Anda di halaman 1dari 29

Topik Keselamatan

di dalam
3

Bengkel/Makmal

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menjelaskan konsep keselamatan,keselamatan pekerjaan dan


keselamatan industri, feadah keselamatan industri kepentingan
mempelajarinya;

2.

Menerangkan perkembangan, tujuan Akta keselamatan dan kesihatan


Pekerjaan, peranan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
NIOSH) dan fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;

3.

Menyatakan penalti yang dikenakan setelah Akta Keselamatan


Pekerjaan dan Pekerjaan dikuatkuasakan;

4.

Menyenaraikan langkah-langkah keselamatan dalam menjalankan


kerja dan mematuhi Etika diri dan Etika kerja semasa melakukan
kerja;

5.

Menerangkan bagaimana api terhasil,cara api merebak dan kaedah


memadamkan kebakaran;

6.

Membezakan kelas-kelas kebakaran dan jenis- jenis alat memadam


api; dan

7.

Menghuraikan risiko pengurusan kebakaran dan penggunan peralatan


pencegahan kebakaran.

64

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

PENGENALAN
Kita sering didedahkan dengan berbagai berita mengenai kemalangan di tempat
kerja melalui pelbagai media. Kerap juga dilaporkan tentang berita kemalangan
yang sama atau berulang sama ada kejadian tersebut berlaku di tempat yang
sama atau di tempat lain. Keadaan ini seolah-olah memberikan gambaran
bahawa kita tidak mengambilnya sebagai satu iktibar. Akibatnya kita merasakan
kemalangan itu bagaikan lumrah yang sudah tidak dapat dielakkan lagi.
Faktor keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sebenarnya melibatkan banyak
pihak seperti majikan, pekerja dan masyarakat. Selain itu agensi-agensi yang
berkaitan dengannya seperti pihak bomba, hospital, polis dan lain-lain organisasi
termasuk pihak berkuasa tempatan turut berfungsi secara bersepadu bagi
mengawasi, mencegah dan mengambil tindakan-tindakan yang perlu dalam
menangani masalah ini.
Dalam konteks yang mudah, keselamatan boleh diertikan sebagai suatu keadaan
terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh
menyebabkan berlakunya kemalangan. Jika dilihat dari konteks keselamatan
kerja ia boleh didefinisikan sebagai ilmu dan penerapan teknologi untuk
meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja, proses kerja,
tempat kerja dan kawasan lingkungannya.
Sejajar dengan perkembangan ekonomi dan proses industrialisasi yang sedang
berlaku, aspek keselamatan di tempat kerja yang standard adalah diperlukan.
Oleh itu konsep keselamatan industri diperkenalkan dan didefinisikan sebagai
pekerja yang bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan, kawalan kerugian
akibat kemalangan serta melindungi kerugian terhadap manusia, harta dan
pendapatan.
Malaysia sedang mengalami pembangunan ekonomi yang pesat dan mempunyai
berbagai undang-undang yang mengawal keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja. Secara amnya Malaysia telah menerima pakai sebahagian daripada prinsip
dan sistem perundangan serta peraturan-peraturan tertentu dari negara-negara
maju yang didapati sesuai dan baik untuk diamalkan di sini. Namun begitu
tidak semua legislasi berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
yang di amalkan di Malaysia menyerupai legislasi yang di amalkan di peringkat
antarabangsa.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

3.1
3.1.1

65

PERATURAN DAN ETIKA


Peraturan Umum Bengkel/Makmal

Penggunaan alatan dengan cara yang betul memandu kita kepada cara bekerja
yang selamat. Sikap yang baik terhadap keselamatan menghindarkan kita,
alatan, mesin dan orang lain dari kemalangan. Mengamalkan peraturan
keselamatan akan membina tabiat keselamatan (safety-minded) yang baik dan
menjadikan kita pengguna yang berjaya. Oleh itu ketika berada di bengkel, kita
seharusnya mematuhi pertauran-peraturan berikut:
(a)

Pakaian perlulah kemas, tanggalkan tali leher/masukkan ke dalam baju


dan lipat lengan baju jika memakai kemeja berlengan panjang. Memakai
apron/baju kerja sangat digalakkan.

(b)

Pelindung mata gunakan cermin keselamatan/pelindung muka apabila


melakukan kerja yang boleh membahayakan mata. Pastikan pencahayaan
adalah cukup untuk mengelakkan dari sakit mata.

(c)

Tangan
bersihkan tangan dari kotoran, geris atau minyak sebelum
melakukan sesuatu kerja. Kerja yang dilakukan akan menjadi baik dan
selamat, alatan dan kerja kita akan sentiasa berada dalam keadaan bersih.

(d)

sedia membantu orang lain bila diperlukan.


Menghormati orang lain
Pastikan kerja yang kita lakukan tidak mengganggu dan membahayakan
orang lain. Menegur orang lain yang melanggar peraturan keselamatan.

(e)

Pemilihan alatan pilih saiz dan jenis alatan yang sesuai dengan kerja yang
hendak dilakukan. Pekerja yang mahir tidak akan menggunakan sesuatu
alatan kecuali alatan itu tajam dan berkeadaan baik. Baiki/ganti bahagian
yang rosak/patah/longgar sebelum menggunakan alatan itu.

(f)

Pengendalian alatan halakan mata pemotong ke bawah jika membawa


alatan tajam. Bawa beberapa alatan sahaja pada suatu masa kecuali jika
alatan tersebut ditempatkan di dalam bekas khas. Jangan masukkan alatan
yang tajam ke dalam poket.

(g)

Alatan pengapit gunakan apit yang sesuai untuk memegang bendakerja


terutamanya apabila menggunakan pahat dan mesin elektrik mudah alih.
Elakkan dari menggunakan tangan anda untuk memegang objek yang
anda kerjakan.

66

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

(h)

Penggunaan alatan
pegang alatan dengan cara yang disarankan dan
halakan mata pemotong keluar dari kedudukan anda semasa
menggunakan alatan tersebut. Berhati-hati apabila menggunakan
tangan/jari untuk memandu pada permulaan potongan.

(i)

jangan gopoh semasa membuat kerja. Kerja yang


Kelajuan kerja
terancang pada kelajuan yang sesuai bukan sahaja selamat tetapi akan
menghasilkan kerja yang memuaskan dan bermutu.

