Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN
Kepelbagaian peradaban antara manusia dengan ciri-ciri khas iaitu ciri-ciri yang sarat
dengan nilai-nilai universal positif yang perlu diketengahkan merupakan sesuatu yang unik
bagi membuka ruang dan peluang untuk saling kenal mengenali, hormat menghormati dan
juga mempelajari peradaban lain malah mencegah terjadinya pertembungan peradaban
(Ahmad Fazullah, Jamal Rizal & Hasnah Hussiin, 2007)
Pendedahan kepada kepelbagaian tamadun ini dilihat penting di negara ini untuk
memperkukuh interaksi yang baik dalam kalangan masyarakat Malaysia yang nyata dilatari
dengan pelbagai tamadun. Kesedaran mengenai kepelbagaian yang timbul ini dilihat akan
menjadikan rakyat Malaysia lebih bersedia dalam menghadapi kehidupan yang lebih realistik
terhadap kepelbagaian kaum.
Menyelusuri era modenisasi masa kini, cabaran terbaru yang dihadapi oleh
masyarakat Tamadun Islam dan Tamadun Asia ialah tertumpu kepada globalisasi yang
berlaku secara jelas. Globalisasi ini berjaya mengecilkan dunia kerana maklumat tentang
peristiwa yang terjadi di seluruh dunia mudah diperolehi dan tersebar dengan cepat dan
pantas ekoran wujudnya revolusi dalam teknologi maklumat (Azhar Mad Aros, 2001)
Jika kita imbas kembali susur galur sejarah, kita dapat menyelusuri kebangkitan
Tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol
dan membuka era baru kepada penguasaan barat terhadap negara lain. Peristiwa
tersebutlah yang membawa kepada titik permulaan dominasi barat atau hegemoni barat.
Hegemoni merupakan satu kosep yang datangnya daipada pemikiran barat. Konsep
tersebut merujuk kepada penguasaan menyeluruh atau kepimpinan satu negara ke atas
negara yang lain (Robert Allen, 2000). Secara jelasnya, hegemoni bermaksud dominasi oleh
satu kelompok terhadap kelompok lain. Menurut teori Gramsci (1891-1937), hegemoni
dikaitkan dengan konsep hubungan antara kelas masyarakat tertentu yang lebih dominan
(Cosimo Zene, 2013)
Hegemoni barat dan cabaran globalisasi bergerak seiring yang mana wujud
beberapa dimensi yang mempengaruhi konteks ini seperti cabaran terhadap hak-hak asasi
manusia. Malah, jika kita lihat pada hari ini kita dapat merasakan cabaran yang harus
ditempuhi dalam memperjuangkan hak-hak asasi manusia.
Oleh itu, penulisan ini akan membawa pandangan pro dan kontra dalam
memperdebatkan cabaran hak-hak asasi manusia di bawah pengaruh hegemoni barat dan
globalisasi.

2.0 HEGEMONI BARAT TERHADAP HAK ASASI MANUSIA


Hak asasi manusia yang wujud dan difahami oleh masyarakat pada hari ini sebenarnya
datang daripada susur galur sejarah warisan dan kebudayaan masyarakat Eropah iaitu
bermula akibat daripada berlakunya penindasan masyarakat Eropah dari pelbagai aspek
oleh golongan diraja serta gereja katolik Rom pada suatu masa dahulu.
Tiga hak asasi manusia yang dianggap penting dan mereka percaya hak ini
merupakan hak yang dianugerahkan oleh tuhan ialah seperti berikut :Hegemoni
Barat dan
Globalisasi
Hak Asasi
Manusia
Kehidupan

Kebebasan

Kebahagiaan

Rajah 1 : Tiga hak asasi manusia yang diperjuangkan


Kita fokuskan kepada perjuangan hak yang pertama iaitu kehidupan. Dalam konteks ini,
kehidupan membawa maksud setiap manusia berhak untuk hidup. Manakala, bagi hak
kedua pula menfokuskan kepada kebebasan setiap manusia untuk melakukan apa sahaja
yang tidak membataskan hak asasi orang lain. Terakhir sekali ialah hak kebahagiaan iaitu
merujuk kepada kebebasan untuk mengumpul harta.
Bertitik tolak daripada penerangan ketiga-tiga hak yang diperjuangkan tersebut, isu
berbangkit yang membabitkn perjuangan terhadap hak asasi manusia ialah isu Coalition of
Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO). COMANGO merupakan gabungan
pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke
proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu pada 24 Oktober 2013 di Geneva.
Antara tuntutan yang menimbulkan kontroversi ialah merangkumi kepada kebebasan
beragama, pembolehan perkahwinan sejenis iaitu memperjuangkan hak Sexual Orientation
and Gender Identity (SOGI) yang memperjuangkan hak-hak lesbian, gay, biseksual dan
transgender (LGBT) dan banyak lagi.
Justeru, dasar memperjuangkan hak-hak asasi manusia ini juga memberikan banyak
cabaran kepada generasi masa kini dan juga akan datang bagi mengeneralisasi setiap
perkara, tuntutan dan isu yang timbul diadili dengan adil dan saksama. Tambahan lagi,
setiap cabaran yang ditempuhi sudah pasti mempunyai pro dan kontra yang tersendiri.
2

