Anda di halaman 1dari 30

Pengenalan

Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan
menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini
melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di
antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di
samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma
meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu
sendiri. Terdapat dua jenis kimpalan iaitu kimpalan arka dan kimpalan gas. Kimpalan dilakukan
dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah
kimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser,
tembakan elektron dan ultrabunyi.

Kimpalan arka

Kimpalan arka dijalankan secara mengalirkan tenaga elektrik daripada elektrod ke atas logam
asas dan menukarkan tenaga elektrik ini kepada tenaga haba yang tinggi. Tenaga baba ini
digunakan untuk melebur logarn elektrod, logam tambahan atau logam penyambung yang
akhirnya menghasilkan satu sambungan kimpal. Pada asasnya, banyak tenaga elektrik diperlukan
untuk mencapai suhu tertentu bagi melebur logam dalam jangka masa yang pendek.

SYAHRULAMIN Page 1
Mesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alatubah perendah iaitu ia mengubah dari voltan
tinggi kepada voltan rendah tetapi menghasilkan arus yang tinggi untuk menerbitkan arka bagi
kegunaan mengimpal. Dilengkapi dengan kabel pemegang elektrod dan juga kabel bumi ke meja
kerja.

Terdapat lima jenis mesin kimpalan arka iaitu:

1. Jenis rectifier(DC)

2. Jenis alat ubah(AC)

3. Jenis kombinasi AC/DC

4. Jenis pacuan enjin (petrol atau diesel)

5. Jenis pacuan motor elektrik (janakuasa)

Kimpalan gas

Kimpalan gas didefinasikan sebagai satu proses penyambungan logam dengan kaedah
memanaskan kedua-dua bahagian logam yang hendak disambung sehingga cair dan bercantum
menjadi satu. Pada awal kurun kedua puluh manusia telah mengetahui cara menyambung logam
dengan memanaskan dua batang logam hingga merah menyala dan seterusnya impak yang kuat
dikenakan ke atas kedua-duanya sehinggalah kedua-duanya bercantum menjadi satu. Proses ini
dipanggil sebagai kimpalan tempa. Kaedah ini telah diperbaiki dari masa kesemasa seiring
dengan perkembangan teknologi sehinggalah kaedah terkini kimpalan gas telah dapat kita semua
gunakan sekarang ini.

SYAHRULAMIN Page 2
Kimpalan Gas adalah satu cabang daripada kerja kimpalan yang telah lama diamalkan dalam
bidang industri terutamanya dalam bidang fabrikasi logam. Ini adalah kerana kimpalan gas
adalah didapati amat sesuai untuk kepingan logam-logam yang nipis. Contoh bidang kerja yang
melibatkan proses kimpalan gas ialah kerja membaik pulih badan kenderaan serta kerja-kerja
fabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam nipis.

Terdapat dua jenis kimpalan gas iaitu

1. Kimpalan gas tekanan rendah

2. Kimpalan gas tekanan tinggi.

Kimpalan tekanan rendah menerima bekalan gas asetilina dari janakuasa gas asetilina yang
mempunyai tekanan kurang dari 1.0psi atau 1.0Bar. Manakala kimpalan gas tekanan tinggi
menerima bekalan gas dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan dari 1-15psi atau 1-
15Bar.

Kegunaan kimpalan gas dalam industri.

Dalam bidang perindustrian kimpalan gas banyak digunakan dalam kerja fabrikasi logam yang
melibatkan kepingan logam yang ketebalannya melebihi daripada 1.0mm sehingga 3.0mm.

SYAHRULAMIN Page 3
Contohnya, dalam kerja-kerja membaikpulih badan kenderaan yang melibatkan kerja-kerja ketuk
mengetuk dan menampal bahagian-bahagian badan kenderaan yang rosak. Dua jenis gas yang
biasa digunakan dalam kerja kimpalan gas adalah oksigen(O ) dan asetilina (C H ). Campuran
kedua-dua gas menghasilkan haba yang paling tinggi berbanding gas-gas bahan api yang lainnya.
Suhunya boleh mencapai sehingga 3316 celcius.

Gas Oksigen

Gas oksigen tidak mempunyai warna , rasa dan bau. Ia juga merupakan sejenis gas yang dapat
membantu dalam proses pembakaran dan juga merupakan gas aktif yang boleh bertindakbalas ke
atas logam yang menyebabkan pengoksidanan berlaku ke atas logam berkenaan. Contohnya,
pengkaratan ke atas keluli.

Gas oksigen boleh dihasil melalui beberapa kaedah, iaitu:

1. Kaedah penyulingan udara (pemeringkatan udara)

2. Kaedah elektrolisis

Seterus tekanan akan akan di kurangkan sedikit demi sedikit dimana oksigen dalam bentuk cair
akan bertukar menjadi gas lalu ditabungkan. Begitulah bagi gas-gas yang lainnya akan bertukar
menjadi gas apabila tekanan dikurangkan dan ditabungkan untuk kegunaan yang lain.°Kaedah
penyulingan udara adalah satu kaedah yang dilakukan secara komersial. Ianya dilakukan melalui
proses pengasingan oksigen daripada udara yang dipanggil proses penyulingan udara cair yang
termampat pada ketekanan 206 bar (3000psi) iaitu pada suhu 160 celcius.

Kaedah elektrolisis adalah satu proses penghasilan gas oksigen yang diperolehi melalui arus
elektrik di dalam air. Proses ini sangat mahal dan tidak ekonomi untuk dikomersialkan. Gas

SYAHRULAMIN Page 4
oksigen akan disimpan dalam silinder keluli yang berwarna hitam dan lebih tinggi daripada
silinder asetilina. Ianya tidak bersambung dan berupaya menahan tekanan setinggi 3360 psi.

Kerja-kerja kimpalan ini boleh mendatangkan kecederaan kepada pengimpal sekiranya kerja
kimpalan tidak dilakukan dengan berhati-hati. Kecederaan ini boleh dielakkan jika pengimpal
memakai pakaian yang sesuai seperti pelindung mata, muka, kasut dan jaket khas. Mengimpal
dibilik yang tidak ada pengudaraan yang cukup tidak digalakkan. Pengimpal hendaklah
memastika semua kabel dan penyambungan terutamanya pemegang elektrod ada penebat yang
baik. Terdapat dua jenis pelindung muka iaitu pelindung muka jenis tangan dan pelindung muka
jenis kepala.

Peralatan keselamatan
PELINDUNG MUKA

• Terdapat dua jenis pelindung muka iaitu pelindung muka jenis tangan dan pelindung
muka jenis kepala.
• Pelindung muka diguna untuk melindungi mata dan muka pengimpal dari terkena
percikan arka.

• Pelindung muka juga melindungi pengimpal dari pancaran ultra voilet yang boleh
membahayakan mata.

KASUT KESELAMATAN

SYAHRULAMIN Page 5
• Gunakan kasut yang bertutup dan bergetah untuk mengelakan daripada licin.
• Untuk mengelakan terkena percikan api di kaki dan melecur

• Kasut keselamatan digunakan untuk melindungi bahagian kaki yang diperbuat daripada
getah pada bahagian tapaknya dan diperkukuhkan dengan logam.

• Ia digunakan untuk melindungi kaki daripada hazard panas, hazard berat, bertekanan dan
tajam serta melindungi pekerja daripada tergelincir.

SARUNG TANGAN

• Melindungi bahagian tangan daripada terkena benda panas dan melecur.

• Ia digunakan untuk melindungi daripada hazard haba, haba kering dan api.

APRON

• Untuk melindungi bahagian badan daripada haba panas dan mencegah kulit daripada
terbakar.

SYAHRULAMIN Page 6
• Diperbuat daripada bulu kambing, kulit, fabric getah, neoprene dan plastik, fabrik beralas
plumbum dan fabrik kapas berkait.

GOGEL

• Mengelakkan percikan api daripada terkena mata.

• Melindungi pengimpal dari pancaran ultra voilet yang boleh membahayakan mata.

AMALAN KESELAMATAN DAN PERATURAN

i. Pemakaian dan penampilan diri yang sesuai

SYAHRULAMIN Page 7
ii. -Peka dan patuh pada arahan

iii. Laksanakan setiap aktiviti amali mengikut prosedur dan dibawah pemerhatian pakar

iv. Pastikan keselamatan diri dan rakan-rakan diutamakan

Kemalangan-Kemalangan yang perlu dielakkan

1. Kebakaran atau letupan

2. Kecederaan terkena benda tajam

3. Renjatan Elektrik

4. Terjatuh atau tergelincir

MESIN KIMPALAN

SYAHRULAMIN Page 8
Mesin kimpalan arka Mesin kimpalan MIG

Kegunaan: Alat ini digunakan untuk membuat sesuatu kimpalan. Mesin kimpalan arka
adalah mesin kimpalan jenis kecil dan mudah dikendalikan. Mesin ini bervoltan rendah
berbanding dengan mesin kimpalan MIG. Mesin kimpalan MIG menggunakan gas.Mesin ini
sering digunakan didalam industri yang besar. Penggunaan mesin kimpalan MIG lebih
rumit jika dibandingkan dengan penggunaan mesin kimpalan arka.

Langkah keselamatan:

 Pakai pelindung muka, sarung tangan dan apron semasa kerja kimpal dilakukan.

 Pakai kasut keselamatan untuk mengelakkan logam atau barang-barang jatuh atas kaki.

 Pastikan sambungan kabel kimpalan dan kabel bumi selamat dan dalam keadaan
sempurna untuk digunakan supaya tidak berlaku renjatan elektrik.

 Pastikan kerja dilakukan dalam keadaan suasana pengudaraan yang baik dan selesa.

 Pastikan kerja kimpalan dilakukan jauh dari bahan mudah terbakar.

 Tutup suis mesin dan matikan pengaliran gas selepas digunakan.

 Jangan bergurau semasa kerja kimpal dilakukan.

SYAHRULAMIN Page 9
PERALATAN MENGIMPAL

GAMBAR RAJAH HURAIAN


1. Mesin kimpalan Mesin kimpal berfungsisebagai pengubah
untuk menyesuaikan voltan dan arusdalam
kerja kimpalan.

2. Pemegang elektrod Pemegang elektrod disalut dengan penebat,


digunakan untuk memegang rod elektrod
secara menyepit.

3. Elektrod Elektrod merupakan rod logam yang


disalutdengan lapisan bahan lakur dan
berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik.

4. Pengapit bumi Pengapit bumi berfungsi untuk penyambungan


logam asas dengan bekalan kuasa mesin
kimpal bagi mengelakan renjatan elektrik.

SYAHRULAMIN Page 10
5. Tukul penyerpih( chipping hammer) Tukul penyerpih berfungsi untuk menyerpih
dan membersihkan kesan-kesan percikan
logam serta jermang kumai yang terhasil pada
permukaan bahan logam yang dikimpal.

6. Berus dawai Berus dawai digunakan untuk memberssihkan


kesan-kesan percikan logam serta jermang
kumai yang terhasil pada permukaan bahan
logam yang dikimpal.

7. Kikir Kikir adalah sejenis alat tangan yang diperbuat


daripada keluli bermutu tinggi. Kikir berfungsi
untuk memotong, menipis dan melincinkan
permukaan logam atau bahan-bahan lain.

8. Pahat Pahat adalah alat yang selalu digunakan untuk


memotong atau menorah logam serta
membuang kepala rivet. Terdapat dua jenis

SYAHRULAMIN Page 11
pahat iaitu pahat sejuk dan pahat panas. Kepla
pahat berbentuk rata.
9. Gergaji besi Gergaji besi diperbuat daripada keluli gred
tinggi dan digunakan untuk memotong atau
membuang lebihan logam.terdapat dua jenis
bingkai gergaji besi yang biasa digunakan iaitu
bingkai tetap dan bingkai boleh laras.

10. Penebuk pusat Digunakan untuk menanda permukaan logam


sebelum kerja menggerudi. Penebuk pusat juga
boleh digunakan untuk membuat garisan diatas
permukaan logam di samping boleh digunakan
untuk menanda pusat bulatan.

