Anda di halaman 1dari 8

Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan

khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagaipengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri. Kimpalan arka menggunakan bekalan elektrik untuk cair permukaan -permukaan bagi logam dengan tujuan menyertai mereka tautan terus serentak. Bekalan elektrik disediakan oleh satu bekalan kuasa kimpalan, dan boleh sama ada menjadi AC atau DC. Kimpalan arka lazimnya memerlukan arus yang tinggi lazimnya antara 100 dan 350 orang pembesar suara. Sebahagian jenis kimpalan boleh digunakan sebagai beberapa sebagai 10 orang pembesar suara, manakala beberapa permohonan bagi pengimpalan titik mengambil arus setinggi 60000 orang pembesar suara untuk satu sangat masa singkat. Bekalan tenaga kimpalan lebih tua mengandungi tranformer atau enjin memandu generator-generator, manakala yang moden melaksanakan semikonduktor dan mikropemproses teratur, sangat mengurangkan saiz mereka dan berat.

MESIN KIMPALAN ARKA


Mesin kimpalan adalah keperluan penting untuk kerja kimpalan. Mesin kimpalan perlukan voltan di antara 20 -100 volt manakala arus yang sesuai ialah di antara 100 -1000 ampere. Mesin kimpalan dibekalkan kuasa elektrik fasa tiga. Terdapat juga jenis mudah alih yang dibekalkan dengan kuasa elektrik satu fasa.Terdapat dua jenis mesin kimpalan arka. a) Mesin yang memberi arus terus. b) Mesin yang memberi arus ulang alik.
Mesin Kimpalan Arus Terus

Mesin arus terus dibekalkan dari set penjana dan alat kimpalan penerus.
Kebaikan

1. Sesuai untuk semua jenis elektrod. 2. Menghasilkan kimpalan yang lebih halus. 3. Boleh mengimpal logam yang nipis. 4. Lebih selamat berbanding jenis lain.
Mesin Kimpalan Arus Ulangalik

Bekalan arus ulangalik diperolehi daripad a sebuah pengubah.Bekalan elektrik dari punca kuasa yang membekalkan 230 -250 volt diturunkan kepada kurang daripada 100 volt. Alat pengubah diguna untuk menurunkan kuasa elektrik.Mesin kimpalan boleh mengaturkan kuasa yang diguna untuk kerja kimpalan. Peng guna hanya perlu memilih kekuatan arus yang sesuai dengan elektrod dan jenis kerja

yang hendaj dilakukan. Mesin ini lebih mudah diguna dan sangat cekap.
Kebaikan:

1. Harganya lebih murah. 2. Penyelenggaraan sangat mudah. 3. Boleh diguna di mana saja. 4. Ketika mengimpal tidak tiupan arka. Posted by Penerbitan Puncak Ilmu at 4:24 PM 0 comments

PRINSIP KIMPALAN ARKA


Pencaran arka akan terjadi apabila arus elektrik yang dialirkan melalui elektrod menyentuh atau digoreskan pada permukaan logam. Arka akan terus terjadi apabila pergerakan elektrod dikawal dengan pergerakan malar. Keadaan ini akan meng hasilkan haba yang tinggi sehingga bo leh mencairkan hujung elektrod dan permukaan logam. Peleburan hujung elektrod dan logam akan membentuk kawah lebur (molten pool). Peleburan dua logam akan membentuk kumai(bead). Elektrod adalah bahan yang membentuk kumai, kerana itu elektrod dikenali sebagai bahan penambah. Pemilihan elektrod mestilah betul untuk mendapat hasil kerja yang baik. Bahan asas dalam elektrod mestilah sama dengan bahan logam yang hendak dikimpal. Contohnya elektrod keluli lembut hanya sesuai diguna untuk mengimpal logam-logam yang berasaskan keluli lembut sahaja.Terdapat banyak jenis elektrod dipasaran untuk memenuhi kehendak pengguna. Elektrod adalah sebatang da wai yang disalut dengan lapisan khas. Lapisan elektrod akan membentuk asap untuk melindungi kawah cair(molten pool) dari udara luar yang boleh menyebabkan kecacatan kimpalan.Salutan elektrod juga akan membentuk jeremang(slag). Posted by Penerbitan Puncak Ilmu at 7:18 AM 0 comments

UJIAN SAMBUNGAN ARKA


Sambungan arka yang baik bukan dinilai dari rupa kumainya yang halus dan seragam semata-mata. Rupa yang cantik di bahagian luar sambungan tidak bererti jika di bahagian dalam sambungan ada kecacatan sambungan. Kecacatan arka yang biasa terjadi ialah lubang udara.

