Anda di halaman 1dari 23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

PENGENALAN Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktorfaktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi. Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentukbentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16). Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka. Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi. Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan identiti masyarakat tersebut. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman motif-motif dan maknanya. Seni keagamaan pula mendukung prinsip-prinsip agama tertentu dan ia berbeza di antara satu dengan yang lain lantaran setiap agama memiliki konsep, tatacara, kaedah dan prinsip yang tersendiri. Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

DISKRIPSI (BIDANG) Di dalam Pendidikan Seni Visual terdapat empat bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Bagi kajian ini bidang yang menjadi tumpuan merupakan bidang menggambar. Menggambar Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: a) Lukisan b) Catan c) Kolaj d) Montaj e) Cetakan f) Resis g) Gosokan h) Stensilan i) Percikan j) Gurisan k) Capan l) Mozek

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual individu dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan individu itu menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

SINOPSIS KARYA

The Lake House Karya ini diberi nama The Lake House yang bertemakan alam semula jadi. Ia dihasilkan melalui pelbagai bahan dan teknik serta penerapan bersama unsur seni serta prinsip-prinsip rekaan dalam konteks pendidikan seni visual. Penghasilan sesebuah karya ia melibatkan mesej atau maksud yang ingin disampaikan. Selain itu juga subjek matter yang digunakan di dalam karya. Subjek matter bagi karya di atas adalah rumah usang di mana komposisi rumah tersebut

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

yang berada pada kedudukan yang seimbang menjadikannya sebagai tumpuan kepada pemerhati. Karya ini juga menggambarkan suasana yang damai dan indah apabila penggunaan warna panas dan sejuk digunapakai. Penggunaan Media dan Bahan. Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi ini tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan yang bermutu dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yang mahal dan berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilan lukisan. Sepanjang karya di atas dihasilkan alatan dan bahan yang digunakan adalah pensel, warna poster, berus, straw, lidi dan gambar. Penggunaan pensel digunakan untuk membuat lakaran sebelum mewarna. Kemudian penggunaan warna poster digunakan 80% di dalam karya di atas. Ini kerana karya yang dihasilkan menggunakan teknik catan di mana teknik catan yang bersifat 2 dimensi biasanya diwarnakan di atas permukaan kertas. Selain itu, penggunaan bahan seperti lidi digunakan di dalam teknik kolaj untuk meninggalkan kesan yang lebih dramatik yang bersifat 3 dimensi. Gambar-gambar dari media cetak juga digunakan bagi penggunaan teknik montaj.

Penggunaan Teknik Beberapa teknik menggambar telah digunakan bagi menghasilkan karya bidang menggambar dua dimensi dan tiga dimensi ini. Antara teknik yang digunakan adalah teknik catan, kolaj, montaj dan juga percikan. Teknik catan merupakan proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata ataupun abstrak. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Lukisan grafik mengandungi komposisi artistic dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas permukaan bahan. Satu ciptaan gambar yang berwarna dan ia adalah satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. Teknik catan air terbahagi kepada 4 iaitu : Teknik Basah Atas Basah Teknik Kering Atas Basah.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL Teknik Berus Kering. Teknik Kecatan.

PSV 3104

Bagi penghasilan karya di atas, teknik catan telah digunakan. Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. Ia melibatkan teknik basah atas basah iaitu sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Di dalam karya tersebut, teknik ini dapat dilihat di bahagian langit yang disapu menggunakan warna oren. Manakala teknik berus kering yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap. Ia dapat dilihat di bahagian daun pokok. Manakala teknik kecatan banyak digunakan di bahagian-bahagian yang lain. Dapat dilihat di bahagian kanan karya terdapat sepohon pokok di mana rantingnya dihasilkan melalui teknik tiupan. Teknik ini akan membentuk corak yang tidak terancang apabila warna air tadi dititiskan dan meniup menggunakan straw bagi memberi kesan ranting yang semula jadi, lalu ditambah daun pokok bagi menampakkan imej pokok. Selain itu juga terdapat juga teknik percikan pada bahagian angsa di mana ianya memberi kesan percikan air yang menggambarkan seolah-olah angsa tersebut sedang bermain. Teknik percikan menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas. Percikan di dalam karya ini dilakukan dengan menggunakan berus lukisan bersama warna poster putih yang dicampur dengan air. Teknik Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Berbagai jenis bahan dilekat dan tampal di satu permukaan khas seperti kertas lukisan. Ia mestilah mempunyai satu tema bagi sesuatu karya seni kolaj. Di dalam karya ini teknik kolaj digunakan pada bahagian rumah usang yang menjadi subjek matter pada karya ini. Bahan yang digunakan merupakan lidi, digam dan dilekatkan bagi membentuk sebuah rumah usang. Penggunaan bahan juga secara tidak langsung menaikkan sesuatu nilai estetik sesebuah karya. Jika dilihat

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

karya tersebut, bahan lidi yang dijadikan kolaj untuk membentuk rumah usang itu lebih menarik kerana warna semula jadi lidi itu secara tidak langsung memberi ton warna yang realistik. Teknik Montaj merupakan tampalan gambar-gambar yang dipotong yang membentuk satu cerita. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana- mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi. Hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. Komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain. Di dalam karya ini teknik montaj digunakan pada bahagian bunga tulip, bunga teratai, rama-rama dan juga katak. Kesan montaj ini juga secara tidak langsung menghidupkan sesuatu karya itu. KAJIAN TOKOH Mansor Ghazali dilahirkan pada 6 Januari 1930 di Bukit Candan, Kuala Kangsar, Perak. Kecenderungannya melukis mula dikesan sejak menuntut di Sekolah Melayu Bukit Chandan. Malangnya, minat beliau dalam bidang lukisan langsung tidak mendapat sokongan daripada guru-guru kolonial. Beliau terus melukis dan melukis sehingga melanjutkan pengajian di Sekolah Clifford Kuala Kangsar sebelum menyertai Institut Latihan Perguruan di Johor pada 1952. Kemudian, Allahyarham menyertai Institut Perguruan Ilmu Khas di Kuala Lumpur. Lebih membanggakan, beliau merupakan pelajar Melayu terawal dihantar menuntut dalam jurusan seni reka di Brighton, England pada 1962.Beliau mula melukis sekitar tahun 1963 secara hobi dan tidak membuat pameran. Beliau terlibat dengan pameran-pameran anjuran persatuan pelukis Johor, Persatuan cat air Malaysia dan beberapa pameran di Malaysia. Beliau pernah mendapat beberapa anugerah sepanjang penglibatan dalam cat air. Persatuan Pelukis Cat Air Malaysia pernah memberi anugerah pelukis cat air. Kejora, Johor (1984) dan Anugerah Pelukis Terbaik Perak daripada Yayasan Kesenian Perak pada tahun 2000. Beberapa pendapat menyatakan beliau adalah sebagai pelopor cat air aliran impresionis yang begitu mengagumi kumpulan pelukis cat air dari Rusia.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

karya catan

Mansor Ghazali Jika dilihat pada karya catan pelukis Mansor Ghazali, beliau menggunakan teknik catan air yang bertemakan pemandangan. Penggunaan teknik catan air melibatkan pelbagai teknik. Begitu juga dengan karya The Lake House yang hampir keseluruhan karya dihasilkan menggunakan teknik catan. Teknik catan merupakan teknik yang menjadi kegemaran di dalam bidang menggambar kerana ia memberikan visual warna yang menarik Pelukis Ju Duoqi juga merupakan pelukis yang terkenal menggunakan teknik kolaj dengan menggunakan bahan daripada sayur-sayuran. Seorang seniman asal dari China mempersembahkan karyanya yang ia cantik dari aneka lukisan ternama dunia dengan seluruh bahannya dari sayuran. Ju Duoqi, 35, menamakan pameran lukisan bertajuk "Vegetable Museum" di Beijing. Di antara karyanya terdapat lukisan Mona Lisa Leonardo da Vinci yang terdiri dari tofu dan ubur-ubur laut. Ketika ditemubual mengapa beliau menggunakan sayuran, ia mengatakan bahawa tujuannya adalah ingin mengajak orang-orang memandang objek yang mereka lihat setiap hari dari sudut pandang yang berbeza.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

Karya Ju Duoqi Penggunaan teknik kolaj juga dapat memberi kesan estetika yang hebat sekiranya penggunaan bahan yang digunakan dari sumber semula jadi dan membentuk pelbagai imej yang ingin ditonjolkan. Karya The Lake House yang dihasilkan juga tidak ketinggalan dalam mengikuti teknik kolaj apabila bahan penggunaan seperti lidi digam dan disusun membentuk sebuah rumah usang di tengah tasik.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL Teknik Menggambar

PSV 3104

Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan sebagai pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan pengalaman seni untuk kanak-kanak. Disamping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman. Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik disamping itu, ia menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu karya. Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek . Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

1) Teknik lukisan. Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.

2) Teknik Catan Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah .Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.

3) Teknik Kolaj Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

4) Teknik Montaj Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

5) Teknik Cetakan Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanya akan menetukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti . Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau bahan lain.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

6) Teknik Resis Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Teknik ini membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

7) Teknik Gosokan Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

8) Teknik stensilan Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

9) Teknik percikan Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite- style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percikan-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

10) Teknik Gurisan. Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan dengan menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

11) Teknik Capan Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas sesuatu permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi ( sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

12) Teknik Mozek Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu , marmar atau pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktivtiti seni disekolah. Diperingkat sekolah rendah aktiviti mozek dipserkenalkan dalam subjek pendidikan seni. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas dimana berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan.

http://anismi.blogspot.com/2010/04/teknik-menggambar.html

Apakah itu GOSOKAN? Gosokan merupakan proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah proses penerokan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

terdapat di sekeliling mereka. Ia merupakan cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil catakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kerta yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Gosokan adalah satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu dan dianggap satu eksplorasi permukaan supaya sapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalina dan ton. Menurut Sukatan Pelajaran KBSR, kegiatan gosokan menjadi salah satu cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam bidang menggambar. Ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni. Gosokan dapat memperkembangkan seria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan pelbagai perasaan seperti gembira, suka, minat selesa dan sebagainya. Apabila kita mengapikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran. Kita boleh mengetahui bahawa setiap permukaan yang berlainan boleh menghasilkan berbagai corak yang menarik. Pengajaran dan pembelajaran di kelas tidak akan menjadi bosan dan dapat menarik minat murid-murid dalam penerokaan sesuatu permukaan. Walaupun terdapat beberapa permukaan jalinan yang sama antara satu sama lain tetapi apabila dihasilkan secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

PSV 3104

KESIMPULAN

Dalam aktiviti menggambar, penggunaan teknik memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesebuah karya bersama dengan imaginasi dan daya kreativiti. Kemahiran melukis melalui pengalaman menjadi asas kepada penghasilan karya ini. Penggunaan bahan dan alat juga memberi kesan seni kepada hasil sesebuah karya. Karya The Lake House dihasilkan mengikut tema pemandangan alam semula jadi dengan menggunakan teknik-teknik di dalam bidang menggambar . Ia dihasilkan dengan mengambil kira aspek dari pelbagai media dan teknik yang menekankan dari segi ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Pengetahuan penggunaan teknik menggambar menjadikan hasil karya ini mempunyai nilai estetika dalam bentuk visual. Oleh itu, kajian tokoh merupakan perkara yang menjadi rujukan untuk membuat perbandingan melalui teknik-teknik yang digunakan.

BIBLIOGRAFI

Jeff Low, Syndia Low, H. Heather (2011). Panduan Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 KBSM : Cerdik Publication Sdn. Bhd, Shah Alam. Chua Yan Piaw (2011). Panduan Revisi : Esensi Pendidikan Seni Visual SPM. Pearson Longman.

Anda mungkin juga menyukai