LANGKAH-LANGKAH KERJA MENGIMPAL

1. Membuat kimpalan biasa / Membentuk Kumai

GAMBARAJAH `HURAIAN
1. Bersihkan bahagian permukaan yang hendak
dikimpal.

Pilih elektrod yang sesuai dengan jenis kerja.

SYAHRULAMIN Page 12
2.

3. Laraskan arus elekrik menikut kesesuian saiz


elektrod antara 80 – 90.

4. Mengimpal pada permukaan yang rata dan


sudut antara elektrod dan benda kerja ádalah
antara 15- 300

5. Selepas selesai mengimpal, matikan suis pada


mesin kimpalan. Bersihkan jermang daripada
kumai.

2. Mengimpal benda kerja sambungan temu

SYAHRULAMIN Page 13
GAMBAR RAJAH HURAIAN
Bersihkan bahagian permukaan yang hendak
1. dikimpal dengan menggunakan berus dawai.

Rapatkan kedua-dua kepingan plat.


2.

3. Pilih elektrod yang sesuai dengan jenis kerja.

4. Laraskan arus elekrik menikut kesesuian saiz


elektrod antara 80 – 90.

5. Membuat kimpal paku pada hujung benda


kerja.

6. Mengimpal pada permukaan yang rata dan


sudut antara elektrod dan benda kerja ádalah
antara 15- 300.

SYAHRULAMIN Page 14
7. Selepas selesai mengimpal, matikan suis pada
mesin kimpalan. Bersihkan jermang daripada
kumai.

3. Mengimpal benda kerja sambungan tindih

GAMBAR RAJAH HURAIAN


1. Bersihkan bahagian permukaan yang
hendak dikimpal dengan menggunakan
berus dawai.

2. Rapatkan kedua-dua kepingan plat.

3. Pilih elektrod yang sesuai dengan jenis


kerja.

4. Laraskan arus elekrik menikut kesesuian

SYAHRULAMIN Page 15
saiz elektrod antara 80 – 90.

5. Membuat kimpal paku pada hujung benda


kerja.

6. Mengimpal pada permukaan yang rata dan


sudut antara elektrod dan benda kerja ádalah
antara 15- 300.

7. Selepas selesai mengimpal, matikan suis


pada mesin kimpalan. Bersihkan jermang
daripada kumai.

SYAHRULAMIN Page 16
TEKNIK DALAM MENGIMPAL ARKA

Terdapat dua teknik mengimpal dengan kimpalan arka gas pelindung iaitu:

Teknik seret

Menggunakan teknik ini boleh dilakukan dengan elektrod jenis ‘hujung cawan’(deep cup)
dimana hujung logam tidak bersentuh dengan benda kerja kerana hujung bahan lakur
membentuk seperti cawan. Oleh itu jarak sentiasa kekal pada ketinggian yang sama dan
mengahasilkan kumai yang cantik dan kemas.

Teknik angkat.

Menggunakan teknik ini elektrod diangkat pada jarak lebih kurang 1/8 inci dari permukaan
benda kerja ketika arka dihidupkan sehingga selesai mengimpal. Teknik ini hendaklah digunakan
apabila mengimpal dengan elektrod biasa yang bukan jenis ‘deep cup’.

Semburan
elektrod arka Arah kimpal

SYAHRULAMIN Page 17
kumai
sangg Kawah
a arka Benda
kerja

Kesan jarak arka, sudut arka dan kelajuan arka ke atas hasil kimpalan.

Jarak Arka

Jarak arka adalah jarak di antara hujung teras logam elektrod dengan permukaan benda kerja.
Dimana arka yang diterbitkan akan dapat dikekalkan pada jarak ini. Jarak arka yang terlalu tinggi
akan menyebabkan kumai tidak cantik dan juga ketelusan yang kurang. Jarak arka ialah antara
5.0mm hingga 6.0mm.

Sudut arka

Sudut yang terbentuk diantara kecondongan elektrod dengan permukaan benda kerja pada arah
gerakan elektrod. Sudut arka yang tidak betul akan menyebabkan kumai menjadi memanjang
atau bujur dan menjadikan rupa kumai tidak cantik.

Kelajuan Arka

Kelajuan arka adalah laju gerakan elektrod bergerak ke arah hujung penamat kimpalan. Kelajuan
ini biasanya bergantung kepada kadar kecairan elektrod. Mengimpal terlalu laju akan menjadikan
kumai terlalu halus dan tinggi serta kurang ketelusan.

SYAHRULAMIN Page 18
Ketika memulakan arka pada tempat permulaan mengimpal pastikan tempat itu bebas daripada
cat dan bahan-bahan yang boleh menghalang pengaliran arus elektrik. Kaedah letak angkat
dilakukan seolah-olah mengetuk sesuatu secara perlahan dan apabila arka dapat diterbitkan jarak
arka itu perlu dikekalkan pada jarak 5.0mm hingga6.0mm.

Manakala kaedah menggores pula, elektrod di carek-carek ke atas tempat permulaan kimpal
seperti mana anda menggores mancis api. Apabila terbit arka hendaklah jaraknya dikekalkan
seperti mana yang telah diterangkan di atas.

KAEDAH PEMERIKSAAN KUALITI KIMPALAN

Adalah amat penting memeriksa kualiti kimpalan untuk mengelakkan kegagalan sambungan.
Kegagalan biasanya disebabkan wujudnya keliangan (porosity), bendasing (foreign particles),
keretakan (cracks). Langkah-langkah keselamatan juga perlu di ambil untuk mengelakkan
kegagalan, umpamanya permukaan yang telah dikimpal hendaklah diratakan atau di canai untuk
mengelakkan keretakan terhasil daripada permukaan kasar atau tidak rata. Beberapa kaedah
yang biasa digunakan untuk memastikan kualiti kimpalan yang tinggi diterangkan di bawah.

Pemeriksaan Permukaan

Pemeriksaan permukaan adalah untuk memeriksa kewujudan keretakan dan kecacatan


permukaan kimpalan. Terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu menggunakan :

• pewarna (dye penetrant method) yang ditaburkan di atas permukaan kimpalan. Menerusi cara
ini, keretakan akan dapat dilihat dengan mata kasar.

• serbuk magnet (magnetic particle method). Melalui cara ini benda kerja dikenakan medan
magnet dan serbuk logam atau besi ditaburkan. Pada tempat yang retak atau wujudnya
keliangan, aliran serbuk magnet akan kelihatan cacat atau terputus.

SYAHRULAMIN Page 19
Pemeriksaan di bawah permukaan

Pemeriksaan dibawah permukaan adalah untuk mengesan keujudan keliangan, jermang (slag
inclusion) bendasing dan juga keretakan.

Radiografi

Kaedah ini menggunakan punca sinaran yang dipancar kepada filem menerusi benda kerja.
Sebarang keretakan atau kecacatan pada kimpalan akan kelihatan pada filem. Satu kelemahan
pada teknik ini adalah apabila keretakan atau keliangan menegak dan selari dengan arah
pancaran. Imej yang ditunjukkan oleh filem hanyalah keratan rentas atau garis pusat lubang
sedangkan panjang sebenar kecacatan tidak dapat ditunjukkan. Satu kaedah lain yang lebih baik
adalah menggunakan ultrasonik.

CONTOH HASIL KIMPALAN YANG BAIK

SYAHRULAMIN Page 20
Elektrod.

Elektrod kimpalan arka adalah satu dawai teras yang mempunyai kandungan yang sama dengan
kandungan logam yang hendak dikimpal. Ia diselaputi dengan salutan bahan lakur kecuali
bahagian di antara 15-40 mm daripada pangkalnya. Tujuannya adalah untuk memudahkan
elektrod dipegang supaya mendapat sentuhan yang baik dengan pemegang elektrod.

Dalam kimpalan arka, elektrod menjadi dawai atau rod pengisi yang akan melebur dan menjadi
logam kimpal atau kumai dalam proses kimpalan. Elektrod adalah berfungsi sebagai logam
penambah dalam kimpalan arka yang mana ianya disalut dengan bahan lakur yang mana
campurannya terdiri daripada beberapa jenis bahan tertentu dan mempunyai berbagai fungsi
ketika kerja kimpalan dilakukan.

