Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK 2021

Program : PISMP Nama Pelajar :


Kod : EDUP 3023 Semester / Tahun : Semester 1 /Tahun 1

Ambilan: Jun 2021


Kumpulan: Unit W1, W2,
W3,W4,W7,W8,W9,W10,W11,W12,W13
Nama Kursus : PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan Akademik 13 Julai 2021 20 Ogos 2021
2. Kuiz 1 September 2021 8 September 2021

Hasil Pembelajaran Kursus (EDUP3023)

1. Menerangkan konsep, prinsip asas dan faktor-faktor perkembangan kanak-kanak. (C2, LO1)

2. Menganalisa peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak hingga awal remaja berdasarkan


teori-teori perkembangan melalui sumber rujukan dan tinjauan literatur. (C4, LO3, L06, CTPS1,
LL1)

3. Membincangkan jenis-jenis personaliti dan konsep kendiri murid, dan implikasinya terhadap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. (C4, A2, LO3, CTPS2)

4. Menganalisis kategori dan ciri-ciri perkembangan kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas


melalui sumber rujukan yang releven dan terkini. (C4,LO3,CTPS3)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 3

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Menerangkan dengan jelas tentang konsep, prinsip asas dan faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak melalui penulisan akademik dan kuiz.

2. Menganalisis sejauh mana kepentingan peringkat Kecekapan Lawan Rasa Rendah Diri dalam
Teori Perkembangan Sosio-emosi Erik Erikson berjaya meningkatkan kepelbagaian potensi dan
menjamin kesejahteraan hidup murid berdasarkan sumber dan tinjauan literatur melalui
penulisan akademik .

3. Mengilustrasikan jenis-jenis personaliti dan konsep kendiri murid serta implikasinya terhadap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah melalui kuiz.

1
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK (40%)

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah menyediakan generasi muda dengan pelbagai


pengetahuan dan kemahiran supaya mereka mencapai kesejahteraan dalam kehidupan.
Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh
dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan masyarakat yang
terdiri daripada kepelbagaian potensi. Adalah diharapkan, kefahaman dan kejelasan guru
terhadap kepelbagaian potensi dapat menjamin kesejahteraan hidup murid.

1. Berdasarkan pernyataan di atas , anda dikehendaki menjelaskan konsep, prinsip asas serta
faktor perkembangan kanak-kanak dengan ringkas dan padat.

2. Seterusnya anda diminta membuat satu analisis sejauh manakah kepentingan peringkat
Kecekapan Lawan Rasa Rendah Diri dalam Teori Perkembangan Sosio-emosi Erik Erikson
berjaya meningkatkan kepelbagaian potensi dan menjamin kesejahteraan hidup murid.

Panjang jumlah perkataan adalah tidak lebih 1300 patah perkataan , tidak termasuk rujukan
dan lampiran.

Kerja kursus ini dilaksanakan secara ‘interdisciplinary” dengan tugasan EDUP 3013 dengan
memfokuskan kepada isu sosial dalam pendidikan di Malaysia seiring dengan perkongsian
idea besar. “ Kepelbagaian Potensi Menjamin Kesejahteraan Hidup Murid “.

TUGASAN 2: KUIZ (10%)


1. Anda dikehendaki menjawab semua soalan kuiz dalam masa 30 minit

Arahan Pelaksanaan Tugasan 1:

1. Tugasan 1 adalah secara individu


2. Panjang jumlah perkataan adalah tidak lebih 1300 patah perkataan , tidak termasuk rujukan
dan lampiran.
3. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
4. Penulisan anda mestilah menunjukkan pemikiran yang kritikal dan kreativiti tinggi serta
pengetahuan yang mendalam tentang isu yang dibincangkan
5. Penulisan anda mestilah menunjukkan kemahiran berbahasa dan kematangan hujah.
6. Format dan organisasi penulisan anda hendaklah jelas, koheren dan menyeluruh.
7. Rujukan hendaklah dari sumber yang pelbagai seperti buku, jurnal,internet dan media cetak.
8. Format penulisan adalah seperti berikut:
 Templat terkini muka depan kerja kursus hendaklah digunakan dan boleh dimuat turun
dari iTEMS.
 Font: Arial. Saiz huruf: 11. Langkau : 1.5
 Rujukan: APA (American Psychological Association) terkini.
2
 Jawab dalam Bahasa Melayu.
9. Tugasan anda perlu dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.
10. Anda mesti menghantar tugasan anda bentuk Salinan lembut (softcopy) mengikut tarikh yang
ditetapkan kepada pensyarah masing-masing. Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang
kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

Arahan Pelaksanaan Tugasan 2


1. Kuiz akan diadakan secara atas talian, sila jawab dalam masa 30 minit sahaja. Skrip jawapan
akan dihantar sebaik sahaja masa menjawab telah tamat.
2. Pelajar hendaklah menjawab 2 soalan struktur.
3. Tugasan ini adalah tugasan individu. Pelajar diingatkan untuk mematuhi peraturan
peperiksaan yang seda ada ada semasa menjawab soalan kuiz.

Disediakan oleh, Disemak oleh:

___Jalal___________________ ____Satariah___________

(En. Ahmad Jalalulail bin Abd Manab) ( Hajah Satariah binti Kamis)
Pensyarah/Penyelaras kursus SME/Penyelaras kursus / Pensyarah Kanan
EDUP 3023

Disahkan oleh:

__________________________
( En Zulkufli Bin Mahayudin)
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai