Anda di halaman 1dari 36

1.

Pengenalan Kraf Tradisional dan Cetakan


1.1 Konsep Asas Kraf Tradisional

Definisi
Rajah di bawah merupakan definisi bagi kraf tradisional.

Kraf tradisional boleh


boleh didefinisikan
didefinisikan sebagai satu
satu hasil
hasil
seni yang
yang melibatkan
melibatkan kemahiran
kemahiran kerja
kerja tangan
tangan yang
yang
memerlukan
tenaga manusia.
memerlukan tenaga

Kraf tradisional merupakan


merupakan satu
satu hasil kerja
kerja tangan
tangan
yang
telah diwarisi secara
secara turun-temurun
turun-temurun dari satu
satu
yang telah
generasi ke
ke generasi yang
yang lain.

Kraf tradisional menjadi satu


satu warisan
warisan bangsa
bangsa yang
yang
merupakan
peninggalan nenek
nenek moyang
moyang kita.
kita. Oleh
Oleh itu,
itu,
merupakan peninggalan
dapat kita
kita perhatikan
perhatikan bahawa
bahawa kraf tradisional ini
ini
mempunyai keunikan
keunikan yang
yang tersendiri.

Pada kraf tradisional, terdapat


terdapat unsur-unsur
unsur-unsur budaya
budaya dan
dan
Pada
gaya, sifat,
sifat, garis,
garis, gerak
gerak
ini jelas
jelas terzahir melalui bentuk, gaya,
dan warnanya
warnanya.
dan

Kraf juga
juga merupakan
merupakan produk
produk yang
yang dihasilkan
dihasilkan dengan
dengan
menggunakan
apa-apa
bahan
sekalipun
asalkan
ia
menggunakan apa-apa bahan sekalipun asalkan ia
dibuat menggunakan
menggunakan kemahiran
kemahiran tangan
tangan manusia.
manusia.

Produk ini juga


juga mempunyai tarikan
tarikan seni budaya
budaya yang
yang
tersendiri. Antara
Antara contoh
contoh kraf tradisional adalah,
adalah, alat
alat
ukiran, anyaman
anyaman dan
dan tembikar.
tembikar.
permainan, batik, tekat, ukiran,
Melalui kraf tradisional, kita dapat mengenali latar belakang sesuatu
kaum dan bangsa serta dapat melihat kelainan dalam budaya dan
kesenian sesuatu bangsa itu.

Jenis-jenis kraf tradisional

1. Alat
Domestik

2. Alat
Permainan

3. Alat
Pertahana
n Diri

4.
Perhiasan
Diri
(Ornamen)

5. Batik

6. Ukiran

7. Tekat

8.
Tenunan

9.
Anyaman

10.
Tembikar

1. Alat Domestik

Alat domestik merujuk kepada peralatan yang menjadi kegunaan harian masyarakat
tradisional. Misalnya ialah senduk yang menggunakan tempurung dan kukur kelapa
yang menggunakan kayu. Proses pembuatan ini merupakan kraf yang menggunakan
teknik luakan dalam proses pembuatannya. Inilah yang dikatakan sebagai kerja
tangan yang memerlukan tenaga, kreativiti dan kemahiran kerja tangan.

2. Alat Permainan

Alat permainan pula merujuk kepada alat yang dimainkan sewaktu masa
lapang. Contohnya selepas kerja menuai. Alat permainan yang popular
3. Alat Pertahanan
Diri
dimainkan
misalnya ialah wau dan gasing.

Pada segi kata yang lebih jelas, alat pertahanan diri ialah senjata. Senjata
digunakan untuk memburu dan juga mempertahankan diri. Contohnya
ialah keris, lembing, sumpit dan juga tombak.

4. Batik

Batik merupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan
mewarnakan kain. Contoh batik yang dihasilkan adalah batik lukis dan batik canting.

5. Tekat

Tekat merupakan satu seni tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang
ke tasa kain dasar jenis baldu.

6. Tembikar

Tembikar merupakan barang kraf yang dihasilkan daripada tanah liat yang dibentuk
kemudian dibakar.

7. Anyaman

Anyaman pula merupakan satu proses menjalinkan helaian daun pandan,


mengkuang, dan rotan. Corak anyaman dikenali sebagai kelarai.

8. Ukiran

Ukiran merupakan satu kraf tangan yang dijadikan sebagai hiasan rumah
khususnya. Teknik yang digunakan ialah bunga timbul dan papan tebuk.

Latar Belakang Kraf Tradisional

. g
1
k
d
e
M
m
o
P
tin
b a
K
.S
rtk
o
y
s
e
n
iu
ld
a
lw
e
M
n
b
u
-g
ti tu
s
k
lyP
M
n
d
s
e
im
g
a
b
zh e
fk
a
g
u
d
lin
m
k
h
s
r s
z
id
a
h
rm
e
p
n
ta
u
ilh
d u
e
m
tk
n
c n
ra
ib
a
k
s
ru
e
y g
h
lb
g
m
d
d
a
l.P
p
m
u
r
c
n
k p
s
m
te
. n
u
d
jb
m
n
h
la
rtig
e
p
d
rT
a
k
tu
ie
,c
g
b
s ,s
g
n
e
tp
a
irb
fy u
h
k
n
,la
rtg
is
e 0
p
:2
ik
d
rn
a
m
u
b
e
)k
td
is d
rk
u
e
.M
H
n
y
a
o
m
l o
rg
e
t(P
h
in
b
a
s n
p
lu
d
o
lw
e
iB
u
y
a
M
g
s
. g
2
p
o
e
m
g
s
ftn
ra
lk
u
d
b
(A
zH
P
y
b
k
d
ru
p
lm
e
M
n
a
iN y
ib
rh
a
g
n
e
.M
u
o ru
p
m
7
8
9
:1
s
k,3
tn
)li
e n
d
o
"M
". b
e rla
d
u
k
e m
.P
5
iM
n
m
z
rkb
e
p
n b
ith
s
y
g
a
g
n
a
tre
u
s
m
lh
iM k
d
fn
ra
h
y
i
s
o s
k
a
m
u
g
n
e
p
fu
p
e
tn
rk
a
y
ld p
g
n
rta
u
b
m
e
ik d
d
io
g
n
a
rk
o e
m
j"T
a
e
S
rp
ts
u
d
in
H
A
s
M
u
g
rn
m
h
la
p s
yrh
d
u
b
e
k
m
p
a
Ha
,g
in
n
r-".
s
d
k
u
lm n
d
fz
ig
n
b
p
a
k
e
L
ks to
lrie
d
tu
a
,P
o
g
ye
d
u
k
a
b
m
n a
p
r.fs
in
d
tu
p
e s
a
m
b M
ie
jd
tn
rk
a
y
g n
n
.tid
u
y
la
e
e re
m
tlh
a
k
b h
u
.P
3
n
p
e
m
r n
c
a
id
h
ru
a
g
p 4
. P
a n
u
m
n
e
lt a
ra
e
p
m
z
n
e la
u
m
ie
y
p
c
n
u
m
t ld
b
s
h
jd
rk
t.J
s
rie
u
n
k
m
a
fg
b
We
g
n
a
y
tik
p
u
d
h
lm a
Na
g
tn
p
e
P
d
ro rtie
d
itk
c
u
m
n
p
e
s
lh
fd
p
g
n
a
k
b
m
s rh
td
k
b
u
ly
e
M
n
s
ia
m .r
a la
b
fn
u
m
c tfu
u
b
rn
k
fz
s
g
ih
e
m
m
ro
k
p
a
le
id
s
g
n
b a
.J
d
p
e
ilk
n
u k
rh
m
a litk
y
u
s ,k
h
d
g
n
ra
e
g
d
tn
ra
e
i b
b
u
y
n
a
d
lh
u
,r.
p
its
la e
u
m
n
tfu
a
lih
. g
k
s
n la
a
id
s
i

