Anda di halaman 1dari 16

Split Pin Plier

ABSTRAK

Penggunaan perkakasan atau tools di dalam sesuatu proses pembaikan peralatan banyak
membantu serta mempermudahkan proses tersebut. Terdapat pelbagai jenis perkakasan
yang berada di pasaran sama ada bagi kegunaan komersial atau domestik. Ianya dibuat
khusus bagi mempermudah serta mempercepatkan sesuatu proses. Keberkesanannya
bergantung kepada bagaimana cara penggunaan, kesesuaian, dan spesifikasinya. Oleh
yang demikian, sesuatu perkakasan itu perlu memiliki ciri-ciri seperti mesra pengguna,
mudah dikendalikan, ringan, mudah dibawa ke mana-mana, murah, tahan lasak, berfungsi
dengan selamat dan akhirnya menghasilkan keputusan seperti yang dijangka.

Apabila sesuatu perkakasan tidak memiliki ciri-ciri seperti di atas, keberkesanannya akan
berkurangan. Ini akan mengakibatkan kecekapan bekerja semakin berkurangan,
produktiviti berkurangan, kerugian masa dan kemungkinan berlaku kecederaan adalah
tinggi. Seringkali juga terdapat perkakasan yang disalah guna atau digunakan tidak
mengikut spesifikasi. Ini mampu mengakibatkan kerosakan pada peralatan atau
perkakasan itu sendiri. Ianya lebih mudarat sekiranya melibatkan kecederaan pada diri
sendiri atau orang lain.

Bagi memastikan sesuatu hasil kerja sempurna dan selamat, seharusnya setiap perkakasan
direkacipta khusus dan bersesuaian dengan fungsinya. Dengan ini hasil dan mutu kerja
dapat dipertingkatkan disamping jaminan keselamatan terhadap peralatan dan pengguna.
Apalah maknanya jika memiliki peralatan yang berjenama, mahal, canggih dan
berteknologi tinggi seandainya tidak mesra pengguna dan kurang keberkesanannya.

1
Split Pin Plier

PENGENALAN

Setiap perkakasan dan peralatan yang dipasang memiliki ciri-ciri keselamatan yang
tertentu bertujuan sebagai perlindungan kepada peralatan dan pengguna. Pada mana-
mana bahagian sama ada besar atau kecil komponennya, terdapat langkah keselamatan
yang sentiasa diambil. Bagi kegunaan yang berskala besar atau amat penting, langkah
keselamatannya adalah amat tinggi dan lebih terperinci.

Sebagai contoh, di dalam pesawat penerbangan terdapat sejumlah besar komponen serta
enjin yang memerlukan pemerhatian dan langkah keselamatan yang tinggi. Deruan serta
tujahan enjinnya mampu mengakibatkan komponen-komponennya mengalami gegaran.
Ini memungkinkan beberapa bahagian atau komponennya longgar. Selalunya pada
bahagian yang menggunakan bolt dan nut sama ada dalam pesawat atau mana-mana
peralatan yang sering mengalami gegaran, ianya akan disertakan dengan penggunaan pin
pada penghujung bolt. Pin tersebut akan dipasang pada hujung bolt setelah dipasang nut.
Pin ini akan dibengkokkan hujungnya agar tidak tertanggal. Fungsi pin ini adalah
menahan nut yang dipasang pada bolt agar tidak terlepas dari bolt. Ini adalah sebagai
langkah keselamatan terhadap bolt dan nut kerana kemungkinan nut tersebut bergerak
dan menjadi longgar adalah tinggi bagi peralatan yang sentiasa terdedah kepada gegaran
dan pusingan.

Pemasangan pin ini adalah mudah. Dengan hanya menggunakan Long Nose, pin tersebut
dapat dimasukkan ke dalam lubang pada bolt. Kemudian hujung pin tersebut akan
dibengkokkan dengan menggunakan Long Nose. Bagi tujuan membuka pin ini, dengan
hanya menggunakan Long Nose atau Split Pin Plier yang terdapat dipasaran. Tetapi Long
Nose dan Split Pin Plier yang terdapat dipasaran tidak mesra pengguna dan tidak
memudahkan kerja di tempat-tempat yang sempit dan terhad. Idea bagi menghasilkan
satu Split Pin Plier yang khusus dan mudah digunakan timbul setelah melihat kesukaran
bagi membuka pin pada komponen pesawat di Syarikat Airod. Dengan terciptanya Split
Pin Plier ini, kesukaran bagi membuka pin ini dapat dikurangkan, menjimatkan masa
serta memanjangkan hayat peralatan dan perkakasan.

