Anda di halaman 1dari 20

BAHASA MELAYU

TAJUK:

PENJODOH BILANGAN
DISEDIAKAN OLEH:
PN INTAN ROZANNA BINTI ABD RASHID
• Apakah Penjodoh Bilangan?
• Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama kata bilangan
untuk membilang kata nama konkrit (bukan abstrak) seperti orang,
haiwan, benda, tempat, dan sebagainya.
• Contohnya:
gugus cubit

buah puntung

papan ruas

rawan laras
angkatan
• Digunakan untuk sekumpulan manusia atau benda. Contohnya tentera,
kapal, penulis, pelajar, pelukis dan lain-lain.
bentuk
• Untuk benda-benda kecil yang berkeluk atau melengkung contohnya,
subang, cincin, mata kail
bilah
• Untuk benda-benda yang tajam seperti parang, pisau, gunting, keris
cebis
• Untuk benda-benda yang dikoyakkan atau serpihan contohnya kain,
kertas, kaca
ulas
• Merupakan isi buah-buahan yang berpangsa misalnya durian, nangka
ikat
• Untuk benda-benda yang diikat contohnya kayu, lidi, sayur
gugus
• Untuk buah-buahan ataupun benda sama jenis yang dikumpulkan dalam
satu ikatan seperti anggur, langsat, kunci
naskhah
• Untuk bahan bacaan yang berjilid misalnya surat khabar, majalah, risalah
lembar
• Benda-benda yang lurus dan panjang contohnya kertas, dawai, benang
kaki
• Untuk benda-benda yang bertangkai contohnya, payung, cendawan, bunga
kepal
• Untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan misalnya nasi, pulut,
tanah
Cekak / gemal
• Benda yang dapat digenggam serta diberkas seperti lidi, anak padi, serai,
dan sebagainya.
Contoh Ayat
Seangkatan pekerja keselamatan sedang bertungkus lumus membantu pesakit Covid
angkatan 19.

bentuk Hazman mencari sebentuk cincin yang bertakhtakan berlian untuk bakal isterinya.

bilah Kakak mencari sebilah gunting untuk memotong keratan akhbar berkaitan isu semasa.

cebis Zafuan menulis nombor telefonnya pada secebis kertas untuk diberikan kepada Aishah.

ulas Abang makan beberapa ulas buah durian semasa berada di kebun petang tadi.
Contoh Ayat

ikat Safuan membawa seikat kayu untuk dibuat gajet dalam aktiviti perkhemahan itu.

Cikgu Sofiah mengumumkan tentang kehilangan segugus kunci dalam perhimpunan


gugus itu.

naskhah Ayah membawa balik senaskhah surat khabar pagi tadi.

lembar Ibu memasukkam selembar benang pada jarum itu untuk menjahit baju raya adik.

Kakak tidak pernah lupa membawa sekaki payung semasa pergi kuliah di universitinya.
kaki
Contoh Ayat

kepal Ayah menggengam sekepal tanah untuk dibuat labu sayung.

gemal Ibu berjaya meraut segemal lidi untuk dibuat penyapu.


Latihan
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai