Anda di halaman 1dari 27

Huraikan takrifan mengenai seni mengikut pendapat tokoh-tokoh berikut: a) Feldman b) Ibn Khaldun c) Abdullah Mohamad Nakula

Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni

Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing. a) Feldman Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi. b) Ibn Khaldun Menurut Ibn. Khaldun pula, seni itu adalahkebenaran, keindahan dan kebaikan di mana didalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika danlogika.Kesenian bermaksudperihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan c) Abdullah Mohamad Nakula konsep bentuk seni melalui falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai

keagamaan. Menurut beliau segala kejadian alam ini adalah dari Zat Allah. Melalui zat tersebut terdapat dua tingkat iaitu Tingkat ketuhanan dan tingkat kealaman. Melalui inilah segala kejadian di alam ini berlaku.

1. Baca petikan yang berikut dan buat rumusan dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bidang seni terbahagi kepada pelbagai bidang , termasuk , Seni Muzik , Seni Puisi , Seni Teater , Seni Persembahan , Seni Visual, Seni Tari dan lain-lain Konsep Seni Visual member tumpuan terhadap perkara-perkara seperti subjek,idea,proses,media dan objek. Konsep Pendidikan Seni Visual memperlihatkan perihal seni sebagai alat pendidikan , Pendidikan Kesenian ,Seni Merentas kurikulum,

pembelajaran melalui seni dan seni sebagai perkembangan menyeluruh Di Malaysia Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual,dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat , memperkembang keperibadian , memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif ,ekspresif dan aktif.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini

melalui persepsi visual , imaginasi dan daya pemikiran.Kegiatan pemikiran penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri , membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Tajuk : 2 Latihan 1 Berdasarkan kepada Falsafah dan Objektif PSV KBSR, lengkapkan peta minda di bawah. FALSAFAH DAN OBJEKTIF PSV KBSR

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Berilmu Pengetahuan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Menghargai tuhan.

keindahan

alam

ciptaan

Berketrampilan

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif,kreatif dan menyeronokkan. Menajamkan daya persepsi dalam imaginasi melalui pancaindera.

Berakhlak Mulia

Bertanggung jawab

Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.

Berkeupayaan

Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.

Latihan 2 Adakah kenyataan di bawah sesuai tentang matlamat Kurikulum Pendidikan Seni Visual Rendah? Memupuk keharmonian pelbagai kaum di Malaysia Menyumbang kea rah pembangunan diri dan keluarga Melahirkan insan yang mempunyai nilai estetik yang tinggi Menggalakkan penulisan buku rujukan Pendidikan Seni Visual Rendah

Ya, kenyataan-kenyataan di atas sesuai tentang matlamat kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Sebelum mengaitkan kita kena ketahui secara lanjutnya apa yang dikatakan dengan Pendidikan Seni Visual. Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifatsifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.

Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekiranya kita tengok dalam matlamat terdapat satu ayat di mana menekankan keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang kea arah pembangunan diri, keluarga , masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam seni sahaja, kita dapat menunjukkan imej tiga bangsa di mana maklumat mengenai sesuatu bangsa boleh dipetik menerusi gambar yang dilukis. Mengikut ahli falsafah, satu gambar bersamaan dengan seratus perkataan dimana sebuah gambar itu mampu menjelaskan apa yang kita ingin cakapkan selama sejam. Dengan menghayati warisan bangsa menerusi seni visual maka ia dapat memupuk keharmonian pelbagai kaum di Malaysia. Di Negara kita pelukis yang terkenal terdiri dari berbilang kaum seperti Syed Ahmad Jamal, Abdul Latiff Mohiddin, Ravichandran dan Chuah Tean Teng. Menerusi Seni Visual ini, seseorang murid mampu menjalinkan hubungan yang baik sesama saudara, ahli keluarga , rakan-rakan dan ahli masyarakat di mana mereka dapat menunjukkan kasih sayang menerusi gambar. Ini memberikan peluang kepada murid untuk menghayati hubungan yang sedia ada dan juga berusaha untuk mengukuhkannya. Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah juga bermatlamat untuk melahirkan insan yang mempunyai nilai estetik yang tinggi. Estetik merupakan kajian deria atau nilai deria-emosi, ataupun timbangan sentimen dan cita rasa. Estetik merupakan subdisiplin aksiologi, sesuatu cabang falsafah, dan sering dikaitkan dengan