(j)

Pengurusan meja kerja letakkan bahan kerja secara tersusun di atas meja
dengan alatan berada di bahagian tengah meja kerja. Jangan menindih
alatan di antara satu sama lain. Jangan biarkan alatan tajam terkeluar dari
tepi bahagian meja kerja. Rapatkan ragum meja jika tidak digunakan
dengan pemusingnya menghala ke bawah. Pastikan laci dan pintu kabinet
sentiasa tertutup.

(k)

Keselamatan lantai
kawasan tempat bekerja perlulah bersih dari reja
bahan dan tumpahan minyak.

AKTIVITI 3.1
Dapatkan gambar foto berkaitan dengan peraturan dalam bengkel dan
terangkan dengan ringkas pentingnya peraturan itu dilaksanakan.
Bincangkan.

3.2

PUNCA KEMALANGAN DALAM KERJAKERJA MEKANIKAL

Sepertimana yang anda ketahui kemalangan yang berlaku dalam bidang


mekanikal adalah berkait rapat dengan penggunan jentera atau alat oleh
pengendalinya. Punca-punca kemalangan dalam mekanikal boleh berlaku akibat
daripada:(a)

Kecuaian Pekerja
(i)

Tidak menggunakan peralatan perlindungan dengan cara yang betul.

(ii)

Tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.

(iii) Menggunakan peralatan/mesin dengan cara yang salah atau


menyalahgunakannya untuk tujuan lain seperti bergurau senda.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

67

(iv) Tergesa-gesa melakukan kerja tanpa membaca arahan kerja dan notis
amaran.
(v)

(b)

Keadaan rupa diri yang tidak kemas seperti berambut panjang,


pakaian yang longgar, memakai barang perhiasan dan sebagainya.

Keadaan Peralatan/Perkakasan
(i)

Tidak membuat pemeriksaan terhadap peralatan yang hendak


digunakan.

(ii)

Tidak melaporkan sebarang kerosakan kepada penyelia jika ada.

(iii) Sebelum menggunakan mesin pengendali mestilah seorang yang tahu


dan faham cara mengguna dan memberhenti mesin dengan cara yang
betul.
(c)

Keadaan Benda Kerja dan Kawasan Kerja


(i)

Tidak memastikan kemudahan keselamatan yang terdapat di


sekeliling.

(ii)

Tidak mematuhi tanda-tanda amaran seperti tanda larangan merokok


di tempat yang mudah terbakar.

(iii) Tidak menghindarkan diri daripada menggunakan perkakasan


elektrik di tempat yang terdapat bahan-bahan mudah terbakar.

3.2.1

Kemalangan yang Berlaku daripada Proses


Kerja Mekanikal

Antara kemalangan yang boleh berlaku ketika melakukan kerja-kerja mekanikal


ialah:
(a)

Mengangkat Bahan
Penggunaan peralatan bagi pengendalian mekanikal seperti mengangkat
beban dengan menggunakan kren, alat hela (hoist) dan trak forklift
hendaklah benar-benar kukuh kerana jika beban tergelincir atau jatuh
kecederaan boleh berlaku.

(b)

Mengguna Peralatan Tangan


Peralatan tangan yang hendak digunakan perlulah sentiasa dalam keadaan
baik dan selamat untuk digunakan. Penggunaannya pula hendaklah
dengan kaedah yang betul bagi menjaga keselamatan diri daripada ditimpa
kemalangan dan keselamatan alat daripada mengalami kerosakan. Berikut
adalah di antara contoh-contoh situasi kerja yang boleh mengundang

68

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

bahaya kemalangan disebabkan


penggunanya yang salah iaitu:

oleh

peralatan

(i)

Alat seperti kepala tukul dan aci hilang;

(ii)

Mata pahat tumpul dan kepalanya bercendawan;

atau

perlakuan

(iii) Rahang sepana retak atau merekah;


(iv) Puting kikir tidak dilindungi dengan betul; dan
(v)
(c)

Kikir digunakan sebagai bahan pengalas.

Penggunaan Mesin dan Jentera


(i)

Menyelenggara mesin dalam keadaan bergerak atau tiada


penghadang keselamatan. Pengendali tidak mempunyai pengetahuan
yang sempurna bagaimana cara untuk mengendali bahaya yang
berkaitan dengan mesin tersebut.

(ii)

Pengendali tidak memberhentikan operasi mesin sehingga ia dibaiki


oleh orang yang berkelayakan.

3.2.2

Langkah Keselamatan yang Boleh Diambil bagi


Mencegah Kemalangan dalam Kerja-kerja
Mekanikal

Berikut merupakan langkah-langkah keselamatan yang boleh anda terapkan


semasa bekerja untuk mengelakkan kemalangan berlaku:(a)

Elakkan daripada memegang atau menyentuh bahagian mesin/benda kerja


yang tajam semasa ia sedang beroperasi.

(b)

Pastikan mesin mempunyai suis keselamatan saling mengunci.

(c)

Pastikan mesin mempunyai sistem pembumian yang sempurna.

(d)

Matikan suis kuasa sepenuhnya apabila mesin tidak digunakan atau


dibersihkan.

(e)

Laporkan kepada penyelia jika terdapat sebarang kerosakan pada mesin.

(f)

Keadaan fius mestilah betul untuk mengelakkan beban lampau (overload)


yang boleh mengakibatkan kebakaran.

(g)

Pastikan bahagian-bahagian mesin yang merbahaya dipasang dengan


peralatan perlindungan seperti pengadang.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

3.3

69

PUNCA KEBAKARAN

Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung
iaitu bahan api untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak, udara
untuk membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi untuk
menghasilkan api atau nyalaan. Kebakaran yang terjadi bukan sahaja
mengakibatkan kerugian dan kemusnahan harta benda tetapi juga kehilangan
nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang
menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya
terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut:
(a)

Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya.

(b)

Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok.

(c)

Kebocoran atau mampatan gas.

(d)

Haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.

Sementara punca kebakaran yang disebabkan oleh elektrik adalah seperti


berikut:
(a)

Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.

(b)

Lebihan beban aliran kuasa.

(c)

Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar.

(d)

Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius.

(e)

Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.

3.3.1

Faktor-faktor yang Menjadi Punca Kebakaran

Faktor-faktor penyumbang utama kepada kebakaran adalah seperti berikut:


(a)

Faktor Semulajadi
Kejadian kebakaran kerana bencana alam seperti kemarau, letupan gunung
berapi.

