Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 1203

PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

SEMESTER JANUARI 2019

NAMA PELAJAR : SIA SING PING

NO. MATRIK : 860317525850001

NO. KAD PENGENALAN : 860317525850

NO. TELEFON : 0138353510

E-MEL : ssping3510@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SIBU LEARNING CENTRE


Isi Kandungan

No TAJUK TUGASAN MUKA SURAT

1 Pengenalan 1
2 Proses Kemahiran Berfikir 2-5
3 Bagaimana guru PK menggalakkan murid pemikiran 6 - 10
positif?
4 Permainan kecil Pendidikan Kesihatan 10 - 14
5 Cabaran yang dihadapi oleh guru PK 15
6 Kesimpulan 17
7 Rujukan 18
Definisi
Pelbagai definisi yang boleh digunakan untuk kemahiran berfikir dan definisi yang sesuai
untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana tokoh-tokoh pemikir mempunyai pandangan
yang berlainan tentang kemahiran berfikir. Misalnya George (1970) yang menganggap kemahiran
berfikir sebagai satu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semula jadi yang kompleks.
Menurut Edward de Bono (1976) kemahiran berfikir adalah seperti pemikiran lateral yang
digunakan untuk menyelesaikan masalah, dan juga untuk membantu seseorang individu melihat
sesuatu situasi berdasarkan pelbagai sudut dalam menyelesaikan masalah. Manakala, Mayer (1977)
mendefinisikan pemikiran sebagai operasi mental yang berlaku dalam sistem kognitif seseorang
individu yang bermatlamat untuk menyelesaikan masalah. Chaffee (1998) juga bersetuju bahawa
pemikiran adalah satu proses yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.

Selain itu, Vincent Ryan Ruggiero(1984) melihat kemahiran berfikir seperti definisi
berikut “ Thinking is any mental activity that helps formulate or solve a problem, make a decision,
or fulfill a desire to understand. It is a searching for answers, a reaching for meaning.” Dalam erti
lain, kemahiran berfikir melibatkan proses menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan
keinginan untuk menjelas terhadap sesuatu situasi. Pendeknya, kemahiran berfikir melibatkan satu
proses pencarian jawapan.

Walaubagaimanapun, dengan jelasnya terdapat satu kesamaaan dari segi pendapat tokoh
pemikiran iaitu kemahiran berfikir ini melibatkan minda supaya manusia dapat membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah.

Berdasarkan definisi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh di atas, maka dapat
disimpulan bahawa definisi pemikiran ialah sesuatu proses menggunakan minda untuk mencari
makna dan penyelesaian mengenai sesuatu masalah yang timbul dan masalah ini dapat diselesaikan
melalui pelbagai cara seperti membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan
munasabah terhadap proses yang dialami oleh seseorang.

1
Soalan 1
Proses Kemahiran Berfikir

Objektif kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah untuk menyenangkan pelajar
memahami, menilai serta mengaplikasikan maklumat yang dibelajar itidak kira dalam apa situasi.
Dengan itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam pembelajaran murid. Ia bertujuan untuk menggalakkan
pelajar-pelajar berfikir semasa menentukan sesuatu cadangan atau jawapan.

Kemahiran berfikir kritis boleh dikuasai dan ditingkatkan melalui:

a.  Proses mencirikan;

Kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep mesti dikenal pasti terdahulu.
Kemahiran ini penting supaya dapat:

i) Mendefinisikan konsep.

ii) Mengenali antarakonsep yang hampir serupa.

Proses in dapat dilaksanakan melalui

i) Cara menumpukan perhatiankepada item atau konsep secara menyeluruh.

ii) Mengenal pasti ciri.

Contohnya dalam kelas Pendidikan Kesihatan, guru dapat melaksanakan proses mencirikan
dengan merujuk kepada standard kandungan 1.1 mengetahui dan memahami pertumbuhan
serta perkembangan fizikal yang sihat dan standard pembelajaran terlebih dahulu iaitu
mengetahui sistem reproduktif lelaki dan perempuan. Guru boleh menggunakan gambar
sistem reproduktif lelaki dan perempuan. Manakala murid dibahagikan kepada tiga kumpulan
dan setiap kumpulan mempunyai satu sampul yang mempunyai fungsi dan nama setiap organ
reproduktif. Murid hendaklah gunting dan tampal pada gambar mengikut pemahaman mereka.
2
b. Proses perbandingan;
Proses ini digunakan untuk mencari persamaan dan perbezaan ciri, kualiti, sifat dalam sesuatu
konsep. Kemahiran ini boleh digunakan semasa:

i)  Apabila terdapat banyak ciri

ii)  Dalam proses membuat pilihan.