falsafah seni. Murid-murid dapat merasa nilai deria-emosi dimana emosi pelukis dapat ditunjukkan menerusi lukisan dan juga harapan pada masyarakat, alam sekeliling juga dapat ditunjukkan menerusi seni visual Ia juga menggalakkan penulisan buku rujukan Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Biasanya ramai yang beranggapan bahawa seni visual ini merupakan suatu mata pelajaran elektif di mana murid-murid tidak perlu diajar teknik seni yang betul. Selain itu , ada juga yang mengatakan seni visual ini sekadar melukis sahaja . Mereka tidak sedar bahawa seni visual membawa murid kea lam berimaginasi,kreatif di mana bakat kesenian murid dicungkil. Jadi, tidak terdapat banyak buku rujukan ataupun modul untuk dirujuk untuk mata pelajaran ini. Dengan mendorong penulisan buku rujukan seni visual ini, maka guru dapat menyampaikan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dimana teori dan amali seni visual dapat dijalankan mengikut apa yang dirancang . Ada juga ramai guru yang bukan opsyen seni di mana ini dapat menggalakkan mereka menulis buku rujukan agar dijadikan contoh.

Latihan 3 Manakah antara berikut mempunyai perkaitan secara langsung dengan objektif Pendidikan Seni Visual Rendah? Kreatif Inovatif Ekspresi Produktif Komersial

Kelima-lima ciri iaitu kreatif, inovatif, ekspresi, produktif dan komersial secara langsung dan secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan objektif Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Daya kreatif merupakan proses membabitkan jumpaan idea atau konsep baru, atau kaitan baru antara konsep atau idea sedia ada, didorong oleh proses sama ada sedar atau luar sedar. Dari sudut pandangan saintifik, hasil pemikiran kreatif (kadang kala dirujuk sebagai pemikiran mencapah (divergent thought), biasanya dianggap sebagai memiliki keaslian dan kesesuaian. Sungguhpun secara intuitif fenomena mudah, ia sebenarnya amat rumit. Ia telah dikaji dari segi psikologi kelakuan, psikologi sosial, psikometrik, sains kognitif, kecerdasan buatan, falsafah, estetik, sejarah, ekonomi, kajian reka-bentuk, perniagaan, dan pengurusan antaranya. Kajian-kajian ini meliputi kreativiti harian, kreativiti luar biasa dan malah kreativiti buatan. Tidak seperti banyak fenomena dalam sains, tidak terdapat satu perspektif berwibawa tunggal atau takrifan daya kreatif. Dan tidak seperti unlike banyak fenomena dalam psikologi, tidak terdapat satu teknik pengukuran terpiawai. Murid-murid biasanya suka berimaginasi. Jadi, imaginasi mereka akan diturunkan dalam lakaran gambar ataupun contengan yang dibuat. Daya imaginasi ini sememangnya memberikan peluang untuk murid berfikir luar dari apa yang dijangka. Hasilnya boleh menjadi negatif ataupun positif mengikut haluan yang dipilih.