Latar Belakang Kraf Tradisional


1.2 Fungsi / Ekonomi dan Sosio Budaya dalam Kraf

Kegunaan Harian

Kraf tradisional mempunyai fungsi seperti menjadi kegunaan harian


dalam kalangan masyarakat. Masyarakat hari ini masih gemar menggunakan
kraf tradisional ini sebagai alat domestik mereka. Sebagai contoh, lesung batu

dan batu giling masih gemar digunakan oleh masyarakat Melayu dan
masyarakat India khususnya. Pada tanggapan masyarakat ini, menggunakan
lesung batu dan batu giling akan membuat sesuatu masakan itu menjadi lebih
enak terutamanya memproses rempah ratus menggunakan batu giling. Begitu
juga dengan penggunaan tembikar. Masyarakat moden kini juga masih
menggunakan tembikar seperti labu sayong untuk menyimpan air. Mereka
menyakini bahawa air yang disimpan di dalam labu sayong akan menjadi
sungguh sejuk, segar dan sedap. Daripada segi anyaman pula, kaedah
tradisional masih kekal digunakan sehingga ke hari ini dalam pembuatan barang
anyaman. Seperti tikar, bekas menyimpan beras dan juga pada perabot kecil.

Menjana Pendapatan

Daripada segi fungsi menjana pendapatan pula, kraf tradisional


ternyata mampu membantu masyarakat kita untuk mendapat lebih banyak
pendapatan dengan menjadikan kraf tradisional sebagai barangan yang dijual
dan dikomersialkan. Kraf tradisional juga dapat dijadikan sebagai tarikan
pelancong seperti permainan tradisional atau cenderahati untuk dibawa pulang
ke negara asal pelancong yang datang ke Malaysia. Kualiti barangan kraf ini
sewajarnya dijaga dan dikekalkan agar simbol kebudayaan dan kesenian
masyarakat Melayu akan terus kekal dan tidak hilang tenggelam dek zaman.

Kraf Tradisional :

ANYAMAN
1.1 Konsep asas Kraf Tangan
Definisi Anyaman
Anyaman merujuk kepada proses yang melibatkan
penyilangan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan
untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh untuk
digunakan. Tumbuh-tumbuhan yang dapat digunakan
sebagai bahan membuat anyaman adalah seperti lidi,
rotan, akar, buluh, pandan, jut dan juga mengkuang.
Bahan yang digunakan dalam proses penghasilan
anyaman biasanya bersifat lembut dan mudah untuk
dikeringkan. Fokus utama yang akan diberikan di dalam
tugasan ini adalah pada Anyaman Rotan.

Definisi Rotan
Tumbuhan rotan merupakan sejenis tumbuhan palma jenis
memanjat. Terdapat pelbagai jenis rotan yang tumbuh
meliar di dalam hutan. Seperti rotan air, rotan bakau, rotan
batu, rotan bukit, rotan sega dan rotan manau. Daripada
aneka jenis rotan ini, rotan batu, rotan manau dan juga
rotan sega menjadi antara jenis rotan pilihan yang
digunakan sebagai bahan untuk penghasilan anyaman
rotan dan juga perabot.

Definisi Anyaman Rotan


Berdasarkan kepada potensi yang dimiliki oleh rotan yang
akan digunakan untuk penghasilan produk anyaman, rotan
telah ditanam secara besar-besaran sebagai satu tanaman
komersial sampingan di antara celah-celahan ribuan
tanaman yang lain. Melalui anyaman rotan, produk
anyaman tradisional yang dapat dihasilkan adalah seperti
bakul, kerusi, nyiru, raga dan juga sebagai satu permainan
tradisional. Hal ini dapat kita lihat pada bola sepak raga

yang menjadi satu permainan yang popular hingga ke saat


ini sehinggakan ia menjadi satu permainan sukan yang
telah dipopularkan. Memandangkan kehidupan
masyarakat Melayu kini bergerak seiring dengan arus
permodenan, maka anyaman kini sangat popular sebagai
satu kelarai perhiasan. Contohnya anyaman rotan kini
dapat digunakan sebagai terendak lampu dan juga perabot
hiasan.

Latar Belakang Anyaman Rotan

Anyaman merupakan salah satu seni yang tertua di dunia.


Dikatakan kegiatan menganyam ini telah ditiru oleh
manusia berdasarkan kepada cara burung menjalinkan
ranting-ranting untuk dijadikan satu binaan yang kuat.
Keadaan ini dapat kita lihat pada pembinaan sarang
burung yang telah dihasilkan berdasarkan kepada jalinan
ranting-ranting dan rumput-rumput kering.

Selain itu, asal usul seni anyaman dikatakan menjadi milik


masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari
oleh lapisan masyarakat kini. Kegiatan menganyam telah
wujud sejak zaman dahulu lagi dan ini dapat diperhatikan
pada pembinaan rumah orang zaman dahulu di mana
dinding rumah mereka telah dianyam dengan meggunakan
buluh dan kehalusan seni anyaman ini masih dapat
bertahan dan kekal sehingga ke hari ini. Penggunaan
buluh dan bahan anyaman yang berasal daripada
tumbuhan dapat dijadikan atap dan dinding sekaligus
dapat mengurangkan rasa panas kerana daun nipah
merupakan daun yang mempunyai lapisan yang tebal.

Berbagai bentuk kraf tangan dapat dihasilkan melalui


proses menganyam daun pandan, mengkuang, buluh dan
juga rotan. Setiap anyaman yang dihasilkan mempunyai
bentuk tersendiri yang unik dan bentuk yang dihasilkan itu
bergantung dan bersesuaian dengan fungsi kraf tradisional
iaitu fungsi anyaman tersebut. Kita ambil contoh
masyarakat petani dan juga nelayan, anyaman yang
dihasilkan oleh masyarakat setempat adalah lebih kepada
penghasilan topi mengkuang, bakul, tudung saji, tikar dan

aneka pilihan anyaman yang lain yang dapat dijadikan


sebagai penjana pendapatan dan kegunaan sehari-harian.

Selain penghasilan anyaman dengan menggunakan


pandan dan mengkuang, anyaman juga dapat dihasilkan
dengan menggunakan tumbuhan seperti palma dan juga
nipah. Seni anyaman juga ternyata merupakan satu daya
cipta dari sekelompok masyarakat istana yang
mengutamakan kegunaan yang ada pada kraftangan
anyaman. Hal ini dapat dilihat sekitar tahun 1756 hingga
pada tahun 1794. Pada tahun ini, telahpun terdapat
penggunaan tikar yang telah disediakan buat raja yang
telah diperbuat daripada rotan.

Seterusnya, aktiviti menganyam juga pada awalnya telah


dilakukan pada waktu yang paling sesuai. Misalnya sekitar
waktu pagi atau pada malam hari dalam keadaan hari
yang redup dan dingin. Pada waktu yang sebeginilah
dirasakan sangat sesuai untuk relaxing dan juga diyakini
pada waktu ini daun-daun akan menjadi lebih lembut dan
mudah untuk dibentuk tanpa merosakkan atau
memecahkan daun tersebut. Kebiasaannya masyarakat
akan melakukan aktiviti menganyam secara berkelompok
di anjung rumah pada waktu malam , petang dan juga
pada waktu senggang.

Sejarah Anyaman

Anyaman merupakan satu seni yang menjadi warisan


masyarakat Melayu dan dikatakan tidak mendapat tempias
pengaruh luar. Seni anyaman telah berkembang sama
dengan sejarah perkembangan tembikar. Pada masa
dahulu, bahan utama yang digunakan adalah buluh dan
juga rotan dan bahan ini menjadi bahan yang paling awal
digunakan dalam proses penghasilan anyaman. Menurut
Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu
tradisi telah menyatakan bahawa pada zaman
pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan,
anyaman telah digunakan oleh raja. Oleh itu, anyaman
tersebut telah dipanggil sebagai Tikar Raja yang telah
diperbuat dengan menggunakan pohon bemban.

Melalui sejarah anyaman ini, dipercayai bahawa :

Seni kraf tangan telah berkembang tanpa mendapat


sebarang pengaruh daripada luar. Ia menjadi satu
seni yang sememangnya tulen hak masyarakat
Melayu.

Pada zaman dahulu, seni anyaman ini telah dilakukan


oleh masyarakat wanita untuk mengisi masa lapang
dan bukanlah berfokuskan kepada pendapat dan tidak
menjadi mata pencarian utama.

Pada zaman dahulu, wanita yang tidak mahir dalam


seni anyaman juga dianggap tidak mempunyai sifat
kewanitaan yang lengkap.

Proses anyaman biasanya dilakukan oleh kaum


wanita manakala pihak lelaki pula hanya akan
membantu untuk menyediakan daun dan
memprosesnya.

Kebiasaannya perusahaan anyaman akan dilakukan


secara kecil-kecilan dan dilakukan secara individu
yang merupakan satu usaha ekonomi bagi orangorang di kampung.

1.2 Fungsi / ekonomi dan sosiobudaya dalam kraf tradisional

Kegunaan Harian

Anyaman rotan mempunyai kegunaan harian yang pelbagai. Misalnya,


anyaman rotan dapat dijadikan sebagai alat untuk kegunaan sendiri dan
sebagai hadiah untuk diberikan kepada anak saudara sebagai tanda
kasih sayang dan kenang-kenangan.

Selain itu, penghasilan anyaman yang bermutu tinggi juga sangat


penting bagi memenuhi keperluan pelanggan. Hal ini bertujuan, supaya
pengguna akan berpuas hati dengan kualiti yang terdapat pada
anyaman rotan tersebut selain dapat memastikan anyaman rotan
tersebut dapat berfungsi dengan baik sesuai dengan tujuan
penghasilannya.

Selain daripada berfungsi sebagai hadiah kepada kerabat melalui


fungsinya dalam kegunaan harian, anyaman rotan juga dapat dijadikan

sebagai salah satu hiasan dalaman rumah yang memiliki satu nilai
estetika yang tinggi.

Seterusnya, anyaman rotan dapat digunakan sebagai kegunaan


domestik bagi masyarakat tempatan. Misalnya dijadikan sebagai kerusi
malas, tikar, bakul, nyiru, dulang, pengayak, tudung saji, penapis, beg
dan produk lain yang dapat dijadikan sebagai kegunaan individu dan
masyarakat.

Meskipun begitu, arus permodenan kini telahpun memberikan kesan


yang tersendiri terhadap rupa bentuk kraf tradisional terutamanya pada
anyaman . Hal ini dapat dilihat pada hasil pada dimensi baru ini seperti
bekas surat, hiasan dinding,topi, beg duit, alas pinggan ,bekas tisu,
kipas tangan, terendak dan sebagainya.

Menjana Pendapatan

Seperti yang telah dinyatakan pada halaman sebelum ini, kegiatan


anyaman telah dijalankan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang
mereka. Hal ini menunjukkan bahawa aktiviti menganyam rotan
bukanlah sebagai mata pencarian utama.

Aktiviti menganyam rotan dan aktiviti menganyam yang lain hanya


diusahakan secara kecil-kecilan. Namun keadaan telah berubah apabila
lahir perusahaan yang sememangnya berfokuskan kepada penghasilan
kraftangan seperti rotan dan sebagainya. Kesedaran untuk melahirkan
perusahaan kraf tangan ini timbul adalah bertujuan mengekalkan tradisi
masyarakat tempatan.

Kini produk yang dihasilkan bersumberkan rotan semakin popular dan


digemari oleh masyarakat sekeliling. Hal ini kerana, anyaman rotan
mempunyai keunikan yang tersendiri dan memiliki kualiti dan mutu yang
dipercayai dan digemari oleh peminat yang tersendiri.

Apabila anyaman rotan kini telah berfokuskan kepada menjana


pendapatan, maka hasil anyaman kini tidak terkongkong dalam bentuk
tradisional sahaja. Ciptaan dimensi baru dari segi rupa dan bentuk,
warna dan corak, teknik dan bahan sering diubah-ubah mengikut
peredaran zaman dan cita rasa pelanggan. Malah penambahbaikkan

dan variasi telah diperkenalkan agar anyaman semakin diminati dan


tidak hanya sentiasa tampil seperti mana anyaman yang diperkenalkan
pada zaman dahulu
2.1 Mengenal ciri visual kraf tradisional

Budaya

Daripada aspek budaya seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, masyarakat
Melayu menganggap bahawa wanita yang tidak mahir dalam menghasilkan
kraftangan seperti anyaman rotan tidak mempunyai sifat kewanitaan yang
lengkap.

Seterusnya, sudah menjadi satu kebiasaan apabila penghasilan anyaman rotan


akan dibantu oleh kaum lelaki pada bahagian penyediaan rotan dan pemprosesan
daun. Manakala pihak wanita akan menguruskan proses yang seterusnya iaitu
menganyam rotan.

Seterusnya budaya dan kepercayaan juga mempengaruhi imej, motif dan unsur
yang terdapat di dalam anyaman rotan. Masyarakat di Semenanjung dan
masyarakat yang berada di Sabah dan Sarawak menggunakan motif yang
berbeza kerana mereka mempunyai pengaruh dan latar belakang yang berbeza.
Misalnya, menurut buku Antropologi dan Sejarah dalam Kearifan Tempatan yang
telah ditulis oleh Nazarudin Zainun, beliau telah menyatakan bahawa pengaruh
kepercayaan seperti antu dapat dilihat dalam anyaman iaitu pada motif atau
corak, ukiran pada perisai dan juga rumah panjang, seramik seperti tempayan dan
sebagainya. Melalui penulisan beliau ini juga, beliau telah menyatakan bahawa
antu di dalam budaya tradisional masyarakat Iban dapat dilihat bermula dengan
konsep alam ghaib, antu, motif seni tradisional, motif yang menjadi simbol budaya
masyarakat Iban, motif sebagai identiti masyarakat Iban dan seterusnya kepada
pengaruh kepercayaan tradisional berkaitan antu dalam budaya masyarakat Iban
kini. Oleh itu, kita dapat melihat dengan jelas bahawa pengaruh budayanya
sangat berbeza dengan masyarakat Semenanjung yang mempunyai pengaruh
yang lebih Islamic.
Pengaruh agama dapat dilihat pada penghasilan anyaman rotan yang
menitikberatkan kesesuaian motif dalam produk yang akan dihasilkan.

Agama

Sebagai contoh, anyaman tikar rotan diantaranya adalah seperti tikar


sembahyang dan tikar orang mati yang memperlihatkan unsur Islam. Masyarakat
Melayu meletakkan kegunaan tikar sembahyang di kedudukkan teratas sebagai
tanda penghormatan sesudah menjalankan ibadat.

Jika diperhatikan, anyaman pada tikar sembahyang ada yang dihiasi dengan motif
berunsurkan Islam. Bahagian depan menyerupai kubah masjid, dan bahagian
pinggirnya menyerupai gigi buaya sebanyak lima buah yang melambangkan
bahawa seorang yang sedang bersembahyang tidak boleh melakukan kegiatan
lain ( misalnya berbicara) akan tetapi harus khusyuk seakan-akan orang itu
(hatinya) berbicara dengan tuhan.

2.2 Mengenal alat, bahan, proses, dan teknik menghasilkan kraftangan.

Berikut merupakan antara alat, bahan, proses dan teknik yang digunakan dalam
penghasilan anyaman rotan.

Alat
- Alat yang digunakan untuk menghasilkan anyaman bakul rotan adalah
seperti (ditentukan berdasarkan anyaman yang akan dilakukan) :

Gunting besi

Ragum atau playar memotong

Penyucuk ais ( penyisip rotan )

Penyembur air ( melembutkan rotan)

Blow torch ( mengemaskan permukaan hasil anyaman )

Pita pengukur ( mengukur saiz anyaman )

Penukul dan paku kecil

Pelarut ( melaraskan rotan )

Pisau raut

Paku

Lilin

Bahan
- Bahan yang digunakan untuk menghasilkan anyaman bakul rotan adalah
seperti (ditentukan berdasarkan anyaman yang akan dilakukan) :
Rotan pulor 2 mm digunakan untuk membentuk jalinan
dipermukaan bakul
Rotan pulor 3 mm digunakan untuk dijadikan asas tiang atau
rangka bakul
Rotan sega digunakan untuk pembentukan bingkai dan
tangkai.

Proses
1. Tiga peringkat kerja yang mesti dilakukan di dalam proses pembuatan
bakul, iaitu:
- Tapak bakul
- Badan bakul
- Bingkai/Tangkai bakul.
2. Rotan direndam
- Rotan direndam terlebih dahulu di lama air untuk melembutkannya
sebelum proses menganyam bakul bermula.
3. Cara-cara Menganyam Bakul

Tapak Bakul
-

bermula dengan potongan-potongan rotan berukiran 3 mm dan


panjangnya dianggaran 3 kali daripada ketinggian ukiran bakul.

Rotan berukiran 2 mm pula akan dibentuk dua dan dimasukkan ke


salah satu bucu asas tapak tersebut.

Kedua-dua jalinan ini dibentuk sebanyak 3 kali lilitan. Setelah itu


tiang-tiang rotan dipecahkan sama rata menjadi 10 tiang rangka
yang berkembar dua. Ini diikuti jalinan turun-naik seperti mana
yang telah dibuat sebelum ini, sehingga mencukupi ukuran tapak
yang diperlukan.

Tiang-tiang rangka tapak diperkemaskan dengan jalinan pintal


sebanyak 2 lilitan. Kemudian tiap-tiap rangka dinaikkan 90% untuk
dijadikan bahan.

Badan Bakul
-

Jalinan badan bakul dibentuk dengan menggunakan anyaman 2


serentak berpintal iaitu menggunakan 2 rotan untuk dijalinkan
sekali.

pembentukannya perlu dikawal untuk mendapatkan 90% lurur


tiang rangka.

Setelah mencapai ketinggian ukuran bakul, ianya dimatikan


hujungnya dengan menyelitkan di antara satu sama lain.
Bingkai Bakul
Rotan sega yang dibelah dua digunakan untuk mendapat bingkai
yang kukuh. Panjangnya bergantung kepada lilitan garis pusat

bakul yang dikehendaki. Kedua-dua bilah rotan sega dicantumkan


dengan paku kecil.
-

Setelah siap dipaku ianya dililit dengan rotan isi (2mm) sehingga
menutup bingkai bakul.

Bagi tangkainya pula rotan yang telah dibentuk dan ukur,


hujungnya diraut hingga nipis.

Tangkai tersebut kemudiannya dililit dengan rotan isi seperti mana


yang dilakukan kepada bingkai tadi.

Lilitan tersebut dimatikan di sebelah hujungnya.

Bakul rotan yang telah siap akan dibuang bulu-bulu yang terdapat
pada rotannya. Api digunakan untuk membuangnya.

Teknik menganyam
- Teknik yang digunakan untuk melakukan anyaman yang biasa digunakan
adalah seperti berikut :

Lagang
dikenali sebagai proses menaja
Lagang ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman

Ukuran panjang tikar bergantung kepada ukuran lagangnya.


Setiap bilah daun berbentuk seperti huruf V di tengahnya, iaitu tempat anyaman
bermula.
Menganyam
Anyaman tengah :

Dilakukan di tengah atau badan sesuatu anyaman


Daun diselang seli secara menegak dan melintang dengan sehelai di atas dan sehelai
lagi di bawah.
Mengepai: Proses mematikan tepi anyaman tikar supaya tidak terburai.

Anyaman sudut :

Disebut juga sebagai anyaman bucu.


Hanya dilakukan pada anyaman berbentuk arca atau tiga dimensi

Pepeh atau lepih


Dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar untuk mengakhiri kerja anyaman.
Boleh dianyam secara berasingan, kemudian dijahit pada barang yang dikehendaki.

Sisip

Proses mengelakkan anyaman daripada terburai.


Alat penyisip (biasanya diperbuat daripada buluh) digunakan.
Hujung lebihan daun direncongkan untuk memudahkan kerja sisipan.

Kerat

Pisau kecil yang tajam digunakan dalam proses ini.


Lebihan atau baki bilah anyaman dipotong supaya hasil kelihatan lebih kemas dan
menarik.

Contoh lain yang ingin saya kongsikan adalah :

Proses 1
Membuat rangka kerusi

Proses 2
Memulakan anyaman

Proses 3
Mengecat memberikan warna dasar ke atas anyaman kerusi rotan

Proses 4
Proses terakhir iaitu finishing . Membuang bulu halus yang terdapat pada kerusi
rotan.

2.3 Mengenal motif kraf tradisional

Motif kraf tradisional dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu motif alam dan
buatan manusia.

Terdapat dua ciri-ciri penting di dalam hiasan anyaman. Iaitu pada penciptaan kelarai
(motif) dan juga corak.

Kelarai ialah sesuatu motif yang berbentuk seperti sesuatu yang


mempunyai kaitan dengan unsur alam.

Manakala corak merujuk kepada satu susunan warna yang tidak


memperlihatkan bentuk motif .

Alam
Semua jenis kelarai adalah berunsurkan alam semulajadi. Dalam masyarakat
Melayu, motif tumbuhan yang berinspirasikan alam sekitar menjadi satu pilihan
utama. Misalnya, kita dapat lihat daripada bentuk bunga, terdapat kelarai seperti
bunga atur, berembang, bunga cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga
durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur dan juga
bunga rumput. Berdasarkan kepada contoh kelarai yang disebutkan ini, maka
kita dapat lihat dengan jelas bahawa kelarai merupakan motif yang diambil secara
100 % berdasarkan kepada alam sekeliling. Seperti yang dapat kita lihat, motif
yang diambil berasaskan alam pula terbahagi kepada dua iaitu flora dan juga
fauna. Unsur tumbuhan yang lain adalah seperti akar, pucuk (rebung), dan juga
tampuk jantung pisang, manggis dan juga pinang.
Daripada ciri fauna pula, terdapat motif seperti anggota haiwan iaitu siput,
kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan juga tapak harimau. Kelarai juga
dapat berbentuk seperti bahagian tertentu yang terdapat pada ikan, serangga
dan juga yang terdapat pada unggas. Misalnya adalah seperti anak ikan,
belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah
dan tulang ikan. Meskipun begitu, unsur ini amat jarang digunakan kerana agak
sukar untuk membentuknya dan ia memerlukan kemahiran yang tinggi bagi pihak
penganyamnya.
Di Telok Bakong lebih popular dengan jenis ragi atau kelarai bentuk bebas,
seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri, kelarai beras patah dan
kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan
ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah
mata menentukan saiz sesuatu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah
dicelupkan dua warna yang bertentangan . Misalnya, kuning dan hijau, merah
dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai
tanah atau latar belakang corak. Bilah-bilah daun mengkuang berwarna yang

dianyam tindih-menindih dan berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman


mengkuang dan pandan.
Meskipun begitu, corak kelarai yang digunakan pada tikar mengkuang lebih
dikenali sebagai ragi.

Corak Ragi Beras Patah

- Corak Ragi Pelikat

Buatan manusia

Daripada penerangan di atas, pembaca akan menyedari bahawa setiap motif


kelarai tersebut telah diperoleh melalui pemerhatian terhadap manusia.
Meskipun begitu, setiap motif tersebut sebenarnya telahpun melalui satu
pengubahsuaian yang menjadikannya lebih mudah dan ringkas. Daripada idea
yang telah diperoleh melalui alam, pelopor utama terhadap motif kelarai ini
telahpun mengambil motif tersebut dan mengubahsuaikan motif tersebut
menjadi motif kelarai yang lebih ringkas serta mudah dan telahpun digunakan
sehingga ke hari ini. Kesimpulannya, motif bagi anyaman rotan yang dihasilkan

melalui buatan manusia adalah bersumberkan kepada alam semulajadi.


2.4 Proses perkembangan artistik

Menurut Zailani dan Azimah (t.t : 174), kelarai dikenali sebagai satu corak ataupun
motif yang terhasil daripada proses anyaman. Manakala menurut Siti Zainon (1985 :
64-65), kelarai membawa maksud hasil anyaman, iaitu menganyam bagi
menghasilkan corak atau satu simpulan di tepi anyaman. Bagi kelarai di negeri
Kelantan, Terengganu dan Melaka, motif yang dibentuk sewaktu anyaman lebih
dikaitkan dengan motif hiasan. Menurut Siti Zainon pula, tanpa motif hiasan anyaman
tersebut hanya dikenali sebagai gadas. Kebiasaannya, motif yang digunakan dalam
penghasilan anyaman adalah motif yang berunsurkan bunga, binatang dan juga
unggas.

Oleh yang demikian, melalui motif yang diilhamkan dalam kelarai, maka terungkaplah
pelbagai falsafah dan pemikiran masyarakat Melayu. Ternyata motif di dalam kelarai
juga sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat
Melayu tradisional yang mempunyai makna pemikiran yang hendak disampaikan.
Pemikiran,keinginan, luahan hati, perasaan dan pengalaman hidup telah digambarkan
melalui motif kelarai. Melalui motif yang terdapat dalam kelerai ini juga, maka
terpancarlah minda masyarakat Melayu yang penuh dengan pemikiran dan nilai yang
tinggi.

Sebelum kelahiran idea yang dilahirkan untuk menghasilkan kelarai, masyarakat pada
zaman purba dahulu telah menggunakan simbol . Penggunaan simbol diyakini telah
wujud sejak zaman batu lagi. Masyarakat pada zaman itu telah mengukir simbol pada
dinding gua dalam bentuk binatang,tumbuhan, senjata, alam cakerawala dan
sebagainya. Simbol-simbol yang dilukis ini telah menggambarkan budaya dan
masyarakat pada ketika itu. Simbol atau symbol sebenarnya telah berasal daripada
perkataan Yunani iaitu symbolos (Budiono, 2000:10) yang bererti tanda atau ciri yang
memberitahu sesuatu hal kepada seseorang yang lain.

Peirce (1960 : 166) mendefinisikan simbol sebagai a sign which refers to the object that it
denotes by virtue of a law, usually an association of general idea, which operates the
cause the symbol to be referring to the object and is a third . Simbol merujuk kepada
objek asal dengan sesuatu kawalan peraturan atau undang-undang khusus. Menurut
Pierce (1960 : 168) , sesuatu simbol menjadi lambang yang merujuk kepada objek-objek
tertentu. Secara mudahnya, manusia akan memahami bahawa ia telah mewakili sesuatu
objek yang ingin disampaikan. Simbol itu pula telah diterima pakai oleh pemikiran manusia
samada secara berkelompok mahupun dalam satu masyarakat. Sebagai contohnya ,
keris bagi orang Melayu adalah simbol keberanian manakala keris Taming Sari bagi Hang
Tuah dan Hang Jebat merupakan simbol keperwiraan (Mana Sikana, 1998 : 79).