Langkah penggunaan:

i) Melihat dan memberikan tumpuan kepada satu atau beberapa objek.

ii) Mengenal pasti satu daripada ciri objek itu.

iii) Menentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama.

iv) Akhir sekali, nyatakan ciri itu sama atau berbeza.

Contohnya dalam kelas Pendidikan Kesihatan, guru dapat melaksanakan proses


pembandingan melalui standard kandungan 1.2 mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran
untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan
reproduktif dan standard pembelajaran 1.2.2 iaitu mengetahui cara menghargai dan
menghormati anggota seksual diri sendiri dengan menjaga kebersihan, keselamatan dan
kesihatan. Murid boleh menyumbangsaran keistimewaan sebagai lelaki atau perempuan
seperti lelaki mempunyai testis dan sperma untuk meneruskan zuriat manakala perempuan
mempunyai ovum dan uterus untuk hamil dan payu dara untuk menyusukan bayi.

(c)  Proses menjana idea

Proses ini melibatkan penjanaan idea atau ilham yang berkaitan sesuatu perkara yang
dicetuskan. Kemahiran ini dapat membantu untuk:

(a)  Mencari idea lain, terkini dan baharu;

(b) Mencari alternatif atau pilihan.

3
Contohnya dalam kelas Pendidikan Kesihatan, guru dapat melaksanakan proses menjana idea
melalui standard kandungan 1.2 mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani
pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif dan
standard pembelajaran 1.2.2 mengetahui cara menghargai dan menghormati anggota seksual
diri sendiri dengan menjaga kebersihan, keselamatan dan kesihatan. Murid boleh menjana
idea bagaimana untuk menjaga kebersihan organ reproduktif manusia.

(d) Membuat Urutan

Proses ini melibatkan penyusunan maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti
ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan. Kemahiran ini penting untuk
menyusun item atau maklumat supaya:

i) Senang difahami.

ii) Item tertentu mudah dikesan.

Terdapat langkah seperti

i) Menentukan jenis susunan yang dapat digunakan sama ada abjad, kronologi, corak atau
masa mengikut saiz dan nilai,

ii) Ambil satu item sebagai asas.

iii) Ambil item dan susunkan mengikut jenis susunan yang ditentukan seperti menyusun
konsep secara menaik atau menurun, secara bentuk atau saiz.

iv) Semak semula susunan.

Contohnya dalam kelas Pendidikan Kesihatan, guru dapat melaksanakan proses membuat
urutan melalui standard kandungan 1.1 mengetahui dan memahami pertumbuhan serta
perkembangan fizikal yang sihat dan standard pembelajaran 1.1.3 iaitu mengetahui
persenyawaan dalam asas kejadian manusia. Guru boleh mengguna gambar sistem reproduktif
lelaki dan perempuan sebagai alat bantu mengajar. Guru boleh memulakan perbincangan
dengan memberi soalan “Bagaimana saya wujud dan dilahirkan?” Murid boleh
membincangkan soalan ini dalam kumpulan. Selepas itu, wakil kumpulan akan
membentangkan hasil perbincangan. Guru juga dapat memberi mereka carta alir dan

4
menyuruh murid untuk melengkapkannya. Antara isi dalam carta alir ialah bermula dari
perkahwinan atau pernikahan. Hubungan seksual dalam perkahwinan antara suami dan isteri.
Persenyawaan berlaku. Implantasi (embrio melekat pada dinding uterus). Berlaku kehamilan
( lebih kurang 9 bulan ). Membawa kepada kelahiran bayi.

(e) Proses Mengkonsepsi


Proses mengkonsepsi ialah pembinaan pengertian, konsep dan model ciri khusus yang
mempunyai ciri-ciri yang sama serta berkaitan antara satu sama lain. Strategi ini digunakan
supaya dapat digunakan untuk memberi penjelasan yang lebih terang dan nyata atau memberi
penyelesaian masalah; dan semasa membuat keputusan.

Contohnya dalam kelas Pendidikan Kesihatan, guru dapat melaksanakan proses


mengkonsepsi melalui standard kandungan 1.2 mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran
untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan
reproduktif dan standard pembelajaran 1.2.3 mengaplikasikan cara menghormati anggota
seksual orang lain. Guru boleh mendorong murid untuk menyatakan cara menghormati
anggota seksual orang lain dengan menggunakan kad situasi.