Penghasilan Elektrod

Elektrod kimpalan arka pelindung (SMAW) adalah sejenis elektrod bersalut lakur yang habis
guna (consumable) yang terdiri dari berbagai jenis bergantung pada jenis logam teras dan juga
kandungan salutan elektrod berkenaan.

SYAHRULAMIN Page 21
Elektrod dihasilkan dengan cara:

• Mencelup
• Penyemperitan

Proses salutan bahan lakur dibuat dalam dua cara iaitu cara penyemperitan (extrusion) dan cara
mencelup (dipping). Panjang sebatang elektrod adalah diantara 230mm hingga 460mm. Saiz
elektrod disebut dengan nombor 12,10, 8 dan 4. Elektrod no.12 adalah berdiameter paling kecil
diantara yang disebutkan di atas.Elektrod bersalut sederhana biasanya mewakili 1-2 % berat
keseluruhan sebatang elektrod. Elektrod dicelup ke dalam cecair bahan lakur beberapa kali
sehingga mendapat ketebalan yang dikehendaki. Cara penyemperitan pula adalah dengan
melalukan teras dawai elektrod ke dalam mesin penekanan penyemperitan.

Elektrod dikategorikan kepada tujuh kumpulan, iaitu:

- Keluli lembut
- Keluli ‘low alloy’
- Keluli tahan karat
- Pengerasan permukaan
- Nikel dan pancalogam nikel
- Aluminium dan pancalogam aluminium
- Kuprum dan pancalogam kuprum

Pemilihan terhadap sesuatu elektrod mestilah berdasarkan kepada keupayaannya menghasilkan


sambungan yang optima pada harga yang paling ekonomik. Beberapa aspek penting seperti
berikut hendaklah diambil kira iaitu ;

-
- komposisi logam
- sifat-sifat mekanikal yang diperlukan
- arus terus atau arus ulang alik
- kedudukan kimpalan
- tebal logam ibu
- jenis sambungan
- haba masukan

Jenis –jenis elektrod yang berkarbon rendah

Elektrod E6010

SYAHRULAMIN Page 22
• Elektrod E6010 sesuai untuk mengimpal logam pada semua kedudukan. Ia sesuai
digunakan pada mesin kimpalan arus terus kekutuban terbalik. Elektrod jenis ini sesuai
untuk mengimpal keluli lembut atau keluli berkarbon rendah atau keluli oloi rendah. Ia
digunakan untuk kerja kimpalan am dan mengimpal paip yang memerlukan penembusan
yang baik. Ia menghasilkan penembusan yang dalam dan sanga yang nipis.

Elektrod E6011

• Elektrod jenis ini sesuai untuk mengimpal pada semua kedudukan. Ia dihasilkan khas
untuk digunakan dengan mesin kimpalan arus ulang-alik tetapi boleh juga digunakan
dengan arus terus kekutuban terbalik sahaja. Ia mempunyai sifat yang sama dengan sifat
elektrod E6010.

Elektrod E6013

• Elektrod jenis ini sesuai digunakan pada mesin kimpalan jenis arus ulang-alik dan arus
terus kekutuban terus. Arkanya lebih senyap berbanding dengan elektrod E6010. Riak
kumainya lebih lincin dan halus. Penembusannya cetek dan ia sesuai untuk mengimpal
kepingan logam.

Fungsi sanga

• Melindungi enapan kumai daripada pengoksidaan


• Melarut oksida dan mengapungkannya di permukaan sanga.
• Mengawal bentuk dan kelincinan rupa kumai.
• Melambatkan kadar penyejukan kumai yang mana dapat memperbaiki sifat logam
kimpal.
• Bertindak sebagai pelindung mekanikal bagi bebola logam yang merintangi arka.

Penjagaaan elektrod untuk mendapatkan hasil yang baik dalam kerja kimpalan :

• Elektrod hendaklah disimpan di tempat yang sesuai


• Elektrod hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.
• Elektrod jenis selulosa hendaklah disimpan di dalam bekas kedap udara dan udara di
sekelilingnya dalam keadaan biasa.
• Pastikan elektrod tidak bertindih untuk mengelakkan salutannya rosak atau pecah.

SYAHRULAMIN Page 23
Elektrod hydrogen rendah yang telah dibuka atau terdedah hendaklah disimpan dalam oven
untuk memastikan ia sentiasa kering. Elektrod hydrogen rendah yang terdedah pada udara di
antara 4-8 jam akan menyebabkan kecacatan keliangan jika digunakan.

Terdapat lima jenis mesin kimpalan arka :

1) Jenis ‘rectifier (DC)


2) Jenis alatubah (AC)
3) Jenis kombinasi AC/DC
4) Jenis pacuan enjin. (petrol atau disel)
5) Jenis pacuan motor elektrik.(janakuasa)

1) Jenis ‘rectifier’(DC)

Mesin kimpalan arka jenis ‘rectifier’ (penerus) digunakan kerana ianya mempunyai dua pilihan
aliran arus, iaitu arus terus kekutuban berbalik dan arus terus kekutuban lurus.

Punca positif disambungkan kepada elektrod maka ianya adalah kekutuban berbalik. Punca
negatif disambungkan kepada elektrod maka ia adalah kekutuban lurus. Semua jenis kerja
mengimpal bagi kebanyakan logam adalah amat sesuai dengan mesin jenis ini. Bagi kerja-kerja
pembinaan dan penyelengaraan mesin jenis ini adalah pilihan yang tepat.

Kelemahan:
- Menghasilkan ‘semburan arka’ (arc blow)
- Arka tidak begitu stabil berbanding jenis janakuasa
- Tiada pilihan untuk ciri-ciri arka.

2) Jenis alat ubah

Mesin kimpalan arus ulangalik (AC) digunakan adalah kerana ianya menghasilkan arka
yang lebih stabil dan tiada berlaku ‘semburan arka’ (arc blow) dengan penembusan yang
sederhana dan senyap.
Kelemahan:
- Mengimpal ke atas logam tertentu dan penggunaan yang terhad.

SYAHRULAMIN Page 24
- Tidak semua elektrod boleh digunakan.
- Mampu beroperasi pada ampiar yang tinggi.

Fungsi Alat Pengubah


Alat pengubah adalah komponen yang terdapat pada sebuah mesin kimpalan arka yang berfungsi
untuk mengurangkan voltan dan meninggikan arus bagi menerbitkan arka untuk tujuan kerja
mengimpal. Alat ubah ini dikenali sebagai alatubah perendah.

TERAS

MASUKAN
KELUARAN

Rajah 9.1. Gambarajah Skematik Alat Pengubah

GELUNG PENDUA

3) Jenis gabungan/kombinasi AC/DC.


GELUNG UTAMA
Mesin jenis ini boleh menggunakan kedua-kedua jenis arus. Ianya perlu apabila mengimpal
logam tertentu dengan arus yang tertentu. Mempunyai penggunaan yang meluas. Boleh
SYAHRULAMIN Page 25
digunakan ke atas banyak jenis keluli dan kedudukan mengimpal.

Kelemahan:
- Kos yang agak tinggi
- Berlaku ‘semburan arka’ pada sesetengah sambungan.

4) Jenis Pacuan enjin petrol /disel ( Arus Terus atau Arus Ulangalik).

Mesin ini boleh digunakan dikawasan yang tiada bekalan elektrik. Boleh membekalkan sama ada
arus ulangalik atau arus terus.

Kelemahan:
- Modal yang besar dan penyelenggaraan yang tinggi
- Bising
- Modal tinggi
- Kos penyelenggaraan tinggi
- Semburan arka (arc blow)
- Memerlukan bahanapi.

5) Jenis Pacuan motor

Mesin kimpalan arka jenis ini menghasilkan arus terus. Ia menghasilkan dua pilihan arus terus.
Iaitu kekutuban terus dan kekutuban berbalik.

Kelemahan:
- Terdapat ‘arc blow’ .
- Penyelenggraan yang tinggi. Ianya menggunakan beberus karbon
dan perlu ditukar pada tempoh tertentu.

Pelaras arus

Bekalan kuasa
Kebel
SYAHRULAMIN elektrod Page 26

Pemegang
elektrod
bendakerja elektrod
Kelengkapan Kimpalan Arka.

Kekutuban Mesin Kimpalan Arka

Terdapat dua jenis kekutuban mesin kimpalan arka :

 Arus Terus Kekutuban Berbalik ( kebel elektrod dipasang pada punca positif)

 Arus Terus Kekutuban Lurus ( kebel lektrod dipasang pada punca negatif)

Ciri-ciri Kekutuban:

Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban berbalik ialah:

- Kadar kecairan elekrod yang lebih cepat.


- Ketelusan yang cetek
- Kelajuan kimpal yang lebih pantas diperlukan.

Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban lurus ialah:

- Kadar kecairan elektrod yang lambat


- Ketelusan yang dalam
- Kelajuan yang sederhana

Kebel elektrod

Pemegang elektrod

SYAHRULAMIN Page 27
+

Bekalan kuasa
bendakerja

__
Kebel bendakerja

Litar Arus Terus Kekutuban Berbalik

Kebel elektrod

Pemegang elektrod

Bekalan kuasa
bendakerja

+
Kebel bendakerja

Litar Arus Terus Kekutupan Lurus


Mesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alatubah perendah iaitu ia akan mengubah dari
voltan tinggi kepada voltan rendah tetapi menghasilkan arus yang tinggi untuk menerbitkan arka
bagi kegunaan mengimpal. Dilengkapi dengan kabel pemegang elektrod dan juga kabel bumi ke
meja kerja.

KERATAN RENTAS KABEL KIMPALAN

SYAHRULAMIN Page 28
Kabel kimpalan digunakan untuk memberikan kuasa rangkaian sekunder jenerator elektrik mesin
kimpalan arka, iaitu litar yang mengendalikan elektrod yang memancarkan cas untuk kerja-kerja
kimpalan. Kabel ini diperbuat daripada kawat tembaga yang fleksibel dan dikelilingi oleh
penutup pelindung yang tahan terhadap api, minyak panas, leceh dan sebagainya.

KEGUNAANYA

Kabel kimpalan digunakan bersama-sama alatan kimpalan biasanya sebagai kabel sekunder
untuk menghidupkan elektrod mekanisme kimpalan. Juru kimpal akan melampirkan dua kabel
yang berbeza untuk bahan kimpalanya, satu kabel kuasa peranti dan satu lagi rangkaian sekunder
untuk elektrod itu sendiri. Kebanyakan generator mesin kimpalan arka mempunyai system yang
memerlukan sumber, kedua-dua kuasa ini diperlukan untuk operasi.

BAHAN-BAHAN

Kabel kimpalan datang dalam pelbagai kelas bergantung kepada ketahanan dan kekuatan. Kabel
itu sendiri biasanya diperbuat daripada tembaga, dengan hati-hati terdapar untuk membolehkan
fleksibiliti maksimum. Penebat kabel kimpalan boleh diperbuat daripada getah atau Neoprene
EPDM, singkatan untuk getah diena ethylene kelas M.

CIRI-CIRI KABEL KIMPALAN

SYAHRULAMIN Page 29
 Kabel kimpalan digunakan dalam keadaan yang ekstrem dimana biasa terkena panas,
percikan api, kemalangan berat da sebagainya, ianya dibina untuk bertahan dengan lebih
lama.

 Penebatnya diperbuat daripada getah atau Neoprene EPDM direka untuk menahan
api,percikan api, panas, lecet, minyak, tar dan remuk.

 Kabel ini dinilai pada nombor 60, 75 atau 90 darjah celcius, iaitu suhu yang dapat
ditangani dan pada nilai 100 atau 60 volt. Kabel kimpalan direka untuk fungsi di luar
batasan-batasan tersebut dan ianya ialah pa ameter yang dicetak pada kabel itu sendiri.

ASAS KIMPALAN
AUTOMOTIF

SYAHRULAMIN Page 30

Anda mungkin juga menyukai