Anda di halaman 1dari 26

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 1

PEMASANGAN OKSI-
ASETILINA

OBJEKTIF AM

Memahami tentang alat-alat kelengkapan oksi-asetilina serta


kegunaannya dan cara pemasangannya.

OBJEKTIF
KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :

Un

8
Mendefinasikan kimpalan gas dan menerangkan perkara-perkara yang
berkaitan dengannya iaitu:

it
Pemasangan

 Prosedur pemasangan kelengkapan kimpalan oksi-asetilina.


 Kaedah bagi menguji kebocoran pada pemasangan.
 Nyalaan oksi-asetilina
 Jenis-jenis nyalaan oksi-asetilina dan kegunaannya.
 Kaedah pelarasan nyalaan.
 Ciri-ciri nyalaan dan suhu nyalaan.
 Langkah-langkah menyalakan dan memadamkan nyalaan.
 Sebab-sebab berlakunya letupadam dan nyalabalas serta langkah-
langkah mengatasinya.

Teknik mengimpal oksi-asetilina

 Teknik mengimpal bagi kimpalan oksi-asetilina.


 Teknik mengimpal ke hadapan dan teknik mengimpal mengundur.
 Pengawalan kelajuan, jarak nyalaan dan sudut sumpitan api serta
pergerakan ketika mengimpal.

Sambungan dan persediaan tepi


 Jenis-jenis sambungan asas dalam kerja kimpalan.
 Langkah membuat persediaan tepi.
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 2

8.0 Pemasangan

Kelengkapan kimpalan oksi-asetilina terdiri daripada beberapa komponen


yang dipasang dengan menggunakan penyambung daripada silinder gas
hinggalah kepada sumpitan api.

Komponen-komponen asas pemasangan adalah seperti berikut:

- Silinder gas oksigen dan asetilina.


- Alator gas
- Hos gas
- Badan sumpitan
- Sumpitan api.

8.1 Berikut adalah langkah-langkah pemasangan kelengkapan oksi-


asetilina.

- Buka injap silinder sedikit dan tutup dengan segera


untuk tujuan ‘ cracking the valve’ iaitu langkah ini
adalah untuk menghembus habuk-habuk yang ada
pada bebenang injap. Langkah ini juga dilakukan ke
atas silinder asetilina.
- Balutkan bebenang alator dengan pita cegah bocor
bagi kedua-dua alator. Pasangkan alator oksigen
pada silinder oksigen dan alator asetilina kepada
silinder asetilina.
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 3

- Pasangkan hos oksigen ( hijau atau biru) kepada


alator alator oksigen dan hos asetilina (merah)
kepada alator asetilina.
- Sambungkan badan sumpitan kepada hos oksigen
pada lubang benang mengikut tanda ‘O 2 ’ dan hos
asetilina kepada lubang benang asetilina.
- Pasangkan sumpitan api kepada badan sumpitan.

8.2 Menguji kebocoran pada pemasangan oksi-asetilina.

Setelah kesemua langkah-langkah di atas itu dilakukan, pastikan sekali


lagi bahawa pemasangan adalah betul. Selepas itu lakukan pemeriksaan
kebocoran ke atas semua penyambungan terutama sekali penyambungan
diantara alator dan selinder asetilina dengan menggunakan air sabun.

Contoh 8.1

1. Apakah yang anda faham mengenai ‘ cracking the valve’?

Jawapannya sangat mudah, ye


Penyelesaian tak!

- Ia adalah satu cara membersihkan atau membuang habuk daripada


injap sebelum memasang alator dengan melepaskan serta merta
sebahgian gas daripada selinder dalam masa beberapa saat.

8.3 Nyalaan Oksi-asetilina.


PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 4

Terdapat tiga jenis nyalaan yang di gunakan untuk tujuan kimpalan.


Nyalaan –nyalaan itu adalah:

Nyalaan Cuali ( Neutral Flame)

Ciri-ciri: – Nyalaan seimbang pada nisbah 1:1.


- Suhu lebih kurang 5589°F(3087°C)
Kegunaan :
- Mengimpal lebur keluli lembut
- Mengimpal tembaga
- Besi tuang.

