Anda di halaman 1dari 14

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL POLITEKNIK PORT DICKSON KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL PROGRAM:DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL KOD:JJ203-AMALAN BENGKEL MEKANIKAL 2 KELAS:DKM2S2 SESI:DISEMBER 2010 AMALI BENGKEL KIMPALAN GAS SAMBUNGN LEKAP, SAMBUNGAN-T DAN MELOYANG

NAMA PELAJAR NO PENDAFTARAN NAMA PENSYARAH

NURUL NOR AIN BINTI RASIDI 06DKM10F1063

TAJUK:

Membuat sambungan asas dengan menggunakan logam penambah & meloyang serta kerja-kerja pemotongan Oksi-asetilena.

OBJEKTIF: Di akhir modul ini palajar dapat membuat kerja-kerja asas kimpalan gas yang melibatkan pelbagai proses penyambungan logam. OBJEKTIF KHUSUS: Fungsi manifold pancarongga Fungsi alator satu dan dua peringkat Alat-alat asas kimpalan gas Jenis-jenis nyalaan kimpalan gas Teknik mengimpal gas

PROSEDUR KERJA SELAMAT


(i) Tabiat bekerja

Mengutamakan kebersihan dan kekemasan pakaian. Mempunyai sikap dan tanggungjawap terhadap diri sendiri. Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas. Menumpukan sepenuh perhatian dan tenag ketika bekerja. Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali.

(ii) Langkah keselamatan diri Memakai pakaian yang sesuai contoh baju bengkel Memakai kasut keselamatan (safety boot) Sebelum memulakan kerja pastikan anda memakai gogal, apron, dan sarung tangan. Pakai pakaian yang memudahkan pergerakan Pakai pakaian yang kemas Pastikan rambut pendek dan kemas Tidak bergurau dalam bengkel sama ada melibatkan peralatan woksyop ataupun tidak

(iii) Langkah keselamatan di dalam bengkel

Pastikan bengkel dalam keadaan bersih Pastikan bengkel dalam keadaan selamat Pastikan semua pintu dan tingkap dibuka terlebih dahulu Pastikan lantai tidak berminyak Pastikan peralatan disusun ditempat yang betul Mengikut semua peraturan di dalam bengkel

(iv) Langkah projek Potong kepingan besi menggunakan gergaji besi Mengetahui apa yang patut dilakukan Membuat sambung temu dan sebagainya Berlatih sehingga kumai kelihatan cantik

PENGENALAN KIMPALAN GAS 1) Kimpalan Lebur Oksi-Asetilena ialah satu proses menyambung logam sama jenis dengan cara membakar kedua-dua bahagian tepi yang hendak disambung dengan api oksi-asetilena sehingga cair dan biarkan cairan logam(benda kerja)itu bercampur. 2) Bersihkan kedua keping logam dengan berus dawai. 3) Laraskan api pertengahan dan mulakan proses mengimpal paku pada kedua hujung logam. 4) Tentukan sudut sumpitan api 60-70 darjah dan rod penambah 30-60 darjah dengan betul. 5) Jika logam hampir tembus, anda boleh condongkan sedikit sudut sumpitan api. 6) Lebar kumai biasanya 2 hingga kali ganda garispusat rod penambah.

PROSEDUR KERJA SAMBUNGAN DEGAN ROD PENAMBAH 1) Laraskan api kepada nyalaan neutral 2) Benda kerja diletak di atas bata untuk memudahkan mendapat cukup ketelusan, juga memudahkan kita melihat percikan api di bawah logam menunjukkan telusan terhasil 3) Mulakan kerja mengimpal dari hujung kanan ke hujung kiri logam dan pastikan kelegaan yang cukup 2-3 mm. 4) Panaskan benda kerja sehinngga wujud kolam cairan pada logam tersebut dan gerakkan sumpitan secara bulatan untuk mendapat luas cairan yang cukup 5) Cecahkan hujung rod penambah di tengah-tengah kolam cairan logam tersebut selama 3-4 saat.Lebih lama rod penambah dicecahkan lebih tinggi kumai yang akan dihasilkan 6) Gerakkan sedikit sumpitan api ke arah tempat kimpalan setiap kali menambah rod penambah MELOYANG 1) Logam yang hendak disambung mesti dibersihkan dahulu dengan cermat dari segala kekotoran seperti cat, karat,minyak dan lain-lain kekotoran dengan berus dawai,kikir atau mesin canai 2) Kebersihan amat penting dalam proses meloyang kerana loyang tidak akan melekat pada permukaan yang kotor 3) Mulakan proses meloyang dari hujung kanan logam ke hujung kiri pastikan api jenis pengarbonan 4) Sapukan sedikit bahan lakur dan lekapkan kedua tepi logam dan panaskan sehingga berwarna merah pada tempat yang hendak diloyang.Panaskan lagi sebelum mencairkan sedikit Loyang 5) Sumpitan api digerak-gerakkan ke hadapan dan kebelakang untuk menolak cairan loyang mengalir kea rah sambungan 6) Loyang akan mudah mengalir jika kedudukan benda kerja ditinggikan sedikit supaya loyang mengalir dari bahagian tinggi ke bahagian kedudukan yang rendah

