Anda di halaman 1dari 9

KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

JABATAN SENI REKA

1 SVM MTK

MTK 1043
MECHANICAL CUTTING
( MENGHURAIKAN ASAS TEKNOLOGI KIMPALAN )

DISEDIAKAN OLEH :

MUHAMMAD SYAHRUDDIN BIN SAPUAN


050124011621

DISEDIAKAN UNTUK :

EN. RAHIMY BIN YAAKUB


ISI KANDUNGAN

Bil Perkara M/S

1. Pengenalan asas teknologi kimpalan


 Jenis proses kimpalan 1-2

2 Proses kimpalan Arka 3

3 Kelengkapan mesin 4-5

4 Penutup
Rujukan 6
PENGENALAN ASAS TEKNOLOGI KIMPALAN

Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain
dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses
pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk
menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain.
Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan
tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan
(pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.

Kimpalan dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah


kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan menggunakan nyalaan api,
tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser, tembakan elektron, kimpalan geseran
dan ultrabunyi. Sungguhpun ia sering merupakan proses pengilangan, kimpalan boleh
dilakukan dipersekitaran yang berbeza, termasuk kawasan terbuka, bawah air dan di
angkasa lepas. Kimpalan merupakan usaha yang berpotensi merbahaya dan langkas
keselamatan diperlukan bagi mengelakkan terbakar, renjatan eletrik, kerosakan
penglihatan, menghidu gas dan asap beracun, dan dedahan pada radisai lampau ungu .

Sehingga akhir kurun ke-19, satu-satunya proses kimpalan adalan kimpalan tempa, di
maka tukang besi telah gunakan selama berabad lamanya bagi menyambung besi dan
keluli dengan memanaskan dan menempa. Kimpalan gerbang dan kimpalan gas
merupakan proses terawal yang dikembangkan pada akhir abad ke 19 dan kimpalan
eletrik tidak lama kemudian. Teknologi kimpalan berkembang dengan pantas pada
awal kurun ke-20 ketika Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua mendorong
permintaan bagi kaedah sambungan yang mudah dan boleh diharap. Selepas perang,
beberapa teknik kimpalan moden dibangunkan termasuk kaedah insani seperti
kimpalan gerbang logam perisai ("shielded metal arc welding"), kini salah satu
kaedah kimpalan yang paling popular, termasuk proses separa automatik dan
automatik seperti kimpalan gerbang logam gas, kimpalan gerbang bawah air,
kimpalan gerbang teras flux dan kimplan elektroslag. Perkembangan berterusan
dengan ciptaan kimpalan laser, kimpalan elektron, kimpalan denyutan magnetik dan
kimpalan putaran geseran ("friction stir welding") pada bahagian akhir kurun. Kini,
sains terus berkembang. Kimpalan robot adalah biasa pada persekitaran pengilangan,
dan penyelidikan berterusan membangunkan kaedah kimpalan baru dan lebih
mengetahui mengenai kualiti kimpalan.

1
JENIS PROSES YANG TERDAPAT DI DALAM CARTA UTAMA
PROSES KIMPALAN

1. KIMPALAN ARKA LINDUNGAN LOGAM (SMAW).

Dalam proses kimpalan ini,dimana arus elektrik dibekalkan melalui mesin kimpal.
Elekrod bersalut bahan lakur digunakan sebagai bahan penambah. Apabila elektrod
disentuhkan pada permukaan logam,arka akan wujud diantara hujung elektrod dengan
logam. Bahan lakur bertindak sebagai gas pelindung ke atas kawasan mengimpal.

2. KIMPALAN ARKA GAS TUNGSTEN (GTAW).

Dalam proses kimpalan ini dimana arus elektrik dibekalkan melalui mesin kimpal.
Elektrod tungsten digunakan dan bertindak sebagai tempat untuk mengujudkan arka.
Rod penambah adalah sebagai bahan penambah pada kawasan kimpal. Gas argon
digunakan untuk melindungi anduk (kolam) kimpal semasa proses kimpalan
dijalankan.

3.KIMPALAN ARKA LOGAM GAS (GMAW).

Dalam proses kimpalan ini,dimana arus elektrik dibekalkan melalui mesin


kimpal.dawai penambah bentuk gelungan dibekalkan dan apabila hujung dawai
disentuhkan,ia akan mewujudkan arka. Gas karbon dioksida digunakan untuk
melindungi anduh (batas) kimpal semasa proses kimpalan dijalankan.

4.KIMPALAN ARKA TENGGELAM (SAW)

Dalam proses ini dimana arus elektrik dibekalkan melalui mesin kimpal. Elektrod
gunahabis digunakan dan bertindak sebagai bahan penambah. Bahan lakberbutir yang
lengkap menutupi tanggam dan kawasan kimpal. Proses kimpalan ini dikelaskan
sebagai proses kimpalan automatik.

