Anda di halaman 1dari 11

Sempena hari lahir Amira yang ke-10,ibu dan ayahnya menghadiahkan sebuah

iPad ,seutas rantai

emas dan sebuah kamera digital kepada Amira .Amira kelihatan begitu cantik
apabila memakai sepasang

baju kurung biru lembut dan juga sehelai tudung jenama Ariani.

Ramai kenalan rapat,serta jiran tetangga Amira datang untuk bersamasama meraikan majlis hari

lahirnya itu.Ibu Amira menyediakan pelbagai menu seperti laksa asam, nasi
ayam,mi goreng,lima puluh

biji karipap,200 cucuk sate dan tiga buku kek.

Pelbagai hadiah yang telah diperoleh oleh Amira pemberian rakanrakannya seperti beberapa

jambak bunga,lima helai baju-T Boboi boy,lima kotak coklat,sepuluh naskhah


buku cerita serta sebentuk

cincin emas istimewa daripada kakaknya dan sebatang pen jenama Parker
daripada abangnya.

Amira mengucapkan terima kasih kepada kenalan serta tetamu yang sudi
datang ke majlis

sambutan hari jadinya itu.Dia memberikan sekuntum bunga ros segar sebagai
cenderahati kepada

semua yang hadir.

Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang


berikut:
Penjodoh
Bilangan

penggunaannya

Contohnya

angkatan

untuk sekumpulan manusia atau


benda

kapal, tentera, pelukis, penulis

baris

untuk kedudukan benda/manusia


yang berbaris

orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat,


meja, kerusi

batang

untuk menunjukkan benda-benda


yang panjang

sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok,


gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum

bentuk

untuk benda-benda kecil yang


berkeluk

mata kail, subang, cincin

berkas

untuk benda-benda yang diikat


bersama-sama

kunci, lidi, kayu

bidang

untuk benda-benda yang terbentang tanah, kain, sawah, permaidani, layar,


luas
kebun, tikar

biji

untuk jenis buah, sayur-sayuran,


dan benda-benda yang kecil

labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan,


guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas

Bilah

untuk benda-benda yang tajam

parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris

buah

untuk benda-benda besar dan padu, kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio,
yang tidak mempunyai bentuk
bandar, kampung, piano, komputer,
yang tertentu
kamera

buku

untuk benda-benda yang


keadaannya berketul/berbongkah

butir

untuk benda-benda yang bulat atau telur, batu, manik, beras, peluru
kecil

carik/cebis

untuk benda-benda yang


dikoyakkan

kertas, kain

cubit

untuk benda yang diambil sedikit


dengan jari

garam, gula, kunyit

cucuk

untuk benda-benda yang dicucuk


dengan lidi

sate

das

untuk bunyi letupan atau tembakan meriam, pistol, senapang

deret

untuk benda-benda yang tersusun

bangunan, rumah, kedai, kereta

ekor

untuk semua jenis binatang

nyamuk, semut, kuda, buaya, musang,


gajah, arnab, rama-rama

genggam

untuk benda-benda yang


digenggam

pasir, beras, padi

sabun, roti, benang

gugus

untuk buah-buah ataupun benda

anggur, langsat, kelapa sawit, sawit,


kunci

gulung

untuk benda-benda yang bergulung filem, permaidani, tikar, dawai, kertas

helai

untuk benda-benda yang nipis dan


lebar

daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut,


rumput

ikat

untuk benda-benda yang diikat

kayu, lidi, tebu, sayur, papan

iris

untuk benda-benda yang dipotong


kecil-kecil

bawang, timun, daging, buahbuahan

jambak

untuk benda-benda yang bertangkai bunga, kunci


atau berangkai-rangkai

kaki

untuk benda-benda yang bertangkai payung, cendawan, bungs

kawan

untuk kumpulan haiwan

lembu, kambing, lebah, gajah, merpati

kelompok

untuk sekumpulan manusia,


haiwan, dan benda

burung, awan, pulau, bintang

kepal

untuk benda-benda yang dikepal


dengan tangan

nasi, pulut, tanah

keping

untuk benda-benda yang nipis atau roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
pipih