PEMOTONGAN GAS LOGAM NIPIS 1) Gambarajah menunjukkan kedudukan muncung sumpitan api semasa melakukan proses pemotongan untuk logam yang nipis.Kurang 5 mm tebal 2) Sumpitan berkeadaan condong untuk mengelakkan haba api tertumpu pada tempat pemotongan yang mana akan mengakibatkan haba tinggi mengimpal semula bahagian yang telah dipotong 3) Laraskan api asetilena kepada kekuatan yang sesuai 4) Laraskan injap oksigen sehingga api pertengahan 5) Tekan injap oksigen tekanan tinggi dan pastikan masih jenis api pertengahan 6) Setelah itu, lakukan proses pemotongan

KELENGKAPAN/ALATAN KIMPALAN GAS Kelengkapan oksi-asetilena melaraskan nyalaan

Sistem manifold pancarongga melaras gas sebelum memulakan kimpal

Berus dawai bersihkan besi sebelum memulakan kimpal

Pengapit mengapit benda kerja yang panas

Gogal melindungi mata sebelum mengimpal

Sarung tangan kulit melindungi kulit dari terkena percikan api melindungi kulit dari terkena benda panas

Sumpitan api mengimpal gas, melaras nyalaan

Pengetuk mengetuk serpihan yang tidak kemas pada projek

Hasil kerja Sambungan lekap

Sambungan-T

Perbincangan Kecacatan pada benda kerja Berlaku sedikit kecacatan pada projek tersebut Hasil kimpalan tidak kemas Saiz kimpalan tidak seragam hasil kumai tidak rata kumai tidak sampai ke penghujung benda kerja Sebab berlakunya kecacatan pada projek Kurang kemahiran mengimpal gas Kurang melakukan latihan kimpalan gas Melakukan kerja kimpalan arka dengan laju Jarak kimpalan tidak sesuai. (terlalu hampir/terlalu jauh) Sudut sumpitan api tidak tepat Kurang keyakinan diri untuk melakukan kerja mengimpal

CADANGAN

Pelajar perlu mempelajari teknik kimpalan dengan betul sebelum melakukan kerja kimpalan gas Pelajar perlu melakukan latihan yang lebih untuk mahir dalam melakukan kerja kimpalan gas Pelajar perlu serius semasa melakukan kerja kimpalan gas Pelajar perlu menggunakan proses kerja selamat ketika melakukan kerja kimpalan gas Pelajar perlu tahu cara melaras api dengan betul

PERBINCANGAN 1) Apakah lima (5) langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa membuat kerja-kerja kimpalan gas?

2) Nyatakan proses meloyang.

3) Apakah yang menyebabkan api kimpalan mengeluarkan bunyi letupan pop?

4) Nyatakan 3 jenis nyalaan api oksi-asetilena.

5) Mengapakah bahan lakur digunakan semasa proses meloyang?

6) Berpandukan hasil kerja yang anda, bincangkan apa-apa kecacatan yang wujud pada sambungan kerja kimpalan anda. 7) Mengapakah hasil meloyang anda berwarna merah dan sekelilingnya pula bertompok hitam?

KESIMPULAN

dapat mengendalikan sistem manifold pancarongga sebelum membuat kimpal dapat mengetahui asas kimpal dapat membuat kumai dengan cantik tahu bagaimana mengimpal jenis sambungan temu, sambungan jenis-T, sambungan lekap, dan akhir sekali, meloyang dapat mengendalikan jenis nyalaan api dengan sempurna dapat mempelajari langkah-langkahkeselamatan semasa mengimpal

Rujukan

1. http://notanobita.blogspot.com/2009/02/nota -kimpalan-gas-ii.html 2. http://www.google.com.my/images?hl=ms&q =kimpalan+gas&um=1&ie=UTF8&source=univ&ei=X9STI6qAY3qvQO1p8kt&sa=X&oi=image_result _group&ct=title&resnum=2&ved=0CBUQsA QwAQ

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai