Anda di halaman 1dari 34

SJK(C) YOK BIN

121, JALAN KUBU


75300 MELAKA.

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA YOK BIN

TARIKH: 13 MARCH 2020 (JUMAAT) – 15 MARCH 2020


(AHAD)
MASA: 2.30 PETANG (JUMAAT) – 2.00 PETANG (AHAD)
TEMPAT: PADANG SJK(C) YOK BIN
ANJURAN: UNIT BERUNIFORM PENGAKAP SJK(C) YOK BIN
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA YOK BIN

1.0 PENGENALAN
Perkhemahan unit beruniform ini merupakan antara saluran pendidikan luar
bilik darjah yang berkesan. Usaha ini bertujuan untuk menangani masalah
gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada
diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang
disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga
menanam sifat keberanian dan kepercayaan interpersonal dan intrapersonal.
Adalah sangat diharapkan program ini akan dapat memberi peluang kepada
murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Di samping menimba
pengalaman, perkhemahan ini akan dapat mengeratkan tali persaudaraan
sesama murid dan juga guru-guru.

2.0 RASIONAL
Perkhemahan ini adalah bertujuan untuk memberi panduan dan kemahiran
kepada murid khususnya dalam pembinaan disiplin diri, kepimpinan dan
memupuk kerjasama dalam kalangan mereka. Perkhemahan ini juga bertujuan
untuk membina keyakinan diri setiap peserta di samping mengamalkan
semangat setiakawan dalam kalangan mereka.

3.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:
3.1 Memperolehi pengalaman yang berguna dalam kehidupan seharian.
3.2 Menyemai semangat bekerja dalam kumpulan.
3.3 Mengukuhkan semangat jati diri.
3.4 Membina keyakinan dan ketrampilan diri.
3.5 Berdikari semasa melakukan kerja individu seperti mengemas khemah,
mencuci kasut dan mengurus diri sendiri.
4.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN
4.1 Tarikh : 13 – 15 March 2020 (Jumaat – Ahad)
4.2 Masa : 2.30 petang (Jumaat) – 2.00 petang (Ahad)
4.3 Tempat : Padang SJK(C) YOK BIN
4.4 Anjuran : Unit Beruniform Pengakap SJK(C) Yok Bin

5.0 SASARAN PENYERTAAN


Perkhemahan ini mensasarkan kepada ahli unit beruniform Pengakap dan
Bulan Sabit Merah tahap 4 seramai 40 orang peserta. (Rujuk lampiran).

6.0 PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PENGELOLA


6.1 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : En. Tee Khok How
Naib Pengerusi : Pn. Tan Yoke Eng
Setiausaha : En. Teh Jun Wee
Pen. Setiausaha : En. Tan Yu Jing
Bendahari : Pn. Chan Chung Sien
Pen. Bendahari : Cik Fong Jia En

6.2 JAWATANKUASA KERJA


Kem Komandan : En. Yong King Hee
Pen. Kem Komandan : En Kamaruddin Bin Othman
Ketua Urusetia : En. Teoh Zi Han
Ketua Pendaftaran : Cik Oh Si Min
Ketua Makanan/ Minuman : En. Ooi Haofeng
Juruacara (Perasmian & Penutup) : En. Clement Chong Kiet Siew
Cik Lee Sii Hui
Ketua Disiplin/ Keselamatan : En. Low Hao Zhe
Ketua Rakaman Foto/ Video & Dokumentasi : Cik Gan Lee Ching
Ketua Siaraya/ Elektrik : En. Tan Zhi Hong
Ketua Hadiah/ Cenderahati/ Sijil : Pn. Sophia Law Hui Hui
Ketua Kerohanian : Pn. Siti Salwa Bt Muhamad
Ketua Buku Program/ Brosur : Pn. Betty Yung Chung Wen
Ketua Kebersihan : Cik Ee Hui Yee
Ketua Penyediaan Tapak Perkhemahan : En. Amirul Bin Umar
Ketua AJK Peralatan : En. Tee Yu Chuan