Nyalaan Pertengahan ( Carburising Flame)

Ciri-ciri
- Nyalaan ini mempunyai lebihan pelarasan pada
asetilina.
- Mempunyai tiga lapisan iaitu kon dalam, bulu api
berwarna putih dan lapisan luar yang kebiruan.
- Suhu lebih kurang 5400°F – 5800°F

Kegunaanya:
- mengimpal dan meloyang aluminium.
- Mengimpal keluli tahan karat.
- Meloyang perak.
- Mengeras permukaan.
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 5

Nyalaan Pengoksidanan (Oxidising Flame)

Ciri-ciri: - nyalaan ini mempunyai lebihan pelarasan


kepada gas oksigen berbanding asetilin.
- Mempunyai dua lapisan iaitu kon dalam dan lapisan
luar yang kebiruan.
- Suhu kepanasan lebih kurang 5,615°F(3,102°C)

Kegunaan:
- mengimpal loyang
- mengimpal logam manganese.

Contoh 8.2

Apakah cara terbaik dan selamat boleh dilakukan untuk menguji


kebocoran pada pemasangan kelengkapan oksi-asetilina?

Jika pengujian kebocoron tidak


dilakukan secara berjadual saya
Penyelesaian tidak boleh jamin keselamatan
anda

Cara yang terbaik dan selamat ialah dengan menggunakan buih sabun.

8.4 Langkah-Langkah Penyalaan Dan Memadamkan Nyalaan.


PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 6

Sebelum menyalakan sumpitan api pada sumpitan api, pelarasan pada


alator hendaklah dibuat terlebih dahulu bergantung pada jenis serta
ketebalan logam yang hendak dikimpal. Dari segi teori pembakaran
berlaku mengikut nisbah 1:2.5 iaitu 1 bahagian asetilin dan 2.5 bahagian
oksigen. Kebiasaannya pelarasan pada alator adalah mengikut nisbah
1:1. Manakala 1.5 bahagian lagi diterima dari udara persekitaran. Ini
adalah amalan biasa untuk nyalaan cuali.

8.5 Berikut diterangkan satu persatu langkah-langkah pelarasan


bagi nyalaan:

- Buka injap asetilina (merah) pada badan sumpitan


lebih kurang ¼ pusingan.
- Gunakan pemetik api kimpalan untuk menyalakan
sumpitan api.
- Laraskan nyalaan sehingga asap hitam berkurangan.
- Buka injap oksigen (biru) pada badan smpitan secara
perlahan-lahan sehingga kon dalam yang dempul
berwarna kehijauan diperolehi.

Nota:
Nyalaan yang lain dilakukan adalah berasaskan nyalaan cuali. Bermakna
nyalaan cuali mesti perolehi terlebih dahulu. Kemudian dikuti dengan
kaedah dibawah:
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 7

- Untuk nyalaan pengoksidanan pula pelarasan gas


oksigen dilebihkan sedikit sehingga kon berwarna
kebiruan yang tajam diperolehi.
- Untuk memperolehi nyalaan pertengahan (pengaban)
lebihan asetilin diperlukan sehingga nyalaan menjadi
tiga lapisan.

8.5.1 Langkah-Langkah Memadamkan Nyalaan:

- Tutup injap oksigen pada badan sumpitan


sepenuhnya. Dimana bekalan oksigen akan terputus
dengan ini sertamerta nyalaan bertukar kepada
nyalaan asetilina.
- Tutup injap asetilina badan badan sumpitan. Dengan
ini nyalaan asetilina akan terpadam.
- Seterusnya tutup injap silinder oksigen dan asetilina.
- Buka injap oksigen dan injap asetilina pada badan
sumpitan separuh pusingan atau lebih untuk
melepaskan gas yang masih ada didalam alator dan
hos kedua-duanya dan biarkan jarum penunjuk
tekanan pada alator kedua-dua silinder menurun ke
angka ‘0’.
- Selepas itu tutup semula injap-injap itu.
- Akhir sekali longgarkan injap pelarasan alator bagi
kedua-dua silinder.
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 8

Contoh 8.3

Bagaimanakah cara anda dapat mengenali diantara kelengkapan oksigen


dan asetilina.
Penyelesaian

Terdapat beberapa perbezaan pada kelengkapan oksigen dan asetilin.


Iaitu dari segi warna, saiz silinder, arah bebenang dan juga anda lekuk
berbentuk ‘V’ pada nat asetilin.

8.6 Letupadam dan Nyalabalas


Letupadam dan nyalabalas adalah merupakan letupan kecil yang
kadangkala berlaku ketika kerja mengimpal dijalankan.

Letupadam – adalah satu letupan kecil yang kadangkala berlaku pada


hujung sumpitan api ketika kerja mengimpal dijalankan.

Nyalabalas – adalah satu letupan kecil yang berlaku dihujung sumpitan


api dan diikuti dengan bunyi ‘hiss’ didalam badan sumpitan dan ekori pula
dengan asap hitam keluar pada muncung sumpitan.

Jika nyalabalas sempat berlaku hingga ke dalam hos ( biasanya hos


oksigen) ia akan meninggallkan kesan karban dan kemungkinan hos akan
pecah. Bahagian hos terbabit perlu dipotong dan gas oksigen perlu di
lepaskan untuk menghembus saki baki karban yang tertinggal didalam
hos terbabit.
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 9

8.6.1 Sebab-sebab berlakunya letupadam dan nyalabalas:

- Muncung sumpitan terlalu rapat atau menyentuh


anduh kimpal.
- Muncung menjadi terlalu panas kerana terlalu lama
mengimpal.
- Pelarasan nyalaan terlalu lemah atau rendah
berbanding saiz muncung yang digunakan.
- Muncung sumpitan api tidak diikat(skru) dengan rapi
pada badan sumpitan.
- Lubang (orifice) muncung terlalu kotor.
- ‘Seat’ injap pelarasan telah rosak.
Cara-cara mengatasinya:

- Tutup serta -merta injap asetilina dan biarkan badan


sumpitan dan muncung sumpitan api menjadi sejuk
sebelum kerja baikpulih dapat dilakukan.
- Jika nyalabalas sempat berlaku hingga ke dalam hos
( biasanya hos oksigen) ia akan meninggallkan kesan
karban dan kemungkinan hos akan pecah. Bahagian
hos terbabit perlu dipotong dan gas oksigen perlu di
lepaskan untuk menghembus saki baki karban yang
tertinggal didalam hos terbabit.

- Bagi mengelakkan muncung menjadi terlalu panas,


sesekali perlulah muncung itu dicelupkan ke dalam
satu bekas air dan dilepaskan sedikit gas oksigen
buat beberapa ketika untuk menurunkan suhu
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 10

muncung sumpitan api. jika dirasakan mengimpal


terlalu lama.

Contoh 8.4

Apakah perlu anda lakukan untuk menurunkan suhu sumpitan api jika
ianya menjadi terlalu panas kerana mengimpal terlalu lama?

Penyelesaian:
Cara yang selalu diamalkan ialah dengan merendamkan muncung
sumpitan ke dalam sebekas air sambil dilepaskan gas oksigen untuk
beberapa saat.

8.7 Teknik Mengimpal Oksi-Asetilina.

Terdapat dua teknik mengimpal yang biasa diamalkan oleh jurukimpal.


Iaitu teknik ke hadapan (forehand) dan teknik mengundur (backhand).

8.8.1 Teknik Ke hadapan.


Dalam mengimpal teknik ke hadapan muncung sumpitan api
dicondongkan 70°-60° ke kanan lalu muncung digerakan dari kanan ke
kiri.

8.8.2 Teknik Mengundur.

Muncung sumpitan api di condongkan 40° - 50° ke kanan lalu ianya


digerakan dari kiri ke kanan.
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 11

Nota:
Bagi kedua-dua teknik di atas logam penambah dicondongkan 30°-40° ke
kiri dan digerakan sama arah mengikut pergerakan muncung sumpitan.

Rod penambah

Sumpitan api

Kon nyalaan
Arah kimpal

60°-70°
30°-40°
3.0mm
Rajah 8.1 TEKNIK
MENGIMPAL KE HADAPAN

8.8 Teknik mengimpal ke hadapan


Teknik Mengimpal Ke hadapan adalah teknik mengimpal yang bergerak dari
kanan ke kiri. Pergerakannya lebih mudah lebih mudah untuk dikawal kerana
anduh kimpalnya bersaiz kecil. Sesuai untuk mengimpal paip walaupun
ketebalannya melebihi 3.0 mm.

