Anda di halaman 1dari 29

OBJEKTIF

1. Menyatakan konsep keselamatan, keselamatan pekerja dan keselamatan industri,


faedah keselamatan industri dan kepentingan mempelajarinya.
2. Menyatakan tujuan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, peranan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan fungsi Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Malaysia.
3. Menyatakan langkah-langkah keselamatan dalam menjalankan kerja dan mematuhi
Etika Diri dan Etika Kerja semasa melakukan kerja.
4. Menyatakan langkah-langkah melakukan rawatan kecemasan dengan cara yang betul.
5. Membezakan kelas-kelas kebakaran dan jenis-jenis alat pemadam api serta
kelengkapan menentang kebakaran di dalam bangunan dengan betul.

1.0 PENGENALAN

Keselamatan bermaksud sesuatu keadaan yang terhindar daripada masalah emosi,


fizikal, sosial, politik, kewangan, psikologi, pekerjaan dan perkara-perkara lain yang
melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Selain itu, keselamatan juga
ialah terlindung daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan
ekonomi dan kesihatan. Penghayatan terhadap keselamatan ini adalah bergantung kepada
sistem nilai individu yang tersendiri. Undang-undang keselamatan hanyalah standard
minima yang perlu diamalkan tetapi terdapat banyak kelebihan sekiranya mengamalkan
langkah keselamatan seperti yang dikehendaki.

1.1 KESELAMATAN DIRI

Keselamatan diri adalah keselamatan yang sangat penting kerana melibatkan diri
sendiri. Setiap individu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap diri sendiri kerana
mereka lebih arif dan kenal diri sendiri. Kebanyakan kemalangan berlaku kerana sikap
cuai dan tidak peka tentang aspek keselamatan. Kemalangan sepatutnya dapat dicegah
dengan cara:

1
1. Pakai pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat bekerja dan aktiviti amali
yang ingin dilakukan.
2. Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Rambut yang panjang boleh
tersangkut pada mesin yang berputar dan pada alat-alat lain.
3. Jangan bergurau semasa melakukan aktiviti amali samada melibatkan peralatan
bengkel ataupun tidak.
4. Elakkan memakai barang-barang perhiasan seperti jam tangan, cincin dan rantai
kerana barang-barang tersebut boleh tersangkut pada mesin dan alat-alat lain.

Berikut adalah antara contoh peraturan yang wajib dipatuhi oleh setiap individu ketika
berada di dalam bengkel.

1. Beratur di luar bengkel sebelum menerima arahan masuk.


2. Dapatkan arahan guru/pensyarah sebelum masuk atau keluar bengkel.
3. Jangan berebut dan bertolak-tolak semasa masuk atau keluar bengkel.
4. Dilarang membawa beg dan makanan mesuk ke dalam bengkel.
5. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan
pencahayaan yang mencukupi.
6. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku sebarang kemalangan.
7. Bersihkan kawasan kerja dan bengkel setelah selesai melakukan kerja.

Pelajar mestilah mematuhi peraturan keselamatan diri di dalam bengkel supaya


kejadian yang tidak diingini tidak berlaku. Antara peraturan tersebut ialah:

1. Patuhi peraturan yang telah ditapkan sepanjang masa.


2. Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek atau lipat lengan baju hingga ke paras
siku.
3. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan
hujungnya dimasukkan ke dalam apron
4. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.
5. Fahami cara yang betul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi
arahan guru.
6. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.
7. Cuci tangan menggunakan air dan sabun setelah selesai melakukan aktiviti-
aktiviti di bengkel.
8. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera.

2
1.2 KESELAMATAN PERALATAN & MESIN MUDAH ALIH

Mesin dan peralatan mesin merupakan sebahagian dari sejarah peradaban manusia
dalam usaha peningkatan produktiviti buruh dan memperbanyak produk samada jenis
mahupun jumlah yang memenuhi kehendak manusia. Mesin-mesin ini sangat membantu
dalam penghasilan produk-produk yang mana ianya dapat menjimatkan masa serta
meningkatkan kualiti.

