Anda di halaman 1dari 17

Seminar Hal Ehwal Pelajar

PENGARUH PSIKO - PEMBELAJARAN TERHADAP


PRESTASI PELAJAR
SIJIL KOLEJ KOMUNITI ENGLI SH FOR COMMUNI CATI ON

Wan Khazlina Binti Wan Mohamed, Kamal Bakshir Bin Mohd Kassim &
Mohd Najib Bin Hamdan
Kolej Komuniti Teluk Intan
Kementerian Pendidikan Malaysia
wkhazlina@yahoo.com.my, kbakshir @yahoo.com, najib_kp@yahoo.com


Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh psiko pembelajaran seperti faktor-
faktor (sikap, minat, kaedah pembelajaran pelajar, persekitaran Kolej Komuniti dan
pengajaran pensyarah) dalam mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian pelajar dalam
menguasai mata pelajaran English for Communication. Selain dari itu, tujuan kajian ini juga
adalah untuk melihat kepada perhubungan di antara faktor yang dikaji dengan pencapaian
pelajar dalam matapelajaran English for Communication di Kolej Komuniti Teluk Intan.
Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar kursus Sijil Multimedia Kreatif
Animasi yang telah mengambil mata pelajaran ini. Sampel kajian seramai 50 orang pilihan
secara rawak. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Faktor sikap ( = 0.8406),
faktor minat ( = 0.8512), faktor kaedah pembelajaran pelajar ( = 0.7330), faktor
persekitaran atau iklim Kolej Komuniti ( = 0.9028) dan faktor pengajaran pensyarah ( =
0.8037). Daripada min lima faktor yang dikaji, didapati kesemua faktor mempengaruhi
pencapaian pelajar, namun faktor kaedah pengajaran pensyarah memperolehi min yang
terendah (1.76) dan faktor ini sangat mempengaruhi pelajar dalam menguasai mata pelajaran
English for Communication. Ini disebabkan kaedah pengajaran yang digunakan dalam
matapelajaran English for Communication adalah konvensional dan tidak menggunakan
teknologi terkini seperti penggunaan multimedia dan animasi. Selain itu, faktor kaedah
pengajaran pensyarah pula menunjukkan hubungan yang sangat tinggi dengan pencapaian
pelajar, diikuti dengan faktor-faktor lain.

Kata Kunci : Psiko-Pembelajaran, English for Communication, teknologi, pencapaian pelajar
Seminar Hal Ehwal Pelajar



Abstract
The purpose of this study is to identify the influence of psycho learning as the factors
(attitudes, interests, learning method, and teaching environment Community College and
lecturer teaching technique) in influencing student learning and achievement in mastering
subjects English for Communication. In addition, the purpose of this study is to look at the
relationship between the factors studied student achievement in subjects English for
Communication in Teluk Intan Community College. The study population is comprised of
students in the certificate program Creative Multimedia Animation Certificate who have
taken this subject. A sample of 50 randomly selected people. The instrument used was a
questionnaire. Attitude ( = 0.8406), interest factor ( = 0.8512), learning method ( =
0.7330), climate or Community College ( = 0.9028) and lecturers teaching ( = 0.8037).
From the mean of five factors, found that all factors affecting student achievement, but the
factors lecturers teaching technique obtain the lowest mean (1.76) and this factor greatly
affects the student in mastering subjects English for Communication. This is due to the
teaching technique used in English for Communication subjects are conventional and do not
use the latest technology such as the use of multimedia and animation. In addition, factors
lecturers teaching method showed a very high correlation with student achievement, followed
by other factors.

Keyword : Psycho learning, English for Communication, technology, student achievement














Seminar Hal Ehwal Pelajar



1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan Kolej Komuniti diwujudkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja
separa mahir negara. Sebagai sebuah institusi pendidikan yang berlandaskan pendidikan
teknik dan vokasional, Kolej Komuniti amat mementingkan graduannya memiliki kemahiran
selaras dengan keperluan industri. Walaubagaimanapun, keperluan industri kini bukan sahaja
menuntut tenaga kerja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang khusus
semata-mata. Dengan perkembangan dunia tanpa sempadan, pelajar Kolej Komuniti juga
perlu memiliki kemahiran komunikasi yang baik, terutamanya dalam Bahasa Inggeris.

Kursus English For Communication merupakan kursus elektif yang memberi peluang
kepada pelajar untuk mempelajari asas komunikasi di dalam Bahasa Inggeris. Kursus ini juga
mendedahkan pelajar perkataan-perkataan baru yang kerap digunakan dalam komunikasi
seharian. Diakhir pembelajaran kursus ini, pelajar akan menggunakan perkataan baru dan
tatabahasa yang dipelajari untuk berkomunikasi mengikut topik yang diajar oleh pensyarah.
Kaedah penilaian bagi kursus ini berbentuk penilaian berterusan yang terdiri daripada
tugasan, kuiz dan ujian lisan. Namun, dari tinjauan yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar
program Sijil di sebuah Kolej Komuniti di Malaysia mendapati bahawa pencapaian pelajar
bagi kursus ini adalah kurang memuaskan. Peratusan pelajar yang mendapat markah enam
puluh peratus ke atas adalah sekitar dua puluh peratus. Untuk mengenalpasti masalah yang
menyumbang kepada pencapaian yang rendah ini, suatu soal selidik telah diedarkan kepada
50 pelajar Sijil Multimedia Kreatif Animasi sesi 2012 bagi mendapatkan maklum balas dari
mereka. Pelajar kursus ini dipilih berlandaskan kekerapan penggunaan Bahasa Inggeris
dalam pembelajaran mereka. Misalnya dalam kursus skrip animasi, perlajar perlu merakam
suara dalam pelbagai bahasa, terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Secara khusus, lima faktor utama telah dilihat dalam mendapatkan maklumbalas balas
pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris di Kolej Komuniti. Lima faktor tersebut
adalah berpandukan Ahmad Rizal, Nurul Akmar dan Saifulnizam (2005), iaitu minat pelajar,
Seminar Hal Ehwal Pelajar



sikap pelajar, kaedah pengajaran pensyarah, kaedah pembelajaran pelajar serta persekitaran
pembelajaran.



2.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh psiko pembelajaran seperti faktor-
faktor (sikap, minat, kaedah pembelajaran pelajar, persekitaran Kolej Komuniti dan
pengajaran pensyarah) dari dalam mempengaruhi pembelajaran serta pencapaian pelajar
dalam menguasai mata pelajaran English for Communication.


3.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini cuba menjawab dua persoalan kajian yang berikut:

i. Apakah faktor tertinggi psiko pembelajaran dalam mempengaruhi pembelajaran pelajar
dalam menguasai matapelajaran English for Communication?

ii. Sejauh manakah hubungan di antara faktor yang dikaji dengan pencapaian pelajar (markah
peperiksaan) dalam menguasai mata pelajaran English for Communication?









Seminar Hal Ehwal Pelajar



4.0 METODOLOGI KAJIAN

Berikut adalah metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini.


4.1 Populasi Kajian dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Komuniti yang mengikuti pengajian
Sijil Multimedia Kreatif Animasi. Bilangan kesemua pelajar kursus tersebut adalah seramai
65 orang. Walaubagaimanapun, hanya 50 orang yang memulangkan borang soal selidik,
maka responden bagi kajian ini adalah seramai 50 orang sahaja.
Kajian ini terhad dilakukan terhadap kumpulan pelajar Sijil Multimedia Kreatif Animasi sesi
2012. Kajian penyelidikan ini terbatas kepada lokasi, tajuk, masa, sampel dan kewangan
yang ditetapkan seperti berikut:

a) Keputusan, analisis dan kesimpulan bagi kajian ini hanya relevan untuk pelajar Sijil
Multimedia Kreatif Animasi sesi 2012.
b) Pengkaji hanya menggunakan satu jenis instrumen kajian sahaja iaitu dengan
menggunakan borang soal selidik.
c) Penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris ditekankan pada aspek kemahiran
membaca, komunikasi, menulis dan mendengar.
d) Masa untuk menjalankan kajian penyelidikan ini kurang daripada sebulan.
e) Pengkaji tidak mengambil kira aspek lain yang ada pada responden selain aspek yang
dikaji.
f) Hasil kajian bergantung kepada kejujuran responden semasa menjawab borang soal
selidik.