(b)

Faktor Kemalangan
Kejadian kebakaran kerana kelalaian, kecuaian atau kesilapan manusia itu
sendiri.

(c)

Faktor Sengaja Dibakar


Kejadian kebakaran kerana perbuatan manusia sama ada sengaja dibakar
atau perbuatan khianat.

70

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

3.3.2

Kelas Kebakaran

Kebakaran boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada punca


bahan yang menghasilkan kebakaran tersebut. Pengetahuan mengenai jenis
kebakaran adalah penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api
yang sesuai dan boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran.

3.3.3

Kebakaran yang Merebak

Api dalam sesuatu kebakaran boleh merebak melaui olakan haba, pengaliran,
bahangan dan terus menerus.
(a)

Olakan Haba
Olakan haba bermaksud pemindahan haba yang berlaku dalam benda
mudah alir seperti cecair atau gas. Keadaan ini berlaku apabila cecair atau
gas yang panas naik ke atas dan gas yang sejuk akan turun ke bahagian
bawah secara pusingan. Sebagai contoh kebakaran yang berlaku di dalam
sesebuah bangunan, akan menghasilkan gas-gas yang panas dan ia akan
bergerak naik bersama-sama asap melalui bahagian lubang tangga, lubang
lif dan sebagainya. Sekiranya pergerakan gas-gas panas ini terhalang,
suhunya akan semakin meningkat sehingga boleh menyebabkan nyalaan
ke atas bahan yang menghalang pergerakannya.

(b)

Pengaliran
Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir haba seperti logam, batu,
simen dinding bangunan dan lantai. Dalam kebakaran yang besar bahan
pengalir haba ini akan cepat menjadi panas. Jika terdapat bahan api yang
bersentuhan dengannya, maka suhu kepanasan akan meningkat hingga
sampai ke suhu nyalaan. Ini akan mengakibatkan bahan api yang
bersentuhan itu akan terbakar dengan sendirinya.

(c)

Bahangan
Kebakaran juga boleh merebak melalui bahangan di mana pemindahan
haba berlaku melalui gelombang cahaya. Walaupun suhu kepanasan akan
berkurangan apabila sesuatu bahan itu berada pada jarak yang jauh
daripada punca kebakaran namun suhu panas boleh bergerak melalui
gelombang cahaya yang menembusi kaca tingkap. Apabila bahan api
mendapat haba secara bahangan melalui gelombang cahaya yang
menembusi kaca tingkap, suhunya akan meningkat dan jika mencapai ke
suhu nyalaan, ia akan terbakar.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

(d)

71

Terus Menerus
Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar
akan terbakar kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia
bersentuhan antara satu sama lain.

3.3.4

Cara Memadam Kebakaran

Nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh
sebab itu untuk memadamnya anda perlu memisahkan gabungan tersebut.
Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu:
(a)

Melaparkan
Ini dilakukan dengan:
(i)

Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.

(ii)

Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain

(iii) Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya


mudah dipadamkan.
(b)

Melemaskan
Ini dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup
permukaan bahan api yang terbakar supaya udara yang terhalang itu tidak
dapat membantu kebakaran.

(c)

Menyejukkan
Kelaziman air digunakan sebagai pemadam kebakaran yang paling
berkesan. Ia mampu menyekat perpindahan haba panas kepada manamana bahan bakar dengan menurunkan suhunya supaya berada di bawah
tahap nyalaan. Dengan ini kebakaran bukan sahaja tidak merebak malah ia
akan terus terpadam.

(d)

Memutuskan Rantai Tindakbalas


Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan alat
pemadam api permulaan seperti CO2, BCF dan serbuk kering.

3.4

PENCEGAHAN KEMALANGAN

Keselamatan ditakrifkan sebagai suatu keadaan terpelihara atau terhindar


daripada bahaya, bencana atau gangguan. Ia merupakan perkara untuk
mencegah daripada berlakunya kemalangan. Jika dilihat dari konteks
keselamatan kerja pula ia boleh didefinisikan sebagai ilmu dan penerapan

72

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja,


bahan kerja, proses kerja, tempat kerja dan lingkungannya (Sumamur, 1981).
Oleh yang demikian latihan keselamatan adalah menjurus kepada latihan dan
orientasi pekerja ke arah tingkah laku bekerja secara selamat. Ia merupakan
suatu amalan untuk mencegah kemalangan yang boleh menyebabkan
kecederaan atau keadaan yang membahayakan kepada:
(a)

Pekerja/pelajar;

(b)

Kakitangan; dan

(c)

Kelengkapan dan peralatan.

3.4.1

Langkah-langkah Pencegahan

Kemalangan adalah peristiwa atau keadaan yang tidak dirancang atau


dijangkakan. Ia merupakan peristiwa yang berlaku secara tidak disengajakan
akibat sebab-sebab yang tidak diketahui. Kemalangan berlaku kerana:(a)

Pekerja telah melakukan pekerjaan yang tidak selamat; dan

(b)

Bekerja dalam persekitaran yang tidak selamat.

Terdapat lima langkah untuk mencegah kemalangan seperti:


(i)

Menghapuskan gangguan;

(ii)

Menggunakan alat-alat yang selamat;

(iii) Papan kenyataan yang mempunyai maklumat amaran keselamatan


(iv) Melatih pekerja; dan
(v)

Memakai peralatan perlindungan - pakaian, kasut, topi keselamatan dan


sebagainya.

3.4.2
(a)

Tindakan Pencegahan

Sistem Keselamatan Kebakaran


Sistem keselamatan kebakaran merupakan langkah persediaan kepada
tindakan pencegahan dan perlindungan di sesebuah bangunan. Ia juga
merupakan satu strategi bertindak semasa menghadapi risiko-risiko
bahaya kebakaran. Sistem ini terbahagi kepada dua kategori iaitu
pencegahan dan perlindungan kebakaran.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

(i)

73

Pencegahan Kebakaran
Beberapa langkah telah diambil bertujuan untuk mencegah,
menghadkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa semasa
berlaku kebakaran. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:
Pendidikan dan latihan
!

Mengadakan ceramah/pembelajaran awam tentang bahayabahaya kebakaran kepada kumpulan sasaran.

Mengadakan ceramah berkenaan dengan sifat-sifat api,


kejadian api, punca, tindakan yang perlu serta cara
menggunakan peralatan dengan betul berdasarkan sistemsistem kebombaan.

Menubuhkan pasukan bomba industri atau sukarela

Menerapkan konsep pencegahan kebakaran dalam kurikulum


pembelajaran sama ada di sekolah atau institusi pengajian
tinggi.

Mengadakan latihan bersama Mork Drill di sesebuah


bangunan atau tempat bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada penghuni bertindak semasa kecemasan dan mengenal
pasti masalah-masalah yang wujud dalam latihan tersebut.

Penguatkuasaan
Seorang pegawai bomba diberi kuasa untuk membuat
pemeriksaan seperti yang termaktub dalam Akta Bomba 341/1988
serta membuat pemantauan untuk memastikan sistem
pencegahan kebakaran yang sedia ada dalam keadaan baik dan
boleh digunakan bila-bila masa.
Kejuruteraan
Kejuruteraan adalah badan yang mengkaji dan meneliti pelanpelan bangunan dan bahan-bahan keperluan di dalam bangunan
seperti sistem kebombaan.
Kawalan keselamatan
Untuk memastikan peralatan pencegahan kebakaran berada
dalam keadaan baik.
Penyelenggaraan peralatan supaya dalam keadaan baik

74

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

Good house keeping


Penyusunan yang mengikut penyesuaian barang atau tempat
yang dikhaskan serta tidak melindungi sistem atau jalan keluar
keselamatan.
(ii)

Perlindungan Kebakaran
Perlindungan ini terbahagi kepada dua iaitu perlindungan pasif dan
perlindungan aktif.
Perlindungan pasif
Perlindungan kebakaran pada bangunan dengan mengambil kira
kelengkapan laluan kecemasan, ruang akses perkakasan dan
ketahanan struktur bangunan seperti jalan keluar keselamatan,
pemetakan, paras akses perkakas bomba, ruang akses menentang
kebakaran, kekemasan dalam siling.
Perlindungan aktif
Sistem kebombaan yang dipasang pada sesebuah bangunan yang
merangkumi empat cara bertindak iaitu mengesan, memberi
amaran, mengawal dan memadam kebakaran sama ada secara
automatik atau manual.

(b)

Latihan Keselamatan
Program atau latihan yang efektif melibatkan penyertaan semua pihak dan
penggunaan sumber yang sedia ada secara cekap. Oleh yang demikian
orientasi keperluan latihan keselamatan mestilah menjurus kepada:
(i)

Mengadakan Kod Bertingkah-laku


Contoh: Polisi keselamatan ialah
keselamatan.

garis

panduan

tindakan

Panduan pelaksanaan:
Kebiasaannya merujuk kepada kepentingan sesuatu program;
Merupakan tanggungjawab
keselamatan.

pihak

pengurusan

terhadap

Prosedur perlaksaan adalah secara bercetak.


Falsafah polisi merangkumi arahan keselamatan dalam semua
keadaan di semua aspek.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

Merupakan pernyataan
penggunaan
peralatan,
sebagainya.

75

yang jelas tentang demonstrasi


perbincangan
keselamatan
dan

Mengadakan langkah-langkah pencegahan kemalangan seperti


laporan pemeriksaan berkala.
(ii)

Mewujudkan Arahan Keselamatan


Penyediaan kepada arahan keselamatan untuk penyelenggaraan
peralatan bengkel atau sebagainya.
Arahan kepada kaedah-kaedah yang selamat.
Penyediaan papan-papan buletin dan poster-poster keselamatan.
Menyediakan peti cadangan keselamatan.

(iii) Kumpulan Sasaran untuk Latihan Keselamatan


Semua golongan pekerja adalah dalam sasaran teratas kerana
mereka inilah yang terlibat secara langsung dengan pekerjaan dan
sentiasa terdedah kepada risiko kemalangan. Seterusnya adalah
pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terhadap soal
keselamatan, latihan, peningkatan dan kesihatan pekerja atau
individu-individu lain yang difikirkan sesuai.
Dilaksanakan secara tegas dan penuh dengan tanggungjawab.
(c)

Penyediaan Laporan Bertulis


Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 514, menetapkan majikan
bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan semasa bekerja. Akta ini mewajibkan majikan merangka dan
melaksanakan dasar am atau polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan,
organisasi dan perkiraan untuk menjayakan dasar tersebut.
Laporan keselamatan dan pemberitahuan kemalangan mewajibkan
majikan memberitahu dan melaporkan kepada pejabat keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang terdekat mengenai kemalangan, kejadian
berbahaya dan penyakit pekerjaan yang mungkin terjadi di tempat kerja.
Penyakit pekerjaan adalah sebarang penyakit atau perubahan fizikal,
mental atau fungsi seseorang, akibat faktor di tempat kerja. Contohnya
pekerja yang mengalami kegatalan atau kerengsaan kulit setelah terdedah
kepada bahan kimia di tempat kerja, atau mengalami lelah secara tiba-tiba
akibat pendedahan asap atau gas semasa bekerja.

76

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

Laporan kebakaran penting bagi mendapatkan perangkaan kebakaran


yang tepat dan sistematik. Jabatan bomba dan penyelamat telah
mengeluarkan arahan dan borang mengenai penyediaan laporan
kebakaran. Format laporan kebakaran mestilah mengandungi perkaraperkara berikut:
(i)

Negeri dan balai yang membuat laporan;

(ii)

Jenis kebakaran, tarikh kejadian, masa kejadian, tempat dan jarak;

(iii) Cara panggilan samada datang terus atau menerusi talian;


(iv) Bilangan anggota yang bertugas;
(v)

Keadaan kebakaran dan tindakan awal;

(vi) Laporan tentang kecederaan;


(vii) Nilaian harta yang terlibat; dan
(viii) Insurans yang berkaitan.
(d)

Rekod Keselamatan dan Kemalangan


Tujuan menyimpan rekod:
(i)

Membantu untuk membuat laporan yang tepat dan lengkap;

(ii)

Panduan keberkesanan langkah pencegahan;

(iii) Asas penilaian keberkesanan program keselamatan;


(iv) Menunjukkan kemungkinan bentuk kemalangan yang serupa;
(v)

Menjelaskan keadaan berbahaya dan amalan tidak selamat; dan

(vi) Menjadi sumber fakta bagi analisis yang dijalankan.


