Anda di halaman 1dari 15

KESELAMATAN BENGKEL

PUNCA KEMALANGAN
KECUAIAN MANUSIA
TEMPAT KERJA

MESIN DAN PERALATAN


LANGKAH KESELAMATAN DI BENGKEL
1) Gunakan pakaian pelindungan yang sesuai semasa bekerja.
2) Gunakan semua mesin dengan cara yang betul dan cermat
3) Baca dengan teliti semua penerangan arahan dan nota amaran mesin
yang sedia ada sebelum memulakan kerja.
4) Perhatikan sebarang kemudahan keselamatan dan pintu kecemasan
yang ada di dalam tempat kerja.
5) Periksa dan pastikan kemudahan-kemudahan kecemasan mesin berada
didalam keadaan yang baik dan lapurkan pada guru anda jika terdapat
kerosakan
6) Semua mesin alat dan tempat kerja hendaklah dibersihkan dengan teliti
selepas menggunakannya.
7) Jika mengesyaki terdapat kerosakan, hentikan semua kerja dan lapurkan
kepada Guru anda. Jangan mulakan kerja sehigga kerosakan itu
ditemui dan dibaikpulihkan.
8) Semua pelajar mestilah faham tentang langkah langkah yang perlu
diambil sekiranya berlaku kemalangan , kebakaran atau kecemasan.

KESELAMATAN DIRI DAN RAKAN
PAKAIAN:
Sesuai dengan kerja yang dilakukan
Tidak terlalu ketat atau longgar
Pakai sarung tangan kulit semasa kerja
Pakai kasut keselamatan/safety shoes
TATAKERJA:
Sentiasa patuhi arahan dan prosedur yang telah
ditetapkan
Guna peralatan mengikut kesesuaian kerja
Pastikan tempat kerja bersih dan kemas
Tanggal sarung tangan semasa kendalikan gerudi atau
mesin.
KESELAMATAN KETIKA MENGGUNAKAN
PERALATAN KETUKANGAN DAN MESIN.
Pilih alat yang betul akan kesesuaian dengan kerja yang
akan dilakukan .
Jangan gunakan mesin atau peralatan yang belum tahu
akan cara operasinya.
Alat yang tajam mestilah dibawa matanya menghala ke
bawah .
Apabila bekerja di bahagian atas , memanjat dan meniti
alat hendaklah digantung atau diletakkan di dalam bekas
yang selamat .
Sebelum menggunakan alat kuasa lektrik ( power tool )
pasti ia dalam keadaan memuaskan. Jika terdapat
kerosakan jangan cuba untuk diperbaiki tanpa kebenaran.
KESELAMATAN ELEKTRIK.
1) pastikan semua dawai elektrik yang digunakan bertebat atau penebatnya berada
dalam keadaan yang baik.
2) Punca punca bekalan elektrik mestilah disambung dengan rapi dan mengikut
peraturan yang telah ditepikan oleh Jabatan Bekalan Lektrik atau IEE.
3) Alat alat yang digunakan hendaklah ditebat dengan baik.
4) Gunakan alat yang sesuai untuk menguji litar elektrik, seperti penguji atau Meter
pelbagai
5) Pastikan kasut yang digunakan tidak membenarkan pengaliran elektrik .Gunakan
kasut getah yang kering dan tidak berminyak.
6) Pastikan tangan atau pakaian sentiasa kering sewaktu mengendalikan alat alat
elektrik.
7) Elakkan jari atau anggota kita daripada menyentuh dawai- dawai elektrik yang
tidak bertebat.
8) Pastikan pelajar mengetahui kedudukan suis kecemasan yang dapat memutuskan
bekalan pada keseluruhan tempat bekerja jika berlakunya kebakaran atau
kemalangan elektrik.
9) Pastikan beban sesuatu punca bekalan tidak digunakan melebihi hadnya
contohnya jika punca bekalan ialah 15 ampere, jangan gunakan beban 20 Ampere
PERANTI @ PELINDUNG
KESELAMATAN

5.1 Renjatan elektrik
Puncanya :-
5.1.1 Kerosakan alat-alat elektrik seperti kabel yang pecah dan
sebagainya.
5.1.2 Kerosakan alat pelindung pada mesin.
5.1.3 Kabel bumi tidak disambungkan ke bumi.
5.1.4 Kesilapan semasa mengubah suai peralatan. Oleh itu sebarang
kerja penyambungan
hendaklah dibuat oleh orang yang ditauliahkan.
5.2 Kebakaran elektrik
Puncanya :-
5.2.1 Penggunaan kabel yang tidak bersesuaian dengan arus yang
digunakan.
5.2.2 Penggunaan fius yang tidak bersesuaian dengan kadar arus.
5.2.3 Kilat
5.2.4 Pelindung arus tidak dapat memutuskan arus bila berlakunya
litar pintas.
6.
LANGKAH UNTUK MENGHIDARI DARI BAHAYA
RENJATAN ELEKTRIK


. 6.1 Mesin dan alat elektrik hendaklah dibumikan dengan baik.
6.2 Pastikan semua fius pemintas, pemintas kilat, pemutus litar
dan alat kecemasan pada
mesin itu di dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
6.3 Pastikan semua sambungan wayar elektrik dibaluti dengan
penebat.
6.4 Jangan menggunakan alat elektrik sambil berdiri di lantai yang
basah dan tangan yang
basah.
6.5 Jangan mengubahsuai alat-alat elektrik tanpa kebenaran dan
pemerhatian oleh
mereka yang ditauliahkan

Anda mungkin juga menyukai