7.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA


7.1 JAWATANKUASA INDUK
JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
Pengerusi En. Tee Khok How - Bertanggungjawab
dalam menguruskan
pentadbiran, kewangan
dan aktiviti
- Memastikan arahan
daripada penasihat
perkhemahan dapat
dijalankan
- Memberi arahan yang
tepat dan jelas kepada
jawatankuasa dalam
melaksanakan tugasan
atau aktiviti
- Menjadi orang tengah
dalam mengemukakan
cadangan atau usul ahli
kepada pihak yang
berkenaan
Naib pengerusi Pn. Tan Yoke Eng - Membantu pengerusi
dalam melicinkan
perlaksanaan aktiviti.
- Memangkus tugas
pengerusi semasa
ketiadaannya
Setiausaha En. Teh Jun Wee - Menguruskan urusan
surat
- Menyediakan kertas
kerja menyurat kepada
pihak yang berkenaan
Penolong En. Tan Yu Jing - Membantu setiausaha
Setiausaha dalam melicinkan tugas
pelaksanaan aktiviti
semasa ketiadaannya
Bendahari Pn. Chan Chung Sien - Menyimpan semua risit,
baucar-baucar, buku
rekod wang keluar dan
masuk bendahari
- Menyediakan laporan
wang masuk dan keluar
sebelum mesyuarat
- Memberi pandangan
dalam usaha untuk
menyelesaikan masalah
kewangan bagi
perlaksanaan program
- Menandatangani cek-cek
bersama pengerusi atau
setiausaha atau kedua-
duanya sekali
Penolong Cik Fong Jia En - Membantu bendahari
Bendahari dalam melicinkan tugas
perlaksanaan aktiviti
semasa ketiadaannya
7.2 JAWATANKUASA KERJA
JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
Kem Komandan - En. Yong King Hee - Memastikan semua
Pen. Kem - En Kamaruddin Bin program perkhemahan
Komandan Othman berjalan dengan lancar
- Membuat laporan dari
semasa ke semasa di
dalam buku catatan
- Menerima laporan
daripada ketua pasukan
badan beruniform
Pengakap dan PBSM
selepas setiap aktiviti
- Memastikan keluar
masuk guru direkodkan.
- Memastikan peserta
perkhemahan berada
dalam keadaan baik
sepanjang tempoh
perkhemahan.
- Sentiasa memantau
kawasan perkhemahan
supaya berada dalam
keadaan baik dan
selamat.
Urusetia - En. Teoh Zi Han - Menguruskan segala
- En. Lee Kun King hal surat-menyurat
- En. Hee Kuang Lew -Menyediakan jadual
- Pn. Oh Soo Yeen aktiviti perkhemahan
- Memastikan
perkhemahan berjalan
dengan mengikut jadual
- Memastikan semua
aktiviti dan pertandingan
dilaksanakan mengikut
jadual
- Sentiasa
menghebahkan segala
maklumat terkini
- Melantik hakim-hakim
pertandingan kawad kaki
-Menyediakan surat
kebenaran khas
perkhemahan dan
mengedarkan kepada
semua peserta dua
minggu sebelum
perkhemahan
- Membuat laporan
setiap aktiviti yang
dijalankan
Pendaftaran - Cik Oh Si Min - Mengambil kedatangan
- Cik Sim Yi Tang peserta
- Pn. Suraya Bt. Zaimi - Mengedar jadual aktiviti
dan peraturan
perkhemahan kepada
peserta
- Memaklumkan tempat
perkhemahan
- Mengendalikan
pendaftaran peserta
sebelum hari
perkhemahan.
- Menyerahkan tanda
nama peserta (sekiranya
ada)
Makanan/ Minuman En. Ooi Haofeng - menyelaras makanan
dan minuman yang
mencukupi bagi semua
murid yang terlibat.
Juruacara - En. Clement Chong Kiet - Menyediakan teks
(Perasmian & Siew aturcara majlis
Penutup) - Cik Lee Sii Hui perasmian dan majlis
penutupan
- Melaksanakan majlis
perasmian dan majlis
penutupan
Disiplin/ - En. Low Hao Zhe - Memaklumkan kepada
Keselamatan - En Lee Kian Jie pengawal keselamatan
- Menetapkan peraturan
khas perkhemahan
terutamanya waktu
malam
Rakaman Foto/ - Cik Gan Lee Ching - Merakamkan gambar
Video & sepanjang program
Dokumentasi berjalan
- Membuat dokumentasi/
buletin bergambar
Siaraya/ Elektrik - En. Tan Zhi Hong - Menyediakan kendalian
- En. James Tan elektrik dan peralatan
siaraya yang baik di
seluruh tapak
perkhemahan sepanjang
tempoh perkhemahan
- Memasang dan
menguji siaraya di
tempat yang diperlukan
- Menyediakan alatan
tambahan yang
diperlukan oleh peserta
- Mengemaskini
peralatan yang telah
digunakan dan disimpan
di tempat yang sesuai.
- Menguruskan dan
menyediakan
kemudahan peralatan
bagi malam kebudayaan/
persembahan.
Hadiah/ - Pn. Sophia Law Hui Hui - Menyediakan hadiah
Cenderahati/ Sijil - Pn. Swa Hui Xin kepada peserta
berdasarkan
pertandingan yang
dijalankan.
- Menyediakan
cenderamata jika perlu
- Menguruskan Majilis
Penyampaian Hadiah
- Menyediakan sijil
penyertaan kepada
semua peserta
perkhemahan
Kerohanian - Pn. Siti Salwa Bt - Menyediakan Jadual
Muhamad Bertugas Imam mengikut
- Cik Seri Rohayu Mohd. waktu solat
Yusoff - Mengendalikan kuliah
- Pn. Rohiyah Hamzah selepas solat/ tazkirah
- Cik Najeehah Mohamad - Mengendalikan murid
Jalani bukan beragama Islam
untuk kelas Pendidikan
Moral
- Menguruskan murid
perempuan yang tidak
boleh bersembahyang
Buku Program/ - Pn. Betty Yung Chung - menyediakan Buku
Brosur Wen Program yang lengkap
- Cik Soh Jing Wen sebelum perkhemahan
- Cik Lim Lay Kuan dan brosur majlis
perasmian dan majlis
penutupan
- Mengedarkan Buku
Program kepada semua
ahli jawatankuasa yang
terlibat.
Kebersihan - Cik Ee Hui Yee - Memastikan kawasan
- En. Heng Yee Phang perkhemahan berada
dalam keadaan bersih
dan teratur semasa dan
selepas perkhemahan
- Memastikan bilik air
dan tempat solat berada
dalam keadaan bersih
- Menyediakan tempat
pembuangan sampah
yang secukupnya.
Penyediaan Tapak - En. Amirul Bin Umar - Menyediakan tapak
Perkhemahan - En. Goh Jiale perkhemahan
- Pn. Marry Teh Lin Ling - Menyediakan pelan
- Pn Tan Wee Lee pembahagian tapak
perkhemahan mengikut
unit beruniform
- Memastikan kawasan
tapak perkhemahan
sentiasa dalam keadaan
yang baik dan bersih.
- Memastikan segala
keperluan disediakan di
kawasan tempat
perkhemahan.
- Apa-apa yang difikirkan
perlu mengikut
kesesuaian program.
AJK Peralatan -En. Tee Yu Chuan - Membuat senarai
-En Faizatul Hazimah semak alatan yang
Ramli hendak digunakan
sebelum, semasa dan
selepas aktiviti.
- Susun atur kerusi dan
meja semasa Majlis
Perasmian dan Majlis
Penutupan