Jenis-jenis rekod keselamatan:
(i)

Buku rekod kemalangan;

(ii)

Pemeriksaan keselamatan;

(iii) Mesyuarat jawankuasa keselamatan; dan


(iv) Program keselamatan.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

3.5
3.5.1

77

PERSEDIAAN PERALATAN SOKONGAN


Peranti Keselamatan (Safety Devices)

Peranti keselamatan merupakan peralatan yang digunakan untuk melindungi


pekerja daripada mengalami kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan
dan juga kematian. Terdapat beberapa peranti keselamatan di dalam sistem
pendawaian elektrik, antaranya ialah:
(a)

Fius
Sejenis alat yang diguna sebagai pelindung arus lebih. Ia melindungi litar
pendawaian dan pengguna daripada mendapat renjatan elektrik apabila
pemasangan alat-alat elektrik mengalami litar bocor ke bumi. Amnya fius
adalah seutas dawai kuprum atau dawai aloi timah plumbum yang akan
lebur apabila ia membawa arus yang melebihi had keupayaannya. Fius
tidak segera lebur apabila arus yang berlebihan melaluinya tetapi ia
mengambil masa tertentu. Ini menjadikan fius tidak begitu efisen dan
sesuai untuk melindungi peralatan yang peka terhadap arus yang
berlebihan.

(b)

Pemutus Litar
Pemutus litar adalah merupakan alat yang akan memutuskan litar dengan
sendiri (automatik) apabila berlaku lebihan arus dan boleh dihidupkan
semula dengan menolak tangkai suis. Pemutus litar biasanya dikadarkan
dari 15 A hingga 200 A untuk pelindung arus lebih di rumah kediaman
atau di kilang perusahaan. Ianya diperbuat daripada gelung elektromagnet
yang disambung secara siri dengan litar. Terdapat beberapa jenis pemutus
litar antaranya ialah jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan
udara, jenis vakum dan jenis miniatur.

(c)

Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB)


Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) digunakan apabila pembumian yang
baik tidak diperolehi kerana impedan terlalu tinggi sehingga tidak mampu
memutuskan dawai filemen fius atau pemutus yang lain. Ianya beroperasi
pada voltan yang sama atau melebihi 50 V di antara bumi dengan sebarang
logam. Terdapat beberapa jenis pemutus litar bocor ke bumi iaitu:
(i)

ELCB Kendalian voltan satu elektrod;

(ii)

ELCB kendalian voltan dua elektrod;

(iii) ELCB kendalian arus baki;


(iv) ELCB arus imbang;

78

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

(v)

ELCB menggunakan geganti; dan

(vi) ELCB bagi motor yang menggunakan pemula punat tekan.


(d)

Pemencil
Merupakan alat yang boleh memutuskan bekalan pengagihan kepada
pengguna dengan membukakan sambungan dawai hidup dan neutral
secara serentak jika salah satu kutub bekalan tidak ke bumi. Ianya dipasang
pada permulaan litar pendawaian bagi setiap pemasangan. Pemencil
diadakan bertujuan untuk mengasingkan litar dan seterusnya melindungi
pengguna daripada renjatan elektrik yang berterusan.

(e)

Pengubah Pengasing (Isolated Transformer)


Merupakan peralatan yang digunakan untuk memberikan pengasingan
elektrik antara litar utama dan litar sekunder. Bilangan lilitan belitan
sekunder adalah sama dengan lilitan belitan utama dan voltan sekunder
dengan voltan utama adalah sama.

3.5.2

Peralatan Pencegahan Kebakaran

Peralatan pencegahan kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran


kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik di
bangunan-bangunan. Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau premis
yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran kebakaran.
Peralatan pencegahan kebakaran pada bangunan atau premis yang siap
dipasang dikategorikan kepada 2 jenis:
Perlindungan Aktif
Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk
mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau
automatik.
Perlindungan Pasif
Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah
bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar
penghuni dapat berlindung atau menggunakannya sebagai laluan keluar dan
tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika
melawan kebakaran.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

(a)

79

Jenis Perlindungan Aktif


(i)

Alat pecah kaca


Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca
pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada
kotak ini dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik dan
menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran
di zon di mana kaca tersebut dipecahkan.

(ii)

Alat pengesan haba


Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan mengaktifkan sistem
amaran kebakaran apabila mengesan haba atau suhu tertentu pada
peringkat awal kebakaran

(iii) Alat pengesan asap


Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia juga berperanan untuk
mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah
asap yang tertentu.
(iv) Sistem pemasangan sprinkler
Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal
dengan cara semburan air yang bertekanan khusus kepada
zon/kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan
penggera kebakaran. Ia bertindak secara automatik.
(v)

Sistem pemasangan pancur (riser)


Terdapat dua jenis pancur iaitu Pancur basah dan Pancur kering.

(vi) Sistem pili bomba (hyderant)


Terdapat 3 jenis hydran, iaitu hydran gedung, hydran halaman dan
hydran kota. Hydran gedung ditempatkan dalam gedung, hydran
halaman ditempatkan di halaman manakala hydran kota biasanya
ditempatkan pada beberapa titik yang memungkinkan Unit
Pemadam Kebakaran suatu kota mengambil cadangan air.
(vii) Sistem salur Bantu mula (hosereel)
(viii) Sistem gas CO2
(ix) Sistem pemasangan tetap buih (foam)

80

(b)

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

Jenis Perlindungan Pasif


(i)

Tangga terlindung;

(ii)

Koridor terlindung;

(iii) Pintu rintangan api;


(iv) Ruang akses menentang kebakaran; dan
(v)

3.5.3

Lif Bomba.

Alat Pemadam Api

Ramai orang biasa melihat alat pemadam api tetapi tidak semua yang
mengetahui cara ianya berfungsi. Alat ini merupakan satu alat pencegahan
kebakaran mudah alih yang penting. Setiap alat pemadam api ditandakan
simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan.
(a)

Kategori Alat Pemadam Api


Terdapat beberapa kategori alat pemadam api yang digunakan dan diluluskan
oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Di antara alat pemadam api yang selalu
digunakan untuk membantu pemadaman di peringkat awal ialah
(Rujuk Jadual 3.1):
Jadual 3.1: Kategori Alat Pemadam Api serta Ciri-ciri dan Kegunaannya
Jenis Pemadam Api
Jenis yang mengeluarkan
air iaitu soda acid dan
Water CO2
Jenis yang mengeluarkan
buih

Ciri dan Kegunaan


Tabungnya berwarna krim
Memadam kebakaran minyak
Kebakaran bahan alkohol (Pola)
Tabungnya berwarna krim
Memadam kebakaran minyak
Kebakaran bahan alkohol (Pola)

Jenis yang mengeluarkan


debu kering (Jenis ABC)

Debu kering mengandungi bahan sodium


bikarbonat.
Terbukti selamat.
Untuk Kelas A,B, C.
Tabungnya berwarna biru.

Jenis yang mengeluarkan


gas

Mengandungi gas karbon dioksida


Agen pemadam yang bersih.
Tidak merosakkan komponen elektrik
Tabungnya berwarna hitam.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

(b)

81

Cara Mengguna Alat Pemadam Api


Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan
adalah berdasarkan singkatan perkataan PASS dan cara menghalakan alat
pemadaman adalah berdasarkan
P
A
S
S

Pull
Aim
Squeeze
Sweep

:
:
:
:

Tarik pin di atas alat pemadam api


Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan)
Pusing atau tekan pemegang
Halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter
sehingga api padam.

Pancutan hendaklah dilakukan mengikut arah angin.

3.6

PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas adalah bantuan segera yang diberikan kepada orang yang
cedera sebelum golongan profesional seperti doktor atau jururawat mengambil
alih. Memberi pertolongan cemas yang sempurna memerlukan beberapa
kemahiran asas, pengetahuan, latihan dan kepakaran. Anda sebagai pengguna
bengkel Kemahiran Hidup di sekolah sekurang-kurangnya tahu asas-asas yang
perlu dilakukan apabila berlaku kemalangan di bengkel sekolah.

3.6.1

Peti Pertolongan Cemas

Di mana-mana tempat kerja, perkara paling asas apabila memperkatakan tentang


isu keselamatan ialah sebuah peti pertolongan cemas yang lengkap (Rajah 3.1).
Setiap bengkel atau makmal patut memilikinya. Peti ini seharusnya lengkap dan
diletakkan di tempat yang strategik supaya senang diambil oleh sesiapa yang
memerlukannya. Seseorang perlu ditugaskan untuk menjaganya dan menambah
barang yang telah habis digunakan. Barang-barang yang sepatutnya terdapat di
dalam peti pertolongan cemas ialah:
Iodin.
Antibiotik.

Adhesive plastic bandages.


Knuckle.
Triangular sling/bandage.
Conforming gauze roll bandages.

82

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

Aspirin tablets.
First aid tape roll.
Burn relief packs.
Alcohol cleansing.
Antiseptik.
Gunting.

Rajah 3.1: Peti pertolongan cemas

3.6.2

Tanggungjawab Anda Ketika Kecemasan

Proses pertolongan cemas sering bermula sebelum sebarang perhubungan terus


berlaku antara orang perseorangan dengan mangsa kecederaan. Cara anda
mendekati sesuatu peristiwa dan langkah-langkah segera yang anda ambil untuk
keselamatan dan meminta bantuan boleh menyumbangkan kepada keselamatan
mangsa kecederaan.
(a)

Menilai Situasi Kecemasan


(i)

Nilaikan dengan pantas dan tenang peristiwa yang berlaku.

(ii)

Lihat dan awasi bahaya lain terhadap diri anda dan mangsa
kecederaan.

(iii) Tanya diri anda soalan-soalan berikut:


Adakah terdapat sebarang bahaya yang berterusan?
Adakah nyawa seseorang di dalam bahaya?
Adakah orang ramai boleh memberi bantuan?
Adakah saya memerlukan bantuan pakar?

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

(b)

83

Pastikan Kawasan Kecemasan Selamat


Keadaan yang menyebabkan kemalangan mungkin masih terdedah kepada
bahaya yang berterusan. Anda mestilah meletakkan keselamatan diri anda
di tempat yang pertama. Anda tidak boleh membantu orang lain jika anda
sendiri menjadi mangsa kecederaan.
Lazimnya langkah yang mudah dalam sebarang kecemasan, misalnya
menutup suis elektrik, sudah cukup memastikan kawasan itu selamat.
Kadangkala prosedur yang rumit diperlukan. Anda hendaklah berwaspada
dan jangan biarkan diri anda dan mangsa kecederaan berada dalam risiko
dengan bertindak di luar kemampuan anda.
Jika anda tidak dapat menyingkirkan bahaya yang mengancam nyawa,
anda hendaklah cuba menjauhkan bahaya itu. Cuba hindarkan bahaya
daripada mangsa kecederaan. Sebagai satu tindakan terakhir, pindahkan
mangsa kecederaan daripada bahaya. Dalam situasi tertentu, anda perlu
mendapatkan peralatan dan bantuan pakar.

(c)

Memberi Bantuan Kecemasan


Sebaik sahaja bantuan kecemasan boleh diberikan, nilai setiap kecederaan
melalui kaedah pemulihan pernafasan ABC. Keputusan anda akan
menghasilkan tindakan dan dalam keadaan kecemasan tindakan anda
perlu cepat dan tepat. Oleh itu sekiranya anda bersendirian, tentukan bila
bantuan diperlukan dan ke tahap mana bantuan tersebut diperlukan.
Fikirkan juga siapa yang boleh memberi bantuan, di mana bantuan boleh
didapati dan bagaimana mendapatkan bantuan tersebut. Sementara itu
pastikan dengan pantas samada mangsa:
(i)

Sedar sepenuhnya;

(ii)

Tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas;

(iii) Tidak bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi; dan


(iv) Tidak mempunyai denyutan nadi.
Perkara-perkara yang boleh berlaku ketika kecemasan ialah:
(a)

Kesukaran Bernafas
Gangguan kepada proses pernafasan normal mungkin mendatangkan
bahaya dan boleh mengakibatkan lemas. Lemas terjadi apabila udara tidak
dapat memasuki paru-paru akibat terdapatnya benda asing di tekak atau
hidung atau disebabkan udara dipenuhi oleh gas atau asap.

