Anda di halaman 1dari 69

TAJUK:1

KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

1. Huraikan takrifan mengenai seni mengikut pendapat tokoh-tokoh berikut:


a) Feldman
b) Ibn Khaldun
c) Abdullah Mohamad Nakula

Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni

Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai
matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang
diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut
mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing.

a) Feldman

Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan


pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui
tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni
visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah
berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan
kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan.
Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek
kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.

b) Ibn Khaldun
Menurut Ibn. Khaldun pula, “ seni itu adalahkebenaran, keindahan dan kebaikan
di mana didalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika danlogika.”•Kesenian
bermaksudperihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan
c) Abdullah Mohamad Nakula
konsep bentuk seni melalui falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai
keagamaan. Menurut beliau segala kejadian alam ini adalah dari Zat Allah. Melalui zat
tersebut terdapat dua tingkat iaitu Tingkat ketuhanan dan tingkat kealaman. Melalui inilah
segala kejadian di alam ini berlaku.
Baca petikan yang berikut dan buat rumusan dengan menggunakan ayat anda

sendiri.

 Bidang seni terbahagi kepada pelbagai bidang , termasuk , Seni Muzik ,


Seni Puisi , Seni Teater , Seni Persembahan , Seni Visual, Seni Tari dan
lain-lain
 Konsep Seni Visual member tumpuan terhadap perkara-perkara seperti
subjek,idea,proses,media dan objek.
 Konsep Pendidikan Seni Visual memperlihatkan perihal seni sebagai alat
pendidikan , Pendidikan Kesenian ,Seni Merentas kurikulum,
pembelajaran melalui seni dan seni sebagai perkembangan menyeluruh

Di Malaysia Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang


terdahulu.Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di
sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual,dan
tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan diri.Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid
memupuk minat , memperkembang keperibadian , memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran
lain.

Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif ,ekspresif dan


aktif.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini
melalui persepsi visual , imaginasi dan daya pemikiran.Kegiatan pemikiran penerokaan
dan reka bentuk dalam pelbagai jenis visual akan membolehkan mereka menyatakan
idea dan ekspresi diri.Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina
keyakinan diri , membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
TAJUK : 2

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PSV KBSR

1. Berdasarkan kepada Falsafah dan Objektif PSV KBSR, lengkapkan peta


minda di bawah.

FALSAFAH DAN OBJEKTIF PSV KBSR

FALSAFAH PENDIDIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN KEBANGSAAN

Berilmu Pengetahuan
Menghargai keindahan alam ciptaan
tuhan.

Berketrampilan
Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual
secara aktif,kreatif dan menyeronokkan.

Berakhlak Mulia
Menajamkan daya persepsi dalam
imaginasi melalui pancaindera.

Bertanggung jawab Mengenali asas seni reka dan olahan


serta dapat menggunakannya.

Berkeupayaan Mengembangkan kemahiran asas dalam


pelbagai kegiatan seni visual.
2. Adakah kenyataan di bawah sesuai tentang matlamat Kurikulum
Pendidikan Seni Visual Rendah?
 Memupuk keharmonian pelbagai kaum di Malaysia
 Menyumbang kea rah pembangunan diri dan keluarga
 Melahirkan insan yang mempunyai nilai estetik yang tinggi
 Menggalakkan penulisan buku rujukan Pendidikan Seni Visual Rendah

Ya, kenyataan-kenyataan di atas sesuai tentang matlamat kurikulum Pendidikan Seni


Visual Sekolah Rendah. Sebelum mengaitkan kita kena ketahui secara lanjutnya apa
yang dikatakan dengan Pendidikan Seni Visual. Pendidikan Seni Visual menggantikan
nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana
dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni
tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera,
seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi
peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi
kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya
dengan mata pelajaran lain.

Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifatsifat ini melalui
persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan
reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan
idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina
keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran
yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran
dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis
dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan
hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan
refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik,
interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,
berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini
menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas
seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekiranya kita tengok dalam matlamat terdapat satu ayat di mana menekankan
keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang kea arah pembangunan diri,
keluarga , masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Dalam seni sahaja, kita dapat menunjukkan imej tiga bangsa di mana
maklumat mengenai sesuatu bangsa boleh dipetik menerusi gambar yang dilukis.
Mengikut ahli falsafah, satu gambar bersamaan dengan seratus perkataan dimana
sebuah gambar itu mampu menjelaskan apa yang kita ingin cakapkan selama sejam.
Dengan menghayati warisan bangsa menerusi seni visual maka ia dapat memupuk
keharmonian pelbagai kaum di Malaysia. Di Negara kita pelukis yang terkenal terdiri
dari berbilang kaum seperti Syed Ahmad Jamal, Abdul Latiff Mohiddin, Ravichandran
dan Chuah Tean Teng.

Menerusi Seni Visual ini, seseorang murid mampu menjalinkan hubungan yang
baik sesama saudara, ahli keluarga , rakan-rakan dan ahli masyarakat di mana mereka
dapat menunjukkan kasih sayang menerusi gambar. Ini memberikan peluang kepada
murid untuk menghayati hubungan yang sedia ada dan juga berusaha untuk
mengukuhkannya.

Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah juga bermatlamat untuk


melahirkan insan yang mempunyai nilai estetik yang tinggi. Estetik merupakan kajian
deria atau nilai deria-emosi, ataupun timbangan sentimen dan cita rasa. Estetik
merupakan subdisiplin aksiologi, sesuatu cabang falsafah, dan sering dikaitkan dengan
falsafah seni. Murid-murid dapat merasa nilai deria-emosi dimana emosi pelukis dapat
ditunjukkan menerusi lukisan dan juga harapan pada masyarakat, alam sekeliling juga
dapat ditunjukkan menerusi seni visual

Ia juga menggalakkan penulisan buku rujukan Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah.
Biasanya ramai yang beranggapan bahawa seni visual ini merupakan suatu mata
pelajaran elektif di mana murid-murid tidak perlu diajar teknik seni yang betul. Selain itu
, ada juga yang mengatakan seni visual ini sekadar melukis sahaja . Mereka tidak sedar
bahawa seni visual membawa murid kea lam berimaginasi,kreatif di mana bakat
kesenian murid dicungkil. Jadi, tidak terdapat banyak buku rujukan ataupun modul
untuk dirujuk untuk mata pelajaran ini. Dengan mendorong penulisan buku rujukan seni
visual ini, maka guru dapat menyampaikan pembelajaran dan pengajaran yang
berkesan dimana teori dan amali seni visual dapat dijalankan mengikut apa yang
dirancang . Ada juga ramai guru yang bukan opsyen seni di mana ini dapat
menggalakkan mereka menulis buku rujukan agar dijadikan contoh.
3. Manakah antara berikut mempunyai perkaitan secara langsung dengan
objektif Pendidikan Seni Visual Rendah?
 Kreatif
 Inovatif
 Ekspresi
 Produktif
 Komersial

Kelima-lima ciri iaitu kreatif, inovatif, ekspresi, produktif dan komersial secara
langsung dan secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan objektif Pendidikan Seni
Visual Sekolah Rendah. Daya kreatif merupakan proses membabitkan jumpaan idea
atau konsep baru, atau kaitan baru antara konsep atau idea sedia ada, didorong oleh
proses sama ada sedar atau luar sedar.

Dari sudut pandangan saintifik, hasil pemikiran kreatif (kadang kala dirujuk sebagai
pemikiran mencapah (divergent thought), biasanya dianggap sebagai memiliki keaslian
dan kesesuaian.

Sungguhpun secara intuitif fenomena mudah, ia sebenarnya amat rumit. Ia telah


dikaji dari segi psikologi kelakuan, psikologi sosial, psikometrik, sains kognitif,
kecerdasan buatan, falsafah, estetik, sejarah, ekonomi, kajian reka-bentuk, perniagaan,
dan pengurusan antaranya. Kajian-kajian ini meliputi kreativiti harian, kreativiti luar
biasa dan malah kreativiti buatan. Tidak seperti banyak fenomena dalam sains, tidak
terdapat satu perspektif berwibawa tunggal atau takrifan daya kreatif. Dan tidak seperti
unlike banyak fenomena dalam psikologi, tidak terdapat satu teknik pengukuran
terpiawai.

Murid-murid biasanya suka berimaginasi. Jadi, imaginasi mereka akan


diturunkan dalam lakaran gambar ataupun contengan yang dibuat. Daya imaginasi ini
sememangnya memberikan peluang untuk murid berfikir luar dari apa yang dijangka.
Hasilnya boleh menjadi negatif ataupun positif mengikut haluan yang dipilih.
Kreatif biasanya digunakan bagi merujuk kepada tindakan menghasilkan idea
baru, pendekatan atau tindakan, sementara inovasi merupakan proses menghasilkan
dan menggunakan kreatif sebegitu dalam bentuk tertentu.

Dalam konteks organisasi, istilah inovasi sering kali digunakan bagi merujuk
keseluruhan proses di mana organisasi menghasilkan idea kreatif baru dan
menukarkannya menjadi barangan, perkhidmatan, dan amalan perniagaan yang
berlainan, berguna dan memiliki daya komesial, sementara istilah krestif dikhususkan
bagi kegunaan khusus dalam proses penghasilan idea berlainan oleh individual atau
kumpulan, sebagai langkah perlu dalam proses inovasi.

Sebagai contoh, Amabile et al. (1996) mencadangkan bahawa inovasi "bermula dengan
idea kreatif,"

"...creativity by individuals and teams is a starting point for innovation; the first is
a necessary but not sufficient condition for the second."[1]

Sungguhpun kedua perkataan adalah berlainan, ia adalah seriring. Untuk berinovasi,


pekerja perlu menjadi kreatif untuk kekal bersaing. Dalam seni visual, tanpa kreatif dan
inovasi sesuatu tidak boleh dihasilkan.

Ekspresi manusia ini boleh dibahagikan kepada emosi gembira, sedih, takut,
terperanjat, marah, cemburu dan sebagainya. Ekspresi seseorang selain dari riak muka
boleh ditunjukkan dalam hasil lukisan. Ton warna juga turut memainkan peranan dalam
menunjukkan ekspresi . Boleh dikatakan bahawa lukisan tanpa ekspresi ini ibarat pen
tanpa dakwat.

Keupayaan produktif ialah istilah yang digunakan untuk mentakrifkan output


maksimum yang mungkin bagi sesebuah ekonomi. Menurut UNCTAD, tidak terdapat
sebarang takrif yang dipersetujui. UNCTAD pada dirinya mencadangkan takrif sebagai
"sumber produktif, keupayaan keusahawan, dan rantaian pengeluaran yang bersama-
sama menentukan keupayaan sesebuah negara untuk menghasilkan barangan dan
perkhidmatan." Istilah "keupayaan produktif" juga digunakan dalam bidang ekonomi
perduaan untuk bermaksud keupayaan menjanakan pendapatan, baik oleh kilang,
tanah, paten, mahupun kemahiran buruh seseorang. Sebenarnya seni visual ini suatu
kerjaya di mana memberikan peluang yang amat banyak dalam menghasilkan
produktiviti. Sekiranya seorang ahli seni mampu menghasilkan produk yang bermutu
maka hasilnya jika dijual boleh mencecah sehingga beratus-ratus hinggalah berjuta-
juta. Secara tidak langsung, dengan menghasilkan produk yang maksimum maka
seseorang dapat menjadi memupuk semangat keusahawanan.