Rod penambah

Sumpitan api

Arah kimpal
30°- 40° 40°-50° 3.0mm
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 12

Rajah 8.2 TEKNIK MENGIMPAL MENGUNDUR (KE KANAN)


8.9 Teknik mengimpal mengundur adalah teknik mengimpal yang bergerak ari kiri ke
kanan. Rod penambah bergerak mengikut arah pergerakan sumpitan api. Menghasilkan
leburan yang lebih baik kerana kon nyalaan tertumpu terus ke arah anduh kimpal.
Pengunaan rod penambah juga dapat dikurangkan. Ketelusan yang lebih baik dan juga
kelajuan mengimpal yang lebih pantas dapat dilakukan.

KELEBIHAN TEKNIK MENGUNDUR DAN TEKNIK KE HADAPAN


TEKNIK MENGUNDUR TEKNIK KE HADAPAN
- mengimpal lebih cepat . -mengimpal keluli lembut
-kurang menggunakan rod pepenambah -mengimpal besi tuang
- logamanduh
-nyalaan tertumpu terus kearah bukan feras (aluminium,loyang,gangsa ,tembaga).
- ketelusan yang dalam. -mudah mengawal gerakan kimpal.
-sesuai untuk mengimpal paip.
- untuk plat yang lebih tebal

8.10 Pengawalan kelajuan,jarak dan sudut mengimpal


Kelajuan, jarak dan sudut mengimpal boleh mempengaruhi mutu sesuatu
kimpalan. Ia akan mempengaruhi ketelusan, penembusan dan juga mutu
sambungan yang dibuat, Ketebalan plat logam serta jenis logam perlu
juga diambilkira dalam menentukan kelajuan,jarak dan sudut mengimpal.
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 13

Hanya muncung sumpitan api


yang mengundur kebelakang.
Anda tidak perlu mengundur
semasa mengimpal.

Contoh 8.5

Berikan beberapa kelebihan teknik mengundur.

Penyelesaian

Teknik mengundur ada beberapa kelebihannya iaitu:


- menghasilkan ketelusan yang dalam.
- Mengimpal dapat dilakukan leih cepat.
- Penggunaan rod dapat dijimatkan.
- sesuai untuk mengimpal logam yang lebih tebal.
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 14

AKTIVITI 8A

8.1 Terangkan tenknik mengimpal undur serta kegunaanya.

8.2 Lukiskan tiga jenis nyalaan oksi-asetilina serta kegunaanya.

8.3 Namakan komponen-komponen asas yang terdapat pada


pemasangan kelengkapan oksi-asetilina.

8.4 Berikan beberapa perbezaan antara kelengkapan yang terdapat


pada pemasangan oksigen dan asetilina

8.5 Terangkan langkah demi langkah bagi mendapatkan nyalaan


pengoksidanan dan kegunaannya.

Sila jawab soalan diatas,


dan saya yakin anda boleh
melakukannya dengan baik
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 15

Sila semak jawapan anda. Buat


ulangkaji jika masih kabur

MAKLUM BALAS 8A
8.1 Teknik mengimpal undur adalah satu teknik yang mana pergerakan
sumpitan bermula dari kiri bergerak ke kanan pada sudut 40°-50° dengan
diekori oleh rod penambah pada arah yang sama.

Kegunaannya:
- mengimpal ke atas plat keluli yang tebal lantara
3.0mm-5.0mm.
- boleh mengimpal dengan kelajuan yang tinggi .
- memperolehi ketelusan yang dalam dan anduh kimpal
yang besar.

TEKNIK MENGIMPAL MENGUNDUR (KE KANAN)

Rod penambah

Sumpitan api

30°- 40° 40°-50° 3.0mm


Arah kimpal
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 16

8.2 Berikut adalah tiga jenis nyalaan oksi-asetilina.

Envelop luar

Kon dalam
Suhu: 5900F
Nyalaan Cuali
Kegunaannya: - untuk mengimpal lebur.
- mengimpal tembaga
- mengimpal besi tuang

Suhu: 5400F-5800F

Nyalaan Pengaban
Kegunaannya: Bulu api
-mengimpal aluminium
- meloyang aluminium
Nyalaan -Pengoksidanan
mengimpal lebur keluli tahan-karat
- meloyang perak dan mengeras permukaan

Kegunaannya:
- mengimpal loyang Suhu: 6300°F
Kon berbentuk
- mengimpal lebur manganese tajam
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 17

8.3 Komponen-komponen asas yang mesti ada pada kelengkapan oksi-


asetilina ialah:
- Silinder oksigen dan silinder asetilina
- Alator oksigen dan alator asetilina
- Hos oksigen dan hos asetilina
- Badan sumpitan
- Muncung sumpitan api.

8.4 Terdapat beberapa perbezaan diantara kelengkapan oksigen dan


asetilina iaitu:

- warna silinder
- warna hos
- tanda lekuk ‘V’ pada nat skru asetilin
- saiz silinder
- Perangkap nyalabalas pada alator asetilin
- Palam boleh lebur di bahagian bawah silinder asetilin

8.5 Langkah-langkah mendapatkan nyalaan pengoksidanan.

- Buka injap silinder oksigen satu pusingan atau lebih.


- Buka injap silinder asetilin ¼ - ½ pusingan.
- Laraskan alator oksigen kepada tekanan yang sesuai
untuk kerja.
- - Laraskan alator asetilin kepada tekanan yang sesuai.
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 18

- Buka injap asetilin pada badan sumpitan ¼ pusingan.


- Nyalakan api dihujung muncung sumpitan dan
laraskan segera hingga asap hitam berkurangan.
- Laraskan injap oksigen pada badan sumpitan
perlahan-lahan sehingga kon dalam menjadi tajam
dan warna kebiruan dipelohi.

Kegunaannya:
- mengimpal loyang
- Mengimpal lebur manganese

8.11 SAMBUNGAN DAN PERSEDIAAN TEPI

Terdapat lima sambungan asas dalam kimpalan. Gambarajah dibawah

Rajah 8.3 . Gambarajah di bawah menunjukkan sambungan temu yang telah diubahsuai
bergantung kepada ketebalan logam yang hendak dikimpal.

Sumber: R. L. Agarwal, Welding Engineering, Khanna Publishers 1977

Rajah 8.4 Gambarajah menunjukkan nama-nama bahagian pada satu sambungan


temu’ V’ tunggal.
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 19

Sumber: R. L. Agarwal, Welding Engineering, Khanna Publishers 1977

Rajah 8.5 Bahagian-bahagian sambungan temu.

Sudut kandung
Muka punca

Jarak muka punca


Tinggi muka punca

Bagi logam-logam yang mana ketebalannya melebihi 3.0mm –5.0mm


perlulah dibuat persediaan tepi untuk menjamin kekuatan sesuatu
sambungan itu.

8.12 Langkah-langkah membuat persediaan tepi.


PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 20

Berikut diturunkan langkah-langkah bagi membuat persediaan tepi.


- Plat hendaklah dicanai sehingga tepinya menjadi
serong hingga ke sudut yang di kehendaki. Bagi
logam yang lebih tebal hingga 6.0mm ke atas
hendaklah diserongkan dengan pemotongan oksi-
asetilina.
- Setelah tepi logam diserongkan, hujungnya yang
tajam hendaklah dicanai sehingga memperolehi satu
permukaan yang rata anggaran 3.0mm lebar.
Permukaan ini dinamakan muka punca.
- Pastikan permukaannya lurus dan rata. Ini adalah
untuk meastikan ketelusan dan penembusan yang
samarata di sepanjang sambungan berkenaan.
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 21

AKTIVITI 8B

8.6 Berikan langkah demi langkah membuat pemasangan


kelengkapan
oksi-asetilina.

8.7 Nyatakanakan beberapa sebab berlakunya letupadam dan


nyalabalas.

8.8 Berikan beberapa perbezaan diantara teknik mengimpal


mengundur dan teknik mengimpal ke hadapan.

8.9 Lakarkan lima sambungan asas kimpalan.

8.10 Mengapakah perlunya persediaan tepi dibuat ke atas tepi logam


yang hendak disambung?

Saya suka lihat anda rajin belajar. Cuba


jawab soalan diatas.
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 22

Sila semak jawapan anda. Tidak


mengapa jika anda memberi
jawapan yang salah. Tetapi sila
membuat ulangkaji.

MAKLUM BALAS 8B
8.6 Langkah-langkah membuat pemasangan alat kelengkapan bagi
sebuah setesyen oksi-asetilina:

- Buka sedikit injap selinder bagi kedua-dua silinder


gas untuk beberapa saat bagi membuang habuk-
habuk yang terlekat dilam lubang injap.
- Pasangkan alator kedua-dua silinder. Pastikan alator
tidak tersalah pasang. Walau bagaimana pun alator
Asetilin tidak akan dapat dipasang pada silinder
oksigen kerana arah benangnya tidak sama.
- Pasangkan hos warna hijau/biru kepada alator
oksigen dan hos warna merah ke alator asetilina
- Seterusnya pasangkan badan sumpitan kepada hos
mengikut lubang yang betul.
- Akhir sekali pasangkan muncung sumpitan api
kepada badan sumpitan.

8.7 Ada beberapa sebab berlakunya letupadam. Diantaranya ialah:

- Muncung menjadi terlalu panas kerana terlalu lama


mengimpal.
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 23

- Jarak muncung sumpitan terlalu hampir dengan


kawah/anduh kimpal.
- Tekanan yang dilaraskan terlalu rendah berbanding
saiz muncung yang digunakan
-
Sebab-sebab berlakunya letupadam. Diantaranya:

- pemasangan yang longgar.


- Lubang muncung umpitan api telah menjadi besar.
- Tekanan oksigen yang terlalu lemah.

8.8 Terdapat beberapa perbezaan diantara teknik mengundur dan


teknik ke hadapan. Iaitu:

- arah pergerakan yang berlawanan dimana teknik ke


hadapan bergerak dari kanan ke kiri manakala teknik
mengundur bergerak dari kiri ke kanan.
- Sudut sumpitan api 60°-70° bagi teknik ke hadapan
dan 40°-50° bagi teknik mengundur.

8.9 Lima sambungan asas kimpalan adalah seperti berikut:

- Sambungan temu
- Sambungan lekap
- Sambungan penjuru
- Sambungan kembi
- Sambungan bebibir
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 24

Sumber: R. L. Agarwal, Welding Engineering, Khanna Publishers 1977

8.10 Persediaan tepi bagi satu-satu sambungan perlu dibuat atau


direkabentuk mengikut jenis beban yang akan ditanggung oleh
sambungan tersebut. Faktor keduanya ialah apabila ketebalan
logam yang hendak disambung terlalu tebal., Biasanya apabila
logam yang ketebalannya melebihi daripada 3.0mm persediaan tepi
perlu dibuat. Ini adalah untuk memastikan sambungan yang dibuat
cukup kuat bagi menanggung beban dan tekanan.
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 25

PENILAIAN KENDIRI
8A
1. Mengapakah kelengkapan bagi pemasangan oksigen dibezakan
daripada kelengkapan asetilina dengan warna dan tanda-tanda yang
lain?

2.. Nyatakan pada kelengkapan pemasangan yang manakah alat


pencegah nyalabalas dipasang dan apakah fungsinya?

1. Apakah yang anda faham mengenai ‘cracking the valve’?

2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan satu-satu rekabentuk


persediaan tepi?

5. Lakarkan satu rekabentuk persediaan tepi yang paling sesuai ke atas


plat keluli lembut yang tebalnya 10mm yang mana kegunaannya untuk
menanggung beban statik yang berat.

Tahniah anda telah hampir berjaya menguasai UNIT 8 ini. Cuba


jadikan 5 soalan terakhir ini sebagai alat pengukur kefahaman anda.
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA J1003 / 8 / 26

Anda adalah pelajar yang rajin!! Tahniah!! sila


beralih kepada Unit seterusnya. Jika semua
jawapan yang anda berikan tepat.

MAKLUM BALAS
1. Tujuan membezakan antara kelengkapan oksigen dengan kelengkapan
asetilina ialah untuk memastikan ianya tidak tersalah pasang demi
keselamatan alat dan jurukimpal

2. Alat pencegah nyalabalas dipasang pada pemasangan kedua-dua


kelengkapan biasanya dipasang pada alator masing-masing untuk
memerangkap api yang mungkin masuk melalui hos hingga ke alator.

3. ‘Cracking the valve’ bermaksud membuka injap selinder sebelum


memasang alator untuk melepaskan sebahagian gas bagi menghembus
habuk yang terdapat pada lubang injap.

4. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemillihan rekabentuk persediaan tepi


adalah bergantung kepada ketebalan logam, kos rekabentuk dan juga
jenis beban yang ditanggung oleh satu-satu sambungan.
5.
10mm
60 o

3.0mm

3.0mm
Gambarajah di atas menunjukkan rekabentuk persediaan tepi plat keluli lembut 10mm

Anda mungkin juga menyukai