Kreatif biasanya digunakan bagi merujuk kepada tindakan menghasilkan idea baru, pendekatan atau tindakan, sementara inovasi merupakan proses menghasilkan dan menggunakan kreatif sebegitu dalam bentuk tertentu. Dalam konteks organisasi, istilah inovasi sering kali digunakan bagi merujuk keseluruhan proses di mana organisasi menghasilkan idea kreatif baru dan menukarkannya menjadi barangan, perkhidmatan, dan amalan perniagaan yang berlainan, berguna dan memiliki daya komesial, sementara istilah krestif dikhususkan bagi kegunaan khusus dalam proses penghasilan idea berlainan oleh individual atau kumpulan, sebagai langkah perlu dalam proses inovasi. Sebagai contoh, Amabile et al. (1996) mencadangkan bahawa inovasi "bermula dengan idea kreatif," "...creativity by individuals and teams is a starting point for innovation; the first is a necessary but not sufficient condition for the second."[1] Sungguhpun kedua perkataan adalah berlainan, ia adalah seriring. Untuk berinovasi, pekerja perlu menjadi kreatif untuk kekal bersaing. Dalam seni visual, tanpa kreatif dan inovasi sesuatu tidak boleh dihasilkan. Ekspresi manusia ini boleh dibahagikan kepada emosi gembira, sedih, takut, terperanjat, marah, cemburu dan sebagainya. Ekspresi seseorang selain dari riak muka boleh ditunjukkan dalam hasil lukisan. Ton warna juga turut memainkan peranan dalam menunjukkan ekspresi . Boleh dikatakan bahawa lukisan tanpa ekspresi ini ibarat pen tanpa dakwat. Keupayaan produktif ialah istilah yang digunakan untuk mentakrifkan output maksimum yang mungkin bagi sesebuah ekonomi. Menurut UNCTAD, tidak terdapat sebarang takrif yang dipersetujui. UNCTAD pada dirinya mencadangkan takrif sebagai "sumber produktif, keupayaan keusahawan, dan rantaian pengeluaran yang bersamasama menentukan keupayaan sesebuah negara untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan." Istilah "keupayaan produktif" juga digunakan dalam bidang ekonomi

perduaan untuk bermaksud keupayaan menjanakan pendapatan, baik oleh kilang, tanah, paten, mahupun kemahiran buruh seseorang. Sebenarnya seni visual ini suatu kerjaya di mana memberikan peluang yang amat banyak dalam menghasilkan produktiviti. Sekiranya seorang ahli seni mampu menghasilkan produk yang bermutu maka hasilnya jika dijual boleh mencecah sehingga beratus-ratus hinggalah berjutajuta. Secara tidak langsung, dengan menghasilkan produk yang maksimum maka seseorang dapat menjadi memupuk semangat keusahawanan. Penghasilan produk membawa kepada komersial. Komersial bermaksud jual beli output yang dihasilkan. Iklan secara besar-besaran dan juga publisiti bermaksud komersial. Murid-murid dapat mengetahui cara mengiklankan hasil mereka seperti membuat pameran ataupun menjualnya ke balai seni .

Tajuk : 3 Latihan 1 Bagaimanakah Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah berperanan sebagai alat komunikasi? 1. SENI GRAFIK a. Grafik bermaksud gambaran bukan fotografi yang berbentuk 2 dimensi b. Grafik meliputi lukisan, catan, carta, graf, poster dan kartun c. Grafik diguna untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan ringkas d. Gambar foto yang diubahsuai, dimasukkan gambar lain, muka taip, logo dan lain-lain adalah sebagai grafik e. Contoh grafik boleh dilihat pada bilbod, kain rentang, papan tanda, akhbar, majalah, pembungkusan, digital dan sebagainya.

2. RISALAH a. Risalah berfungsi sebagai promosi, penerangan, pengiklanan dan memberi maklumat b. Terdapat pelbagai bentuk risalah seperti sehelai kertas berlipat dia atau tiga, beberapa lipatan dan seperti buku c. Unsur reka letak sesebuah risalah mengutamakan ilistrasi, kaligrafi, tipografi, simbol dan logo d. Antara corak yang popular ialah Mondrian, Tingkap Gambar, Bingkai, Multipanel, dan Sarkis

3. PEMBUNGKUSAN a. Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi barangan semasa dihantar, disimpan dan dipamer b. Jenis pembungkusan ialah pembungkusan kertas, plastik, botol, tin, kotak kayu dll c. Fungsi pembungkusan ialah untuk: i. Melindungi barangan

ii. Memudahkan kerja menyimpan dan penghantaran iii. Menyampaikan meklumat dan mempromosi d. Ciri-ciri pembungkusan yang baik mengandunggi i. Jenama ii. Keterangan iii. Gambar / ilustrasi iv. Logo, nama dan syarikat

4. LOGO a. Merupakan tanda sesuatu syarikat, pertubuhan, institusi, kempen, perkhidmatan dan sebagainya b. Setiap benda, perkara, warna, dan lambang yang ada pada logo mempunyai maksud tertentu seperti keris lambang keberanian & padi lambang muafakat c. Sumber logo biasanya daripada sumber huruf, angka, geometri, flora, fauna, campuran dan sebagainya

5. SIMBOL a. Merupakan tanda sesuatu benda atau perkara b. Merupakan tanda yang dapat dikenal di peringkat antarabangsa c. Menggunakan rupa mudah ( rupa positif / rupa negatif ) d. Rupa yang biasa diguna seperti rupa geometri, huruf, dan alam semulajadi e. Biasanya kurang menggunakan teks / tulisan f. Mudah difahami seperti tanda tandas, surau, hospital dan sebagainya.

6. MASKOT a. Sebagai lambang sesuatu acara rasmi syarikat atau sukan b. Dapat menarik minat terutama kanak-kanak c. Kostum yang dipakai oleh manusia memerlukan fabrik yang tidak panas d. Menampilkan identiti tempatan dan asli e. Sumber maskot diambil daripada haiwan liar atau haiwan peliharaan seperti tupai, panda, lebah dan sebagainya.

Latihan 2 Apakah perbezaan di antara ekspresi dan luahan fikiran?

Mengikut Kamus, ksprsi ialah pelahiran maksud (perasaan dan sebagainya) dengan kata-kata (gerak-geri dan lain-lain). Ia juga boleh dikatakan lebih kepada perasaan emosi seperti emosi gembira, sedih , takut, terperanjat, marah, cemburu, iri hati, murung, muram, geram, baik hati, senyum, ketawa dan sebagainya. Ia lebih kepada perasaan. Apa yang terkandung dalam perasaan akan didedahan menerusi ekspresi. Manakala, luahan fikiran ialah pendapat ataupun buah fikiran yang dikeluarkan melaui perkataan ataupun percakapan. Ekspresi ini lebih banyak ditunjukkan melalui riak muka, mata, kening, dan juga anggota badan. Luahan fikiran pula hanya boleh diluahkan melalui percakapan secara logikal, bernas dan kreatif. Luahan fikiran dalam bentuk bertulis ataupun bukan bertulis. Dalam bertulis, kita boleh meluahkan perasaan , fikiran dalam bentuk artikel, risalah , majalah ataupun berita. Dalam kategori bukan bertulis pula, luahan fikiran boleh dilakukan secara lisan. Segala pandangan, cadangan dan fikiran boleh dikongsi bersama.

Latihan 3 Pendidikan Seni Visual berperanan untuk mempertingkatkan kemahiran dalam penghasilan karya.Senaraikan institusi yang mempergiatkan Pendidikan Seni Visual.

1) Maktab/ Institusi Pengajian Tinggi Awam ( Dalam Malaysia)

Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPMM) kini IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) kini IPG Kampus Kota Bharu Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P) kini IPG Kampus Pulau Pinang Maktab Perguruan Kuala Terengganu (MPKTBR) kini IPG Kampus Dato' Razali Ismail Maktab Perguruan Raja Melewar (MPRM) kini IPG Kampus Raja Melewar Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL) kini IPG Kampus Batu Lintang Maktab Perguruan Tuanku Bainun (MPTB) kini IPG Kampus Tuanku Bainun Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH) kini IPG Kampus Sultan Abdul Halim Institut Bahasa Melayu Malaysia kini IPG Kampus Bahasa Melayu Institut Perguruan Bahasa - bahasa Antarabangsa kini IPG Kampus Bahasa Antarabangsa Institut Perguruan Darulaman (IPDA) kini IPG Kampus Darulaman Maktab Perguruan Persekutuan Perlis (MP3P) kini IPG Kampus Perlis Maktab Perguruan Ipoh (MPIPOH) kini IPG Kampus Ipoh Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) kini IPG Kampus Ilmu Khas Maktab Perguruan Sultan Mizan (MPSMB) kini IPG Kampus Sultan Mizan Maktab Perguruan Islam (MPI) kini IPG Kampus Pendidikan Islam Maktab Perguruan Teknik (MPT) kini IPG Kampus Pendidikan Teknik

Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) kini IPG Kampus Temenggong Ibrahim Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (MPTAA) kini IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Maktab Perguruan Tun Hussien Onn (MPTHO) kini IPG Kampus Tun Hussien Onn Maktab Perguruan Rajang (MPRAJANG) kini IPG Kampus Rajang Maktab Perguruan Sarawak, Miri (MPSM) kini IPG Kampus Sarawak Maktab Perguruan Tun Abdul Razak (MPTAR) kini IPG Kampus Tun Abdul Razak Maktab Perguruan Tawau (MPTAWAU) kini IPG Kampus Tawau Maktab Perguruan Gaya (MPGAYA) kini IPG Kampus Gaya Maktab Perguruan Keningau (MPK) kini IPG Kampus Keningau Maktab Perguruan Kent (MPKENT) kini IPG Kampus Kent 2) ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) 3) Kolej Komuniti Kuching 4) Balai Seni Visual Negara 5) Perpustakaan Balai Senil Lukis Negara 6) Dewan Bahasa dan Pustaka 7) Universiti Pendidikan Sultan Idris

Luar Negara Institut Seni Indonesia Denpasar Mumbai Institut Seni Indonesia Kebudayaan Beijing

Latihan 4 Huraikan cirri-ciri individu yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang karya seni visual.

Ciri ciri individu yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang karya seni visual ialah perlu mempunyai kreativiti. Orang yang berkreativiti sahaja mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Jika kita bandingkan dua orang murid yang sama umur, tetapi salah seorangnya mempunyai kreativiti manakala seorang lagi tidak mempunyai kreativiti. Jika kita minta kedua-duanya menghasilkan sesuatu karya maka karya manakah yang akan menarik perhatian kita? Sudah tentulah karya orang yang mempunyai kreativiti. Orang yang mempunyai kreativiti bukan sahaja mampu menggambarkan apa yang ada dalam pemikiran malah boleh memberikan nyawa kepada karya tersebut dari segi penggunaan warna, estetik, ekspresi dan juga boleh mengubah sesuatu karya yang biasa kepada yang luar biasa. Sebagai seorang ahli seni, individu harus mempunyai bakat ini. Seterusnya, seseorang harus mempunyai pengetahuan tentang sejarah kerana ia merangkumi keseluruhan idea, konsep dan perkembangan sesuatu bidang seni secara menyeluruh. Penyelidikan seni adalah teras dalam melahirkan teori-teori baru, mengemaskini metodologi baru, proses berkarya berasaskan kepelbagaian disiplin ilmu dan kewajaran kaedah penilaian saintifik dalam penyataan seni. Individu tersebut juga harus bersifat penyabar di mana mampu menerima kritikan dalaman dan luaran. Ramai yang beranggapan bahawa orang yang melibatkan diri dalam dunia seni tidak mempunyai masa depan yang cerah dan tidak mampu memiliki kehidupan yang berjaya. Ramai ahli seni yang berjaya pada masa sekarangadalah mereka yang pernah mengalami penghinaan,kritikan yang negative dan juga dorongan negative. Individu seni yang memahami karya seni haruslah mampu menerima kritikan yang negative untuk ditukarkan kepada kritikan positif dan merancang strategi untuk membaiki kelemahan diri.

Seterusnya mereka juga harus memiliki ciri ekspresi. Ekspresi adalah lebih kepada perasaan emosi seperti emosi gembira, sedih , takut, terperanjat, marah, cemburu, iri hati, murung, muram, geram, baik hati, senyum, ketawa dan sebagainya. Ia lebih kepada perasaan. Apa yang terkandung dalam perasaan akan didedahan menerusi ekspresi. Ekspresi dalam karya ini bukan mudah untuk dihasilkan. Dengan adanya latihan yang berterusan dan teknik yang betul sahaja suatu karya dengan kespresi yang betul dan tepat dapat dihasilkan. Selain itu, cirri yang paling penting ialah mengubah ikut peredaran masa. Ramai yang tidak akan berubah mengikut peredaran masa. Bagi seorang ahli seni, dia haruslah pandai menghasilkan karya yang menggambarkan perubahan. Cara lukisan, penggunaan warna dan elemen seni yang lain menunjukkan karya yang dihasilkan. Individu yang berada pada zaman 60-an , jika tidak menghasilkan karya yang sesuai pada zaman tersebut maka karya itu akan dianggap tidak bernilai. Itulah kepandaian yang harus dimiliki oeh seseorang untuk menghasilkan karya mengikut perubahan masa dan tempat.

Latihan 5 Kepekaan pengamatan seseorang terhadap karya seni boleh ditajamkan melalui berbagai cara.Huraikan berdasarkan cara-cara di bawah. Bengkel seni visual Melalui pembacaan buku seni Penghasilan karya Melalui lawatan ke pameran seni

Biasanyan bengkel seni visual akan dijalankan selama tiga hari hingga seminggu. Dalam bengkel seni visual pelbagai perkara, teknik dan strategi akan diajar berkaitan dengan seni visual. Bengkel ini akan dijalankan oleh mereka yang pakar dan penuh berkemahiran dalam bidang seni visual. Pelbagai teknik seperti anyaman, catan, lukisan , warna dan teori-teori untuk diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran akan diajar. Pendapat dan cadangan untuk menambahbaik kemahiran dan cara pengajaran akan dibincang bersama. Bagi orang yang masih baru dalam seni, maka segala maklumat yang diperoleh akan membantu dalam menimba pengalaman.

a) Pembacaan buku seni Orang seni biasanya suka mengkaji maklumat untuk digunakan dalam pengajaran. Pembacaan buku seni akan menambahkan pengetahuan tentang seni. Ciri-ciri dan jenis kategori juga dapat diketahui melalui buku seni. Orang yang banyak membaca biasanya akan mempunyai banyak pandangan dank omen untuk dikongsi berbanding dengan orang yang kurang berpengetahuan. Buku seni biasanya akan menjadi panduan ataupun modul pengajaran dimana kebanyakan maklumat yang berkaitan dengan seni dapat ditimba. b) Penghasilan Karya Karya Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahanbahan yang terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah

Lukisan, catan, seni cetak dan arca.Apa yang dibaca perlu dipraktikkan. Banyak teori sekiranya jika tidak praktikkan maka tidak bermakna. Untuk itu, bagi seni visual karya adalah perkara yang paling penting untuk periksa sama ada ilmu yang diperoleh betul dipraktikkan ataupun tidak. Seni sukar ditakrifkan, sebagaimana ia sukar dinilaikan, disebabkan setiap artis memilih peraturan dan tata rajah tersendiri untuk menentukan karyanya, masih boleh dikatakan bahawa seni adalah proses dan hasil pemilihan medium, set aturan untuk penggunaan medium tersebut, dan set nilai yang menentukan apa yang berhak di gambarkan melalui medium tersebut, agar dapat menyampaikan samaada kepercayaan, idea, rasa, perasaan dalam bentuk paling berkesan bagi medium tersebut. Walaupun, banyak artis terikut artis dahulu, dan sebagainya, beberapa garis panduan telah muncul untuk menetapkan bagaimana menggambarkan idea tertentu melalui simbol dan bentuk (seperti pokok selasih sebagai kekasih). Penghasilan karya yang bermutu dapat menunjukkan ahli seni yang baik. c) Pameran Seni Pameran seni adalah tanda komersial dimana penghasilan karya seseorang akan dinilai oleh peminat seni. Dalam pameran seni segala hasil karya ahli seniman akan dipamerkan dan karya yang paling baik akan dijual beli dalam kuantiti harga yang tinggi. Pameran seni ini membolehkan ahli seni dari seluruh pelusuk negeri dan Negara berkumpul di suatu tempat untuk menunjukkan bakat kesenian masing-masing. Penghasilan karya yang baik adalah karya yang menepati segala kriteria dan cirri yang ditetapkan. Dalam pameran seni, ramai bakat-bakat muda akan dikenal pasti dan ahli seni yang berprofessional akan memberi tunjuk ajar agar dapat meningkatkan potensi diri.