8.0 ALATAN DAN KEMUDAHAN


Alatan dan kemudahan berikut adalah perlu digunakan semasa
perkhemahan.
ALATAN
BIL. ALATAN KUANTITI
1. Meja 40
2. Kerusi 100
3. Khemah 20
4. Pembesar Suara 3
5. Wisel 5
6. Bangku 5
7. Cangkul 5
8. Penyapu Lantai 5
9. Mop Lantai 5
10. Baldi Plastik 5
KEMUDAHAN
BIL. KEMUDAHAN CATATAN
1. Padang Sekolah - mendirikan khemah
- menjalankan aktiviti fizikal
2. Dewan Sekolah - mengadakan taklimat dan
ceramah
- menjalankan malam
kebudayaan
3. Kantin Sekolah - makan
4. Tandas Sekolah - mandi
5. 5 Kelas Sekolah - menjalankan pengajaran
tentang kemahiran ikatan
dan pertolongan cemas
- menjalankan peperiksaan
kemahiran ikatan.
6. Bilik Alat Bantu Mengajar - bersembahyang

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN / PENDAPATAN PERKHEMAHAN


9.1 SUMBER KEWANGAN
Perbelanjaan berikut akan dibiayai dengan sumbangan PIBG, yuran
penyertaan dan wang sumbangan penaja.

BIL. PERKARA JUMLAH


1. Sumbangan PIBG RM 1000.00
2. Yuran Penyertaan (80 orang) RM 800.00
3. Sumbangan penaja RM 2300.00
JUMLAH RM 4100.00
9.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA BUTIRAN JUMLAH


PERBELANJAAN
1. Makanan Dan Minuman
1.1 Sarapan Pagi RM 4.00 X 2 Hari X 80 RM 640.00
peserta
1.2 Makan Tengah RM 6.00 X 2 Hari X 80 RM 960.00
hari peserta
1.3 Makan Malam RM 6.00 X 2 Hari X 80 RM 960.00
peserta
1.4 Minum Malam RM 3.00 X 2 Hari X 80 RM 480.00
peserta
JUMLAH RM 3040.00
2. Hadiah Pertandingan
2.1 Kawad Kaki 3 Hadiah Pertama (3 X RM 300.00
RM 100.00)
2.2 Gadjet 3 Hadiah Kedua (3 X RM RM 225.00
75.00)
2.3 Persembahan 3 Hadiah Ketiga (3 X RM RM 150.00
50.00)
JUMLAH RM 675.00
3. Peralatan
3.1 Tapak Perkhemahan
- Tali RM 5.00 X 5 Gulung RM 25.00
- Lampu RM 11.00 X 10 Biji RM 110.00
- Wayar Elektrik RM 50.00 X 1 Gulung RM 50.00
3.2 Aktiviti Yang Dijalankan
3.2.1 Larian Berhalangan
- Tali Rapiah RM 5.00 X 3 Gulung RM 15.00
- Paku 2 Inci RM 5.00 X 1 Kg RM 5.00
3.2.2 Ikhtiar Hidup/
Masakan Rimba
-Tepung RM 3.00 X 7 Kg RM 21.00
Gandum
- Telur RM 10.00 X 3 Kotak RM 30.00
- Kentang RM 2.00 X 3 Kg RM 6.00
- Mancis Api RM 0.50 X 10 Kotak RM 5.00
- Arang RM 10.00 X 5 Kg RM 50.00
- Batang Buluh RM 15.00 X 3 Kg RM 45.00
3.2.3 Ikatan Dan Simpulan
- Tali Nilon RM 10.00 X 5 Kg RM 50.00
JUMLAH RM 412.00
JUMLAH RM 4127.00
KESELURUHAN

10.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN

TARIKH/ HARI MENU MAKANAN DAN MINUMAN


13 March 2020 (Jumaat) - Minum petang
Air teh, biskut/roti & kuih
- Makan malam
Nasi putih, ayam goreng, sayur campur, air sirap
- Minum malam
Biskut, air teh
14 March 2020 (Sabtu) - Sarapan pagi
Mi goreng, milo
- Makan tengahari
Nasi putih, ayam masak kari, sayur goreng, air oren
- Makan malam
Nasi putih, daging goreng, sayur, air sirap
- Minum malam
Air teh, roti
15 March 2020 (Ahad) - Sarapan pagi
Milo, nasi goreng tambah telur
- Makan tengahari
Nasi putih, ayam masak merah, telur dadar, sayur
11.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

1. Semasa perkhemahan, semua peserta hendaklah menjalinkan silaturahim,


kenal-mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

2. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam


setiap program.

3. Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau


memindahkan peralatan ke tempat lain.

4. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang membuang sampah


di merata-rata kawasan sekolah.

5. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan


demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.

6. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau
kain pelikat semasa menjalankan aktiviti perkhemahan.

7. Segala bentuk perjudian dan permainan berbentuk perjudian diharamkan


sama sekali.

8. Setiap peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing


selepas jam 12.00 tengah malam.

9. Peserta yang melanggar peraturan dan undang-undang perkhemahan akan


dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin/Urusetia.

10. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa
perkhemahan.

11. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan semasa menjalanakn


aktiviti perkhemahan.

12. Penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian perlu diberi keutamaan.

13. Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan atau
pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.

14. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan


pengawasan pihak bertanggungjawab.
15. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari
pihak penganjur.

16. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari


semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

12.0 JADUAL TENTATIF PENGELOLAAN

MASA AKTIVITI

13 March 2020 (Jumaat)

2.30 petang – 3.00 petang Pendaftaran

3.00 petang – 3.30 petang Taklimat kem

3.30 petang – 5.30 petang Mendirikan khemah dan membina gadjet

5.30 petang – 6.30 petang Latihan kawad kaki

6.30 petang – 7.30 malam Persiapan diri, makan malam, solat maghrib,
bacaan Yassin, solat isyak berjemaah

7.30 malam – 10.00 malam Persiapan malam kebudayaan

10.00 malam – 10.30 malam Minum malam

10.30 malam – 11.00 malam Tidur

14 March 2020 (Sabtu)

5.00 pagi – 6.00 pagi Solat subuh, mengurus diri

6.00 pagi – 7.00 pagi Bersenam

7.00 pagi – 8.00 pagi Sarapan pagi

8.00 pagi – 8.30 pagi Pemeriksaan khemah


8.30 pagi – 10.30 pagi Pengajaran tentang ikatan

10.30 pagi – 11.30 pagi Latihan kawad kaki

11.30 pagi – 12.00 tengah hari Rehat

12.00 tengah hari – 2.00 petang Makan tengah hari dan solat zohor

2.00 petang – 3.30 petang Pertandingan kawad kaki

3.30 petang – 5.30 petang Larian berhalangan

5.30 petang – 6.30 petang Pengajaran tentang pertolongan cemas

6.30 petang – 7.30 malam Persiapan diri, makan malam, solat maghrib,
bacaan Yassin, solat isyak berjemaah

7.30 malam – 8.30 malam Peperiksaan kemahiran ikatan

8.30 malam – 10.00 malam Malam kebudayaan

10.00 malam – 10.30 malam Minum malam

10.30 malam – 11.00 malam Tidur

15 March 2020 (Ahad)

5.00 pagi – 6.00 pagi Solat subuh, mengurus diri

6.00 pagi – 7.00 pagi Bersenam

7.00 pagi – 8.00 pagi Sarapan pagi

8.00 pagi – 8.30 pagi Pemeriksaan khemah

8.30 pagi – 10.30 pagi Ceramah motivasi


10.30 pagi – 12.00 tengah hari Masakan rimba

12.00 tengah hari – 1.00 petang Makan tengah hari dan solat zohor

1.00 petang – 1.30 petang Majlis penutup & penyampaian hadiah dan sijil

1.30 petang – 2.00 petang Menyimpan khemah dan membersihkan kawasan


perkhemahan

2.00 petang Bersurai

13.0 PENUTUP

Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi


menerapkan dan melahirkan murid-murid yang mempunyai jati diri yang
mantap dan disiplin yang kuat. Perkhemahan ini juga berperanan untuk
memupuk semangat setia kawan dan saling tolong-menolong serta
mengekalkan hubungan silaturrahim antara murid-murid supaya ia disemai dan
dipupuk sejak mereka kecil. Mereka akan menjadi sebati apabila mereka
meningkat remaja. Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada
kerjasama semua pihak. Sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak
secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu. Sokongan dan
bantuan dari semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan perkhemahan ini adalah diucapkan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(TEH JUN WEE) (TAN YOKE ENG)


Setiausaha GPK Kokurikulum
Perkhemahan Unit Beruniform SJK(C) Yok Bin
SJK(C) Yok Bin
Diluluskan oleh:

(TEE KHOK HOW)


Guru Besar
SJK(C) Yok Bin
SENARAI NAMA PESERTA

Bil. Nama Kelas Unit Beruniform


1. BEH JING XIA 4K PENGAKAP
2. CHONG WAI HONG 4K PENGAKAP
3. CHUA PAY CHIEN 4K PENGAKAP
4. HENG GHEE JEING 4K PENGAKAP
5. LIM MIN YE 4K PENGAKAP
6. NURUL SYAFIQAH BINTI ZAHRI 4K PBSM
7. RUDZIATUL BINTI ZAWAWI 4K PBSM
8. VIVIAN YEOH XIN YEE 4K PBSM
10. CHIN YUN JIN 4M PENGAKAP
18. CHONG CHING WENN 4M PBSM
11. CINDY KONG PEI HUNG 4M PENGAKAP
19. EWE KELLY 4M PBSM
12. LIM YI YING 4M PENGAKAP
13. NG TECK LEE 4M PENGAKAP
14. ONG SHU YING 4M PBSM
15. SUPHAFAI TAN SHIU SHIU 4M PBSM
16. TENG XIU FEN 4M PBSM
17. VOO JIE RU 4M PBSM
9. YEOW HUI YI 4M PENGAKAP
20. JOSEPHINE LAI PIN JIE 4H PENGAKAP
21. KHOR HUI YING 4H PENGAKAP
22. MAGDALENE WONG SIAW TING 4H PENGAKAP
24. NUR IZZAH BINTI OMAR 4H PBSM
25. NURUL ATHIRAH BINTI SHAARI 4H PBSM
26. NURUL FATIN BINTI SULAIMAN 4H PBSM
23. SAW JING WEN 4H PENGAKAP
27. WONG SING LING 4H PBSM
28. ALICE SELALANG LIANG GUI 4J PENGAKAP
YING
29. CHUA MIN DI 4J PENGAKAP
30. CLARE WONG JING 4J PENGAKAP
31. LEONG JUN WEN 4J PENGAKAP
32. OH JING WEI 4J PBSM
33. SIA HUI NI 4J PBSM
34. KONG KIM FAH 4B PENGAKAP
35. LEE JIA LIN 4B PENGAKAP
36. LEE JIA YAN 4B PENGAKAP
38. MOHD AFIF BIN MUNAJAR 4B PBSM
37. NUR AQILAH BINTI AZMI 4B PENGAKAP
40. SITI MUNIRAH BINTI MUNA 4B PBSM
39. SITI NUR KHALIDA BINTI AMERI 4B PBSM
SURAT RASMI PERMOHONAN PERKHEMAHAN

SJK(C) YOK BIN, KOD SEK. : MBC 2058


121, JLN KUBU, TEL: 06-2822827
75300 MELAKA. FAX: 06-2829780

Jawatankuasa Perkhemahan Unit Beruniform 2020,

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yok Bin,

121, Jln Kubu, 75300 Melaka.

Guru Besar,

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yok Bin,

121, Jln Kubu, 75300 Melaka. 1


FEBRUARI 2020

Tuan,

MEMOHON MENGADAKAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2020

Berhubung perkara di atas, Saya Teh Jun Wee, setiausaha Perkhemahan Unit Beruniform 2020
Sekolah Jenis Kebangsaan Yok Bin ingin memohon untuk mengadakan Perkhemahan Unit
Beruniform 2020.

2. Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Perkhemahan Unit Berunifrom 2020 telah
merancang untuk mengadakan Perkhemahan Unit Berunifrom 2020. Butir-butir perkhemahan
adalah seperti ketetapan berikut;

Tarikh: 13 March 2020 – 15 March 2020


Hari: Jumaat hingga Ahad
Tempat: Padang Sekolah
Peserta: 40 orang ahli Pengakap dan PBSM
3. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah memberi panduan dan kemahiran kepada murid
khususnya dalam pembinaan disiplin diri, kepimpinan dan memupuk kerjasama dalam kalangan
murid-murid. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk membina keyakinan diri setiap peserta di
samping mengamalkan semangat setiakawan dalam kalangan murid-murid.

4. Kami berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan ini. Kami juga berharap pihak tuan
dapat memberi maklum balas secepat mungkin agar kami dapat membuat persediaan awal.
Sekiranya tarikh yang kami cadangkan itu tidak bersesuaian, maka pihak tuan bolehlah
mencadangkan tarikh yang lain.

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…………………………………

(TEH JUN WEE)

Setiausaha Perkhemahan Unit Beruniform 2020,

Sekolah Jenis Kebangsaan Yok Bin.


SURAT MAKLUMAN PERKHEMAHAN

SJK(C) YOK BIN, KOD SEK. : MBC 2058


121, JLN KUBU, TEL: 06-2822827
75300 MELAKA. FAX: 06-2829780

Ibu bapa/ Penjaga

Tuan/ Puan,

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SJK(C) YOK BIN

Saya ingin menarik perhatian Tuan/Puan berhubung perkara di atas.

2. Untuk makluman Tuan/Puan, Persatuan Pengakap SJK(C) Yok Bin akan mengadakan
aktiviti Perkhemahan Unit Berunifrom 2020 seperti butiran ketetapan berikut:

Tarikh: 13 March 2020 – 15 March 2020


Hari: Jumaat hingga Ahad
Tempat: Padang Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yok Bin
Bayaran: RM 10.00 seorang

3. Sekiranya anak/ jagaan Tuan/Puan berminat menyertai Perkhemahan Unit Beruniform ini,
mohon mengisi maklumat peribadi dalam boring penyertaan yang dilampirkan Bersama-sama surat
ini. Borang penyertaan yang telah siap dilengkapkan hendaklah dikembalikan dengan kadar segera
sebelum 1 March 2020 bersama-sama bayaran penyertaan kepada setiausaha Perkhemahan Unit
Beruniform 2020.

4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas bolehlah menghubungi Pn. Tan Yoke Eng,
GPK Kokurikulum (016-3867567) atau En. Yong King Hee, Kem Komandan (012-3863458).
Kerjasama dan keprihatinan Tuan/Puan amat dihargai dan didahului ucapan berbanyak terima kasih.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

…………………………………

(TEE KHOK HOW)

Guru Besar,

SJK(C) Yok Bin, Melaka.


BORANG PENYERTAAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2020

BORANG PENYERTAAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2020

NAMA PENUH: _______________________________________ UMUR: __________________

NO. KAD PENGENALAN/ SURAT BERANAK: _____________________________

ALAMAT RUMAH: __________________________________________________

__________________________________________________

NO. TEL RUMAH: ________________________ NO. TEL BIMBIT: ________________________

ALAHAN MAKANAN: ____________________________________________________________

PENYAKIT: ____________________________________________________________________

NAMA BAPA / PENJAGA: _________________________________________________________

NO. KPT / TENTERA/ POLIS: _________________________ NO. TEL/ HP: _________________

NAMA IBU / PENJAGA: __________________________________________________________

NO. KPT / TENTERA/ POLIS: _________________________ NO. TEL/ HP: _________________

Perakuan Peserta:

Saya mengakui maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar. Penyertaan saya boleh dibatalkan
sekiranya didapati saya mengemukakan meklumat yang tidak benar.

______________________________ TARIKH: __________________

( )

Peserta Perkhemahan Unit Beruniform 2020

Perakuan Ibu / Bapa / Penjaga:

Saya mengakui bahawa semua butiran diri anak / jagaan saya di atas adalah benar. Penyertaan
anak / jagaan saya boleh dibatalkan sekiranya didapati saya mengemukakan meklumat yang tidak
benar.

______________________________ TARIKH: __________________

( )

Ibu / Bapa / Penjaga Peserta Perkhemahan Unit Beruniform 2020


SURAT KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

SJK(C) YOK BIN, KOD SEK. : MBC 2058


121, JLN KUBU, TEL: 06-2822827
75300 MELAKA. FAX: 06-2829780

IBU BAPA/ PENJAGA

TUAN/ PUAN,

KEBENARAN MENGIKUTI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2020

Adalah saya ___________________________________*( ibu bapa / penjaga ) No. Kad


Pengenalan ____________________________________*( Membenarkan / Tidak Membenarkan )
anak di bawah jagaan saya bernama ________________________________________ untuk
menyertai perkhemahan tersebut.

Ini bermakna saya bersetuju:

1. Membenarkan anak / anak jagaan saya mengambil bahagian di dalam Perkhemahan Unit
Beruniform 2020 pada tahun ini dan termasuk segala latihan sebelumnya sebagai persiapan
( termasuk perjalanan pergi dan balik semasa latihan dan program )
2. Mewakilkan / memberi kebenaran kepada pegawai / pihak untuk menandatangani bagi pihak
diri saya, surat keizinan yang diperlukan oleh doctor di mana-mana hospital kerajaan untuk
menggunakan ubat bius dan melakukan pembedahan ke atas anak / anak jagaan saya
apabila berlaku kecemasan yang memerlukan tindakan serta merta.
3. Saya difahamkan bahawa Jawatankuasa latihan dan jurulatih-jurulatih berkenaan akan
berusaha menjaga dan menjauhkan terjadinya sebarang kemalangan. Jika terjadi juga
kemalangan, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Jawatankuasa
Penganjur dan pegawai-pegawai berkenaan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.


