Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Setiap murid mempunyai personaliti, tempramen dan keperluan yang berbeza. Di dalam
sebuah bilik darjah, murid-murid terdiri daripada latar belakang yang berbeza. Selain itu,
keupayaan dan motivasi murid untuk belajar di dalam bilik darjah juga berbeza-beza.
Menurut Doyle (1986), bilik darjah ialah sebuah tempat yang kompleks di mana berlakunya
beberapa aktiviti pada masa yang serentak. Masalah disiplin dan tingkah laku murid di
dalam bilik darjah sudah lama mendapat perhatian umum di dalam masyarakat negara kita
terutama para pendidik. Hal ini merupakan cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh
mereka yang bergelar pendidik dan sudah menjadi satu realiti yang akn menganggu Pdp,
menjejaskan suasana sosioemosi di bilik darjah dan menimbulkan banyak tekanan kepada
guru. Situasi ini kadangkala menyebabkan guru mempersoalkan keupayaannya serta
mungkin hilang harapan dan berputus asa terhadap pembelajaran muridnya. Seperti yang
kita ketahui, matlamat pengurusan bilik darjah bukan bertujuan mengawal murid semata-
mata sebaliknya bertujuan mengekalkan minat, motivasi serta menggalakkan penglibatan
murid dalam Pdp dan pada masa yang sama dapat mengurangkan gangguan yang wujud.
Oleh hal ini demikian, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan pelaksanaan
Pdp berjalan dengan lancar seterusnya mencapai objektif dan standard pembelajaran yang
digariskan dalam Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran (DSKP). Oleh itu, penulisan
ini akan membincangkan dan menganalisis tiga isu yang berkaitan tingkah laku bermasalah
di dalam bilik darjah sering menjadi barat dalam masyarakat pada hari ini. Seterusnya,
penulisan ini juga akan mencadangkan cara penyelesaian isu tersebut dengan
menggunakan kaedah atau panduan daripada model pengurusan disiplin dan
diperkukuhkan lagi dengan intervensi yang sesuai.

2.0 DEFINISI DISIPLIN, TINGKAH LAKU BERMASALAH, MODEL PENGURUSAN


DISIPLIN DAN INTERVENSI

Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah
laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut
Al-Ghazali pula dari perspektif islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan. Tingkah laku bermasalah pula merujuk perlakuan yang tidak mengikut norma-
norma yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Tingkah laku bermasalah juga merujuk
kepda sebarang tingkah laku sama ada positif atau negatif yang menjejaskan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam bahasa inggeris, tingkah laku bermasalh
disebut sebagai “abnormal behavior” iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma
masyarakat. Manakala disiplin pula berkaitan dengan tingkah laku seseorang. Disiplin boleh
ditafsirkan sebagai latihan, kawalan dan kepatuhan yang bertujuan membentuk tingkah laku

1
yang dikehendaki. Perkataan disiplin berasal daripada perkataan Latin, iaitu disciplina yang
bermaksud mengajar. Secara keseluruhannya, disiplin adalah set peraturan untuk
mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diinigini. Masalah disiplin boleh dibahagikan
kepada destruktif, disruptif dan sikap bergantung. Seterusnya, model pengurusan bilik
darjah pula adalah satu panduan tentang pengurusan disiplin dan tingkah laku dengan
menggunakan pendekatan yang berbeza.

3.1 SITUASI TINGKAH LAKU BERMASALAH DAN CARA PENYELESAIANNYA


DENGAN MENGGUNAKAN MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN INTERVENSI

Sejak beberapa dekad dahulu, ahli-ahli teoris dan beberapa orang tokoh pendidikan telah
mengutarakan beberapa model pengurusan disiplin bagi membantu guru-guru dalam
menangani masalah disiplin murid-murid di sekolah terutamanya ketika berada di dalam
kelas. Terdapat banyak model disiplin yang boleh digunakandan diaplikasikan dalam bilik
darjah bagi mengurus disiplin murid-murid dalam mewujudkan suasana sesi pengajaran dan
pembelajaran yang tenang, sihat,kondusif dan efisyen. Model-model ini banyak memberikan
panduan tentangpengurusan disiplin dan tingkah laku meskipun setiap daripada model-
model disiplinini mengutarakan pendapat dan idealogi yang berbeza-beza. Bab ini akan
membincangkan mengenai tiga masalah disiplin murid yang telah dipilih untuk dikaji secara
mendalam dengan mencadangankan penyelesaiannya masalah tersebut melalui model
pengurusan bilik darjah dan intervensi yang difikirkan sesuai.

