Anda di halaman 1dari 2

Hubungkait Teori Konstruktivisme dalam Seni dalam Pendidikan.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi. Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam membangunkan sahsiah dan jati diri individu. Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka. Herman (1991), di dalam Quadrant Concept menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu. Howard Gardner (1953), menyatakan , sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan murid kepada yang lebih kreatif.

Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menggalakkan murid menacri idea, buat kajian, yakin diri dan dapat beriteraksi yang akhirnya proses inkuiri akan terhasil. Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme pula menekankan bahawa manusia memperolehi pengetahuan hasil dari usaha-usaha mentalnya. Konstruktivisme melibatkan pelajar ke dalam pengalaman yang bermakna di mana pelajar menginterpretasi sendiri maklumat tanpa mengikut apa yang dipetakan oleh orang lain (Heinich, Molenda, Russel & Samaldino, 1999). Pendekatan ini menumpukan kepada bagaimana untuk belajar, menjana dan menguji pengetahuan yang diperolehi. Menurut Brunner (1974), semasa pelajar belajar, dia perlu membentuk konsep-konsep dan membuat kategori dengan membezakan benda-benda yang beraneka jenis dan rupa yang terdapat di persekitaran. Melalui pembentukan konsep-konsep ini, pelajar menyusun maklumat yang telah dikumpul ke dalam unit-unit yang bermakna. Dengan proses ini, pelajar akan memahami persekitarannya dan konsep tersebut terus berkembang sejajar dengan kedewasaan seseorang. Konstruktivisme menegaskan proses dalam mana pelajar mencipta dan mengembangkan idea (Ng, 1999).

Ciri-ciri Pembelajaran konstruktivisme


1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru 2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran. 3. Menyokong pembelajaran secara koperatif 4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid 5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar 6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengguna. 7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid 8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. 9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.

Bagaimana Seni Dalam Pendidikan dalam dapat dikaitkan dengan teori konstruktivisme?
1. 2. 3. 4. 5. 6. Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada Menyusun atur maklumat dan pengetahuan Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan

Anda mungkin juga menyukai