Seminar Hal Ehwal Pelajar



4.2 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, tahap penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
diukur dengan menggunakan soal selidik. Penyelidik telah memilih kaedah soal selidik dalam
kajian ini sebagai instrumen kerana perkara-perkara berikut :

i. Maklumat yang diperolehi adalah tepat dan lengkap.
ii. Soal selidik adalah sesuatu yang seragam dan semua responden yang menjawab soalan
akan menjawab soalan-soalan yang sama.
iii. Soal selidik dapat menjimatkan masa, perbelanjaan dan tenaga penyelidik.
iv. Responden mungkin lebih selesa memberikan respon melalui soal selidik berbanding
melalui temuramah dan pemerhatian.

Menurut Mohd Najib (1998), soal selidik ialah alat atau instrumen yang digunakan untuk
mengukur tingkah laku responden dan produk kepada penggunaan alat pengukur ini adalah
data. Pembinaan soal selidik pula, dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa perkara
yang telah dikemukakan oleh Mohd Najib (1998), iaitu:

i) Responden dapat membaca dan memahami item-item dalam soal selidik dengan baik.
ii) Responden mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi untuk menjawab
item-item didalam soal selidik.
iii) Responden secara sukarela dan ikhlas menjawab soal selidik.

Bahagian A mengandungi soal selidik yang terdiri daripada item-item maklumat pelajar dan
markah pelajar. Namun begitu, markah pelajar di perolehi dari bahagian peperiksaan Kolej
Komuniti tersebut.

Bahagian B pula terdiri daripada bahagian yang mengandungi soalan yang berkaitan dengan
tahap pelajar-pelajar Kolej Komuniti. Soal selidik ini melibatkan 25 item kesemuanya.
Berikut adalah pecahan-pecahannya.

Seminar Hal Ehwal Pelajar




Jadual 4.1: Pecahan Item Dalam Soal Selidik
Bahagian A Terdiri daripada maklumat berkenaan latar belakang
pelajar serta markah peperiksaan pelajar yang kan diisi
oleh penyelidik melalui unit peperiksaan kolej komuniti

Bahagian B Item-item mengenai bentuk sikap pelajar 5 item soalan
Item-item mengenai bentuk minat pelajar 5 item soalan
Item-item mengenai bentuk kaedah pembelajaran pelajar 5 item soalan
Item-item mengenai bentuk persekitaran Kolej Komuniti 5 item soalan
Item-item mengenai bentuk pengajaran pensyarah 5 item soalan

Kajian rintis telah dijalankan ke atas soal selidik dan pekali kebolehpercayaan adalah tinggi
iaitu 0.9


4.3 Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah lebih berbentuk kuantitatif yang melibatkan instrumen kajian iaitu
soal selidik. Sempel kajian adalah 50 orang dipilih melalui sempel persempelan rawak. Data-
data yang diperoleh hasil daripada borang soal selidik yang diedarkan dianalisis secara
deskriptif dan inferens. Analisis secara deskriptif ini diguna untuk mentafsir skor min,
sisihan piawai selain mendapatkan min keseluruhan bagi setiap item manakala analisis secara
inferens, penyelidik meletakkan alpha untuk hipotesis iaitu 5 peratus (0.05) kerana ralat yang
kecil amat diperlukan untuk memastikan aras keyakinan yang tinggi kepada dapatan kajian
ini nanti.

Berikut adalah analisis data berdasarkan setiap persoalan kajian. Bagi menganalisis data
kajian untuk menjawab persoalan kajian pertama dan kedua, analisis data yang digunakan
adalah secara deskriptif dan inferens. Analisis secara deskriptif difokuskan terhadap setiap
faktor-faktor psiko pembelajaran dalam mempengaruhi pembelajaran pelajar dalam
Seminar Hal Ehwal Pelajar



menguasai matapelajaran English for Communication. Skor min dan min keseluruhan faktor-
faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar ini di interpretasi berdasarkan jadual 4.1.


Jadual 4.2 : Tahap Kecenderungan Min faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelajaran pelajar





(Adaptasi Sumber: Mohd Najib, 1998)

Manakala bagi persoalan kajian kedua Pekali kolerasi Spearman digunakan untuk melihat
hubungan antara lima faktor yang dikaji dengan pencapaian pelajar di Kolej Komuniti
(markah peperiksaan pelajar Kolej Komuniti) dalam menguasai mata pelajaran English for
Communication. Berikut adalah interpretasi nilai kolerasi:


Jadual 4.3: Interpretasi Hubungan berdasarkan Nilai Pekali Kolerasi

Nilai pekali Korelasi Interpretasi
Kurang 0.20 Hubungan yang Sangat Lemah
0.20- 0.40 Hubungan Rendah
0.40- 0.70 Hubungan Sederhana
0.70-0.90 Hubungan Tinggi
0.9-1.0 Hubungan yang Sangat Tinggi
( Sumber : Zukarnain Zakaria dan Hishamuddin Md Som, 2001)


Skor Min Tahap Kecenderungan Min
1.00- 2.33 Rendah / Sangat Mempengaruhi pembelajaran
Pelajar
2.34- 3.66 Sederhana / Mempengaruhi pembelajaran
3.67-5.00 Tinggi / Tidak Mempengaruhi pembelajaran
Pelajar
Seminar Hal Ehwal Pelajar



5.0 DAPATAN KAJIAN

Data yang diperolehi dari soal selidik dianalisis secara deskriptif dengan memperolehi nilai
min dan sisihan piawai bagi setiap item.


Jadual 5.1: Analisis Sikap Pelajar
Sikap Pelajar Min Sisihan
piawai
Saya suka menghadiri kelas matapelajaran English for Communication. 2.80 .60
Saya suka berinteraksi dengan pensyarah ketika mengikuti kelas
matapelajaran English for Communication .
3.50 .50
Saya tidak suka berbual-bual semasa pensyarah mengajar matapelajaran
English for Communication.
3.30 .78
Saya selalu memeriksa nota yang diberikan oleh pensyarah. 3.30 .46
Saya selalu berbincang dengan rakan-rakan apabila terdapat kebuntuan
dalam matapelajaran English for Communication.
3.10 .54
Keseluruhan 3.20 0.58
Min Sikap pelajar adalah sederhana iaitu 3.2. Maka sikap pelajar sederhana dalam
mempengaruhi pembelajaran pelajar dalam matapelajaran English for Communication.














Seminar Hal Ehwal Pelajar



Jadual 5.2: Analisis Minat Pelajar
Minat Pelajar Min Sisihan
piawai
Saya dapat melaksanakan setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah. 2.50 .67
Saya sering berjumpa dengan pensyarah diluar kelas apabila menghadapi
masalah dalam matapelajaran English for Communication.
2.90 .70
Saya selalu menghantar tugasan pada tarikh yang ditetapkan oleh
pensyarah.
2.70 .64
Saya mempunyai kesungguhan yang tinggi pada tugasan yang diberikan
oleh pensyarah.
2.50 .67
Saya cepat puas hati dengan latihan yang diterima. 2.66 .67
Keseluruhan 2.50 .67
Min Minat pelajar adalah sederhana iaitu 2.5. Maka minat pelajar sederhana dalam
mempengaruhi pembelajaran pelajar dalam matapelajaran English for Communication.
















Seminar Hal Ehwal Pelajar



Jadual 5.3: Analisis Kaedah Pembelajaran Pelajar
Kaedah Pembelajaran Min Sisihan
piawai
Secara keseluruhannya tugasan yang diberikan dapat mempertingkatkan
pengetahuan saya dalam matapelajaran English for Communication.
3.00 1.84
Belajar secara berkumpulan banyak membantu saya memahami
matapelajaran English for Communication.
3.00 1.94
Saya sering tidak bertangguh dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan.
3.00 1.86
Saya meminta pensyarah memberi penerangan semula jika saya tidak
faham akan pembelajaran tersebut.
3.00 1.96
Saya banyak membuat bacaan dan latihan melalui pembelajaran
menggunakan internet.
4.00 2.14
Keseluruhan 3.20 1.95
Min kaedah pembelajaran pelajar adalah sederhana iaitu 3.2. Maka kaedah pembelajaran
pelajar pelajar sederhana dalam mempengaruhi pembelajaran pelajar dalam matapelajaran
English for Communication.














Seminar Hal Ehwal Pelajar



Jadual 5.4: Analisis Persekitaran Pembelajaran

Persekitaran Pembelajaran
Min Sisihan
piawai
Kelas yangs selesa dan bersih membantu saya mempelajari matapelajaran
English for Communication.
2.84 .765
Kemudahan perpustakaan di Kolej Komuniti membantu saya dalam
mempelajari matapelajaran English for Communication.
2.78 .78
Kemudahan di makmal bahasa memudahkan pembelajaran matapelajaran
English for Communication.
2.64 .82
Makmal bahasa dilengkapi dengan perisian yang mumudahkan saya
mempelajari matapelajaran Kelas English for Communication dilengkapi
dengan kemudahan pengudaraan yang baik.
2.64 .82
Kelas English for Communication dilengkapi dengan kemudahan
pengudaraan yang baik.
2.40 .67
Keseluruhan 2.66 0.77
Min persekitaran pembelajaran pelajar adalah sederhana iaitu 2.6. Maka persekitaran
pembelajaran pelajar pelajar sederhana dalam mempengaruhi pembelajaran pelajar dalam
matapelajaran English for Communication.


















Seminar Hal Ehwal Pelajar



Jadual 5.5: Analisis Kaedah Pengajaran Pensyarah
Kaedah Pengajaran Min Sisihan
piawai
Pensyarah saya menggunakan peralatan berteknologi tinggi semasa
mengajar matapelajaran Kelas English for Communication .
1.60 .67
Pensyarah saya memberi penerangan secukupnya semasa sesi
pengajaran.
1.90 .70
Pensyarah saya berjaya menjadikan matapelajaran Kelas English for
Communication matapelajaran yang menarik dan bermakna .
1.80 .60
Pensyarah saya menggunakan animasi semasa sesi pengajaran
matapelajaran Kelas English for Communication.
1.90 .70
Semasa sesi kuliah pensyarah saya menggunakan pelbagai pendekatan
pembelajaran.
1.60 .67
Keseluruhan 1.76 0.67
Min kaedah pengajaran pensyarah adalah rendah iaitu 1.76. Maka kaedah pengajaran
pensyarah sangat mempengaruhi pembelajaran pelajar dalam matapelajaran English for
Communication.



Jadual 5.6: Analisis Kolerasi Antara Faktor Dikaji Dengan Pencapaian Pelajar
Faktor Nilai Pekali Interpretasi
Sikap pelajar 0.607 Hubungan yang Sederhana
Minat pelajar 0.616 Hubungan yang Sederhana
Kaedah pembelajaran pelajar 0.789 Hubungan yang Tinggi
Persekitaran Kolej Komuniti 0.705 Hubungan yang Tinggi
Kaedah pengajaran 0.905 Hubungan yang Sangat
Tinggi




Seminar Hal Ehwal Pelajar



6.0 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Hasil kajian didapati, kesemua faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar, namun
faktor kaedah pengajaran pensyarah merupakan faktor yang tertinggi mempengaruhi
pembelajaran pelajar. Hal ini berlaku kerana penggunaan teknologi yang terhad dalam proses
pembelajaran Bahasa Inggeris telah mengakibatkan kegagalan dalam menarik perhatian
pelajar untuk mempelajarinya (Shyamlee, Skills, & Vidyanagar, 2012). Sehubungan itu,
penggunaan teknologi multimedia didapati mampu meningkatkan motivasi dan prestasi
pelajar terutamanya dalam aspek sebutan perkataan secara tepat (Wik & Hjalmarsso, 2009).
Sehubungan itu, penggunaan teknologi multimedia seperti animasi talking-head mampu
meningkatkan tahap sebutan dan komunikasi pelajar (Ahmad Zamzuri & Kogilatahah, 2013).

