Anda di halaman 1dari 6

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan
tugasan yang telah diusahakan selama ini dengan jayanya.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Individu yang telah banyak membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini,terutamanya Encik Sabawi bin Awang yang merupakan pensyarah
bagi subjek Seni Dalam Pendidikan ini yang banyak memberikan tunjuk ajar.Segala
bimbingan beliau amat dihargai.

Sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi


maklumat,pendapat dan nasihat selama proses menyiapkan tugasan ini berlangsung dan
tidak pernah lupa kepada keluarga yang sentiasa memberikan dorongan

1
1.0 PENGENALAN

Keberkesanan sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran(Pdp) bergantung kepada


kaedah pengajaran digunakan oleh guru kerana ia adalah aspek penting dalam proses
Pdp.Antara elemen yang patut diselitkan dalam proses Pdp ialah elemen seni yang
tidak asing lagi dalam dunia pendidikan.Ia dianggap penting sebagai medium untuk guru
menyampaikan ilmu di dalam kelas. Elemen seni ini perlu diterapkan dalam usaha
membantu pelajar mengalami proses pembelajaran yang bermakna.Tanpa seni,sesuatu
Pdp dianggap bosan dan kurang menarik minat pelajar.

2.0 KONSEP ASAS


Seni dalam pendidikan (SDP) didefinisikan sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran
seni dalam pendidikan yang melibatkan tiga elemen seni iaitu seni muzik,seni visual dan
seni pergerakan yang diitegrasikan ke dalam pendidikan (Faridah Nazir,Norhiza Mohd
Salleh & Zairinah Mohd Shukur,2014). Tiga elemen ini akan membolehkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (Pdp) menjadi lebih dinamik,imaginatif dan kreatif (Mohd
Jamel Hj Ismail et.al.,2015).Dalam erti lain,jika terdapat unsur penerapan antara tiga
elemen tersebut mengikut tatacara dan tataatur yang betul,pembelajaran sesuatu
pelajaran dapat dioptimumkan sehingga ke arah yang lebih cemerlang.SDP dikatakan
berperanan penting dalam memacu perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan
daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu
yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa inovatif,kreatif
dan inventif serta mempunyai jati diri yang tinggi

Dalam aktiviti pembelajaran berunsurkan elemen muzik contohnya, murid dapat


menggunakan deria pendengaran mereka untuk mengahafal sesuatu topik pembelajaran
manakala penggunaan gambar atau foto pula berkaitan dengan unsur visual dapat
merangsang daya imaginasi murid seperti yang dikatakan oleh Md.Nasir
Ibrahim(2003),seni dalam pendidikan membantu pelajar memperoleh
pengalaman,meneroka dan mengekspresi idea menggunakan deria bagi meningkatkan
sensitiviti,kreativiti,daya imaginasi dan estetika dalam pembelajaran.Dengan itu,Tidak
dinafikan seni dalam pendidikan wajar diadaptasi oleh guru ke dalam proses Pdp di
dalam kelas bagi melahirkan generasi yang berestetika,celik budaya,berimaginasi,kritis
dan inovatif.

2
3.0 TEORI PEMBELAJARAN YANG MENYOKONG SENI DALAM PENDIDIKAN

Kesenian dalam pendidikan turut disokong oleh beberapa teori pembelajaran yang
menyatakan bahawa ianya dapat memberikan manfaat dari segi jangka panjang.Antara
teori tersebut termasuklah Teori Kecerdasan Pelbagai,Teori Konstruktivisme dan Teori
Hoka Hoki.Berdasarkan teori Kecerdasan Pelbagai.Setiap orang mempunyai lapan
kecerdasan berlainan yang boleh digunakan bagi memproses maklumat iaitu
kecerdasan dari segi linguistik,visual ruang,muzik,logik matematik,dan
kinestatik,interpersonal,intrapersonal dan naturalis (Gardner,1983)Ini bermaksud teori ini
mencadangkan pelbagai haluan pengajaran dan pembelajaran ke arah pemahaman
pelajar yang mempunyai kecerdasan yang pelbagai seperti
logik,kuantitatif,naratif,eksistensialisme,pendekatan estetik,pendekatan ekperimental,dan
pendekatan kolaboratif.

Seni Dalam Pendidikan merupakan salah satu daripada pendekatan inter-discipline


yang dicadangkan melalui haluan pendekatan estetik yang membolehkan pelajar
dengan pelbagai profil kecerdasan menguasai sesuatu ilmu pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang yang diceburi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).Ini kerana Seni
Dalam Pendidikan mendorong pelajar yang mempunyai jenis kecerdasan yang variasi
untuk menggunakan kecergasan dan bidang masing-masing bagi memahami sesuatu
topik pembelajaran.

Seperti contoh ketika mengajar tajuk Tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan di


Tanah Melayu,guru mengaplikasikan aktiviti berunsurkan Seni Dalam Pendidikan
dengan meminta pelajar melakonkan watak-watak tokoh perjuangan kemerdekaan
seperti Dato’ Maharajalela dan Rentap.Dengan adanya aktiviti lakonan,pelajar yang
mempunyai kecerdasan muzik dapat meneroka cara menghasilkan bunyi yang
diperlukan semasa lakonan sama ada menggunakan suara vokal,bahan kegunaan
seharian atau perkusi badan.Manakala pelajar bekecerdasan visual ruang akan
membina situasi yang ingin dilakonkan dalam kepala seperti peperangan dan keris
sekaligus merangsang daya imaginasi mereka.Bagi yang mempunyai kecerdasan
kinestetik pula mereka dapat mencipta pergerakan atau gaya bersesuaian dengan watak
seorang pejuang yang dilakonkan.Namun begitu,aktiviti ini turut melibatkan kecerdasan
lain selain kecerdasan yang dinyatakan seperti kecerdasan linguistik,intrapersonal dan
interpersonal.Dengan itu,dapat disimpulkan bahawa pengaplikasian aktiviti seni dalam

3
Pdp dapat memberi ruang kepada pelajar yang mempunyai kecerdasan berbeza
menguasai ilmu atau kemahiran yang dipelajari.

Lev Vygotsky yang mempelopori teori Konstruktivisme mengatakan kanak-kanak


berkembang secara sistematik,logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan
verbal daripada orang lain (Faridah Nazir et.al.,2014).Bahasa tutur dan pengaruh orang
lain dalam dunia sosial kanak-kanak menjadi pengaruh penting dalam perkembangan
kognitif mereka.Prinsip pembelajaran Konstruktivisme pula mementingkan proses
berpusatkan pelajar, pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain dan
pembelajaran yang bermula daripada pengetahuan sedia ada (Noriati, Boon, Sharifah
Fakhriah, 2009).Oleh itu,Seni Dalam Pendidikan membantu perkembangan konsep
kanak-kanak kerana terdapat pengaplikasian prinsip-prinsip pembelajaran
konstruktivisme.Perkara ini dibuktikan melalui aktiviti pembelajaran abad-21 iaitu Rally
Robin yang memerlukan pelajar dalam bentuk pasangan bergilir-gilir memberikan
respon tentang sesuatu perkara secara lisan.Pembelajaran yang berlaku juga berpusat
kepada pelajar dan memerlukan pelajar berinteraksi dan bekerjasama dengan rakan
sekelas di samping mendapat bantuan daripada guru ketika aktiviti dijalankan

Seterusnya teori Hoka Hoki iaitu teori berkaitan pemisahan otak. Menurut Hermann
(1996) dalam hemisfera otak, otak kanan disebut hoka manakala otak kiri disebut hoki.
Kedua-dua hemisfera otak ini amat berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap
manusia.Umumnya gaya pemikiran otak kanan lebih bebas dan rawak,holistik,intuisi dan
abstrak manakala otak kiri pula lebih menjurus kepada logik,analitik,rasional,berturutan
dan spesifik.Justeru,jelaslah bahawa pemikiran setiap pelajar tidak sama.Ada pelajar
yang cenderung menggunakan otak kanan dan menerima pembelajaran secara
menyeluruh manakala ada pelajar menggunakan gaya pemikiran otak kiri belajar secara
analitikal.

Dengan wujudnya kesenian dalam pendidikan,guru dapat menyeimbangkan


penggunaan kedua-dua bahagian otak kerana ianya lebih baik seperti meminta pelajar
mencipta corak dan rekaan sehelai baju yang menonjolkan dan menggabungkan ciri-ciri
penting pakaian tradisional di Malaysia. Bagi menghasilkan baju tersebut, pelajar akan
menggunakan otak kanan untuk menjana idea baharu atau berimaginasi rupa corak
yang sesuai.Dalam masa yang sama, pelajar turut menggunakan otak kiri dalam
membuat pertimbangan rasional, analitikal dan membanding beza supaya mereka dapat
menghasilkan corak dan rekaan baju yang bersesuaian dengan arahan yang diberikan
oleh guru.

4
4.0 RUMUSAN
Konklusinya, Seni Dalam Pendidikan perlulah diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran demi memastikan pelajar menerima ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang sepatutnya.Wujudnya mata pelajaran ini bukan sahaja memberi manfaat kepada
murid,bahkan kepada guru.Subjek ini dapat memotivasikan guru agar menjadi lebih
kreatif,inovatif,berketerampilan dan profesional. Diharapkan melalui pengintegrasian
Seni Dalam Pendidikan sebagai alat pembelajaran akan dapat membantu meningkatkan
kreativiti dan ekspresi kendiri pelajar dan seterusnya melahirkan generasi yang
seimbang dan menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

5
RUJUKAN

Faridah Nazir,Norhiza Mohd Salleh,Zairinah Mohd Shukur. (2014). Perkembangan Kanak-


kanak. Kuala Lumpur: Perpustakaan Kuala Lumpur.
Gardner, H. (1983). Frames of Mind. New York: Harper & Row.
Zulkafli Md Hashim. (25 Januari, 2012). SENI DALAM PENDIDIKAN. Retrieved from
Pengenalan Konsep Seni Dalam Pendidikan:
http://zul9990.blogspot.com/2012/01/pengenalan-konsep-seni-dalam-pendidkan.html
Hermann, N. (1996). The Whole Brain Business Book. New York: McGraw-Hill.
Md Nasir Ibrahim. (2003). Pendidikan Seni:untuk maktab & universiti. Selangor: PTS
Publications & Distributors.
Suhaimin Mohd Isnen. (27 Oktober, 2017). CIKGUSUHAIMIN.COM. Retrieved from 47-
Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan: www.cikgusuhaimin.com/2017/10/47-aktiviti-pembelajaran-abad-
ke-21-pak.html
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Seni Dalam Pendidikan. Malaysia:
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Jamel Hj Ismail et.al. (2015). Seni Dalam Pendidikan. Selangor: Professional
Publishing Sdn.Bhd.
Noriati A.Rashid,Boon Pong ying,Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
Piaw, C. Y. (2014). Kecerdasan Pelbagai Pemimpin Pendidikan:Teori,Amali dan
Penyelidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Tinta Hati. (28 Jun, 2012). Retrieved from Konsep dan Latar Belakang Seni Dalam
pendidikan: http://ilazr.blogspot.com/2012/06/konsep-dan-latar-belakang-seni-
dalam_28.html

Anda mungkin juga menyukai