Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: JUN - OKT 2021 (DALAM TALIAN)

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: MPU3112 Semester / Tahun: SEM 1 TAHUN 3


Ambilan: JUN 2018
Nama Kursus: BINA INSAN GURU (BIG)
Kumpulan: Tesl 1,2,3,4,5 , BM 1,2,3,4 dan
PA 1, 2
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. KERTAS KERJA (BERKUMPULAN) 20.6.2021 30.6.2021

2. PENILAIAN AMALI BERTERUSAN 01.7.2021 05.7.2021

3..PEMBENTANGAN (REFLEKSI) 05.7.2021 07.7.2021

4. LAPORAN REFLEKTIF 08.7.2021 15.7.2021

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal ,mental,emosi,rohani dan sosial melalui
penglibatan dalam semua aktiviti.
2. Mempamerkan ciri-ciri kerohanian , nilai etika dan akhlak keguruan melalui penyertaan
sepanjang aktiviti (A5, LO2, LO8, EM3)
3. Mengaplikasikan kemahiran mengendali, bekerjasama dalam satu pasukan dengan ciri-ciri
kepemimpinan dan menunjukkan sikap sukarelawan melalui setiap aktiviti yang disertai (P6,
LO5, LO8, LO9, TS3, EM1, LS1)
4. Mengorganisasi langkah-langkah keselamatan dan pencegahan sebelum,semasa dan selepas
melaksanakan semua aktiviti yang dirancang dengan mematuhi Standard Prosedur Operasi
(SOP) (C4, P6, A4, LO3, CTPS2)
5. Membentang rumusan refleksi terhadap persekitaran yang berbeza berdasarkan aktiviti yang
dilaksanakan mengikut kreativiti pelajar.(C5, A3, LO3, LO4, CTPS2, CS1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3,4 dan 5

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar akan dapat:
1. Menghasilkan kertas kerja secara berkumpulan berdasarkan format yang lengkap
2. Menulis laporan reflektif selepas perlaksanaan aktiviti berdasarkan persekitaran berbeza
dengan mempamerkan kemahiran berfikir aras tinggi.
3. Membentangkan refleksi holistik yang menunjukkan pemikiran kritikal berkaitan aktiviti-aktiviti
yang disertai.
4. Mempamerkan serta mengaplikasikan daya tahan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani,
sosial, nilai etika dan akhlak keguruan melalui penglibatan dalam semua aktiviti.

1
Program Bina Insan Guru ini bertujuan untuk melahirkan siswa pendidik yang mempunyai jati diri
yang kukuh, daya tahan emosi, mental dan kekuatan fizikal, memiliki ciri-ciri kepimpinan,
menunjukkan kerja berpasukan, mengamalkan sosialisasi dan menunjukkan pemikiran yang kritikal
semasak melaksanakan setiap aktiviti Oleh yang demikian, siswa pendidik diwajibkan untuk
menyertai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di luar bilik darjah, penglibatan dengan komuniti
setempat dan berinteraksi dengan sekolah seperti yang dirancang dalam program BIG.

Tugasan 1. Kertas Kerja (Kumpulan) -25%


Pelajar dikehendaki menghasilkan satu kertas kerja bagi mana-mana aktiviti yang akan
dilaksanakan semasa amali perkhemahan secara berkumpulan (tidak melebihi 3 orang) dengan
lengkap. Kertas kerja hendaklah mengandungi 1000 patah perkataan. Kandungan kertas kerja
hendaklah mengandungi perkara berikut:

a) Pendahuluan/Tujuan
b) Rasional
c) Matlamat
d) Objektif
e) Kumpulan sasaran
f) Masa dan Tempat
g) Senarai Ahli Jawatankuasa
h) Anggaran Perbelanjaan
i) Tentatif program
j) Penutup
k) Senarai nama peserta
l) Lampiran lain yang berkaitan

Tugasan 2. Amali Berterusan (Individu) - 50%

Siswa pendidik dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti dengan mempamerkan
serta mengaplikasikan daya tahan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani, sosial, nilai etika,
kerjasama, kepimpinan dan akhlak keguruan serta mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan
dan pencegahan berdasarkan SOP melalui penglibatan dalam semua aktiviti . Bagi PISMP
Ambilan Jun 2018 , Amali Berterusan akan dilaksanakan secara Dalam Talian . Aktiviti Segerak
akan menggunakan aplikasi e-pembelajaran google-meet dan hasil aktiviti Tidak segerak dihantar
ke dalam google Classroom .

Tugasan 3. Pembentangan Refleksi (Individu) - 5%

Siswa pendidik dikehendaki membentangkan refleksi setelah selesai melaksanakan setiap aktiviti.
Refleksi melibatkan pengalaman dan dikaitkan dengan peranan sebagai siswa pendidik, bakal guru
dan senario pendidikan pada masa kini. Pembentangan akan dilaksanakan secara google-meet
bersama jurulatih yang terlibat.

Tugasan 4. Laporan Reflektif (Individu) - 20%


Siswa pendidik dikehendaki menghasilkan laporan reflektif tentang perlaksanaan aktiviti
berdasarkan persekitaran dan situasi yang berbeza. Laporan hendaklah merangkumi perkara
berikut;
a) Pengalaman
b) Analisis SWOT atau CIPP ataupun mana-mana model yang sesuai untuk membuat
analisis
c) Rumusan atau kesimpulan
d) Lampiran gambar aktiviti
Semua hasil laporan reflektif perlu dihantar ke dalam google classroom yang telah disediakan
oleh jurulatih yang terlibat.
2
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS:

1. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

2.1 Muka depan kulit tugasan projek


(a) Nama Pelajar/Ahli
(b) Angka Giliran
(c) Nombor Kad Pengenalan
(d) Kumpulan/Unit
(e) Kod dan Nama Kursus
(f) Tajuk Tugasan Projek
(g) Nama Pensyarah Kursus
(h) Tarikh Hantar

2.2 Size font : Arial 11


2.3 Langkau 1 ½ baris
2.4 Penulisan bibliografi mengikut piawaian APA (American Psychological Association)
Edisi 6
2.5 Lampiran

3. Bahan bukti yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.

5. Komen dan huraian yang jelas dan koheren serta bahasa, laras bahasa yang sesuai.

6. Maklumat yang tepat, tiada kesilapan ejaan dan kematangan hujah.

7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-
kurangnya sumber dari 4 buah buku, 3 internet dan 2 bahan bercetak yang lain).

8. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

9. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pelajar yang lewat
menghantar tugasan dari tarikh sepatutnya boleh dikenakan penalti

Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________________ _____________________________
(Nama: SAFRI BIN AZIZ ) (Nama: SAMSIAH BNI HASSAN )

Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus /


Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

_____________________________
(Nama: ROSMADI BIN DOLLAH )

Ketua Unit Kokurikulum IPGKDRI

Anda mungkin juga menyukai