Anda di halaman 1dari 14

Pendahuluan

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Islam ini merupakan satu agama yang paling benar

dan sempurna. Adalah sewajibnya kita untuk mempraktikkan Islam itu secara keseluruhannya.

Firman Allah S.W.T:

ٰ ‫اإل‬
‫سلم‬ ِ ََِّّ‫إِنََّّالدّينََّّعِندَََّّللا‬

Maksudnya: “Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.”1

Bagi menyampaikan hakikat Islam ini kepada sekalian manusia, Allah telah mengutuskan Nabi

Muhammad S.A.W. untuk mengajarkan Islam kepada manusia. Firman Allah S.W.T:

َّ‫ماَّعلىَّالرسو ِلَّإَِّلَّالب ٰل ُغ‬

Maksudnya: “Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada

menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja” 2

Namun begitu, umat Islam harus peka terhadap ancaman musuh terhadap kebenaran Islam.

Sebagai contohnya golongan Orientalis yang menabur tuduhan yang melampau ke atas Nabi

Muhammad S.A.W untuk menolak kebenaran risalah yang dibawanya.

Oleh itu, kertas kerja ini ditulis bagi mengemukakan beberapa tuduhan ekstrimis

orientalis terhadap Nabi Muhammad S.A.W. serta jawapan untuk menjawab tuduhan mereka itu.

Ini supaya dapat menolak keraguan terhadap Nabi Muhammad S.A.W di samping mengukuhkan

keimanan kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya.

1 Al-Quran, Surah Ali Imran ; 19


2 Al-Quran, Surah Al-Maidah ; 99
Takrifan Orientalisme.

Secara umumnya, masyarakat memahami istilah orientalis ini dengan definisi pemikir

barat. Namun haruslah diketahui hakikat sebenar orientalisme agar tidak berlaku salah faham dan

kesilapan dalam mengambil sumber sebagai rujukan.

Untuk memahami pengertian orientalisme dengan lebih baik, ada baiknya untuk dirujuk

dalam kitab Ad-Daur al-Khafi karangan Dr. M. Al-Husain Ismail. Di dalam tulisannya, beliau

telah memberikan pengertian yang lebih jelas terhadap makna Orientalismeَّ iaitu setiap pemikir

barat yang melakukan penelitian tentang timur, baik Timur Jauh, Timur Tengah, atau Timur

Dekat. Termasuklah membuat penilitian tentang bahasa, sastera, peradaban, dan agamanya. 3

Namun, pengertian yang lebih tepat bagi kami adalah seperti mana yang dikemukakan

oleh seorang orientalis yang memberi definisi orientalisme ini dalam sebuah ceramahnya di

sebuah universiti di Kaherah dengan tajuk )‫ (علمَّللشرقَّوَّتارخَّالبرهان‬dan disiarkan dalam majalah

az-Zahra’ yang diterbitkan pada Rabi’ul awwal 1347 hijrah.

Beliau mengatakan bahawa nama Orientalis ini bukanlah atas sebab pengetahuan mereka

dalam bahasa yang tidak diketahui (bahasa asing) atau kemampuannya untuk menyifatkan

kejanggalan adat-adat sesuatu kaum sahaja. Bahkan ia merupakan apa yang diputuskan dalam

skop pembelajaran ketimuran dan antara apa yang didirikan atas kekuatan rohaniah dan

peradaban yang besar yang mana pembentukannya berlaku di atas pembentukan kebudayaan

kemanusiaan. Orientalisme ini merupakan satu penyalahgunaan pembelajaran tamadun yang

3Menangkal Propaganda Misionaris – terjemahan kepada Ad-Daur al-Khafi (diterjemah oleh H. Achmad Daozan,
Lc.
dulu. Antara kemungkinan penyalahgunaan ini adalah kerana mereka ingin menguasai pelbagai

faktor dalam membentuk tamadun pada kurun pertengahan. sebagai contoh apa yang berlaku

dalam kebangkitan baharu.4

Daripada itu, dapatlah kita mengklasifikasikan golongan orientalis ini kepada dua jenis,

iaitu;5

a) Golongan orientalis yang mengkaji Islam dengan tujuan meneroka kesempurnaan

yang terdapat dalam Islam. Contohnya Hardrian Roaldn, J.J. Reisk dan Silvestre de

Sacy.

b) Golongan orientalis yang mengkaji dan mendalami Islam dengan tujuan untuk

menjatuhkan dan menghancurkan Islam. Hal ini kerana mereka sedar bahawa mereka

tidak mampu menang ke atas Islam dengan mata pedang. Contohnya, Goldhizer, J.

