Anda di halaman 1dari 19

ALAT PERLINDUNGAN

KESELAMATAN PERIBADI
DAN KESELAMATAN
DI BENGKEL
WORKSHOP SAFETY 1
KANDUNGAN
OBJEKTIF
LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK
MENJAGA KESELAMATAN DALAM
BENGKEL
ALAT PERLINDUNGAN KESELAMATAN
PERIBADI
UJI MINDA
OBJEKTIF
o Terangkan langkah yang perlu diambil untuk
menjaga keselamatan dalam bengkel
o Jelaskan peralatan keselamatan diri dalam
bengkel latihan
LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK
MENJAGA KESELAMATAN DALAM BENGKEL
1 Gunakan pakaian perlindungan yang sesuai semasa
bekerja.
2 Gunakan mesin dengan cara yang betul dan cermat.
3 Baca dengan teliti semua penerangan arahan dan nota
amaran mesin yang sedia ada sebelum memulakan kerja.
4 Perhatikan sebarang kemudahan keselamatan dan pintu
kecemasan yang ada di dalam tempat kerja.
5 Periksa dan pastikan kemudahan-kemudahan kecemasan
mesin berada didalam keadaan yang baik dan laporkan
pada pengajar anda jika terdapat kerosakan.
LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK
MENJAGA KESELAMATAN DALAM BENGKEL
6 Semua mesin alat dan tempat kerja hendaklah
dibersihkan dengan teliti selepas menggunakannya.
7 Jika terdapat kerosakan, hentikan semua kerja dan
laporkan kepada pengajar anda. Jangan mulakan kerja
sehigga kerosakan itu ditemui dan dibaikpulihkan.
8 Semua pelajar mestilah faham tentang langkah-langkah
yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan,
kebakaran atau kecemasan.
ALAT PERLINDUNGAN
KESELAMATAN PERIBADI
1. Sarung Tangan Kulit

Melindungi tangan dari sudut yang tajam atau
menggerutu, berkarat dan habuk-habuk besi
terutamanya semasa mencanai mata alat
2. Sarung Tangan Getah

Melindungi tangan dari terkena asid, minyak
pelarut, glu dan sebagainya
3. Kasut Keselamatan

Kasut keselamatan adalah sejenis kasut yang dibuat
khas di mana ianya mengandungi pelapik yang
teguh di bahagian penutup jari.
4. Kasut Getah Panjang

Kasut getah panjang adalah penting untuk
melindungi kaki dari terkena air atau minyak
pelarut yang merbahaya.
5. Cermin Mata Keselamatan

Cermin mata keselamatan dipakai untuk melindungi mata
dari kecederaan terutamanya apabila:-

i. Pahat batu
ii. Menggunakan mesin pencanai apabila mencanai mata alat
iii. Menggunakan penyembur angin
6. Apron

Apron pakai bagi melindungi badan dari percikan minyak,
bahan-bahan pengilap dan bahan-bahan lain yang difikirkan
boleh mendatangkan bahaya.
7. Topi Keselamatan

Melindungi kepala dari terkena bahan-bahan,
peralatan atau mesin yang berkemungkinan
terjatuh dari tingkat atas.
8. Barrier Cream

Digunakan setelah selesai membuat satu-satu
pekerjaan terutamanya setelah terpegang bahan-
bahan cecair yang merbahaya.
9. Pengadang Muka

Pengadang muka ini dapat melindungi muka
daripada terkena serpihan kayu dan habuk.
10. Penutup telinga

Melindungi gegendang telinga dari pecah yang
mana ia boleh menyebabkan seseorang menjadi
lemah pendengaran
11. Kayu dan papan pelantak

Digunakan semasa membelah kayu pada jentera gergaji piring
dan jentera ketam perata iaitu untuk melindungi dan
mengelakkan tangan dari terkena pisau pemotong.
UJI MINDA
Nyatakan langkah-langkah yang perlu
diambil untuk menjaga keselamatan
dalam bengkel.
Nyatakan 5 jenis peralatan
perlindungan keselamatan peribadi
dan penggunaannya masing-masing.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai