Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENDAHULUAN

Pada asalnya, saya telah diberikan satu kerja kursus bagi subjek Pendidikan Kesihatan
dengan Kod subject HBHE1203. Kerja kursus Pendidikan Kesihatan ini telah menyuruh saya
untuk memberi konsep atau pengenalan bagi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Seterusnya, saya perlu menyediakan diri untuk menulis sebuah esei yang bertajuk
“Bagaimana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat dikembangkan secara berkesan
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan bagi peringkat sekolah rendah di
Malaysia”. Dalam konteks ini, saya mesti memastikan bahawa semua huraian KBAT adalah
mengikut skop standard pembelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dan semuanya adalah disokong penuh dengan rujukan yang betul.

Akhir sekali, saya perlu membuat satu Rancangan Pelajaran Harian dalam bentuk
grafik terhadap pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pelajaran yang
telah dirancang sebelum ini. Dengan ini, saya harus mengenalpasti bahawa pendekatan teknik
dan aktiviti isi kandungan adalah sesuai. Lebih-lebih lagi, kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) adalah diterap dan dihubungkaitkan dengan pelbagai unsur beserta standard
pembelajaran.

2.0 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Seperti yang kita ketahui, kejayaan sesebuah negara menjadi negara yang kuat adalah
sedikit sebanyak bergantung kepada tahap perkembangan ilmu dan kemahiran rakyat negara
tersebut. Pendek kata, sistem pendidikan bagi sesebuah negara tersebut memang diberi satu
tanggungjawab yang amat besar dan penting dalam menerapkan ilmu dan kemahiran kepada
rakyat negara tersebut. Oleh yang demikian, Malaysia terpaksa mengalami satu tranformasi
yang baharu, khasnya dalam bidang pendidikan. Justeru itu, pihak kerajaan telah
mewujudkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pelan tersebut memang
member satu penekanan yang tidak dapat dinafikan dalam sistem pendidikan negera kita.
Satu konsep yang penting juga dititikberatkan dalam pelan tersebut. Konsep yang
dimaksudkan adalah konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di mana ia berperanan
penting dalam melahirkan pelajar yang dapat berdaya saing menjelang abad ke 21.

1
Dalam konteks PPPM pula, 11 anjakan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan 2013-2025 ini pernah menyatakan bahawa kualiti perlu ditingkatkan bagi
pendidikan bertaraf antarabangsa. Lebih-lebih lagi, peperiksaan telah dirombak semula bagi
pentaksiran untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Justeru itu,
ia adalah amat diperlukan untuk menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif
bagi memenuhi cabaran abad 21 supaya mereka dapat mempunyai persaingan di taraf dunia
pada masa hadapan.

Sebenarnya, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan salah satu komponen
utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Dengan perkataan lain, ia
merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki proses kognitif. Biasanya, kemahiran
berfikir aras tinggi ini boleh berlaku apabila seseorang individu itu mendapat maklumat yang
baru untuk disimpan, disusun serta dikaitkan dengan pengetahuan yang sedia ada untuk
mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi.

Selain daripada itu, menurut kamus dewan edisi yang keempat, perkataan berfikir
ialah kemahiran yang menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Kamus
dewan edisi yang kedua pula menyatakan berfikir ialah bekerja dengan otak untuk membuat
sesuatu keputusan. Beyer, B.K, 1991 telah menyatakan bahawa berfikir merupakan suatu
kebolehan manusia dalam membentuk konsep dan membuat penentuan. Menurut Nickerson,
Perkins dan Smith pula, 1985, berfikir ialah satu koleksi kemahiran atau operasi mental yang
digunakan oleh seseorang individu.

Di samping itu, Fraenkel, J.R, 1980 telah menyatakan bahawa berfikir ialah suatu
proses untuk membentuk idea, selepas itu membentuk semula pengalaman yang sedia ada
dan maklumat disusun dalam bentuk yang tertentu. Lebih-lebih lagi, Mayer, R.E. 1977 telah
memberi maksud mengenai berfikir ialah satu proses yang melibatkan pengelolaan operasi
mental tertentu yang berlaku dalam minda atau system kognitif seseorang yang bertujuan
untuk menyelesaikan masalah.

Onosko dan Newmann (1994) pula menyatakan bahawa Pemikiran Aras Tinggi
(higher order thinking) sebagai suatu proses penggunaan minda yang meluas dalam
menghadapi cabaran-cabaran yang tidak pernah ditemui. Selain itu, penggunaan minda secara
meluas juga terjadi semasa seseorang individu itu membuat suatu pentafsiran, menganalisis
atau memanipulasi maklumat bagi menjawab soalan serta menyelesaikan masalah yang
dikemukakan. Oleh itu, dengan adanya proses mengaplikasikan maklumat yang telah

2
diperoleh, soalan akan dijawab atau masalah diselesaikan dalam situasi baru mungkin tidak
akan membuahkan hasil.

Zevin (1995) pula berpendapat, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan


maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatau yang baru atau asli.
Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi
kepada Pemikiran Aras Tinggi.

Dalam konteks ini, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT atau HOTs) sebenarnya
adalah satu kemahiran berfikir yang tidak melibatkan penggunaan algoritma. Pendek kata, ia
boleh digunakan dalam pelbagai penyelesaian dalam subjek pendidikan kesihatan di sekolah
rendah atau sekolah menengah. Secara asasnya, ia melibatkan empat aras yang paling tinggi
dalam Taksonomi Bloom iaitu kemahiran mengaplikasi, kemahiran menganalisis, kemahiran
menilai dan kemahiran mencipta. Selain itu, ia juga melibatkan pemikiran kritial, pemikiran
kreatif, pemikiran logikal, pemikiran reflektif dan meta-kognitif.

Mengikut dapatan pentaksiran antarabangsa iaitu TIMSS dan PISA, ia mendapati


bahawa kedudukan Malaysia adalah semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan
Pendidikan kesihatan. Hal ini memang membimbangkan pihak berkuasa dan telah membuat
keputusan untuk memperkenalkan Program i-THINK sejak kebelakangan ini. Program ini
diperkenalkan adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai
pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dan mampu berdaya saing dengan orang lain pada zaman moden ini. Di samping itu, tujuan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam peta pemikiran yang dibincangkan telah
diperkenalkan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan palajar-pelajar
dalam Pendidikan Kesihatan serta mewajarkan penyelesaian dan penemuan dalam mata
pelajaran tersebut. Selain itu, ia juga diperlukan untuk penyiasatan saintifik di kalangan
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan supaya konsep bagi
mata pelajaran berkenaan dapat dipelajari dengan lebih berkesan dengan menggunakan
KBAT.

Pendek kata, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi merupakan suatu kemahiran yang amat
diperlukan untuk menuju ke arah transformasi pendidikan Malaysia termasuk Pendidikan
Kesihatan pada masa kini supaya pelajar-pelajar yang terlibat betul-betul berfikir kreatif dan
kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah mengenai Pendidikan Kesihatan pada masa
depan

3
.3.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Tajuk : Kesihatan Diri dan Reproduktif

Kelas : Tahun 1 Merah

Bilangan Murid : 40 orang

Tarikh : 03 November 2014 (Hari Isnin)

Masa : 0900 – 0930 (30 minit)

Standard Kandungan : 1.3 Mengetahui penjagaan pakaian dan


alatan keperluan diri.

Standard Pembelajaran : 1.3.2 Mengelakkan daripada berkongsi alatan


keperluan diri – sikat, berus gigi, tuala,
pakaian dalam, peralatan makan dan
minum.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid


dapat:

1) Mengelakkan daripada berkongsi alatan


keperluan diri.

Bahan Bantu Pengajaran : Kad gambar, kad imbasan dan radio.