2
Split Pin Plier

OBJEKTIF

Objektif penciptaan Split Pin Plier ini adalah :

1. Menjadikan perkakasan khusus membuka Split Pin

 Menjadikan Split Pin Plier ini sebagai satu perkakasan yang khusus
bagi tujuan membuka Split Pin. Memang ada Split Pin Plier di pasaran
tetapi rekaan dan penciptaannya tidak bersifat mesra pengguna.
Dengan menggunakan perkakasan ini sahaja, ianya mampu membuka
pin.

2. Memudahkan tugas membuka Split Pin

 Dengan menggunakan Split Pin Plier ini, pin yang terpasang pada bolt
lebih mudah dibuka berbanding dengan menggunakan Long Nose atau
perkakasan lain.

3. Menjimatkan masa

 Penggunaan Split Pin Plier ini akan mampu menjimatkan masa serta
mampu meningkatkan tahap kecekapan bekerja kerana penggunaannya
lebih mudah dan mesra pengguna.

4. Mengurangkan kecederaan

 Split Pin Plier ini dapat mengurangkan kecederaan yang mungkin


berlaku kerana perkakasan ini direka dengan mengambilkira bentuk
dan sifatnya yang mesra pengguna serta operasinya yang mudah.

5. Keselamatan terhadap peralatan dan pengguna

 Meningkatkan aspek keselamatan terhadap peralatan, perkakasan dan


pengguna.

3
Split Pin Plier

REKACIPTA

a. Fungsi Asas

- Split Pin Plier ini dihasilkan bertujuan bagi membuka Split Pin
yang terpasang pada bolt dan nut yang menggunakan pin pada
hujungnya. Penggunaan perkakasan ini mampu memudah serta
menjimatkan masa membuka pin kerana ianya direka khusus
bagi tujuan membuka pin tersebut tanpa penggunaan atau
bantuan perkakasan lain.

b. Kelebihan

i. Membuka Split Pin dengan hanya satu langkah sahaja.


Pengguna tidak perlu untuk meluruskan hujung pin yang telah
bengkok. Dengan memasukkan hujung Plier ke dalam bulatan pin,
kemudian tekan Plier, pin akan tertarik keatas.
ii. Membuka Split Pin tanpa menggunakan bantuan lain-lain
perkakasan. Dengan hanya menggunakan Split Pin Plier ini, pin
akan dapat dibuka dengan mudah dan cepat.
iii. Menjimatkan masa membuka pin kerana Plier ini memang
direkacipta supaya mudah digunakan dan mesra pengguna.
iv. Ianya mampu mengurangkan kecederaan kerana binaannya
yang ergonormik serta penggunaannya yang mudah.
v. Saiznya yang tidak terlalu besar memudahkan pengguna
membawanya kemana-mana.
vi. Diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terdedah
kepada sebarang kerosakan dan bersifat tahan lasak serta mudah
dibentuk (Mild steel).

4
Split Pin Plier

PEMBANGUNAN REKACIPTA

Peralatan Yang Digunakan

1. Power Saw
- Digunakan bagi memotong bahan mengikut saiz dan keperluan
yang dikehendaki.

2. Milling Machine
- Digunakan bagi membentuk serta membina bentuk yang
dikehendaki berdasarkan kepada projek rekacipta.

3. Table Drill
- Digunakan bagi membuat lubang pada bahagian yang
dikehendaki.

4. Grinder
- Digunakan bagi mencanai serta melicin bahagian atau
permukaan yang kesat serta tajam.

5. Vernier Caliper
- Digunakan bagi mengukur bahan mengikut saiz yang
dikehendaki.

6. L Square
- Digunakan bagi membina sudut tepat pada bahagian material
bagi tujuan pembinaan rekacipta.

7. Center Punch
- bagi membina titik tengah untuk proses menggerudi.

8. Hand Saw
- Digunakan bagi menggergaji/memotong bahan.

9. Files
- Digunakan bagi kikir pada bahan rekacipta.

10. Scrabber
- Digunakan bagi menggaris atau menanda pada bahan atau hail
kerja.

5
Split Pin Plier

PEMBUATAN REKACIPTA

1. Lakaran
- Melakarkan gambaran bentuk Plier yang dikehendaki serta ukuran yang
dicadangkan.. rekabentuk adalah berdasarkan kepada saiz Split Pin yang
selalu digunakan.