Latihan 6 Kreativiti individu boleh dipertingkatkan melalui latihan yang berterusan.Beri pandangan anda terhadap kenyataan tersebut.

Sebelum menganalisis kreativiti , kita kena tahu definisinya terlebih dahulu. Kreativiti ialah suatu kemahiran dimana murid menggabungjalinkan kesemua bakat yang sedia ada untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan unik. Bukan kesemua murid dapat peluang untuk menunjukkan kreativiti diri. Mata pelajaran seni visual ini mewujudkan platform untuk murid meluahkan kreativiti mereka bukan sahaja menggunakan teori tetapi juga dengan menggunakan estetik, inovasi dan daya imaginasi yang tiada sempadannya. Sepertimana yang kita ketahui kreativiti seseorang murid hanya boleh dipertingkatkan menerusi latihan yang berterusan. Bah kata pepatah, practice makes perfect. Kreativiti ini harus diaplikasikan selalu agar dapat menampakkan hasil yang bermutu. Daya kreativiti murid yang baik dengan lemah dapat dibezakan menerusi lakaran ataupun lukisan murid. Murid yang kurang daya kreativiti akan takut menghasilkan sesuatu yang luar biasa kerana bimbangkan kritikan. Dengan adanya latihan yang berterusan, ketakutan murid untuk cuba hasilkan sesuatu dapat dihindari. Murid yang berkreativiti tinggi mampu hasilkan sesuatu yang luar dari pemikiran dan unik . Sekiranya disokong dengan latihan yang berterusan maka murid dapat melayangkan daya imaginasinya ke paras yang lebih tinggi. Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu. Ia satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapat bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya iadianggap gabungan unik dan berguna (Sternberg & Lubart, 2003) . dan

Pada pandangan saya kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti melalui penggunaan warna dapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. Ketika menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi peluang mencuba pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna

pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan cara ini, pelajar bebas meneroka, meluahkanperasaan dan kreativiti.

Ketika menghasilkan kolaj, pelajar dapat menggunakan kertas warna dan meneroka penggunaan bahanberwarna yang terdapat di sekitar mereka. Misalnya, keratan kertas majalah, cebisan kertas kotak, helaian daunkering, serpihan kulit kayu dan sebagainya. Mereka akan menampal bahan-bahan pilihan untuk membentuk objek imaginasi. Proses memindahkan idea, dari kotak fikiran ke bentuk visual, di atas kertas merupakan satu prosesartistik yang penuh kreativiti. Proses ini menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan dan dapat

merangsangminda pelajar agar lebih kreatif dan berkesan.

Pelajar dapat mencuba, membuat eksprimen dan meneroka penggunaan bahan untuk menghasilkan karya.Melalui Seni Dalam Pendidikan pelajar dapat

menggunakan bahan-bahan di sekitar mereka untuk membentuk, membuat binaan dan sebagainya. Mereka tidak terikat dengan bahan yang disediakan dalam bilik darjah.Pembelajaran mereka meliputi ruang yang lebih luas dan mendorong mencapai tahap kepuasan belajar sebagaimanadiinfini.

Ikatan peraturan bilik darjah tradisional tidak sesuai lagi digunakan. Kini pelajar bebas bergerak dalamkawasan yang difikirkan perlu dan selamat. Mereka tidak terkongkong di atas kerusi sahaja sepanjang prosespengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, pelajar perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh guru. Guru bolehmembawa pelajar keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian, catatan, penyelidikan, rakaman serta ujikaji.Pelajar boleh menggunakan pengalaman sedia ada untuk digabungkan dengan pengalaman baharu untuk mendapatkan hasil. Pengalaman ini dapat merangsang minda pelajar agar bertindak lebih kreatif, dan mengalamisuasana pembelajaran yang seronok.

Latihan 7 Anda dikehendaki melayari internet dan mencatat contoh-contoh kepentingan PSV dari aspek pertimbangan dan kesedaran estetik. Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang utama iaitu psikologi dan sosiologi.

