Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2020

Program : PISMP Nama Pelajar :


Kod : EDUP3023 Semester / Tahun : Semester 1 Tahun 1
Nama Kursus : Ambilan : Jun 2020
Perkembangan Kanak- Kumpulan : Pendidikan Bahasa Malaysia (BMMB - SK 1, SK 2,
Kanak SJKC 1, SJKC 2, SJKC 3), Pendidikan Islam Pendidikan
Rendah (PIMK 1, PIMK 2), Sejarah Pendidikan Rendah (SJHK
– SK 1, SK 2, SJKC 1, SJKC 2)
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan Akademik 9 Oktober 2020 11 November 2020
2. Kuiz 13 November 2020 20 November 2020

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menerangkan konsep, prinsip asas dan faktor-faktor perkembangan kanak-kanak. (C2,
LO1)
2. Menganalisis peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak hingga awal remaja
berdasarkan teori-teori perkembangan melalui sumber rujukan dan tinjauan literatur.
(C4, LO3, LO6, LL1, CTPS1, LL1)
3. Membincangkan jenis-jenis personaliti dan konsep kendiri murid; dan implikasinya
terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. (C4, A2, LO3,
CTPS2)
4. Menganalisis kategori dan ciri-ciri perkembangan kanak-kanak berkeperluan pendidikan
pendidikan khas melalui sumber rujukan yang relevan dan terkini. (C4, LO3, CTPS3)

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 3 sahaja

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar dapat:

1. Menghasilkan satu penulisan akademik yang merangkumi penerangan yang jelas dan
tepat tentang konsep, prinsip asas dan faktor-faktor perkembangan kanak-kanak, serta
analisis yang kritis dan saintifik tentang peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak
hingga awal remaja berdasarkan teori-teori perkembangan; ke arah memahami big idea
”Perkembangan Kanak-Kanak: Serupa Tapi Tak Sama”.

2. Menjawab soalan kuiz yang merangkumi hasil pembelajaran kursus pertama, kedua dan
ketiga.

1
Setiap manusia akan mengalami perubahan dan perkembangan dari pelbagai aspek di
sepanjang hidup. Perkembangan manusia mengikuti prinsip-prinsip asas dan peringkat-
peringkat tertentu serta dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Oleh itu, setiap kanak-kanak akan
melalui prinsip asas dan peringkat-peringkat perkembangan yang sama. Namun,
perkembangan kanak-kanak tetap berbeza antara satu sama lain.
Sebagai seorang bakal guru, pengetahuan yang luas tentang perkembangan kanak-kanak
amatlah penting untuk membantu anda dalam merancang, mengurus dan melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan berikut:

Tugasan 1: Penulisan Akademik (40%)

Berdasarkan tajuk “Perkembangan Kanak-Kanak: Serupa Tapi Tak Sama”, hasilkan satu
penulisan akademik yang merangkumi aspek-aspek berikut:

i) Penerangan konsep, prinsip asas dan faktor-faktor perkembangan kanak-kanak yang


tepat dan jelas
ii) Analisis yang kritis dan saintifik tentang peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak
hingga awal remaja berdasarkan teori-teori perkembangan melalui sumber rujukan dan
tinjauan literatur

Arahan untuk Penulisan Akademik:


I. Panjang penulisan akademik adalah 1300 patah perkataan. Ia perlu ditaip dengan saiz
fon Arial 11, dan langkau 1.5 baris.

II. Rujukan harus daripada pelbagai sumber seperti jurnal, buku rujukan dan sumber
laman sesawang (internet).

III. Prosedur rujukan perlu mengikut format dan gaya APA (American Psychological
Association) (rujuk “Contoh-contoh penulisan rujukan mengikut format APA”).

IV. Penulisan akademik harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.

V. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

VI. Muka depan penulisan akademik harus merangkumi:

 Nama Pelajar :
 Angka Giliran :
 No. Kad Pengenalan :
 Kumpulan/Unit :
 Kod dan nama kursus :
 Tajuk Penulisan Akademik: Perkembangan Kanak-Kanak: Serupa Tapi Tak Sama
 Nama Pensyarah :
 Tarikh Hantar :

VII. Tugasan ini dinilai berdasarkan Panduan Pemarkahan Penulisan Akademik. Sila rujuk
panduan tersebut untuk penjelasan terperinci tentang aspek-aspek pentaksiran.

2
Tugasan 2: Kuiz (10%)

Menjawab satu kuiz berbentuk soalan terbuka yang berkaitan dengan:

i) Konsep, prinsip asas dan faktor-faktor perkembangan kanak-kanak


ii) Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak hingga awal remaja berdasarkan teori-
teori perkembangan
iii) Jenis-jenis personaliti dan konsep kendiri murid; dan implikasinya terhadap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

Arahan untuk Kuiz:


I. Tempoh masa kuiz adalah 30 minit.

II. Kuiz akan dilaksanakan pada 21 November 2020.

III. Kuiz akan dinilai berdasarkan Skema Pemarkahan Kuiz dan Panduan Pemarkahan
Kuiz.

Contoh-contoh penulisan rujukan mengikut format APA:

i. Jurnal
DuFour,R. (2002). The learning-centred principal. Educational leadership, 59(8), 12-
15.

ii. Artikel Jurnal dari Laman Sesawang


Brown, C., & Austin, D. (2009). Fatty acids, breastfeeding and autism spectrum
disorder. E-journal of Applied Psychology, 5(1), 49-52. Diakses dari
http://ojs/lib.swin.edu.au/

iii. Laman Web


National Park Service. (2003, February 11). Abraham Lincoln Birthplace National
Historic Site. Diakses February 13, 2003, dari http://www.nps.gov/abli/

iv. Buku
Naisbitt, J. & Aburdence, M. (1989). Megatrends 2000. London: Pan Books.

v. Artikel Dari Buku


Nickerson, R. (1987). Why teach thinking? In Baron, J. B. & Sternberg, R. J. (Eds).
Teaching Thinking skills: Theory and practice. New York: W. H. Freeman and
Company, 27-37.

vi. Surat khabar


Holden, S. (1998, Mei 16). Frank Sinatra dies at 82: Matchless stylist of pop. The
New York Times, pp. Al, A22-A23.

3
Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________________ ___________________________
(REGINA WOON AI LENG) (JEAN MARTIN)
Pensyarah/Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh:

___________________________
(GEORGE THOMAS)
Ketua Jabatan

Anda mungkin juga menyukai