84

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

Di dalam makmal, punca kesukaran bernafas paling utama ialah akibat


sedutan asap sama ada daripada asap gas atau wap toksik. Asap atau gasgas dalam ruang yang tertutup boleh melemaskan penyelamat. Oleh itu
adalah sangat mustahak untuk meneliti situasi tersebut sebelum cuba
memasukinya. Sentiasa gunakan peralatan perlindungan sebelum cuba
menyelamatkan mangsa yang lemas akibat asap atau wap.
(b)

Luka dan Lebam


Luka atau luka terbuka ialah satu keadaan apabila kulit terbuka atau terkoyak
dan berlaku kehilangan darah dan bendalir lain melaluinya
(Rajah 3.2). Luka juga terdedah kepada kemasukan kuman ke dalam badan.
Luka tertutup ialah satu keadaan apabila darah terbebas daripada sistem
peredarannya tetapi bukan daripada badan keadaan ini juga dikenali sebagai
pendarahan dalaman.
Dalam kes bagi mana-mana kecederaan, kebersihan mesti dijaga terutamanya
bagi kecederaan yang melibatkan luka terbuka kerana ia lebih cenderung
untuk dimasuki kuman ke dalam badan yang boleh mengakibatkan jangkitan
yang serius kelak.
Oleh itu anda perlu berhati-hati terhadap sebarang jangkitan yang mungkin
dihidapi oleh mangsa kerana darah daripada luka yang terbuka mungkin
mengandungi kuman.
Lebam terjadi apabila badan terkena hentakan daripada objek yang tumpul.
Kapilari-kapilari darah pecah dan memasuki tisu-tisu, memberikan kesan biru
kehitaman pada permukaan kulit.
Di dalam makmal, luka biasanya disebabkan oleh objek-objek tajam seperti
pecahan kaca daripada peralatan kaca makmal terutamanya semasa mencuci.

Rajah 3.2: Luka

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

(i)

85

Rawatan bagi Luka-luka yang Kecil


Cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air panas.
Jika luka tersebut kotor, bersih dengan menggunakan air yang
mengalir.
Keringkan perlahan-lahan dengan menggunakan tisu atau tuala
yang steril.
Tutup sementara luka dengan menggunakan pembalut kasa yang
steril. Bersihkan kulit disekeliling luka dengan sabun dan air (atau
pencuci yang dapat menanggalkan gris). Buang pad kapas
daripada luka dan gunakan pad kapas yang baru setiap kali
mengesat luka.
Lap luka sehingga kering dan kemudian balut dengan pembalut
berperekat atau plaster.

(ii)

Rawatan bagi Luka yang Besar (Pendarahan yang Teruk)


Tanggalkan atau gunting pakaian untuk mendedahkan luka.
Perhatikan jika terdapat objek-objek tajam seperti kaca yang
mungkin akan mencederakan anda.
Beri tuaman atau tekanan terus ke atas luka dengan tapak tangan.
Jika boleh lakukan dengan pembalut yang bersih.
Angkat dan ampu anggota yang tercedera pada aras atas jantung
mangsa itu. Pegang anggota itu perlahan-lahan jika anggota itu
mengalami keretakan.
Baringkan mangsa itu. Keadaan ini akan mengurangkan
pengaliran darah ke bahagian yang tercedera dan mengurangkan
renjatan.
Biarkan sebarang pad asal pada tempatnya, kemudian gunakan
satu balutan steril. Balut luka dengan sempurna tetapi janganlah
terlalu ketat. Jika pendarahan tembus menerusi balutan, buatlah
selapis lagi. Jika terdapat objek lain yang tertonjol keluar, letakkan
pad pada mana-mana bahagian objek itu sehingga kedudukannya
cukup tinggi untuk dibalut tanpa menekan objek itu.
Sokong atau ampu dengan teguh bahagian anggota yang
tercedera seperti yang dilakukan pada tulang yang patah.

86

(c)

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

Terbakar dan Melecur


Luka dari terbakar (selaran) adalah akibat daripada haba yang kering
daripada kebakaran atau bahan mengakis. Melecur adalah disebabkan oleh
haba yang basah seperti wap atau cecair panas (Rajah 3.3). Selaran juga
boleh disebabkan oleh sejuk yang keterlaluan seperti menyentuh wap-wap
beku seperti nitrogen cecair dan karbon dioksida pepejal (ais kering).
Objektif utama apabila merawat kesan selaran atau melecur ialah untuk
menghalang renjatan, mengelakkan jangkitan dan melegakan kesakitan.
Renjatan ialah kekurangan isipadu edaran darah yang kritikal di mana
jumlah yang tinggal tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan tisu
badan. Pesakit akan kelihatan pucat dan kulitnya sejuk dan melekit. Pesakit
mungkin berasa cepat loya dan muntah dengan denyutan nadi menjadi
cepat tetapi lemah.

Rajah 3.3: Melecur

(i)

Apa yang Perlu Dilakukan


Hentikan/kurangkan kesan terbakar dengan penyejukan pantas
untuk menghalang kerosakan yang lebih teruk kepada tisu-tisu.
Kurangkan bengkak dan ringankan kesakitan dengan menyiram
air sejuk. Dalam kes yang melibatkan terbakar akibat bahan kimia,
kepantasan adalah sangat penting. Curahkan air sejuk dengan
banyak kepada bahagian yang terlibat.
Untuk kesan selaran di tangan, cuci di bawah aliran airpaip,
untuk terbakar di bahagian badan yang lain gunakan pancuran air
kecemasan dan untuk mata, gunakan tempat mencuci mata yang
terdapat di bengkel.
Lindungi bahagian yang terbakar. Kulit terbakar yang terdedah
sangat mudah dijangkiti kuman. Lindungi bahagian yang terlibat
sebaik-baiknya dengan sterile burn sheet. Jika tiada, kain yang
bersih dan tidak berbulu juga boleh digunakan.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

87

Dapatkan bantuan perubatan yang sepatutnya secepat mungkin


kecuali terbakar di permukaan yang sangat kecil.
(ii)

Apa yang Perlu Dielakkan


Jangan sentuh bahagian yang cedera.
Jangan pecahkan apa-apa kesan melecur yang menggelembung.
Jangan sapu losen, salap atau bahan lemak ke tempat yang cedera.
Selaran akibat bahan kimia merebak lebih perlahan tetapi prinsip
pertolongan cemas adalah sama seperti terbakar akibat haba.
Selaran akibat bahan kimia selalunya disebabkan oleh tumpahan
asid dan alkali yang tidak terkawal terutama sekali ketika
pemindahan dan penuangan bahan-bahan kimia ini. Tahap
selaran bergantung kepada lebar dan dalamnya bahagian yang
terbakar serta bahagian tubuh badan yang terlibat dan umur
mangsa yang terlibat. Lebar bahagian yang terbakar adalah lebih
penting daripada dalamnya kesan terbakar. Terbakar sebanyak
5% daripada bahagian badan adalah serius; 15% boleh dianggap
sangat merbahaya dan boleh menyebabkan pesakit mengalami
renjatan yang serius.
Dalamnya kesan selaran dikategorikan kepada selaran di
permukaan dan selaran dalaman. Selaran di permukaan
melibatkan lapisan luar kulit; ia selalunya akan pulih lebih cepat
walaupun agak sakit. Selaran dalaman melibatkan lapisan bawah
kulit dan boleh merosakkan lemak dan otot di bawah kulit. Dalam
kes yang serius, tulang juga boleh rosak. Selaran dalaman pulih
sangat perlahan dan boleh mengakibatkan parut yang serius.
Luka terbakar di muka dan tangan lebih serius daripada bahagian
lain badan kerana ia melibatkan penampilan dan fungsi. Kanakkanak dan orang tua akan mendapat kesan yang teruk akibat
kesan kebakaran yang serius kerana faktor umur mereka yang
menyebabkan kurang ketahanan diri (dari jangkitan) dan mudah
terdedah kepada risiko kekurangan air.

88

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

Rajah 3.4: Peti pertolongan cemas khas untuk rawatan terbakar

(d)

Kecederaan Elektrik
Pengaliran arus elektrik ke dalam anggota badan mungkin menyebabkan
mangsa pengsan, serta jantung dan nafas terhenti. Arus elektrik
menyebabkan luka terbakar atau selaran pada anggota badan dikedua-dua
tempat di mana ia memasuki badan dan meninggalkan badan untuk
dibumikan. Arus ulang alik juga menyebabkan kekejangan otot yang
pada lazimnya menghalang mangsa daripada melepaskan kabel elektrik.
Jangan dekati mangsa sehingga anda diberitahu bahawa bekalan kuasa
telah diputuskan. Jauhkan diri anda sekurang-kurangnya 18 meter dan
pastikan orang ramai berada jauh dari mangsa.
(i)

Tindakan yang Perlu Diambil


Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera.
Mungkin mangsa tidak sedarkan diri, periksa pernafasan dan
nadi mangsa. Lakukan pemulihan pernafasan, jika perlu.
Rawat sebarang luka terbakar dan lain-lain kecederaan yang
berkaitan. Ambil langkah-langkah untuk mengurangkan kejutan.

Faktor keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melibatkan majikan,


pekerja dan masyarakat.
Peraturan keselamatan seperti pakaian, pelindung mata, tangan,
menghormati orang lain, pemilihan alatan, pengendalian alatan, alatan
pengapit, penggunaan alatan dan kelajuan kerja perlu diamalkan untuk
keselamatan bersama.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

89

Kemalangan dapat dielak sekiranya tiada kecuaian pekerja, pemeriksaan


peralatan/perkakasan serta kawasan kerja yang sentiasa diselia.
Kebakaran dapat dielak dan boleh dihalang dari merebak dengan
menggunakan cara-cara tertentu.
Pengetahuan mencegah kemalangan amat perlu melalui tindakan segera
yang perlu diambil, latihan kod bertingkah-laku dan penyediaan laporan.
Peranti keselamatan perlu dipastikan sentiasa disemak dan mudah dicapai
sekiranya berlaku kemalangan.

Akta Keselamatan
Alat Pemadam Api

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Negara (NIOSH)

Kod Bertingkah-laku
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja
Peranti Keselamatan
Kecederaan

Pertolongan Cemas

Jawab soalan-soalan yang berikut:


1.

Senaraikan tiga punca kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal.

2.

Nyatakan tiga punca kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal yang


disebabkan oleh kecuaian pekerja.

3.

Berikan tiga faktor kemalangan yang berlaku akibat poses kerja mekanikal.

4.

Nyatakan tiga langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mencegah


kemalangan mekanikal daripada berlaku.

5.

Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk


mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau
automatik ialah perlindungan ________________________.

90

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

6.

Satu tindakan awal yang diambil bagi mengelakkan kebakaran atau


mengawal kebakaran yang baru bermula daripada merebak kepada
peringkat yang tidak boleh dikawal lagi dikenali sebagai pencegahan
__________________.

7.

Beroperasi secara automatik dan akan aktifkan sistem amaran kebakaran


apabila kesan sejumlah ___________________ yang berkepul naik
memenuhi ruang bilik atau persekitaran.

8.

Tangga terlindung, koridor terlindung, pintu rintangan api, ruang akses


menentang kebakaran dan lif bomba adalah untuk perlindungan
______________________.

Jawab soalan-soalan yang berikut:


1.

Apakah yang dimaksudkan dengan latihan keselamatan?

2.

___________________ peristiwa atau keadaan yang tidak dirancang atau


dijangkakan.

3.

Senaraikan lima langkah mencegah kemalangan.

4.

Nyatakan lima faedah daripada latihan keselamatan.

5.

Senaraikan tiga keperluan latihan keselamatan.

Jawab soalan-soalan yang berikut:


1.

Nyatakan kaedah atau cara untuk mengelak daripada berlakunya


kemalangan yang berkaitan dengan elektrik.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

2.

91

Padankan dengan jawapan yang betul.


Pemutus litar
bocor ke bumi;
Pemutus litar

Fius;

3.

Beroperasi pada voltan melebihi 40 V di


antara bumi dengan sebarang logam.;
Alat yang memutuskan litar dengan
sendiri apabila berlaku lebihan arus dan
boleh dihidupkan semula dengan
menolak tangkai suis.;
Ia melindungi litar pendawaian dan
pengguna daripada mendapat renjatan
elektrik apabila pemasangan alat-alat
elektrik mengalami litar bocor ke bumi.;

Tentukan samada setiap penyataan berikut benar atau salah.


(a)

Pemeriksaan atau penyelenggaraan peralatan elektrik perlulah


dilakukan secara berkala dan dilakukan oleh mereka yang mahir.
( )

(b)

Peralatan elektrik yang tidak dibumikan dengan sempurna masih


selamat digunakan jika selalu dibuat pemantauan dan
penyelenggaraan.
( )

(c)

Keselamatan alat dan perkakasan serta keselamatan bengel


merangkumi persekitarannya menyumbang kepada pencegahan
kemalangan yang berkaitan dengan elektrik.
( )

(d)

Kawasan persekitaran kerja yang lembap dan berair serta


penggunaan peralatan elektrik di dalamnya boleh menyumbang
kepada berlakunya kemalangan seperti renjatan elektrik.
( )

Anda mungkin juga menyukai