5
Soalan 2.

Alat-alat berfikir harus banyak digunakan untuk membantu dalam pengurusan proses pembelajaran
dan pengajaran kerana penggunaan alat berfikir membolehkan penggunaan minda dengan lebih
efektif dan efisien. Terdapat empat jenis alat berfikir yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu:

(i) Soalan dan penyoalan;

(ii) Cort

(iii) Peta minda

(iv) Pengurusan grafik.

Guru Pendidikan Kesihatan dapat mengajar murid mengenai pemikiran positif dengan alat berfikir
iaitu Program CoRT (Cognitive Research Trust) oleh Edward De Bono. Ia dibahagi kepada tujuh
bahagian utama, rujuk kepada carta alir di bawah.

6
Baik, buruk,
menarik
(PMI)

Mempertimbangkan
faktor-faktor lain.
(CAF)

Kesan dan akibat


(C&S)

Keutamaan yang
Pemeringkatan paling penting
Pemikiran Edward De (FIP)
Bono

Tujuan, matlamat
dan objektif

(AGO)

Alternatif, kemungkinan
(APC)

Pandangan
pihak lain

(OPV)

Program CoRT (Cognitive Research Trust)

7
a) PMI (Plus,Minus,Insteresting)

Bererti baik, buruk dan menarik. Pemikiran ini berlaku dalam tiga perspektif apabila kita memikir
tentang sebarang peraturan, keputusan dan rancangan. Namun, fikiran kita selalu hanya berada
dalam satu perspektif iaitu baik atau buruk, sebaliknya yang menarik amat jarang difikirkan.

Guru dapat mengajar murid mengenai pemikiran positif melalui kaedah ini : Guru boleh
menggalakkan murid-murid untuk berfikir secara mudah dengan meluaskan persepsi mereka dan
menggalakkan mereka berhenti dan berfikir sejenak sebelum membuat keputusan yang drastik.

b) CAF (Consider All Factor)

Bermaksud ‘mempertimbangkan faktor-faktor lain’. CAF boleh membantu persepsi kita supaya
tidak hanya berfokus kepada satu perkara tetapi juga terhadap perkara lain seperti ekonomi, politik
dan sosial.

Guru dapat mengajar murid mengenai pemikiran positif melalui kaedah ini: Murid-murid
memikirkan seberapa tindakan yang patut dibuat semasa menghadapi masalah, dengan mengambil
kira kesesuaian tindakan.

c) C & S (Consequence and sequal)

Bererti “kesan dan akibat’’. Perkara ini selalunya berkaitan dengan suatu jangka masa. Idea yang
baik adalah idea yang tepat dengan kos risiko yang rendah mengikut tempoh masa. Guru hendaklah
mengajar murid mengenal pasti kesan dan akibat mengikut jangka masa. Hal ini kerana perkara ini
sangat penting dalam membuat sesuatu rancangan, keputusan dan peraturan.

Guru dapat mengajar murid mengenai pemikiran positif melalui kaedah ini : Murid-murid menulis
kesan dan akibat sesuatu tindakan. Ini dapat membantu seseorang melihat jauh ke hadapan semasa
membuat penilaian terhadap sesuatu tindakan yang diambil.

8
d) AGO(Aims Goals, Objectives)

Bererti ‘tujuan, matlamat dan objektif’. Kejayaan kita bergantung kepada persepsi kita. Jika kita
ingin membuat sesuatu perancangan, peraturan,dan keputusan, tujuan, matlamat dan objektif yang
ingin dicapai mestilah jelas dan konkrit dengan mengambil kira faktor dalaman dan faktor luaran.

Guru dapat mengajar murid mengenai pemikiran positif melalui kaedah ini: Berdasarkan maksud
AGO senaraikan tujuan, matlamat dan objektif yang mungkin tentang sesuatu tindakan.

e) FIP (First Important Priorities)

Bermaksud ‘keutamaan yang paling penting’. Terdapat ramai orang gagal kerana gagal dalam
mengenal pasti keutamaan, dan menghabiskan masa dalam perkara yang tidak mustahak. Akhirnya,
objektif tidak tercapai.

