Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2021

PROGRAM: PDPP KDC Nama Pelajar:

Kod: MPU2071
Sem / Tahun: Sem 1 / Tahun 2021
Nama Kursus: Kokurikulum- Pengurusan Ambilan: JUN 2021
Kokurikulum
Kumpulan: PDPP KDC 1.01-1.14
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Kuiz (Individu) 15/06/2021 28/06/2021

2. Pembentangan kertas kerja projek 29/06/2021 12/07/2021


(Berkumpulan)
3. Amali Projek (Individu) 13/07/2021 26/07/2021

Hasil Pembelajaran Kursus (HPK):

1. Menjelaskan konsep, matlamat, strategi pelaksanaan dan pengurusan aktiviti-aktiviti


kokurikulum di sekolah. (C2, HP1)
2. Membentangkan perancangan pelaksanaan projek kokurikulum dengan mengambil kira
semua aspek pengurusan dan pentadbiran kokurikulum. (C2, HP1, A4, HP5, HP6, KIK5,
KDN2)
3. Melaksanakan projek kokurikulum dari aspek pengelolaan dan penilaian dengan
mempamerkan nilai dan etika profesionalisme (C4, HP2, KKG4, A4, HP8, KAT12, HP9,
KPK2, KPK5, HP10, KEP4).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran kursus 1, 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus :


Pelajar dapat :
1. Mengaitkan konsep, matlamat, strategi pelaksanaan dan pengurusan aktiviti-aktiviti
kokurikulum di sekolah dalam Kuiz 1.
2. Berkebolehan membentangkan perancangan pelaksanaan aktiviti projek berdasarkan
kertas kerja yang disediakan dengan jelas melalui aplikasi pelbagai kemahiran digital,
sumber media dan teknologi dalam pelbagai konteks.
3. Menghasilkan laporan projek melalui pelaksanaan aktiviti permainan kecil dengan
mempamerkan nilai dan etika profesionalisme.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1: Kuiz Individu (30%)


- Anda dikehendaki menjawab secara individu berkaitan Topik 1,Topik 2 dan Topik 3 dalam
kuiz.
- Kuiz dilaksanakan sebanyak 6 kali
a. 10 soalan salah/betul (true/false) dari topik 1.Pelaksanaan adalah pada 15/6/2021
peruntukan masa menjawab selama 7 min 30 saat.
b. 10 soalan salah/betul (true/false) dari topik 1.Pelaksanaan adalah pada 19/6/2021
peruntukan masa menjawab selama 7 min 30 saat.
c. 10 soalan salah/betul (true/false) dari topik 2.Pelaksanaan adalah pada 22/6/2021
peruntukan masa menjawab selama 7 min 30 saat.
d. 10 soalan salah/betul (true/false) dari topik 2.Pelaksanaan adalah pada 25/6/2021
peruntukan masa menjawab selama 7 min 30 saat.
e. 10 soalan salah/betul (true/false) dari topik 2.Pelaksanaan adalah pada 26/6/2021
peruntukan masa menjawab selama 7 min 30 saat.
f. 10 soalan salah/betul (true/false) dari topik 2.Pelaksanaan adalah pada 28/6/2021
peruntukan masa menjawab selama 7 min 30 saat.

Tugasan 2: Pembentangan Kertas Kerja Projek (Berkumpulan) (30%)


- Secara berkumpulan (2-3 orang), anda dikehendaki merancang penganjuran satu permainan
kecil dengan melibatkan jawatankuasa yang sesuai dan membentangkan hasil perancangan
pelaksanaan projek berdasarkan kertas kerja yang disediakan dengan jelas. Pembentangan
kertas kerja projek hendaklah berfokuskan kepada perancangan dan pengendalian aktiviti
permainan kecil yang merangkumi;
- nama dan konsep aktiviti kecil
- penyediaan bahan/peralatan diperlukan
- tatacara pelaksanaan aktiviti permainan kecil
- Sistem pertandingan
- peraturan atau undang-undang aktiviti kecil
- SOP keselamatan
- Penilaian dan pelaporan

Tugasan 3: Amali Projek (40%)


Anda dikehendaki melaksanakan satu aktiviti permainan kecil yang menarik dan berkesan.
Penonjolan nilai dan etika profesionalisme dalam pengelolaan dan penilaian aktiviti permainan
kecil menjadi fokus utama penilaian. Pembentangan dipersembahkan dalam bentuk Video.

Arahan Pelaksanaan Tugasan


1. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan (2-3 orang) dan tugasan individu.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
Muka hadapan hendaklah mengikut template yang ditentukan.
 Fon Arial
 Saiz huruf adalah 11
 Langkau 1.5 baris
Rujukan mengikut format APA (American Psychological Assosiation)
3. Sisipkan borang maklumbalas bersama tugasan anda.
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku, pelajar akan digagalkan
kerja kursus.
5. Penulisan hasil kerja kursus menunjukkan keaslian hasil kerja.
6. Penulisan kerja kursus menunjukkan kefasihan bahasa, kesesuaian laras bahasa dan
kematangan dalam menyampaikan pernyataan atau hujah.
7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.
8. Tugasan ini membawa markah 100%.

Kriteria Pentafsiran
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh Disemak oleh


AHMAD MOHZIR KHALIZA ABDUL KADIR
(AHMAD MOHZIR BIN ABU BAKAR) (KHALIZA BINTI ABDUL KADIR)
Pensyarah/ Penyelaras Kursus Pensyarah Pakar Rujuk Bidang (SME)
Unit Kokurikulum IPG Kampus Pendidikan Islam

Disahkan oleh
WAN NAZROL WAN NOH
( WAN NAZROL BIN WAN NOH)
Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Pendidikan Islam

Anda mungkin juga menyukai