1.2.1 KESELAMATAN PERALATAN

Secara umumnya, peralatan merupakan alat yang digunakan secara


manual untuk membantu manusia melakukan kerja. Setiap peralatan
mempunyai fungsi yang tersendiri dan berbeza cara penggunaannya.
Penggunaan peralatan yang salah akan menyebabkan kemalangan
berlaku dan mendatangkan kecederaan kepada individu. Antara faktor
yang menyebabkan kemalangan berlaku ialah:

1. Menggunakan alatan dengan kaedah yang salah.


2. Tidak menyimpan peralatan dengan sempurna dan selamat.
3. Gagal menyenggara peralatan dengan betul.
4. Menggunakan peralatan yang rosak sesuka hati.
5. Menggunakan peralatan yang tidak sesuai dengan kerja yang
dijalankan.

Bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku,


beberapa langkah keselamatan penggunaan peralatan perlu dipatuhi.
Langkah keselamatan tersebut adalah seperti berikut:

1. Pilih peralatan yang sesuai dengan kerja.


2. Beri latihan keselamatan bagi pengguna.
3. Sediakan prosedur kerja selamat untuk penggunaan peralatan.
4. Periksa peralatan sebelum digunakan.
5. Ikut arahan pembuat bagi kendalian peralatan.
6. Pilih dan guna kelengkapan pelindung diri yang sesuai.
7. Adakan program senggaraan berjadual bagi peralatan.

3
Terdapat beberapa contoh peralatan serta fungsinya untuk
mengekalkan keselamatan diri serta tempat kerja. Antaranya ialah:

a. Gandin Getah

Gandin getah digunakan untuk:

i. Mengetuk dan meratakan kepingan logam.


ii. Membentuk dan melipat kepingan logam.
iii. Mengelakkan kepingan logam rosak/calar.
iv. Kepingan logam perlu dialas dengan kayu atau MDF
ketika proses mengetuk dilakukan.

Rajah 1 Gandin Getah

b. Riveter

Riveter digunakan untuk mencantumkan kepingan logam secara


kekal. Langkah merivet adalah:

i. Tandakan pusat lubang dengan penebuk pusat.


ii. Gerudi kepingan logam.
iii. Tekan hulu riveter untuk merapatkan kepingan logam.

4
iv. Tekan hulu riveter sehingga dawai rivet putus dan kepala
rivet terbentuk.

Rajah 2 Riveter

c. Pisau Pemotong Perspek

Pisau ini dikhaskan untuk memotong perspek. Mata pemotong


digunakan untuk menggarit perspek berulang kali. Pisau ini
digunakan dengan cara:

i. Tandakan garisan pemotongan menggunakan pensel


dan pembaris keluli.
ii. Garitkan kertas pelapik perspek menggunakan
bahagian belakang mata pisau.
iii. Garitkan pada bahagian yang hendak dipotong
menggunakan bahagian hadapan pisau pemotong
dengan berpandukan pembaris keluli.
iv. Ulangi proses menggarit mengikut ketebalan perspek.
v. Tekan perspek secara perlahan dan sekata untuk
memutuskan bahagian yang telah digarit. Alaskan
perspek untuk memudahkan kerja menekan perspek.

5
Rajah 3 Pisau Pemotong Perspek

d. Stapler Gun

Stapler gun adalah alat yang sesuai digunakan untuk


mencantum kepingan papan lapis, MDF dan mounting board
pada projek kayu. Cantuman ini boleh dilakukan dengan cepat
dan pantas.

Rajah 4 Stapler Gun

6
1.2.2 KESELAMATAN MESIN MUDAH ALIH

Mesin merupakan alatan mekanikal yang mempunyai bahagian


yang bergerak dan berfungsi untuk membantu manusia. Bahagian yang
bergerak ini mempunyai kuasa yang menyebabkan pergerakan berlaku
malah boleh mangakibatkan kecederaan kepada seseorang. Antara
faktor yang menyebabkan kesalahan penggunaan mesin adalah:

1. Susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai kerja.
2. Keadaan mesin yang telah lama dan tidak sesuai digunakan
lagi.
3. Keadaan mesin dan peralatan tangan yang tidak disenggara
dengan baik.
4. Penggunaan dan penyimpanan mesin yang tidak teratur.
5. Pengendalian mesin yang tidak selamat.
6. Sistem pendawaian yang lebih daripada 40 tahun.
7. Menjangkau tangan untuk memperbetulkan alat atau mengalih
bahan tersangkut.
8. Individu yang tidak kompeten mengguna atau menyelenggara
mesin.
9. Pelindung mesin hilang atau longgar.

Berikut merupakan langkah-langkah keselamatan yang perlu


dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya kemalangan:

1. Fikirkan tentang keselamatan sebelum memulakan kerja.


2. Ketahui dan fahami semua ciri-ciri keselamatan dan arahan
menggunakan mesin.
3. Baca kesemua notis amaran pada mesin sebelum
menggunakannya.
4. Pastikan kedudukan butang kecemasan mesin diketahui.
5. Gunakan safety goggle dan kasut yang sesuai apabila
mengendalikan mesin.
6. Matikan suis mesin sepenuhnya sebelum menukar sebarang
alat sawat pada mesin atau memperbetul sebarang kerosakan.

7
7. Jika terdapat serpihan atau tatal, buang dengan menggunakan
berus kayu dan jangan sesekali menggunakan tangan.
8. Jika terdapat sebarang kerosakan pada mesin, segera hubungi
penyelia.
9. Dilarang memperbetul mesin semasa mesin masih hidup.
10. Jangan memakai pakaian longgar atau jam tangan dan barang
kemas semasa mengendalikan mesin.

Terdapat beberapa contoh mesin mudah alih serta fungsinya untuk


mengekalkan keselamatan diri serta tempat kerja. Antaranya ialah:

a. Mesin Sander

Mesin sander digunakan untuk meratakan dan melicinkan


permukaan kayu serta membuang bahagian karat keluli.
Kebiasaannya, mesin ini sering digunakan bagi kerja-kerja
kemasan.

Rajah 5 Mesin Sander

Cara menggunakan mesin sander adalah seperti berikut:

i. Pastikan suis berada dalam keadaan mati/off.


ii. Hidupkan mesin sander, kemudian letakkan
permukaan bawah sander atas papan yang ingin
dilicinkan.

8
iii. Sesetengah mesin sander mempunyai tahap kelajuan.
Pengguna boleh mengubah kelajuan mengikut
keperluan sendiri.
iv. Bekas debu hendaklah dibersihkan dan dibuang debu
sekiranya sudah penuh.

b. Mesin Grgaji Jig

Mesin gergaji jig digunakan untuk memotong lengkung dan


lurus pada papan lapis, MDF dan papan mengikut
ketebalan tertentu. Mata gergaji halus untuk bahan yang
nipis dan mata kasar untuk bahan yang lebih tebal.

Rajah 6 Mesin Grgaji Jig

Langkah-langkah penggunaan mesin gergaji jig adalah


seperti berikut:

i. Pilih mata yang sesuai dengan kerja dan bahan yang


hendak dipotong.
ii. Pastikan mata pemotong dipasang mengikut kaedah
yang telah ditetapkan dalam buku panduan.
iii. Tandakan garisan pemotong pada bahan yang hendak
dipotong.
iv. Apitkan bahan menggunakan apit G.

9
v. Potong bahan menggunakan gergaji jig mengikut
garisan potongan.

c. Mesin Gerudi

Mesin gerudi digunakan untuk menggerudi lubang. Saiz


mata gerudi akan menentukan saiz lubang yang hendak
dibuat. Mesin ini juga digunakan untuk kerja-kerja
menggerek, melulas dan membenam. Terdapat tiga jenis
mesin gerudi yang mempunyai fungsi tersendiri iaitu:

1. Gerudi Mudah Alih

Rajah 7 Mesin Gerudi Mudah Alih

 Digunakan untuk kerja-kerja yang ringan.


 Mempunyai pelbagai fungsi.
 Maksimum saiz mata gerudi yang boleh
digunakan ialah 13mm.

2. Gerudi Meja

10
Rajah 8 Mesin Gerudi Meja

 Digunakan untuk kerja am.


 Dipasang pada meja kerja.
 Maksimum saiz mata gerudi yang boleh
digunakan ialah 13mm.

3. Gerudi Lantai

Rajah 9 Mesin Gerudi Lantai

 Digunakan untuk melakukan kerja yang


berat.
 Dipasang pada lantai dengan menggunakan
bolt dan nat.
 Maksimum saiz mata gerudi yang boleh
digunakan ialah 25mm dengan
menggunakan arbor gerudi (jika lebih
13mm).

11
Berikut adalah beberapa langkah keselamatan yang perlu
dipatuhi semasa menggunakan mesin gerudi:

i. Gunakan pakaian yang selamat dan sentiasa


menggunakan cermin mata keselamatan.
ii. Pastikan kawasan sekeliling mesin bersih dan tidak
menyebabkan juru mesin terjatuh. Bersihkan minyak,
bendalir pemotong dan tatal pada lantai.
iii. Pastikan hanya seorang juru mesin yang bekerja
sewaktu mesin beroperasi.
iv. Gunakan berus dan bukannya kain untuk
membersihkan tatal selepas mata gerudi berhenti.
v. Pastikan mata gerudi dengan benda kerja mempunyai
ruang kelegaan sebelum memulakan kerja.
vi. Pastikan spindal tidak berputar semasa kerja
pengukuran atau pengujian dilakukan.
vii. Matikan suis ketika menukar mata gerudi dan selepas
operasi menggerudi dilakukan.

1.3 KESELAMATAN MESIN PEGUN

Mesin pegun merupakan mesin yang diletakkan di suatu tempat secara statik dan tidak
akan digerakkan atau diubah kedudukannya sewaktu penggunaannya. Mesin ini
mempunyai bahagian yang bergerak yang boleh mendatangkan kecederaan kepada
pengguna.

Punca bahaya mesin boleh berlaku:

1. Susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai kerja.
2. Keadaan mesin yang telah lama dan tidak sesuai digunakan lagi.
3. Keadaan mesin dan peralatan tangan yang tidak disenggara dengan baik.
4. Penggunaan dan penyimpanan mesin yang tidak teratur.
5. Pengendalian mesin yang tidak selamat.
6. Sistem pendawaian yang lebih daripada 40 tahun.

12
7. Kecacatan pada pendawai yang menyebabkan kebocoran arus elektrik.
8. Individu yang tidak kompeten mengguna atau menyelenggara mesin.
9. Tidak menggunakan lockout/tagout.

1.3.1 RISIKO KERJA BERKAITAN MESIN

1. Mesin Dengan Putaran Yang Boleh Menyebabkan Tersepit.

 Kawasan yang merbahaya adalah bahagian pergerakan


permukaan berputar. Contohnya, mesin conveyor belt,
sprockets, rantai dan sebagainya.

 Untuk mengelakkan kemalangan perlu ditutup


bahagian/ kawasan pergerakan yang boleh menyepit.

2. Mesin Penebuk.

 Risiko dalam penggunaan mesin ini adalah terbelit


pada batang dan permukaan penebuk.

 Kemalangan yang kerap berlaku adalah pada lengan


baju dan rambut.

 Cara pencegahan adalah melindungi bahagian rambut


dan lengan baju yang longgar.

3. Mesin Memotong dan Memancung.

 Mesin-mesin ini adalah mesin mencanai, guillotines,


gergaji, mesin ketam dan sebagainya.

 Kecederaan kerap berlaku di bahagian mata pengguna


yang disebabkan oleh serpihan, percikan bunga api dan
habuk.

13
 Langkah pencegahan adalah dengan memakai
pelindung diri seperti goggle, sarung tangan, apron dan
sebagainya

 Mesin-mesin ini perlu mempunyai perisai


perlindungan, sentiasa diperiksa sebelum penggunaan.

1.3.2 KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN MESIN

1. Jangan periksa atau baiki mesin yang sedang beroperasi.


2. Letak papan tanda peringatan ‘bahaya’, ‘sedang bekerja’,
‘dilarang sentuh suis’ dan sebagainya apabila membuat
penyelenggaraan untuk mengelakkan dari mesin beroperasi
secara tiba-tiba. (Banyak kejadian kemalangan berlaku
disebabkan mesin beroperasi secara tiba-tiba).

1.3.3 ALAT KAWALAN KESELAMATAN MESIN

Sesetengah mesin, perlindungan secara perisai mekanikal tidak


dapat mengelak daripada sentuhan bahagian bahaya oleh pengguna.
Oleh itu alat kawalan keselamatan digunakan untuk mengelakkan
kecederaan. Antara alat-alat tersebut ialah:

1. Alat Perlindungan Cahaya.

2. Pelindung Saling Kunci ‘Interlocking Guard’.

3. Pemutus Automatik.

4. Alat Kawalan Jauh.

5. Operasi Dua Tangan.

6. Alat Penarik Pelindung.

14
1.4 KESELAMATAN TEMPAT KERJA

Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah satu perkara/peraturan bagi


memastikan setiap pekerja bekerja di dalam keadaan selamat dan sihat bagi jangka masa
pendek ataupun panjang.

1.4.1 AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJA 1994


(AKKP)

1. Falsafah Dan Prinsip AKKP.

Di bawah Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerja 1994


(AKKP) bertangungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja terletak di atas mereka yang bekerja (pekerja)
dengan bahaya tersebut dan mereka yang mewujudkan bahaya
tersebut (majikan).

2. Skop AKKP.

Skop AKKP adalah merangkumi dan melindungi semua orang


yang bekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuk
perkhidmatan awam, badan berkanun dan sektor swasta kecuali:

 Mereka yang bekerja di atas kapal perdagangan.


 Angkatan tentera.

Adalah dianggarkan 7 juta orang yg sedang bekerja dilindungi.


Berikut adalah bidang pekerjaan yang dilindungi:

 Pengilangan.
 Perlombongan dan Kuari.
 Pembinaan.
 Pertanian, Perhutanan dan Perikanan.

15
 Kemudahan Elektrik, Gas, Air dan Perkhidmatan
Kebersihan.
 Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi.
 Perdagangan Borong dan Runcit.
 Hotel dan Restoran.
 Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan
Perniagaan.
 Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun.

3. Tujuan AKKP 1994.

 Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan


orang-orang yang sedang bekerja.
 Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja (selain
daripada orang-orang yang sedang bekerja).

1.4.2 KONSEP KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT


KERJA

Keselamatan di tempat kerja adalah berkenaan pencegahan


kemalangan, kecederaan atau penyakit dalam kalangan pekerja atau
orang-orang lain yang berada di tempat kerja. Selain daripada
memelihara nyawa serta kesihatan pekerja yang merupakan aset
terpenting dalam sesebuah organisasi atau syarikat, pencegahan
kemalangan secara tidak langsung dapat mengurangkan kos rawatan,
pampasan, kehilangan produktiviti, ketidakhadiran bekerja, kerosakan
harta benda, perkhidmatan kesihatan masa depan, hilang upaya dan
lain-lain lagi. Ringkasnya keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah
penting dari sudut:

i. Kemanusiaan dan moral;


ii. Perundangan; dan
iii. Kewangan.

16
1.4.3 PERANAN MAJIKAN DALAM PENCEGAHAN
KEMALANGAN

Majikan atau pihak pengurusan atasan merupakan tonggak utama


dalam memastikan kejayaan sesuatu program pencegahan kemalangan
di tempat kerja. Ianya berkait rapat dengan pengetahuan majikan
tentang aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sikap,
komitmen, harapan dan peruntukan yang sanggup dilaburkan untuk
tujuan keselamatan dan kesihatan. Pihak pengurusan di setiap
peringkat perlu memahami tentang kepentingan pencegahan
kemalangan dimana ia merupakan sebahagian daripada tugas utama.
Majikan perlulah berpengetahuan tentang aspek keselamatan dan
kesihatan pekerjaan serta mampu memantau aktiviti-aktiviti yang
dijalankan. Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 jelas menyatakan kewajipan majikan dan setiap orang yang
bekerja sendiri untuk memastikan setakat yang praktik, kesihatan,
keselamatan dan kebajikan semua pekerjanya semasa bekerja. Majikan
bertanggungjawab:

i. Menyediakan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan


yang merupakan pernyataan bertulis mengenai dasar am
mengenai keselamatan dan kesihatan, organisasi, perkiraan,
(pelan, kaedah, latihan, dan sebagainya) langkah-langkah
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
ii. Menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan bagi
organisasi yang mempunyai 40 orang pekerja atau lebih.
iii. Menggaji atau melantik seorang pegawai yang kompeten
untuk bertindak sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
bagi organisasi tertentu seperti yang telah ditetapkan dalam
Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai
Keselamatan Dan Kesihatan) 1997, atau apabila diarahkan
oleh Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan.

17
iv. Menyediakan maklumat, arahan dan penyeliaan bagi
memastikan keselamatan dan kesihatan terjamin.
v. Menyedia dan menyelenggara tempat dan sistem kerja
supaya selamat dan sihat.
vi. Mengatur perolehan, penggunaan, pengendalian,
penyimpanan, pengangkutan dan pelupusan bahan-bahan
secara selamat.
vii. Menyediakan kemudahan kebajikan kepada pekerja seperti
bilik rehat pekerja, tempat makan yang sesuai dan
kemudahan kecemasan.
viii. Mengadakan pengawasan (surveillance) perubatan untuk
pekerja yang terdedah kepada hazard tertentu di tempat
kerja.
ix. Mengadakan latihan induksi dan latihan dalam perkhidmatan
dari masa ke semasa.

1.5 RAWATAN KECEMASAN

1.5.1 DEFINISI RAWATAN KECEMASAN

Rawatan kecemasan adalah bantuan awal atau bantuan rawatan yang


diberikan kepada seseorang yang tercedera atau sakit secara tiba-tiba
sementara menunggu bantuan tiba.

1.5.2 MERAWAT LUKA BERDARAH

1. Rawatan luka kecil.


 Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.
 Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang
dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik.
 Balut dengan kain bersih atau pembalut.

2. Mengawal pendarahan.

18
 Hentikan pendarahan dengan meletakan kain bersih pada luka
dan tekan dengan jari atau tangan (Tekanan Tepat).
 Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.
 Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan
tekan pada luka. Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih
dan dapatkan rawatan lanjut.
 Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan melebihi paras
keretakan atau patah yang berlaku pada tulang paha atau pelvis.

3. Merawat kepatahan tulang.


 Berikan rawatan kepada pendarahan dan kesesakan terlebih
dahulu.
 Berikan rawatan di tempat kejadian.
 Elakkan pergerakan yang tidak perlu. Jangan gerakkan
bahagian yang patah.
 Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada.
 Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar.
 Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar
dan sebagainya di atas dan bawah sendi tulang yang patah.
 Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak
cedera.
 Dapatkan rawatan lanjut.

1.5.3 MANGSA PENGSAN

1. Tanda-tanda pengsan.
 Hilangnya daya sedar yang singkat menyebabkan mangsa jatuh
ke lantai.
 Denyut nadi yang perlahan.
 Pucat, kulit sejuk dan berpeluh.

2. Merawat Mangsa Pengsan.

19
i. Baringkan mangsa.
ii. Longgarkan pakaian yang ketat.
iii. Tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dan sebagainya.
iv. Pastikan udara bersih mencukupi.
v. Periksa lain-lain kecederaan jika ada.
vi. Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih.

1.5.4 MERAWAT MANGSA KEBAKARAN DAN KELECURAN


RINGAN.

1. Kelecuran Ringan.

 Kulit yang kemerah-merahan.


 Sakit pada kawasan yang terbakar.
 Lecur pada kulit yang terjejas.

Rawatan:

i. Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir, rendam dalam


takungan air atau balut dengan kain yang basah selama 5 minit
sehingga hilang sakit
ii. Tanggalkan cincin, jam tangan atau barang kemas yang dipakai
pada tempat cedera.
iii. Jangan pecahkan gelembong atau tanggalkan kain yang
melekat pada tempat yang cedera.
iv. Balut dengan kain bersih.

2. Kelecuran Teruk.

 Kesakitan yang amat teruk.


 Kesan kelecuran yang jelas.
 Kesukaran untuk bernafas.
 Renjatan.

20
Rawatan:

i. Baringkan mangsa dan siramkan tempat melecur dengan air


selama 10 minit.
ii. Periksa pernafasan dan nadinya.
iii. Dapatkan bantuan ambulans atau Pertahanan Awam dengan
kadar yang segera.
iv. Tanggalkan barang kemas, jam,tali pinggang atau benda yang
dipakai ketat.
v. Jangan Tanggalkan pakaian yang melekat pada tempat yang
terbakar.
vi. Balut tempat yang cedera dengan kain bersih dan tidak berbulu.
vii. Selimutkan mangsa dan dapatkan rawatan lanjut dengan segera.

3. Melecur Disebabkan Bahan Kimia.

 Kesan-kesan kimia di kawasan persekitaran.


 Kesakitan yang kuat dan menyengat.
 Kawasan kulit yang terjejas berubah warna, melecur,
mengelupas dan bengkak.

Rawatan:

i. Segera alirkan air ditempat yang cedera selama 20 minit.


Elakkan diri dan mangsa dari terkena air yang bertakung.
ii. Tanggalkan sebarang pakaian yang tercemar dengan bahan
kimia.
iii. Balut kecederaan dengan kain bersih.
iv. Dapatkan rawatan lanjut dengan segera.
v. Berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada
anda.

21
vi. Jangan sapukan losyen, minyak urut, ubat gigi atau sebagainya
pada bahagian yang melecur.

1.5.5 KERACUNAN

Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan


dan menyerap pada kulit dan mata.

Tanda-tanda:

 Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah.


 Daya sedar yang lemah.
 Rasa sakit dan perit yang membakar.
 Bekas-bekas kosong di kawasan persekitaran.
 Latarbelakang pendedahan/tertelan.
 Cirit-birit
 Pening kepala dan demam.
 Tanda-tanda renjatan.
 Perut sakit dan kejang.

Rawatan:

 Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya.


 Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika
perlu.
 Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau
minum.
 Tunggu arahan dan bertindak segera.
 Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan.
 Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan.
 Jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa
minum air atau susu sejuk dari masa ke semasa sementara
menunggu bantuan perubatan.

22
1.5.6 RENJATAN

Semasa dalam keadaan renjatan, pesakit tidak mendapat bekalan


darah yang mencukupi yang menyebabkan kekurangan oksigen. Jika
tidak dirawat dengan segera, jantung mangsa akan menjadi lemah dan
tidak berfungsi dengan betul. Jika berada dalam keadaan renjatan yang
berterusan boleh menyebabkan kematian.

Tanda-tanda peringkat awal:

 Denyut nadi yang cepat.


 Pucat, sejuk, kulit bersisik, berpeluh.

Apabila renjatan berlarutan:

 Kulit lebam terutamanya bahagian dalam bibir. Warna kuku dan


cuping telinga tidak normal serta-merta apabila dipicit.
 Lemah dan pitam.
 Rasa mual dan berkemungkinan muntah.
 Dahaga.
 Pernafasan yang pendek dan kencang.
 Nadi yang lemah dan halus. Apabila nadi pada pergelangan
tangan hilang, kira-kira separuh dari volum darah akan turut
hilang.

Apabila bekalan oksigen ke otak menjadi lemah:

 Resah gelisah dan mangsa menjadi agresif.


 Menguap dan tercungap-cungap untuk menyedut udara.
 Tidak sedarkan diri.

23
Rawatan:

i. Telefon ambulans jika perlu.


ii. Baringkan pesakit jika ia muntah, pusingkan kepala ke sisi.
iii. Jika tiada kecederaan di kepala dan dada serta tiada kesukaran
bernafas, tinggikan kakinya antara 8”-12”.
iv. Longgarkan pakaian yang ketat.
v. Panaskan pesakit tetapi elakkan dari berpeluh.
vi. Beri keyakinan.
vii. Jangan beri air atau alkohol.

1.5.7 RENJATAN ELEKTRIK

i. Jika mangsa didapati terkena renjatan elektrik, berhati-hati.


Pastikan arus elektrik telah dimatikan atau suis utama telah
ditutup sebelum memberi sebarang bantuan kecemasan. Jika
tidak, alihkan wayar elektrik dengan kayu yang kering atau
objek yang bukan pengalir.
ii. Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.
iii. Periksa mangsa jika perlu lakukan CPR.
iv. Beri rawatan terbakar dan melecur.
v. Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan rawatan untuk mangsa
pengsan.
vi. Temani mangsa sehingga bantuan tiba.

1.5.8 CARDIO PULMONARY RESUSCITATION (CPR).

CPR adalah satu kunci penting dalam rantai hidup untuk mangsa
yang mengalami masalah kejutan secara tiba-tiba pada jantung dan
pernafasan. Ianya bertujuan untuk mencegah kerosakan otak sebelum
menerima bantuan perubatan. CPR mempunyai 2 matlamat iaitu:

24
1. Mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan.
2. Mengekalkan aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru.

CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan peralatan yang


minima sahaja. Apa yang anda lakukan adalah sesuatu yang betul dan
berkesan. Apa yang perlu dilakukan adalah:

1. Memberi tiupan kedalam mulut mangsa untuk menolak masuk


udara beroksigen ke dalam paru-paru. Ini akan menyerapkan
oksigen ke dalam salur darah.
2. Memberi tekanan di dada mangsa untuk membuatkan darah
mengalir di dalam badan.
Serangan sakit jantung secara tiba-tiba adalah punca utama kematian
dalam kalangan orang dewasa. CPR menggandakan peluang untuk
hidup daripada serangan sakit jantung itu. 75% selalunya berlaku di
rumah, mangsa yang biasa mengalaminya adalah lelaki yang berusia
60an dan wanita dalam usia lewat 60an. Dua kali ganda lelaki diserang
sakit jantung berbanding wanita. Tindakan bantuan CPR mesti diambil
dalam tempoh 4 minit untuk bantuan pernafasan (oksigen) ke otak bagi
meningkatkan tahap survival mangsa.

1.6 PENCEGAHAN DAN PADAM KEBAKARAN

Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti diambil
bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi
mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada
peringkat yang boleh dikawal lagi (uncontrollable stage).

1.6.1 PUNCA-PUNCA KEBAKARAN

1. Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.


2. Lebihan beban aliran kuasa.

25
3. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan
yang longgar.
4. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar
dan fius.
5. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau
penebat.

1.6.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA


KEBAKARAN

a. Faktor Semulajadi
Kejadian kebakaran kerana bencana alam seperti kemarau dan
letupan gunung berapi.

b. Faktor Kemalangan
Kejadian kebakaran kerana kelalaian, kecuaian atau kesilapan
manusia itu sendiri.

c. Faktor Sengaja Dibakar


Kejadian kebakaran kerana perbuatan manusia sama ada
sengaja dibakar atau perbuatan khianat.

1.6.3 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KEBAKARAN

Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada


di tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah
keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi
sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran:

i. Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk


menyelamatkan diri (mean of escape).
ii. Mengadakan pelan pengunsian bangunan.
iii. Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan.
iv. Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala.

26
v. Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang
berkesan.
vi. Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi.
vii. Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping)
yang bagus.
viii. Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan
secara berkala.

1.6.4 JENIS-JENIS ALAT PEMADAM KEBAKARAN

Terdapat beberapa kategori alat pemadam api yang digunakan dan


diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Antara alat pemadam
api yang selalu digunakan untuk membantu pemadaman di peringkat
awal ialah:

i. Jenis yang mengeluarkan air iaitu soda acid dan Water co2.

ii. Jenis yang mengeluarkan buih.

 Memadam kebakaran minyak.


 Kebakaran bahan alkohol (Pola).
 Tabungnya berwarna krim.

iii. Jenis yang mengeluarkan debu kering (Jenis ABC).

 Debu kering mengandungi bahan sodium bikarbonat.


 Terbukti selamat.
 Untuk Kelas A, B, C.
 Tabungnya berwarna biru.

iv. Jenis yang mengeluarkan gas.

27
 Mengandungi gas karbon dioksida.
 Agen pemadam yang bersih.
 Tidak merosakkan komponen elektrik.
 Tabungnya berwarna hitam.

Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan


adalah berdasarkan singkatan perkataan PASS dan cara menghalakan
alat pemadaman adalah berdasarkan:

 Pull- Tarik pin di atas alat pemadam api.


 Aim - Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan).
 Squeeze- Pusing atau tekan pemegang.
 Sweep- Halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3
meter sehingga api padam.

KESIMPULAN

Keselamatan adalah sesuatu yang amat penting dan perlu diutamakan. Keselamatan
bermaksud keadaan terlindung daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan,
pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau
kejadian yang tidak diingini. Bab ini lebih menumpukan keselamatan di tempat kerja dan
cara-cara mencegah kemalangan serta pertolongan cemas semasa berlakunya kemalangan.
Kita hendaklah mengetahui cara-cara menggunakan alatan mesin dengan betul supaya dapat
mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.

RUJUKAN

1. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Manual Pertolongan Cemas. Ibu Pejabat
kebangsaan PBSM, KUALA LUMPUR, 2000.
2. Rahmat Ismail, Etika Sosial, Utusan Pub. 1997.
3. Mohd Yusof Abdullah, Teknik Kegiatan Luar, DBP, 1996.

28
LAMPIRAN

29

Anda mungkin juga menyukai