Anda di halaman 1dari 18

MOHAMAD KAMARUL HISYAM BIN MOHD ZAIN (BBG) DB 180091

PENGENALAN KESELAMATAN DAN MESIN

Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan selamat ataupun terhindar


daripada bahaya serta bencana. Peraturan keselamatan perlulah di maklumkan kepada
pengguna bagi menegelakkan berlakunya kemalangan. Sebagaimana yang
dinyatakandalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA-Occupational
Safety and Health Act 1994) iaitu pihak majikan bertanggungjawab menyediakan
maklumat,arahan, latihan dan penyeliaan serta kemudahan bagi menjamin
keselamatan dan kesihatan pekerja.

PERATURAN KESELAMATAN DAN PERALATAN KESELAMATAN DIRI


( PPE )

Risiko dalam penggunaan mesin ini adalah terbelit pada batang dan permukaan
penebuk. Kemalangan yang kerap berlaku adalah pada lengan baju dan rambut.
Cara penegahan adalah melindungi bahagian rambut dan lengan baju yang longgar.
Jangan bergurau senda dalam bengkel.

1. Harus memakai “goggle” ketika beroperasi


dengan mesin.
2. Memakai sarung tangan tebal.
3. Memakai jaket.
4. Memakai kasut keselamatan dan anti slip.

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 1


Gambar di atas merupakan kasut keselamat di bengkel yang mana ada besi yang
melingdungi jari jemari serta tapaknya anti slip dan penebat elektrik.

PROCEDUR KERJA SELAMAT

1. Sentiasa mengikut protocol kerja selamat.


2. Menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja dan tidak cuai.
3. Mematuhi arahan keselamatan sepanjang masa.
4. Menyelenggara mesin dan peralatan secara sistematik.

PERATURAN DAN LARANGAN

1. Tidak dipengaruhi alcohol atau dadah semasa bekerja.


2. Menghadiri latihan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dari masa ke
semasa.
3. Menggunakan kelengkapan atau pakaian perlindungan ( ppe ) peribadi yang
sesuai dengan betul.
4. Tidak makan, minum atau merokok semasa bekerja.

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 2


PENUTUP

Kesimpulannya keselamat itu sangat penting bagi semua orang. Jadi kita harus
lah mengamalkannya. Utamakanlah keselamat kerana nyawa tiada ganti. Oleh itu di
setiap peringkat harus lah mengamalkan langkah keselamat tidak kira dimana jua.

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 3


PENGENALAN KESELAMATAN ELEKTRIK

Tenaga elektrik adalah merupakan keperluan asas yang penting dalam


kehidupan kita. Kita sedia maklum tenaga elektrik tidak dapat dilihat dan oleh sebab itu
bahaya yang bakal menimpa adalah tidak dapat dikesan dengan segera. Perangkaan
kemalangan menunjukkan setiap tahun banyak kemalangan elektrik berlaku di rumah-
rumah di Malaysia yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan
malah kematian. Kebanyakan kemalangan yang berlaku boleh dielakkan jika langkah
keselamatan asas dipatuhi ketika menggunakan tenaga elektrik di rumah.

PERATURAN KESELAMAT DAN PERALATAN KESELAMATAN DIRI

Seperti yang kita sudah tahu arus elektrik tidak dapat dilihat oleh mata kasar,
mengunakan alat tertentu untuk mengesan aliran arus elektrik. Kita harus lah berjaga
jaga dengan mengunakan perlindungan PPE dan langkah keselamatan.

Gambar diatas merupakan sarung tangan penebat elektrik digunakan apabila


melakukan kerja dengan elekrik. Justeru supaya mengelak daripada tangan kita
berpeluh mengalir ke wire atau cable elektrik dan akan mengakibatkan kemalangan.

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 4


PROSEDUR KERJA KESELAMATAN

1. Sentiasa mengikut protocol kerja selamat.


2. Menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja dan tidak cuai.
3. Mematuhi arahan keselamatan sepanjang masa.
4. Pastikan sebelum menggunakan sebarang alatan pastikan ia ada chop sirim.