Maynard, dan S.M. Zweimer.

Jadi, tujuan utama kertas kerja ini ditulis adalah untuk membicarakan secara khusus

tentang pandang negatif orientalis terhadap Nabi Muhammad S.A.W. Dapatlah diketahui

pandang-pandangan negatif ini adalah dikemukakan oleh golongan orientalis yang kedua seperti

mana yang disebutkan di atas tadi.

4 Rasulullah SAW fi kitabat al-Mustasyrikin.


5 Silibus pelajaran subjek Tayyarat Fikriah – Ustaz Aman Daima (UniSZA)
TUDUHAN ORIENTALIS TERHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tuduhan Pertama:

Nabi Muhammad S.A.W seorang penghidap epilepsi.

Menurut Muir, seorang orientalis yang ekstrem dalam melemparkan tuduhannya terhadap

Nabi Muhammad S.A.W., dia menyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. sebagai penghidap

epilepsi iaitu sawan. Tuduhan ini dilemparkan berdasarkan peristiwa membelah dada Nabi

Muhammad S.A.W di perkampungan Bani Sa’ad. Menurutnya, belahan dada ini berlaku adalah

untuk merawat penyakit sawan yang ada pada nabi. 6

Hujah yang dikemukakannya sangat tidak munasabah. Muir telah mengubah perkataan

‫ أصيب‬dalam Sirah Ibnu Hisham yang bermaksud cedera, kepada perkataan ‫أميب‬. Perkataan ini

secara asasnya tidak mempunyai makna. Lalu Muir telah meletakkan makna tersendiri pada

perkataan dengan maksud ‘sawan’.7

JAWAPAN: Tuduhan ini jelas sekali tidak berasas. Kerana sudah jelas bahawa Muir telah

mencipta sendiri bahawa Nabi Muhammad S.A.W. itu sebagai penghidap sawan tanpa

mengemukakan bukti dari sumber yang sahih.

Anas bin Malik r.a meriwayatkan:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah didatangi Jibril ketika baginda bermain-

main dengan sekumpulan kanak-kanak. Jibril a.s telah merebahkan dan membelah betul-betul

6 The Biography of the Prophet and the Orientalist


7 The Biography of the Prophet and the Orientalist
dengan hati dan mengeluarkannya kemudian dikeluarkan seketul darah sambil berkata, inilah

sasaran syaitan ke hati engkau. Lepas itu dibasuhnya di dalam tas dari emas dengan air zam-za

barulah dimasukkan semula ke tempat asalnya dan kanak-kanak yang lain berkejaran lari

menemui ibu penyusunya Halimah melaung-laung; Muhammad telah dibunuh dan mereka

semua meluru ke arah Nabi Muhammad dan didapati pucat lesu”

Secara logiknya, berdasarkan hadis ini, baginda nabi sedang bermain bersama kanak-

kanak lain. Tiada menampakkan sebarang tanda-tanda baginda mengalami sawan. Lalu persitiwa

belah dada itu terjadi serta-merta. Tiada kaitan yang kononnya nabi itu penghidap sawan.

Menurut Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti, hikmat Ilahi yang jelas terhadap

peristiwa ini adalah untuk mengiklankan dan mengisytiharkan kerasulan baginda dan

menjadikannya ma’sum dan mempersiapkan baginda untuk menerima wahyu dari kecil lagi

dengan cara yang boleh dilihat dengan mata kasar kerana dengan jalan ini membawa orang

percaya dan beriman dengan risalah perutusannya dengan mudah. 8

Pembedahan tadi adalah merupakan pembersihan rohani dengan satu cara yang boleh

diperlihatkan oleh pancaindera supaya ini menjadi canang Ilahi kepada manusia seluruhnya

dengan boleh dilihat dan didengar.. 9

8 Fiqh As-Sirah
9 Fiqh As-Sirah
Tuduhan Kedua:

Nabi Muhammad S.A.W seorang yang bersifat materialistik.