Penghasilan produk membawa kepada komersial. Komersial bermaksud jual beli


output yang dihasilkan. Iklan secara besar-besaran dan juga publisiti bermaksud
komersial. Murid-murid dapat mengetahui cara mengiklankan hasil mereka seperti
membuat pameran ataupun menjualnya ke balai seni .
TAJUK : 3

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

1. Bagaimanakah Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah berperanan


sebagai alat komunikasi?
SENI GRAFIK
a. Grafik bermaksud gambaran bukan fotografi yang berbentuk 2 dimensi
b. Grafik meliputi lukisan, catan, carta, graf, poster dan kartun
c. Grafik diguna untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan ringkas
d. Gambar foto yang diubahsuai, dimasukkan gambar lain, muka taip, logo dan
lain-lain adalah sebagai grafik
e. Contoh grafik boleh dilihat pada bilbod, kain rentang, papan tanda, akhbar,
majalah, pembungkusan, digital dan sebagainya.

2. RISALAH
a. Risalah berfungsi sebagai promosi, penerangan, pengiklanan dan memberi
maklumat
b. Terdapat pelbagai bentuk risalah seperti sehelai kertas berlipat dia atau tiga,
beberapa lipatan dan seperti buku
c. Unsur reka letak sesebuah risalah mengutamakan ilistrasi, kaligrafi, tipografi,
simbol dan logo
d. Antara corak yang popular ialah Mondrian, Tingkap Gambar, Bingkai,
Multipanel, dan Sarkis

3. PEMBUNGKUSAN
a. Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi barangan semasa dihantar,
disimpan dan dipamer
b. Jenis pembungkusan ialah pembungkusan kertas, plastik, botol, tin, kotak
kayu dll
c. Fungsi pembungkusan ialah untuk:
i. Melindungi barangan
ii. Memudahkan kerja menyimpan dan penghantaran
iii. Menyampaikan meklumat dan mempromosi
d. Ciri-ciri pembungkusan yang baik mengandunggi
i. Jenama
ii. Keterangan
iii. Gambar / ilustrasi
iv. Logo, nama dan syarikat

4. LOGO
a. Merupakan tanda sesuatu syarikat, pertubuhan, institusi, kempen,
perkhidmatan dan sebagainya
b. Setiap benda, perkara, warna, dan lambang yang ada pada logo mempunyai
maksud tertentu seperti keris lambang keberanian & padi lambang muafakat
c. Sumber logo biasanya daripada sumber huruf, angka, geometri, flora, fauna,
campuran dan sebagainya

5. SIMBOL
a. Merupakan tanda sesuatu benda atau perkara
b. Merupakan tanda yang dapat dikenal di peringkat antarabangsa
c. Menggunakan rupa mudah ( rupa positif / rupa negatif )
d. Rupa yang biasa diguna seperti rupa geometri, huruf, dan alam semulajadi
e. Biasanya kurang menggunakan teks / tulisan
f. Mudah difahami seperti tanda tandas, surau, hospital dan sebagainya.

6. MASKOT
a. Sebagai lambang sesuatu acara rasmi syarikat atau sukan
b. Dapat menarik minat terutama kanak-kanak
c. Kostum yang dipakai oleh manusia – memerlukan fabrik yang tidak panas
d. Menampilkan identiti tempatan dan asli
e. Sumber maskot diambil daripada haiwan liar atau haiwan peliharaan seperti
tupai, panda, lebah dan sebagainya.
2. Apakah perbezaan di antara ekspresi dan luahan fikiran?

Mengikut Kamus, éksprési ialah pelahiran maksud (perasaan dan sebagainya)


dengan kata-kata (gerak-geri dan lain-lain). Ia juga boleh dikatakan lebih kepada
perasaan emosi seperti emosi gembira, sedih , takut, terperanjat, marah, cemburu, iri
hati, murung, muram, geram, baik hati, senyum, ketawa dan sebagainya. Ia lebih
kepada perasaan. Apa yang terkandung dalam perasaan akan didedahan menerusi
ekspresi. Manakala, luahan fikiran ialah pendapat ataupun buah fikiran yang
dikeluarkan melaui perkataan ataupun percakapan. Ekspresi ini lebih banyak
ditunjukkan melalui riak muka, mata, kening, dan juga anggota badan. Luahan fikiran
pula hanya boleh diluahkan melalui percakapan secara logikal, bernas dan kreatif.
Luahan fikiran dalam bentuk bertulis ataupun bukan bertulis. Dalam bertulis, kita boleh
meluahkan perasaan , fikiran dalam bentuk artikel, risalah , majalah ataupun berita.
Dalam kategori bukan bertulis pula, luahan fikiran boleh dilakukan secara lisan. Segala
pandangan, cadangan dan fikiran boleh dikongsi bersama.
3. Pendidikan Seni Visual berperanan untuk mempertingkatkan kemahiran
dalam penghasilan karya.Senaraikan institusi yang mempergiatkan
Pendidikan Seni Visual.

1) Maktab/ Institusi Pengajian Tinggi Awam ( Dalam Malaysia)

 Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPMM) kini IPG Kampus


Perempuan Melayu Melaka

Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) kini IPG Kampus Kota Bharu

Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P) kini IPG Kampus Pulau
Pinang
Maktab Perguruan Kuala Terengganu (MPKTBR) kini IPG Kampus Dato' Razali
Ismail
Maktab Perguruan Raja Melewar (MPRM) kini IPG Kampus Raja Melewar
Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL) kini IPG Kampus Batu Lintang
Maktab Perguruan Tuanku Bainun (MPTB) kini IPG Kampus Tuanku Bainun
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH) kini IPG Kampus Sultan Abdul
Halim
Institut Bahasa Melayu Malaysia kini IPG Kampus Bahasa Melayu
Institut Perguruan Bahasa - bahasa Antarabangsa kini IPG Kampus Bahasa
Antarabangsa
Institut Perguruan Darulaman (IPDA) kini IPG Kampus Darulaman
Maktab Perguruan Persekutuan Perlis (MP3P) kini IPG Kampus Perlis
Maktab Perguruan Ipoh (MPIPOH) kini IPG Kampus Ipoh
Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) kini IPG Kampus Ilmu Khas
Maktab Perguruan Sultan Mizan (MPSMB) kini IPG Kampus Sultan Mizan
Maktab Perguruan Islam (MPI) kini IPG Kampus Pendidikan Islam
Maktab Perguruan Teknik (MPT) kini IPG Kampus Pendidikan Teknik
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) kini IPG Kampus Temenggong
Ibrahim
Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (MPTAA) kini IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan
Maktab Perguruan Tun Hussien Onn (MPTHO) kini IPG Kampus Tun Hussien Onn
Maktab Perguruan Rajang (MPRAJANG) kini IPG Kampus Rajang
Maktab Perguruan Sarawak, Miri (MPSM) kini IPG Kampus Sarawak
Maktab Perguruan Tun Abdul Razak (MPTAR) kini IPG Kampus Tun Abdul Razak
Maktab Perguruan Tawau (MPTAWAU) kini IPG Kampus Tawau
Maktab Perguruan Gaya (MPGAYA) kini IPG Kampus Gaya
Maktab Perguruan Keningau (MPK) kini IPG Kampus Keningau
Maktab Perguruan Kent (MPKENT) kini IPG Kampus Kent

2) ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan)


3) Kolej Komuniti Kuching
4) Balai Seni Visual Negara
5) Perpustakaan Balai Senil Lukis Negara
6) Dewan Bahasa dan Pustaka
7) Universiti Pendidikan Sultan Idris

Luar Negara

 Institut Seni Indonesia Denpasar


 Mumbai
 Institut Seni Indonesia
 Kebudayaan Beijing
4. Huraikan ciri-ciri individu yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman
tentang karya seni visual.

Ciri –ciri individu yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang karya
seni visual ialah perlu mempunyai kreativiti. Orang yang berkreativiti sahaja mampu
menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Jika kita bandingkan dua orang murid yang
sama umur, tetapi salah seorangnya mempunyai kreativiti manakala seorang lagi tidak
mempunyai kreativiti. Jika kita minta kedua-duanya menghasilkan sesuatu karya maka
karya manakah yang akan menarik perhatian kita? Sudah tentulah karya orang yang
mempunyai kreativiti. Orang yang mempunyai kreativiti bukan sahaja mampu
menggambarkan apa yang ada dalam pemikiran malah boleh memberikan nyawa
kepada karya tersebut dari segi penggunaan warna, estetik, ekspresi dan juga boleh
mengubah sesuatu karya yang biasa kepada yang luar biasa. Sebagai seorang ahli
seni, individu harus mempunyai bakat ini.

Seterusnya, seseorang harus mempunyai pengetahuan tentang sejarah kerana


ia merangkumi keseluruhan idea, konsep dan perkembangan sesuatu bidang seni
secara menyeluruh. Penyelidikan seni adalah teras dalam melahirkan teori-teori baru,
mengemaskini metodologi baru, proses berkarya berasaskan kepelbagaian disiplin ilmu
dan kewajaran kaedah penilaian saintifik dalam penyataan seni.

Individu tersebut juga harus bersifat penyabar di mana mampu menerima kritikan
dalaman dan luaran. Ramai yang beranggapan bahawa orang yang melibatkan diri
dalam dunia seni tidak mempunyai masa depan yang cerah dan tidak mampu memiliki
kehidupan yang berjaya. Ramai ahli seni yang berjaya pada masa sekarangadalah
mereka yang pernah mengalami penghinaan,kritikan yang negative dan juga dorongan
negative. Individu seni yang memahami karya seni haruslah mampu menerima kritikan
yang negative untuk ditukarkan kepada kritikan positif dan merancang strategi untuk
membaiki kelemahan diri.

Seterusnya mereka juga harus memiliki ciri ekspresi. Ekspresi adalah lebih
kepada perasaan emosi seperti emosi gembira, sedih , takut, terperanjat, marah,
cemburu, iri hati, murung, muram, geram, baik hati, senyum, ketawa dan sebagainya. Ia
lebih kepada perasaan. Apa yang terkandung dalam perasaan akan didedahan
menerusi ekspresi. Ekspresi dalam karya ini bukan mudah untuk dihasilkan. Dengan
adanya latihan yang berterusan dan teknik yang betul sahaja suatu karya dengan
kespresi yang betul dan tepat dapat dihasilkan.

Selain itu, cirri yang paling penting ialah mengubah ikut peredaran masa. Ramai
yang tidak akan berubah mengikut peredaran masa. Bagi seorang ahli seni, dia
haruslah pandai menghasilkan karya yang menggambarkan perubahan. Cara lukisan,
penggunaan warna dan elemen seni yang lain menunjukkan karya yang dihasilkan.
Individu yang berada pada zaman 60-an , jika tidak menghasilkan karya yang sesuai
pada zaman tersebut maka karya itu akan dianggap tidak bernilai. Itulah kepandaian
yang harus dimiliki oeh seseorang untuk menghasilkan karya mengikut perubahan
masa dan tempat.
5. Kepekaan pengamatan seseorang terhadap karya seni boleh ditajamkan
melalui berbagai cara.Huraikan berdasarkan cara-cara di bawah.
 Bengkel seni visual
 Melalui pembacaan buku seni
 Penghasilan karya
 Melalui lawatan ke pameran seni

Biasanyan bengkel seni visual akan dijalankan selama tiga hari hingga seminggu.
Dalam bengkel seni visual pelbagai perkara, teknik dan strategi akan diajar
berkaitan dengan seni visual. Bengkel ini akan dijalankan oleh mereka yang pakar
dan penuh berkemahiran dalam bidang seni visual. Pelbagai teknik seperti
anyaman, catan, lukisan , warna dan teori-teori untuk diaplikasikan dalam
pembelajaran dan pengajaran akan diajar. Pendapat dan cadangan untuk
menambahbaik kemahiran dan cara pengajaran akan dibincang bersama. Bagi
orang yang masih baru dalam seni, maka segala maklumat yang diperoleh akan
membantu dalam menimba pengalaman.

a) Pembacaan buku seni

Orang seni biasanya suka mengkaji maklumat untuk digunakan dalam pengajaran.
Pembacaan buku seni akan menambahkan pengetahuan tentang seni. Ciri-ciri dan
jenis kategori juga dapat diketahui melalui buku seni. Orang yang banyak membaca
biasanya akan mempunyai banyak pandangan dank omen untuk dikongsi
berbanding dengan orang yang kurang berpengetahuan. Buku seni biasanya akan
menjadi panduan ataupun modul pengajaran dimana kebanyakan maklumat yang
berkaitan dengan seni dapat ditimba.

b) Penghasilan Karya

Karya Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-
bahan yang terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan
media asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah
Lukisan, catan, seni cetak dan arca.Apa yang dibaca perlu dipraktikkan. Banyak teori
sekiranya jika tidak praktikkan maka tidak bermakna. Untuk itu, bagi seni visual karya
adalah perkara yang paling penting untuk periksa sama ada ilmu yang diperoleh betul
dipraktikkan ataupun tidak. Seni sukar ditakrifkan, sebagaimana ia sukar dinilaikan,
disebabkan setiap artis memilih peraturan dan tata rajah tersendiri untuk menentukan
karyanya, masih boleh dikatakan bahawa seni adalah proses dan hasil pemilihan
medium, set aturan untuk penggunaan medium tersebut, dan set nilai yang menentukan
apa yang berhak di gambarkan melalui medium tersebut, agar dapat menyampaikan
samaada kepercayaan, idea, rasa, perasaan dalam bentuk paling berkesan bagi
medium tersebut. Walaupun, banyak artis terikut artis dahulu, dan sebagainya,
beberapa garis panduan telah muncul untuk menetapkan bagaimana menggambarkan
idea tertentu melalui simbol dan bentuk (seperti pokok selasih sebagai kekasih).
Penghasilan karya yang bermutu dapat menunjukkan ahli seni yang baik.

c) Pameran Seni

Pameran seni adalah tanda komersial dimana penghasilan karya seseorang akan
dinilai oleh peminat seni. Dalam pameran seni segala hasil karya ahli seniman akan
dipamerkan dan karya yang paling baik akan dijual beli dalam kuantiti harga yang tinggi.
Pameran seni ini membolehkan ahli seni dari seluruh pelusuk negeri dan Negara
berkumpul di suatu tempat untuk menunjukkan bakat kesenian masing-masing.
Penghasilan karya yang baik adalah karya yang menepati segala kriteria dan cirri yang
ditetapkan. Dalam pameran seni, ramai bakat-bakat muda akan dikenal pasti dan ahli
seni yang berprofessional akan memberi tunjuk ajar agar dapat meningkatkan potensi
diri.
6. Kreativiti individu boleh dipertingkatkan melalui latihan yang
berterusan.Beri pandangan anda terhadap kenyataan tersebut.

Sebelum menganalisis kreativiti , kita kena tahu definisinya terlebih dahulu.


Kreativiti ialah suatu kemahiran dimana murid menggabungjalinkan kesemua bakat
yang sedia ada untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan unik. Bukan kesemua
murid dapat peluang untuk menunjukkan kreativiti diri. Mata pelajaran seni visual ini
mewujudkan platform untuk murid meluahkan kreativiti mereka bukan sahaja
menggunakan teori tetapi juga dengan menggunakan estetik, inovasi dan daya
imaginasi yang tiada sempadannya. Sepertimana yang kita ketahui kreativiti seseorang
murid hanya boleh dipertingkatkan menerusi latihan yang berterusan. Bah kata
pepatah, “ practice makes perfect”. Kreativiti ini harus diaplikasikan selalu agar dapat
menampakkan hasil yang bermutu. Daya kreativiti murid yang baik dengan lemah dapat
dibezakan menerusi lakaran ataupun lukisan murid. Murid yang kurang daya kreativiti
akan takut menghasilkan sesuatu yang luar biasa kerana bimbangkan kritikan. Dengan
adanya latihan yang berterusan, ketakutan murid untuk cuba hasilkan sesuatu dapat
dihindari. Murid yang berkreativiti tinggi mampu hasilkan sesuatu yang luar dari
pemikiran dan unik . Sekiranya disokong dengan latihan yang berterusan maka murid
dapat melayangkan daya imaginasinya ke paras yang lebih tinggi.

Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta


sesuatu yang baharu. Ia satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung,
mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapat bahawa
kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam buday a dan
iadianggap gabungan unik dan berguna (Sternberg & Lubart, 2003) .

Pada pandangan saya kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang


dijalankan. Aktiviti melalui penggunaan warna dapat merangsang minda pelajar lebih
kreatif. Ketika menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi peluang mencuba
pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna
pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan cara ini,
pelajar bebas meneroka, meluahkanperasaan dan kreativiti.

Ketika menghasilkan kolaj, pelajar dapat menggunakan kertas warna


dan meneroka penggunaan bahanberwarna yang terdapat di sekitar mereka.
Misalnya, keratan kertas majalah, cebisan kertas kotak, helaian daunkering,
serpihan kulit kayu dan sebagainya. Mereka akan menampal bahan-bahan pilihan untuk
membentuk objek imaginasi. Proses memindahkan idea, dari kotak fikiran ke
bentuk visual, di atas kertas merupakan satu prosesartistik yang penuh kreativiti.
Proses ini menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan dan dapat
merangsangminda pelajar agar lebih kreatif dan berkesan.

Pelajar dapat mencuba, membuat eksprimen dan meneroka penggunaan bahan


untuk menghasilkan karya.Melalui Seni Dalam Pendidikan pelajar dapat
menggunakan bahan-bahan di sekitar mereka untuk membentuk,
membuat binaan dan sebagainya. Mereka tidak terikat dengan bahan
yang disediakan dalam bilik darjah.Pembelajaran mereka meliputi ruang yang lebih
luas dan mendorong mencapai tahap kepuasan belajar sebagaimanadiinfini.

Ikatan peraturan bilik darjah tradisional tidak sesuai lagi digunakan.


Kini pelajar bebas bergerak dalamkawasan yang difikirkan perlu dan selamat.
Mereka tidak terkongkong di atas kerusi sahaja sepanjang prosespengajaran
dan pembelajaran. Namun begitu, pelajar perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh
guru. Guru bolehmembawa pelajar keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian,
catatan, penyelidikan, rakaman serta ujikaji.Pelajar boleh menggunakan pengalaman
sedia ada untuk digabungkan dengan pengalaman baharu untuk mendapatkan hasil.
Pengalaman ini dapat merangsang minda pelajar agar bertindak lebih kreatif, dan
mengalamisuasana pembelajaran yang seronok.
Latihan 7

Anda dikehendaki melayari internet dan mencatat contoh-contoh kepentingan


PSV dari aspek pertimbangan dan kesedaran estetik.

Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang utama
iaitu psikologi dan sosiologi.

I) Peranan psikologi
Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu
berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang
berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.

Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan


persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat
memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati)

Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan


pernyataan diri. . Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan
perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi
seperti rasa cinta atau rasa takut.

kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini
berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada
penghasilan yang lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya,
yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan.
Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan
keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih
sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya
menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik.
Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat
dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan
perekaan.
Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan
persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran SV, aktiviti
dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran
dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan
dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea,
perasaan dan emosi.

II) Peranan sosiologi

Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni
adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan
daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat.
Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan
budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan
tidak mengandungi nilai tamad
Peranan SV dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni
dan masyarakat ). Antara peranan SV :

Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam


menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui SV. Pembelajaran
SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan
sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah
Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.

Persekitaran- Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam


SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan
sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan.
Antara contohnya Rumah rakit – Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di
Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman.
Rumah rakit- Kuala Lipis
Propaganda- SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat
atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya
Awang Damit Ahmad.
Poskad kepada dunia (1990)

Ritual / upacara- SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat


resam
dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D
atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung
penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.

Spiritual – SV untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang


dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri.
Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.

Pengeluaran- Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan
kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu
pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi.
Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan.
Contohnya penghasilan batik dan songket.

Pemujukan- Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-


contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.

Perniagaan dan perdagangan- Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat


menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan.
Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.
PENGALAMAN ESTETIK

Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu
adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan
'menyenangkan' aialh kesenangan estetik (aesthetic pleasure).

Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan
persekitaran.Terbahagi kepada :
i) Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk
seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai
tukang dan sebagainya.

ii) Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari
pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni.
Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang
konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik, penggiat seni
pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang
yang berkaitan dengan seni.
Latihan 8

Seni Visual bersifat universal merangkumi keperluan semua golongan termasuk


pelukis ,pengacara,pereka bentuk, pereka fesyen,arkitek bahkan oleh semua
manusia sebagai memenuhi keperluan dan kepuasan diri.

Beri pendapat anda tentang kenyataan di atas.

Ya saya amat bersetuju dengan pernyataan di atas di mana seni visual bersifat
Universal merangkumi keperluan semua golongan termasuk pelukis, pengarca , pereka
bentuk, pereka fesyen , arkitek bahkan oleh semua manusia sebagai memenuhi
keperluan dan kepuasan diri. Jika kita melihat keperluan dari segi seorang pelukis,
memang tidak dapat dinafikan bahawa pelukis tidak dapat hidup tanpa seni. Dari
penghasilan karya sehinggalah ke penjualan hasil karya , elemen-elemen seni harus
diaplikasikan oleh seorang pelukis. Bagi seorang pengarca pula pembentukan patung
ataupun arca perlukan kreativiti , ekspresi, estetik . Semua ini adalah apa yang
dipelajari dalam seni visual. Untuk menghasilkan sebuah patung yang cantik, menarik
dan memikat hati maka ekspresi dalam riak muka, pembentukan setiap bahagian badan
yang tepat perlu dihasilkan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam seni
visual membantu untuk menghasilkan arca yang terbaik. Bagi pereka bentuk dan
pereka fesyen pula penggunaan warna , teori –teori , lakaran dan lukisan adalah asas
untuk membina kerjaya. Tanpa mempunyai pengetahuan asas dalam seni, seseorang
individu tidak dapat menjadi pereka fesyen yang baik. Penggabungjalinan warna ,
kemahiran menghasilkan corak pakaian ikut usia semuanya memerlukan bakat seni.
Bakat seni ini dipelajari ataupun wujud secara semula jadi.

