Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Seni Dalam Pendidikan (SDP) iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam
Pendidikan merupakan komponen yang penting kerana dapat membantu meningkatkan kreativiti
dan ekspresi kendiri seseorang murid, meningkatkan perkembangan insan dan minda secara
holistik. Demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, saya
telah mengintegrasikan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan ke dalam tajuk mata
pelajaran yang akan saya ajarkan. Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia
oleh Howard Gardner (1983) sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai
kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam
kurikulum yang ada. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan
kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu, guru juga perlu merancang aktiviti pembelajaran
yang pelbagai dan bersepadu untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar
yang berbeza, keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang baru seiring dengan
persekitaran yang memberikan inspirasi.

1.0 PENGHASILAN KIT PERSEMBAHAN

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2007), kit pembelajaran ditakrifkan sebagai bahan
pengajaran yang lengkap untuk pembelajaran sesuatu topik dan bahan-bahan tersebut bersifat
concerete material. Kit pengajaran juga merupakan salah satu contoh Bahan Bantu Mengajar
(BBM). Pelbagai BBM boleh dibina dan disediakan untuk sesuatu mata pelajaran. Menurut
Norzainariah Abu Hassan (2004) BBM yang disimpan di dalam suatu bekas seperti plastik, kotak,
kayu, dan sebagainya, dinamakan sebagai kit pembelajaran dan pengajaran

Penyimpanan ini bertujuan untuk memudahkan urusan pengesanan, pengurusan, dan


penyimpanan yang lebih sistematik. Khatijah Abdul Hamid (1990) dalam kajiannya menyatakan
bahawa kit pembelajaran biasanya mengandungi alat dan bahan visual yang bukan elektronik
seperti kad-kad (kad abjad, suku kata, perkataan, dan sebagainya), papan cerita, gambar,
bongkah plastik, kaset cerita, dan sebagainya. Pembinaan kit tersebut juga adalah bergantung
objektif pembelajaran yang ditetapkan dan topik yang hendak diajar. Kaedah penggunaan kit ini
juga bergantung kepada kreativiti guru dalam memvariasikan pembelajaran bagi menarik minat
dan membantu pelajar dalam memahami isi pengajaran dalam bentuk yang lebih mudah. Oleh
itu, pembelajaran tidak lagi bergantung kepada peralatan tradisional seperti kapur, papan hitam,
dan buku teks semata-mata sebagai media pengajaran (Haizum Hanim Ab. Halim & Lai (2011).
Pembinaan kit tersebut juga adalah bergantung objektif pembelajaran yang ditetapkan
dan topik yang hendak diajar. Kaedah pengaplikasian kit ini juga bergantung kepada kreativiti
guru dalam mempelbagaikan pembelajaran bagi menarik minat dan membantu murid-murid
dalam memahami isi pengajaran dalam bentuk yang lebih mudah. Oleh itu, pembelajaran tidak
lagi bergantung kepada peralatan tradisional seperti kapur, papan hitam, dan buku teks semata-
mata sebagai media pengajaran (Haizum Hanim Ab. Halim & Lai (2011). Dalam kajian ini, kit
pembelajaran yang dibangunkan adalah bersifat asas dan berfokus kepada kemahiran
membaca.

Kit yang direka ini adalah bertemakan haiwan yang bermula dengan huruf vokal seperti
a,e,I,o,u dan disesuaikan dengan sukatan pembelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KSSR). Perkataan yang digunakan bagi tujuan pembinaan kit juga diambil daripada sukatan
pembelajaran Tahap Satu. Sukatan pembelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) masih diguna pakai supaya pembelajaran tidak terpesong daripada sukatan
pembelajaran. Penggunaan kit tidak hanya terbatas kepada alat-alat yang biasa digunakan
seperti papan hitam, gambar-gambar, dan segala bentuk perkakasan, dan perisian untuk
pengajaran. Pada masa yang sama, kit ini juga mengandungi tiga modul asas bacaan yang
meliputi pengecaman huruf dan pengetahuan grafik, bunyi dan ejaan, dan konteks tatabahasa.

Kesimpulan

Kesimpulan yang berkaitan dengan pengaplikasian Kit Asas Membaca kepada murid-
murid tahun satu. Secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa keupayaan murid-murid
tahun satu dalam aspek mengenal huruf vokal mampu dipertingkatkan dari masa ke semasa
berdasarkan kaedah pembelajaran secara didik hibur dan yang dipermudahkan. Kaedah
pembelajaran bersama Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang bersesuaian dengan objektif mampu
menjadikan pembelajaran bahasa Melayu lebih menarik dan menghiburkan.
RUJUKAN

Cikgufaizah. (2014). Hurufvokal. Laman ini dilawat pada 15 Februari 2019: http://cikgufaizah-
hurufvokal.blogspot.com/p/kuiz.html

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haizum Hanim Ab. Halim & Lai, C. S. (2011). Penilaian keberkesanan kit pengajaran transistor
bagi aliran vokasional. Paper presented at the Seminar Pascasiswazah Pertama, Universiti
Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.

Howard Gardner. (1983). Multiple intelligences (Vol. 5, p. 56). Minnesota Center for Arts
Education.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1981). Buku panduan am Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khatijah Abdul Hamid. (1990). Tinjauan alat dan bahan dalam pengajaran bahasa Melayu:
Peranan dan sumbangan dari pihak swasta. Dlm. Juriah Long & Noor Ein Mohd Noor (Eds.),
Alat dan bahan pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norzainariah Abu Hassan. (2004). Kebolehgunaan kit pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan prestasi pelajar: Satu tinjauan di KUiTTHO. (Unpublishes master’s thesis).
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Batu Pahat, Johor.

Notabudakipg. (2012). Jenis-jenis Huruf Vokal dan Konsonan. Laman ini dilawat pada 15 Februari
2019:http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-huruf-vokal-konsonan-
dan.html

Sinrui820. (2012). Bahasa Melayu Tahun Satu. Laman ini dilawat pada 15 Februari 2019:
http://sinrui820.blogspot.com/p/blog-page.html
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai