Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN
Seni didefinisikan sebagai karya seperti sajak, lukisan, muzik dan lain-lain yang direka
dengan bakat serta kebolehan mencipta sesuatu yang indah dan puitis. Secara tidak
langsung, untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan, penghayatan serta
pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari
dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil
daripada kurniaan Ilahi. Menurut Herbert Read (1931) pula seni adalah penghasilan rupa
bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kemudahan estetik. Aplikasi seni
dalam pendidikan merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah
dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa
bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakonan. Kesemua seni yang dinyatakan tadi
merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan
sesuatu yang indah dari dalam diri kita.

Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman


yang tinggi, manakala pemahaman pula memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif.
Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai yang berguna
dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang
individu. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam
mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslim seperti jujur, rajin, taqwa
serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih
lengkap dari pelbagai aspek. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru
melalui penggabungan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual,
seni pergerakan dan juga seni muzik.

Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan
melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada
interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Elemen- elemen seni dalam
pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih
efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu
perkara melalui cara yang menyeronokkan. Kesimpulannya, guru perlu mengambil
langkah yang efektif dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya
pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.
2.0 PERKAITAN DAN KESESUAIAN TEORI PEMBELAJARAN DENGAN ELEMEN SENI
DALAM PENDIDIKAN
2.1 Teori Konstruktivisme

Konstruktivisme ialah perspektif psikologi dan falsafah yang menyatakan individu


membentuk atau mengkonstruk tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka.
Teori ini menekankan kepentingan interaksi sosial individu dalam pemerolehan kemahiran
dan pengetahuan. Konstruktivisme juga merupakan teori pembelajaran deskriptif iaitu
cara seseorang belajar dan bukan teori pembelajaran preskriptif iaitu cara yang
sepatutnya seseorang individu belajar. Di samping itu, teori ini turut menegakkan fahaman
bahawa pembelajaran merupakan proses membina makna daripada pengalaman yang
dilalui. Konstruktivisme berbeza dengan pandangan behavioris yang melihat
pembelajaran lebih menekankan tentang pengaruh suasana terhadap seseorang.
Andaian asas konstruktivisme menyatakan seseorang itu merupakan pelajar aktif dan
boleh mengkonstruk pengetahuan untuk diri sendiri (Gery, 1995). Pengajaran
konstruktivis lebih melibatkan pemusatan pelajar, pengalaman pembelajaran aktif, lebih
kepada interaksi pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar, lebih bekerja dengan
bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik (Shuell, 1996).

Melalui teori konstruktivisme, jelaslah di sini bahawa perkaitan serta kesesuaian


teori ini dengan penerapan elemen seni dalam pendidikan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran kemahiran Bahasa Melayu dilihat mampu menggalakkan murid untuk
menunjukkan potensi serta menyerlahkan bakat sedia ada mereka melalui aktiviti yang
disediakan oleh guru sama ada dalam bentuk lukisan, nyanyian, mewarna dan lain-lain.
Hal ini kerana, mereka telah didedahkan dengan persekitaran yang berkisarkan seni
seperti alam sekitar, warna, muzik dan sebagainya sejak kecil lagi. Oleh itu,
memandangkan pembelajaran ini lebih berpusat kepada murid dan murid belajar melalui
proses membuat atau beraktiviti, maka guru hendaklah bijak merancang pengajaran dan
pembelajaran dengan teliti serta mengambil kira keupayaan murid. Guru juga mestilah
mengaitkan isi pembelajaran dengan situasi yang sebenar. Ahli psikologi kognitif dan
konstruktivisme telah membuktikan murid-murid tidak memperolehi pengetahuan secara
pasif, tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Tugasan autentik yang
berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar, simulasi dan
sebagainya boleh dimanfaatkan supaya murid sentiasa membina pengetahuan sendiri
berasaskan pengalaman sedia ada kepada pengalaman baharu.
2.2 Teori Kecerdasan Pelbagai

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa terdapat
sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan dalam
kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah iaitu kecerdasan
linguistik, kecerdasan logik matematik, kecerdasan visual ruang, kecerdasan muzik,
kecerdasan kinestetik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal serta
kecerdasan naturalis. Teori ini berkembang mengikut konteks penggunaannya. Setiap
manusia mempunyai lapan kecerdasan yang mempunyai aspek dan kualitinya yang
tersendiri. Kecerdasan setiap individu dilihat pada kebolehan menyelesaikan masalah
yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan mengenal dan mencipta masalah,
membentuk keperluan terhadap pengetahuan baru, kebolehan mencipta atau
menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Teori ini juga
adalah sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Guru
perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka.
Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan
murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru
serta persekitaran yang memberi inspirasi.

Teori kecerdasan pelbagai memainkan peranan yang sangat penting sebagai


asas bagi penerapan seni dalam pendidikan semasa pengajaran dan pembelajaran
kemahiran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Antaranya, Pendidikan Seni
menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni,
perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan
kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses
membuat sentiasa ditegaskan. Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu
perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani selari dengan FPK. Melalui teori ini, murid akan terdorong menggunakan
imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Seterusnya, mewujudkan suasana
kolaboratif. Misalnya, murid dikehendaki untuk menyiapkan sebuah poster dan harus
melakukannya secara kumpulan. Aspek kolaboratif ini dapat diwujudkan melalui
perkongsian idea dan kemahiran supaya lukisan yang ingin dihasilkan dapat dilukis dan
diwarna dengan lebih menarik kesan daripada perkongsian maklumat dan menerima idea
orang lain secara terbuka serta membabitkan diri dalam aktiviti tersebut secara aktif
sesama ahli kumpulan dengan penuh kompromi.
2.3 Teori Hoka Hoki

Teori Otak Kanan dan Otak Kiri Hermann (1991) mengkaji perkembangan otak kanan dan
kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang
individu. Terdapat dua bahagian/hemisfera otak iaitu otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua
hemisfera otak kanan dan kiri ini amat berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap
manusia. Terdapat murid yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kanan dan
terdapat juga murid yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kiri. Gaya pemikiran
otak kanan adalah lebih bebas dan rawak, lebih menyeluruh (holistik), intuisi, subjektif,
sintesis dan abstrak. Di samping itu, gaya pemikiran otak kiri pula lebih kepada logik,
rasional, analitik, objektif, berturutan dan spesifik. Ilmu yang dilihat banyak menggunakan
otak kiri ialah ilmu matematik, manakala ilmu yang berkaitan dengan otak kanan ialah ilmu
seni muzik, sastera dan seni visual. Walaubagaimanapun, terdapat juga ilmu-ilmu yang
menggabungkan pemikiran otak kiri dan kanan seperti ilmu-ilmu Sains, Fizik, Kimia,
Astronomi dan Falsafah. Ringkasnya, segala idea dan imaginasi akan dikongkong oleh
logik dan rasional. Para pelajar tidak akan bebas berfikir, tidak mampu dan tidak berani
melahirkan idea-idea baru apatah lagi idea-idea yang amat bertentangan dan dianggap
pelik oleh individu-individu yang berfikiran konvensional.

Melalui teori ini, perkaitan serta kesesuainnya dengan seni dalam pendidikan ialah
guru boleh mengintegrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran lain yang
dapat membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant
Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan
menyatakan bahawa seni membantu membentuk pemikiran yang rasional dan intuitif.
Setiap murid tidak sama dari segi gaya pemikirannya. Dengan adanya pemahaman
tentang cara pemikiran menggunakan otak kanan dan otak kiri ini, maka penerapan seni
dalam pendidikan dapat menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid lebih
mudah difahami. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru
senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran serta pada
masa yang sama murid dapat belajar secara aktif dan menyeronokkan. Tambahan pula,
murid dapat meningkatkan kualiti diri dan motivasi diri. Murid-murid akan lebih terdorong
untuk bekerjasama dan menggunakan bahagian otak dominan mereka untuk berkongsi
idea serta bertukar pendapat. Oleh itu unsur seni dalam pendidikan bukan sahaja sempit
atau terikat pada ruang yang kecil sahaja tetapi mencakupi segenap aspek kehidupan.
3.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat
memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni
dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran dapat merangsang ke
arah pembelajaran yang berkesan. Di samping itu juga, dapat mengalakkan pelajar
bergerak aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana mereka
tertarik dengan kaedah yang digunakan ini. Seni juga penting dalam pendidikan kerana
mampu melahirkan seorang guru yang sentiasa berinovasi dan kreatif. Ini kerana, tidak
semua guru dikurniakan bakat seni atau mudah dikatakan mereka tidak kreatif. Tidak
kurang juga guru yang malas berfikir di luar kotak.

Justeru, dengan adanya elemen seni dalam pendidikan, guru akan sentiasa
berfikir bagaimana untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik serta
mampu mencapai objektif apatah lagi di zaman serba moden ini. Murid pada zaman
sekarang terdedah dengan pelbagai perkara baru yang telah menjadikan mereka
kadangkala lebih kreatif daripada seorang guru. Oleh yang demikian, amat perlu bagi
seorang guru untuk maju setapak kehadapan berbanding murid.

Anda mungkin juga menyukai