3.0 PRO DAN KONTRA HAK ASASI MANUSIA


Menurut Kamus Dewan edisi keempat, hak merujuk kepada kebebasan. Manakala
asasi pula membawa maksud dasar yang menjadi pokok atau asas. Manusia pula merujuk
kepada makhluk yang mempunyai akal budi, insan atau orang.
Secara literalnya, hak asasi manusia merujuk kepada kebebasan setiap manusia
dalam memperjuangkan pemikiran tanpa menerima sebarang penindasan daripada pihak
lain. Namun, propaganda barat telah menghakis hak asasi kemanusiaan ini menyebabkan
banyak hak asasi manusia yang tidak terbela.
Pengisytiharan hak asasi manusia datang seiring dengan kemunculan revolusi
Perancis. Pengisytiharan hak ini dilihat memberikan kebaikan. Hal ini demikian,
pengisytiharan ini dilakukan bertujuan untuk melepaskan rakyat daripada belenggu dan
kongkongan politik golongan bangsawan, raja dan pemerintah tirani Perancis. Perjuangan
hak-hak ini muncul sejajar dengan kelahiran karya-karya pemikir Reformis agama Protestan
di Eropah yang mana golongan ini berusaha sehabis daya menentang pengaruh gereja
dengan membawa pandangan bahawa setiap manusia mempunyai hak natural atau tabii.
Melalui daripada doktrin pengisytiharan ini jelas bahawa perjuangan yang ditegakkan
di bawah nama hak asasi manusia ini adalah untuk membela maruah dan martabat
seseorang. Perkara ini sekaligus menunjukkan bahawa perjuangan ini merupakan suatu
bentuk usaha yang membawa kepada kebaikan, keadilan dan kebebasan bagi setiap
manusia menyampaikan pemikiran. Oleh itu, dapat ditegaskan bahawa isu perjuangan hak
asasi manusia itu sendiri lahir daripada doktrin yang positif dan memberi kebaikan buat
semua manusia.
Menurut Ahmad Zaki, Mohd Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2012), Persatuan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan hak asasi manusia sedunia dengan
tujuan untuk menjaga kebebasan dan melindungi hak asasi seluruh warga dunia (Zaki et al,
2012). Pengistiharan hak asasi manusia di dalam piagam PBB ini menunjukkan bahawa
hak asasi manusia itu telah diwartakan di dalam undang-undang antarabangsa yang mana
menunjukkan keutuhan dan tahap relevan hak ini diperjuangkan.
Pengisytiharan ini merupakan lanjutan daripada International Bill of Right yang telah
diwujudkan lebih awal bagi menetapkan Sejagat Hak Asasi Manusia sebagai garis panduan
berkenaan dengan hak asasi manusia. Sebagai contoh, di dalam isu Agenda Global
Charles Norchiu telah menekankan bahawa pengisytiharan sejagat mewakili sempadan
persetujuan menyentuh perihal hak asasi tanpa terikat dengan budaya dan tradisi.

Konteks ini jelas menunjukkan bahawa perjuangan hak asasi manusia tidak
dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Sebaliknya, menekankan konsep kesamarataan hak tidak
kira agama, bangsa dan budaya. Dalam erti kata lain, hak asasi manusia ini membawa
konsep keadilan hak sesama manusia.
Kita beralih kepada pandangan pro yang seterusnya iaitu dengan wujudnya
perjuangan hak asasi manusia ini, setiap individu berhak mendapat keuntungan atau
kebaikan iaitu merujuk kepada keperluan moral yang berharga sebagai manusia. Hal ini
demikian, hak asasi manusia merupakan doktrin dalam membentuk maruah dan martabat
manusia yang kekal bersifat sejagat dan boleh digunakan kepada semua individu. Malah, ia
tidak mengambil kira bangsa, jantina, umur, etnik mahupun kewarganegaraan.
Menurut RJ Vincent (1986), idea hak asasi manusia dalam kehidupan merupakan
perkara utama dalam dunia politik. Dalam konteks realiti masa kini, idea hak asasi manusia
ini adalah bertujuan untuk menarik lebih banyak pengaruh. Hal ini diperkukuhkan lagi
dengan wujudnya Teori Moral berhubung dengan hak asasi manusia pada abad ke 17 dan
18 yang mana ia menyatakan bahawa hal sedemikian boleh dilakukan dengan syarat ia
dilaksanakan seiring dengan hujahan yang meyakinkan.
Sehubungan dengan itu, perkara ini dapat dilihat di Malaysia yang mengamalkan
konsep demokrasi iaitu pemilihan pemimpin mengikut suara majoriti. Kebaikannya yang
dapat kita lihat ialah hak asasi seseorang manusia itu terbela sekiranya pemimpin yang
dipilih untuk mewakili suara mereka amanah dalam melaksanakan tugas dan bukan hanya
menanam tebu di tepi bibir.
Seperti yang kita sedia maklum, tiada yang sempurna di dunia ini. Setiap perkara
atau isu berbangkit yang berlaku sudah pasti akan mempunyai pro dan kontra yang
tersendiri berbeza mengikut kepada persepsi individu masing-masing. Antara kontra yang
kelihatan dalam isu ini ialah isu perjuangan hak-hak yang tidak relevan dan tidak sesuai
mengikut kepada tahap kesesuaian sesebuah negara.
Kita imbas kembali tuntutan kontroversi dalam isu COMANGO yang telah dijelaskan di
awal penulisan ini iaitu tuntutan Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak SOGI yang
memperjuangkan hak-hak LGBT. Dalam erti kata lain, konteks ini menuntut untuk
persetujuan membolehkan perkahwinan berlaku bagi kaum sejenis.
Perkara ini sebenarnya telah lama berlaku di Amerika Syarikat (AS). Kini, trend
perkahwinan sejenis menjadi tuntutan untuk dilaksanakan di Malaysia. Tun Abdul Hamid
Mohamad (2014) di dalam penulisannya menyampaikan kebimbangan beliau mengenai isu
perkahwinan sejenis ini. Hal ini demikian, undang-undang perkahwinan yang mengatakan
4

bahawa perkahwinan adalah hubungan antara seorang lelaki dan perempuan telah wujud
beratus tahun dan mahkamah tidak pernah mengatakan undang-undang tersebut tidak
berperlembagaan kerana melanggar hak kebebasan dan persamaan.
Tuntutan yang diperjuangkan oleh COMANGO dilihat sebagai salah satu perjuangan
hak asasi manusia yang tidak relevan kerana sudah termaktub di bawah seksyen 3 Defense
of Marriage Act (DOMA) yang mentakrifkan perkahwinan sebagai tidak termasuk hubungan
antara sesama jenis dan hubungan tersebut tidak berperlembagaan, tidak sah dan batal.
Sementara itu, Perlembagaan Persekutuan di Malaysia telah memperuntukkan bahawa
undang-undang yang terpakai kepada orang Islam dalam hal perkahwinan adalah Islamic
Law yang mana syarak dengan jelas tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis.
Selain itu, pandangan kontra lain yang dapat dilihat ialah penerimaan norma-norma
antarabangsa di dalam Malaysia yang mana wujud segelintir hakim yang meletakkan
peruntukan Universal Declaration Human Right 1999 (UDHR) lebih utama berbanding
perlembagaan negara sendiri. Perkara ini seolah-olah menunjukkan perlembagaan negara
yang digubal tidak relevan untuk diguna pakai oleh rakyat. Hujah ini disokong oleh pembaca
penghakiman Hakim Mohamad Ariff dalam kes SIS Forum (Malaysia) v Dato Seri Syed
Hamid bin Syed Jaafar Albar (Menteri Dalam Negeri) (2010) di mana beliau, antara lain,
berkata :in relation to the applicability of international norms...the position adopted by
the Malaysian court has been not to directly accept norms of international law
unless they are incorporated as part of our municipal law : see Merdeka
University Berhad v Government of Malaysia [1981] 2 MLJ 356, for example. I do
not believe this position has changed even with the passing of s 4(4) of the
Human Rights Commission Act 1999

(Tun Abdul Hamid, 2013)


Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan telah mengiktiraf kewujudan perbezaan undangundang yang terpakai kepada orang Islam mahupun bukan Islam. Namun, sekiranya
seseorang hakim lebih menitik beratkan prinsip yang terkandung di dalam UDHR
berbanding perlembagaan sendiri maka isu diskriminasi pula akan timbul sekiranya hakim
tersebut mengguna pakai prinsip UDHR terhadap seseorang yang beragama Islam.
Jika kita lihat daripada perspektif yang lain, pandangan kontra yang dapat dilihat ialah
hegemoni dan pemikiran barat lebih mendominasi dunia. Hal ini dapat dilihat dengan
wujudnya blok barat yang diterajui pihak Amerika Syarikat juga sekutunya menjalankan
agenda hegemoni barat untuk mendominasi dunia melalui polisi yang diamalkan sehingga

kini. Salah satu daripada tiga polisi tersebut ialah usaha barat dalam mempromosikan hak
asasi manusia dan demokrasi ala barat serta menjaga integriti negara-negara barat dengan
menyekat kebanjiran imigran ke barat.
Amerika Syarikat menggunakan polisi tersebut sebagai pendekatan yang efektif dan
efisien sehingga negara kita Malaysia turut dipengaruhi dengan sistem pemerintahan barat.
Malah, kebanyakan perkara atau isu hak asasi manusia yang berbangkit di Malaysia
disuarakan atas dasar perkara tersebut telah menjadi suatu kelaziman di negara barat. Isu
yang menyokong hujah ini telah dinyataan dari awal penulisan ini. Malah, sekiranya negara
barat campur tangan dalam sistem perundangan di negara kita sudah pasti hak asasi
mereka yang beragama Islam dicerobohi.
Mengapa? Hak asasi manusia dari perpektif barat lebih menumpukan kepada fizikal
iaitu kebebasan dalam kehidupan. Manakala, hak asasi yang diterapkan mengikut perspektif
Islam masih dibatasi oleh hukum-hukum yang telah digarisi oleh Allah SWT. Namun, tidak
mustahil hukum-hukum yang telah digariskan ini dilanggar dan tidak dipatuhi sekiranya
sistem perundangan atau keputusan yang diambil melalui isu-isu berbangkit dipengaruhi
dan dicampur tangan oleh negara barat.
Contohnya, kebanyakan tindakan barat khususnya AS yang didakwa sebagai kempen
memerangi keganasan atau disebut anti pengganas antarabangsa menjadikan umat dan
negara-negara Islam sebagai sasarannya. Kempen anti pengganas telah mula menjadi
perhatian dunia selepas berlakunya peristiwa serangan dasyat ke atas World Trade Centre
(WTC) pada 11 September 2001 di New York. Rentetan daripada itu, AS dengan rasminya
telah mengisytiharkan perang kepada pengganas global. Lebih memburukkan, umat Islam
terus dilibatkan dengan pelbagai tohmahan dan dakwaan yang mencemarkan nama baik
agama sebagai agama yang sukakan keamanan. Penguasaan barat terhadap media telah
memperluaskan dan memudahkan mereka melaksanakan propaganda bagi memburukkan
agama Islam yang mana negara barat ini kini melaungkan slogan pengganas Islam bagi
terus-terusan melabel umat Islam sebagai pengganas. Bukankah ini menunjukkan bahawa
nasib umat Islam tidak terbela?
Justeru, sekiranya kita hanya memandang enteng akan perihal ini maka tidak
mustahil lebih banyak hak asasi manusia tidak diadili dengan sebaiknya lebih-lebih lagi bagi
umat Islam walaupun hak mereka telah disuarakan dan dibincangkan di mahkamah.
Perkara ini perlu diambil perhatian memandangkan negara kita Malaysia merupakan salah
satu negara Islam dan agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini. Tidak mustahil
negara barat melakukan kebaikan sebagai satu propaganda bagi menjatuhkan negara kita
melalui serangan intelek, sosial, budaya dan pelbagai aspek lain.
6

Oleh itu, jelaslah bahawa setiap isu berbangkit mempunyai pandangan pro dan
kontra yang tersendiri mengikut kepada pandangan setiap individu. Hal yang sama berlaku
dalam memperjuangkan hak asasi manusia. Tuntasnya, tidak salah sekiranya kita ingin
memperjuangkan hak sesama manusia tetapi perlulah mengambil kira tahap relevan
tuntutan hak tersebut untuk dilaksanakan di negara kita.