2.1 SUKA MENYENDIRI

Pemerhati: Pn Supah bt Mat yusof

Tanith pemerhalian: 19 Jan 2010

Masa pemerhaflan :9.00 pg— 12.00 tgh

Nama pelalar: Muhamad Nur Iukman b. Khamis

Penerangan tentang kejadlan:

Muhamad Nur Lukman tidak meIibatkan diri dalam akiiviti dalam dan luar kelas. Suka bersendiri, bermain
sendiri, kadang kala melarikan dari rakan dan guru serta menyorok ditempat-tempat yang susah hendak
dijumpai. Menunjukkan minat bukan pada aktiviti tetapi pada guru yang menjalankan aktiviti. Semasa
menyorok dibelakang guru dan seakan berkepit dengai guru. Jarang berkomunikasi dengan rakan dan
bahan pengajaran yang guru sediakan. Kadangkala cuba untuk bermain dan terlibat dalamaktiviti tetapi
dengan kehadiran guru. Hanya bermain dengan alatan yang diminati tetapi bermain sendiri seperti
bermain bola. Tidak mahu berkongsi alatan mainan dan suka menjauhkan diri dari rakan.
2
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, Luqman di dapati mempunyai tingkah laku
bermasalah iaitu suka menyendiri. Oleh hal demikian, saya berpendapat model pengurusan
tingkah laku yang diperkenalkan oleh Rudolf Dreikurs dapat membantu menangani masalah
yang di hadapi oleh Luqman. Hal ini demikian kerana menurut Dreikurs guru hendaklah
mengenal pasti punca dan akibat salah laku yang dilakukan. Oleh itu, guru hendaklah
meneliti dan mengkaji punca mengapa Luqman menyendiri, menjauhkan diri daripada
kawan dan tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti Pdp. Peneliti terhadap punca Luqman
berkelakuan sedemikian membolehkan guru mengetahui sebab luqman menyendiri dan
memberi ruang untuk guru membaiki kesilapan tersebut. Selain itu, melalui model ini juga,
guru-guru juga boleh menyatakan akibat atau kesan yang akan berlaku jika Luqman terus
berkelakuan sedemikian. Misalnya, hubungan Luqman dengan rakan sekelas menjadi
keruh, Luqman mungkin akan tercicir dalam pelajarannya kerana dia tidak menunjukkan
minat terhadap Pdp yang dilakukan oleh guru. oleh itu, guru akan menangani masalah
Luqman ini bagi mengelakkan akibat yang lebih buruk lagi berlaku. Selain itu, Dreikurs juga
ada menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada
murid-murid untuk sama-sama menjaga disiplin di dalam kelas. Penekanan ini
membolehkan murid faham dan mengamalkan peraturan yang ditetapkan seterusnya dapat
mewujudkan kawalan kendiri. Kaedah ini membolehkan muird-murid memberi pandangan
atau memikul tanggungjawab. Dreikurs juga menekanan mengenai rasa kepunyaan dalam
diri murid. Hal ini akan menyebabkan Murid-murid juga akan berasa mereka penting untuk
guru dan rakan sekelas. Sebagai langkahnya, guru boleh memberikan Luqman
tanggungjawab terhadap kelas seperti memberi jawatan ketua kelas bagi meningkatkan
peranan dan membentuk rasa kepunyaan terhadap kelas. Ini membolehkan Luqman tidak
berasa dipinggirkan dan meningkatkan keyakinannya untuk bergaul dengan rakan sekelas
dan melibatkan diri dalam aktiviti Pdp. Selain itu, berdasarkan model Dreikurs, beliau telah
menyatakan motif sesuatu tingkah laku dilakukan. Berdasarkan situasi Luqman, motif
tingkah laku Luqman adalah untuk mempamerkan kekurangannya. Motif ini terjadi biasanya
apabila murid tersebut kurang diberi pengiktirafan samaada oleh guru dan rakan. Oleh hal
ini, guru hendaklah cuba menarik perhatian dan memberi peluang kepada Luqman untuk
menunjukkan keupayaannya seterusnya meningkatkan keyakinan. Guru juga hendaklah
menghargai usaha mereka dan memberi pengiftirafan yang sesuai. Contohnya, Pdp
berdasarkan minat Luqman dan sentiasa menanyakan pandangan Luqman berkenaan soal
kelas ataupun soalan dalam Pdp disamping memberi pengiftirafan dalam bentuk hadiah
atau pujian.