Guru dapat mengajar murid mengenai pemikiran positif melalui kaedah ini : Guru mengingatkan
murid mengenai objektif mereka kerana ini dapat membantu murid untuk berfikir dengan lebih
fokus. 

f) APC (Alternatives, Possibilities, Choices)

Bermaksud ‘alternatif, kemungkinan dan pilihan’ iaitu pilihan lain selain daripada perancangan
yang dijalankan. Ia merupakan alternatif, kemungkinan dan pilihan yang membantu seseorang
untuk melihat perkara yang sama dari pelbagai sudut pandangan. 

Guru dapat mengajar murid mengenai pemikiran positif melalui kaedah ini: Berdasarkan maksud
APC senaraikan altenatif, kemungkinan yang ada. Namun, idea yang difikirkan perlu dari pelbagai
sudut seperti melihat sesuatu perkara dari pelbagai perspektif, mengenal pastikan penyelesaian yang
terbaik.

g) OPV(Other Point of View)

Bererti ‘pandangan pihak lain’. Konsep pandangan orang lain  iaitu membantu seseorang untuk
memahami sudut pandangan orang lain pada masa yang sama membantu seseorang dalam
meluaskan lagi pandangannya.

9
Guru dapat mengajar murid mengenai pemikiran positif melalui kaedah ini: Berdasarkan maksud
OPC murid perlu berbincang dengan kawan mengenai pandangan mereka mengenai sesuatu
tindakan.

Soalan 3

Permainan 1

Tajuk: Kesihatan Diri dan Reproduktif


Tahun: 5
Objektif: Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan anggota seksual.
Permainan Lokomotor

1. Guru memberi tugasan lokomotor kepada murid dalam kumpulan kecil.


Tugasan ialah menyuruh mereka melakukan pergerakan lokomotor.

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan meneroka


pergerakan lokomotor.

3. Murid membincangkan lokomotor yang sesuai untuk melakukan pergerakan


lokomotor berdasarkan halangan “Cabaran Lokomotor seperti Lampiran 1.

4. Guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan kesihatan diri dan reproduktif
berikut semasa murid meneroka:
i. Apakah pergerakan lokomotor yang perlu dilakukan?
ii. Bagaimanakah anda melepasi halangan?
iii. Bagaimanakah kamu melepasi halangan semasa berada dalam laluan
yang berbeza?

4. Sekiranya murid tersebut gagal untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan
kepetntingan menjaga kebersihan anggota bada, maka dia akan diberi hukuman.

10
Permainan 2

Tajuk: Pemakanan
Tahun: 4
Objektif: Gambar-gambar makanan ditampal mengikut kumpulan makanan.
Traffic Light

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bermain “Cabaran Traffic Light”
seperti di gambar rajah.

2. Setiap kumpulan dikehendaki menggabungkan sekurang-kurangnya 3 pergerakan lokomotor


yang dibincangkan sebelum ini.

3. Setiap ahli kumpulan memilih satu alatan dan bergerak apabila isyarat “Traffic Light”
berwarna hijau diberi.

4. Apabila isyarat “Traffic Light” bertukar merah, murid berhenti dan ketika itu, murid tersebut
diminta untuk menampal gambar makanan mengikut kumpulan makanan.

11
5. Pergerakan lokomotor dilakukan secara berterusan mengikut
kreativiti setiap kumpulan sekiranya
murd tersebut berjaya menampal
gambar makanan mengikut
kumpulan makanan.

Permainan 3

Tajuk: Penyalahgunaan Dadah


Tahun: 4
Objektif: Menyatakan kesan merokok terhadap kesihatan dan persekitaran
Permainan Congkak

1. Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap
"kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Pemain harus
memastikan"buah" dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Sekiranya, ia singgah di
kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.

2. Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, ini bererti permainan
boleh diteruskan. Jika, murid itu perlulah menyatakan kesan merokok terhadap kesihatan
dan persekitaran.

3. Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai
buah, bererti ia berhak mengambil buah lawannya.

12
4. Jika ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung
lawan tidak ada buah, bermaksud ia mati dalam kerugian.

5. Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-
masing. Pemain dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing.
Sekiranya pemain kehabisan buah dalam kampung maka pemain dikira kalah.