4.0 CABARAN TERHADAP MASA DEPAN MASYARAKAT DAN NEGARA MALAYSIA


Setelah menelusuri pelbagai pandangan pro dan juga kontra pengaruh hegemoni barat dan
globalisasi terhadap hak asasi manusia, kita dapat lihat bahawa setiap yang berlaku itu
sudah pasti akan memberi cabaran yang hebat bagi generasi yang akan datang.
Bertitik tolak daripada itu, antara cabaran yang dilihat perlu ditangani bersama oleh
generasi akan datang dan juga Malaysia ialah merangkumi tiga elemen penting iaitu :LEBIH BERHATIHATI
ELEMEN
CABARAN

MASYARAKAT
PENGAPLIKASIA
N

Rajah 2 : Cabaran Mendepani Isu Hak Asasi Manusia

Dalam konteks ini, langkah berhati-hati dilihat sebagai elemen terpenting. Hal ini demikian,
generasi akan datang perlu mengambil berat dan berhati-hati meneliti isu hak asasi manusia
agar nasib dan hak mereka terbela. Corak pandangan mereka terhadap isu hak asasi
manusia memainkan peranan dalam penentuan isu bagi masa akan datang.
Langkah berhati-hati ini boleh diterapkan melalui pendidikan secara formal di sekolah
mahupun bukan formal. Perkara ini disokong oleh Azizuddin (2002) dengan hujanhnya
menyatakan bahawa langkah-langkah pendidikan hak asasi manusia mestilah diberikan
kepada generasi muda supaya pelapis ini sedar akan kepentingan memelihara hak asasi
manusia, fahaman sejarah dan prinsip-prinsip HAM menurut kepada pelbagai perspektif.
Selain itu, elemen kedua atau cabaran yang dilihat penting ialah kemungkinan
perlembagaan masa kini tidak relevan untuk digunakan bagi masa hadapan kelak. Usaha
perlu dijalankan bagi menerangkan kepada masyarakat global mengenai keupayaan Islam
dalam menangani isu hak asasi manusia di dalam masyarakat berbilang bangsa dan
agama. Elemen ini menfokuskan terus kepada masyarakat yang terkandung di negara kita
iaitu Malaysia. Penyelesaian bagi setiap isu hak asasi manusia yang tercetus mestilah
7

mengambil kira akan pelbagai aspek terutamanya agama dan bangsa yang mana kaedah
penyelesaian yang dijalankan mestilah sesuai dengan setiap kepercayaan serta tidak
menyentuh sensitiviti mana-mana kaum atau bangsa. Dr. Ahmad Jalal Hamad (menurut
Abdul Rahman Abdul Aziz, 2014) menegaskan bahawa :Apa yang dipanggil oleh pemikir Barat sebagai undang-undang tabii sebenarnya
tidak ada bezanya dengan pengertian Islam terhadap apa yang dipanggil
peraturan Allah yang abadi untuk seluruh manusia dan tetap unggul mengatasi
segala undang-undang lain.

Malaysia merupakan negara berbilang bangsa dan menjadikan agama Islam sebagai
agama yang rasmi. Oleh itu, perlembagaan negara yang digubal mestilah sentiasa dikaji
dan diperbaiki mengikut keperluan semasa agar semua bangsa dan kaum di Malaysia
mempercayai tahap relevan perlembagaan negara yang digubal dan seterusnya tidak
membandingkan tahap relevan perlembagaan negara dengan UDHR yang digunakan oleh
negara-negara luar.
Akhir sekali, elemen penting dalam mendepani isu ini ialah pengaplikasian hak asasi
manusia secara holistik dan telus tanpa apa-apa kepentingan. Tribunal hak asasi manusia
sepatutnya diwakili oleh wakil setiap bangsa dan agama. Hal ini demikian, wakil daripada
setiap bangsa dan agama dapat menyuarakan setiap permasalahan yang timbul untuk
menuntut pembelaan. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pembelaan daripada segala
bentuk pencerobohan hak asasi manusia adalah sangan diperlukan.

5.0 RUMUSAN
Kepesatan perkembangan sains dan teknologi pada abad ke-21 telah memberikan pelbagai
kemajuan dari segi kemudahan dan memenuhi setiap tuntutan arus ketamadunan. Namun,
kejayaan yang telah dikecapi ini membuatkan manusia leka dengan limpahan kemajuan dan
kemewahan yang sekaligus mewarnai kehidupan ini dengan pelbagai konflik yang timbul
terutamanya dalam isu memperjuangkan hak asasi manusia yang tidak mengambil kira
faktor batas-batas keagamaan dan norma masyarakat.
Sebaliknya, hak yang diperjuangkan adalah berdasarkan kepada keupayaan
pemikiran logik manusia dan mengikut kepada nafsu kepuasan yang sudah terang lagikan
bersuluh hanya membawa kepada lebih banyak konflik yang akan timbul pada hari
mendatang. Diharapkan penulisan ini dapat menjernihkan kembali pandangan dan
kefahaman dalam memperjuangkan hak asasi manusia melalui pandangan-pandangan pro
dan kontra serta cabarannya bagi generasi dan negara pada masa akan datang.
8

Anda mungkin juga menyukai