Anda di halaman 1dari 3

MOZEK

Mozek boleh didefinisikan sebagai satureka bentuk atau


gambar yang dibuat daripada serpihankaca, kayu, marmar atau
pecahan tembikar.
Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat denganmenyusuncarikan kecil
bahan-bahanseperti kaca,marmar dan seramik(tessera), di susun di atas
dinding,lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan
pantulan /kilauan

MONTAJ
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan
potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.

Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan


mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek)
digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan
menghasilkan satu imej baru.
Kolaj
Kolaj adalah salah satu teknik tertua yang menggunakan teknik
tampalan untuk menghasilkan pelbagai karya lukisan gambar atau
rekaan. Bahan tampalan boleh disusun, ditindih atau diatur pada
permukaan kertas mengikut komposisi tema atau tajuk yang diperlukan.
Terdapat empat jenis kolaj yang sesuai iaitu Kolaj kertas, bahan jahitan,
bijirin dan bahan terbuang.

STENSILAN
Stensilan menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat
stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas
alat stensil tersebut.Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang
diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau
lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.Garis luar pada lubang itu
memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan
GOSOKAN
Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corakdari
sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di
atas permukaan yang hendak dipindahkan.

CAPAN
Capan ialah sejenis teknik megecap dengan menggunakan bahan alam
atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Contoh bahan yang
boleh digunakan adalah seperti cap jari atau kaki, cap tangan atau tapak
kaki, bendi, dahan buah betik, peria, bawang, daun bunga-bungaan dan
buah belimbing. Sayuran seperti kentang dan lobak juga boleh diguna
dalam teknik capan..

Anda mungkin juga menyukai