Lubang ini sangat halus, hanya boleh dilihat melalui pengimbasan. Adalah sangat penting mengetahui ujian kimpal. Jika dibiarkan sambungan arka akan retak dan pecah. Sebab-sebab berlakunya lubang-lubang udara ialah kerana ada kesan minyak pada sambungan. Adalah sangat penting membersihkan bahagian sambungan dari kesan oksida.

BAHAYA KIMPALAN ARKA


Kerja kimpalan seharusnya dilakukan di tempat yang sesuai( Welding Bay) dan bukan di tempat yang terbuka. Welding bay dilengkapi dengan dinding dan tirai yang berfungsi sebagai pelindung dari pandangan orang lain. Welding bay yang lengkap akan mempunyai kipas ekzos dan pencahayaan yang cukup. Kipas ekzos berfungsi melepaskan gas/asap yang terperangkap dengan lebih cepat. Diantara bahaya kerja kimpalan arka ialah: 1. Pancaran arka/Ultra voilet boleh membaha yakan kulit dan mata. 2. Percikan arka dari logam lebur boleh terkena anggota badan. 3. Asap arka boleh membahayakan paru -paru. 4. Kejutan elektrik. Semua kemalangan di atas boleh dielakkan jika pengimpal memakai pakaian yang sesuai seperti pelindung ma ta, muka, kasut dan jaket khas. Mengimpal di bilik yang tidak ada pengudaraan yang cukup tidak digalakkan. Pengimpal hendaklah memastikan semua kabel dan penyambungan terutamanya pemegang elektrod ada penebat yang baik. Posted by Penerbitan Puncak Ilmu at 6:53 AM

KESELAMATAN
DAN PERALATAN ASAS
Berikut ialah beberapa kelengkapan asas mengimpal arka: Berus dawai. Penggarit.

Kapur kejuruteraan. Chipping hammer. Elektrod. . Pemegang elektrod.

. Kabel elektrik. . Pelindung muka. Pelindung Muka Pelindung muka diguna untuk melindungi mata dan muka pengimpal dari terkena percikkan arka. Ia juga melindungi pengimpal dari pancaran ultra voilet yang boleh membahayakan mata. Pemegang Elektrod Pemegang elektrod berfungsi memegang elektrod ketika kerja kimpalan sedang dilakukan. Awas dengan pemegang elektrod yang sudah longgar atau rosak. Ia mesti diganti untuk mengelak dari terkena kejutan elek trik.

Chipping Hammer Chipping hammer diguna untuk membuang sangga/jeremang. Awas dengan sangga panas. Elektrod Elektrod adalah satu dawai atau batang rod yang diguna sebagai terminal atau pengalir kimpalan arka. Ia berfungsi sebagai dawai pengisi atau rod pengisi.

PERATURAN KESELAMATAN UNTUK MELAKUKAN KERJA KIMPALAN DAN MENGGUNAKAN ALAT OXY-ACETYLENE

o Sebelum melakukan kerja kimpalan, pemeterian, pemotongan dan pemanasan dengan menggunakan mesin kimpal atau alat Oxy-Acetylene, anda dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran daripada pegawai anda dengan mengisi borang Hot Work Permit . Kerja kimpalan arka perlu dikendalikan oleh pekerja teknikal yang berkelayakan dan mahir. Alat perlindungan keselamatan yang sesuai iaitu alat perlindungan muka dan mata seperti welding shield dan safety goggles, sarung tangan dan kasut keselamatan serta lain-lain alat perlindungan dipakai di sepanjang masa kerja.