Di samping itu, arkitek , pereka bangunan juga perlu ada bakat seni. Mereka
perlu ketahui kehalusan, ketebalan warna yang boleh digunakan selepas bangunan
habis dibina. Pada waktu mereka pula, mereka perlu menggunakan teknik lakaran dan
lukisan agar bangunan yang ingin dicipta diturunkan kepada jenis gambar. Dari gambar
kepada bangunan sebenar. Pereka bangunan juga perlu mereka dalaman bangunan
secara sistematik dan berurutan . Untuk itu , teknik catan amat membantu.

Jadi boleh dikatakan bahawa seni ini bersifat Universal di mana kepentingannya
diperlukan dalam setiap bidang. Tanpa seni tiadalah kerjaya.
TAJUK 4

PANDANGAN / SUMBANGAN TOKOH-TOKOH SENI/PENDIDIKAN SENI VISUAL

1. Huraikan pandangan Sidi Ghazalba tentang konsep seni islam.

Menerusi buku pandangan islam tentang kesenian,menjelaskan bahawa seni


adalah sebahagian daripada kebudayaan,yang dicetuskan oleh sesuatu
kelompok manusia kerana setiap kelompok manusia mempunyai fitrah
semulajadi yang cinta akan kesenian yang boleh member ketenangan kepada
hati dan fikiran.Oleh itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cintakan
sesuatu yang dapat member kepuasan hati melalui pancaindera rasa.
2 a) Konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan lanskap China iaitu
keseimbangan dengan yang melalui perlambangan kabus, air, awan, burung dan
lembah.

Dalam filosofi Cina, konsep Yin-Yang biasanya di daerah barat


disebut Yin dan Yang. Biasanya digunakan untuk mendeskripsikan sifat kekuatan yang
saling berhubungan dan berlawanan di dunia ini dan bagaimana mereka saling
membangun satu sama lain. Konsep tersebut didasarkan pada asal muasal dari
banyaknya cabang ilmu pengetahuan klasik dah filosofi Cina serta dapat digunakan
sebagai pedoman pengobatan Cina dan menjadi prinsip dari seni bela diri yang ada di
Cina, sebagai contoh Baguazhang, Taijiquan (Tai Chi), dan qigong (Chi Kung)
dan ramalan Ching.

Yin dan Yang saling berlawanan dalam interaksi dengan dunia yang lebih luas
dan sebagai bagian dari sistem yang dinamis. Semua hal memiliki kedua aspek
tersebut yakni Yin dan Yang, tapi tidak setiap aspek tersebut memiliki perwujudan yang
jelas pada objek dan mungkin pasang surut atau mengalir dari waktu ke waktu.
Konsep Yin dan Yang sering dilambangkan dengan berbagai bentuk yang bervariasi
dari simbol Taijitu, yang mana lebih umum dikenal pada kebudayaan barat.

Ada beberapa persepsi (terutama di barat) yang mengatakan


bahwa Yin dan Yang selalu dihubungkan dengan sesuatu yang baik dan jahat. Namun,
filsafat Taoist biasanya tidak memperhitungkan sesuatu yang baik atau jahat dan
penilaian moral, dalam kaitannya dengan konsep keseimbangan. Konfusianisme
(Filosofi dari Dong Zhongshu, c. Abad 2SM) tidak melampirkan dimensi moral
dari Yin dan Yang. Tapi dalam istilah modern, istilah ini sebagian besar telah
teradaptasi oleh filosofi Buddha Taoist.

Dikatakan catan Cina bermula dengan gambar binatang. Catan Cina lazimnya
dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat. Perkembangan seni catan terkenal
di Zaman Wangsa Tang yang banyak berunsur ugama Budha, Taoism dan
Confucianism. Zaman Sung, pelukis Cina menggunakn ciri-ciri pemandangan san
kemanusiaan. Ciri-ciri catan motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan
dengan catan barat, Kebayakan catan menggambarkan keindahan panorama alam dan
semulajadi. Catan lanskap mendapat tempat yang istimewa sekali dalam
perkembangan seni catan China. Catan lanskap China (Shan Shui) membawa maksud
gunung dan air. Sejarah catan China berkembang dengan pesat dalam zaman Dinasti
Sung. Ciri-ciri Catan lanskap. Tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu
kepasda ekspresi yang membawa pengnertian terrhadap keseluruhan catan. Seorang
artis harus dapat berinteraksi secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan
falsafahnya melalui catan. Hukum Catan China (Berasaskan Prinsip Shi-Vitalize
Spirit).

 Monokrom: penggunaan cat air dengan ton warna yang terhad begi
mendapatkan impak mendalam
 Komposisi: mementingkan rangkaian ruang berasaskan garisan tegak dan
mendatar.
 Ton dan suasana: “Chi Yun Sheng Tungn” ton yang memberi suasana yang
ghairah dan dinamik
 Struktur dan sapuan berus: Sapuan awal berus memberi pengertian - dibuat
secara spontan dan simbol kepada alam semula jadi
 Lakaran: penting sebagai pembentukan awal sesuatu gambaran.
 Kesesuaian lukisan dengan objek: Walaupun lukisan tidak sama dengan objek
sebenar tetapi perlu ada persamaan dalaman
2. b) Pelukis China dan Barat menghasilkan karya seni dengan
menggunakan konsep yang berbeza dari segi makna dan
iknografi.Nyatakan perbezaan konsep tersebut bagi karya catan.

Corak catan China berbeza dengan catan barat.Pada zaman awal interaksi antara
orang cina dengan barat menyaksikan bagaimana orang barat membuat kajian
terhadap lukisan Cina dan sering mengkritik lukisan Cina.Seorang Padri Jesuit yang
pernah sampai ke China pada abad ke 17 iaitu Matteo Ricci menyatakan seniman Cina
tidak mempunyai pengetahuan dalam seni catan.Pendapat beliau dikongsi bersama
oleh kebanyakkan orang Barat yang pernah sampai ke China pada abad ke 17 hingga
ke 19.Hanya segelintir orang Barat yang mengakui dan menghargai lukisan Cina.

Perbezaan antara seni catan Cina dan Barat adalah pendekatan yang digunakan
oleh kedua-dua pihak.Barat gagal memahami motif dan kaedah yang digunakan oleh
pelukis Cina.Karya-karya cina berkait rapat dengan falsafah,nilai-nilai dan citarasa
masyarakat Cina.Dalam hal ini ,pengaruh fahaman Taoisme amat kuat mempengaruhi
karya-karya Cina.bagi masyarakat Cina lukisan dipandang tinggi.Lukisan bagi mereka
tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan mereka.Lukisan umpama memberi
ketenangan bagi mereka.Kadang kala orang Cina boleh leka melihat lukisan-lukisan
yang bergantung dinding rumah mereka.Ini kerana bagi mereka lukisan mempunyai
erti.Berbeza dengan lukisan bangsa lain,lukisan orang Cina tidak mementingkan rupa
tetapi maknanya.Oleh itu, kebanyakkan catan yang dilukis berbentuk ringkas.Oleh
kerana itu,kebanyakkan catan yang ditonjolkan oleh pelukis tidak menggunakan banyak
warna.manakala alat yang digunakan oleh mereka agak mudah seperti dakwat hitam
dan berus yang dibuat diperbuat daripada pulpa buluh.Namun demikian, senki catan
Cina juga boleh didapati di dinding-dinding istana.Keadaan ini banyak berlaku pada
zaman klasik.
3. Apakah pendorong utama penghasilan bentuk arca figurative india?

Ikon-ikon atau perlambangan agama dalam kesenian seni ukir dan seni arca
agama Hindu dijelmakan pada bentuk-bentuk figura dan bentuk-bentuk yang
telah ditentukan.lebih daripada 2000 tahun yang dahulu,bentuk-bentuk figure
suci in digelar sebagai murti. Ikon-ikon Hindu dan imej-imej suci ini dijelmakan
menerusi sifat-sifat antropomorfik menyifatkan bentuk-bentuk perwatakan
manusia kepada dewa,binatang dan sebaginya. Dewa-dewa ini mengadaptasi
lebih kepada bentuk-bentuk manusia dan juga di dalam bentuk-bentuk abstrak.
Figura atau bentuk manusia merupakan salah satu persamaan yang
terdapat di dalam pembinaan seni arca atau patung bagi agama Hindu dan
Buddha. Simbol figura begitu banyak digunakan kerana ia berkait rapat dengan
kehidupan manusia sama ada melibatkan penceritaan kehidupan sekarang atau
kehidupan selepas mati. Di dalam kesenian Hindu, arca simbol manusia sering
kali menjadi tumpuan utama dan kebanyakkan terdapat di dalam kuil, sama adaa
dalam bnetuk arca binaan dan ataupun arca timbulan.
Batu dan batu pasir dikenalpasti sebagai media utama yang digunakan
dalam penghasilan seni arca pada peringkat awal, sama ada bagi agama Hindu
mahupun Buddha. Penggunaan media batu ini mempunyai perkaitan dengan
keadaan setempat pada waktu itu. Arca timbulan berupa tuhan dan dewa-dewi
dalam pelbagai bentuk, gaya dan saiz yang terdapat di dinding-dinding gua
merupakan antara arca yang menggunakan media batu pada peringkat awal
bagi kedua-dua agama ini. Arca-arca bersaiz lebih besar daripada manusia.
Jika penghasilan arca Hindu menggunakan media batu adalah bersaiz
lebih besar daripada manusia, ini tidak bereti perkembangan zaman gangsa
telah menghasilkan arca bersaiz sama. Arca Hindu yang diperbuat daripada
media gangasa adalah lebih jauh lebih kecil saiznya berbanding
manusia.Namun, kehalusan seni ciptaannya tetap tinggi dan halus, sebagiamana
arca yang menggunakan media batu atau batu pasir.
4. Seni catan merupakan salah satu bidang dalam kesenian sesuatu
budaya.Catan lanskap merupakan salah satu kesenian yang dikagumi
dalam perkembangan kesenian dalam budaya seni Jepun.Nyata dan
huraikan lima ciri catan lanskap Jepun.
 Tertumpu kepada ciri-ciri kepercayaan “Shinto” yang membawa
pengertian terhadap keseluruhan catan.
 Interaksi secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan
falsafahnya melalui catan.
 Bermiripkan konsep “yin dan Yang” aripada catan lanskap China iaitu
keseimbangan dengan yang melalui perlkan pengabadambangan
kabus,air,awan,burung dan lembah.
 Bentuk-bentuk figurative lebih ketara dengan memaparkan pengabadian
terhadap alam dengan aktiviti-aktiviti.
 Memperkembangkan dan kombinasi dengan stail dakwat China Zen.
5. “Lukisan adalah tiga kali terpisah daripada kebenaran”
Siapakah tokoh barat yang membuat penyataan tersebut?

