Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK JANUARI-MEI 2021

Program : PISMP Nama Pelajar :

Semester/Tahun: SEMESTER 2 / TAHUN 1


Kod : PSVK3052
Ambilan : JUN 2020
Kumpulan : PSV (MAJOR)
Nama Kursus : SENI DALAM PENDIDIKAN

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Akhir

1. ULASAN KRITIS 7 Februari 2021 22 Februari 2021

2. PENGHASILAN KIT PERSEMBAHAN 23 Februari 2021 16 Mac 2021

3. PERSEMBAHAN KUMPULAN 28 Februari 2021 22 Mac 2021

4. LAPORAN REFLEKSI 15 Mac 2021 04 April 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan teori pembelajaran, konsep asas dan elemen Seni dalam


Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui rujukan
sumber terkini (C5, P2, A3, PLO1, PLO3, PLO6, CTPS2, LL1).

2. Mengaplikasikan elemen Seni Dalam Pendidikan dalam aktiviti meneroka,


memperoleh pengalaman, dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-
kanak di sekolah rendah (C3, P4, A4, PLO3, CTPS1).

3. Menilai aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan dalam pengkhususan


Pendidikan
Seni Visual secara bertulis (C5, A3, PLO3, CTPS2).

4. Mempersembahkan aktiviti seni dalam pendidikan dengan menggunakan kit


persembahan bagi bidang Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah (C6, P7,
A5,
PLO2,PLO3, PLO5, CTPS4, TS4).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3 dan 4.


Objektif Kerja Kursus:
Pelajar akan dapat:
1. Membuat ulasan kritis mengenai teori pembelajaran, konsep asas elemen Seni
Dalam Pendidikan bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
berdasarkan rujukan sumber terkini.

2. Membuat persembahan aktiviti seni dalam pendidikan secara berkumpulan


dengan
menggunakan kit persembahan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah
rendah

3. Mencipta satu kit persembahan Seni Dalam Pendidikan bagi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah

4. Membuat laporan refleksi secara kritis dan analitis terhadap aktiviti seni visual,
seni
muzik dan seni pergerakan bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual di sekolah rendah.

Rangsangan/Stimulus:
Menurut pendapat kebanyakan tokoh dalam bidang pendidikan menyatakan bahawa daya
persepsi, estetika dan kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan melalui pelaksanaan
elemen seni dalam pendidikan. Selain itu, elemen seni dalam pendidikan juga berupaya
melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa
kreatif, inovatif serta mempunyai jati diri yang tinggi dan seterusnya menyumbang ke arah
pembentukan insan yang bersifat holistik.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1 : Ulasan Kritis (25 markah)


Analisiskan pandangan anda mengenai kepentingan penerapan elemen seni dalam
pendidikan terhadap subjek Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah untuk
merealisasikan Anjakan ke-3, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
 Pandangan yang dikemukakan perlu bersandarkan hujah dan fakta yang
terdapat dalam salah satu teori pembelajaran berkaitan dengan bidang seni
dalam pendidikan.
 Panjang hasil penulisan 1000 patah perkataan
 Hantar melalui Google Classroom.

TUGASAN 2: Penghasilan Kit Persembahan (15 markah)


Mencipta satu kit persembahan yang mengandungi penggabungjalinan elemen seni
dalam pendidikan.

 Kit persembahan yang dihasilkan perlu bersesuaian dengan aspek pengajaran


Pendidikan Seni Visual seperti yang terdapat dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Seni Visual.
 Penciptaan kit persembahan boleh dibuat sama ada dalam bentuk bahan maujud
ataupun bahan digital.
 Proses penciptaan kit persembahan perlu dirakam (gambar foto, video dan lain-
lain)
 Hantar melalui Google Classroom.

TUGASAN 3: Persembahan Kumpulan (10 markah)


Menghasilkan satu demonstrasi penggunaan kit persembahan elemen seni dalam
pendidikan. Demonstrasi yang dihasilkan perlu bersesuaian dengan dunia dan alam
pembelajaran kanak-kanak di peringkat sekolah rendah.

 Tempoh masa demonstrasi selama 20 hingga 30 minit.


 Demonstrasi yang dilaksanakan perlu dirakam dalam bentuk video.
 Secara berkumpulan dua atau tiga orang.
 Hantar melalui Google Classroom.

TUGASAN 4: Laporan Reflektif (20 markah)


Menyediakan satu laporan dari aspek kebolehgunaan dan cadangan penambahbaikan
terhadap kit persembahan yang dihasilkan.

 Panjang 750 patah perkataan


 Hantar melalui Google Classroom.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


Prosedur:
1. Tugasan 1, 2 dan 4 dilaksanakan secara individu manakala tugasan 3 secara
berkumpulan.
2. Setiap tugasan perlu mengemukakan kulit hadapan yang selaras.
3. Rujukan perlu merangkumi jurnal, buku rujukan ilmiah dan sumber internet yang
sahih.
4. Sila rujuk rubrik permarkahan
5. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan
6. Prosedur penulisan rujukan mengikut format APA (American Psycological
Association) yang terkini.
Disediakan Oleh : Disemak Oleh:

………………………………..
……………………………………..
(Nama: SALLEH BIN SAID) (Nama: DR.NUR JULIANA BT ABDUL
MAJID)
Pensyarah Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)

Disahkan Oleh:

……..…………………………………………………
( Nama: DR. NURHIJRAH BINTI ZAKARIA )
Ketua Jabatan
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

Anda mungkin juga menyukai