Langkah-langkah Pengajaran:

Langkah /Masa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan


Set Induksi 1. Guru meminta murid-murid supaya bersedia BBM:
(5 minit) untuk menghadiri kelas. Gambar-gambar
2. Guru bertanya kepada murid-murid tentang
tabiat kebersihan diri selepas bangun dari Nilai:
tidur. Kerajinan
3. Guru menunjukkan beberapa gambar kepada
murid-murid.
4. Murid-murid cuba menjawab soalan guru.
5. Guru-guru memberitahu kepada murid-murid

4
bahawa terdapat sesetengah alatan keperluan
diri adalah dilarang untuk berkongsi dengan
orang lain.
Perkembangan 1. Guru membentuk satu atau dua bulatan BBM:
(10 minit) berdasarkan kepada bilangan murid yang Kad gambar seperti
sedia ada di dalam kelas. "Kotak Beracun”
2. Guru memberi arahan yang jelas kepada sikat, berus gigi,
murid-murid. sapu tangan,
3. Guru menyatakan bahawa “Kotak Beracun” pengetip kuku,
mengandungi pelbagai gambar alat keperluan peralatan makan
diri. dan minum dalam
4. Jumlah kad gambar adalah mengikut bilangan Lampiran 1
murid seperti sikat, berus gigi, sapu tangan,
pengetip kuku, peralatan makan dan minum Nilai:
yang digunting daripada Lampiran 1. Hormat-
5. Guru memulakan permainan “Kotak menghormat
Beracun” dengan iringan muzik. Kerjasama
6. Murid berkumpul mengikut kad gambar yang
mereka dapat dalam permainan “Kotak
Beracun” sambil menyebut nama alat
keperluan diri tersebut.
7. Murid bercerita dalam kumpulan kecil
mengikut nama peralatan keperluan diri yang
didapati semasa permainan “Kotak Beracun”
sama ada peralatan tersebut boleh dikongsi
atau tidak boleh dikongsi.
8. Murid-murid digalakkan untuk menerangkan
tentang peralatan keperluan diri yang tidak
boleh dikongsi dan sebab-sebabnya.
a. Sikat
b. Berus gigi
c. Tuala
d. Pakaian dalam
e. Peralatan makan dan minum yang

5
telah digunakan.
1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1 dan 2 BBM:
kepada murid-murid. Lembaran Kerja 1
2. Murid-murid diminta untuk menjawab Lembaran Kerja 2
Lembaran Kerja 1 dan 2 dalam masa 5 minit.
Pengukuhan
3. Selepas itu, sesi perbincangan bersama Nilai:
(10 minit)
dengan guru dijalankan. Kerajinan
4. Guru memberi pujian kepada murid-murid
sekiranya mereka dapat menjawab dengan
betul.
1. Guru membuat rumusan tentang topik yang BBM:
Penutup diajar pada hari ini. Kad imbasan
(5 minit) Nilai:
Kerjasama

Penilaian:

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

4.0 KESESUAIAN PENDEKATAN TEKNIK DAN AKTIVITI ISI KANDUNGAN

Sebenarnya, mata pelajaran Pendidikan Kesihatan merupakan satu bidang disiplin


ilmu yang menjadikan murid-murid di peringkat sekolah rendah untuk memperolehi

6
pengalaman pembelajaran yang berterusan. Ini boleh membantu mereka dalam membuat
keputusan serta meningkatkan literasi kesihatan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Tambahan lagi, ia juga membolehkan murid-murid sekolah rendah mengamalkan gaya hidup
yang lebih sihat dalam kehidupan harian mereka. Dalam konteks ini, murid-murid adalah
diberi pendidikan formal yang betul supaya mereka boleh sentiasa menyediakan diri dalam
menyesuaikan diri dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Lebih-lebih lagi,
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan ini cukup terancang dan ia memang
boleh meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan yang optimum dari masa ke semasa.
Selain daripada itu, Pendidikan Kesihatan juga membolehkan seseorang individu tersebut
mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pembelajaran
pengetahuan dan kemahiran dari Pendidikan Kesihatan. Dengan itu, amalan gaya hidup
murid-murid akan menjadi lebih sihat dan mereka dapat bersikap positif untuk mencapai
kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.

Dalam konteks ini, pendekatan teknik dalam kemahiran berfikir aras tinggi adalah
amat sesuai dengan aktiviti mengajar yang dirancangkan. Murid-murid telah memainkan
peranan mereka yang penting iaitu bertindak sebagai pelaksana aktiviti semasa aktiviti
mengajar dilaksanakan. Manakala, guru hanya bertindak sebagai pemimpin atau fasilitator
dalam aktiviti pembelajaran mereka. Tambahan lagi, komunikasi dua hala antara guru dengan
murid semasa aktiviti mengajar Pendidikan Kesihatan juga turut dilaksanakan dengan
jayanya. Lebih-lebih lagi, guru juga menggunakan teknik penyoalan untuk membiarkan
murid-murid berfikir dan memberi tindak balas terhadap soalan. Sebagai contoh, guru
bertanya murid-murid mengenai jenis alatan keperluan diri yang tidak boleh dikongsi dengan
orang lain. Justeru, murid-murid akan cuba menjawab soalan guru dengan sendiri.

Tambahan lagi, guru juga memimpin murid-murid. Dalam aktiviti mengajar ini,
murid-murid sentiasa diberi galakan untuk memberi pandangan dan pendapat tentang jenis
alatan keperluan diri yang perlu diasingkan dengan penggunaan orang lain. Strategi
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini adalah lebih fokus kepada pencapaian objektif pelajar. Pendek kata,
perkembangan murid-murid Tahun 1 Merah ini adalah lebih kepada perkembangan secara
menyeluruh sama ada dari segi tahap keseimbangan intelektual, rohaniah serta sosial dan
fizikal mereka. Selain daripada itu, guru juga Berjaya dalam menyampaikan isi pelajaran iaitu
cuba memfokuskan pengajaran yang bermakna. Dengan ini, murid-murid Tahun 1 Merah ini

7
akan lebih memahami fakta yang diajar oleh guru serta mampu untuk membuat kesimpulan
untuk tajuk kesihatan diri dan reproduktif.

Sebenarnya, banyak peluang bagi murid-murid berinteraksi dengan baik. Tambahan


pula, nilai-nilai sosial juga telah diterap terhadap mereka seperti tolong menolong,
bekerjasama dan tolak ansur antara satu sama lain. Justeru itu, teknik atau pendekatan yang
diaplikasikan itu telah digabungjalinkan dengan kaedah pengurusan kumpalan pelajar yang
berkesan. Dengan itu, murid-murid Tahun 1 Merah ini akan mempunyai pelbagai kebolehan
dan minat untuk belajar. Sebagai contoh, guru mengadakan aktiviti permainan “Kotak
Beracun” di kalangan murid-murid Tahun 1. Dengan itu, mereka akan bekerjasama dengan
satu sama yang lain. Dengan itu, penerapan nilai-nilai murni seperti kerjasama dan tolong-
menolong dapat dilakukan dalam aktiviti permainan tersebut.

Pendekatan yang diaplikasikan juga menjadikan pelajar kreatif dan berinovatif. Dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan pengajaran seperti kad-kad gambar yang
disediakan oleh guru turut memainkan peranan yang penting ini. Dalam konteks ini, guru
telah menggunakan bahan pengajaran dengan sepenuhnya untuk membolehkan objektif
pengajarannya tercapai. Contohnya, guru telah menyediakan aktiviti permainan serta
lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2 untuk membolehkan murid-murid betul-betul
memahami konsep kesihatan diri dan reproduktif dengan baik. Hal ini telah merangkumi
bahan pengajaran di mana membantu murid-murid menguasai kemahiran yang ingin diajar.
Akhir sekali, aktiviti pengajaran yang disediakan ini adalah berdasarkan pengalaman yang
sebenar melalui bahan pelajaran dapat mengubah pengetahuan abstrak kepada situasi yang
lebih konkrit.

5.0 PENERAPAN KBAT DAN HUBUNGKAIT DENGAN PELBAGAI UNSUR


DENGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Pada masa kini, proses pembelajaran yang diberi terhadap murid-murid Tahun 1
Merah di sekolah rendah adalah agak kompleks dan cukup mencabar. Hal ini membolehkan
guru-guru dalam menyediakan murid-murid yang berkebolehan dalam menyelesaikan
masalah dengan menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Lebih-lebih lagi, tugasan
mencetuskan idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu kaedah
pembelajaran yang mengutamakan pemikiran kreatif di kalangan murid-murid. Mereka dapat

8
didedahkan dengan kemahiran mengaplikasikan proses penyelesaian masahah yang sebenar
semasa di luar aktiviti kelas nanti. Justeru, murid-murid Tahun 1 Merah tersebut akan diberi
peluang dalam mengaplikasikan dan mempraktikkan KBAT semasa aktiviti mengajar
dijalankan di dalam kelas. Aktiviti permainan “Kotak Beracun” boleh dijadikan sebagai satu
proses atau keperluan untuk membolehkan murid-murid dalam mempelajari proses untuk
mendapatkan pengetahuan sekiranya mereka ingin menguasai ilmu yang dipelajari.