Kerja kimpalan mesti dilakukan di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik untuk mengurangkan pendedahan dan terhidu asap kimpalan serta untuk mencegah kewujudan kadar oksigen yang tinggi serta wap beracun. Tempat kerja mesti beralaskan lantai yang kalis api seperti lantai konkrit dan ianya mesti jauh daripada sumber-sumber yang mudah terbakar. Langkah Keselamatan Semasa Mengendalikan Kimpalan Arka Awas! Renjatan elektrik boleh membunuh. Jangan sentuh bahagian elektrik yang terdedah dan mengalirkan arus Pastikan mesin kimpalan dipasang dengan sempurna dan berada di dalam keadaan yang baik. Elakkan daripada mengimpal ditempat yang basah atau lembap. Jika ianya tidak dapat dielakkan, pakai kasut getah dan berdiri di atas platform yang kering Mesin kimpalan perlu dibumikan terus kepada bahan yang dikimpal dan seberapa dekat yang boleh dengan tempat kimpalan dilakukan. Gunakan pemegang elektrod yang mempunyai salutan penebat Pastikan semua sambungan elektrik adalah kemas, bersih, kering dan berpenebat Jangan cuba untuk membaiki bahagian elektrik di dalam mesin kimpalan atau di dalam panel kawalan. Pastikan kabel bekalan kuasa dan kabel kimpalan mempunyai salutan penebat. Jangan belitkan kabel di keliling badan anda. Jangan gunakan kabel yang penebatnya telah haus, merekah atau terkoyak Pastikan kabel mesin kimpalan tidak menghalang laluan pekerja lain dan gulungkan kabel tersebut selepas digunakan. Matikan suis mesin kimpalan apabila tidak digunakan Awas! Pancaran arka boleh merosakkan mata dan membakar kulit Lindungi mata anda daripada pancaran arka. Pakai pelindung muka (welding shield) yang mempunyai penapis gelap (filter shade) yang sesuai Pakai alat perlindungan keselamatan yang sesuai untuk kerja kimpalan dan pastikan ianya berada di dalam keadaan yang baik

Jangan lakukan kerja kimpalan berdekatan dengan tempat operasi menukar gris kerana pancaran arka boleh menukarkan wap menjadi gas yang bahaya Lindungi orang lain daripada pancaran arka dengan menggunakan skrin pelindung atau penghadang. Awas! Wap dan gas yang wujud semasa proses kimpalan boleh membahayakan kesihatan anda. Jauhkan kepala anda dari terhidu asap kimpalan. Jangan berada terlalu dekat dengan arka. Adakan pengudaraan (ventilation) atau penyedutan asap (exhaust) yang mencukupi untuk mengalihkan asap dan gas dari zon pernafasan anda. Awas! Arka kimpalan dan pemotong api mengujudkan kawasan besuhu tinggi dan nyalaan terbuka yang boleh mengakibatkan kebakaran. Pastikan tempat kerja bersih, kering dan jauh daripada sebarang bahaya. Adakan alat pemadam api yang bersesuaian berdekatan dengan sumber api, bersedia untuk tindakan dan perlu tahu menggunakannya. Jangan lakukan kimpalan berdekatan dengan cecair atau gas yang mudah terbakar, mudah meruap atau mudah meletup. Alihkan semua barangan yang mempunyai kemungkinan bahaya terbakar daripada kawasan kimpalan. Jangan lakukan kimpalan berdekatan dengan tangki bahanapi. Jangan lakukan kimpalan pada bekas, tong atau tangki yang mengandungi bahan mudah terbakar atau bahan yang merbahaya. Langkah keselamatan semasa menggunakan alat OxyAcetylene Gas bertekanan tinggi tidak boleh digunakan terus daripada selinder tanpa alat pelaras pengurangan tekanan. (Pressure Reducing Regulator) Awas! Minyak atau gris akan menjadi sangat mudah terbakar atau meletup dengan kehadiran oksigen Sentiasa pastikan alat pelaras bebas dari minyak atau gris. Jangan gunakan minyak atau gris pada alat pelaras, selinder dan sambungan.

Jangan rosakkan relief valve atau alihkannya daripada alat pelaras. Relief valve bertindak sebagai pelindung kepada kawasan tekanan rendah pada pelaras daripada tekanan tinggi. Pastikan selinder sentiasa berada didalam keadaan tegak dan terkawal Jangan hentam, jatuhkan atau kenakan api pada mana-mana injap di selinder. Sentiasa pastikan tudung keselamatan untuk injap berada pada kedudukannya semasa selinder dipindahkan atau disto rkan (samada penuh ataupun kosong) Jangan berdiri di hadapan atau di belakang alat pelaras semasa membuka injap selinder; sebaiknya berdiri di dalam keadaan injap selinder berada di antara anda dan alat pelaras. Sentiasa buka injap selinder dengan perlahan dan cermat Sentiasa adakan ujian kebocoran pada sistem sebelum muncung (torch) dinyalakan. Periksa kebocoran pada alat pelaras dan sambungan injap selinder. Jangan lakukan ujian dengan menggunakan api, sebaliknya gunakan larutan khas untuk mengesan kebocoran. Semasa menyalakan gas, arahkan nyalaan jauh dari orang, perkakasan dan sebarang bahan yang mudah terbakar. Apabila kerja telah selesai, periksa tempat lerja daripada kemungkinan api atau bahan yang membara.

Anda mungkin juga menyukai