I) Peranan psikologi Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.

Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati)

Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan pernyataan diri. . Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut.

kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.

Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.

II) Peranan sosiologi Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamad Peranan SV dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni dan masyarakat ). Antara peranan SV :

Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.

Persekitaran- Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman. Rumah rakit- Kuala Lipis

Propaganda- SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad. Poskad kepada dunia (1990)

Ritual / upacara- SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor. Spiritual SV untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.

Pengeluaran- Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket.

Pemujukan- Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contohcontohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.

Perniagaan dan perdagangan- Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.

D) PENGALAMAN ESTETIK

Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan 'menyenangkan' aialh kesenangan estetik (aesthetic pleasure). Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran.Terbahagi kepada : i) Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai tukang dan sebagainya.

ii) Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni. Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik, penggiat seni pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang yang berkaitan dengan seni.

Latihan 8 Seni Visual bersifat universal merangkumi keperluan semua golongan termasuk pelukis ,pengacara,pereka bentuk, pereka fesyen,arkitek bahkan oleh semua manusia sebagai memenuhi keperluan dan kepuasan diri. Beri pendapat anda tentang kenyataan di atas.

Ya saya amat bersetuju dengan pernyataan di atas di mana seni visual bersifat Universal merangkumi keperluan semua golongan termasuk pelukis, pengarca , pereka bentuk, pereka fesyen , arkitek bahkan oleh semua manusia sebagai memenuhi keperluan dan kepuasan diri. Jika kita melihat keperluan dari segi seorang pelukis, memang tidak dapat dinafikan bahawa pelukis tidak dapat hidup tanpa seni. Dari penghasilan karya sehinggalah ke penjualan hasil karya , elemen-elemen seni harus diaplikasikan oleh seorang pelukis. Bagi seorang pengarca pula pembentukan patung ataupun arca perlukan kreativiti , ekspresi, estetik . Semua ini adalah apa yang dipelajari dalam seni visual. Untuk menghasilkan sebuah patung yang cantik, menarik dan memikat hati maka ekspresi dalam riak muka, pembentukan setiap bahagian badan yang tepat perlu dihasilkan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam seni visual membantu untuk menghasilkan arca yang terbaik. Bagi pereka bentuk dan pereka fesyen pula penggunaan warna , teori teori , lakaran dan lukisan adalah asas untuk membina kerjaya. Tanpa mempunyai pengetahuan asas dalam seni, seseorang individu tidak dapat menjadi pereka fesyen yang baik. Penggabungjalinan warna , kemahiran menghasilkan corak pakaian ikut usia semuanya memerlukan bakat seni. Bakat seni ini dipelajari ataupun wujud secara semula jadi. Di samping itu, arkitek , pereka bangunan juga perlu ada bakat seni. Mereka perlu ketahui kehalusan, ketebalan warna yang boleh digunakan selepas bangunan habis dibina. Pada waktu mereka pula, mereka perlu menggunakan teknik lakaran dan lukisan agar bangunan yang ingin dicipta diturunkan kepada jenis gambar. Dari gambar kepada bangunan sebenar. Pereka bangunan juga perlu mereka dalaman bangunan secara sistematik dan berurutan . Untuk itu , teknik catan amat membantu.

Jadi boleh dikatakan bahawa seni ini bersifat Universal di mana kepentingannya diperlukan dalam setiap bidang. Tanpa seni tiadalah kerjaya.

BIBLIOGRAFI

http://www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-Pendidikan Modul Pembelajaran PPG http://colourexist.blogspot.com/2010/01/pandangan-tokoh-tokoh-barat-timur-dan.html

http://www.scribd.com/doc/26990001/Definisi-Seni-Dan-Konsep-Kesenian-Melayu-New Katheleen Chee (2001) Siri Rujukan Pendidikan Seni Visual,tingkatan 2(1st Edition) penerbitan pelangi sdn bhd Katheleen Chee (2001) Fokus indigo SPM Pendidikan Seni(1st Edition) penerbitan pelangi sdn bhd

Anda mungkin juga menyukai