Anda di halaman 1dari 3

Pengurusan tali dan aplikasi

Pada 2 Julai 2021, telah dijalankan satu slot pengurusan tali dan aplikasi oleh Encik
Ronif pada jam 2.45 hingga 4.45 petang. Berdasarkan slot tersebut, banyak ilmu pengetahuan
baharu yang telah dipelajari. Antara isi penting semasa slot pengurusan tali tersebut adalah
mengenai kegunaan tali dan aktiviti abseiling. Dalam hal ini, penjagaan peralatan adalah
penting bagi mengekalkan tali berada dalam keadaan selamat dan tahan lama. Bagi menjaga
peralatan dengan baik, tentukan semua peralatan bersih sebelum dan selepas digunakan.
Bukan itu sahaja, jurulatih hendaklah memeriksa dan membuat ujian ke atas semua peralatan
mengikut piawaian dan tempoh jangka hayat ataupun lebih merekod dalam buku log.
Seterusnya, tentukan semua peralatan disusun atau digantung bagi tali di tempat atau stor yang
disediakan yang mana pengudaraan bebas masuk dan keluar.

Berikut merupakan jenis ikatan tali dan kegunaannya yang telah dipelajari semasa slot
tersebut :

Jenis Ikatan Kegunaan


 Simpulan yang paling sesuai serta
serba boleh dan biasa digunakan
dalam menjalankan aktiviti.

Figure 8 Knot
 Simpulan mudah, tidak mudah
mengelunsur keluar, boleh
dirungkai dengan mudah.

Double Figure 8 Knot


 Membolehkan penggunaan gfigure
8 digunakan dalam pelbagai
keadaan bagi keselamatan
tambahan. Buat simpulan stopper
knot pada tali hujung terakhir.

Double figure 8 Follow Through


 Sebagai ganti alatan Belay Device.
Juga dikenali sebagai Munter/
Italian Hitch. Tali pemegang
mestilah berlawanan dengan
pembuka Carabiner.

Italian Munter Hitch

 Sebagai penanda hujung tali dan


lain-lain kegunaan.

Double Overhand Knot

Berdasarkan semua jenis ikatan tali tersebut, banyak perkara yang dapat dilakukan antaranya
dalam aktiviti abseiling. Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat
yang rendah. Aktiviti ini memerlukan daya ketahanan otot tangan dan kaki yang kuat untuk
membuat aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Aktiviti ini
juga dapat mendisiplinkan seseorang individu untuk yakin terhadap diri sendiri dan bersedia
menghadapi saat-saat kecemasan ketika berada di tempat tinggi.

Aktiviti Sukan Mendaki merupakan salah satu komponen teras dalam pelbagai aktiviti
luar yang menyeronokan. Kemahiran ini diperkenalkan khusus bagi membina asas kemahiran &
pengetahuan dalam aktiviti rekreasi luar yang berteraskan pengunaan peralatan teknikal
mendaki. Selain itu, peserta diperkenalkan kepada Keselamatan mengendalikkan peralatan,
teknik, Belay on Top Rope dan Climbing Call. Peserta juga diketengahkan agar dapat membina
asas kemahiran, keyakinan diri apabila berada didalam keadaan tertentu.
Sukan Mendaki merupakan salah satu aktiviti mendaki yang amat menarik dalam
program rekreasi luar. Selain dapat meningkatkan kesepaduan kumpulan, kemahiran memanjat
juga dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan mental selain menerapkan rasa kecintaan
terhadap alam sekitar. Bagi memastikan kesemua matlamat murni ini tercapai, para bakal
jurulatih haruslah menguasai tiga faktor utama dalam kemahiran pengajaran dan pembelajaran
mendaki. Kemahiran tersebut ialah kemahiran mewujudkan suasana aktiviti yang Sistematik,
Seronok dan Selamat (3S

Anda mungkin juga menyukai