Tandatangan ibu bapa / penjaga : _______________________________________

Nama ibu bapa / penjaga : _______________________________________

No. Kad Pengenalan : _______________________________________

Alamat : _______________________________________

Telefon : _______________________________________

Tarikh : _______________________________________

*potong mana tidak berkenaan


SURAT PEMOHONAN PENAJA

SJK(C) YOK BIN, KOD SEK. : MBC 2058


121, JLN KUBU, TEL: 06-2822827
75300 MELAKA. FAX: 06-2829780

_____________________________

_____________________________ 18 FEBRUARI 2020

TUAN/ PUAN / Dato / Datin,

PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2020 SJK(C)


YOK BIN

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk,

2. Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perkhemahan Unit Beruniform 2020 akan


mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform 2020. Berikut merupakan butiran perkhemahan
tesebut:

Tarikh: 13 March 2020 – 15 March 2020


Hari: Jumaat hingga Ahad
Tempat: Padang Sekolah
Peserta: 40 orang ahli Pengakap dan PBSM

3. Sehubungan dengan itu, adalah dengan rendah dirinya, pihak kami ingin memohon sedikit
sumbangan seikhlas hati daripada pihak tuan / puan / dato / datin bagi manampung hadiah
pertandingan yang dianggarkan sebanyak RM 675.00.

4. Sumbangan yang diberikan boleh diserahkan dalam bentuk wang tunai ataupun
cek.Sumbangan tersebut boleh diserahkan kepada Ahli Jawatankuasa Perkhemahan Unit
Beruniform 2020 yang terlibat dalam permohonan tajaan daripada pihak tuan / puan / dato / datin
atau dihantar secara rasmi pada sekolah yang beralamat seperti yag tertera di atas.
5. Pihak kami amat berterima kasih atas segala kerjasama serta sumbangan yang diberikan
oleh pihak tuan / puan / dato / datin. Beserta ini surat ini dilampirkan juga Borang Tajaan untuk diisi
oleh pihak tuan / puan / dato / datin sebagai bukti pemberian tajaan. Sebarang kemusykilan boleh
menghubungi TEH JUN WEE, Setiausaha Perkhemahan Unit Beruniform 2020 di talian 012-
6883458. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa tuan / puan / dato / datin.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

_______________________

(TEH JUN WEE)

Setiausaha Perkhemahan Unit Beruniform 2020,

SJK (C) Yok Bin.


BORANG PEMBERIAN TAJAAN

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA YOK BIN

BORANG SUMBANGAN & TAJAAN

Dengan sukacitanya, saya / syarikat:

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

No. Kad Pengenalan: _________________________

Yang beralamat di:

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

_______________________________________________

dengan ini,

BESETUJU TIDAK BESETUJU

untuk memberikan sedikit sumbangan Perkhemahan Unit Beruniform SJK(C) Yok Bin.

Sumbangan adalah seperti berikut:

Wang Tunai sebanyak RM _______________________


yang diserahkan secara terus kepada Bendahari SJK(C) Yok Bin.

Cek atas nama ______________________ (K/P: )


yang berjumlah RM: ___________________
di atas cek yang bernombor: _____________________________

Pengesahan pihak saya,

___________________________

( tandatangan / cop rasmi / tandatangan pegawai yang berkenaan )

Tarikh: ____________________
SURAT MAKLUMAN KEPADA POLIS

SJK(C) YOK BIN, KOD SEK. : MBC 2058


121, JLN KUBU, TEL: 06-2822827
75300 MELAKA. FAX: 06-2829780

Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah


Jalan Kota Melaka Tengah
75561 Melaka.

Tuan/ Puan,

MAKLUMAN AKTIVITI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2020 SEKOLAH JENIS


KEBANGSAAN CINA YOK BIN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yok Bin
akan mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform 2020 seperti butiran berikut:

Tarikh: 13 March 2020 – 15 March 2020


Hari: Jumaat hingga Ahad
Tempat: Padang Sekolah
Peserta: 40 orang ahli Pengakap dan PBSM

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan kepada pihak tuan, murid yang terlibat
akan bermalam di sekolah. Pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membuat
rondaan di Kawasan sekolah untuk langkah keselamatan.

4. Kesudian dan keprihatinan pihak tuan amatlah dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

______________________

(TEE KHOK HOW)

Guru Besar,

SJK(C) Yok Bin, Melaka.


SIJIL PENYERTAAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2020

Sijil Penyertaan
Diakui bahawa
CHONG WAI HONG
telah berjaya menyertai
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2020
yang telah diadakan di
PADANG SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA
YOK BIN
pada
13 – 15 MARCH 2020

_________________________
(TEE KHOK HOW)
Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Yok Bin.

Anda mungkin juga menyukai