Anda di halaman 1dari 50

Pendidikan Seni :Satu Kepentingan Bukan Subjek Pinggiran PENGENALAN A p a u t i S e n ?

i Seni adalah suatu bentuk karya yang telah dihasilkan atau dicipta oleh individu atausesiapa sahaja melalui kebolehan , bakat , kreativiti dan daya imaginasi serta penghayatan pengkarya itu sendiri . Karyakarya seni boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk yangkreatif seperti melalui penghasilan seni visual atau lukisan , gerak tari dan lakonan , penciptaan bait-bait sajak yang puitis , alunan irama muzik yang menusuk jiwa dan sebagainya . Ini kerana pengertian seni itu sahaja begitu meluas dan bergantung kepada bagaimana ia ditafsirkan. Dalamerti kata yang lain , kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Keduaduaini saling berhubung-kait di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilaiestetika yang tinggi.Dari sudut pandangan Islam juga ada menyebut mengenai seni secara tidak langsungnya .Ini kerana , Islam amat menyukai kepada keindahan dan kecantikan kerana sifat agama Islam itu juga sangat indah di mana ia merujuk kepada keindahan yang zahir mahupun keindahan yang batin . Menurut Sidi Ghazalba,seorang seniman Islam menyatakan bahawa wujud perkaitan yagnyata antara seni dan Islam. Kata beliau, `motif seni dalam Islam adalah kerana Allah untuk manusia. Islam menghendaki supaya seni itu dilaksanakan berlandaskan akhlak Islam(nilai baik dan bebas dari nilai haram). Islam menyatakan yang indah itu baik dan baik adalah nilaiakhlak(etika). Seterusnya akhlak dibentuk oleh ajaran al-Quran dan Hadith.Selain itu , di dalamKitab Al- Iman yang telah dipelopori oleh Imam Muslim ada menyatakan dengan jelas tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui . Dalam erti kata yang lain, Imam Muslimmenerangkan bahawa seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yangmempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karyakarya seni,

2ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat diantara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.Tokoh-tokoh seni kelompok barat juga ada mentafsirkan pandangan mereka mengenaiseni ini . Antaranya ialah Herbert Read di dalam bukunya yang bertajuk The Meaning of Arts.Menurut Herbert , seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan,keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalahmerujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahanseni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalamkesenangan ini. Seorang lagi tokoh bidang seni barat iaitu Frank Cizek, telah berfatwa bahawaseni itu sebenarnya adalah pernyataan diri seseorang. Maksud yang cuba diterjemahkan olehFrank Cizek adalah setiap individu yang dilahirkan mempunyai potensi seni dalam diri masingmasing tanpa mereka sedari . Menurutnya lagi , faktor persekitaran individu itu sendiri akanmembentuk perkembangan seni seseorang individu . Berlainan pula dengan seorang lagi tokohseni barat yang bernama Linderman (1997). Dalam falsafahnya, Linderman telahmenterjemahkan bahawa seni merupakan satu cabang bahasa yang mengandungi roh(nilaispiritual) yang dapat membenarkan seseorang menghasilkan sesuatu hasil karya dan menghargaiapa yang dihasilkannya. Seni membantu individu untuk mengenal personaliti diri dan potensiyang ada dalam diri seseorang.Beliau juga berpendapat bahawa seni merupakan suatu

bahasanon verbal bagi manusia secara global.Menurut tokoh seni Malaysia pula misalnya, Syed Ahmad Jamal yang juga merupakanseorang guru mengatakan seni tampak ialah rupa dan jiwa. Bagi beliau, seni ialah sesuatu yangindah berlandaskan akal, etika, dan proses. Menurut Iberahim Hassan pula, seni merupakanrekod pencapaian manusia, manifestasi nilai dan kepercayaan menusia yang dijelmakanmenerusi karya seni atau bentuk-bentuk tampak. Iberahim Hassan (2000) pula menjelaskan bahawa pendidikan seni adalah suatu bidang ilmu yang boleh memberi pendidikan yang manamencabar keupayaan individu membuat pemerhatian, pengamatan, penaakulan, pemilihan, pentafsiran dan penterjemahan idea kepada bahan atau media. Beliau turut menyatakan bahawa pendidikan seni merupakan satu disiplin ilmu yang melibatkan ketiga-tiga domain manusia. 3 SENI DALAM KONTEKS PENDIDIKAN NEGARA Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pe ngajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan j asmani sejajar dengan matlamat uatama Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatla mat untuk menyediakan pelajar-pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pelbagai bidang matapelajaran yang lain. Melalui aktiviti ini, ianya akandapat mendorong para pelajar menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan membantu dan memudahkan lagi pelajar-pelajar dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teoriteori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di peringkat sekolah . Kandungan kurikulum pulaa kan berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargaikeindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negaraSukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah disusun bertujuan melibatkan muriddalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama.Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk danmembuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagimenggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan ment al yangmerangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajariPendidikan Seni Visual di sekolah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dankemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alatdan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsiprekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat ataudokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual.Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan,alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai keseniandan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsivisual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk

dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.Peng alaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaiandan mengenali cita rasanya sendiri.Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaranakan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Muriddigalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akanmelatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedahsendiri.Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik,interpersonal dan intrapersonal. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembel ajaran lebih berkesan dan bermakna. Objektif Pendidikan Seni Visual

Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.

Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual.

Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.

Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.

Menghargai sumbangan tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarahseni visual di Malaysia dan antarabangsa.

Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik Antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:1) Melahirkan seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilandan professional.2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.

PENDIDIKAN SENI : MANAKAH HALA TUJUNYA & DILEMA ? Malaysia kini sedang memacu kemajuan yang amat pesat , maju dan berusaha kerasmenggapai gelaran negara berprestasi tinggi dalam setiap aspek . Ia sememangnya menjadimatlamat utama nasional menjelang tahun 2020. Atas dasar itu , kerajaan amat menitikberatkanaspek pembangunan sains dan teknologi Negara . Kemajuan sains dan teknologi merupakannadi utama sesebuah negara dalam mempertingkatkan perkembangan ekonomi dan produktivitinegara. Lantaran itu , kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang sangat proaktif danmampan agar hasrat menjadi negara maju terlaksana dengan jayanya . Pihak kerajaan telah punmemberi penekanan yang menyeluruh dari peringkat akar umbi lagi iaitu di peringkat sekolah.Sebagai contoh adalah berkaitan menaiktaraf matapelajaran tertentu terutama sekali pada mata pelajaran Sains dan Matematik. Banyak dasardasar yang digubal pihak kerajaan khusus untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Antaranya penggunaan Bahasa Inggeris dalam

mata pelajaran tersebut. Selain itu, bantuan komputer riba turut dibekalkan kepada guruguru mata pelajaran Sains dan Matematik. Perkara ini juga boleh dilihat dengan jelas di peringkat pengajiantinggi di mana kuota bagi aliran Sains dan Matematik lebih besar berbanding aliran lain.Berlandaskan kepada senario yang telah ditekankan ini , situasi yang jelas terlihat adalahseolaholah mata pelajaran mata pelajaran lain yang turut diajar di sekolah telah dianaktirikanatau lebih tepat lagi dipinggirkan oleh pihak kerajaan terutama sekali mata pelajaran PendidikanSeni. Bukan hanya pihak kerajaan malahan masyarakat juga begitu. Masyarakat hanya beranggapan bahawa seni itu hanyalah pelajaran melukis dan mewarna sahaja .Pandangan yang agak sempit ini seharusnya diubah dari kotak minda masyarakat dan diperbetulkan dengansegera. Lantaran itu , ada sebilangan masyarakat terutamanya di kalangan ibubapa yang mahukananak-anak mereka supaya lebih menumpukan kepada mata pelajaran utama seperti BahasaMelayu , Bahasa Inggeris , Matematik , dan Sains . Perkara ini telah mula ditanam sejak anak-anak menjejakkan kaki di bangku sekolah lagi di mana ia mencambahkan lagi sikap kurangminat pelajar terhadap matapelajaran Pendidikan Seni .Masyarakat harus sedar bahawa pendidikan seni bukan seperti dahulu lagi . Pada masa kini, ruang lingkup dan cakupan dalam pengajaran seni adalah luas selari dengan arus kemodenan dunia. Penyesuaian pengajaran pendidikan seni di sekolah di negara kita dapat dilihat menerusi perubahan bagi nama mata

pelajaran pendidikan seni itu sendiri. Bermula dengan nama Lukisan dan Pertukangan Tangan beruba h kepada Lukisan dan Kerja Tangan, seterusnya Lukisan dan Kraf Tangan, kemudiandipermudah kepada Lukisan sahaja, seterusnya diubah kepada Pendidikan Seni dan kemudiandiubah pula kepada Pendidikan Seni Visual sehingga kini.Selain itu , wujud ketirisan matapelajaran Seni yang semakin ketara dalam sistem pendidikan di sesebuah sekolah itu sendiri . Pernahkah anda berada dalam situasi sebuah sekolahyang meminggirkan matapelajaran Pendidikan Seni terutamanya ketika menjelangnya peperiksaan utama negara ? Begitulah hakikatnya walaupun agak sukar untuk ditelan . Acapkali ,guru-guru Pendidikan Seni diberi `waktu senggang tambahan` oleh pihak pentadbir sekolah dimana waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni diambil lalu digantikan dengan pengajaran matapelajaran utama peperiksaan . Atas dasar arahan pihak pentadbiran demimenj aga status serta pencapaian cemerlang sekolah , guru-guru Pendidikan Seni hanya mampu beralah dan memejamkan mata walaupun tanpa kerelaan di pihaknya . Kesinambungan daripada perkara ini jugalah maka wujud satu lagi situasi yang menggambarkan bahawa betapaterping girnya mata pelajaran Pendidikan Seni di sekolah-sekolah . Dan lebih ironinya, pelajar sekolah juga menganggap subjek pendidikan seni sebagai subjek yang tidak penting ataupunsubjek tempelan dan picisan. Pandangan naif mereka sememangnya memburukkan lagi namaPendidikan Seni sendiri di mana mereka beranggapan bahawa pendidikan seni adalah subjek untuk pelajar yang lemah dalam pelajaran . Tambahan lagi , mereka berpendapat seni adalahsesuatu subjek yang mudah , tiada prospek pekerjaan yang menguntungkan dan tidak menyumbang kepada pembangunan negara . Mereka tidak sepatutnya beranggapan begitu keranaseni wujud dalam diri setiap manusia dan mereka perlu kenal apakah itu Pendidikan Seni denganlebih mendalam.Satu perkara lagi yang menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seniadalah tanggapan masyarakat sekolah atau lebih tepat lagi warga pendidik itu sendiri yang sering beranggapan bahawa pendidikan seni boleh diajar oleh sesiapa sahaja dan Pendidikan Senimer upakan waktu untuk guruguru berehat setelah penat mengajar mata pelajaran lain yanglebih berat. Pernahkah anda terdengar atau mengalami sendiri situasi di sekolah di manaseorang guru yang bukan daripada pengkhususan Pendidikan Seni seperti seorang Ustaz , guru

http://www.academia.edu/3418483/SSR3053

Pengajaran dan Pendidikan Seni


Tuesday, 16 April 2013

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI


KONSEP STRATEGI o Kebijaksanaan memilih pendekatan o Kecekapan merancang kaedah dan teknik o Berdasarkan objektif / hasil pembelajaran o Terdapar 4 strategi iaitu Berpusat guru berpusatkan murid Berpusatkan tugasan Berpusatkan bahan PENDEKATAN o satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya. PENDEKATAN BERSEPADU o gabungjalin ilmu,bahan yang interaktif,penerapan nilai INDUKTIF o dimulakan dengan contoh-contoh,kaji,perhati, analisis dan barulah dibuat generalisasi DEDUKTIF o dimulakan dengan memberikan teori,hukum, fakta,konsep,diikuti dengan contoh-contoh EKLEKTIK o gabungan antara induktif dan deduktif TEMATIK o mengajar sesuatu mengikut tema yang diberikan KAEDAH & TEKNIK o cara untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Siri tindakan guru yang sistematik Berlandaskan pendekatan Cara capai objektif Rancangan langkah-langkah yang akan digunakan o Berikut adalah contoh kaedah dan teknik -Pembelajaran Melalui Permainan -Main Peranan -Sumbangsaran

-Bercerita -Perbincangan -Pembelajaran Masteri -Tematik

STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK STRATEGI Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Dalam proses pengajaran pula, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu dalam usaha untuk mencapai objektif-objektif pengajaran. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Konsep strategi pula merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu- satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditelah ditentukan. Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual pula, guru-guru perlu bijak menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar. Guru-guru perlu membuat perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan objektif pengajaran akan tercapai. Dalam membuat dan merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, guru-guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru menjalankan pengajaran mereka dengan berkesan, manakala pelajar pula merasa seronok belajar pendidikan seni. Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual boleh digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah : 1. Pembelajaran masteri 2. Kajian masa depan 3. Konstruktivisme 4. Belajar cara belajar 5. Kecerdasan pelbagai 6. Pembelajaran akses kendiri 7. Kemahiran berfikir 8. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) 9. Pembelajaran konseptual 10. Pembelajaran Kontekstual Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan dan pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar dalam kelas mereka. Melalui pemilihan strategi yang sesuai, pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, seronok dan objektif akan tercapai dengan mudah dan berkesan. Penggunaan strategi yang sesuai membolehkan pelajar-pelajar memahami isi pelajaran dengan mudah dan berkesan yang seterusnya memberi kebaikan kepada guru dan pelajar Selain itu, guru-guru juga boleh menggunakan strategi berikut dalam menyampaikan pengajaran

kepada pelajarnya. Strategi tersebut ialah: 1. Mencari jalan ke arah aktiviti yang berguna dan menyeronokkan yang membolehkan pelajar berkongsi idea serta dapat bercakap mengenainya. 2. Memahami dan menghormati idea, penerangan dan pemahaman pelajar-pelajar dengan cara mendengar, melihat dan memberi maklum balas. 3. Meninggalkan paradigma lalu dengan menyoal diri kita dan belajar daripada mereka melalui cara yang berbeza. 4. Melihat dan mendekati pelajar-pelajar ketika mereka sedang menjalankan aktiviti amali di samping membantu mereka secara individu atau kumpulan. 5. Berkongsi tentang apa yang telah pelajar-pelajar hasilkan melalui pendekatan dan personaliti mereka sendiri. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika guru mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Guru perlu merancang pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid yang berbeza. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi lebih penting ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang lebih berkesan dalam pengajarannya. PENDEKATAN Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan pelajar, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Terdapat beberapa ciri-ciri pendekatan dalam pengajaran yang telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan ini. Ciri-ciri tersebut ialah: a. Daripada konkrit kepada abstrak b. Daripada mudah kepada kompleks c. Daripada keseluruhan kepada bahagian d. Daripada umum kepada spesifik (deduktif) e. Daripada spesifik kepada umum (induktif) f. Daripada diketahui kepada belum diketahui Manakala pendekatan-pendekatan pengajaran ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya (i) Pendekatan pengajaran berpusatkan guru (ii) Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar (iii) Pendekatan pengajaran berpusatkan bahan (iv) Pendekatan induktif (v) Pendekatan deduktif (vi) Pendekatan inkuiri (vii) Pendekatan masteri Setiap jenis pendekatan itu mempunyai kaedah pelaksanaannya yang tersendiri. Bagi pendekatan berpusatkan guru, mereka boleh menggunakan kaedah-kaedah seperti syarahan, demonstrasi, bercerita serta pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak memberi peluang kepada palajar untuk

mengambil bahagian dalam sesi P&P. Mereka hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru. Manakala pendekatan berpusatkan pelajar lebih menarik dan berkesan. Dalam pelaksanaannya, pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian serta memberi pendapat dan idea berkenaan dengan topik yang dipelajari. Pendekatan ini lebih berkesan kerana pelajar dapat menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah pendekatan kumpulan, pendekatan individu, kaedah lawatan, kaedah penyelesaian masalah, kaedah projek, simulasi dan bermain. Pelaksanaan pendekatan ini membuatkan pelajar lebih seronok kerana mereka mengalami sendiri pengalaman terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu. Bagi pendekatan pengajaran berpusatkan bahan pula memerlukan guru untuk lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan pengajaran untuk menarik minat pelajar. Antaranya ialah melalui penggunaan sudut atau ruang bilik darjah, bahan pengajaran guru dan bahan pembelajaran pelajar. Guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan seperti video, gambar, kertas mahjung, dan sebagainya bagi membuka minda serta menarik perhatian pelajar dalam menyampaikan isi pelajaran. Melalui tayangan video contohnya, pelajar-pelajar akan berfikir mengenai isi kandungan yang cuba disampaikan oleh guru mereka pada hari berkenaan. Selain itu, pendekatan induktif, deduktif, inkuri dan masteri pula mempunyai maksud yang tersendiri. Keempat-empat pendekatan itu dapat diterjemahkan sebagai: (a) Pendekatan induktif merupakan satu proses penaakulan yang tinggi di mana pelajar-pelajar tidak diajar sesuatu bahan pengajaran itu secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut. (b)Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar murid kepada hukum-hukum tertentu dengan mengaplikasikan peraturan-peraturan yang telah diberikan untuk menuju ke suatu fakta. (c)Pendekatan inkuiri- pelajar akan menjalankan penyelidikan tentang masalah yang hendak diselidiki. guru membimbing pelajar untuk mengutarakan soalan yang jawapannya boleh diperolehi melalui aktiviti yang telah pun dirancang sebelumnya. (d)Pendekatan masteri- ujian diagnos dijalankan untuk memastikan pelajar menguasai sepenuhnya isi pelajaran, kemahiran atau sikap yang dinyatakan dalam objektif.

KAEDAH DAN TEKNIK Menurut Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran pula terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran ini terbahagi kepada beberapa jenis. Ianya merangkumi: Kaedah terus Kaedah semulajadi Kaedah askar atau tentera Kaedah ajuk-hafaz Kaedah linguistik Kaedah oral-aural Kaedah terjemahan Kaedah psikologi Kaedah kod-kognitif Kaedah khusus Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk

memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi pelajar. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu: Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada. Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan. Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks. Kaedah Semulajadi pula hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalansoalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan dalam kaedah ini. Manakala Kaedah Oral-Aural pula merupakan kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistic dengan memberi perhatian kepada intonasi yang betul. Seterusnya kaedah Linguistik yang membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Aktiviti dimulakan dengan latihan pendengaran yang kemudiannya diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988). Manakala teknik pengajaran pula adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru tidak dapat menguasai teknik-teknik yang terdapat dalam sesuatu kaedah, kemungkinan matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Terdapat pelbagai teknik yang boleh diamalkan oleh seoarang guru dalam sesi P&P. antaranya ialah: Teknik main peranan Teknik permainan bahasa Teknik latih tubi Teknik bercerita Teknik inkuiri Teknik perbahasan Teknik kuiz Teknik sumbangsaran Teknik soal jawab Teknik simulasi Teknik drama Teknik perbincangan Bagi teknik perbincangan, ianya berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Teknik brainstorming ialah teknik yang berbentuk perbincangan yang mana pelajar digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan aktif bagi menghuraikan pendapatnya. Seterusnya teknik soal jawab yang merupakan teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan pelajar akan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan yang ditanya mempunyai aras kesukaran yang tertentu. Bagi teknik main peranan pula, ianya melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Hal ini berlaku secara spontan yang mana pelajar-pelajar perlu bijak dalam memainkan peranan mereka semasa sesi ini berlangsung. Teknik bercerita pula membawa maksud guru memilih cerita yang sesuai dengan pelajar dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan

penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan. Manakala teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan pelajar bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, pelajar-pelajar juga diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum pelajar menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan. Seterusnya adalah teknik penyelesaian masalah di mana teknik ini dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Pelajar-pelajar diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut. Teknik latih tubi pula merupakan pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping untuk menjamin pengekalannya. Teknik terakhir ialah teknik permainan bahasa iaitu guru membentuk satu situasi yang memerlukan pelajar menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.

Rumusan : Terdapat pelbagai kaedah, pendekatan, teknik serta strategi yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Para guru seharusnya bijak menggunakan kemahiran mengajar berpandukan elemen-elemen tersebut untuk menarik minat pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran yang ditetapkan. Para guru juga seharusnya memainkan peranan penting dalam menyusun proforma atau rancangan pengajaran supaya setiap sukatan dipelajari oleh pelajar dengan jayanya. Hal ini bermakna para guru tidak seharusnya hanya mengajar bermatlamatkan untuk menghabiskan silibus semata tanpa menghiraukan hasil yang diterima pelajar. Seharusnya, sukatan pelajaran perlu dihabiskan seiring dengan pelajar dapat memahami dan menjadi pakar dalam setiap silibus yang telah dipelajari. Para guru juga seharusnya bijak mengawal atau mengetahui keadaan serta keperluan semasa pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan dilaksanakan dalam keadaan bosan. Para guru seharusnya menggunakan kemudahan teknologi seperti pertunjukan video, atau memasang lagu diawal kelas dan penghujung kelas agar murid tidak merasa bosan dan supaya mereka berasa seronok. penggunaan alat teknologi ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk berfikir lebih kreatif dan mengasah bakat mereka untuk berkarya lebih dinamik dan tidak terikat dengan teknik atau hasil yang sama. Kesimpulannya, para guru seharusnya mengaplikasikan setiap teknik, pendekatan, kaedah mahupun strategi yang terkini dan berkesan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan demi mencapai matlamat yang terkandung dalam dasar pendidikan negara.

KEPENTINGAN TEORI PERKEMBANGAN KEPADA GURU PSV SUBJEK PSV3107


Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan sebagai pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi dalam menyediakan pengalaman seni untuk kanak2. Mengikut Sukatan PSV KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Ia juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Sehubungan dengan itu mengapa guru perlu memahami Teori Perkembangan Dalam Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Beri pendapat anda sebagai seorang guru PSV. Jawapan: Secara ringkasnya, guru PSV perlu memahami teori-teori perkembangan ini kerana: 1) Dapat menjadi panduan kepada guru-guru dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran PSV yang berkesan yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan murid 2) Dapat meningkatkan kemampuan seorang guru PSV dalam membantu muridmurid untuk memperkembangkan atau meningkatkan lagi daya kreativiti, ekspresi dan imaginasi mereka 3) Guru juga akan mampu mewujudkan situasi pembelajaran yang dapat merangsang pemikiran dan kreativiti murid. 4) Membantu guru untuk menjadi seorang guru PSV yang lebih baik, kreatif dan inovatif 5) Guru dapat mengenal potensi dan kemampuan diri sendiri seterusnya mengenal dunia seni dengan lebih mendalam. 6) Dapat membantu guru untuk mengenalpasti masalah-masalah murid yang mungkin timbul semasa sesi pembelajaran PSV dijalankan seperti masalah tingkah laku. 7) Guru akan dapat membantu murid-murid mengenal diri dan memahami diri mereka sendiri. 8) Dapat merancang dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. 9) Dapat mengenalpasti tahap kemampuan imaginasi, ekspresi dan kreativiti murid. Menurut Lowenfeld (1975), beliau percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan

kreatif. Penyataan ini jelas dan disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.Dalam pembelajaran PSV, terdapat beberapa teori perkembangan berkaitan seni dan kreativiti yang ditekankan. Antaranya Teori Perkembangan Kreativiti Fisher, Teori Perkembangan Artistik Lowenfeld, Teori Perkembangan Kognitif Piaget, Teori Perkembangan Kreativiti Wallas, Teori Kreativiti Laura Chapman dan beberapa lagi teori-teori yang terkenal. Teori-teori ini merupakan panduan kepada guru-guru dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran PSV yang berkesan yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan murid. Jika dilihat secara khusus dalam konteks pendidikan seni visual, seseorang guru itu perlu memahami Teori Perkembangan Pembelajaran Dalam PSV kerana teori-teori ini dapat meningkatkan kemampuan seorang guru PSV dalam membantu muridmurid untuk memperkembangkan atau meningkatkan lagi daya kreativiti, ekspresi dan imaginasi mereka semasa pembelajaran PSV dijalankan. Guru juga akan mampu mewujudkan situasi pembelajaran yang dapat merangsang pemikiran dan kreativiti murid. Pemahamanan terhadap teori-teori ini juga akan membantu guru untuk menjadi seorang guru PSV yang lebih baik di samping dapat mengenal potensi dan kemampuan diri sendiri seterusnya mengenal dunia seni dengan lebih mendalam. Ini penting kerana guru PSV perlu mempunyai kreativiti yang tinggi sebelum dapat menggalakkan perkembangan kreativiti para pelajar. Seorang guru yang berkemahiran akan mampu menjadikan pemikiran kreatif para pelajarnya befungsi dengan sebaik mungkin. Selain daripada itu, pemahaman terhadap teori-teori ini juga akan dapat membantu guru untuk mengenalpasti masalah-masalah murid yang mungkin timbul semasa sesi pembelajaran PSV dijalankan seperti masalah tingkah laku. Dengan memahami dan mengaplikasikan teori yang bersesuaian seperti Teori Psikoanalitik Sigmun Frued, guru akan faham mengapa murid-murid bertindak sedemikian dan mengenalpasti punca murid berkelakuan sedemikian. Di samping itu guru juga dapat membantu murid-murid mengenal dan memahami diri mereka sendiri. Ini penting kerana perkembangan kreativiti, imaginasi dan ekspresi murid akan terganggu sekiranya masalah yang dialami oleh murid berkenaan dibiar berterusan tanpa sebarang tindakan yang diambil. Hasilnya intervensi yang bersesuaian dapat dirancang dan dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Seterusnya dengan pemahaman yang jelas tentang teori-teori ini guru akan dapat mengenalpasti tahap kemampuan imaginasi, ekspresi dan kreativiti murid. Tahap kemampuan murid adalah berbeza dan sangat luas antara satu murid dengan murid yang lain berdasarkan faktor yang mempengaruhi murid tersebut. Dengan menggunakan pendekatan yang sesuai seperti yang disarankan dalam teori-teori yang diperkenalkan, guru akan dapat meningkatkan krativiti muridmurid yang lemah di samping meningkatkan lagi kreativiti murid yang

sememangnya kreatif dengan merancang aktiviti-aktiviti seni yang lebih tersusun bagi menjamin proses pembelajaran yang bermutu dan berkesan.

TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME


2.0 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME 2.1 Pengenalan Mengikut pandangan ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik. Setiap individu akan berkembang secara semulajadi sekiranya persekitaran mereka adalah sesuai. Oleh itu, guru harus mengikut keperluan pelajar, membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang mereka suka dan dianggap bermakna. Prinsip tersebut dapat dikuatkan lagi dengan setiap individu bertindak atas persekitaran masing-masing dan bebas untuk membuat pilihan dan keputusan dalam usaha membentuk dunia peribadi dan pembelajaran. Kajian ahli psikologi humanis menyatakan bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan masing-masing. Selain itu, pendekatan humanis terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan menyatakan pandangan, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran setiap individu adalah berbeza. Secara keseluruhannya, pendekatan humanis memperkatakan mengenai pendekatan berpusatkan pelajar. Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. .Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu. Secara semula jadi setiap individu ingin belajar dan menimba ilmu. Maka, murid-murid hendaklah mempunyai kawalan kendiri ke atas apa yang hendak mereka pelajari. Keberkesanan pembelajaran akan dicapai apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan manusia. proses belajar dianggap berhasil jika murid memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Dalam proses belajar setap murid harus berusaha agar lambat laun mereka mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Lima objektif asas pendidikan daripada pandangan humanistik (Gagne dan Berliner, 1991) ialah : i. Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain. ii. Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan perkara yang dipelajari. iii. Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah. iv. Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan.

v. Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi. 2.2 Prinsip-Prinsip Pendekatan Humanisme Gagne dan Berliner (1991) merangkumkan prinsip-prinsip pendekatan humanistik seperti berikut: i. Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari dan perkara yang ingin diketahui oleh mereka. ii. Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak pengetahuan. iii. Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan penilaian yang lebih bermakna, namun pelajar perli mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan. iv. Perasaan adalah sama penting dengan fakta. v. Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman. Menurut Choong Lean Keow, Carl Rogers menyatakan bahawa beliau percaya bahawa setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar. Dengan kata lain setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan dirinya.Mereka masing-masing mempunyai keinginan yang akan mendorong mereka ke arah mencapai kesempurnaan dan kecemerlangan diri. Oleh itu, pengalaman yang dialami dan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada persekitaran mereka akan membolehkan individu masing-masing membentuk konsep kendiri, sama ada positif ataupun negatif adalah bergantung kepada ciri unsur pengaruh persekitaran tersebut. Rogers juga menyatakan bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan hanya akan berlaku sekiranya kandungan matapelajaran adalah sesuai dan dapat menarik minat peribadi murid untuk mempelajarinya. Oleh itu, pembelajaran yang menarik minat mereka akan lebih mudah diterima apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum. Maka pembelajaran yang berlaku adalah atas usaha murid itu sendiri adalah lebih kekal dan bermakna. Selain itu, beliau telah mengkategorikan pembelajaran kepada dua jenis iaitu: a) Pembelajaran kognitif yang tidak berguna ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh individu tidak digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian b) Pembelajaran eksperiential ilmu pengetahuan yang diperolehi dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Menurut Mok Soon Sang pula, Abraham Harold Maslow telah mengemukakan Hirarki Keperluan Maslow. Beliau berpendapat bahawa seseorang individu akan

memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. Mengikut Maslow, kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu keperluan asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan kendiri seterusnya keperluan sempurna kendiri. Maslow berpendapat motivasi dalaman akan mendorong manusia berusaha mengejar pencapaian cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau ransangan luar. Apabila individu telah mendapat kepuasan dalam sesuatu hirarki, keprluan hirarki yang lebih tinggi akan berlaku secara semulajadi. Namun begitu, jika hirarki yang lebih rendah masih belum mendapat kepuasan, keperluan dalam hirarki yang lebih tinggi tidak dapt dikemdangkan dengan sewajarnya. Terdapat ramai individu sehingga akhir hayat mereka pun tidak dapat berkembang sehingga hirarki tertinggi. 2.3 Pembelajaran Menurut Teori Humanisme

Pendidikan humanisme sangat mementingkan adanya rasa kebebasan dan tanggung jawab. Teori ini mempunyai tujuan pendidikan iaitu memanusiakan manusia agar manusia mampu mengaktualisasi diri sebaik-baiknya. Aliran humanistik tidak mempunyai teori belajar khusus, tetapi hanya bersifat ekletik, yang bermaksud menggunakan teori yang sesuai (kognitif) asalkan tujuan pembelajaran tercapai. Peranan pendidik dalam pendekatan humanisme adalah sebagai fasilitator ataupun pembimbing, yang berperanan: a) Menciptakan iklim belajar. b) Memenui kebutuhan belajar peserta didik. c) Membantu mengungkapkan emosi peserta didik. d) Membantu belajar peserta didik. Bentuk pembelajaran melalui pendekatan humanisme adalah bahawa murid dituntut untuk selalu memotivasi diri. Untuk mencapai ke arah itu kegiatan belajar hendaknya mendorong murid-murid untuk belajar cara-cara belajar dan menilai belajarnya sendiri. Program pembelajaran yang diterapkan dalam pendekatan humanisme umumnya menggunakan kegiatan terbuka di mana murid-murid harus mendapatkan informasi, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan menghasilkan kejayaan sendiri. Dalam pendidikan humanisme, murid-murid tidak memiliki tempat duduk yang tetap seperti pendidikan konvensional. Murid-murid dapat belajar secara kendiri atau belajar secara berkumpulan. 2.4 Tokoh-Tokoh Pendekatan Humanisme Terdapat beberapa tokoh terkenal yang mempelolpori teori humanisme ini.Antara tokoh-tokon humanistik termasuklah Carl Rogers, Abraham Maslow, John Holt,

Malcolm Knowles dan lain-lain. Tetapi di antara tokoh-tokoh tersebut, dua orang tokoh utama bagi pendekatan humanisme iaitu Carl Rogers dan Abraham Maslow. Di sini akan dibincangkan dengan lebih lanjut berkaitan dua tokoh utama ini. 2.4.1 Carl Rogers Nama sebenarnya ialah Carl Ransom Rogers, telah dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois. Carl Rogers dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kuat disiplin, berpegang kuat pada agama dan bermoral tinggi. Carl Rogers adalah satu satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri. Carl R. Rogers adalah seorang ahli psikologi humanistik yang gagasangagasannya berpengaruh terhadap pemikiran dan amalan psikologi di semua bidang, Rogers mengutarakan pendapat tentang prinsip-prinsip belajar yang humanistik, yang meliputi hasrat untuk belajar, pembelajaran yang bermakna, belajar tanpa ancaman, belajar atas inisiatif sendiri, dan belajar untuk perubahan (Rumini,dkk. 1993). Menurut Rogers, manusia mempunyai naluri untuk belajar.Hal ini terbukti dengan tingginya rasa ingin tahu anak apabila diberi kesempatan untuk mengeksplorasi persekitarannya. Dorongan ingin tahu untuk belajar ini merupakan persepsi dasar pendidikan humanistik. Di antara ciri-ciri Teori Pembelajaran Carl Rogers ialah: Pengalaman individu adalah fenomena-logikal yg dialami oleh individu sendiri. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Setiap individu membentuk konsep kendiri yg unik melalui sistem nilai dan kepercayaan yg berbeza dgn org lain. Tingkah laku yg ditunjukkan adalah selaras dengan konsep kendiri dan keupayaannya. Kefahaman tingkah laku individu hanya diperoleh melalui proses komunikasi, Prinsip-prinsip pendekatan Teori Pembelajaran Carl Rogers antara lainnya ialah mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar dan prinsip pembelajaran berasaskan kebebasan (freedon to learn). Di dalam kelas berasaskan teori pembelajaran Carl Rogers, murid-murid diberi kesempatan dan kebebasan untuk memenuhi perasaan ingin tahunya, untuk memenuhi minatnya dan untuk mencari apa yang penting dan bererti tentang dunia di sekitarnya. Antara prinsip-

prinsp pembelajarannya yang lain ialah : i. Pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu ii. Pembelajaran hanya boleh berlaku jika bahan pelajaran adalah bermakna serta seiras dengan objektif pelajaran pelajar iii. Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dicapai dibawah situasi pendidikan yang kurang berancam iv. Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran v. Membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran dirinya, demi mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya. vi. Aktiviti P&P hendaklah dikaitkan dengan hidup nyata untuk memupuk kemahiran hidup pelajar.

2.4.2 Abraham Maslow Abraham Maslow dilahirkan di Rusia dan kemudiannya menetap di Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dengan Hirarki Keperluan yang diperkenalkan pada tahun 1947 hingga 1954, dan telah diterbitkan dalam Motivation and Personality pada tahun 1954. Beliau juga digelar sebagai Bapa Psikologi Humanistik. Abraham H. Maslow merupakan tokoh yang menonjol dalam psikologi humanistik. Teorinya iaitu Teori Keperluan Maslow dapat diterima pakai dan sebahagian dari teorinya yang penting dijadikan asas persepsi bahawa dalam diri manusia terdapat dorongan positif yang berkembang dan terdapat kekuatan-kekuatan yang melawan atau menghalangi pertumbuhan (Rumini, dkk. 1993). Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu. Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.

Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan. Maslow memecahkan tahap keperluan manusia kepada 5 tahap iaitu keperlian fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri, dan kesempuurnaan kendiri. Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi. Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian. Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.

2.5 Implikasi Teori Humanistik Ke Atas Proses Pengajaran dan Pembelajaran Imlplikasi Teori Pembelajaran Humanistik ialah dapat membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Selain daripada itu, guru dapat memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan

tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi. Nilai motivasi diri murid juga perlu dipupuk melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi. Sebagai pembimbing ataupun fasilitator, guru hendaklah membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sisial dan afektif. Mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah menjadi role model dan menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar. Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keprluan kasih sayang. Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar

2.6 Implikasi Teori Humanisme Ke Atas Proses Pengajaran dan Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas Bagi murid bermasalah pengihatan, berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah. Guru hendaklah membawa kanak-kanak tersebut berjalan di persekitaran sekolah dan terangkan kepadanya apa yang dilihat. Semasa memandu arah, benarkan pelajar tersebut memegang anda. Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis dan menggalakkan juga supaya kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama. Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan banyak belajar melalui deria sentuh, dengar dan hidu. Malah ada di antara mereka menjilat objek / benda yang baru baginya. Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya untuk belajar tetapi guru perlulah mengawasinya. Untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran, bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut keprluan individu. Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I). Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta guru-guru kelas boleh meningkatkan usaha dan kerjakerja pemulihan.Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murud menguasai konsep atau kemahiran langkah demi langkah Manakala bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, guru perlulah mengajar mereka cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan melepaskan perasaan. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga iaitu bahasa isyarat. Kanak-kanak ini biasanya mudah meradang. Mereka sukar

menumpukan perhatian pada sesuatu perkara dengan agak lama. Maka, guru pelulah kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Antaranya guru boleh menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis dan bercakap. Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya mereka mudah membaca pertuturan bibir

Seni dalam pendidikan


1 Aplikasi seni dalam pendidikan Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemenelemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanakkanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

2 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti: a) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan professional. Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut. b) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran. Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran. c) Guru senang mencapai objektif atau matlamat. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

d) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan 3 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:1 Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. 2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. 3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. 4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan. 5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps 4 Kesimpulan Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.

Apakah Pembelajaran Masteri? satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan

murid dalam sesuatu perkara yang diajar. (Bloom, 1968) berasaskan kepada falsafah bahawa semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. (Bloom, 1968) satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas. (Anderson & Block, 1975) Rumusan: Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. 2. Rasional:

1. 2. 3.
3.

Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza. Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan. Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai. Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah

berkesan.

Prinsip Pembelajaran Masteri

1. 2. 3. 4.
jelas. 4.

pembelajaran yang ditentukan.

Ciri-ciri Pembelajaran Masteri

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Hasil pembelajaran perlu ditentukan. Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria(URK) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras

dan menyeronokkan.

pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. masteri. masteri.

5.

Langkah Pembelajaran Masteri

1. 2. 3. 4.

Penentuan hasil pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran. Penilaian. Tindakan susulan.

Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil Pembelajaran perlu ditentukan bagi:

1. 2. 3. 4.

Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid. Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran. Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajr. Membantu membina ujian formatif dan sumatif.

TEORI KONSTRUKTIVISME

1.

Pengenalan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat. Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.

2.

Pengertian Konstruktivisime

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu

pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

3.

Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme

Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid. Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan. Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segalagalanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan berpengetahuan luas. Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru

akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan. Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri. Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja. Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.

Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan Objektivisme Pengetahuan wujud bebas dari persekitaran dalaman dan luaran Tanggapan Utama pelajar Konstruktivisme Pengetahuan bukan objektif, apa yang kita benar-benar tahu dan faham hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlak Guru menolong murid membina mana ia wujud. Mereka mengguna analogi, contoh dan pelbagai kaedah mengingat. Mereka tanya Kesan soalan untuk membantu murid Guru menolong murid membina murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih tinggi

pengetahuan dan rangka konteks di kefahaman baru dan menolong

"ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada anda apa yang saya tahu" Respons Guru "Saya ajari ini, mereka belajar ini" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka

"Ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan tolong anda mengetahui bagaimana anda boleh belajar mengenainya" "Saya ajar ini, mereka belajar itu" belajar perkara yang saya tidak pernah rancang untuk ajar mereka"

belajar apa saja yang saya ajarkan" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka

TUNJUK CARA

Kaedah tunjuk cara adalah kaedah yang telah lama digunakan di sekolah. Kaedah ini dipilih terutamanya sebagai satu cara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka semasa membuat aktiviti seperti berkebun, menggunakan alatan dan sebagainya. Kaedah tunjuk cara yang berjaya mengandungi langkah-langkah yang memberi murid peluang menunjukkan bahawa mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari. Sesuatu tunjuk cara tidak akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi peluang murid membuat sesuatu yang menunjukkan mereka telah menguasai maklumat, proses atau prinsip tertentu. Langkahlangkah untuk menjayakan kaedah ini adalah seperti berikut: Langkah 1 Tunjukkan kepada murid langkah-langkah yang mesti dikuti oleh mereka untuk melakukan tugas yang diberi. Murid juga perlu dimaklumkan tentang sifat tugas itu. Langkah 2 Beri tindak balas kepada soalan murid tentang tunjuk cara yang telah dibuat. Guru juga perlu bertanyakan soalan kepada murid untuk memastikan mereka benar-benar faham akan arahan yang diberikan. Langkah 3 Tinjau semula langkah-langkah yang perlu diikuti oleh murid. Murid mesti jelas dengan langkah-langkah aktiviti. Adalah baik jika guru menulis setiap arahan untuk memastikan tiada arahan yang tertinggal semasa aktiviti berlangsung. Langkah 4 Secara rawak, guru perlu memilih beberapa orang murid untuk membacakan turutan langkahlangkah betul yang telah dilakukan oleh mereka. Langkah 5

Beri peluang murid mempraktikkan apa yang telah dipelajari oleh mereka. Kaedah tunjuk cara apabila dirancang dan dilaksanakan boleh memberi kefahaman kepada murid. Pada bahagian awal tunjuk cara, guru boleh mengambil sedikit masa untuk mengingatkan murid tentang objektif yang diberi penekanan. Disebabkan guru menjadi pusat perhatian dalam kaedah tunjuk cara ini, adalah mudah baginya untuk membantu murid mengingat kembali maklumat yang telah dipelajari sebelumnya yang berkaitan dengan tugas pembelajaran baru.

SIMULASI

Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Dalam kaedah ini, guru mempunyai beberapa tanggungjawab, antaranya: memilih satu masalah atau isu yang melibatkan minat atau pandangan yang berlawanan. memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung dalam simulasi. mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau isu berkenaan. menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi. Langkahlangkah ini termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan yang dimainkan, serta peraturan yang mempengaruhi tindakan murid tersebut. Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan peranan individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan oleh guru. Contohnya, dalam satu simulasi berkaitan dengan kerja-kerja petani di kebun, kebun sayur musnah dilanda banjir, bagaimana pekerja-pekerja kebun sayur menggunakan pelbagai peralatan semasa bekerja. Pada amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.

EKSPERIMEN

Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau idea sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen.
Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti masalah 2. Membuat hipothesis 3. Merancang eksperimen: - mengawal pemboleh ubah. - menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan - menentulkan langkah menjalanakan eksperimen - kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data 4. Melakukan eksperimen 5. Mengumpul data 6. Menganalisis data 7. Mentafsirkan data 8. Membuat kesimpulan 9. Membuat laporan Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Perbincangan Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti. Projek Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain. Lawatan Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini. Kajian masa depan Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini. Penyelesaian masalah Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti

seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut: 1. Kenal pasti dan faham masalah 2. Jelaskan masalah 3. Cari alternatif penyelesaian masalah. 4. Lakukan operasi penyelesaian. 5. Nilaikan penyelesaian

Sinopsis Unit ini menerangkan tentang beberapa teori yang menerangkan peranan seni visual dalam perkembangan kanak-kanak. Teori ini secara umum menyatakan bahawa pendedahan kepada seni visual dapat membantu perkembangan kanakkanak dari segi kognitif, psikoanalitik dan persepsi. Selain itu, Teori Kecerdasan Pelbagai juga mengaitkan kepentingan seni visual dalam meningkatkan kecerdasan visual-ruang dalam diri kanak-kanak. 2.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teori-teori Seni Visual iaitu Teori Kognitif, Psikoanalitik, Persepsi dan Kecerdasan Ruang; 2. Mengenal pasti strategi-strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam pendidikan seni visual. 2.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

2.4 Teori Kognitif Seorang tokoh penting dalam seni visual ialah Viktor Lowenfeld (Rajah 4.1). Beliau ialah seorang professor dalam bidang pendidikan seni di Universiti

Pennsylvania di Macmillan. Lowenfeld (1947) menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak dibantu dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta, gambar-gambar dan peralatan-peralatan sains. Ini kerana pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani. Semakin kanak-kanak membesar, seni visual semakin banyak membantu perkembangan minda yang lebih menyeluruh. Lowenfeld juga menyatakan bahawa dalam bidang seni halus, pengetahuan teknik-teknik seni halus serta kemahiran memanipulasi ciri-ciri lukisan dan seni dapat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kemahiran seni melukis serta imej artistik yang dihasilkan dalam kalangan kanak-kanak. Pengetahuan serta lebih mendalam dan berstruktur dari segi konvensi-konvensi artistik mewujudkan bahan perantara untuk kanak-kanak mengembangkan kreativiti. Pengetahuan ini memerlukan penganalisisan, kemahiran pemikiran rasional dan pemprosesan maklumat secara kognitif. Oleh itu, keupayaan kognitif boleh ditingkatkan melalui keupayaan individu untuk membentuk dan mencipta, memahami dan menginterpretasikan hasil atau karya seni. Lowenfeld menjelaskan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak dan hubungannya secara langsung terhadap perkembangan mental boleh dilihat dari klasifikasi tahap yang berikut: i. Peringkat Contengan (Scribbling : 2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Contengan yang dibuat oleh kanakkanak pada tahap ini tidak dihasilkan secara sukasuka dan tanpa tujuan. Sebaliknya, kanak-kanak mempamerkan kesedaran tentang corak dan koordinasi tangan-mata. Lama-kelamaan selepas menconteng mereka akan menamakan apa yang telah mereka lukis. Lebih kurang pada umur 2 tahun, kanak-kanak akan memberitahu apa yang akan mereka lakukan sebelum mereka melukis. Apabila mereka meningkat kepada umur 3 tahun, kanak-kanak mula menambahkan maklumat dengan lebih terperinci dan sudah boleh bercakap mengenai lukisan mereka dari segi warna, bentuk dan sebagainya. ii. Peringkat Praskematik (Preschematic : 4-7 Tahun)

Peringkat ini ialah peringkat peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Pada tahap ini kanak-kanak biasanya melukis gambar bentuk orang yang mudah seperti melukis satu bulatan kecil untuk kepala, satu bulatan untuk badan dan dua garisan ke bawah untuk kaki. Mereka akan melukis tanda-tanda yang kecil. Dalam bulatan untuk mata, hidung dan mulut (sila lihat Rajah 4.1). Cara melukis yang sama digunakan untuk melukis binatang. Lukisan mereka pada tahap ini dikatakan berciri simbolik di mana simbol-simbol digunakan untuk mewakili sesuatu objek.

Rajah 4.2: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 4-7 Tahun Sumber: Creative And Mental Growth oleh Lowenfeld V., (1947)

iii. Peringkat Skematik (Schematic :7-9 Tahun) Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Ciri-ciri lukisan pada tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan oleh kanak-kanak berbanding dengan apa yang sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak. Tahap ini juga melibatkan bentuk lukisan xray iaitu lukisan yang mempunyai ciri-ciri luaran dan dalaman sesuatu objek. Ini menunjukkan kanak-kanak melukis sesuatu yang mereka ketahui melalui pengalaman (sila lihat Rajah 4.3). Contohnya, lukisan sebuah kotak dan melukis isi di dalam kotak berkenaan. Pada tahap ini juga kanak-kanak melukis objek yang jauhdengan saiz kecil dan objek dekat dengan saiz yang besar. Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep perspektif.

Rajah 4.3: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 7-9 Tahun Sumber: Creative And Mental Growth oleh Lowenfeld V., (1947) iv. Peringkat Kesedaran Realisma (Dawning Realism : 9-12 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Imej yang dilukis secara realistik dan teliti (sila lihat Rajah 4.4). Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya mereka dengan karya rakan sebaya. Keadaan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. Lukisan kanak-kanak pada peringkat ini lebih cenderung untuk melukis objek seperti objek yang sebenar. Kesukaran menyamai ciri-ciri yang sebenar kerap kali mengecewakan mereka. Pada tahap ini ramai kanak-kanak yang hilang minat untuk melukis kerana tidak puas hati dengan hasil kerja mereka. Inilah sebabnya, mengapa orang dewasa menganggap kemahiran melukis mereka masih pada tahap tersebut.

Rajah 4.4: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 9-12 Tahun Sumber: Creative And Mental Growth oleh Lowenfeld V., (1947) v. Peringkat Rasional (Pseudonaturalistic atau Reasoning :12-14 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej (sila lihat Rajah 4.5). Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.

Rajah 4.5: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 7-9 Tahun Sumber: Creative And Mental Growth oleh Lowenfeld V., (1947) vi. Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.
Apakah aktiviti yang berkesan yang boleh guru laksanakan di bilik darjah untuk meningkatkan kemahiran seni visual murid prasekolah?

2.5 Teori Psikoanalitik Pendekatan psikoanalitik berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau membincangkan seni visual terutama sekali dari segi emosi yang diluahkan melalui seni. Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh Sigmund Freud (Rajah 4.6). Freud percaya bahawa seni visual adalah bahan perantaraan yang sangat penting dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia. Freud menyatakan bahawa tahap ini dapat dicapai dengan menganalisis prosesproses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visua l.Freud juga mengkaji hubungan antara sejarah hidup artis dengan karya mereka.

Rajah 4.6: Sigmund Freud Sumber: http://en.wikiped ia.org/wiki/Sigmund Freud Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh menunjukkan perasaan dan emosi. Selari dengan ini, penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting bagi kanak-kanak. Kaedah ini dikenali sebagai psikoterapi. Sebagai contoh, membimbing kanakkanak melukis ahli keluarganya boleh memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanak-kanak serta emosinya terhadap keluarga. Contohnya, dalam kajian kes Jarboe (2008) terhadap seorang kanak-kanak berumur 5 tahun yang bernama Bridget. Pada peringkat awal, didapati Bridget menunjukkan tingkah laku aneh apabila dia menghadapi perubahan. Bridget akan menjerit-jerit dan tidak dapat dikawal. Dalam sesi terapi, Jarboe memerhati tingkah laku Bridget. Bridget melukis satu bulatan yang sangat kecil, diikuti dengan bulatan yang lebih besar di sekeliling bulatan pertama. Beliau memberitahu bahawa bulatan kecil itu adalah dirinya dan bulatan besar dalah ibunya. Beliau menyatakan bahawa ibunya sedang mengandung dan dirinya berada di dalam perut. Daripada gambar tersebut, pakar terapi mendapati bahawa umur mental Bridget adalah lebih kurang 3 tahun dan dia mempunyai sindrom risau dan gementar apabila dipisahkan daripada ibunya. Selepas beberapa siri terapi, Bridget disuruh melukis sebuah lagi gambar mengenai dirinya. Bridget melukis gambar yang menunjukkan bahawa dirinya sudah lebih besar dan enyatakan gambar kecil di sebelahnya adalah ibunya. Bridget mengatakan bahawa ibunya bersaiz kecil kerana ibunya berada jauh daripadanya. Berdasarkan pemerhatian tersebut, Jarboe merumuskan bahawa terapi yang dilalui oleh Bridget berjaya meningkatkan konsep kendiri dan persepsi dirinya sebagai individu yang lebih berdikari dan yang tidak terlalu bergantung kepada ibunya.

2.6 Persepsi dan Representasi Konsep persepsi dalam teori seni visual adalah berkaitan rapat dengan konsep psikoanalitik yang telah dibincangkan sebelum ini. Pengendalian corak-corak visual menunjukkan tahap perkembangan mental kanak-kanak. Persepsi visual boleh diterangkan sebagai apa yang dilihat. Manakala representasi visual pula ialah berkaitan dengan bagaimana kita mencerminkan diri dalam seni. Kanak-kanak jarang melukis dengan cara realistik dan tepat dari segi ruang. Salah satu daripada teori yang memberi penerangan tentang persepsi kanakkanak dalam seni visual ialah teori kognitif yang mengatakan bahawa kanakkanak melukis apa yang mereka tahu dan bukan apa yang mereka lihat. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Piaget (1958) merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir secara kreatif, cuma kanak-kanak dewasa lebih matang. Jawapan dan hasil lakaran kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza.
SEMAK KENDIRI Cuba terangkan kepentingan seni visual kepada pertumbuhan kanak-kanak dari aspek kognitif, psikoanalitik dan persepsi.

2.7 Kecerdasan Visual Ruang Gardner (1993) menerangkan, kecerdasan, visual ruang sebagai keupayaan

Membuat persepsi tentang dunia luar dengan tepat, menukar dan mengubahsuai persepsi awalan untuk mencipta semula aspek pengalaman visual tanpa kehadiran punca stimuli fizikal berkenaan (m/s 173)

Ringkasnya, kecerdasan visual ruang ialah kecerdasan yang boleh berfikir melalui gambar serta mampu untuk menyerap, mengubah dan menciptakan kembali berbagai macam aspek visual. Ciri-ciri kanak-kanak yang memiliki kecerdasan ini ialah mereka peka dan sensitif kepada ciri-ciri visual, keseimbangan, warna, garis, bentuk dan ruang. Kanak-kanak juga mudah mengira jarak, ruang serta membuat lakaran idea dengan jelas. Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Mereka dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak dalam persekitaran. Mereka juga boleh berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan tiga dimensi. Di samping itu juga mereka bijak menghubungkaitkan antara objek dan ruang serta mempersembahkan idea dalam bentuk grafik seperti peta, graf dan lakaran. Mereka lebih suka akan maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk carta, grafik, video dan sebagainya. Individu yang tinggi kecerdasan visual-ruang cenderung dalam pekerjaan seperti jurutera, juruterbang, juru lukis, artis, arkitek dan lain-lain pekerjaan yang berhubung dengan manipulasi corak dan ruang. Definisi yang diberikan oleh Gardner (1993) ternyata menunjukkan kepentingan menggalakkan perkembangan kecerdasan visual ruang dari segi meningkatkan daya upaya kognitif dan kreativiti kanak-kanak. Kecerdasan visual ruang banyak digunakan dalam seni visual. Oleh itu, salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan kecerdasan ini ialah dengan mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti-aktiviti seni visual atau pendidikan seni visual. Amalan pendidikan seni visual sangat penting kerana ia menggalakkan pemahaman, daya persepsi dan pengenalan simbol-simbol visual secara beransur, sesuai dengan tahap umur kanak-kanak. Seterusnya, ia mendorong kanak-kanak menggunakan simbol-simbol tersebut. Amalan seni visual berfungsi mengembangkan kemahiran motor dan daya persepsi di samping memberi pengetahuan tentang pelbagai konsep seni visual. Aktiviti yang dicadangkan di dalam kurikulum pendidikan seni visual adalah mengikut peringkat umur yang membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Penglibatan dalam seni dapat mewujudkan keadaan mental dan fizikal yang baik. Pendidikan seni perlu mempunyai keseimbangan dari segi penciptaan, tanggapan, dan respons yang menggalakkan pertumbuhan fizikal, kognitif dan afektif.

Bagi kanak-kanak prasekolah, seni visual menggalakkan daya pemikiran seperti mengira, menyusun dan mengklasifikasikan. Melalui teknik penyoalan, guru boleh membuat kanak-kanak sedar akan konsep nombor dalam hasil seni mereka. Seni juga membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran merancang dan akhirnya mencapai matlamat yang ingin dicapai dalam pendidikan prasekolah. Peralatan dan bahan mesti disimpan di tempat yang disediakan selepas aktiviti seni untuk memudahkan urusan penggunaan pada masa akan datang. Amalan yang bersesuaian seni visual untuk kanak-kanak

Tahap umur Asas dan nilai seni visual Bahan dan perlatan

Peranan guru

Matlamat Strategi pengajaran Apresiasi seni

Lukisan

Cetakan dan tekapan

Seni Tiga dimensi


Membuat adunan doh Membentuk dan mengukir doh Kolaj

Penilaian kreativiti tiga dimensi


Kesedaran reflektif dan perkembangan afektif Kreatif dan imaginative

2.8 Rumusan

Secara umumnya kanak-kanak pada peringkat tadika dan prasekolah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pembelajaran pendidikan seni visual memainkan peranan memperkembangkan sifat sifat seni ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran

Aktiviti pembelajaran yang bercorak perkembangan pemikiran, penerokaan dan ciptaan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.

PENDEKATAN,KAEDAH.TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN PSV

Pendekatan -Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan pelajar, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Terdapat beberapa ciri-ciri pendekatan dalam pengajaran yang telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan ini. Ciri-ciri tersebut ialah: 1) Daripada konkrit kepada abstrak 2) Daripada mudah kepada kompleks 3)Daripada keseluruhan kepada bahagian 4) Daripada umum kepada spesifik (deduktif) 5) Daripada spesifik kepada umum (induktif) 6) Daripada diketahui kepada belum diketahui Pendekatan-pendekatan pengajaran ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya (i) Pendekatan pengajaran berpusatkan guru (ii) Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar (iii) Pendekatan pengajaran berpusatkan bahan -Setiap jenis pendekatan itu mempunyai kaedah pelaksanaannya yang tersendiri. Bagi pendekatan berpusatkan guru, mereka boleh menggunakan kaedah-

kaedah seperti syarahan, demonstrasi, bercerita serta pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak memberi peluang kepada palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P. Mereka hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru. - Manakala pendekatan berpusatkan pelajar lebih menarik dan berkesan. Dalam pelaksanaannya, pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian serta memberi pendapat dan idea berkenaan dengan topik yang dipelajari. Pendekatan ini lebih berkesan kerana pelajar dapat menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah pendekatan kumpulan, pendekatan individu, kaedah lawatan, kaedah penyelesaian masalah, kaedah projek, simulasi dan bermain. Pelaksanaan pendekatan ini membuatkan pelajar lebih seronok kerana mereka mengalami sendiri pengalaman terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu. -Bagi pendekatan pengajaran berpusatkan bahan pula memerlukan guru untuk lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan pengajaran untuk menarik minat pelajar. Antaranya ialah melalui penggunaan sudut atau ruang bilik darjah, bahan pengajaran guru dan bahan pembelajaran pelajar. Guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan seperti video, gambar, kertas mahjung, dan sebagainya bagi membuka minda serta menarik perhatian pelajar dalam menyampaikan isi pelajaran. Melalui tayangan video contohnya, pelajar-pelajar akan berfikir mengenai isi kandungan yang cuba disampaikan oleh guru mereka pada hari berkenaan.

Kaedah -Kaedah dapat diinterprestasikan sebagai satu cara atau aturan,hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran pula terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam diri seseoran.Oleh demikian,kaedah-kaedah pengajaran ini terbahagi kepada beberapa jenis. Ianya meliputi: Kaedah Kaedah Kaedah Kaedah Kaedah Kaedah Kaedah terus semulajadi ajuk-hafaz linguistik oral-aural terjemahan psikologi

Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi pelajar. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu: Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalamanpengalaman sedia ada.

Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan. Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks. Kaedah Semulajadi pula hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataanperkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan dalam kaedah ini. Manakala Kaedah Oral-Aural pula merupakan kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistic dengan memberi perhatian kepada intonasi yang betul. Seterusnya,Kaedah Linguistik yang membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Teknik Teknik pengajaran pula adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru tidak dapat menguasai teknik-teknik yang terdapat dalam sesuatu kaedah, kemungkinan matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Terdapat pelbagai teknik yang boleh diamalkan oleh seoarang guru dalam sesi P&P. antaranya ialah: Teknik perbincangan

Teknik Teknik Teknik Teknik Teknik Teknik Teknik Teknik

brainstorming soal jawab main peranan bercerita tunjuk cara penyelesaian masalah latih tubi permainan bahasa

Teknik perbincangan -Ianya berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Teknik brainstorming Teknik ini merupakan teknik yang berbentuk perbincangan yang mana pelajar digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan aktif bagi menghuraikan pendapatnya. Teknik soal jawab Teknik ini pula merupakan teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan pelajar akan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan yang ditanya mempunyai aras kesukaran yang tertentu. Tenik Main Peranan -Bagi teknik main peranan pula, ianya melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Hal ini berlaku secara spontan yang

mana pelajar-pelajar perlu bijak dalam memainkan peranan mereka semasa sesi ini berlangsung. Teknik Bercerita -Teknik ini membawa maksud guru memilih cerita yang sesuai dengan pelajar dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan. Teknik Tunjuk Cara -Manakala teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan pelajar bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, pelajar-pelajar juga diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum pelajar menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan. Teknik Penyelesaian Masalah -Seterusnya adalah teknik penyelesaian masalah di mana teknik ini dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Pelajar-pelajar diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut. Teknik Latih Tubi -Teknik latih tubi pula merupakan pengulangan faktafakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping untuk menjamin pengekalannya. Teknik Permainan Bahasa

-Teknik terakhir ialah teknik permainan bahasa iaitu guru membentuk satu situasi yang memerlukan pelajar menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi. Strategi -Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. S - SPECIFIC M - MEASURABLE A - ATTAINABLE R - REALISTIC T - TIMELY SPECIFIC -Sesuatu pembelajaran yang diajar oleh guru haruslah mempunyai matlamat yang spesifik. Hal ini demikian kerana, guru yang profesional akan menyediakan bahan bantuan mengajar dengan rapi sebelum memulakan pengajaran supaya sesi pengajaran berjalan dengan lancar. Di samping itu, subjek yang diajar tidak lari daripada tajuk asal yang selaras dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. MEASURABLE - Sesuatu pembelajaran itu haruslah mempunyai ukuran mengikut tahap. Guru perlu mengetahui bagaimana untuk menarik minat pelajar melalui pembelajaran itu. Jelasnya, seorang guru perlu mengajar subjek mengikut kebolehan dan tahap pelajar tersebut supaya

pembelajaran tersebut dapat difahami oleh mereka. ATTAINABLE -Sesuatu pembelajaran itu mestilah dapat dicapai oleh pelajar. Melalui pendekatan ,kaedah,teknik dan strategi yang digunakan oleh guru haruslah dapat dicapai pelajar spaya pelajar dapat memahami pelajaran itu. Satu masalah yang selalu dialami antara guru dan pelajar ialah guru mengejar silabus menyebabkan tidak semua pelajar dapat mencapai pelajaran yang diajar. REALISTIC - Sesuatu pelajaran itu perlu relevan dengan pelajar seperti mengikut turutan dari yang umum kepada yang khusus, daripada mudah kepada kompleks, dan sebagainya. Tujuannya supaya pelajar dapat mengikuti subjek secara berperingkat dan memahami pelajaran itu. Pelajaran lebih mudah dimulakan dengan yang asas supaya pelajar tidak terus lompat subjek lain tanpa mengetahui asasnya. TIMELY - Sesuatu pelajaran itu harus ada masa yang cukup untuk menyampaikan pelajaran. Ini sangat berkaitan dengan cara penyampaian guru dan kaedah yang digunakan. Subjek yang terdapat dalam silabus tidak sama tahap antara bab, ada yang mudah dan ada yang sukar, tetapi peranan guru perlu tahu bagaimana dapat menyampaikan subjek mengikut masa yang ditetapkan. Justeru kaedah penyampaian dan pendekatan yang digunakan amat penting untuk menyampaikan subjek.

Anda mungkin juga menyukai