Permainan 4

Tajuk: Pengurusan Mental dan Emosi


Tahun: 3
Objektif: Menyatakan kelebihan sendiri
Teng-Teng

1. Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan
seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong.
2. Dalam permulaan permainan, pemain pertama mancampakkan gundu ke dalam petak
pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga dengan pemain yang lain. Jika
gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain
seterusnya yang akan mengambil alih.
3. Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja,
tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke
dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka.
4. Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan
mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Selepas itu,
pemain melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu
harus dikutip di petak pertama. Pemain harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke
garisan penamat untuk menghabiskan giliran mereka.
5. Sekiranya pemain itu gagal, dia dikehendaki untuk menyatakan kelebihan sendiri.

13

Permainan 5

Tajuk: Kekeluargaan
Tahun: 4
Objektif: Menyatakan cara mengeratkan hubungan kekeluargaan
Mengelongsor sepasukan

1. Murid dibahagikan kepada satu pasukan 6 orang sepasukan.

2. Murid dikehendaki untuk menaik ke atas papan gelongsor.

3. Murid dikehendaki untuk mengekal papan gelongsor dalam keadaan seimbang walaupun
masing-masing mempunyai berat badan yang berlainan. Dengan itu, mereka hendak berfikir
secara kritis.

4. Pasukan yang dapat mencapai keseimbangan dalam masa yang paling pendek akan menang.

5. Sekiranya murid itu gagal, dia dikehendaki untuk menyatakan cara mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
14
Soalan 4

Dalam keadaan ini, masih ada segelintir guru yang mengajar pendidikan kesihatan
berasa kurang yakin diri untuk menggalakkan murid-murid mereka supaya dapat mempunyai
pemikiran kritis di dalam kelas mereka. Hal ini berlaku kerana mereka sangat jarang ataupun tidak
pernah menghadiri kursus atau taklimat yang khasnya memberi latihan dalam perkhidmatan kepada
guru-guru berkenaan untuk menggalakkan murid-murid mereka mempunyai pemikiran kritis,
termasuklah teknik penyoalan.

Oleh yang demikian, guru pendidikan kesihatan turut mengelakkan diri daripada keadaan
iaitu tidak dapat menjawab soalan yang diajukan oleh murid-murid mereka mengenai topik-topik
yang sedia ada dalam subjek pendidikan kesihatan. Oleh yang demikian, golongan guru tersebut
adalah lebih suka untuk mengaplikasikan kaedah tradisional iaitu kaedah berpusatkan guru untuk
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan bersama-sama dengan
murid-murid di dalam kelas.

Lebih-lebih lagi, murid-murid tersebut turut tidak dibenarkan untuk mengajukan soalan
kepada guru pendidikan kesihatan mereka. Dalam keadaan sebegini, mereka hany diberi arahan
untuk menyalin nota-nota yang diberikan oleh guru pendidikan kesihatan mereka di dalam kelas
serta menghafalnya. Justeru, ini telah menjadi cabaran yang besar kepada guru-guru yang mengajar
pendidikan kesihatan di mana murid-murid mereka tidak berpeluang untuk berfikiran secara kritis
dalam situasi tersebut.

Selain daripada itu, satu lagi cabaran utama yang dihadapi oleh guru pendidikan kesihatan
adalah kebanyakan guru yang diberi tanggungjawab itu adalah bukan opsyen pendidikan kesihatan.
Dalam keadaan ini, pihak sekolah terpaksa melatih guru-guru sekolah yang bukan ospyen
pendidikan kesihatan untuk mengajar subjek tersebut di dalam kelas. Lebih-lebih lagi, guru-guru
yang terlibat biasanya tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menggalakkan murid-
murid mereka berfikiran secara kritis. Apa yang mereka lakukan di dalam kelas adalah memberi
latih tubi kepada murid-murid mereka supaya mereka akan dapat memahami ilmu-ilmu pendidikan
kesihatan secara terus.
15
Pada masa yang sama, guru-guru tersebut tidak mempunyai satu gambaran yang penuh
terhadap topik-topik yang sedia ada dalam subjek pendidikan kesihatan di mana adanya pelbagai
jenis kemahiran yang penting dan seharusnya difahami serta dikuasai oleh murid-murid mereka
agar dapat berfikiran secara kritis nanti. Namun begitu, apa yang guru bukan opsyen pendidikan
kesihatan lakukan adalah terus meminta murid-murid menyalin nota-nota yang diberikan kepada
mereka di dalam kelas pendidikan kesihatan sahaja tanpa merangsang mereka untuk berfikiran
secara kritis melalui teknik penyoalan.

