Anda di halaman 1dari 18

PENDEKATAN LAURA CHAPMAN

Kumpulan 2: Siti Fatimah binti Jabar Nurul Fadilah binti Hamzan Ummi Idayu binti Khadri Rubiaah Adhuwiah binti Yusoff

PENGENALAN
Laura H. Chapman berperanan sebagai pemimpin dalam bidang Pendidikan Seni melebihi 40 tahun Beliau membincangkan tentang isu polisi, reka bentuk kurikulum, pengajaran metodologi dan penilaian di dalam buku, rencana, kajian dan ucapan beliau.

SAMBUNGAN
Menurut Chapman (1986), terdapat empat aspek utama yang digunakan dalam pelajaran seni iaitu: 1) Pemerhatian 2) Penerokaan 3) Penghasilan (pembuatan) 4) Apresiasi

PEMERHATIAN
Pemerhatian - melibatkan sensitiviti deria manusia (deria penglihatan). Pemerhatian secara aktif - pemerhatian atau penyediaan seorang guru itu menyediakan sesuatu aktiviti di dalam kelas seninya dan ianya mestilah dapat dilakukan secara bersepadu.

SAMBUNGAN
Lima perkara yang perlu diambil kira semasa menyediakan sesuatu aktiviti seni: - Seorang guru perlulah mengetahui pengetahuan sedia ada muridnya agar objektif pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dicapai. Aktiviti yang dijalankan tersebut mestilah sesuai dengan latar belakang murid-muridnya.

SAMBUNGAN
Contoh :
Seorang guru ingin mengajar muridnya melukis gambar pemandangan. Pemandangan tersebut mestilah merujuk kepada kawasan atau tempat di sekeliling kehidupan muridnya seperti kehidupan nelayan tentunya kawasan sekolah tersebut terletak di tepi laut. Murid dapat melakukan pemerhatian secara aktif tentang gambaran sebuah bot nelayan atau keadaan sesebuah pantai itu.

SAMBUNGAN
Pemerhatian kedua ialah benda atau bahan yang digunakan mestilah konkrit (maujud). - Seorang guru mestilah menggunakan bahan atau benda yang berbentuk konkrit atau maujud (betul) untuk menghasilkan sesuatu pengajaran yang bersepadu dan berkesan terutamanya di dalam pendidikan seni. - Memudahkan murid melakukan pemerhatian seterusnya membuat hasilan yang lebih tepat dan kreatif.

SAMBUNGAN
Pemerhatian secara aktif yang ketiga ialah guru juga perlu melihat dan peka kepada minat, kecenderungan dan latar belakang muridnya. - Seorang guru dapat menyediakan bahan dan aktiviti yang dapat memupuk dan menarik minat murid- muridnya untuk belajar selaras dengan kecenderungan dan minatnya.

SAMBUNGAN
Pemerhatian yang aktif juga perlu dilihat dari segi kegunaan bahan itu iaitu bunyinya, pergerakan dan aksi sesuatu bahan itu. -Sesuatu bahan yang menarik mampu membuatkan sesuatu pengajaran itu lebih seronok. Guru perlu melihat kesesuaian bahan itu agar ianya selaras dengan pengalaman dan kecenderungan muridnya.

SAMBUNGAN
Seterusnya, pemerhatian secara aktif yang kelima ialah aktiviti tersebut dapat mencetuskan idea dan imaginasi murid. Kesesuaian bahan dan kepelbagaian aktiviti tentunya dapat menarik minat murid dan secara langsung dapat menjana idea mereka serta mengembangkan imaginasi mereka.

PENEROKAAN
Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut: (i) penerokaan suai kenal dengan bahan, bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba dan pengurusan grafik. (ii) penghasilan / membuat / pengalaman hasil

SAMBUNGAN
Murid meneroka sesuatu bahan itu secara lebih dekat dan melihatnya melalui pelbagai aspek atau segi. Contohnya : Aktiviti seni reka - murid meneroka bahan yang dipamerkan oleh guru seperti penggunaan warna pada kolaj, garisan atau bentuk, elemen-elemen corak yang digunakan di dalam pembuatan batik atau kraf tangan. Aktiviti penerokaan perlu kecil, mudah dan ringkas - Ia juga mempunyai permainan cuba mencuba atau suai kenal dengan bahan. - Murid juga dibenarkan menguji bahan tersebut dan mencari penemuan sendiri dengan bimbingan guru.

SAMBUNGAN
Selepas aktiviti penerokaan, guru perlu membimbing muridnya membuat penghasilan dengan menggunakan alat atau bahan dan teknik yang sesuai dan betul. Guru juga perlu menerangkan tatacara, langkah dan proses membuat dengan cara yang betul. - dapat membantu murid yang lemah untuk terus belajar dan tidak lari dari objektif yang hendak dicapai. Guru juga perlu menerangkan cara amalan tertib ketika melakukan sesuatu aktiviti, keselamatan dan membantu murid di dalam penyampaian kandungan subjek, idea, hal benda dengan bentuk hasil.

PENGHASILAN
Bagi menggalakkan murid menghasilkan karya seni, seseorang guru itu sendiri perlu mempunyai pengalaman luas di dalam penghasilan karya seni. Bimbingan dan panduan yang akan diberikan oleh guru kepada murid bergantung kepada pengalaman guru itu sendiri.

APRESIASI
Apresiasi seni visual secara mudah Terdapat dua jenis aktiviti utama apresiasi iaitu aktiviti yang dirancang khas dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Aspek ini merujuk kepada perasaan murid semasa dan setelah melakukan aktiviti seni di dalam kelas. Melalui aspek ini, murid dapat melihat perkaitan antara sesuatu kandungan dan hal benda, penggunaan bahasa yang sesuai dengan memanipulasi alatan dan teknik yang digunakan malah murid dapat menghargai hasil kerja masing masing serta menghormati dan mengakui sesuatu karya yang telah dilakukan atau dicipta.

SAMBUNGAN
Guru juga dapat menerangkan kepada murid perkaitan antara aspek bahasa dengan istilah seni contohnya perkaitan antara sifat, garisan, jalinan, warna, ton, rupa, dan bentuk . Melalui apresiasi ini, murid dapat membuat refleksi diri dan menyerap pengetahuan dan penerapan nilai yang hendak disampaikan oleh guru di dalam sesuatu isi kandungan pelajaran.

KELEBIHAN PENDEKATAN CHAPMAN


Penerapan nilai murni sentiasa berlaku Sesuai dengan sifat semulajadi kanakkanak

Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran boleh dijalankan dalam P & P

Kelebihan Pendekatan Laura Chapman


Dapat menimbulkan kejayaan dan kecemerlangan

RUMUSAN
Laura H. Capman telah menyatakan bahawa proses kreativiti sama seperti proses penghasilan atau artistik. Bagi mengembangkan kreativiti murid, guru PSV perlu menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya. Perkara yang paling penting ialah guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar murid.

Anda mungkin juga menyukai