Anda di halaman 1dari 1

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengusahakan

sesuatu perusahaan. Berdasarkan perniagaan kilang pembuatan barang kasut Suria tersebut, pengusaha
kilang tersebut merupakan seorang usahawan kerana beliau bertanggungjawab mengusahakan
perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada dirinya dan orang ramai. Bagi keusahawanan pula
ditakrifkan sebagai tingkah laku atau gaya usahawan yang bertindak terhadap sesuatu peluang dengan
memulakan perniagaan serta mengembangkan perniagaan yang telah dijalankan. Dalam hal ini,
pengusaha kilang tersebut berkebolehan dan mempunyai keinginan untuk bertindak dengan tepat dan
cekap dalam menajayakan perniagaannya apabila terdapat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebagai penasihat perniagaan, terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah yang dialami
terutamanya dari sudut promosi produk dan saluran pemasaran serta penciptaan baru iklan perniagaan.
Bagi promosi produk dan saluran pemasaran, saya akan memberi cadangan kepada pemilik kilang
tersebut untuk menjalankan perniagaan secara atas lain memandang jualan semakin merosot akibat
pandemik Covid-19. Melalui perniagaan secara atas talian ini, pemilik kilang boleh memberi tumpuan
sepenuhnya terhadap aplikasi tumpuan ramai seperti Shopee. Bukan itu sahaja, saya juga akan memberi
cadangan kepada pemilik kilang tersebut untuk melakukan jualan penghabisan stok yang lama dengan
harga murah bagi menarik minat pelanggan untuk membeli. Melalui jualan penghabisan stok tersebut,
pemilik kilang dapat menghabisan stok kasut yang lama dan mengambil stok baru dengan bentuk dan
corak kasut yang baharu. Di samping itu, pemilik kilang ini juga boleh mengeluarkan sedikit modal untuk
membuat pemasaran agar lebih dikenali seperti membuat iklan di radio. Dengan itu, segala usaha ini
pastinya dapat menaikkan semula jualan bagi perniagaan kilang kasut ini.

Bagi pencipataan baru iklan perniagaan pula, iklan yang dihasilkan perlulah mengikut arus masa atau
trend terkini yang lebih relevan. Hal ini kerana, pelanggan pada masa kini lebih melihat kepada iklan
yang menarik dan viral. Dengan itu, secara tidak langsung jualan kasut akan bertambah dari semasa ke
semasa. Bukan itu sahaja, pemilik kilang tersebut juga boleh mengeluarkan sedikit kos untuk mengambil
seorang pekerja yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK). Dalam hal ini, pekerja tersebut dapat membantu pemilik kilang tersebut untuk mencipta iklan
yang baharu yang lebih moden mengikut arus semasa. Iklan yang dihasilkan tersebut juga perlulah
mempunyai gambar dan maklumat yang banyak mengenai produk yang ditawarkan. Justeru, penciptaan
baru iklan ini adalah amat penting untuk menarik minat pelanggan untuk membeli dengan produk yang
telah ditawarkan.

Anda mungkin juga menyukai