Menurut pandangan Morgoliouth, Nabi Muhammad ini seorang yang terlalu mencintai

harta. Ini merupakan satu tuduhan yang bersifat melampau dan tersimpang dari hakikat

kebenaran. Morgoliouth menyatakan bahawa Nabi Muhammad sengaja menunggu umurnya

hingga 25 tahun sebelum berkahwin. Menurutnya, setelah sekian lama nabi hidup sebagai

seorang yang miskin, mencari seseorang yang boleh menjamin kedudukan ekonominya dan

hartanya untuk dijadikan isteri. 10 Seperti yang diketahui umum, Siti Khadijah merupakan

saudagar arab yang kaya-raya. Disebabkan itu, golongan orientalis ini melemparkan tuduhan

sedemikian.

JAWAPAN: Nabi Muhammad bukanlah seseorang yang bersifat materialistik ataupun cinta

kepada harta. Tuduhan yang mengatakan nabi berkahwin dengan Saidatina Khadijah atas dasar

harta ini merupakan satu pendapat orang yang tidak memahami sirah dengan baik.

Sirah menjelaskan bahawa Saidatina Khadijah yang telah menawarkan diri kepada Nabi

Muhammad S.A.W sebagai seorang isteri. Saidatina Khadijah telah mengutuskan Nafisah binti

Manbah untuk menytakan hasratnya itu kepada baginda S.A.W..11

Ini jelas membuktikan bahawa nabi tidak sedikit pun mengejar harta dan kekayaan

Saidatina Khadijah. Sebaliknya, Saidatina Khadijah sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi

isteri nabi atas dasar kemuliaan akhlak Nabi Muhammad S.A.W..

10 The Biography of the Prophet and the Orientalist

11 Fiqh As-Sirah
Untuk menolak tuduhan ini juga, haruslah diketahui bahawa nabi itu seorang yang

hidupnya penuh dengan sederhana. Kisah ketika mana ramai sahabat yang datang berkunjung ke

rumah baginda nabi S.A.W., tetapi nabi hanya membenarkan sebahagian sahaja sahabat untuk

masuk. Hal ini kerana rumah baginda terlalu kecil untuk memuatkan semua sahabat yang hadir.

Maka tertolaklah hujah orientalis yang mengatakan Nabi Muhammad S.A.W itu seorang yang

materialistik.

Tuduhan Ketiga

Nabi Muhammad S.A.W adalah pencipta dan pengasas agama Islam

Orientalis menuduh Nabi Muhammad S.A.W telah mencipta dan mengasaskan ajaran

Islam. Satu kes hangat yang berlaku di Amerika Syarikat pada tarikh Mac 1997 membuktikan

realiti tuduhan ini di mana terdapat satu ukiran marmar yang menggambarkan Nabi Muhammad

S.A.W di dalam Mahkamah Agung, Amerika Syarikat 12. Ukiran yang dibina pada tahun 1931 itu

menggambarkan beberapa orang tokoh sejarah termasuk Maharaja Charlemagne dan King John

dari England. Mereka menolak kata-kata yang mengatakan Nabi Muhammad ini adalah penerus

kepada syariat yang dibawa nabi-nabi terdahulu.

JAWAPAN : Ini merupakan satu tuduhan yang berat dan salah terhadap Nabi Muhammad.

Kenyataan ini seolah-olah benar tetapi pada hakikatnya salah. Nabi Muhammad S.A.W bukanlah

pengasas agama Islam tetapi Allahlah yang mencipta Islam dan menurunkan Islam itu untuk

anutan semua umat Islam sebagai suatu cara hidup. Nabi Muhammad S.A.W Cuma

12 Jawapan bagi 13 Tuduhan Orientalis Kepada Islam terbitan JAKIM


menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia melalui risalah dakwah dan ianya merupakan

arahan dari Allah Ta’ala. 13

Tuduhan Keempat

Nabi Muhammad S.A.W sebagai seorang pedofilia.

Pedofilia islah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa tertarik secara

seksual kepada kanak-kanak yang belum baligh. Orang yang mempunyai pedofilia melakukan

seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks. Mereka menuduh Baginda

menghidapi pedofilia apabila berkahwin dengan A’isyah R.A 14 ketika berumur 6 tahun (tetapi

hanya duduk bersama Rasulullah setelah baginda berhijrah ke Madinah, ketika itu A’isyah

berumur 9 tahun dan Nabi berumur 53 tahun.)

JAWAPAN : Di zaman Baginda, perkahwinan antara seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak

perempuan merupakan satu kebiasaan dan merupakan adat masyarakat Arab ketika itu.

Perkahwinan Nabi dengan A’isyah tidak melanggar sebarang undang-undang Islam dan

dijalankan dengan sah bahkan mendapat kerelaan dari kedua-dua belah pihak. Beberpa ulama

khilaf mengenai umur A’isyah semasa pernikahannya dengan Nabi. Hadis mengenai umur

A’isyah tatkala dinikahkan berstatus Dhaif. Riwayat yang tertulis di dalam kitab-kitab hadis

boleh diselusuri asalnya kepada Hisyam Bin ‘Urwah yang didengarnya sendiri dari ayahnya. Ini

adalah sangat pelik kerana mengapa hanya Hisyam sahaja satu-satunya perawi yang pernah

meriwayatkan hadis tentang umur A’isyah semasa pernikahannya. Mengapa Abu Hurairah dan

Anas bin Malik ataupun sahabat-sahabat lain tidak meriwayatkan hadis ini? Itupun setelah

13 Jawapan bagi 13 Tuduhan Orientalis Kepada Islam terbitan JAKIM


14 Jawapan bagi 13 Tuduhan Orientalis Kepada Islam terbitan JAKIM
Hisyam berpindah ke Iraq yang pada ketika itu Hisyam telah berumur 71 tahun. Ya’qub ibn

Syaibah berkata:”Yang dituturkan oleh Hisyam sangat boleh dipercayai, kecuali yang

disebutkannya selepas ia berpindah ke Iraq 15. Oleh itu dapat kita simpulkan riwayat umur

pernikahan A’isyah yang bersumber dari Hisyam ibn ‘Urwah tertolak. Menurut Abdul Rahman

Ibnu Abi Zannad: “Asma’ 10 tahun lebih tua dari A’isyah16. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani:

Asma’ hidup sehingga usia 100 tahun dan meninggal pada tahun 73 atau 74 hijrah 17.

Konklusinya, jika Asma’ meninggal pada usia 100 tahun dan meninggal dalam tahun 73 atau 74

hijrah, maka Asma’ berumur 27 atau 28 tahun pada waktu Hijrah, maka A’isyah berumur (27

atau 28) – 10 = 17 atau 18 tahun pada waktu Hijrah, ini bererti A’isyah mula hidup berumah

tangga dengan Baginda Nabi S.A.W pada umur 19 atau 20 tahun. Juga terdapat di sana hadis

yang mengisyaratkan supaya Nabi S.A.W berkahwin dengan A’isyah. Nabi S.A.W berkata

kepada A’isyah : “Saya melihat engkau dalam mimpi, dibawa malaikat kepada saya dalam

kerudung kain sutera . Malaikat berkata: “Inilah isterimu!”. Setelah saya buka kerudung itu,

rupanya engkau. Saya berkata: “Kalau ini datangnya dari Allah, tentulah akan dilaksanakanNya”.

(Riwayat Bukhari, 1592). Konklusinya, perkara ini tidak sepatutnya menjadi permasalahan untuk

dibesar-besarkan. Ianya adalah adat dan budaya yang telah menjadi kebiasaan semasa zaman

Baginda. Hanya selepas tiba di zaman moden ini kita mula terpengaruh dengan dakyah-dakyah

Barat yang mengatakan bahawa ini adalah perkara yang pelik dan jijik. Di sana juga terdapat

sedikit kesilapan dalam menerima hadis berkaitan umur A’isyah. Sewajarnya kita lebih berhati-

hati sebelum menerima tuduhan-tuduhan Orientalis.

15Taqrib Al-Tahzib , Ibnu Hajar Al-Asqalani, Dar Ihya Al-Turath Al-Islami


16Siyar‘Ala ’Ama ’Al Nubala’
17Taqrib Al-Tahzib , Ibnu Hajar Al-Asqalani, Dar Ihya Al-Turath Al-Islami
Tuduhan Kelima

Nabi Muhammad S.A.W mencipta Al-Quran

Montgomery Watt, Noldeke, Goldizher dan lain-lain dengan membuat tuduhan

sedemikian dalam bentuk yang berbeza tetapi maksudnya sama.18

JAWAPAN: Tuduhan yang dibuat oleh Orientalis ini tidak mempunyai sebarang asas yang

kukuh, tidak mempunyai sandaran sejarah bahkan ianya merupakan khayalan mereka semata-

mata. Tuduhan mereka ini tidak lebih dari ulangan semula terhadap apa yang pernah dikatakan

oleh kaum kafir Quraisy dahulu seperti yang dijelaskan oleh Al-Quran dalam ayat 4-5 Surah Al-

Furqan, dan telah dijawab oleh Al-Quran dalam ayat 6. Jika tuduhan mengatakan bahawa Nabi

S.A.W belajar dari seseorang maka ia juga telah dijawab oleh Al-Quran dalam ayat 103 surah

An-Nahl. Sejarah memang nyata bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang yang ummi,

tak tahu membaca dan menulis. Kalau Al-Quran itu ciptaan NAbi S.A.W, mengapa pula terdapat

ayat-ayat yang mengkritik dan menegur Baginda dalam Al-Quran? Secara logiknya apakah

seorang yang ummi mampu untuk mengemukakan dalam Al-Quran perkara-perkara mencakupi

seluruh bidang ilmu seperti geografi, sains dan sebagainya. Tempoh kerasulan adalah sekitar 23

tahun sahaja sedangkan Baginda berada 13 tahun di Makkah dengan menghadapi dan berdepan

dengan pelbagai tindakan oleh kaum kafir Quraisy, sementara tempoh 10 tahun di Madinah

dipenuhi dengan pelbagai tugas yang dihadapi oleh Rasulullah S.A.W. Dari pentadbiran kepada

mengharungi medan perang, menguruskan berbagai-bagai perkara lain lagi. Logiknya bagaimana

baginda mempunyai peluang untuk berfikir dan duduk merenung mencipta dan mengarang Al-

Quran, padahal kitab ini begitu sempurna dan lengkap kandunganya mencakupi seluruh bidang

18 Following Muhammad Rethinking Islam In the Contemporary World


kehidupan manusia yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kitab pun sebelum ini dan

selepasnya.

Tuduhan Keenam

Nabi mendapat inspirasi dari Yahudi, Kristian dan Parsi untuk mencipta agama Islam

Para Orientalis beranggapan bahawa wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad S.A.W

sebenarnya merupakan sebuah hasil dari saduran atau saringan dari berbagai tradisi Yahudi,

Kristian dan Parsi. 19 Muhammad S.A.W telah memerhati dan meneliti budaya dan pemikiran

bangsa Arab lalu diubahnya sekadar yang boleh, mana-mana yang tidak boleh diubah dijadikan

sebahagian upacara agama Islam dan kononya Baginda terus menyokongnya dan dipadankan

dengan Islam. Tetapi, Muhammad kononnya terpaksa berhadapan dengan berbagai kesulitan

besar yang menghalangi jalannya. Muhammad bukan sekadar hendak membina kehidupan

beragama untuk bangsa Arab malah untuk semua umat manusia mengikut sistem Al-Quran.20

Begitu juga dalam artikel J. Bryan yang sedikit sebanyak menceritakan bagaimana proses NAbi

Muhammad S.A.W menapatkan wahyunya: “Mohammad dalam tahun-tahun awal memiliki

kesamaan dengan para pedagang Mekah, akrab dengan ajaran adat yang melingkupi berbagai

doktrin yang diajarkan oleh tokoh Ibrani, sebuah bangsa yang baik, dalam bentuk yang tidak

jelas dan membingungkan. Ia telah mempelajari sebagian hal ini dalam kabilah dagangnya yang

ke Suriah, dan dalam beberapa kunjungannya ke pertemuan-pertemuan syair, nenek moyang

Welsh Eisteddfod, yang diadakan secara rutin di Okadh dan kota-kota lainnya, di mana

masalah-masalah kegamaan dibicarakan secara terbuka. Ia mendapatkan pengetahuan yang

19Following Muhammad Rethinking Islam In the Contemporary World - Carl W. Ernst


20Fiqhus Sirah
lebih jelas dan dalam dari kaum Hanif, sebuah lembaga kecil yang beranggotakan para pencari

kebenaran, warga Mekah, dan para pelajar tentang Judaisme dan Kristen yang tekun. Ia

kerananya terbina untuk menolak pemberhalaan dan menerima formula monoteistik iaitu

formula la Ilaaha illallah… Banyak ayat Mekah di dalam al-Quran ditasbihkan kepada kisah

Nabi diambil dari sumber-sumber Ibrani”

JAWAPAN: Kalau Al-Quran itu Nabi cipta hasil penglibatannya dengan kaum Yahudi dan

Nasara, mengapa orang yang lebih lama dan lebih banyak bergaul dengan kaum berkenaan tidak

mampu untuk mengemukakan hasil seperti itu? Dan mengapa tidak ada kalangan Yahudi dan

Nasara yang menjadi sumber itu sendiri yang mampu, sedangkan mereka sangat-sangat ingin

menyekat pengaruh dan ajaran Nabi Muhammad S.A.W di samping dicabar untuk berbuat

demikian. Petikan dari “Hujjatul al-Balighah” berbunyi “Dan ketahuilah sesungguhnya

Muhammad S.A.W dibangkitkan dengan agama Hanafiyah Ismailiyah (mengikut agama Ibrahim

dan Ismail) untuk membetulkan yang pincang, untuk menghapuskan pemesungannya, untuk

menyinarkan nurnya, dan kerana itulah Allah: (…agama bapa kamu Ibrahim…) Bila begitu

kedudukannya, semestinya prinsip agama itu terselamat dan sunnahnya (syari’atnya) telah

ditetapkan, dengan itu bila Nabi dibangkitkan kepada satu kaum yamg masih ada Sunnah

Rasyidah ( syariat yang betul) pada kaum itu, maka tidak ada makna untuk mengubah dan

menukarnya, malah wajib dikekal dan dikukuhkannya kerana Sunnah itu sesuai dengan jiwa

mereka dan lebih kuat untuk dihujahkan kepada mereka. Bani Ismail (Bangsa Arab) adalh

mewarisi turun temurun manhaj dan bapa mereka Ismail, mereka tetap berada di atas syariat itu

sehinggalah ‘Amru bin Luhay mula memasukkan perkara-perkara palsu mengikut pemikirannya

ke dalam syariat itu, maka sesatlah ia dan disesatkannya orang lain, dan bermulalah

penyembahan berhala, mengadakan (Saibah), dan (Bakhirah), maka disitulah mulanya kerosakan
agama, bercampur antara yang betul dan yang salah, mereka ditewaskan oleh kejahilan, syirik

dan kufur, lalu Muhammad S.A.W pun dibangkitkan untuk membetulkan penyelewengan

mereka dan untuk memulihkan kerosakan mereka, maka nabi S.A.W memerhati pada syariat

mereka, dikekalkan yang tepat dengan manhaj Ismail A.S atau dari syiar Allah, dihapuskan

perkara tokok tambah atau pemesungan, malah dimestikan penghapusan itu”. 21

Kesimpulan

Kita perlu berhati-hati dengan dakyah dan tuduhan yang dibawa oleh Orientalis kepada

Nabi Muhammad S.A.W khususnya dan Islam amnya. Kita tidak nafikan akan adanya Para

Orientalis yang jujur dalam pengkajian mereka dan baik hatinya kepada Islam. Semoga Allah

kurniakan hidayah kepada mereka. Akan tetapi, perlulah kita mempersiapkan diri kita dengan

ilmu yang mencukupi supaya dapatlah kita mengenali jarum-jarum halus yang cuba dimainkan

oleh mereka yang berfikrah busuk ini. Wajiblah atas diri kita untuk mempertahankan Baginda

Nabi dari tuduhan-tuduhan yang liar. Laknat Allah kepada mereka yang jahat ini.

21Fiqhus Sirah
Rujukan

1) Al-Quran

2) Menangkal Propaganda Misionaris – terjemahan kepada Ad-Daur al-Khafi (diterjemah

oleh H. Achmad Daozan, Lc.

3) Rasulullah SAW fi kitabat al-Mustasyrikin karanganَّ Ustaz Nazir Hamdan

4) The Biography of the Prophet and the Orientalist karangan Mohamad Mohar Ali

5) Fiqhus Sirah karang Dr Sa’id Ramadhan Al-Buti

6) Following Muhammad Rethinking Islam In the Contemporary World - Carl W. Ernst

7) Jawapan bagi 13 Tuduhan Orientalis Kepada Islam terbitan JAKIM

8) Taqrib Al-Tahzib , Ibnu Hajar Al-Asqalani, Dar Ihya Al-Turath Al-Islami.

9) Siyar ‘Ala ’Ama ’Al Nubala’

Anda mungkin juga menyukai