PERATURAN DAN LARANGAN

1. Pastikan alat-alat elektrik dimatikan suisnya jika tidak digunakan.


2. Jangan sambungkan fius yang terputus dengan dawai biasa. Gunakan fius yang
sepatutnya.
3. Jangan lakukan sambungan terlalu banyak peralatan pada satu punca kuasa
elektrik. Elak dari mengguna penyambung yang tidak diluluskan.
4. Jangan buat pendawaian tambahan sendiri. Dapatkan khidmat dari kontraktor
bertauliah yang berdaftar dengan jabatan bekalan elektrik dan gas.
5. Pastikan barangan elektrik yang bermotor tidak dihalang pergerakan motornya
hingga menyebabkan ia terhenti sendiri.
6. Jangan biarkan pendawaian terdedah kepada keadaan yang boleh
menjejaskannya atau membakar seperti haba, wap, tekanan, digigit tikus dan
sebagainya.
7. Jangan memperbaiki dan mengubahsuai peralatan elektrik dengan sendiri
8. Jangan lakukan penyambungan elektrik tanpa pengawasan atau penyeliaan
orang dewasa.
9. Elakkan dari menyentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah.
10. Jangan membuat penyambungan alat elektrik ke soket suis lampu dua hala.
11. Jangan cuba menyentuh wayar hidup

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 5


12. Pastikan suis ditutup sebelum menukar mentol lampu
13. Elakkan diri dari menyentuh talian yang putus atau apa jua pun benda yang
mengalirkan elektrik.
14. Jauhi dari bermain di perkarangan rumah pencawang elektrik
15. Jangan bermain dan menganggu bekalan elektrik
16. Jangan menggunakan peralatan elektrik yang rosak dan bermutu rendah
17. Jangan cuba membuat penyambungan soket ke soket

PENUTUP

Kesimpulannya keselamat itu sangat penting bagi semua orang. Jadi kita harus
lah mengamalkannya. Utamakanlah keselamat kerana nyawa tiada ganti. Oleh itu di
setiap peringkat harus lah mengamalkan langkah keselamat tidak kira dimana jua.

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 6


PENGENALAN KESELAMATAN KEBAKARAN

Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata-
kata yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam kehidupan harian. Biarpun
api jadi satu keperluan dalam kehidupan harian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya
tidak dikawal dengan betul.

PERATURAN KESELAMAT DAN PERALATAN KESELAMATAN DIRI

 Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil bagi


mengelakkan kebakaran dari berlaku dan juga sebagai langkah awal
mengelakkan kebakaran daripada merebak sehingga menjadika tidak terkawal.
Melaksanakan setiap jenis latihan dan drill melalui kekerapan pelaksanaan
latihan dan penilaian hasil latihan.

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 7


 Menerangkan apa, siapa dan bagaimana sesuatu tindakan yang perlu diambil
apabila berlaku kecemasan.
 Latihan khas pemakaian kelengkapan perlindungan peribadi, bantuan
pertolongan cemas dan menyelamat, penggunaan alat pemadam kebakaran,
kelengkapan mengawal tumpahan, membuat pemberitahuan dan komunikasi.
 Majikan dan pekerja perlu peka terhadap isu-isu keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja.
 Semua pihak harus berganding bahu bagi membuat persediaan dan tindakan
kecemasan.
 Latihan dan kelengkapan yang khusus berkaitan kecemasan perlu diberikan
kepada pengendali/pekerja.

PROSEDUR KERJA KESELAMATAN

1. Sentiasa mengikut protocol kerja selamat.


2. Menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja dan tidak cuai.
3. Mematuhi arahan keselamatan sepanjang masa.

PERATURAN DAN LARANGAN

Kategori Kebakaran dan Kejadian api

1.Asas kebakaran kimia


Kebakaran akan berlaku jika terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu bahan untuk
membantu nyalaan seperti kayu kertas dan minyak , udara untuk membekalkan
oksigen dan suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau nyalaan.

2.Cara memadam kebakaran

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 8


 Melaparkan

Ia dilakukan dengan memindahkan api yang belum terbakar ke tempat lain. Selain itu ,
ia juga boleh dilakukan dengan memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain
atau memecahkan atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah
dipadamkan.

 Melemaskan

Ia dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan


bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran.

 Menyejukkan

Sifat air yang mudah sejuk dapat mempercepatkan tindakan haba dengan menurunkan
haba dan suhu kebakaran hingga ke tahap yang rendah. Apabila suhu rendah maka
nyalaan akan terpadam.

 Memutuskan Rantai Tindakbalas

Iaitu dengan memutuskan rantaian kimia. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan alat
pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering.

3. Punca kebakaran di bengkel

 litar pintas
 kerosakan peralatan elektrik
 percikan api
 bahan mudah bakar seperti thinner
 kebocoran gas
 kecuaian
 lilin

4.Pengkelasan api

 Kelas A-melibatkan pepejal seperti kayu, kertas, kapas dan lain

 Kelas B- cecair seperti methanol, minyak, petrol


 Kelas C-melibatkan gas seperti butana
 Kelas D-Melibatkan logam seperti aluminium

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 9


5.Cara mengawal hazard kebakaran

 Mencegah kebakaran

-menghindar bahan luahan api ke api ke atmosfera


-menyingkir haba
-mengawal sumber haba

 Perlindungan kebakaran (setelah kebakaran berlaku)

-penyingkiran haba
-menutup/ menghentikan bekalan api
-menutup/menghentikan bekalan oksigen

6. Rancangan keselamatan

-membuat kajian bahaya (HAZOP)


-membuat senarai semakan bahaya di tempat kerja
-melakukan indeks kekerapan kebakaran yang berlaku.
-melakukan indeks kebarangkalian pekerja terdedah kepada bahan kimia

7. Pengawalan hazard kebakaran.

 pemilihan teknologi selamat dari segi jentera, peralatan, proses dan bahan yang
digunakan.
 mengadakan sistem pencegahan iaitu mengesan setiap hazard dan
mangawasinya dari berlaku kemalangan
 melatih pekerja mengendalikan peralatan,jentera dan mesin dengan selamat
 membaiki peralatan, jentera dan mesin secara berkala
 menyediakan alat pemadam api kebakaran
 menyediakan pintu rintangan api
 menyediakan pelan tindakan kecemasan dan memberi taklimat kepada pekerja
laluan selamat semasa kebakaran dan tempat berkumpul semasa kebakaran
 mengadakan sistem rawatan perubatan iaitu mempunyai peti pertolongan cemas
yang dilengkapi dengan pelbagai ubatan.
 mengadakan kerjasama dengan pihak luar seperti jabatan bomba dan
penyelamat dan pihak hospital
KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 10
 melantik pegawai yang bertanggungjawab jika terdapat sebarang risiko bahaya
yang berlaku dan mengendalikan setiap masalah yang berlaku.

PENUTUP

Kesimpulannya keselamat itu sangat penting bagi semua orang. Jadi kita harus
lah mengamalkannya. Utamakanlah keselamat kerana nyawa tiada ganti. Oleh itu di
setiap peringkat harus lah mengamalkan langkah keselamat tidak kira dimana jua.

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 11


PENGENALAN KESELAMATAN RAWATAN KECEMASAN

Rawatan kecemasan atau pertolongan cemas merupakan satu bentuk


bantuan kesihatan yang diberikan kepada mangsa dengan keadaan yang segera.
Rawatan kecemasan ini selalunya diberikan oleh orang yang berdekatan dengan mangsa
sebelum rawatan yang pakar atau profesional tiba atau dapat diberikan. Menurut Manual
Pertolongan Cemas, hasil gabungan Persatuan ‘British Red Cross’, Persatuan
‘St.Andrew’s Ambulance Association’ dan Persatuan ‘St. John Ambulance’, rawatan
kecemasan ini ditakrifkan sebagai ‘bantuan awal atau bantuan rawatan yang diberikan
kepada seseorang yang tercedera atau sakit secara tiba-tiba’

Rawatan kecemasan dapat menyelamatkan nyawa. Oleh hal yang demikian, masyarakat
di Malaysia perlulah diberi pendedahan tentang kepentingan rawatan kecemasan. Hal ini
sekaligus dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang peka dan celik tentang rawatan
kecemasan. Namun, bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang peka rawatan
kecemasan, pendedahan dan pengajaran haruslah bermula di peringkat awal iaitu di
peringkat sekolah, ibarat peribahas melayu, ‘melentung buluh biarlah dari rebungnya’.

Oleh itu, satu program kesedaran tentang kepentingan rawatan kecemasan perlulah
diperkenalkan dan dijalankan di sekolah-sekolah bagi mendidik warga sekolah dan
masyarakat setempat. Program kesedaran ini bertujuan untuk mendidik warga sekolah
dan masyarakat setempat untuk memberi informasi tentang punca-punca berlakunya
kecemasan, mendidik mereka supaya mengetahui cara-cara memberi rawatan
kecemasan dan menyampaikan maklumat tentang cara mencegah kecederaan.

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 12


PERATURAN KESELAMAT DAN PERALATAN KESELAMATAN DIRI

 Mengetahui teknik dan kaedah pertolongan cemas


 Memupuk keyakinan diri untuk melakukan pertolongan berkesan
 Cara mendiagnosis dan merawat luka

PROSEDUR KERJA KESELAMATAN

1. Sentiasa mengikut protocol kerja selamat.


2. Menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja dan tidak cuai.
3. Mematuhi arahan keselamatan sepanjang masa.

PERATURAN DAN LARANGAN

Rawatan Luka Kecil

 Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.


 Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan
air dan sabun atau antiseptik.
 Balut dengan kain bersih atau pembalut.

Mengawal pendarahan

 Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan
dengan jari atau tangan.
 Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.
 Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka.
Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut.
 Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras jantung untuk
mengurangkan tekanan.

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 13


 Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak, dapatkan rawatan lanjut.

Jangan gunakan teknik Tourniquet kerana ianya lebih memberi mudarat dari kebaikan.

KECEDERAAN TULANG (PATAH)


Rawatan Patah

 Jangan gerakkan bahagian yang patah.


 Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada.
 Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar.
 Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dan sebagainya di
atas dan bawah sendi tulang yang patah.
 Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera.
 Dapatkan rawatan lanjut.

PENGSAN
Rawatan Pengsan

 Baringkan mangsa dan tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dan sebagainya.
 Longgarkan pakaian yang ketat.
 Pastikan udara bersih mencukupi.
 Periksa lain- lain kecederaan jika ada.
 Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih.

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 14


TERCEKIK

Sekiranya seseorang itu mengalami tercekik, ia akan menunjukkan tangannya pada


leher sambil cuba bercakap. Teknik Heimlich Manuver boleh dilakukan untuk membantu
mangsa tersebut.

Teknik Heimlich Manuver Bagi Mangsa Sedar

(Untuk kanak- kanak 1 tahun ke atas dan orang dewasa)

 Berdiri belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunya yang anda
cuba membantu.
 Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya.
 Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara pusat dan bahagian
bawah tengah tulang rangka (ulu hati).
 Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehingga objek yang
tersekat itu keluar.
 Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang boleh menarik
perhatian orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa saja yang boleh
membantu.
 Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di antara pusat dan
bahagian bawah tengah tulang rangka anda.
 Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut keluar.
Untuk mangsa yang mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik
tekanan di tengah dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu.

Jika Mangsa Pengsan

 Baring dan terlentangkan mangsa.


 Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.
 Buka mulut mangsa, periksa bendasing dan keluarkan dengan jari jika ada.
 Buka saluran pernafasannya (teknik angkat dagu dan dongak kepala) dan
periksa pernafasan.
 Jika tiada , lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan terus ulangi jika
tiada tindakbalas dari mangsa.
 Jika tiada masih tiada pergerakan, beri 15 kali tekanan di dada (posisi tangan
sama seperti CPR).
 Ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba.

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 15


Apabila membuka saluran pernafasan mangsa yang disyaki mengalami kecederaan
tulang belakang, JANGAN gunakan teknik ini. GUNAKAN teknik tolakan tepat sendi
rahang.

TERBAKAR DAN MELECUR


Kecederaan Kecil

 Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir atau rendam dalam takungan air
atau balut dengan kain basah selama 5 minit sehingga hilang sakit.
 Tanggalkan cincin, jam atau barang kemas pada tempat cedera.
 Jangan pecahkan gelembong atau tanggalkan kain yang melekat pada tempat
yang cedera.
 Balut dengan kain bersih.

Kecederaan Teruk

 Baringkan dan siramkan dengan air selama 10 minit.


 Periksa pernafasan dan nadinya.
 Tanggalkan barang kemas, jam, tali pinggang atau benda yang dipakai ketat.
 Jangan tanggalkan pakaian yang melekat pada tempat yang terbakar.
 Balut tempat yang cedera dengan kain bersih.
 Selimutkan mangsa dan dapatkan rawatan lanjut dengan segera.

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 16


Kecederaan disebabkan bahan kimia

 Segera alirkan air di tempat yang cedera selama 5 minit.


 Balut kecederaan dengan kain bersih.
 Dapatkan rawatan lanjut dengan segera.
 Berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada anda.

JANGAN SEKALI-KALI menyapukan tempat cedera dengan mentega, ubat


gigi, kicap, losyen, minyak berangin dan sebagainya.

KERACUNAN

Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap pada
kulit dan mata.

Rawatan awal keracunan

 Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya.


 Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu.
 Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum.
 Tunggu arahan dan bertindak segera.
 Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan.
 Jangan muntahkan mangsa melainkan di arahkan.

RENJATAN

Semasa dalam keadaan renjatan pesakit tidak mendapat bekalan darah yang
mencukupi yang menyebabkan kekurangan oksigen. Jika tidak dirawat dengan segera
jantung mangsa akan menjadi lebih lemah dan tidak berfungsi dengan betul. Jika
berada dalam keadaan renjatan yang berterusan boleh menyebabkan kematian.

Tanda-tanda
 Pucat, sejuk dan kulit yang melekit.
 Nafas pendek dan tidak teratur.
 Nadi yang cepat tetapi lemah.
 Anak mata yang membesar.
 Lemah.
 Kehausan.

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 17


Rawatan

 Telefon ambulans jika perlu.


 Baringkan pesakit jika ia muntah pusingkan kepala ke sisi.
 Jika tiada kecederaan di kepala dan dada serta tiada kesukaran bernafas
tinggikan kakinya antara 8″ – 12″.
 Longgarkan pakaian yang ketat.
 Panaskan pesakit tetapi elakkan dari berpeluh.
 Beri kenyakinan.
 Jangan beri air atau alkohol.

RENJATAN ELEKRIK

Jika didapati mangsa terkena renjatan elektrik, berhati-hatilah. Pastikan arus elektrik
telah dimatikan atau suis utama telah ditutup sebelum memberi bantuan kecemasan.
Jik tidak, alihkan wayar elektrik dengan kayu kering atau objek yang bukan pengalir.
 Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.
 Periksa mangsa dan jika perlu lakukan CPR.
 Beri rawatan terbakar dan melecur.
 Jika mangsa tidak sedarkan diri berikan rawatan pengsan.
 Berada disisinya sehingga bantuan tiba.

PENUTUP

Kesimpulannya keselamat itu sangat penting bagi semua orang. Jadi kita harus
lah mengamalkannya. Utamakanlah keselamat kerana nyawa tiada ganti. Oleh itu di
setiap peringkat harus lah mengamalkan langkah keselamat tidak kira dimana jua.

KESELAMATAN DALAM BENGKEL ( BBA 10102 ) 18

Anda mungkin juga menyukai