Selain menggunakan model akibat logikal oleh Dreikurs, guru juga perlu menggunakan
intervensi yang sesuai untuk membantu Luqman. Intervensi yang boleh untuk meningkatkan

3
pelibatan dan menarik minat Luqman dalam Pdp ialah intervensi melalui terapi muzik. Hal ini
demikian kerana muzik boleh menghiburkan, menenangkan dan mendidik individu. Oleh itu,
guru mestilah memasukkan elemen muzik dalam aktiviti Pdp mereka. Sebagai contoh, guru
boleh melakukan aktiviti nyanyi di dalam kelas dan memanggil Luqman untuk mengetuai
nyanyian tersebut. Peraturan dan arahan juga boleh diberikan sebelum aktivit dijalankan.
Semasa menyanyi guru boleh berada di samping Luqman sambil bernyanyi bersama tanpa
rasa rendah diri.

2.2 GEJALA VANDALISME

Gejala vandalisme atau merosakkan harta benda merupakan satu salah masalah disiplin
yang sering berlaku di sekolah. Contoh petikan mengenai masalah disiplin vandalisme yang
berlaku di sebuah sekolah.

“Kes ini berkaitan dengan kegiatan vandalisme di SK Kuala Lanjut. Kes ini menjadi semakin parah
apabila dinding sekolah,tandas sekolah ,kerusi meja murid dan telefon awam yang terdapat dalam
kawasan sekolah sering dirosakkan. Kegiatan vandalisme inimendatangkan pelbagai masalah
kepada pihak sekolah dan ibu bapa pelajar. PenolongKanan Hal Ehwal Murid Puan Sariah Tokijan
kelihatan semakin hilang sabar melihat perbuatan pelajar yang tidak bertanggungjawab ini. Perkara
tersebut juga telah dilaporkan kepada Guru Besar SK Kuala Lanjut En Samsudin bin Dahlan. Akhirnya
secara tidak sengaja, Puan Sariah telah mendapat petunjuk apabila perbuatan seorang pelajar yang
terlibat dalam perbuatan Vandalisme terbongkar”

Petikan di atas merupakan suatu masalah vandalisme yang sering berlaku di sekolah. Oleh
itu, saya berpendapat model pengurusan bilik darjah yang diperkenalkan oleh Alfie Kohn
iaitu Model Beyond Discipline Alfie Kohn dapat membantu mengurangkan masalah
vandalisme ini. Hal ini demikian kerana Kohn menekankan komuniti bilik darjah yang
penyayang dan saling menyayangi antara satu sama lain. Kesannya murid akan berasa
dihormati dan dihargai. Mereka juga akan melihat diri mereka di dalam kelas sebagai satu
mempunyai rasa kepunyaan dan dipunyai. Oleh itu, akan timbul kesedaran dalam diri
mereka untuk menjaga bilik darjah dan kawasan persekitaran sekolah mereka dengan
sebaiknya. Keadaan ini dapat mengekalkan gejala vandalisme berlaku.

Selain Menurut Kohn, pemberian ganjaran dan hukuman adalah tidak efisien. Hal ini
demikian kerana mendatangkan kesan sampingan yang negatif kepada murid seperti hilang
kepercayaan, bersikap menghindari dan hanya berfokuskan kepada ganjaran semata.
Kesannya, akan menghalang murid bersikap penyayang, prihatin dan mempunyai kawalan
kendiri. Oleh itu, guru hendaklah memfokuskan kepada usaha untuk mewujudkan murid
yang mempunyai kawalan kendiri. Kohn juga menegaskan guru bukan hanya sekadar
menetapkan peraturan contohnya jangan memoteng di dinding tandas tetapi guru juga perlu

4
memikirkan tujuan peraturan itu dipatuhi. Model ini juga menyatakan sesuatu peraturan yang
hendak ditetapkan, seelok terdapat perbincangan bersama antara guru dan murid. Hal ini
demikian kerana perbincangan antara murid dan guru dalam menetapkan sesuatu peraturan
kelas contohnya dilarang menconteng meja akan menghargai dan berasa
bertanggungjawab terhadap peraturan yang dipersetujui bersama.

Selain menggunakan Model Beyond Discipline oleh Alfie Kohn, guru juga boleh
menggunakan intervensi dalam mengurangkan masalah disiplin berkenaan dengan gejala
vandalisme ini. Intervensi yang sesuai dijalankan ialah melalui bimbingan dan kaunseling
dan modifikasi tingkah laku. Bimbingan dan kaunseling merupakan kaedah yang dapat
menyedarkan murid tentang kesalahan disiplin yang dilakukan. Melalui teknik ini murid akan
insaf dan sedar tentang kesalahan yang mereka lakukan. Manakala, teknik modifikasi
tingkah laku pula menggunakan prinsip peneguhan. Terdapat dua bentuk peneguhan iaitu
positif (ganjaran) dan negatif (dendaan). Peneguhan negatif dalam bentuk dendaan boleh
diberikan kepada murid yang didapati melakukan kegiatan ini. Contohnya, membersihkan
semula apa yang diconteng. Tetapi peneguhan positif berkesan lebih berbanding dengan
dendaan. Prinsip Premack menyatakan tingkah laku yang tidak diingin boleh dikurangkan
apabila menggabungkan tingkah laku yang diingini dengan peneguhan positif. Contohnya,
untuk mengurangkan gejala vandalisme di sekolah terutama melibatkan tandas. Guru boleh
membuat pertandingan tandas yang akan diagihkan mengikut tahun. Contohnya, tandas
blok A akan menjadi tanggungjawab murid-murid tahun 5. Tandas yang paling cantik dan
bersih akan diberikan ganjaran. dengan ini maka jelaslah, masalah vandalisme dapat
dikurangkan dan diatasi dengan menggunakan model pengurusan tingkah laku dan
intervensi yang dicadangkan.

5
2.3 GEJALA PONTENG SEKOLAH

Nama Sekolah Sekolah Kebangsaan Manong, 33800 Manong, Perak Darul Ridzuan
No. Kod Sekolah Aba 4023
No. Telefon 05-7430327
No. Fax 05-7431977
Laporan Laporan Intervensi Menangani Kes Ponteng Tahun 2015
Bulan : Januari Tarikh : 27hb. Januari 2015
Hari : Selasa Masa : 9.00 Pagi
Sasaran :
1. Nor Maziah Arni Binti Zamzuri 1 Ibnu Sina (Berturut 3 Hari)
2. Normaizura Binti Zamzuri 6 Ibnu Bathutha Berkala 7 Hari
3. Normaizatul Arkma Bt. Zamzuri Pend. Khas (Nur 3) Berturut 5 Hari 5
Isu :
Dapatan daripada hasil perbincangan dengan ibu murid di atas, terdapat
beberapa isu yang mendorong murid di atas ponteng sekolah. Antaranya:
a) Tiada perhatian yang serius daripada ibu bapa. Bapa keluar bekerja
jam 6.00 pagi dan pulang jam 8.00 malam.
b) Pengaruh ahli keluarga iaitu kakak di sekolah menengah yang sering
kali ponteng sekolah.
c) Sering tidur lewat malam sehingga sukar untuk bangun pagi.

Jadual 1 menunjukkan laporan masalah ponteng yang berlaku di sebuah sekolah rendah di
Manong, Perak. Dalam menangani masalah disiplin seperti ponteng dan tidak hadir ke
sekolah, saya berpendapat model pengurusan tingkah laku yang diperkenalkan oleh Canter
iaitu Model Disiplin Asertif dapat membantu guru dan pihak sekolah dalam menghadapi
masalah ini. Model ini berasaskan peneguhan kepada tingkah laku yang diingini dan
penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model ini adalah
suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan murid belajar. Ia
berasaskan prinsip-prinsip bahawa guru dan murid mempunyai hak untuk mengajar dan
belajar. Hak yang dimaksudkan adalah hak murid untuk belajar dalam persekitaran dan
kondusif dan hak guru untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah dan
memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan di dalam bilik darjah yang telah
ditetapkan. Berasaskan model Canter, guru hendaklah menyediakan satu set peraturan di

6
dalam bilik darjah yang menjelaskan mengenai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh
murid di dalam bilik darjah. Apabila peraturan tingkahlaku telah ditetapkan, guru hendaklah
memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Terutamanya bagi
murid yang terlibat dalam masalah ponteng kelas, set peraturan ini sememangnya amat
membantu guru dalam memastikan kehadiran murid di dalam bilik darjah. Guru boleh
menyediakan satu set peraturan yang menetapkan hukuman ataupun dendaan jika murid
kerap kali tidakhadir atau ponteng kelas. Misalnya, jika dalam tempoh seminggu, murid lebih
tiga hari tidak hadir dalam kelas, dia akan dikenakan hukuman atau dendaan
sepertimelakukan kerja amal, pembersihan bilik darjah dan sebagainya.

Canter juga menekankan bahawa sebelum melaksanakan pelan tindakan, guru seharusnya
terlebih dahulu menjelaskan set peraturan tersebut kepada murid dan dilaksanakan secara
konsisten dan adil dan tanpa perasaan pilih kasih. Melaksanakannya secara konsisten dan
adil disini membawa maksud guru tersebut hendaklah memberi ganjaran atau dendaan
pada masa tingkah laku tersebut ditunjukkan oleh murid. Dalam kes gejala ponteng sekolah
ini juga, guru haruslah bersikap adil terhadap semua pelajar. Hal ini bermakna guru
tidaksewajarnya bersikap acuh tidak acuh dan memandang enteng kesalahan murid yang
sering ponteng sekolah, meskipun murid tersebut adalah murid kesayangannya. Dalam
sesetengah kes juga, ada juga guru yang dikatakan takut untuk menegur kesalahan
muridnya kerana murid tersebut datangnya dari golongan berada sebaliknya hanya berani
menegur murid yang berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau rendah kerana
setaraf dengannya. Hal ini juga tidak sewajarnya ber laku kerana kesalahan yang dilakukan
tetap merupakan satu kesalahan malah guru tersebut juga seharusnya bertindak juga
bersikap tegas dan adil dalam melaksanakan tindakan kepada setiap muridnya.

Di samping itu, guru juga boleh mengaplikasikan strategi pemberian peneguhan berbentuk
ransangan atau hukuman kepada murid yang kerap kali ponteng dan tidak hadir di dalam
kelas. Mohd Ismail Othman(2006) dalam bukunya menjelaskan bahawa Model Disiplin
Asertif Canter yang menggunakan peneguhan berbentuk ganjaran dan hukuman
sememangnya dapat merangsang murid untuk bertingkah laku baik. Canter menjelaskan,
murid-murid akan teruja dan berusaha untuk berperilaku baik apabila guru memberikan
pengiktirafan dalam bentuk ganjaran terhadap sesuatu tindakan wajar yang mereka lakukan.
Pengiktirafan seperti penghargaan, galakan, komen positif dan sebagainya dapat
meningkatkan motivasi murid untuk mengekalkan sikap positif tersebut. Sementara
peneguhan negatif berbentuk hukuman dan dendaan pula akan menyebabkan mereka
berusahamengurangkan tingkah laku bermasalah tersebut.Bagi kes murid yang menghadapi
masalah kerap ponteng kelas ini, guru jugaboleh menggunakan peneguhan berbentuk
ganjaran bagi memastikan muridsentiasa hadir dan mengikuti proses pengajaran dan

7
pembelajaran di dalam bilikdarjah. Misalnya, guru menjelaskan kepada murid bahawa
sesiapa yang hadir penuhdalam tempoh sebulan atau berturut-turut dalam bulan selanjutnya
akan diberikanganjaran berupa hadiah, penghargaan atau sebagainya. Bagi seorang murid,
kata-kata pujian atau komen positif dianggap sebagai satu penghargaan bagi mereka. Ayat
seperti “Bagus Amin. Kamu datang penuh dalam bulan ini.” atau sebagainya daripada guru
sebenarnya sudah cukup menggambarkan rasa kegembiraan dalam diri murid. Apatah lagi
jika guru mengucapkannya di hadapan bilik darjah dan rakan sekelas. Hal ini secara tidak
langsung juga dapat meningkatkan konsep kendiri dalam diri murid, malah bagi rakan lain
juga sudah tentu mereka akan turut berusaha mengekalkan rekod kehadiran yang sama dan
penuh juga.

Selain menggunakan Model Disiplin Asertif oleh Lee Canter, guru juga boleh menggunakan
intervensi dalam mengurangkan ponteng dan tidak hadir sekolah seperti ini. Intervensi yang
sesuai dilakukan ialah modifkasi tingkah dan terapi kanak-kanak seperti terapi bermain.
Teknik modifikasi ini adalah berdasarkan peneguhan postif (ganjaran) dan negatif
(dendaan). Menurut (006) dalam buku nyamenjelaskan bahawa Model Disiplin Asertif Canter
yang menggunakan peneguhan berbentuk ganjaran dan hukuman sememangnya dapat
merangsang murid untuk bertingkah laku baik. Misalnya dalam gejala ponteng sekolah ini.
Jika sebaliknya berlaku iaitumurid melanggar peraturan, guru haruslah mengenakan
peneguhan negatif yangberstruktur dengan menyuruh murid sedaya upaya untuk mengelak
daripadamelakukan kesalahan. Sebagai contoh, jika peraturan tidak dipatuhi, guru perlu
mencatatkan pelanggaran peraturan ini diatas jadual yang dipaparkan di dinding bilik darjah.
Guru akan menanda tanda salah (X) pada papan notis sebagai tanda perekodan jumlah hari
murid tidak hadir ke sekolah. Tingkah laku negatif hasil daripada pelanggaran peraturan
yang ditanda (X) akan menerima hukuman-hukuman seperti Jadual 1 di bawah.

Bilangan pelanggaran tidak hadir atau ponteng Hukuman


kelas (X)
X Amaran pertama
XX Amaran kedua
XXX Memaklumkan kepada ibubapa atau penjaga
XXXX Berjumpa dengan guru besar
XXXX Buang sekolah
Disamping itu, peneguhan positif juga boleh digunakan dalam usaha mengurangkan masalah ini.
contohnya, guru boleh memberi anugerah kepada mereka yang mempunyai rekod kehadiran penuh
setiap bulan atau tahun. Hal ini boleh memberi motivasi kepada murid lain untuk hadir ke sekolah.

8
Bukan itu sahaja, teknik melalui terapi kanak-kanak seperti terapi bermain juga boleh dilakukan bagi
membantu mengurangkan masalah ponteng dan tidak hadir ke sekolah ini. Terapi ini boleh
diterapkan semasa Pdp di jalan di dalam kelas. Antara aktiviti yang boleh dijalankan seperti
permainan boneka, bercerita, bermain spontan/berperaturan dan sebagainya. Untuk kanak sekolah
rendah, permainan yang mempunyai aturan dilihat lebih berkesan seperti bola sepak dan sebagai.
Melalui terapi ini, aktivit Pdp di sekolah akan menjadi menarik dan menyeronokkan. Keadaan ini
seterusnya, menarik minat murid untuk datang ke sekolah.

4.0 RUMUSAN

Tuntasnya, sebagai seorang guru, perancangan yang teliti sememangnya penting dalam
mengurus tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Seorang guru yang baik akan sentiasa
memastikan murid tidak berasa bosan dengan pengajaran guru. Oleh sebab itu, setiap guru
perlu memahami bagaimana untuk menguruskan bilikdarjah secara berkesan. Sesuatu
pengajaran perlulah dirancang dengan mengambilkira beberapa aspek penting. Aspek-
aspek seperti tahap kebolehan murid, minat murid, aktiviti yang mencabar murid dan aktiviti
yang memotivasikan murid perludiambil kira dalam membuat perancangan awal mengenai
aktiviti atau strategi yangingin dilaksanakan. Selain itu, sebagai seorang guru juga kita
perlulah mempelbagaikan model disiplin dan intervensi ini dalam membantu guru
menguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan dan sistematik. Oleh sebab itu, adalah
menjaditanggungjawab guru untuk mengaplikasikan konsep dan menerapkan
pendekatandalam setiap model tersebut untuk menghasilkan satu proses pengajaran
danpembelajaran yang lebih bermakna. Akhir kata, disiplin sememangnya menjadi perkara
asas dalam membentuktingkah laku positif murid, terutamanya dalam memastikan
pengurusan tingkah lakuyang berkesan di dalam bilik darjah. Justeru, nilai disiplin ini
perlulah diterapkandalam diri murid dalam setiap perkara yang dilakukan oleh mereka.
Generasi mudasekarang adalah pelapis kepada pucuk kepimpinan negara suatu hari
kelak.Menyedari hakikat ini, kita perlulah bersama-sama memastikan kualiti modal
insanyang ingin dihasilkan dapat memenuhi kehendak, menjaga imej sistem
pendidikandiseterusnya mendukung aspirasi negara

5.0 RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai