Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN SENI

ALAM MELAYU
Lukisan Gua
Centya Dominic
PENGENALAN SENI ALAM MELAYU
Menerangkan tentang seni tampak masyarakat di Alam
Melayu khususnya di Malaysia.
Seni tampak yang dimulai dengan lukisan-lukisan gua
di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.
Seterusnya tentang artifak-artifak peninggalan zaman
prasejarah.
Seni kaum peribumi seperti kaum Jah Hut, Mah meri
dan tenunan pua kumbu oleh kaum Iban juga dibincang
untuk lebih mengenali seni Alam Melayu.
Simbol-simbol yang digunakan pada karya seni mereka
dan maknanya dikaji untuk mentafsirkan mesej yang
ingin disampaikan.
LUKISAN GUA
Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang
dihasilkan oleh manusia purba
berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti
perburuan dan pengembaraan
Di Malaysia, lukisan gua telah dijumpai di Gua Tambun
di Perak, Gua Niah di Sarawak dan Gua Balambangan di
Sabah
menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang
digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas
dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang
dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai
binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk
makanan mereka pada zaman dulu.
Lukisan gua di Gua Niah Sarawak
Contoh aktiviti-aktiviti manusia zaman dahulu kala.
Lukisan di Gua Tambun menggunakan satu
warna tidak jelas. Dalam sesetengah kumpulan,
warnanya unggu pekat dan dalam kumpulan lain,
warnanya merah pudar. Banyak lukisan ini
memaparkan individu-individu lelaki yang dilukis
kasar. Ada di antara haiwan yang dilukis ini
mudah untuk dikenalpasti tetapi ada juga yang
kurang jelas dan imaginasi diperlukan untuk
membayangkan apa sebenarnya yang cuba
digambarkan oleh pelukis tersebut.M.Matthews,
seorang penulis yang menulis di dalam terbitan
isu Malaya Dalam Sejarah Majalah Persatuan
Sejarah Malaya pada bulan November 1959
Lukisan gua di Gua Tambun Perak. Motif manusia.
Lukisan gua di Gua Tambun Perak. Motif haiwan.
kebanyakan lukisan di sini agak jelas di lihat
dan memaparkan haiwan seperti dugong,
tapir, dan rusa.
Rusa yang dilukis di sini amat menarik kerana
kesemuanya kelihatan seperti rusa betina
yang sedang bunting dan salah satu darinya
juga mempunyai bayangan anak rusa di dalam
perutnya.
Pada suatu masa dahulu, lukisan yang
membentuk galeri gambar ini terpampang
sepanjang lebih dari seratus kaki, tetapi masa
dan cuaca telah menghapuskan sebahagian
besar lukisan ini.
Gua Tambun Perak. Dugong.
Sesetengah kajian mengatakan bahawa hematit (bahan
yang menghasilkan warna merah) telah digunakan
untuk menghasilkan lukisan-lukisan gua di Gua
Tambun. Kebanyakan pengkaji percaya bahawa ia telah
dilukis oleh masyarakat Zaman Neolitik.

Terdapat juga lukisan lain di gua tersebut yang
dipercayai dilukis oleh masyarakat awal orang asli
seperti yang terdapat di Lenggong, Sungai Siput, Perak,
di Hulu Kelantan, di Pahang dan juga di Kedah.

Lukisan-lukisan tersebut boleh dikelompokkan ke
dalam beberapa bentuk iaitu bentuk manusia, haiwan,
geometrik, sampan, unsur alam dan juga bentuk
abstrak. Ia dihasilkan dengan menggunakan arang.
Gua Tambun Perak. Kisah memburu rusa. Warna merah.
Gua Tambun Perak. Motif haiwan (ular). Warna merah.
Pada bahagian lain di Gua Kain Hitam, yang
terletak berdekatan dengan Gua Niah, lukisan
dinding sepanjang 200 kaki telah dijumpai.
Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah
tebal dan menggambarkan sebuah bot
panjang dan susunan manusia yang menari.
Turut dijumpai di Gua Kain Hitam tersebut
adalah bot-bot lama, tembikar China dan
manik kaca.
Lukisan-lukisan ini dilukis menggunakan tanah
atau batu merah yang berada tidak jauh dari
gua tersebut.
Gua Kain Hitam Sarawak.
Manakala lukisan di dinding Gua
Balambangan, Sabah menggambarkan
cantuman bentuk laktis (oval berjalur)
dengan garisan memanjang.
Bentuk-bentuk sebegitu mungkin satu bentuk
abstrak yang menggambarkan satu fenomena
pada ketika itu.

Anda mungkin juga menyukai