Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2021

Program : PDPP KDC


Nama Pelajar :
Pendidikan Islam & Bahasa Melayu
Kod: EDUP2082 Semester / Tahun: Sem. 1 Tahun 2021
Ambilan: Jun 2021
Nama Kursus:
Psikologi Pendidikan Kumpulan :
PDPP KDC 1.01 – 1.14 (Pendidikan Islam)
PDPP KDC 1.15 (Bahasa Melayu)
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Kuiz 9 Jun 2021 25 Jun 2021

2. Penulisan Akademik 19 Jun 2021 13 Julai 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep psikologi pendidikan, prinsip asas dan faktor-faktor yang


mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan individu. (C2, HP1)
2. Membincang secara kritis teori-teori pertumbuhan dan perkembangan, perbezaan individu,
personaliti, dan konsep kendiri individu.(C5, HP2, KKG7)
3. Memperincikan implikasi teori pembelajaran terhadap motivasi dan pembelajaran individu
berdasarkan sumber rujukan yang relevan.(C4, A3, HP2, HP5, KKG1, KIK9)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.

Objektif Kerja Kursus :


Pelajar akan dapat:

1. Menerangkan konsep asas psikologi, konsep psikologi pendidikan, implikasi psikologi


pendidikan, prinsip asas dan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan
perkembangan individu dalam bentuk kuiz.

2. Mencerakinkan implikasi teori pembelajaran terhadap motivasi dan pembelajaran individu


berdasarkan sumber rujukan yang relevan.

TUGASAN 1. Kuiz (20%)


Anda dikehendaki menjawab secara individu berkaitan dengan Topik 1 dan Topik 2 dalam kuiz
yang dilaksanakan sebanyak empat kali secara serentak kepada semua kumpulan. Setiap
soalan kuiz adalah berbentuk esei ringkas yang perlu dijawab dalam masa 15 minit. Sela masa

1
antara soalan kuiz juga selama 15 minit. Jawapan esei ringkas ialah antara 50 hingga 80 patah
perkataan. Soalan kuiz akan ditadbir melalui google form di pelantar Google Classroom kelas
masing-masing. Berikut adalah butiran jadual pelaksanaan kuiz tersebut :

Jadual Pelaksanaan Kuiz

KUIZ TARIKH DAN HARI MASA WAJARAN MARKAH

Kuiz 1 25 Jun 2021 (Jumaat) 8.00 - 8.15 malam 5%

Kuiz 2 25 Jun 2021 (Jumaat) 8.30 - 8.45 malam 5%

Kuiz 3 25 Jun 2021 (Jumaat) 9.00 – 9.15 malam 5%

Kuiz 4 25 Jun 2021 (Jumaat) 9.30 – 9.45 malam 5%

TUGASAN 2. Penulisan Akademik (40 %) - Individu


Menurut Kimble et al. (1984) motivasi adalah proses yang terjadi dalam diri yang menciptakan
tujuan dan memberikan tenaga bagi tingkah laku seseorang iaitu daya penggerak yang ada di
dalam diri seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu demi mencapai suatu tujuan.

Sehubungan itu, anda dikehendaki menonton video bertajuk “10 Jenis Pelajar Sekolah
Menengah Part 2” yang disediakan.

i. Berdasarkan video tersebut, pilih lima watak dan perincikan cara guru dapat
memotivasikan murid melalui teori-teori pembelajaran yang bersesuaian dengan isu
yang mereka hadapi.
ii. Tuliskan satu refleksi pengajaran yang dapat diambil daripada tugasan ini

Panjang penulisan adalah 1,200 patah perkataan

Arahan Pelaksanaan Tugasan

Penulisan laporan hendaklah ditaip dengan kemas. Penulisan Tugasan 2 perlu


mengikut spesifikasi berikut:
• Fon : Arial saiz 11
• Jarak antara baris : 1.5
• Penulisan yang dihasilkan perlu dihantar dalam bentuk cetakan kemas dengan hasil
kerja yang asli
• Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali
• Menulis sumber rujukan (citation dan bibliografy)mengikut format APA (American
Psychological Association)
• Sila patuhi tarikh penghantaran yang telah ditetapkan
• Tugasan ini akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.
• Muka depan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut :
i) Nama Pelajar
(ii) Angka Giliran
(iii) Nombor Kad Pengenalan
(iv) Kumpulan/Unit
(v) Kod dan Nama Kursus
(vi) Nama Pensyarah
(vii) Tarikh Hantar
(viii) Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah
Disediakan oleh : Disemak oleh :

2
shikin edin nik aida suria
(DR. NOORASHIKIN BINTI EDIN) (DR. NIK AIDA SURIA BINTI NIK ZULKIFLI AMI)
Penyelaras Kursus EDUP2082 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Pendidikan Islam IPGK Pendidikan Islam

Disahkan oleh :

mohd azmi mat yusoff


(DR. MOHD AZMI BIN MAT YUSOFF )
Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Pendidikan Islam

3
4

Anda mungkin juga menyukai