
rokok, bara, kayu api
rangkap untuk puisi pantun, sajak, syair
rawan untuk benda-benda yang halus,
labuh, dan bersirat
jala, jaring, pukat
ruas untuk benda yang beruas-ruas tebu, buluh
rumpun untuk tumbuhan yang tumbuh
rapat-rapat
buluh, tebu, serai, pandan, padi
sikat/sisir untuk buah pisang pisang
tandan untuk buah-buahan yang bertandan pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
tangkai untuk buah-buahan, bunga-
bungaan, dan daun yang bertangkai
rambutan, duku, kenanga, padi, daun
titik untuk cecair yang menitis air, darah, dakwat, embun
tongkol untuk buah yang bertongkol jagung
ulas untuk isi buah-buahan yang
berpangsa
durian, limau, nangka, cempedak
urat untuk benda-benda yang halus dan
panjang
rambut, benang, dawai,
utas untuk benda-benda yang panjang tali, dawai, rantai

Anda mungkin juga menyukai