110mm

150mm

G1: Lakaran dan saiz Plier

2. Penentuan Material
- Menentukan material yang akan digunakan bagi tujuan membina Plier.
Bagi memastikan Plier ini tahan lasak serta mudah dibentuk semasa
membuatnya, kami menggunakan Mild Steel.

G2: Material

3. Pemilihan Perkakasan dan Mesin


- Bagi membentuk rekacipta ini, mesin yang digunakan adalah Milling
Machine, Table Grilling dan Grinder Machine.
- Perkakasan yang digunakan adalah seperti Vernier Caliper, L Squire,
Center Punch, Hand Saw, Files dan Scrabber.

6
Split Pin Plier

4. Proses Memotong dan Membentuk Plier

a. Membentuk bahagian utama Plier.


- Membentuk bahagian utama pembinaan Plier iaitu bahagian pemegang
hingga ke muncungnya. Bahagian ini dibuat dua belah seperti mana
bahagian pada Plier biasa.

G3: Bahagian utama Plier

b. Membentuk bahagian muncung atas dan bawah


- Membentuk bahagian muncung atas dan bawah yang mana bahagian
ini merupakan bahagian yang akan berada paling hampir dengan pin yang
akan ditanggalkan. Bahagian atas berfungsi berfungsi sebagai pemegang
pin bagi manakala bahagian bawah sebagai penahan pada Bolt.

8mm

45mm

G4: Muncung atas

8mm

35mm

G5: Muncung bawah

7
Split Pin Plier

c. Membentuk Pin Penarik


- Membentuk pin penarik yang berfungsi untuk menarik Split Pin dari
Bolt. Ianya digunakan dengan cara memasukkan pin penarik tersebut ke
dalam lengkungan Split Pin.

G6: Bahagian Pin Penarik

d. Pateri bahagian muncung dengan bahagian utama.


- Bagi tujuan penyambungan bahagian muncung dengan bahagian
utama Split Pin Plier, proses pemeterian dilakukan. Inaya terpaksa
dilakukan dengan berhati-hati kerana ianya melibatkan komponen yang
kecil. Ketepatan semasa pateri amat penting kerana sekiranya bahagian
yang ingin disambung tidak sama seperti yang dikehendaki, ianya akan
menjejaskan operasi Split Pin Plier apabila siap kelak.

G7: Pematerian bahagian muncung

8
Split Pin Plier

G8: Pemeterian bahagian muncung

G9: Hasil pemeterian

G10: Hasil Pemeterian

9
Split Pin Plier

e. Pembersihan dan pelicinan bahagian


- Kerja pembersihan dan pelicinan bahagian yang telah selesai di potong
dan di pateri perlu dilakukan kerana terdapat permukaan yang tidak rata
serta kesan pemotongan.
- Proses ini dilakukan dengan menggunakan kertas pasir bagi tujuan
melicinkan permukaan dan menggunakan cecair pengilat Brasso untuk
membersih serta mengilatkan Plier.
- Bahagian pemegang Plier dipasang Hose bagi tujuan keselamatan dan
kekotoran.

G11: Melicinkan bahagian Plier

G12: Membersih dan mengilat Plier

10
Split Pin Plier

G13: Memasang Hose

G14: Gambar lengkap

11
Split Pin Plier

5. Proses Pengujian
- Setelah selesai proses pembuatan, Plier tersebut telah diuji dengan
membuka beberapa Split Pin yang digunakan pada peralatan. Hasil
daripada ujikaji, didapati Plier tersebut memang mudah digunakan bagi
tujuan membuka Split Pin. Sekiranya terdapat pin yang terlalu keras atau
sukar dilurus, bahagian tengah dan hujung pemegang boleh digunakan
bagi tujuan memudahkan pengeluaran pin.

G15: Langkah membuka Split Pin 1

G16: Langkah membuka Split Pin 2

12
Split Pin Plier

G17: Langkah membuka Split Pin 3

G18: Langkah membuka Split Pin 4

13
Split Pin Plier

INOVASI REKACIPTA

Hasil
1. Mutu kerja yang baik dan berkualiti.

2. Meningkatkan tahap kecekapan bekerja.

3. Meningkatkan tahap produktiviti organisasi/syarikat/jabatan

4. Mengurangkan risiko kecederaan.

5. Mengurangkan kerosakan pada peralatan dan perkakasan.

Proses
1. Kerja menjadi lebih mudah dan cepat.

2. Menjimatkan masa dan tenaga.

3. Penggunaan perkakasan lebih mudah dan mesra pengguna.

KOS REKACIPTA

Kos Bahan dan Gunatenaga

Bil Bahan Kti Harga/Unit Jumlah Catatan


(RM) (RM)
(a) (b) (c) (d) (e) (f)
1 Mild Steel (Solid Plate) 01 Mtr 50.00 50.00
(50mm x 1”)
2 Grip 01 10.00 10.00
3 Bolt and nut 01 set 2.00 2.00
JUMLAH KESELURUHAN 62.00

Kos Pembuatan
- Semua pembuatan dan rekacipta projek ini dilaksanakan di dalam bengkel Pemesinan
ADTEC Shah, Alam.

14
Split Pin Plier

Pasaran
- Mempunyai potensi yang besar untuk dipasarkan ke peringkat global kerana hasil
penelitian dan pemerhatian, tiada perkakasan yang khusus bagi tujuan membuka Split
Pin.
- Pelanggan mungkin terdiri dari Syarikat-syarikat yang terlibat di dalam
penyelenggaraan peralatan/mesin yang banyak menggunakan Split Pin dan individu yang
terlibat di dalam sebarang pembaikan dan penyelenggaraan peralatan.

PERBINCANGAN REKACIPTA

Berdasarkan kepada beberapa siri perbincangan diantara Juruteknik dan tenaga pengajar
yang terlibat di dalam penyelenggaraan peralatan, memang diakui terdapat kerumitan
ketika ingin menanggalkan Split Pin dari Bolt. Keadaan ini menjadi semakin rumit
sekiranya ruang kerja diantara perkakasan dan peralatan sempit atau terhad. Kaedah
sebelum ini kebanyakannya hanya menggunakan Plier Long Nose yang mana
penggunaannya adalah terhad dan sukar.

Bagi merungkai permasalahan ini, kami cuba mendapatkan pandangan serta idea dari
beberapa tenaga kerja di Syarikat Airod yang terlibat di dalam penyelenggaraan pesawat.
Kami juga mendapat idea dari beberapa tenaga pengajar penyelenggaraan pesawat di
ADTEC Shah Alam, bahawa memang perlu satu perkakasan direka cipta bagi membuka
Split Pin. Kaedah yang sedia ada dengan menggunakan Long Nose adalah satu kaedah
yang kurang praktikal serta berkesan. Perbincangan bagi merekacipta perkakasan ini
seterusnya mengambilkira keadaan, situasi, rekabentuk, material, saiz serta kaedah
kendaliannya.

Maka beberapa siri rekebentuk perkakasan ini dibuat bagi mencari kesesuaian dari segi
penggunaan. Malah ianya telah melalui banyak ubahsuai dari masa ke semasa bagi
mendapat rekabentuk yang sesuai. Beberapa siri rekacipta ini melalui proses penilainan
dengan memberi kepada pengguna yang terlibat dengan pembaikan. Hasil maklumbalas
dari penilaian yang telah dilakukan, kami melakukan penambaikan dan akhirnya lahirlah
Split Pin Plier yang dihasilkan berdasarkan kepada permasalahan yang timbul. Semoga
dengan terhasilnya rekacipta ini, ianya mampu memberikan impak yang besar di dalam
bidang pembaikan dan penyelenggaraan peralatan di Malaysia.

15
Split Pin Plier

KESIMPULAN REKACIPTA

Fungsi perkakasan atau tools adalah sebagai satu alat bantuan sokongan bagi
melaksanakan sesuatu tugas. Ianya adalah amat bermakna sekiranya sesuatu tools itu
memiliki daya guna yang tinggi bagi melaksanakan tugas mengikut fungsi yang telah
ditetapkan. Dengan ini segala tugas dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan
pelaksanaan yang telah ditetapkan. Akhirnya ia mampu melonjakkan nilai produktiviti ke
tahap yang maksima, kecekapan kemahiran yang tinggi, guna tenaga yang efisien,
penjimatan masa, keselamatan peralatan dan perkakasan. Semoga dengan terhasilnya
rekacipta Split Pin Plier ini ianya mampu menyelesaikan masalah yang timbul semasa
melaksanakan tugas dan menambahkan daya saing di dalam rekacipta perkakasan.

16

Anda mungkin juga menyukai