Anda di halaman 1dari 16

TAJUK 2 : PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PSV

PENDEKATAN PROSES DAN PRODUK


PENSYARAH : PUAN SITI HAYATI
PSV3107

Oleh (K16) : Archanah, Carolina, Cornelia, Zulhafizsyam

APA ITU PENDEKATAN PENGAJARAN ?

PENGENALAN PENDEKATAN
merupakan haluan/aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis2 pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, caracara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan :


induktif
deduktif

elektif

pendekatan dari : segi isi mudah ke isi susah isi maujud ke isi abstrak.

pendekatan memusatkan guru tumpuan kepada pengajar Kaedah-kaedah yang seiring adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi pendekatan memusatkan murid mementingkan murid Kaedah-kaedah pengajaran yang selari adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

pendekatan mengikut tema-tema pelajaran. -Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. -Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru.

PENDEKATAN PROSES DAN PRODUK

Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas guru ialah mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan. Penilaian proses tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Proses ialah cara pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. aktiviti pengajaran yang disarankan : kerja amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan, sumbang saran, dan kaji siasat. Suasana yang diwujudkan harus memberi murid pengalaman dan keyakinan untuk mengaitkan pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam kehidupan seharian

Program ini mengajar murid-murid menggunakan kaedah penyampaian yang beragam/beraneka. Penilaian produk ~ tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan. ~ ialah hasil perubahan sikap pelajar dan pencapaian objektif PSV.

Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran.

Rummers dan Gage (1987) menyatakan bahawa sikap mempengaruhi dan mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah.

Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang mempengaruhi pembelajaran iaitu : 1. Integrasi 2. Perbezaan 3. Kejutan 4. Penerimaan. # Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.

KESIMPULAN strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Rujukan
Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Pendekatan P&P PSV. (2013) Retrieved January 7, 2014, from http://wingabriella.blogspot.com/2013/10/pengenala n-teori-dan-pendekatan.html Pendekatan Pengajaran. (2013) Retrieved January 7, 2014, from http://notapismpks.blogspot.com/2013/01/psv-3107pendekatan-strategi-kaedah.html

Anda mungkin juga menyukai