2
PROSES KIMPALAN ARKA

SMAW:-Dikenali dengan kimpalan Arka.satu proses kimpal dimana punca


kepanasannya diperolehi dari arka elektrik dengan menggunakan elektrod (logam
penambah).Ia adalah satu proses penyambungan logam dimana kepanasan arka
terjadi apabila sentuhan elektrod dikenakan dengan logam asas dimana arus
elektrik dialirkan (5000 darjah C atau 9000 darjah F)

GMAW;-kimpalan ini juga dikenali dengan MIG (metal inert gas) dan MAG (metal
active gas).gas yang digunakan bertujuan sebagai pelindung bagi batas kimpalan
dari dimasuki udara atau gas dari luar,juga membantu menolong mengalirkanarus
elektrik.semua jenis logam boleh dikimpal dengan proses ini

GTAW;-kimpalan jenis ini menggunakan mesin kimpalan High Frequence sama ada
jenis AC atau DC.ianya cepat panas dan tidak memerlukan bahan pelakur walaupun
lain dari logam keluli.juga dikenali sebagai TIG (tungsten inert gas)yang mana
memerlukan elektrod tungsten dan inert gas iaitu gas argon sebagai pelindung bagi
batas kimpal.

FCAW;-penggunaan dua kaedah yang terdapat dalam proses ini dimana


mengabungkan kimpalan arka dan MIG/MAG yang mana ciri ciri yang berbeza dan
dijadikan satu proses yang sesuai di gunakan.proses ini sesuai mengimpal carbon
dan kow alloy steel,stainless steel,cast iron.kegunaannya bergantung pada logam
penambah (berbentuk dawai) dan kandungan mekanikal pada sambungannya dana
rekabentuk sambungan.proses ini juga terdapat gas pelindungnya sendiri seperti
dalam proses GMAW.

SAW;-Proses ini dibuat samada automatik atau dengan tangan(manual).Dawai


elektrod adalah disalut oleh kuprum sebagai membantu pengaliran arus dan
mengelakan dawai dari berkarat.proses cara automatik bahan lakur dicurahkan
kedalam mangkuk yang dipasang dalam mesin yang mana akan menutup batas
kimpal dan menghalang percikan selain dari itu ia melindungi batas dari udara
luar.mesin samaada berkedudukan tetap dan bendakerja bergerak atau sebaliknya

3
KELENGKAPAN MESIN

. Mesin kimpal (welding machine)

Berfungsi sebagai pengubah untuk menyesuaikan volatan dan arus dalam kerja
kimpalan.

2. Pemegang elektrod (Electrode holder)

Disalut dengan penebat dan digunakan untuk memegang rod elektrod secara
menyepit.

Merupakan rod logam yang disalut dengan lapisan bahan lakur dan berfungsi untuk
mengalirkan arus elektrik bagi membentuk arka.

4
Berfungsi untuk penyambungan logam asas dengan bekalan kuasa mesin kimpal bagi
mengelakkan renjatan elektrik.

5. Tukul penyerpih (Chipping hammer)

Untuk menyerpih dan membersihkan kesan-kesan percikan logam serta jermang


kumai yang terhasil pada permukaan bahan logam yang dikimpal.

6. Berus dawai (Steel brush)

5
Untuk membersihkan kesan-kesan percikan logam serta jermang kumai yang terhasil
pada permukaan bahan logam yang dikimpal.

PENUTUP

Kesimpulan yang dapat dihasilkan oleh saya adalah mengenai aktiviti sebelum,
semasa dan selepas kimpalan. Kaedah kimpalan dapat membantu mengatasi masalah
yang dialami oleh pengguna. Setiap yang lemah mesti akan ada cara penyelesaiannya.
Kimpalan juga dapat menjimatkan kos penghapusan besi atau logam sekiranya besi
atau logam tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Contohnya, jika terdapat rak
yang diperbuat daripada besi atau logam telah tertanggal atau rosak. Dengan
mengaplikasikan kaedah kimpalan, rak tersebut akan dapat digunakan dengan
membuat kimpalan di bahagian yang rosak atau tertanggal tersebut. Malah pihak
universiti telah memberikan kemudahan yang terbaik untuk pelajarpelajarnya. Dengan
kemudahan yang disediakan akan mendidik pelajar di dalam situasi yang sebenar.
Pengalaman dalam situasi yang sebenar dengan hanya belajar secara teori sangat
berbeza. Pelajar harus mempunyai pengalaman dalam membuat dan menggunakan
peralatan kimpalan untuk memudahkan pelajar mengingati dan memahirkan pelajar
sebelum mengajar di sekolah. Hasil kimpalan daripada kumpulan kami menunjukkan
bahawa kami juga mempunyai kemahiran walaupun tidak terlalu tinggi kemahiran
kimpalan tersebut.

RUJUKAN

Rujukan Diperoleh pada May 28, 2021 daripada


http://www.scribd.com/doc/27715057/Report-Arka Diperoleh pada May 28, 2021
daripada http://www.scribd.com/doc/48274980/pengenalankimpalan

6
7

Anda mungkin juga menyukai