Manakala, lima faktor tersebut telah dikaji bagi melihat hubungannya dengan pencapaian
pelajar melalui peperiksaan yang dijalankan di Kolej Komuniti dalam mata pelajaran English
for Communication. Melalui analisis yang telah dilakukan, didapati bahawa wujud
perhubungan yang signifikan antara kelima-lima faktor yang dikaji dengan pencapaian
pelajar dalam menguasai mata pelajaran English for Communication. Faktor kaedah
pengajaran pensyarah mempunyai hubungan yang sangat tinggi, manakala faktor kaedah
pembelajaran dan persekitaran mempunyai hubungan yang tinggi dan faktor minat dan sikap
mempunyai hubungan yang sederhana dengan pencapaian pelajar dalam menguasai mata
pelajaran English for Communication. Kesimpulannya, kaedah pengajaran pensyarah
merupakan faktor terpenting dalam menentukan pencapaian pelajar dalam menguasai
matapelajaran English for Communication.











Seminar Hal Ehwal Pelajar



7.0 PENUTUP

Faktor pengajaran pensyarah memainkan peranan penting dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar ke arah lebih positif dan merupakan faktor yang mampu meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran English for Communication di Kolej Komuniti.
Sehubungan itu penggunaan teknologi terkini seperti koswer talking-head dan lain-lain
mampu dalam mengubah persepsi pelajar agar proses pembelajaran menjadi lebih aktif dan
efektif.


8.0 RUJUKAN

Ahmad Rizal Madar, Nurul Akmar & Saifulnizam (2005). Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Menguasai Mata Pelajaran Kejuruteraan Di
Politeknik-Politeknik KPM. Seminar Pendidikan JPPG 2005.

Ahmad Zamzuri Mohamad Ali & Kogilathah.S. (2013). 3D Talking-Head Mobile App: A
Conceptual Framework for English Pronunciation Learning among Non-Native
Speakers. English Language Teaching. 6(8).

Atan Long (1993). Pedagogi: Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn
Bhd.

Cooper, B dan J.M Foy (1996). Student Study Habits, Attitudes and Academic Attainment.
University Quarterly., 23. 203-212

Manahan, J. (1984). Disaggregation of Student Achievement in the Principles Economics
Course:Revised JEE. Revised Version of a Paper Presented at theAnnual Meeting of
the MidwestEconomics Association.

Seminar Hal Ehwal Pelajar



Mohd Najib Abdul Ghaffar (1998). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.

Mok Soon Sang (1996). Pedagogi 1: Kurukulum dan Pengurusan Bilik Darjah. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Remmers, H. H & Redler (1962). The American Teenagers. Bobs Merrit Co. New
York.Stephene Trembley, Nancy Ross, Jean Marie Berthelot (1999).The Relationship
BetweenEnviromental Quality of School Facilities and Student Performance.
EnviromentalInternational, 12. 147-159.

Wik,P., & Hjalmarrson, A. (2009). Embodied conversational agents in computer asistested
languange learning. Speech Communication, 51(10), 1024-1037

Zimbardo, G. dan Ebbesen, E. (1970). Modification of the Relationship Between Effect,
AttitudeBahaviour. Journal of Personality and Social Psychology.

Zukarnain Zakaria dan Hishamuddin Md Som (2001). Analisis data Menggunakan Spss
Windows. Johor Bahru: UTM.











Seminar Hal Ehwal Pelajar



9.0 PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah, Encik Ahmad
Rizal Bin Hj Omar, Ketua-Ketua Program, Ketua Unit Pengajian Am, Pensyarah Bahasa
Inggeris, Pegawai Peperiksan dan semua pihak di Kolej Komuniti Teluk Intan yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kertas kajian ini. Tidak lupa juga
kepada ahli keluarga kami yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.

Anda mungkin juga menyukai