Selain daripada itu, aktiviti permainan “Kotak Beracun” juga a memerlukan banyak
proses di kalangan murid-murid. Beberapa kemahiran berfikir yang berbeza amat diperlukan
oleh mereka termasuklah kemahiran berfikir aras tinggi. Melalui penggunaan KBAT, mereka
akan menggunakan pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang telah mereka punyai atau
ada sebelum ini. Seterusnya, pembelajaran yang baharu juga seharusnya diperkenalkan dan
dipelajari terhadap murid-murid Tahun 1 dalam membantu mereka memahami situasi
masalah yang dihadapi. Maklumat-maklumat tersebut kemudian diaplikasi, dianalisis,
disintesis dan dinilai. Melalui pemikiran kreatif dan kritis, serta penyelesaian masalah, idea
akan menjadi sebenar apabila murid-murid mereka penyelesaian dan mengillustrasikan idea
semasa aktiviti berkumpulan berlangsung.

Kemudiannya, penjanaan idea terhadap murid-murid dalam subtopik kesihatan diri


dan reproduktif bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan seakan-akan menghasilkan sesuatu
pengetahuan baru yang melibatkan aktiviti penyelesaian masalah, pemikiran kreatif dan
kritis, serta membuat keputusan. Murid-murid Tahun 1 berkenaan akan menggunakan dan
mempelajari KBAT di mana mereka akan cuba untuk menangani masalah yang dihadapi.
Jadi, beberapa jenis kemahiran berfikir aras tinggi telah berjaya diterapkan di kalangan
mereka dan digunakan membolehkan murid-murid mengetahui apa yang dipelajari mereka
dalam menganalisis isi kandungan berkenaan di dalam kelas. Dengan cara ini, murid-murid
dapat menjana idea bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dengan lebih mudah dan
berkesan.

Kemahiran membanding adalah kemahiran mengenal pasti dan menyatakan


persamaan dan perbezaan dalam sesuatu item. Ia merupakan kemahiran menghuraikan
bagaimana sesuatu perkara itu adalah serupa atau berbeza. Pendek kata, kemahiran
membanding turut merupakan salah satu asas untuk memperluaskan dan menyempurnakan
pengetahuan. Ini kerana kemahiran berfikir ini membolehkan murid-murid mencari pelbagai
persamaan dan perbezaan antara dua objek berdasarkan aspek yang dibincangkan. Sebagai

9
contoh, murid-murid akan membandingkan bersih dengan kotor. Justeru itu, mereka akan
mengaplikasikan kemahiran membanding dalam aspek KBAT dengan baik. Apabila mereka
membanding sesuatu objek yang mereka tahu dengan sesuatu yang mereka kurang tahu,
mereka akan menjadi lebih jelas terhadap perkara yang mereka kurang jelas.

Dalam konteks penjanaan idea, murid-murid boleh membezakan alatan keperluan diri
sama ada boleh dikongsi dengan orang lain atau tidak. Seterusnya, mereka harus meneliti
jenis alatan keperluan diri yang boleh berkongsi dengan orang lain. Dengan ini, pemikiran
murid-murid berkenaan akan menjadi lebih tersusun, mencapah dan kesilapan dalam
pemikiran juga dapat dielakkan.

Selain itu, kemahiran mengklasifikasi merupakan kemahiran berfikir yang


membolehkan mereka mengkelompokkan maklumat atau objek ke dalam kategori yang dapat
dihuraikan berdasarkan ciri-ciri mereka. Dengan erti kata lain, ia adalah suatu proses
mengkelompokkan sesuatu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan ke dalam
kategori-kategori tertentu. Tambahan lagi, ia membantu murid-murid mengembangkan
pengetahuan dan melibatkan kemahiran menentukan aspek-aspek tertentu dan meminta
pelajar untuk menyelesaikannya. Walaupun proses pengelasan adalah sangat biasa, tetapi ia
akan menjadi sangat mencabar apabila mereka menggunakannya untuk menambah dan
menyempurnakan pengetahuan. Melalui KBAT, mereka akan mengenal pasti item yang
hendak dikelaskan, maklumat diasingkan mengikut kumpulan dan membentuk garis panduan
bagi mengkategori dan membuat pengelasan semula berdasarkan standard pembelajaran yang
ditetapkan.

Kemahiran mengklasifikasi merupakan satu alat analitik yang berguna kerana ia


mendorong murid untuk menganalisis ciri-ciri yang bermakna bagi mengenal pasti ciri
penting yang akan menentukan keahlian sesuatu kumpulan. Misalnya, murid-murid Tahun 1
berkenaan akan dapat mengklasifikasikan sama ada jenis alatan keperluan diri boleh
digunakan bersama dengan orang lain atau tidak. Seterusnya, mereka akan cuba utnuk
menyusun dan mengatur jenis alatan keperluan diri mengikut kategori dengan tepat. Dengan
ini, ia memudahkan murid-murid menganalisis dan membuat keputusan untuk menjana idea
bagi mereka dalam mengenalpasti jenis alatan keperluan diri dengan baik.

6.0 KESIMPULAN

10
Kemahiran berfikir aras tinggi adalah asas kepada proses pendidikan. Keupayaan
seseorang murid berfikir dapat mempengaruhi cara pembelajaran dan kepantasan serta
keberkesanan pembelajaran. Keupayaan untuk memindahkan kemahiran yang telah dipelajari
kepada situasi-situasi lain merupakan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan. Maka,
kemahiran berfikir aras tinggi adalah sangat penting bagi meningkatkan penguasaan
pengetahuan yang dipelajari. Murid-murid yang mahir melakukan operasi pemikiran
berupaya meningkatkan kefahaman dan memperkukuhkan pembelajaran. Kefahaman
berkaitan dengan apa yang diajar akan meningkat apabila pemikiran pelajar dicabar dan
galakan diberikan untuk menggunakan minda mereka. Justeru, murid-murid adalah
disarankan untuk menggunakan KBAT dalam menjana idea bagi Pendidikan Kesihatan. Ia
merupakan satu strategi pembelajaran yang baik untuk mencabar pemikiran pelajar.
Sehubungan dengan ini, warganegara yang mempunyai peluang pekerjaan tinggi,
bertanggungjawab, produktiviti tinggi, berupaya mentadbir urusan individu secara berkesan,
sanggup belajar berterusan dan memperoleh kelebihan daripada budaya dapat dilahirkan.

(2784 patah perkataan)

RUJUKAN

11
Azizah Abdullah. (2000). Keberkesanan penggunaan peta konsep dalam mata pelajaran
Sains tingkatan 1. Disertasi Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Buzan, T. (n.d). Official website of Mind Maping. Dimuat turun pada 28 Oktober 2014 dari
http://www.ThinkBuzan.com
Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). Thinking Maps: A Language for Learning. US: Thinking
Maps Incorporated.
Poh Swee Hiang. (2006). Kemahiran Berfikir - Kurikulum Kursus Persediaan Program
Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Mohd Zamri Bin Ibrahim. (2009). Meningkatkan penguasaan pelajar dalam tajuk landskap
menggunakan peta minda dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan
Sains Pertanian Tingkatan 3. Jurnal Penyelidikan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
Tahun 2009, 124-132.
Nota Kursus Jurulatih Kebangsaan Program i-THINK oleh Kestrel Education (United
Kingdom)
Nor Azura binti Mohd Zaki. (2008). Menerangkan konsep istilah penging dalam mata
pelajaran Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 dengan motivasi “My Aura Map”. Jurnal
Penyelidikan Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu Sabah Tahun 2008, 89-98.
PPK (1999) Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Sains
PPK (2001). Belajar Cara Belajar. Kementerian Pelajaran Malaysia.
PPK (2002). Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian
Pelajaran Malaysia
Zalekha Binti Hj Elie. (2005). Meningkatkan prestasi murid Tahun 5 Jaya dalam penulisan
Bahasa Melayu menggunakan kaedah peta minda dan kata soal. Jurnal Prosiding
Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2005, 160-166.

LAMPIRAN

12
13
14
15
16

Anda mungkin juga menyukai