Anda di halaman 1dari 66

S0ALAN

Membuat pembentangan secara berkumpulan


memperjelaskan tentang konsep dan
perngertian, tema/kandungan, mengenal alat
dan bahan serta teknik penghasilan 4 bidang
kegiatan PSV KBSR.
PENGENALAN
SENI KRAFTANGAN
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk
digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur
seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.
Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan
kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur
sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu
tercipta.
Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya
estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang
indah dan menarik.
DEF1NIS1
Kraftangan ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya
tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu
proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada
kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau
bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada
atau di mana-mana bahagiannya.
Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan
kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan
alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak
langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf.
Maksud tradisional ialah menurut atau diturunkan dari generasi ke
generasi..
Memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan
yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi
seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan,
anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan lain-lain.
Merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan budaya
nenek moyang kita masa dulu. Hasil ciptaan kraf
tradisional kaya dengan budaya-budaya dan ini jelas
tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan
warnannya.
Dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan
tertentu tetapi bahan yang digunakan tidak terhad.
Asalnya dihasilkan bagi kegunaan harian/ kerohanian.
Tukang pandai Melayu kemudiannya terus berusaha
untuk mecipta bukan sahaja untuk keindahan tetapi
pelbagai tujuan yang lain.
UKIRAN

ALAT
BATIK
DOMESTIK

ALAT
TENUNAN
PERMAINAN

KRAF
TRADISIONAL
ALAT
PERTAHANAN TEMBIKAR
DIRI

PERHIASAN
ANYAMAN
DIRI

TEKAT
TENUNAN
Definisi Tenunan
Tenunan dihasilkan daripada jalinan benang
lonseng(yang menunggu) dengan benang
pakan (yang mendatang)
Sejarah:berasal dari kerajaan Dongson di
Kemboja
Tema
Motif tumbuh-tumbuhan
Motif fauna
Motif geometrik.
Kad keras(kadboard)
ALAT DAN Benang tenun
BAHAN Jarum

Menyilangkan
benang untuk
Teknik menghasilkan motif.
PERHIASAN
DIRI
Definisi Perhiasan Diri
Aksesori tambahan untuk kecantikan diri
Biasanya diperagakan oleh kaum wanita
Diperbuat daripada logam; emas, perak,
suasa, tembaga dan lainnya.
Diperbuat selain dari logam: kulit, tulang,
kayu,tembikar.
Perhiasan Diri: Rantai
Adalah salah satu perhiasan diri yang di pakai
oleh kaum wanita dan lelaki, yang digantung
pada leher .
Ia dihasilkan dengan pelbagai media dan
teknik serta menggambarkan identiti si
pemakai.
Tema
Flora(bunga,daun)
Fauna
Geometri
abstrak
Teknik Penghasilan
Tebuk
Cantum
Ikat
Alat dan bahan
Siput
Biji getah muda
Manik
Butang
Tali tangsi/benang
Paku
Kertas berwarna/majalah
TEMBIKAR
SENI TEMBIKAR
Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu
yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap.
Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu
seperti periuk nasi, bekas air, bekas mennyimpan makanan seperti
jeruk, pekasam dan lain-lain.
Perusahaan membuat tembiran secara tradisoan ini masih
dilakukanoleh orang melayu khususnya di Sayung, Perak.
SENI TEMBIKAR
Secara keseluruhannya tembikar bertemakan flora, fauna dan alam sekeliling serta
penggunaan rupa bentuk geometri.
1. Flora
Bunga ( cengkih, cina, kedudut, lawang, padi, tanjung, terung)
Sulur (bakung, bayung)
Pucuk rebung

2. Fauna
Tukang ikan
Janggut udang
3. Alam sekeliling
Balung kuku
Gelang perak
Rantai perak
Juring
Geluk sikat-sikat

4. Rupa bentuk geometri


Huruf (s, v, x)

5. Kosmos
Bulan sabit
SENI TEMBIKAR
Alat
Ayak, dawai pemotong, pinggan, capah, penepek, angkup luar,
batu luru, pengukir kayu, lelatik, pelarik, span, pengukir besi,
pengukir dawai dan penepik kaju berukir.
Bahan
Tanah liat (aluminium silikat), sepah (bahan-bahan sepah; kaca,
fluks, tanah liat, oksida).
SENI TEMBIKAR
Terdapat empat teknik penghasilan tembikar iaitu
1. Teknik picit
2. Teknik lingkaran
3. Teknik kepingan
4. Teknik lempar alin

Teknik acuan plaster Paris digunakan oleh pengusaha komensial


ANYAMAN
SENI ANYAMAN
Menganyam meruapakn proses menjalin jaluran daun, lidi,
rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain.
Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui
nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian
contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan
mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.
SENI ANYAMAN
Seni anyaman mempamerkan kelarai yang bertemakan flora,
fauna, rupa geometri, rupa abstark dan ada yang bertemakan
nama tempat dan nama pereka.
1. Flora
Bunga ( ator, cempaka, cina, cengkih,
durian, melur, tanjung dll)
tampuk (jantung, manggis, pinang)
Pucuk rebung dan pucuk jala
2. Fauna
Anak ikan atau ikan
Mata (bilis, berkait, ketitir, punai)
Kepala (lalat, gajah)
Jari kedidi
3. Rupa geometri
Anyaman gila
Apit kale
Pecah lapan
Swastika
Tulang belut
2. Fauna
Anak ikan atau ikan
Mata (bilis, berkait, ketitir, punai)
Kepala (lalat, gajah)
Jari kedidi
5. Nama tempat dan nama pereka
Sambas
Cik Kedah (berakar, bersila, ketapang)
Mak Mek
SENI ANYAMAN
Alat
Anyaman pandan dan mengkuang; Parang, pisau, pelurut, tempayan,
bekas besar, periuk, dapur, jangka, ampaian, penyisip daripada buluh,
pisau raut. Anyaman rotan; gunting rotan, ragum @ playar, penyisip
rotan, blow torch, pita pengukur, penukul dan paku kecil, pelurut dan
pisau raut. Anyaman Kertas ; gunting, gam
Bahan
Daun pandan, daun mengkuang, buluh, lidi (tetulang daun kelapa,
nipah, nibung, enau atau kabung), paku pakis ribu-ribu, sodium
hidroksida dan warna kimia. Kertas pelbagai warna
SENI ANYAMAN
Teknik menyilangkan kertas warna untuk menghasilkan corak.
Teknik dan proses menganyam tikar
1. Lagang (tulang anyaman)
2. Menganyam (anyaman tengah, mengepai, anyaman sudut)
3. Pepeh atau lepih (anyaman mati)
4. Sisip (elak anyaman dari terburai)
5. Kerat (lebihan anyaman dipoton supaya lebih kemas dan
menarik.
Teknik sulaman (dihasilkan pada permukaan anyaman yang
nerbentuk tiga dimensi).
Teknik campuran (mencampurkan teknik anyaman dengan
teknik ikat dan celup, batik, gabungan seni kulit kayu dan
tampalan hasil tenunan).
ALAT
DOMESTIK
Kraf : Alat Domestik

PENGERTIAN:
Alat domestik bermaksud alat keperluan yang
digunakan dalam kehidupan seharian
manusia.
Kraf yang berupa alat domestik adalah seperti
tikar anyaman, bakul, lesung batu, perabot
rotan dan senduk.
ALAT DOMESTIK

TEMA/TAJUK : Flora/Tikar Anyaman

ALAT/BAHAN : Kad manila, riben,


kertas warna,
gam,gunting

TEKNIK : Anyaman
ALAT
PERMAINAN
Kraf : Alat Permainan
PENGERTIAN:
Kraf berupa alat permainan tradisional adalah
kraf yang digunakan sebagai alat untuk
hiburan yang dihasilkan melalui kemahiran
tertentu sejak dahulu.
Antara kraf permainan termasuklah wau,
congkak dan gasing.
Alat Permainan
TEMA/TAJUK : Flora/Wau Bulan
ALAT/BAHAN : Rotan, kertas wau,kertas
warna, gam dan gunting
TEKNIK :
ALAT
PERTAHANAN
DIRI
Merupakan satu alat yang digunakan untuk
mempertahankan diri.
Terdapat 5 jenis alat pertahanan diri.
Diantaranya adalah:
keris,lembing,badik,kerambit,tumbuk lada dan
golok.
Kelima-lima alat pertahanan diri mempunyai
pelbagai tema.
Terdapat pelbagai motif yang digunakan
dalam penghasilan keris. Diantaranya adalah
motif bunga timbul,awan larat,bunga
tebuk,ketam guri,bentuk fauna dan
sebagainya.
Kebanyakan motif yang digunakan dalam
penghasilan keris lebih kepada motif alam.
Badik pula bermotifkan awan larat pada bahagian
gading.
Lembing pula lebih kepada bentuk daun sirih dan
mata lembing berbentuk pisau dan jarang
berduri.
Motif pada lembing kebanyakan awan larat.
Motif bagi tumbuk lada pula adalah berunsurkan
fauna di mana hulunya sering diukir dengan
bentuk tumbuh-tumbuhan.
Kerambit pula tidak mempunyai motif dan
senjatanya bersaiz kecil dan fingsinya menyerupai
lawi ayam.
ALAT DAN BAHAN
Antara dan bahan untuk pembuatan keris
adalah :
perdu (tunjang kayu),gading gajah,tanduk,gigi
ikan paus,emas,perak,besi dan kemor (sejenis
batu karang) dan tembaga.
Alat dan bahan untuk pembuatan senjata
badik adalah:
Kayu,tanduk,gading,logam ,emas dan perak.
Bahan bagi pembuatan kerambit adalah kayu
dan logam.
Bahan bagi pembuatan lembing adalah
kayu,buluh,logam,tembaga dan gangsa.
Bahan bagi pembuatan adalah besi
campuran,kayu,perak dan emas.
Alat membuat senjata
Musang
o Diperbuat daripada kayu dan berbentuk
seperti tong panjang
o Berfungsi untuk mengepam dan
menghembuskan angin yang terperangkap
masuk dalam saluran dapur.
o Juga dikenali kelubung di perak dan
hembusan di kelantan.
Andas
o Landasan yang diperbuat daripada sekeping besi
tebal berbentuk jonkong timah.
o Digunakan sebagai tempat mengetuk,menitik dan
menempa besi yang panas.
o Lepa
o Sejenis alat pemotong besi.
o Digunakan untuk mengetuk lepa pada besi panas.
Tukul
o Digunakan untuk menempa alat-alat besi yang
nipis matanya.
Kikir
o Digunakan untuk melicin dan menghaluskan
mata senjata yang telah dibentuk.
Penyepit
o Digunakan untuk memegang besi panas.
Penyepuh
o Digunakan untuk menyepuh alat-alat besi yang
telah ditempa,diketuk dan dikikir untuk
menjadi sejuk,tajam,kukuh dan tahan lama.
Penangi
o Untuk membentuk temin supaya menjadi
bulat dan sesuai dengan bentuk hulu.
Jara sila
o Digunakan untuk membuat lubang hulu.
Temin
o Untuk mengukuhkan kedudukan alat-alat besi
di pangkal hulu.
Arang
o Digunakan sebagai bahan bakar.
Teknik
Teknik yang digunakan
dalam penghasilan
senjata adalah teknik
menempa.
Besi yang dicairkan
dikeluarkan dari tempat
pembakar dan dituang
mengikut acuannya dan
apabila ia sudah
membentuk, proses
mengetuk pesi akan
dimulakan.
UKIRAN
Dianggap sebagai hasil kreativiti orang-orang
Melayu yang unik dan dapat dilihat pada
binaan istana,masjid, rumah makam, kepala
sampan, perabot serta barangan kegunaan
harian.
Ertinya mengukir sesuatu bahan seperti kayu
dengan menggunakan alat mengukir seperti
pisau wali, carving tool.
Hasil rupa Melayu yang terulung.
FLORA
Bunga (cempaka, ketumbit, kundur kala bukit)
Daun ( bayam kukur, beremi, jari buaya, pucuk kacang)
SENI KHAT (ayat-ayat al-Quran)
FAUNA (itik pulang petang)
AWAN LARAT (awan yang bergerak di langit)
KOSMOS (matahari bulan, bintang)
GEOMETRI (unsur geometri dan unsur lain-lain
disusun dalam rupa bentuk geometri)
PERRALATAN DAN BAHAN: Pisau,sabun dan
kertas
Teknik
Ukiran layang (bahagian latar corak tidak ditebuk)
Ukiran Bunga Timbul (bahagian latar corak
ditebuk)
Ukiran tebuk timbus (bahgaian latar ditebuk
tembus danmenyerong ke arah corak dan bunga
ukirnya tanpa silat
Ukiran larik (diukir pada batang kayu)
Menyilat (menimbulkan bentuk pada corak)
TEKAT
Seni sulaman tekstil iaitu proses menyulam
benang emas ke atas kain dasar iaitu baldu.
Seni hias permukaan kain secara timbul/ suji
timbul (Tuji timbul) di kalangan pengusaha
tekatan .
Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk
dengan kertas yang sederhana tebal dan
disalit dengan benang emas di atas lain atau
baldu yang biasanya warna hitam.
AWAN LARAT
TUMBUH-TUMBUHAN (daun paku, daun keladi,
daun bunga padi, daun peria)
BUNGA (bunga raya, cempaka,bunga lalang)
ALAT DAN BAHAN : Jarum, pemidang, coban,
benang emas, benang biasa, kain baldu, kain
kapas, gam, kad manila
TEKNIK
TEKAT TIMBUL BANANG EMAS/PERAK
TEKAT GUBAH
BIBLIOGRAFI
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
KBSRdan KBSM, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka Kathleen Chae (2008).

Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd. Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk
Kraftangan MelayuTradisi. Dewan Bahasa danPustaka Kuala Lumpur. Salawati Hj
Abdul Wahab (2008) , Modul OUM HBAE4303.

Apresiasi Dan Kritikan Seni:Open Universiti Malaysia. Zakaria Ali (1989). Seni dan
Seniman; Esei Seni Halus. Dewan Bahasadan Pustaka Kuala Lumpur

WEBSITE

http://anyamanmalaysia.blogspot.com/
http://www.artgallery.gov.my/home
http://hafizmnordin.blogspot.com/2008_09_01_archive.html
http://media.mmu.edu.my/yes/2003/galeri/galeri13.html
http://seniwarisanbudaya.blogspot.com/ http://www.myarthost.com/?L=blogs.blog
&article=938

Anda mungkin juga menyukai