kerat

untuk bahagian benda-benda yang


dipotong

roti, tiang

Ketul

untuk benda-benda yang berketul


dan padu

ais, daging, tulang, sabun, roti

Kotak

untuk benda-benda yang diisikan di mancis, pensel, rokok, sabun, ubat


dalam kotak
nyamuk

kuntum

untuk bungs

mawar, melati, anggerik

Laras

untuk senjata api

pistol, senapang, meriam

lembar

benda-benda yang lurus dan


panjang

kertas, dawai, benang

longgok

untuk benda-benda yang berada


dalam longgokan

durian, pakaian, tanah, cili

naskhah

untuk bahan bacaan yang berjilid

surat khabar, risalah, majalah, makalah,


buku

Orang

untuk manusia

guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit,


posmen

Papan

untuk benda-benda yang berbentuk coklat, petai, mercun


kepingan

pasang

untuk benda dan manusia yang


berpasangan

pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak

pangsa

untuk bahagian dalam buah

durian

pasukan

untuk sekumpulan orang yang


berpakaian seragam

pemain kompang, polis, tentera


pengakap

patah

untuk kata

perkataan, kata-kata

potong

untuk benda-benda yang sudah


dipotong

kuih, daging, roti

pucuk

untuk benda-benda yang halus


serta tipis dan senjata api

jarum, surat, pistol, meriam, senapang,


rebung

puntung

untuk sebahagian benda yang


masih menyala

rokok, bara, kayu api

rangkap

untuk puisi

pantun, sajak, syair

rawan

untuk benda-benda yang halus,


labuh, dan bersirat

jala, jaring, pukat

ruas

untuk benda yang beruas-ruas

tebu, buluh

rumpun

untuk tumbuhan yang tumbuh


rapat-rapat

buluh, tebu, serai, pandan, padi

sikat/sisir

untuk buah pisang

pisang

tandan

untuk buah-buahan yang bertandan pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit

tangkai

untuk buah-buahan, bungarambutan, duku, kenanga, padi, daun


bungaan, dan daun yang bertangkai

titik

untuk cecair yang menitis

air, darah, dakwat, embun

tongkol

untuk buah yang bertongkol

jagung

ulas

untuk isi buah-buahan yang


berpangsa

durian, limau, nangka, cempedak

urat

untuk benda-benda yang halus dan rambut, benang, dawai,


panjang

utas

untuk benda-benda yang panjang

tali, dawai, rantai

Penjodoh
Bilangan

penggunaannya

Contohnya

angkatan

untuk sekumpulan manusia atau


benda

kapal, tentera, pelukis, penulis

baris

untuk kedudukan benda/manusia orang, kedai, rumah, pokok, tulisan,


yang berbaris
ayat, meja, kerusi

batang

untuk menunjukkan benda-benda sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok,


yang panjang
gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum

bentuk

untuk benda-benda kecil yang


berkeluk

mata kail, subang, cincin

berkas

untuk benda-benda yang diikat


bersama-sama

kunci, lidi, kayu

bidang

untuk benda-benda yang


terbentang luas

tanah, kain, sawah, permaidani, layar,


kebun, tikar

biji

untuk jenis buah, sayur-sayuran,


dan benda-benda yang kecil

labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan,


guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas

Bilah

untuk benda-benda yang tajam

parang, pisau, golok, gunting, sabit,


keris

buah

untuk benda-benda besar dan


padu, yang tidak mempunyai
bentuk yang tertentu

kereta, negeri, rumah, buku, kotak,


radio, bandar, kampung, piano,
komputer, kamera

buku

untuk benda-benda yang


sabun, roti, benang
keadaannya berketul/berbongkah

butir

untuk benda-benda yang bulat


atau kecil

telur, batu, manik, beras, peluru

carik/cebis

untuk benda-benda yang


dikoyakkan

kertas, kain

cubit

untuk benda yang diambil sedikit


dengan jari

garam, gula, kunyit

cucuk

untuk benda-benda yang dicucuk


dengan lidi

sate

das

untuk bunyi letupan atau


tembakan

meriam, pistol, senapang

deret

untuk benda-benda yang tersusun bangunan, rumah, kedai, kereta

ekor

untuk semua jenis binatang

nyamuk, semut, kuda, buaya, musang,


gajah, arnab, rama-rama

genggam

untuk benda-benda yang


digenggam

pasir, beras, padi

gugus

untuk buah-buah ataupun benda

anggur, langsat, kelapa sawit, sawit,


kunci

gulung

untuk benda-benda yang


bergulung

filem, permaidani, tikar, dawai, kertas

helai

untuk benda-benda yang nipis dan daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut,
lebar
rumput

ikat

untuk benda-benda yang diikat

iris

untuk benda-benda yang dipotong bawang, timun, daging, buahbuahan


kecil-kecil

jambak

untuk benda-benda yang


bunga, kunci
bertangkai atau berangkai-rangkai

kaki

untuk benda-benda yang


bertangkai

payung, cendawan, bungs

kawan

untuk kumpulan haiwan

lembu, kambing, lebah, gajah, merpati

kelompok

untuk sekumpulan manusia,


haiwan, dan benda

burung, awan, pulau, bintang

kepal

untuk benda-benda yang dikepal


dengan tangan

nasi, pulut, tanah

keping

untuk benda-benda yang nipis


atau pipih

roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah

kerat

untuk bahagian benda-benda yang roti, tiang


dipotong

Ketul

untuk benda-benda yang berketul ais, daging, tulang, sabun, roti


dan padu

Kotak

untuk benda-benda yang diisikan


di dalam kotak

mancis, pensel, rokok, sabun, ubat


nyamuk

kuntum

untuk bungs

mawar, melati, anggerik

Laras

untuk senjata api

pistol, senapang, meriam

lembar

benda-benda yang lurus dan


panjang

kertas, dawai, benang

longgok

untuk benda-benda yang berada


dalam longgokan

durian, pakaian, tanah, cili

naskhah

untuk bahan bacaan yang berjilid surat khabar, risalah, majalah, makalah,
buku

Orang

untuk manusia

guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit,


posmen

Papan

untuk benda-benda yang


berbentuk kepingan

coklat, petai, mercun

pasang

untuk benda dan manusia yang


berpasangan

pakaian, kasut, subang, suami isteri,


anak

pangsa

untuk bahagian dalam buah

durian

pasukan

untuk sekumpulan orang yang


berpakaian seragam

pemain kompang, polis, tentera


pengakap

patah

untuk kata

perkataan, kata-kata

kayu, lidi, tebu, sayur, papan

potong

untuk benda-benda yang sudah


dipotong

kuih, daging, roti

pucuk

untuk benda-benda yang halus


serta tipis dan senjata api

jarum, surat, pistol, meriam, senapang,


rebung

puntung

untuk sebahagian benda yang


masih menyala

rokok, bara, kayu api

rangkap

untuk puisi

pantun, sajak, syair

rawan

untuk benda-benda yang halus,


labuh, dan bersirat

jala, jaring, pukat

ruas

untuk benda yang beruas-ruas

tebu, buluh

rumpun

untuk tumbuhan yang tumbuh


rapat-rapat

buluh, tebu, serai, pandan, padi

sikat/sisir

untuk buah pisang

pisang

tandan

untuk buah-buahan yang


bertandan

pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit

tangkai

untuk buah-buahan, bungabungaan, dan daun yang


bertangkai

rambutan, duku, kenanga, padi, daun

titik

untuk cecair yang menitis

air, darah, dakwat, embun

tongkol

untuk buah yang bertongkol

jagung

ulas

untuk isi buah-buahan yang


berpangsa

durian, limau, nangka, cempedak

urat

untuk benda-benda yang halus


dan panjang

rambut, benang, dawai,

utas

untuk benda-benda yang panjang tali, dawai, rantai

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan


kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian
dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan
sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu
bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau
semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus
menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata
pepatah ,bagaimana acuan, begitulah kuihnya.Pendidikan bermula dari rumah.
Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan yang mana intan,
yang mana kaca. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan
luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah
setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus
memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak.
Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak
sepertimenatang minyak yang penuh . Didikan agamadan moral yang teguh
harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur
buluh, biarlah dari rebungnya. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan
agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti kapal tanpa nakhoda.
Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak
dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu
bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa
janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan
sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukumahakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih
sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Untuk mewujudkan keluarga
bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus
belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk
membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga
maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang
tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya.
Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah
bersikap seperti kacang lupakan kulit. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu
bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu
bapa, siapakah kita? Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah
keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli

keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagimengelakkan


berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah
keluargayang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling
membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga
bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri
daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagiabanyak memerlukan unsur
juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. Rumahku,
syurgaku. Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya.

Akibat hendak segera sampai ke destinasi yang di tuju, mereka tidak menghiraukan
keadaan mereka yang dalam keletihan. Akibatnya kenderaan di pandu dalam keadaan
kurang tumpuan. Pemandu yang berada dalam keadaan begini seharusnya berhenti
seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberi tumpuan
sepenuhnya terhadap pemanduan.
Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu melebihi
had laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Walaupun
banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalan lalu lintas oleh
pihak berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka hati tanpa memikirkan
keselamatan diri sendiri dan orang lain. Malah, ada juga yang berlumba secara haram
menggunakan motosikal di atas jalan raya seperti yang biasa dilakukan oleh golongan
remaja. Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yang teruk meningkat, langkah-langkah
yang praktikal perlu diambil oleh semua pihak.
Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan
semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan,
polis, dan Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan dari semua aspek untuk
mendisiplinkan para pemandu dan menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi
keselamatan pemandu. Penguatkuasaan undang-undang, kempen kesedaran, dan
pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar
diambil untukmenyedarkan pengguna jalanraya. Sektor swasta juga memainkan peranan

penting dalam menangani masalah ini dengan menyiarkan iklan yang dapat memberi
kesedaran kepada pengguna jalan raya yang lain.
Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka tidak harus
mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang
lain. Peraturan jalanraya haruslah dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak.
Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian menjadi punca nyawa sendiri dan
orang lain yang tidak bersalah turut terancam. Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu
sebelum memulakan perjalanan.
Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggung jawab pengguna jalan
raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku dan hal ini tidak harus
dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Manusia memang tidak
dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat menyebabkan nyawa
orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama.

Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua
kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya
boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara
yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak
punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini.
Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika
menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan
mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka
lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak
menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap
mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.
Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya
jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan

jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati.
Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan
pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan
jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.
Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus
menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan
terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik.
Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan
laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap
pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.
Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah
setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan
penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu
kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya
risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.
Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua.
Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang
masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga.
Pandu cermat jika selamat.

Anda mungkin juga menyukai