Oleh itu, secara ringkasnya simbol adalah suatu tanda, ciri atau lambang yang mempunyai
makna abstrak yang cuba memberitahu sesuatu hal atau idea kepada khalayak. Simbol
mempunyai kaitan yang erat dengan perlambangan atau simbolisme. Simbolisme
merupakan satu fahaman atau satu tataaliran pemikiran yang mensasarkan diri kepada
simbol-simbol (Budiono, 2000 :1)

Penggunaan simbol-simbol tertentu bagi mewakili sesuatu makna atau idea sebenarnya
bukanlah dilakukan secara sesuka hati malah keadaan ini mempamerkan kelebihan
masyarakat Melayu yang kaya dengan bahan-bahan kiasan yang penuh dengan unsurunsur simbolik. Begitu jugalah pengambilan motif dalam kelarai dan simbol yang
diungkapkan berdasarkan kepada simbol alam kehidupan seperti tumbuh-tumbuhan,
alam kosmo dan cakerawala yang meliputi bulan, matahari, awan, gunung-ganang dan
bukit-bukau yang berkaitan dengan kepercayaan masyarakat Melayu. Simbol tumbuhan
seperti bunga tanjung bunga melur, tampuk manggis dan tampuk pinang akan dianalisis
untuk melihat nilai pemikiran masyarakat Melayu disebalik motif-motif anyaman kelarai

Motif

dalam penghasilan anyaman rotan.


Motif merupakan dasar atau sesuatu corak yang terdapat pada lukisan, ukiran, kraf, seni
dan sebagainya. Dalam seni atau kraf, istilah inilah yang sering dikaitkan dengan
pelbagai maksud seperti idea atau reka bentuk yang menonjolkan atau sesuatu objek
yang berkait dengan bentuk dan ukiran. Gaya yang berkait dengan motif yang realistic
meliputi interprestasi objek alam semulajadi dan juga buatan manusia. Penciptaan motif
dan juga corak berdasarkan interprestasi sehingga terdapat perbezaan daripada bentuk
asal tetapi masih mirip kepada keadaan asal. Keadaan ini telah memberikan ruang
kepada seniman untuk menjadi lebih kreatif (Haziyah, 2006 ;74)
Menurut Ismail (2007) dalam bukunya yang berjudul Warisan Motif dan Corak Etnik
Sabah, motif dibentuk melalui pngulangan imej atau juga rupa-rupa kecil yang disusun
secara berstruktur . Penyusunan motif secara pengulangan dan berstruktur sedemikian
akhirnya akan membentuk corak.

Kelarai bunga cengkih

Kelarai bunga cina

Kelarai

Kelarai merupakan seni anyaman yang tidak asing lagi dalam kalangan
masyarakat Melayu. Keaslian dan ketinggian mutu seni anyaman ini memerlukan
kemahiran dan daya cipta yang unik. Dalam seni pertukangan tangan misalnya seni
anyaman, terdapat satu istilah yang dikenali sebagai kelarai.Kelarai merupakan corak
atau motif yang terbentuk pada anyaman. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan
kelarai. Kelarai dapat digubah secara tersusun dan juga tunggal dalam ruang tertentu
(Chendrawaseh,2002 : 86-87).

Anyaman yang tidak mempunyai kelarai disebut sebagai anyaman ghadas atau
anyaman biasa. Kebiasaannya, anyaman kelarai adalah terancang dan dilakukan
serentak dengan proses anyaman. Dua warna yang kontra akan digunakan bagi
mendapatkan hasil kelarai yang menarik. Kelarai boleh dibahagikan kepada beberapa
jenis kumpulan dan ia diberi nama berdasarkan pengamatan daripada objek-objek
tertentu atau nama-nama individu.

Kelarai dalam proses anyaman mengkuang dan daun pandan tertumpu pada gubahan
bentuk yang dijalinkan bagi menghasilkan ragam hias yang menarik sebagai motif
utama, kelarai juga digubah samada secara disusun tunggal atau juga disusun dalam
ruang tertentu sehingga terhasil ragam hias tertentu. Pembentukan kelarai dikatakan
dilakukan serentak semasa proses anyaman berlaku. Kebiasaannya, anyaman kelarai
akan dirancang terlebih dahulu dengan menggunakan mata atau langkah untuk
mewujudan pelbagai jenis kelarai.

Sebelum Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (RIDA) ditubuhkan pada


Februari 1957, terdapat 17 jenis kelarai di Malaysia. Kelarai ini sangat terkenal dalam
kalangan penganyam di Pantai Timur. Antaranya ialah Kelarai Berdiri, Kelarai Sambas,
Kelarai Sambas di Dalam, Kelarai Kisar Mengiri, Kelarai Anak Ikan Sekawan dan banyak
lagi.

Menurut Allen dan Grey (1957), semasa RIDA ditubuhkan, perkembangan kelarai telah
bertambah 31 jenis. Antaranya ialah Kelarai Tampuk Pinang, Kelarai Berakar, Kelarai
Tampuk Mesta, Kelarai Jari Kedidi, Kelarai Bunga Cengki Beranak dan banyak lagi.

Kelarai Berakar

Kelarai Siku Keluang

Kelarai Jari Kedidi

Kelarai Pucuk Jala

Setelah Pusat Kemajuan Pertukangan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan


kerjasama pengurus dan guru-guru Pusat Kemajuan Pertukangan, Kuala Terengganu
mengambil alih RIDA, kajian telah dibuat untuk mengumpulkan nama-nama kelarai.
Pada waktu itu, didapati terdapat pertambahan sebanyak 46 kelarai. Antaranya ialah
Kelarai Belah Ketupat, Kelarai Beras Patah, Kelarai Berati Berkaki dan banyak lagi.

Kelarai Beras Patah

Kelarai Belah Ketupat

Setelah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia mengambilalih seni ini pada bulan
November 1980, kajian tentang reka corak kelarai telah dijalankan lagi. Lima kelarai
telah ditemui di Kampung Bonani, Sabah, Paka, Terengganu dan Kelantan. Antara
kelarai yang muncul ketika itu ialah Kelarai Madu Manis, Kelarai Bunga Api, Kelarai Tak
Bernama dan banyak lagi (Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, 1980: 60-61).

Simbol Tumbuhan dalam Motif Kelarai


Apabila memperkatakan tentang seni tradisi, masyarakat Melayu merupakan
golongan yang kaya dengan hasil seni terutamanya dalam bidang kraftangan. Jika
dilihat di alam Melayu, kraftangan merupakan pembayang kepada kehalusan gaya
hidup yang boleh dilihat berdasarkan kehalusan hasil kraf oleh masyarakat
Melayu. Ia juga boleh membayangkan tingkah laku orang Melayu yang bersifat
sabar, tekun, teliti dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu perkara
dan sekaligus dapat mencerminkan ketamadunan yang dicapai oleh nenek
moyang kita ( Hamdzon et al 2001). Tumbuh-tumbuhan semulajadi telah
dieksploitasi dalam rekaan kraf tradisional oleh masyarakat Melayu. Mereka juga
telah menjadikan tumbuhan semulajadi tersebut sebagai sumber inspirasi (ilham)
dalam mereka corak motif kelarai keadaan ini dapat dilihat dengan kewujudan
motif-motif flora dan fauna dalam pelbagai bentuk rekaan kraf tradisional yang
berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu dan tidak dapat dipisahkan
dengan alam sekitar.

Tampuk Sirih Pinang

Kedudukan sirih pinang dalam masyarakat Melayu tradisional berkait rapat


dengan sistem nilai masyarakat Melayu itu sendiri. Sistem nilai yang terpancar
melalui sirih pinang dalam masyarakat Melayu adalah seperti hormatmenghormati, berbudi Bahasa, bersatu padu, hidup beradat dan juga
mengamalkan peraturan tertentu yang seterusnya membudayakan mereka.
Malah, Sirih pinang turut digunakan dengan meluas dalam adat istiadat
Melayu dan upacara penting seperti perkahwinan, perbidanan, perubatan,
mendirikan rumah, membuka panggung dan upacara kematian. Disebabkan
sirih pinang amat rapat dengan persekitaran kehidupan masyarakat Melayu,
maka masyarakat Melayu telah mengambil pinang sebagai sumber inspirasi
dalam penghasilan motif pada kelarai. Kelarai yang dihasilkan daripada motif
tampuk pinang ini dikenali sebagai kelarai tampuk pinang berangkai. Kelarai
tampuk pinang berangkai adalah seperti yang ditunjukkan di bawah :

Kelarai Tampuk Pinang Berangkai

Motif tampuk pinang berangkai mempunyai makna tertentu yang hendak disampaikan
oleh masyarakat Melayu yang menghasilkan kelarai tersebut. Perkara ini dapat dilihat
berdasarkan keadaan fizikal pokok pinang yang lurus ke atas dan dan berbuah lebat.
Pokok pinang yang lurus dan tinggi menggambarkan sifat yang tidak angkuh atau tidak
sombong. Bahkan, pinang juga melambangkan keturunan yang baik-baik, sedia
berkorban dan melakukan sesuatu dengan hati yang terbuka dan bersungguh-sungguh
(Jeniri, 2005). Sementara itu, motif tampuk pinang berangkai pula adalah simbol yang
dikaitkan dengan seseorang yang telah pulang ke tempat asalnya. Hal ini merujuk
kepada perantau yang keluar merantau mencari rezeki ditempat orang. Selepas lama di
perantauan, akhirnya akan pulang semula ke tempat asal iaitu kampung halaman.

Tujuan penghasilan motif tampuk pinang berangkai dalam kelarai oleh masyarakat
Melayu merupakan peringatan kepada perantau supaya tidak melupakan asal usul
tempat kelahiran selepas keluar merantau. Bagi menunjukkan begitu rapatnya
masyarakat Melayu dengan alam sekitar, ungkapan tampuk pinang turut diungkapkan
dalam pantun berikut :

Ikan berenang di dalam lubuk,


Ikan belida dadanya panjang;
Adat pinang pulang ke tampuk,
Adat sirih pulang ke gagang.
(Harun, 2001 : 84)
2.5 Menghargai dan menghayati karya melalui proses apresiasi menggunakan laras seni visual.

Apresiasi merujuk pada istilah membawa maksud memberi pengiktirafan atau penghargaan
terhadap sesuat benda. Manakala apresiasi di dalam seni visual melibatkan proses memahami
serta menilai sesebuah hasil seni melalui pemahaman dan huraian berkaitan aspek-aspek
tertentu. Sesebuah hasil seni atau pengkaryaan yang dihasilkan bukan sahaja bertujuan untuk
memahami aspek estetika malah di dalamnya terkandung subjek, aspek formalistik, kandungan
dan konteks. Melalui pengaplikasian subjek, aspek formal, kandungan dan konteks dalam
sesebuah karya akan dapat menimbulkan kesatuan yang menjadikan sesebuah hasil seni itu
menjadi lebih bermakna dalam satu penyampaian mesej tersurat dan tersirat.
Daripada sudut hal benda, subjek yang menjadi idea utama dalam penghasilan karya seni
anyaman rotan ini adalah motif yang digunakan untuk menganyam. Motif yang dapat digunakan
adalah pelbagai dan corak yang digunakan dalam penghasilan motif anyaman lebih dikenali
sebagai kelarai. Antara motif yang dapat digunakan adalah seperti Kelarai Beras Patah dan
juga Kelarai Belah Ketupat. Daripada aspek formal, apresiasinya terbahagi kepada dua
bahagian. Pertama adalah daripada unsur seni dan aspek yang kedua adalah prinsip seni.
Dalam unsur seni, proses apresiasi dapat dibuat terhadap 6 unsur iaitu garisan, jalinan, warna,
rupa, bentuk dan juga ruang. Pada bahagian kedua adalah pada prinsip seni iaitu kesatuan,
pergerakan, harmoni, penegasan, imbangan, dan juga kontra.
Daripada aspek unsur seni iaitu garisan, dapat dilihat bahawa unsur garisan banyak digunakan
pada anyaman rotan. Hal ini dapat dilihat pada setiap bahagian rotan yang telah dibelah untuk
dijadikan produk anyaman. Manakala daripada segi jalinan pula, hal ini dapat dilihat dengan
jelas apabila setiap rotan yang dianyam akan menimbulkan kesan jalinan yang jelas pada
permukaan hasil karya anyaman. Seterusnya pada segi warna pula, anyaman rotan tidak
banyak menggunakan warna lain ataupun cat pada hasil anyaman rotan. Hal ini bertujuan untuk
mengekalkan keaslian warna yang terdapat pada rotan. Meskipun begitu, kebiasaannya cat
yang digunakan adalah bersifat nipis sekadar untuk memelihara mutu hasil anyaman tersebut.
Seterusnya pada segi bentuk pula, hasil anyaman adalah dalam bentuk 3 Dimensi dan bersifat
bentuk yang konkrit. Manakala daripada segi prinsip rekaan pula, didapati bahawa penghasilan
anyaman rotan memerlukan aspek keseimbangan . Sebagai contoh dalam pembuatan kerusi
rotan, prinsip keseimbangan sangat dititikberatkan agar produk yang dihasilkan adalah
berkualiti dan sesuai, selamat serta selesa buat pengguna.
Anyaman rotan juga memerlukan tema-tema tertentu yang bersesuaian dengan pengguna.
Misalnya, anyaman yang berfokuskan kepada perhiasan dalaman rumah memerlukan satu
tema yang sesuai dengan produk anyaman yang dihasilkan.

Seterusnya, anyaman yang dihasilkan perlulah mengutamakan fungsinya. Sebagai contoh,


sekiranya karya seni lebih mementingkan nilai estetik yang ada padanya, maka anyaman pula
perlu mementingkan fungsinya sebagai satu produk anyaman.
Seterusnya, daripada aspek sosiobudaya dan agama pula, dilihat bahawa setiap negeri akan
mempunyai ciri dan anyaman yang tersendiri. Sebagai contoh, motif yang digunakan oleh
Kelantan, Terengganu dan negeri Sabah Sarawak akan mempunyai nilai dan aspek kehalusan
seni yang tersendiri. Hal ini dapat membuatkan penggemar dan pengumpul barang seni dan
seni anyaman melihat sendiri perbezaan yang terdapat pada aspek kualiti dan motif yang
digunakan pada anyaman yang dihasilkan. Hal ini membezakan imej bagi sesebuah
masyarakat dan aspek sosiobudayanya yang mempengaruhi penghasilan karya seni yang
dihasilkan.

Terakhir adalah pada latar belakang individu yang menghasilkan motif dalam anyaman. Seperti
yang telah saya terangkan sebelum ini, terdapat individu persendirian dan persatuan tertentu
yang menghasilkan motif bagi anyaman. Dan mereka juga telah bekerjasama dalam
penghasilan motif yang sesuai dengan norma kehidupan dan masyarakat sekeliling.

Refleksi
Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum w.b.t. Alhamdulillah dan segala puji bagi Allah dan selawat
ke atas junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W serta keluarga dan para sahabat
baginda. Sejuta rasa syukur saya panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
kurniaNya maka saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini dalam tempoh
masa yang telah ditetapkan. Semoga tugasan yang telah disediakan ini menjadi
sempurna dan memberikan manfaat dalam pembelajaran PSV 1044.
Melalui tugasan yang telah diberikan ini, sudah tentu akan memberikan impak
positif ke atas diri saya. Melaluinya saya memperolehi banyak ilmu pengetahuan yang
berguna dan sangat berharga. Pelbagai pengetahuan yang baru diperolehi. Misalnya,
saya dapat mengkaji sendiri konsep asas kraf tradisional iaitu daripada aspek definisi
bagi kraf tradisional dan latar belakang bagi kewujudan kraf tradisional. Kraf tradisional
ini ternyata telahpun lahir daripada zaman dahulu dan dikatakan aktiviti menganyam

pula diambil daripada burung yang menjalinkan ranting dan daun kering untuk membina
sarang.
Seterusnya beralih kepada fungsi dan ekonomi serta sosibudaya bagi kraf
tradisional, didapati bahawa kraf tradisional memainkan peranan yang penting daripada
aspek kegunaan harian dan menjana pendapatan segelintir masyarakat tempatan yang
lain. Sebagai contoh, kraf tradisional seperti lesung batu dan batu giling masih lagi
digunakan pada hari ini. Hal ini kerana, masyarakat Melayu dewasa ini masih lagi
meminati kraf tradisional dan menyukai nilai dan kualiti tersendiri yang dimiliki oleh kraf
tradisional. Sebagai contoh kraf tradisional yang masih mempunyai nilai domestiknya
adalah seperti labu sayong. Seterusnya pada fungsi menjana pendapat, saya mendapati
bahawa kraf tradisional masih mampu menjadi sumber pendapatan bagi individu,
masyarakat dan negara.
Selain itu juga, saya mendapati bahawa pengaruh agama dan budaya juga
sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi nilai estetika kraf
tradisional yang dihasilkan. Misalnya, saya dapat melihat bahawa aspek budaya, agama
dan kepercayaan mempengaruhi nilai kesenian seperti seni mereka yang berada di
Semenanjung dan mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.
Melalui tugasan ini juga saya dapat pengetahuan yang baru daripada aspek alat,
bahan yang digunakan dalam penghasilan anyaman rotan, proses penyediaan anyaman
rotan dan teknik memproses rotan untuk dijadikan bahan anyaman. Meskipun begitu,
anyaman mempunyai nilai yang tersendiri kerana anyaman memerlukan kemahiran
individu untuk menghasilkannya kerana tidak ada tenaga dan kemampuan teknologi
yang dapat menandingi kehalusan anyaman yang dihasilkan oleh penganyam sendiri.
Meskipun kraf ini dilihat sangat tradisional dan tidak dapat menandingi produk moden
yang lain, namun individu yang menghalusi nilai kesenian pasti akan melihat nilai estetik
dan kecantikan yang terdapat pada produk kraf tradisional terutamanya anyaman.
Selain itu juga, saya dapat mengenal motif yang digunakan dalam penghasilan
kraf anyaman. Melalui kajian dan pembacaan yang dilakukan, ternyata setiap motif yang
dicipta sebenarnya mempunyai mesej yang tersendiri. Dan setiap mesej yang ingin
disampaikan itu juga merupakan satu nasihat dan peringatan yang ingin disampaikan
daripada satu generasi ke satu generasi yang lain. Motif yang dihasilkan adalah
bersumberkan alam semulajadi seperti unggas dan juga tumbuh-tumbuhan.

Di samping itu, melalui proses artistik yang dilakukan membolehkan saya


mengenalpasti sejarah dan titik permulaan bagaimana penghasilan idea berlaku dan
bagaimana masyarakat yang bertanggungjawab dalam mengekalkan kesenian yang
terdapat di dalam seni anyaman dengan mengembangkan lagi motif yang terdapat di
dalam seni anyaman.

Dengan kajian yang terperinci yang telah dilakukan ini, membolehkan saya dapat
menghargai

dan menghayati karya melalui proses apresiasi dengan menggunakan

laras seni visual. Diharapkan ilmu yang diperoleh ini dapat menyuburkan lagi minat
untuk mendalami seni dan sentiasa menghargai nilai kesenian yang terdapat pada
persekitaran selain lebih cenderung untuk belajar dan seterusnya mendidik orang lain.

Rujukan
Kilik

Gantit.

(2014).

Anyaman.

Retrived

http://kiliknote.blogspot.my/2014/12/anyaman.html

April

06,

2016,

from

Izhra Rara. (2013). Proses Pembuatan Anyaman Kursi Rotan. Retrived April 06, 2016, from
http://juandaagh.blogspot.my/2013/06/proses-pembuatan-anyaman-kursi-rotan.html
Izhra Rara. (2013). Alat dan bahan yang di gunakan dalam proses pembuatan anyaman rotan.
Retrived April 06, 2016, from http://juandaagh.blogspot.my/
Azmi Mohd Salleh. (2015). Perabot Rotan Zakaria. Retrived April 06, 2016, from
http://azmirelatif-4.blogspot.my/2015/01/perabot-rotan-zakaria.html
Trgbesh.

(2010).

Kraftangan

Anyaman.

Retrived

April

06,

2016,

from

2016,

from

http://trgbesh.blogspot.my/2010/08/kraftangan-anyaman.html#!/tcmbck
Guruseni.

(2010).

Info-KRAF

TRADISI.

Retrived

April

06,

http://gurusenivisual.blogspot.my/p/kraf-tradisi.html
Aisbatu. (2011). Seni anyaman tikar mengkuang (proses penyediaan daun mengkuang).
Retrived April 06, 2016, from http://aisbatu.blogspot.my/2011/03/seni-anyaman-tikarmengkuang-proses.html

Aisbatu. (2011). Seni anyaman tikar mengkuang-kelarai. Retrived April 06, 2016, from
http://aisbatu.blogspot.my/2011/03/seni-anyaman-tikar-mengkuang-kelarai.html

Putera Eyone. (2013). Ilmu : Lembaran Daun > Anyaman. Retrived April 06, 2016, from
http://crexzo-production.blogspot.my/2013/04/ilmu-lembaran-daunanyaman.html#!/tcmbck

Cikgu Syarifah. (2016). Anyaman. Retrived April 06, 2016, from


http://cikgusharifahofficial.blogspot.my/p/kraf.html

Lampiran

Isi Kandungan

Bil.

Tajuk

Muka Surat

1.0

Pengenalan Kraf Tradisional

2.0

Mengenal Ciri Visual Kraf Tangan

14

3.0

Mengenal Motif Kraf Tangan

21

4.0

Proses Perkembangan Artistik

23

5.0

Apresiasi

30

6.0

Refleksi

32

7.0

Rujukan

34

8.0

Lampiran

36

Anda mungkin juga menyukai