Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN A

( Soalan Objektif )

[ 15 Markah ]

Arahan Am : Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya
ada satu sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan pada ruangan yang
disediakan.

Soalan 1 hingga soalan 15

1. “__________ berharap agar baginda sultan dapat mengadili perbalahan itu sewajarnya.”
Kata Laksamana Hang Tuah.

A. Saya

B. Patik

C. Beta

D. Baginda

2. Ali menangis kerana berasa __________ ketika berada di aras menara yang tinggi itu.

A. takut
B. gayat
C. gusar
D. cemas

1
Soalan 3 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

3. “Kerja-kerja __________ ini harus dilakukan dengan berhati-hati,” pesan Cikgu Ahmad
kepada Amir.

A. menggerudi
B. mengetam
C. memahat
D. memaku

4. Karim dan Hasan ketawa __________ sehingga ditegur oleh penumpang monorel yang
lain.

A. tersedu-sedu
B. berdekah-dekah
C. tergagap-gagap
D. teresak-esak

2
Soalan 5
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

5. “Tolong beritahu Akma yang kami akan menunggunya di kantin selepas pulang dari
sekolah,” kata Sima dan Auni kepada Julia.

A. Sima dan Auni mengingatkan Akma dan Julia agar menunggu mereka di kantin
selepas waktu sekolah.
B. Akma meminta pertolongan Julia untuk memberitahu Sima dan Auni bahawa dia
menunggu mereka di kantin selepas waktu sekolah.
C. Sima dan Auni meminta pertolongan Julia untuk memberitahu Akma bahawa
mereka menunggunya di kantin selepas waktu sekolah.
D. Julia meminta Sima memberitahu Akma bahawa dia dan Auni menunggunya di
kantin selepas waktu sekolah.

Soalan 6 hingga 10
Tuliskan ( BETUL ) pada ayat yang betul dan ( SALAH ) pada ayat yang salah.

6. Adalah dengan ini saya meminta maaf atas segala kesalahan saya.

7. Kami terkejut apabila melihat sebuah rumah terbakar ketika pulang dari
sekolah.
8. Para-para penonton diminta bersabar kerana persembahan artis pujaan
mereka akan diadakan sebentar sahaja.
9. Kami mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang telah tuan
berikan.
10. Kami menuntun perlawanan bola sepak itu sambal berbual-bual.

Soalan 11 hingga 15

3
Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan.

11. Rohaya meminta Aina membuat

kerja __________ yang diarahkannya. dari

12. Aliya dilantik _________ ketua

kerani baharu mulai bulan Mac nanti. tentang

13. Nadia dan Samat berbincang

__________ hari keluarga yang akan seperti
diadakan pada minggu hadapan.
14. Amin bekerja di pejabat ini
__________ 10 tahun yang lalu. sebagai

15. Kami menunggu Ahmad __________

pukul 8.00 pagi. sejak

BAHAGIAN B
( Soalan Subjektif )

[ 10 Markah ]

Soalan 16

Fahami jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat yang lengkap.

JADUAL PROGRAM MINGGU BUDAYA 2020

4
Tarikh/ Hari Masa Atur cara
8.00 pagi Pertunjukkan Permainan Tradisional
25 Jun 2020 Acara yang dipertunjukkan :
( Sabtu )  Galah Panjang
 Gasing
 Batu Seremban
 Sepak raga

10.00 pagi – 6.00 petang Jualan kraf tangan

3.00 petang Pertunjukkan pakaian tradisional

4.00 petang Acara kanak-kanak bawah 7 tahun

8.30 pagi Jualan hasil kraf tangan
26 Jun 2020
(Ahad ) 9.00 pagi – 11.00 pagi Pertunjukkan seloka oleh murid-murid
SK Kampung Melur
2.00 petang
Majlis penutupan dan penyampaian
hadiah

a. Nyatakan permainan tradisional yang dipertunjukkan dalam minggu budaya tersebut.

________________________________________________________________________

( 2 markah )

b. Pada pendapat anda, apakah tujuan minggu budaya ini diadakan ?

5
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

( 3 markah )

Soalan 17

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Nadia dan kawan-kawannya telah menyertai Kempen Tandas Sekolahku

Bersih yang dilancarkan oleh guru besar. Kempen itu bertujuan untuk menjadikan
amalan menjaga kebersihan tandas sebagai budaya di Sekolah Kebangsaan Seri
Baiduri.

6
Kempen itu dilaksanakan dengan cara menggalakkan murid-murid berkongsi
tandas dengan guru. Langkah ini dilaksanakan supaya murid-murid menjaga
kebersihan dan menggunakan tandas dengan betul kerana kebersihan tandas
tanggungjawab bersama.

Pada mulanya, kebanyakan murid berasa janggal menggunakan tandas guru

kerana mereka telah biasa menggunakan tandas secara berasingan. Perasaan itu
sedikit demi sedikit hilang. Akhirnya, murid dan guru bersama-sama menjaga dan
memastikan tandas sekolah sentiasa bersih dan selamat digunakan.

a. Apakah tujuan Kempen Tandas Sekolahku Bersih ini diadakan ?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

( 2 markah )

7
b. Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan tandas sekolah
kamu ?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

( 3 markah )

Anda mungkin juga menyukai