Dalam keadaan ini, masih adanya segelintir guru pendidikan kesihatan yang mempunyai
masalah untuk mengajar sesuatu topik yang sedia ada dalam subjek tersebut. Hal ini adalah lebih
jelas sekiranya subjek pendidikan kesihatan telah diajar oleh guru perempuan di dalam kelas.
Sebagai contoh, mereka terpaksalah mengajar murid-murid mengenai organ-organ pembiakan di
mana murid-murid tersebut akan berasa hairan dan mempunyai banyak soalan untuk bertanya
kepada mereka.

Justeru, guru-guru yang terlibat sememangnya akan menghadapi cabaran untuk


menggalakkan murid-murid mereka supaya mempunyai pemikiran kritis mengenai topik-topik yang
dipelajari. Dengan hal ini, murid-murid sememangnya tidak akan mempunyai peluang untuk belajar
secara kritis di mana guru pendidikan mereka tidak ingin untuk mengajukan soalan-soalan yang
dianggap dapat mencabar minda mereka. Lama-kelamaan, apa yang mereka lakukan di dalam kelas
pendidikan kesihatan adalah memberi arahan kepada murid-murid untuk menyalin nota-nota yang
terkandung dalam buku teks dan terus membacanya tanpa menjelaskan maksud ataupun konsep
penting yang terdapat dalam nota-nota tersebut. Dengan ini, murid-murid tersebut akan mempunyai
masalah untuk berfikiran secara kritis.

Cabaran yang seterusnya dihadapi oleh guru pendidikan kesihatan adalah mereka masih
mementingkan sistem peperiksaan pada masa sekarang. Dalam keadaan ini, golongan guru
pendidikan kesihatan yang mempunyai tanggungjawab untuk mengajar subjek-subjek penting yang
lain iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sebagainya akan cuba untuk menggunakan waktu
pendidikan kesihatan bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek-subjek penting
yang lain.
16
Dengan keadaan sebegini, murid-murid yang terlibat hanya berpeluang untuk mempelajari
ilmu-ilmu pengetahuan subjek lain dalam kelas pendidikan kesihatan. Pada masa yang sama, guru
tersebut turut menghadapi cabaran untuk menggalakkan murid-murid mempunyai pemikiran kritis.
Lama-kelamaan, murid-murid yang terlibat tidak akan diberi pendedahan untuk berfikir secara kritis
sekiranya mereka diberi situasi ataupun keadaan yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan.

Kesimpulan

Kesimpulannya,  kemahiran berfikir penting kerana kemahiran berfikir yang baik dapat
melahirkan individu yang berfikiran terbuka, berkeyakinan diri dan dapat menghasilkan idea yang
baik. Latihan berfikir harus banyak digalakkan dalam usaha mencapai hasrat falsafah pendidikan
negara iaitu membentuk insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan itu,
peranan guru penting sebagai pencetus aktiviti kemahiran berfikir di kalangan murid.
Sememangnya, pelbagai jenis pemikiran harus didedahkan kepada murid supaya murid boleh
cenderung untuk menguasai kemahiran berfikir. Memang tidak dapat dinafikan, setiap jenis
pemikiran akan membawa kebaikan yang tidak ternilai kepada pelajar. Dengan itu, guru harus
menerapkan kemahiran berfikir dalam pengajarannya. Rakyat yang mempunyai kemahiran berfikir
nescaya dapat merealisasikan hasrat negara dan menuju ke arah Wawasan 2020.
    
 (3043 patah perkataan)
17
Rujukan

Mok Soon Sang. 2001.  Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan (Semester 1).
Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Edisi pertama. (m.s:119-133).

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. 2009. Siri pendidikan Guru
(Murid dan Alam Belajar). Oxford Fajar Sdn Bhd. (m.s: 197-204).

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (PhD). 2012. Pedagogi (Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI).
Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Edisi pertama. (m.s:46 -80).

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (PhD). 2012. Psikologi (Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI).
Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Edisi pertama. (m.s:121 - 138).

Penulisan Jurnal / Kajian

Yahya Buntat & Nurhusna Mohamed. Aplikasi pemikiran kreatif dan kritis dalam pengajaran guru-
guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor.
Falkuti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Taufiq b. Ahmad Sobri & Mohd Hasrul b. Mat Husin. Strategi Pemikiran Kreatif dan Kritis.
Pelajar Falkuti Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif dan Muhammad Yusof Arshad. Kepentingan Pemikiran dan
Amalan Refleksi dalam Pengajaran Sains di Kawasan Luar Bandar. Universiti Teknologi
Malaysia.
18

Anda mungkin juga menyukai