Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURUHEBAH KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPGKPI 2019

JURUHEBAH: Faris Bin Hadi Taufik & Aziema Nafisa Binti Roslee

PENGUMUMAN ACARA
1) Tuan-tuan dan Puan-puan,
Acara berikut merupakan Acara Nombor _________, Acara ___________.

2) Tuan-tuan dan Puan-puan,


Acara ini pula adalah Acara Nombor ___________, Acara ___________.

3) Tuan-tuan dan Puan-puan,


Ini pula adalah Acara Nombor ____________, Acara ___________.

PENGUMUMAN PANGGILAN ACARA


1) Tuan-tuan dan Puan-puan,
Ini adalah panggilan bagi Acara ________, Acara Nombor ___________.
Diminta pengurus-pengurus peserta membuat pendaftaran di _________.

2) Tuan-tuan dan Puan-puan,


Berikut pula merupakan panggilan untuk Acara Nombor _________, Acara
________.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN RASMI


1) Tuan-tuan dan Puan-puan,
Ini adalah keputusan rasmi Acara ________, Acara Nombor __________.

2) Tuan-tuan dan Puan-puan,


Berikut merupakan keputusan rasmi Acara __________, Acara Nombor
__________.

PENGUMUMAN NAMA PESERTA


1) Tuan-tuan dan Puan-puan,
Berikut merupakan peserta-perserta bagi Acara ________, Acara Nombor
________.

Di lorong pertama,
i) ___(nombor peserta)___,
ii) daripada rumah___(nama rumah sukan)____,
iii) ______(nama peserta)_____.

*sambung hingga lorong lapan

1
PENGUMUMAN PENYAMPAIAN HADIAH
1) Berikut adalah upacara penyampaian hadiah bagi Acara __________, Acara Nombor
_________.
Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput ________________ untuk tampil ke
PODIUM / PENTAS MENERIMA HADIAH. Dipersilakan.

*ACARA INDIVIDU:
- Tempat ketiga, disandang saudara/saudari ____________ dari rumah
___________.
- Tempat kedua, disandang oleh saudara/saudari __________ dari rumah
_________.
- Johan, dimenangi oleh saudara/saudari ___________ dari rumah ____________.

*ACARA BERKUMPULAN:
- Tempat ketiga, disandang oleh rumah ___________.
- Tempat kedua, disandang oleh rumah ___________.
- Johan, dimenangi oleh rumah ____________.

*(jika ada rekod baru)


Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, pemenang bagi Acara ________ ini
telah berjaya mencipta rekod baru

*Dengan catatan masa_________ (acara larian)


*Dengan jarak lontaran___________ meter (acara lontar peluru)
*Dengan jarak rejaman___________ meter (acara rejam lembing)
*Dengan jarak lemparan__________ meter (acara lempar cakera)

Terima kasih diucapkan kepada ______________ (yg bagi hadiah).


Tahniah kepada para pemenang.

2
TEKS PERBARISAN
1) Tuan-tuan dan Puan-puan,
Sebentar lagi kita akan menyaksikan acara perbarisan daripada rumah-rumah sukan
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2019.

2) Acara perbarisan ini dianggotai seramai 155 kontigen daripada 5 buah rumah iaitu
Rumah Sukan Hang Kasturi, Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Jebat, dan Hang Lekiu.

3) Untuk makluman hadirin sekalian, tema perbarisan yang digunakan pada kejohanan
kali ini adalah Tamadun Melayu Islam, Alam dan Rimba.

HANG KASTURI (JINGGA)


4) Acara perbarisan dimulakan dengan kontinjen daripada rumah JINGGA atau lebih
dikenali sebagai HANG KASTURI yang diketuai oleh saudara Muhammad Danial
Zikryzuhaily bin Hadiat. Perbarisan ini dianggotai oleh 30 orang ahli yang terdiri
daripada 15 lelaki dan 15 perempuan. Maskot HARIMAU (PAK BELANG)
melambangkan jurus dan gerakan harimau yang tangkas serta mempunyai
penguasaan ilmu hutan dan kekuatan di darat dengan slogan JINGGA JUARA
KEKAL JUARA.

HANG TUAH (HIJAU)


5) Berikutnya merupakan perarakan kontinjen daripada rumah HIJAU atau lebih
dikenali sebagai HANG TUAH yang diketuai oleh saudara Muhammad Ashraf
Hakimi bin Azmi. Perbarisan ini dianggotai oleh 30 orang ahli yang terdiri daripada
15 lelaki dan 15 perempuan. Maskot PENDEKAR LIBASAN BUAYA melambangkan
kekuatan dan jurus buaya yang keras melibas musuh tanpa belas dengan slogan
TUAH MASIH BERTUAH, HANG TUAH MEMBAWA TUAH.

HANG LEKIR (KUNING)


6) Seterusnya, perarakan kontinjen daripada rumah KUNING atau lebih dikenali
sebagai HANG LEKIR yang diketuai oleh saudara Syed Mohd Irfan bin Syed Jafri.
Perbarisan ini dianggotai oleh 30 orang ahli yang terdiri daripada 15 lelaki dan 15
perempuan. Maskot PAHLAWAN ULAR EMAS melambangkan pahlawan jelmaan
ular emas yang menguasai kekuatan di darat dan laut serta menggunakan bisa untuk
mempertahankan diri. Slogan, ULAR KERAMAT, SEMANGAT TERSEMAT, LEKIR
MENYENGAT.

HANG JEBAT (BIRU)


7) Berikutnya, perarakan kontinjen daripada rumah BIRU atau lebih dikenali sebagai
HANG JEBAT yang diketuai oleh saudara Mohamad Akmal bin Zolkapli.
Perbarisan ini dianggotai oleh 30 orang ahli yang terdiri daripada 15 lelaki dan 15
perempuan. Maskot JERUNG yang mempunyai kekuatan rahang yang kuat dan
pantas dalam berenang menjadikannya raja di lautan melambangkan kegagahan.
Barangsiapa yang hendak menjinakkannya akan diterkamnya. Slogan, JUANG
JUARA JULANG.

3
HANG LEKIU (MERAH)
8) Perbarisan terakhir merupakan kontinjen daripada rumah MERAH atau lebih dikenali
sebagai HANG LEKIU yang diketuai oleh saudara Muhamad Fitri bin Mohd Zain.
Perbarisan ini dianggotai oleh 30 orang ahli yang terdiri daripada 12 lelaki dan 18
perempuan. Maskot BURUNG GARUDA melambangkan jurus dan kelebihan dalam
gerakan Garuda yang menguasai kekuatan dan unsur udara dengan slogan HIDUP
ISLAM.

9) Tahniah diucapkan kepada para peserta yang menyertai acara perbarisan.

Anda mungkin juga menyukai