Anda di halaman 1dari 3

Kamal Bakshir bin Mohd Kassim

No. XXX, Jalan XXXX,


Taman Seri XXXXX
36000 Teluk Intan, Perak
No. Tel : 019-XXXXXX

19 FEB. 2019

Pengarah
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur

Tuan

RAYUAN PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN 1440 H / 2019 M

NAMA : KAMAL BAKSHIR BIN MOHD KASSIM


NO. AKAUN TABUNG HAJI : 630501010XXXXXX
NO. MYKAD : XXXXXXXXX

NAMA ISTERI : RUZITA BINTI MUSTAFFA


NO. AKAUN TABUNG HAJI : 630XXXXXXXXX
NO. MYKAD : XXXXXXXXXX

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman pihak tuan,saya dan isteri telah membuat pendaftaran haji dan disenaraikan
untuk ke Tanah Suci pada tahun 1470 H / 2049 M. Sehubungan dengan itu, kami amat berharap
dan merayu dengan sepenuh hati untuk memohon jasa baik pihak tuan agar memberi peluang
pemergian saya dan isteri untuk menunaikan fardhu haji pada tahun 2019 ini berdasarkan
perkara-perkara berikut :-

1. Kami pernah mengemukakan rayuan untuk memperoleh penempatan haji pada


tahun 2015 dan 2018 tetapi tidak berjaya.

2. Kami masih di dalam kesihatan yang baik, dan mampu mengerjakan ibadah haji
dengan sempurna berbanding ketidakpastian tentang kesihatan kami pada masa
akan datang.

3. Akaun Tabung Haji kami sudah mencukupi dan kami juga sudah bersedia dari segi
kewangan

4. Kami telah mengerjakan ibadah umrah sebanyak 3 kali pada tahun 2013, 2014
dan 2015.
5. Kami mengikuti Kursus Haji yang dijalankan di Masjid Sultan XXXXXX II di bandar
XXXXXXX di bawah kelolaan Ustaz Haji Abdul Rahman bin Abdul Razak.

6. Anak-anak kami sudah berada di Universiti dan bersekolah dan tiada yang
mengambil peperiksaan utama tahun ini.

7. Kami mudah untuk mendapatkan pelepasan dari pihak majikan untuk tahun ini.

Jadi kami mengambil peluang dan masa yang amat sesuai ini untuk mengerjakan haji pada tahun
2019 ini. Memandangkan usia kami makin meningkat kami memohon agar diberi peluang untuk
menunaikan fardu haji pada tahun ini.

4. Justeru itu, kami betul-betul merayu dan amat berbesar hati serta bersyukur kepada Allah
sekiranya rayuan kami ini diterima dan diberi peluang untuk kami menyempurnakan ibadah haji
pada tahun ini.

5. Pertimbangan dari pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian, Wassalam.

Yang benar,

………………………………………………………………

KAMAL BAKSHIR BIN MOHD KASSIM


(No K/P: XXXXXXXXXXXXX)

………………………………………………………………….
RUZITA BINTI MUSTAFFA
(No K/P: XXXXXXXXXXXXX)
PENGURUS BESAR
BAHAGIAN OPERASI DOMESTIK,
LEMBAGA TABUNG HAJI,
LANTAI 30,
BANGUNAN IBU PEJABAT TABUNG HAJI,
201, JALAN TUN RAZAK,
50400 KUALA LUMPUR

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DAN PENGARAH URUSAN,


LEMBAGA TABUNG HAJI,
201, JALAN TUN RAZAK,
50400 KUALA LUMPUR.
(U/P: PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI DOMESTIK)

Anda mungkin juga menyukai