Tokoh barat yang membuat pernyataan tersebut adalah Plato


(347sm).Lukisan adalah 3 kali terpisah daripada kebenaran.Seni dan pendidikan
perlu dipandukan kepada kebenaran , kebaikan ,kesempurnaan,kesejahteraan
dan keindahan dikaitkan dengan perlakuan,akhlak,niali dan moral.Mencipta
sesuatu persekitaran yang berbudaya dan meningkatkan perpaduan.Likisan juga
dibincang dengan konsep imitasi, membandingkan lukisan dengan kebenaran
dan pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.

6. Anda dikehendaki melayari internet dan tulis kenyataan yang diutarakan oleh
tokoh-tokoh di bawah.
 Einser
 Viktor Lowenfeld
 Edmund Feldman

a) Eisner

Eisner ( 1967 ), Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak,
sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. Selain daripada itu, beliau
juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan
latar belakang dan pengalaman mereka. Berdasarkan kajian beliau, kanak-kanak yang
datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai kebolehan yang
rendah berbanding dengan kanak-kanak sebaliknya.

b) Viktor Lowenfield

Mengikut pendapat Eisner, Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi


yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan
dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan
guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan sebagainya.
c) Edmund Feldman

Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan


pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui
tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni
visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah
berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan
kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan.
Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek
kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.

6) a) Nyatakan dua nilai dalam budaya melayu yang dipaparkan dalam karya “
Menanti Nelayan” oleh Mazli Mat Som.

I. setiap wajah yang dilihatnya mempunyai keindahan yang tersendiri dan beliau
cuba untuk mengekalkan keindahan itu dengan memilih watak orang sekitarnya
untuk menghidupkan potret yang dilukis.
II. Mempunyai reaksi terhadap aliran romantisme, iaitu satu aliran yang terlalu
berurutan dengan perasaan.
b) Jelaskan aspek-aspek Seni Visual yang dikaitkan dengan imej-imej yang
dipaparkan. Ini termasuklah idea, kandungan , konteks,pengaruh fungsi dan
pernyataan. Fikirkan juga bahan, alatan dan teknik yang digunakan dalam proses
penghasilannya.

Hasil karya Aspek Seni Visual Teknik Bahan dan Alat


 Berus jenis
Cat minyak  Teknik impasto
lembut dan
 Glazing
keras.
 Cat tepat
 Pisau palet
 Teknik  Kekuda kanvas
melembut  Papan,kayu,
Kadbod.
 Berrruuus
Cat tempera  Disapu
berbagai saiz
mengikut
 Jenis lembut
lapisan yang
atau keras.
nipis,jalur
 Kertas tebal.
sapuan diselang
 Kain kanvas
selikan supaya
atau papan.
kesan warna
rata dan licin.
 Berus jenis
Cat air  Basah atas
lembut
basah
 Kertas cat air
 Basah atas
yang biasa
kering
 Kering atas
basah
 Kering atas
bertindih
8. Di bawah ini terdapat rajah yang mengemukakan tokoh-tokoh seni pelbagai
budaya. Di samping itu terdapat ruang untuk dinyatakan konsep/nilai seni
yang dipegang oleh mereka. Sila lengkapkan rajah tersebut.

Bil Nama Tokoh Seni budaya Konsep/Nilai

1. Al-Ghazali Islam Seni sebagai aspek keindahan


dari aspek luaran dan dalaman

2. Kuo Shi/ Ma Yuan/ Zheng China Menggunakan teknik peribadi di


Xie mana elemen dekoratif
digunakan seperti lukisan flora
dan siri lukisan pemandangan.
Teknik yang digunakan ialah cat
air.

3. Kobayashi Kokei/ Hishida Jepun Seni yang bernama moro-tai


Shunso diperkenalkan.Seni ini
menggunakan kesatuan warna
dimana menggantikan lukisan
garisan . Ini adalah salah satu
seni gaya tradisi Jepun. Gaya
ini lebih menekankan lukisan
kabus dan waktu subuh pagi.

4. Mir Sayyid Ali/ Khwaja Mughal Seni jenis catan digunakan.


Abdus Samad/ Muhammad Kesenian Mughal Unik kerana ia
Nadir adalah gabungan gaya India,
Persia dan Islam.
5. Herbert Read/ Frank Cizek Barat Seni visual adalah berasaskan
aspek psikologi yang melihat
perkembangan kanak-kanak dan
melahirkan penyertaan diri.

6. Syed Ahmad Jamal/ Hussin Tempatan Seni yang menunjukkan wajah-


Anas wajah yang membawa mesej
budaya melalui penampilan
pakaian dan kegiatan social
masyarakat Malaysia
TAJUK 5

PENGERTIAN REKABENTUK DALAM PSV

1. Perhatikan sekeliling anda, sudah semestinya terdapat pelbagai rupa


bentuk alam semula jadi dan buatan manusia. Berdasarkan pada
pemerhatian anda, cari dan kumpulkan lima gambar berkaitan reka bentuk
dari aspek:

PRODUK REKA BENTUK ASAS SENI REKA

Bentuk, garisan, warna


Contoh : Telefon Bimbit
Kaca merupakan sejenis bahan yang kuat dan
Bekas dan peralatan kaca
agak berat. Kelemahan bahan ini adalah mudah
retak dan pecah. Tetapi ia dapat membalikkan
cahaya dan lutsinar. Kaca amat sesuai untuk
memberikan ruang.
Berupa rangkaian, warna , bentuk, jalinan,
Kalung
kesatuan
Tapak yang lebih lebar dan jalinan bunga yang
Kasut
lebih kasar untu memberikan cengkaman
tambahan. Kebanyakan kasut menggunakan
bahan fabric yang mempunyai liang-liang udara
bagi pengaliran udara.
Pemilihan bahan yang ringan atau berat, keras
Perabot kayu
atau lembut, kekuatan, tekstur, fleksibiliti, teknik
pembentukan dan ketahanan sesuatu bahan.
Kayu yang dipilih mempunyai warna yang semula
jadi dan ira kayu yang dapat menimbulkan corak
serta jalinan
2. Lihat tiga foto yang dipaparkan di atas. Ianya memperlihatkan reka bentuk
bangunan. Reka bentuk bangunan berubah-ubah mengikut masa, trend dan
juga teknologi yang semakin berkembang maju. Berdasarkan pada foto ini,
anda dikehendaki membuat analisa dari aspek;
i) Fungsi
ii) Rekabentuk
iii) Kebudayaan dan kepercayaan
iv) Persekitaran

Rekabentuk bangunan berubah-ubah mengikut masa,trend dan juga teknologi


yang semakin berkembang maju dari segi aspek fungsi, rekabentuk,kebudayaan dan
kepercayaan.Berdasarkan foto itu fungsi rekabentuk lebih memberi penekanan
keapada fungsi tanpa melihat dari sudut estetik,ergonomic dan kesesuaian
rekabentuk.Fungsi bangunan ditentukan oleh jurutera dan kerja mereka bentuk
dilakukan oleh jurutera industri.

Rekabentuk boleh dilakukan dari aspek pengurusan


projek,penerbitan,perniagaan,penyiaran ,arkitek,aerospace,automatif,jurutera dan lain-
lain.Pembinaan bangunan memberi penekanan lebih kepada bentuk luaran tanpa
mengira fungsi yang akan dimasukkan dalam rekabentuk.

Kebudayaan merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusia yang diterima


pakai dalam kehidupan sesebuah masyarakat.kebudayaan ini meliputi akal fikiran, serta
daya ciptaan bagi memenuhi kehendak-kehendak biologi kemasyarakatan serta lam
sekeliling yang sesuai dengan keperluan jasmani dan rohani.Kepercayaan ialah
keyakinan dan akuan tentang kebenaran pada sesuatu.ia menjadi sesuatu yang
diyakini dan diterima sebagai sesuatu yang benar oleh individu atau
masyarakat.contohnya , kepercayaan tentang ketuhanan, nilai norma dalam kehidupan,
mitos dan amalan ritual.

Persekitaran ialah suasana objek dan keadaan sekeliling sesuatu yang


berbentuk semulajadi atau buatan manusia.persekitaran boleh mempengaruhi
kehidupan manusia.
TAJUK 6

PENGERTIAN KRAF DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

1. b). Bandingkan kraf tradisi dengan kraf dimensi baru dari aspek berikut;
i) Peranan dan fungsi
ii) Proses penghasilan

TEMBIKAR
Seni tembikar wujud di Tanah Melayu sejak beribu tahun dahulu. Buktinya terdapat
penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan; Ulu Tembeling, Pahang; Bukit Tambun,
Perak; dan Gua Niah, Sarawak.

Kawasan yang terkenal dengan seni tembikar ialah:

a) Sayong, Kuala Kangsar, Perak ( Labu Sayong )


b) Pulau Tiga, Parit, Perak
c) Kg. Mambong, Kuala, Krai Kelantan ( Tembikar Mambong )
d) Kg. Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang ( Terenang )
e) Kg. Alor Merah, Kedah
f) Kuching, Sarawak

2. JENIS-JENIS TEMBIKAR

a- Geluk – bekas air


b- Buyung – bekas air
c- Jambangan – bekas bunga
d- Labu – bekas air
e- Bekas bara- membakar kemenyan
f- Perembunan – menakung air embun
g- Terenang – bekas air tertutup
h- Tembikar Mambong – peralatan dapur spt periuk, belanga
i- Tembikar Sarawak – menyimpan barang berharga, arak dan bunga
3. PROSES MEMBUAT TEMBIKAR
a) Proses Penyediaan Tanah Liat

Ambil tanah busut/sungai/sawah -> Keringkan/jemur -> Tumbuk hingga hancur ->
Buang bendasing -> Ayak -> Kacau dan campur air -> Peram semalaman -> Uli hingga
sebati -> Potong dengan dawai -> Uli semula -> Potong dengan dawai -> Proses
membentuk tembikar boleh dimulakan.

b)Proses Membentuk Tembikar


Proses membentuk tembikar boleh dilakukan dengan beberapa teknik, iaitu;
i. Teknik picit – memicit tanah liat dari bahagian tengah
ii. Teknik lingkaran – tanah diuli dan dilingkar membentuk tembikar
iii. Teknik kepingan – kepingan tanah liat dicantumkan
iv. Teknik acuan – menekan tanah liat ke dalam acuan kayu atau logam
v. Teknik putaran – tanah liat di letak di atas roda pemutar

c)Proses Pembakaran
Teknik tradisional – pembakaran dedah
i. Pembakaran cara Sayong – tembikar diletakkan di atas para selama 6 jam dan
dimasukka ke dalam api selama 6 – 8 jam dan dimasukkan ke dalam sekam padi 5 – 10
minit untuk menghitamkannya
ii. Pembakaran cara Pulau Tiga – tembikar dikeringkan di sisi unggun api, kemudian
dimasukkan ke dalam bara api untuk mendapatkan kesan warna kuning kehitaman
Teknik Moden
i. Tanur kayu
ii. Tanur gas
iii. Tanur elektrik
iv. Tanur raku
Peredaran masa menyaksikan seni tembikar disesuaikan mengikut keperluan
semasa. Tembikar dimensi baru memerlukan bahan hiasan lain untuk diigabungkan
dengan tembikar seperti bahan campuran perak, rotan, daun kering, kaca, tali, buluh,
dan sebagainya. Gabungan pelbagai bahan menyepuh yang kreatif dapat
menghasilkan kraf dimensi baru yang asli dan unik dengan bentuk hiasan yang
bersesuaian dengan fungsinya.

Penerokaan yang lebih berani dan kreatif telah dipraktikkan dalam seni
anyaman. Campuran teknik boleh digunakan dalam seni anyaman. Contohnya, Teknik
ikat dan celup dengan anyaman teknik tampal dan cantum. Ia boleh memberi nilai
tambahan terhadap seni anyaman. Campuran bahan juga boleh digunakan. Bahan-
bahan seperti kulit kayu, tangkal buah kelapa, bahan plastik, logam, kulit pokok, upih
digabungkan dengan anyaman. Bahan tambahan hiasan daripada logam atau plastic
menjadikan hasil lebih canggih dan menarik.

Ciptaan dimensi baru dalam Ukiran juga boleh dilakukan. Gabungan bahan
seperti kayu dengan tanduk, kayu dengan logam ataupun campuran pelbagai jenis
kayu. Alat seperti mesin kayu dan sembur angin boleh digunakan. Bahan pewarna
digunakan mengikut trend semasa. Teknik dipelbagaikan untuk mendapat rekaan corak
baru, contohnya teknik sisipan. Iaitu satu proses kepingan kecil dimasukkan ke dalam
kepingan besar untuk menghasilkan satu reka corak lain.Teknik ‘Swiss’ juga digunakan,
iaitu satu proses kemasan permukaan yang memperlihatkan ton dan bayang yang
dapat menimbulkan kesan antik. Ia boleh menghasilkan seni ukiran yang cantik dan
menarik.

Dimensi baru dalam seni tekat termasuk ciptaan untuk kelengkapan rumah
seperti hiasan dinding, alas meja, dan bingkai foto. Bahan tambahan seperti logam,
kayu, kulit, rantai, dan lain-lain digabungkan dengan seni tekat untuk menghasilkan kraf
cita rasa semasa. Selain itu, teknik sulaman dan benang berwarna-warni juga
dugunakan dalam seni tekat dimensi baru. Beranr\eka jenis corak hiasan baru telah
direkaciptakan dan motif hiasan klasik pula diubahsuaikan oleh pandai tukang untuk
memenuhi keperluan fungsi dan trend semasa bagi pelbagai barangan dimensi baru.
Ciptaan dimensi baru dalam seni batik juga boleh dilakukan Seni batik boleh
digunakan dalam kelengkapan ruang tamu, kelengkapan bilik tidur, aksesori dan
perhiasan diri. Bahan tamabahan untuk mencantum dan menggabung hasil ciptaan
baru ialah rotan, anyaman, fabric, span, kulit, tali, tembikar dan sebagainya.

Walaupun hasil tenunan masih mengekalkan rupa bentuk tradisionalnya,


terdapat juga hasil tenunan baru yang disesuaikan dengan cita rasa semasa. Pewarna
kimia yang tidak mudah luntur telah mengambil tempat pewarna asli. Bahan tambahan
yang digunakan termasuklah span, kulit, fabric, PVC dan Sebagainya. Gabungan hasil
tenunan dengan kraf lain dapat menghasilkan barangan yang lebih menarik.
2. Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Kraf Tradisional dan
juga Kraf Dimensi Baru dengan melayari internet serta membuat bacaan
lanjut terhadap sumber-sumber rujukan lain serta mengadakan
perbincangan dengan rakan-rakan . kumpulkan koleksi gambar pelbagai
kraf tradisional dan gambar foto tentang kraf dimensi.
5. Dengan menggunakan pengurusan grafik buat banding beza antara
tembikar sayong dan tembikar Sarawak dari segi bahagian tembikar dan
motif

Bil Tembikar Sayong Tembikar Sarawak


1 Banyak terdapat di negeri Banyak terdapat di negeri Sarawak.
Perak.
2 Diilhamkan daripada bentuk Berbentuk tempayan ukir dengan hiasan
buah labu. kepala naga.
3 Diusahakan di Kualan Kangsar Berasal dari China dan diusahakan oleh
Perak kaum Cina.
4 Corak alam sekeliling dan corak Corak motif tempatan.
geometri.
5 Digunakan sebagai bekas untuk Untuk menyimpan barang berharga,
mengambil air dan menyimpan mengisi tuak atau jambangan bunga.
air.
6. Cadangkan bagaimana untuk membuat penambahbaikan untuk ciptaan
dimensi baru terhadap produk-produk kraf tradisional yang member nilai tambah
terhadap industri dan ekonomi Negara.

Peredaran masa menyaksikan seni tembikar disesuaikan mengikut keperluan


semasa. Tembikar dimensi baru memerlukan bahan hiasan lain untuk diigabungkan
dengan tembikar seperti bahan campuran perak, rotan, daun kering, kaca, tali, buluh,
dan sebagainya. Gabungan pelbagai bahan menyepuh yang kreatif dapat
menghasilkan kraf dimensi baru yang asli dan unik dengan bentuk hiasan yang
bersesuaian dengan fungsinya.

Penerokaan yang lebih berani dan kreatif telah dipraktikkan dalam seni
anyaman. Campuran teknik boleh digunakan dalam seni anyaman. Contohnya, Teknik
ikat dan celup dengan anyaman teknik tampal dan cantum. Ia boleh memberi nilai
tambahan terhadap seni anyaman. Campuran bahan juga boleh digunakan. Bahan-
bahan seperti kulit kayu, tangkal buah kelapa, bahan plastik, logam, kulit pokok, upih
digabungkan dengan anyaman. Bahan tambahan hiasan daripada logam atau plastic
menjadikan hasil lebih canggih dan menarik.

Ciptaan dimensi baru dalam Ukiran juga boleh dilakukan. Gabungan bahan
seperti kayu dengan tanduk, kayu dengan logam ataupun campuran pelbagai jenis
kayu. Alat seperti mesin kayu dan sembur angin boleh digunakan. Bahan pewarna
digunakan mengikut trend semasa. Teknik dipelbagaikan untuk mendapat rekaan corak
baru, contohnya teknik sisipan. Iaitu satu proses kepingan kecil dimasukkan ke dalam
kepingan besar untuk menghasilkan satu reka corak lain.Teknik ‘Swiss’ juga digunakan,
iaitu satu proses kemasan permukaan yang memperlihatkan ton dan bayang yang
dapat menimbulkan kesan antik. Ia boleh menghasilkan seni ukiran yang cantik dan
menarik.

Dimensi baru dalam seni tekat termasuk ciptaan untuk kelengkapan rumah
seperti hiasan dinding, alas meja, dan bingkai foto. Bahan tambahan seperti logam,
kayu, kulit, rantai, dan lain-lain digabungkan dengan seni tekat untuk menghasilkan kraf
cita rasa semasa. Selain itu, teknik sulaman dan benang berwarna-warni juga
dugunakan dalam seni tekat dimensi baru. Beraneka jenis corak hiasan baru telah
direkaciptakan dan motif hiasan klasik pula diubahsuaikan oleh pandai tukang untuk
memenuhi keperluan fungsi dan trend semasa bagi pelbagai barangan dimensi baru.

Ciptaan dimensi baru dalam seni batik juga boleh dilakukan Seni batik boleh
digunakan dalam kelengkapan ruang tamu, kelengkapan bilik tidur, aksesori dan
perhiasan diri. Bahan tamabahan untuk mencantum dan menggabung hasil ciptaan
baru ialah rotan, anyaman, fabric, span, kulit, tali, tembikar dan sebagainya.

Walaupun hasil tenunan masih mengekalkan rupa bentuk tradisionalnya,


terdapat juga hasil tenunan baru yang disesuaikan dengan cita rasa semasa. Pewarna
kimia yang tidak mudah luntur telah mengambil tempat pewarna asli. Bahan tambahan
yang digunakan termasuklah span, kulit, fabric, PVC dan Sebagainya. Gabungan hasil
tenunan dengan kraf lain dapat menghasilkan barangan yang lebih menarik.
7. Bincangkan apakah kesan terhadap industry kraf yang menghasilkan kraf
secara tradisional dan yang menggunakan mesin sebagai mass production.

Masalah peningkatan kos sumber manusia biasanya dihadapi oleh Negara. maju
seperti Jepun dan Amerika. Peningkatan kos sumber manusia ini menyebabkan
syarikat mengubah polisi agar meminimumkan penggunaan tenaga kerja. Kesannya
automasi akan digunakan bagi mengganti tenaga manusia. Masalah permintaan yang
tinggi ke atas produk seperti kereta akan meningkatkan kadar pengeluaran produk.
Untuk meningkatkan kadar pengeluaran, pelbagai proses operasi pembuatan perlu
diautomasikan agar memendekkan masa pengeluaran dan seterusnya meningkatkan
kuantiti pengeluaran. Selain itu, akibat daripada persaingan global, syarikat-syarikat
pengeluar utama akan bersaing dengan cara mengeluarkan produk yang lebih
berkualiti dan murah (Orr, 1997). Masalah ruang kawasan kilang adalah terhad
sekiranya melibatkan banyak proses pengeluaran. Melalui penggunaan sistem
pengendalian bahan secara automasi, ruang kawasan dapat dijimatkan. Di samping
itu, bahan kerja yang berat adalah lebih mudah dikendalikan oleh automasi berbanding
tenaga manusia. Melalui penggunaan automasi, sebarang pengubahsuaian proses
pengeluaran hanya memerlukan pengubahan pada automasi. Sebaliknya jika tenaga
manusia digunakan pengubahsuaian proses pengeluaran perlu diikuti dengan latihan.
Keseluruhan proses pengeluaran kilang dapat dijangka dengan lebih tepat kerana
pencapaian atau keupayaan automasi adalah tetap walaupun proses pengeluaran
dalam tempoh masa yang panjang.
8. Batik tradisional mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu, huraikan
maksud pembahagian kain batik dan motif.

Jenis –jenis blok batik terdiri daripada batik biasa, batik lasem, batik lasem
Kelantan, batik conteng, batik pekalongan Kelantan, batik solo Kelantan dan batik
selapis.

Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekeliling. Gambaran alam
sekeliling digubah menjadikan corak yang menarik. Corak batik diadaptasi daripada
empat jenis motif:

1. Motif Flora – Tumbuh- tumbuhan merupakan motif yang paling digemari. Antara
motif flora yang digunakan ialah pucuk rebung, bunga kenanga, cempaka, melur,
bunga matahari dan lain-lain. Bunga, pucuk, kudup, putik, daun dan ranting
digunakan dan diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang menarik.
2. Motif fauna – Sumber fauna dilakar mengikut kreativiti berdasarkan haiwan laut,
darat dan udara. Antaranya ialah ikan, obor-obor, ayam, itik, kerang, burung,
serangga, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, motif manusia kurang digunakan
jika dibandingkan dengan batik Indonesia.
3. Motif Geometri – Bentuk geometri digubah dalam pelbagai variasi perulangan
motif dan menghasilkan corak yang menarik. Antaranya motif geometri ialah
manipulasi bentuk bulat, segi tiga, segi empat, kon dan lain-lain.
4. Motif Benda – Corak yang diolah daripada benda-benda seperti jarring ikan, wau,
watak wayang kulit dan sebagainya.
9. Berdasarkan Kajian Masa Depan (KMD),bagaimana cara agar industri kraf
tradisional dapat dikekalkan dan ditingkatkan sejajar dengan dunia tanpa
sempadan dan mendapat sambutan di peringkat global.

Tiga aktiviti utama yang dilaksanakan bagi cara agar industri kraf tradisional
dapat dikekalkan adalah:-

a) Projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Produk Kraf


Satu program untuk membangun sosio-ekonomi masyarakat setempat dalam satu
daerah melalui penglibatan aktiviti kraf yang diusahakan secara komersil dan
bersepadu.

b) Pembangunan Usahawan
i. Usahawan Mikro, Kecil & Sederhana
Mempertingkatkan tahap usahawan dalam kategori mikro, kategori kecil dan kategori
sederhana.

ii. Skim Inkubator Pengeluaran Kraf


Pakej kemudahan dan perkhidmatan khusus bagi membangunkan usahawan muda
(start-up) dalam pengeluaran kraf secara komersil di premis Kraftangan Malaysia.

iii. Pembangunan Usahawan Kraf Warisan dan Orang Asli


Membangun tenaga pelapis dalam penghasilan produk kraf warisan dan orang asli
serta membantu usahawan agar dapat menjana pendapatan melalui pengeluaran kraf
secara pukal (mass production) mengikut permintaan semasa.

c) Pembangunan Kemahiran
Menggalakkan usahawan kraf mengamalkan penggunaan teknologi dan sistem
pengeluaran komersil bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti produk yang ditawarkan
ke dalam pasaran serta membangunkan budaya kreativiti dan inovasi di kalangan
usahawan kraf.
Terdapat tujuh (7) sub-aktiviti yang dijalankan iaitu:-
i. Klinik Konsultansi
Perkhidmatan khidmat nasihat kepada usahawan oleh tenaga profesional dalam aspek
pengurusan perniagaan dan pengurusan pengeluaran.

ii. Perkhidmatan Kepakaran Teknikal


Perkhidmatan khidmat nasihat dan latihan kepada usahawan oleh tenaga profesional
dalam dan luar negara dalam aspek pembangunan produk dan pengurusan
pengeluaran.

iii. Pusat Kemudahan Gunasama


Pihak Kraftangan Malaysia menyediakan kemudahan pengeluaran dengan
menempatkan mesin dan jentera serta alat kelengkapan di dalam sesuatu peringkat
proses pengeluaran di cawangan-cawangan negeri. Usahawan dibenarkan untuk
menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan di bawah pengawasan
anggota teknikal cawangan

iv. Anugerah Usahawan Seni Kraf


Anugerah ini bertujuan memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh usahawan yang
telah banyak memberi sumbangan dalam pengeluaran, pemasaran dan
mempertingkatkan industri kraf negara. Penganugerahan ini dibuat secara tahunan.

v. Latihan Jangka Pendek


Membangunkan tenaga kerja baru dan terlatih dalam pengeluaran secara
pengkhususan atau secara komersil.

vi. Latihan Kemahiran Tenaga kerja


Aktiviti melatih tenaga kerja bagi membantu usahawan kraf yang menghadapi masalah
tenaga kerja mahir dan meningkatkan kapasiti pengeluaran di premis usahawan yang
berkonsepkan belajar sambil bekerja.
vii. Skim Khidmat Kraftangan
Skim Khidmat Kraftangan bertujuan untuk memberi peluang kepada para graduan
Institut Kraf Negara (IKN) untuk mendapat pendedahan secara langsung daripada
usahawan kraf selama enam (6) bulan sebagai persediaan untuk menceburkan diri
dalam perusahaan kraf.

BANTUAN DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH KRAFTANGAN


MALAYSIA

i. Pembangunan Tenaga Kerja Dan Kemahiran


Aktiviti ini menawarkan kemudahan melatih tenaga kerja baru dan sediada dalam
peningkatan kemahiran yang dilaksanakan secara insitu di bengkel usahawan dan
secara berpusat di bawah bimbingan tenaga pakar dalaman atau luar Kraftangan
Malaysia.

ii. Pembangunan Pengeluaran Produk


Merupakan kerjasama di antara Kraftangan Malaysia dengan usahawan untuk
melaksanakan aktiviti R&D dalam pengeluaran bagi menghasilkan produk baru secara
massa. Aktiviti dijalankan di bengkel usahawan berkaitan dengan menggunakan
kemudahan dan teknologi sediada atau baru.

iii. Pembangunan Prasarana Pengeluaran


Insentif berbentuk geran (pemberian secara terus) diberikan kepada pengusaha yang
memenuhi syarat-syarat pemberian bantuan Kraftangan Malaysia bagi meningkatkan
pengeluaran dan kualiti produk yang dihasilkan agar mampu berdaya saing di pasaran.
Tiga (3) jenis bantuan tersebut adalah :-

a) Membina atau membaikpulih bengkel pengeluaran kraf.


b) Membina atau menaiktaraf ruang pameran.
c) Pembelian mesin/ jentera dan peralatan kerja.
iv. Pembangunan Promosi Dan Pasaran
Usahawan diberi keutamaan untuk menyertai Program Pemasaran dan Promosi yang
dijalankan oleh Kraftangan Malaysia samada peringkat domestik atau antarabangsa.
Bantuan yang diberi berupa bahan promosi yang bersesuaian, kos pengangkutan
barang dan sewaan tapak (booth) pameran.

v. Pembangunan Produktiviti Dan Kualiti (P&Q)


Satu aktiviti untuk membangunkan budaya kualiti dan produktiviti bagi usahawan kraf
dengan tujuan untuk memastikan aliran proses pengeluaran menjadi lebih tersusun dan
persekitaran tempat kerja yang lebih kondusif untuk pengeluaran produk secara pukal.

10. Bagaimanakah corak-corak yang terdapat di sebahagian kraf tradisional


dapat membantu dalam kotak pembungkusan barangan.

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh
itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga
boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. Corak
tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama
tertentu yang berunsur tradisi. Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:
a) Corak Terancang
b) Corak Tidak Terancang

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam
susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis
susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia
boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan
sebagainya.
JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN

 Susunan Ulang Sekata


Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi
menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan
garisan grid sebagai panduan.

 Susunan Berselang Seli


Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara
ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan
corak yang menarik dan teratur.

 Susunan Batu Bata


Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif
seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

 Susunan Bertimbal
Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang
bertentangan.

 Susunan Bertindih
Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain
sehingga membentuk corak yang menarik.

 Susunan Beralun
Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata
atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau
berbeza.

 Susunan Berpusat
Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan.
Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon
dan sebagainya.
1. Perlakuan
a)Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.
b) Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.
c) Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.
d) Memilih&mendapatkan benda-benda utk dijadikan bahan bagi menghasilkan
gubahan seni.
e) Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.
f) Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni.
g) Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan.
h) Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran.
i) Membezakan jenis corak tertentu.
j) Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.
k) Mengatur corak.
l) Mencipta sesuatu karya seni yang digemari.
m) Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak.
n) Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan
tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni.
o) Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara
terperinci terhadap ciptaan tersebut.

2. Persepsi
a) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan,
kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak.
b) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.
c) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.
d) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.
e) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.
f) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.
g) Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik.
h) Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.
i) Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.
j) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.
k) Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.
l) Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan
kaitannya dengan kehidupan mereka.
m) Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan
menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna.
n) Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.

3. Pengetahuan Budaya
a) Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.
b) Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf
tradisional.
c) Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat
kegunaan harian.
d) Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf
tradisional.
e) Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan
kebangsaan.

KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


a) Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek
b) Corak sebagai elemen hiasan
c) Corak sebagai nilai estetik
TAJUK 7

PENGENALAN KESENIAN PELBAGAI BUDAYA

1. a) Rumah Limas- Johor, Melaka, Pahang, Terengganu dan Selangor


b) Rumah Melaka – Johor dan Melaka
c) Rumah Minangkabau- Negeri Sembilan
d) Rumah Bumbung Panjang Selangor- Selangor
e) Rumah Kutai- Perak dan Selangor

a. Cari perbezaan reka bentuk dan gambar bagi rumah-rumah tradisional yang
dinyatakan di atas.

Jenis Rumah Reka Bentuk Gambar

Rumah Limas  Seni bina Bugis,


Jawa , Banjar dan
Belanda
 Orang Bugis
mengupamakan
rumah sebagai
tubuh manusia.
 Umpamanya , jika
manusia
mempunyai
tulang selangka,
rumah pula ada
jenang-jenang
 Tiang rumah
bagaikan kaki
yang menyokong
tubuh badan
Rumah Melaka  Seni bina Bugis,
Jambi , Riau dan
Minangkabau
 Pengaruh seni
bina cina terdapat
pada tangga batu
yang berjubin.

Rumah  Seni bina orang


Minangkabau Minangkabau
 Bumbung yang
berbeza seperti
bumbung Tokong
Siam
 Mempunyai tiang
penahanan yang
banyak
 Tangga di
hadapan
Rumah Bumbung  Dibahagikan
Panjang kepada rumah
dapur, rumah
tengah dan rumah
ibu
 Terdapat
pandangan
hadapan dan
pandangan sisi.
 Bentuk bumbung
bersegi tiga dan
mempunyai tiang
yang banyak

Rumah Kutai  Terdapat rumah


dapur, rumah ibu
dan dinding lepas
 Mempunyai tiga
tangga iaitu di
hadapan, di sisi
dan di belakang
rumah.
 Rumah ibu dan
rumah daur
dihubungkan
antara satu sama
lain.
b. Prinsip-prinsip Seni Islam banyak terdapat dalam catan manuskrip pada
zaman silam. Sila bincangkan satu seni Islam tentang prinsip-prinsip
tersebut.

Menurut Dr Sidi Gazalba menerusi buku Pandangan Islam tentang Kesenian


menjelaskan bahawa seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan
oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok manusia mempunyai fitrah
semulajadi dan cinta akan kesenian yang boleh memberi ketenangan kepada hati dan
fikiran. Oleh itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta akan sesuatu
yang dapat memberi kepuasan hati melalui pancaindera rasa. Kesenian Islam memberi
sumbangan kepada kesatuan hidup seseorang umat Islam. Kesatuan ini berbentuk
dalam bidang pekerjaan, ketika berehat atau ketika tidur. Dalam al-Quran, setiap
perkataan merupakan satu unit yang penting bagi mendukung susunan dan makna
ayat. Ini sama halnya dengan seseorang individu Islam yang menjadi satu unit dalam
kesatuan umat. Walaupun bentuk hasil seni Islam berbeza-beza kerana perbezaan latar
belakang sejarah dan budaya, tetapi masih memperlihatkan kesatuan yang
melambangkan unsur-unsur akidah dan tauhid.

Mengikut perspektif Islam, konsep kesenian adalah untuk membimbing manusia


ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. Seni dibentuk untuk
melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Seni juga merupakan satu
proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari dari batas-batas syariat. Kesenian
Islam dicipta untuk tujuan pengabdian diri kepada Allah S.W.T dan mencari
keredhaanNya, manakala kesenian barat adalah untuk tujuan keindahan dan kepuasan
diri semata-mata. Ini bermakna, melalui kesenian Islam dapat membentuk individu
yang bermoral dan seimbang daripada segi jasmani dan rohan . Secara
keseluruhannya, kita dapat melihat kesenian sebagai sesuatu yang indah, cantik, elok
dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi. Seni Islam mementingkan ciri kesenian
yang boleh dirasai melalui penghayatan dan timbul hasil daripada fitrah manusia yng
sukakan keindahan.
2. Seni catan di Barat telah mengalami perubahan aliran pada setiap zaman.

Banding beza 5 ciri gaya catan Aliran Impressionism,Post impressionism dan


Renaissance.

Aliran Impressionism

 Mengutamakan kesan suasana atmosfera.


 Warna digunakan berasaskan perkara yang dilihat dalam jangka masa tertentu.
 Perhatian tertumpu kepada pencahayaan dan apresiasi pelukis
 Kegiatan melukis dibuat diluar memperkenalkan catan menggunakan kuda
 Aliran ini condong kepada aliran naturalism.

Post Impressionisme

 Bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk


 Warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.
 Melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logic untuk mencapai kesatuan
antara isi yang berkait rapat.
 Bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.
 Perspektif ,bentuk, dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.

Renaissance

 Realitik
 Manusia sebagai pemusatan / tumpuan
 Falsafah baru
 Menggunakan perspektif , ruang dan lain-lain unsur seni.
 Idea peniruan, penumpuan kepada Saint and Anthony.
3. Seni bina di china dapat dilihat dengan pesat pada Zaman Wangsa
Ming.Bincangkan

Seni pembinaan Cina merupakan satu yang unik.Ini kerana reka bentuknya agak
berlainan dari tamdun lain,kecuali di sebelah Asia Timur.Secara umumnya , seni bina
cina meliputi beberapa bangunan tersendiri seperti istana-isatana , tempat beribadah
dan taman-taman maharaja.Selain itu, kota-kota lama China seperti Anyang dan
Changan juga direka berdasarkan pembinaan tembok-tembok besar bagi menghalang
kemaraan musuh.

Kajian mengenai bangunan-bangunan lama dan tempat tingaal orang cina telah
banyak dibuat oleh ahli arkeologi.Antara tempat yang pernah menjadi kawasan
penyelidikan ialag Banpo di luar Xian.Di situ didapati kampong dikelilingi oleh parit;
rumah berbentuk segiempat atau bulat, berlantai tanah dan berdinding pagar.atap
disokong oleh tiang bulat yang diletak di dalam rumah dan alang ditutupi lapisan yang
bercampur tanah liat dan jerami.Pintu masuk rumah di sebelah selatan.

Manakala Bandar lama seperti Shang terletak berdekatan dengan perjalanan


sungai. Masyarakat Bandar pula terdiri dari beberapa kelas. Oleh itu Bandar
dibahagikan dengan membina dinding-dinding untuk penemapatan kelas aristocrat,
bangunan upacara , dan pelbagai kumpulan tukang. Manakala dinding-dinding Bandar
diperbuat daripada tanah dan dikelilingi pula oleh parit. Kebanyakan Bandar-bandar
cina kemudiannya mengikuti contoh Bandar awal Shang. Antara cirri-ciri pentingnya
ialah berdinding , dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk kedai pedagang, jalan
dikakasi dari selatan ke utara dan timur ke barat dan sempadan untuk kawasan
keluarga diraja dan aristocrat. Pada peringkat awal penggunaan bahan-bahan untuk
pembinaan bangunan boleh didapati di sekitar kawasan pembinaan. Pada zaman
Dinasti chou, jubin-jubin tanah liat digunakan untuk menutup atap. Manakala semasa
zaman Negeri-negeri Berperang munculnya penggunaan batu
bata.Walaubagaimanapun penggunaan batu bata ini telah dijumpai lebih awal namun
penggunaannya tidak meluas.Manakala rumah diperbuat daripada kayu dengan
berdinding dan pembahagian telah diteruskan.Batu bata dan batu digunakan untuk
membina kubur,bagunan ibadah dan kadang kala untuk membina jambatan.
4. Catan Jepun mementingkan kehalusan ,ringkas dan penuh dengan nilai-
nilai kesenian.
Terangkan cirri-ciri catan Jepun yang mementingkan aspek-aspek tersebut

Perkembangan seni catan Jepun merupakan pengembangan gaya dan


teknik dari China dan Korea.Ciri yang menonjol dalam seni catan Jepun ialah
penggunaan teknik cat air di atas kertas dan sutera dengan subjek
pemandangan alam dalam berbagai musim dan titik pandang perspektif “Bird
eye view.” Terdapat pengaruh barat dalam seni catan di Jepun iaitu penggunaan
cat minyak pada kanvas.

Subjek yang menjadi pilihan pada pelukis catan di Jepun ialah


pemandangan dan kaligrafi serta kehidupan harian manusia.Penampilan catan
Jepun juga adalah sama dengan catan di China iaitu berbentuk skrin lipat
(folding screen) dengan jumlah lipatan yang tidak terhad.Biasanyan jumlah
lipatan yang digunakan ialah lebih daripada dua dan disesuaikan dengan konsep
dan fungsi catan itu sendiri.

Cetakan “wood block print” Jepun yang paling awal adalah dibuat di kuil-
kuil agama yang dibahagikan kepada para penganut agamanya.Biasanya seni
cetak kayu ini menggambarkan subjek dewa-dewa dan pemimpin
agama.Penggunaan warna pada mulanya hanya bertumpu pada warna hitam
putih sahaja tetapi pada masa kemudian dibuat juga yang “polychromatic”
dengan tambahan warna emas dan perak.Sumbangan seni catan Jepun pada
perkembangan seni catan dunia ialah pengaruh “ wood block prints” yang dapat
dilihat pada hsil-hasil karya Claude Minet , Vincent van Gogh dan lain-lain.

Dlam catan Jepun , terdapat pelbagai jenis burung, dan bunga-bungaan


yang menjadi subjek benda hidup seperti dalam catan China.Semua dipaparkan
dengan berhati-hati di mana ia ditunjukkan dalam tema yang artistic kepada nilai
yang tersirat disebaliknya.
5. Dapatkan pula imej-imej berbentuk 2-Dimensi dan 3-Dimensi di bawah ini .
Daripada imej-imej berikut anda akan dapat mengenali pelbagai hasil-hasil
karya seni daripada pelbagai budaya

Buat ulasan anda sendiri secara ringkas berkaitan imej-imej yang anda lihat
tersebut. Ulasan anda boleh dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut;

 Asas seni reka


 Motif/ Sumber
 Teknik
 Bahan dan alat
 Fungsi/ makna

Aspek-Aspek Penjelasan

Asas Seni Reka  Setiap hasil kerja seni dalam penghasilan seni
visual memerlukan kombinasi unsur seni dan
prinsip rekaan . unsur seni yang dinyatakan ialah
garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna.
Prinsip rekaan yang dinyatakan di sini ialah
harmoni, kontra, penegasan, imbangan, irama dan
pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan.Tanpa
penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan suatu
karya yang masyhur seperti karya Taj Mahal tidak
akan dapat dihasilkan. Ini adalah asas bagi
penghasilan sesuatu karya.

Motif/ Sumber  Motif abstrak


 Motif hiasan
 Geometri
Teknik  Glazing
 Hard Edge
 Basah atas Kering
 Teknik lukisan
 Teknik catan
 Teknik kolaj dan montaj

Bahan dan Alat  Beberapa jenis pelepah bulu burung digunakan


sebagai pen
 Pelbagai saiz mata pen manuskrip ( Contoh Khat
Diwani)
 Peralatan computer untuk penghasilan grafik
 Cat air, cat poster, cat minyak Fresko
 Kapur plaster
 Turpentin

Fungsi / Makna  Dapat menonjolkan keindahan alam sekitar dan juga


keindahan keajaiban dunia.
 Karya-karya dapat mempamerkan budaya dan latar
belakang sesuatu masyarakat
 Ia juga turut menerangkan masa karya dihasilkan dan
juga secara tidak langsung menerangkan teknik , bahan
dan alat yang digunakan
TAJUK : 8

KEPENTINGAN PSV DALAM ERA TEKNOLOGI

1. Nyatakan dua contoh penggunaan Multimedia dalam aktiviti pengajaran


dan pembelajaran atau program yang dikendalikan di sekolah anda.
I. Corel draw
II. Adobe Photoshop
2. Sejauh manakah Asas seni Reka diaplikasikan dalam pelaksanaan program
atau aktiviti dalam era Teknologi multimedia di sekolah anda?
Berikan ulasan anda berserta bukti-bukti bergambar.

Multimedia bermaksud “lebih daripada satu media”.Boleh dikatakan setiap


gubahan yang mengandungi teks dan grafik ialah multimedia.Kini, multimedia
lebih digunakan sebagai istilah bagi beraneka teknologi campuran visual dan
audio khas untuk tujuan berkomunikasi.Ia dikaitkan dengan teknologi
komputer.Setiap computer terkini cekap dan mampu menjalankan kerja
multimedia kerana mengandungi pemacu CD-ROM,Kad bunyi,dan video yang
baik.

Asas seni reka diaplikasikan dalam pelaksanaan program dan aktiviti


dalam era teknologi multimedia di sekolah saya adalah dari segi pengajaran dan
pembelajaran murid-murid dapat mengakses komputer dengan sendiri.Mereka
juga dapat menggunakan beberapa perisian seperti MS Word, MS Power Point
dan sebagainya.Mereka juga kini mahir dalam mengedit dan menaip dalam MS
Word dan membuat persembahan grafik yang canggih Dalam MS Power
Point.Kebanyakkan murid menggunakan MS Word untuk memproses data.
Merujuk kepada sumber-sumber dan internet berkaitan dengan reka bentuk,anda
boleh meneroka dengan menggunakan perkakasan komputer untuk
menghasilkan sebuah reka bentuk kereta berkonsepkan “futuristic”.Ciptaan anda
boleh menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop/Adobe illustrator atau
sebarang perisian multimedia.

Honda Zeppelin yang futuristik


BIBLIOGRAFI

 http://www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-Pendidikan

 Modul Pembelajaran PPG

 http://colourexist.blogspot.com/2010/01/pandangan-tokoh-tokoh-barat-timur-dan.html

 http://www.scribd.com/doc/26990001/Definisi-Seni-Dan-Konsep-Kesenian-Melayu-New

 Katheleen Chee (2001) Siri Rujukan Pendidikan Seni Visual,tingkatan 2(1st


Edition) penerbitan pelangi sdn bhd
 Katheleen Chee (2001) Fokus indigo SPM Pendidikan Seni(1st Edition)
penerbitan pelangi sdn bhd
 Marhanim A.Razak, Mohd Shahrizal Dolah, ACE AHEAD Teks STPM Seni
Visual,Edisi Kedua,Oxford Fajar.

Anda mungkin juga menyukai