Anda di halaman 1dari 20

KIMPALAN ARKA J1003/9/ 1

KIMPALAN ARKA
OBJEKTIF AM

Memahami konsep kimpalan arka serta kegunaannya dalam


bidang perindustrian.

Un

9
OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat:

Mendefinasikan kimpalan arka dan menerangkan perkara-


perkara yang berkaitan dengannya iaitu:

- Fungsi alat pengubah


- Komponen-komponen asas mesin kimpalan arka
- Jenis-jenis mesin kimpalan arka dan menerangkan prinsip kerja,
kelebihan dan kelemahannya.
- Jenis-jenis kekutuban arus
- Teknik-teknik kimpalan arka
- Jenis-jenis elektrod kimpalan arka
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 2

INPUT

9.0 KIMPALAN ARKA

9.1 Mesin Kimpalan Arka


Mesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alatubah perendah iaitu ia
mngubah dari voltan tinggi kepada voltan rendah tetapi menghasilkan arus
yang tinggi untuk menerbitkan arka bagi kegunaan mengimpal. Dilengkapi
dengan kabel pemegang elektrod dan juga kabel bumi ke meja kerja.

9.2 Fungsi Alat Pengubah

Alat pengubah adalah komponen yang terdapat pada sebuah mesin kimpalan
arka yang berfungsi untuk mengurangkan voltan dan meninggikan arus bagi
menerbitkan arka untuk tujuan kerja mengimpal. Alat ubah ini dikenali sebagai
alatubah perendah.

TERAS

MASUKAN
KELUARAN

GELUNG PENDUA

GELUNG UTAMA

Rajah 9.1. Gambarajah Skematik Alat Pengubah

9.3 Komponen-komponen asas dalam sesebuah mesin kimpalan arka adalah


terdiri daripada:

- Alatubah
- Kebel bumi
- Kebel elektrod
- Pemegang Elektrod
- Bekalan kuasa
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 3

9.4 Jenis-jenis mesin kimpalan arka

Terdapat lima jenis mesin kimpalan arka. Iaitu:

- Jenis ‘rectifier (DC)


- Jenis alatubah (AC)
- Jenis kombinasi AC/DC
- Jenis pacuan enjin. (petrol atau disel)
- Jenis pacuan motor elektrik.(janakuasa)

9.4.1 Jenis ‘rectifier’(DC)

Mesin kimpalan arka jenis ‘rectifier’ (penerus) digunakan kerana ianya mempunyai
dua pilihan aliran arus, iaitu arus terus kekutuban berbalik dan arus terus kekutuban
lurus.

Punca positif disambungkan kepada elektrod maka ianya adalah kekutuban berbalik.
Punca negatif disambungkan kepada elektrod maka ia adalah kekutuban lurus. Semua
jenis kerja mengimpal bagi kebanyakan logam adalah amat sesuai dengan mesin jenis
ini. Bagi kerja-kerja pembinaan dan penyelengaraan mesin jenis ini adalah pilihan
yang tepat.

Kelemahan:
- Menghasilkan ‘semburan arka’ (arc blow)
- Arka tidak begitu stabil berbanding jenis janakuasa
- Tiada pilihan untuk ciri-ciri arka.

9.4.2 Jenis arus ulangalik.

Mesin kimpalan arus ulangalik (AC) digunakan adalah kerana ianya menghasilkan
arka yang lebih stabil dan tiada berlaku ‘semburan arka’ (arc blow) dengan
penembusan yang sederhana dan senyap.

Kelemahan:
- Mengimpal ke atas logam tertentu dan penggunaan yang terhad.
- Tidak semua elektrod boleh digunakan.
- Mampu beroperasi pada ampiar yang tinggi.

9.4.3 Jenis gabungan/kombinasi AC/DC.

Mesin jenis ini boleh menggunakan kedua-kedua jenis arus. Ianya perlu apabila
mengimpal logam tertentu dengan arus yang tertentu. Mempunyai penggunaan yang
meluas. Boleh digunakan ke atas banyak jenis keluli dan kedudukan mengimpal.

Kelemahan:
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 4

- Kos yang agak tinggi


- Berlaku ‘semburan arka’ pada sesetengah sambungan.

Contoh 9.1

Apakah alat yang menukarkan arus ulangalik kepada arus terus dalam mesin kimpalan
arus terus?

Penyelesaian:

Alat yang digunakan bagi menukar arus ulangalik kepada arus terus ialah ‘rectifier’
atau alat penerus.

9.4.4 Jenis Pacuan enjin petrol /disel ( Arus Terus atau Arus Ulangalik).

Mesin ini boleh digunakan dikawasan yang tiada bekalan elektrik. Boleh
membekalkan sama ada arus ulangalik atau arus terus.

Kelemahan:
- Modal yang besar dan penyelenggaraan yang tinggi
- Bising
- Modal tinggi
- Kos penyelenggaraan tinggi
- Semburan arka (arc blow)
- Memerlukan bahanapi.

9.4.5 Jenis Pacuan motor.

Mesin kimpal arka jenis ini menghasilkan arus terus. Menghasilkan dua
pilihan arus terus. Iaitu kekutuban terus dan kekutuban berbalik.

Kelemahan:
- Terdapat ‘arc blow’ .
- Penyelenggraan yang tinggi. Ianya menggunakan beberus karbon
dan perlu ditukar pada tempoh tertentu.

Pelaras arus
Bekalan kuasa
Kebel
elektrod

elektrod
bendakerja Pemegang
elektrod

Rajah 9.2. Kelengkapan Kimpalan Arka.


KIMPALAN ARKA J1003/9/ 5

9.5 Kekutuban Mesin Kimpalan Arka

9.5.1 Terdapat dua jenis kekutuban mesin kimpalan arka . Iaitu:

- Arus Terus Kekutuban Berbalik ( kebel elektrod dipasang pada punca positif)
- Arus Terus Kekutuban Lurus ( kebel lektrod dipasang pada punca negatif)

9.5.2 Ciri-ciri Kekutuban:

Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban berbalik ialah:

- Kadar kecairan elekrod yang lebih cepat.


- Ketelusan yang cetek
- Kelajuan kimpal yang lebih pantas diperlukan.

Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban lurus ialah:

- Kadar kecairan letrod yang lambat


- Ketelusan yang dalam
- Kelajuan yang sederhana

Kebel elektrod

+ Pemegang elektrod
Bekalan kuasa
bendakerja
__ Kebel bendakerja

Rajah 9.3. Litar Arus Terus Kekutuban Berbalik

Kebel elektrod

Pemegang elektrod
Bekalan kuasa
bendakerja
+ Kebel bendakerja

Rajah 9.4. Litar Arus Terus Kekutupan Lurus

Contoh 9.2

Bagaimanakah pilihan arus perlu dibuat apabila hendak


mengimpal?
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 6

Penyelesaian:

Pemilihan arus perlu dilakukan adalah untuk memastikan


ianya sesuai untuk jenis logam, ketebalan logam dan juga
kedudukan mengimpal yang hendak dilakukan.

9.6 Kaedah Mengimpal Menggunakan Elektrod Bersalut

Terdapat dua teknik mengimpal dengan kimpalan arka gas pelindung. Iaitu:

Teknik Seret.

Menggunakan teknik ini boleh dilakukan dengan elektrod jenis ‘hujung


cawan’(deep cup) dimana hujung logam tidak bersentuh dengan bendakerja kerana
hujung bahan lakur membentuk seperti cawan. Oleh itu jarak sentiasa kekal pada
ketinggian yang sama dan mengahsilkan kumai yang cantik dan kemas.

Teknik Angkat

Menggunakan teknik ini letrod diangkat pada jarak lebih kurang 1/8 inci dari
permukaan bendakerja ketika arka dihidupkan sehingga selesai mengimpal. Teknik ini
hendaklah digunakan apa mengimpal dengan elektrod biasa yang bukan jenis ‘deep
cup’.

9.6.1 Bahagian–Bahagian Kimpalan Arka.

elektrod Arah kimpal

Semburan arka
kumai Kawah arka
sangga 60°-70°
bendakerja

Rajah 9.5. Nama-Nama Bahagian Kimpalan Arka

Contoh 9.3
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 7

Bilakah teknik seret digunakan dan apakah kelebihan menggunakan teknik ini?

Penyelesaian:

- Teknik seret boleh digunakan apabila mengimpal dengan menggunakan elektrod


jenis ‘ hujung dalam’ (deep cup). Kelebihannya jarak arka dapat diseragamkan dan
juga rupa kumai akan lebih seragam dan kemas. Amat baik untuk mengimpal kembi
kerana mudah dikendalikan dan kumai kelihatan lebih halus dan cantik.

Bunga angsana, bunga kertas


kalau anda bijaksana tolong
jawab soalan di atas

9.6.2 Kesan jarak arka, sudut arka dan kelajuan arka ke atas hasil kimpalan.

Jarak Arka

Jarak arka adalah jarak diantara hujung teras logam elektrod dengan
permukaan bendakerja. Dimana arka yang diterbitkan akan dapat dikekalkan pada
jarak ini. Jarak arka yang terlalu tinggi akan menyebabkan kumai tidak cantik dan
juga ketelusan yang kurang. Jarak arka ialah antara 5.0mm hingga 6.0mm.

Sudut Arka

Sudut yang terbentuk diantara kecondongan elektrod dengan permukaan


bendakerja pada arah gerakan elektrod. Sudut arka yang tidak betul akan
menyebabkan riak kumai jadi memanjang atau bujur dan menjadikan rupa kumai
tidak cantik.

Kelajuan Arka

Kelajuan arka adalah laju gerakan elektrod bergerak ke arah hujung penamat
kimpalan. Kelajuan ini biasanya bergantung kepada kadar kecairan elektrod.
Mengimpal terlalu laju akan menjadikan kumai terlalu halus dan tinggi serta kurang
ketelusan.
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 8

elektrod
3
2
1 2 1&4

Rajah 9.6. Kaedah Letak Angkat Rajah 9.7. Kaedah Menggores

Ketika memulakan arka pada tempat permulaan mengimpal pastikan tempat itu bebas
daripada cat dan bahan-bahan yang boleh menghalang pengaliran arus elektrik.
Kaedah letak angkat dilakukan seolah-olah mengetuk sesuatu secara perlahan dan
apabila arka dapat diterbitkan jarak arka itu perlu dikekalkan pada jarak 5.0mm
hingga 6.0mm.

Manakala kaedah menggores pula, elektrod di carek-carek ke atas tempat permulaan


kimpal seperti mana anda menggores mancis api. Apabila terbit arka hendaklah
jaraknya dikekalkan seperti mana yang telah diterangkan di atas.

Nak hidupkan arka dengan cara


menggores atau letak-angkat
tidaklah memerlukan masa yang
lama. Tapi biasanya cara menggores
adalah lebih mudah dan lebih
digemari. Masa hidupkan arka
hendaklah sentiasa memakai cermin
pelinding muka. Mata nak pakai

AKTIVITI 9A
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 9

9.1 Apakah yang dimaksudkan dengan arka?. Huraikan dengan lebih


terperinci bagaimana arka boleh terjadi.

9.2 Nyatakan tiga jenis arus yang digunakan dalam kimpalan arka?.
Terangkan lebih lanjut mengenai jenis-jenis arus yang anda nyatakan.

9.3 Bagaimanakah ketiga-tiga jenis arus itu mempengaruhi ke atas


kimpalan yang dilakukan?

9.4 Apakah yang dimaksudkan dengan ‘semburan arka’? Bagaimana ianya


boleh terjadi?

9.5 Apakah faktor-faktor yang perlu diambilkira apabila memilih sesebuah


jenis mesin kimpalan arka?

Baca soalan-soalan di atas dan cuba


jawab dengan betul. Jika masih tidak
dapat memberikan jawapan dengan
baik. Sila ulang semula tajuk-tajuk
yang berkaitan sebelum ini.

MAKLUM BALAS 9A

9.1 Arka adalah satu fenomena satu pancaran cahaya yang kuat lagi terang terbit
diantara hujung elektrod dengan permukaan bendakerja. Ketika ini elektron
mengalir melintasi satu ruang udara yang telah terion maka ruang udara itu
menjadi panas sehinggalah berlakunya arka. Haba yang terhasil dari udara
terion itu adalah lebih kurang 3300°C (6000°C).
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 10

9.2 Tiga jenis arus yang digunakan dalam kimpalan arka adalah seperti
berikut:

- Arus ulangalik
- Arus terus kekutuban berbalik
- Arus terus kekutuban lurus

Arus ulangalik mempunyai frekuensi dan bergerak dari titik sifar hingga ke
titik maksimum positif dan jatuh ketitik sifar semula kemudian bergerak ke
titik maksimum negatif dan begitulah seterusnya berulang-ulang.

Manakala Arus terus kekutuban berbalik pula dimana punca positif pada mesin
disambungkan kepada kebel elektrod.

Bagi arus kekutuban lurus pula punca negatif pada mesin disambung kepada
kebel elektrod.

9.3 Bagi setiap arus yang digunakan ianya akan memberi kesan pada ketelusan
yang berbeza-beza ke atas kimpalan. Sila lihat gambarajah di bawah.

ATKL AU ATKB

9.5 Semburan arka adalah satu keadaan dimana arka yang terbit diantara
hujung
elektrod dan bendakerja tersasar dari laluan yang sepatutnya. Biasanya bunyi
yang terhasil dari semburan ini agak kuat dari biasa dan saiz arka juga
kelihatan agak besar sedikit. Keadan ini berlaku mungkin disebabkan
kedudukan klip bumi yang kurang tepat. Lihat gambarajah di bawah.

elektrod Semburan arka

bendakerja
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 11

Klip bumi

9.6 Pemilihan sesebuah mesin kimpalan yang hendak digunakan adalah


bergantung kepada perkara-perkara berikut.

- Kedudukan kimpalan
- Jenis logam yang hendak dikimpal
- Jenis rekabentuk sambungan
- Ketebalan logam

Syabas!……anda telah
menjawab dengan betul.
Sekarang anda bolelah maju
kepada tajuk –tajuk yang
seterusnya.

9.7 Elektrod.

Elektrod adalah berfungsi sebagai logam penambah dalam kimpalan arka yang
mana ianya disalut dengan bahan lakur yang mana campurannya terdiri
daripada beberapa jenis bahan tertentu dan mempunyai berbagai fungsi ketika
kerja kimpalan dilakukan.

9.8 Penghasilan Elektrod

Elektrod kimpalan arka pelindung (SMAW) adalah sejenis elektrod bersalut


lakur yang habis guna (consumable) yang terdiri dari berbagai jenis
bergantung pada jenis logam teras dan juga kandungan salutan elektrod
berkenaan.
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 12

Proses salutan bahan lakur dibuat dalam dua cara iaitu cara penyemperitan
(extrusion) dan cara mencelup (dipping). Panjang sebatang elektrod adalah
diantara 230mm hingga 460mm. Saiz elektrod disebut dengan nombor 12,10,
8 dan 4. Elektrod no.12 adalah berdiameter paling kecil diantara yang
disebutkan di atas.

9.9 Kandungan Pancalogam Teras Elektrod

Kandungan logam teras elektrod adalah terdiri dari pancalogam yang


bergantung kepada 12ilic-ciri penggunaan elektrod berkenaan. Jenis
pancalogam bagi teras elektrod adalah mangan, 12ilicon, sulphur, fosforus dan
karban

9.10 Jenis Salutan Elektrod

Bahan campuran salutan elektrod terdiri dari beberapa bahan yang bergantung
kepada 12irri-ciri penggunaan elektrod. Diantara bahan-bahan campuran yang
terdapat pada salutan elektrod ialah serbok besi, oksida-titania, sodium silikat,
potassium, asbestos, ferro-manganese. Salutan elektrod terbahagi kepada tiga
iaitu:

-Salutan nipis (tidak bersalut)


-salutan sederhana Setakat ini ada apa-apa
-salutan tebal masalah mengenai tajuk ini.
Jika tak faham sila rujuk pada
9.11 Fungsi Salutan Elektrod pensyarah yang mengajar.
Fungsi salutan pada elektrod adalah:

- Menghasilkan gas pelindung.


- Menghasilkan jeremang penutup kumai
- Menstabilkan arka
- Mengandungi campuran untuk ciri-ciri khas penggunaannya.

Berikut adalah jadual bagi jenis salutan dan arus yang disyorkan.

Digit Jenis salutan Arus


0 Sodium selulos ATKB
1 Potassium selulos AU atau ATKB dan ATKL
2 Sodium titania AU atau ATKL
3 Potassium titania AU atau ATKB
4 Serbuk besi titania AU atau ATKB dan ATKL
5 Hiderojen rendah sodium ATKB
6 Hiderojen rendah potassium AU atau ATKB
7 Serbuk besi oksida besi AU atau ATKB dan ATKL
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 13

8 Hiderojen rendah serbuk besi AU atau ATKB

Salutan elektrod juga boleh dikategorikan kepada jenis:

- Rutile
- Selulos
- Serbuk besi

9.12 Pengkelasan Elektrod.

Elektrod dikelaskan mengikut system yang ditentukan oleh system piawaian


yang diterima pakai di sesebuah negara. Di Malaysia piawaian yang biasa
digunakan AWS ( American Welding Society ) atau ASTM (American
Standard for Testing Materials). Sebagai contoh terdapat tiga spesifikasi bagi
elektrod Keluli Lembut. Iaitu:

- AWS A5.1 – 55 T
- ASTM A233 – 55 T
- CSA W48.1 – 1952 (kanada)

Elektrod boleh dikodkan mengikut system penomboran seperti E6013, E6011,


E6010, E7018 dan sebagainya. Setiap huruf dan nombor mempunyai
pengertian tertentu. Sebagai contoh E6013:

E – elektrod
60 – kekuatan tensil/tegangan 60,000lb.
9 – kedudukan mengimpal
3 – jenis arus

Elektrod juga boleh dikelaskan mengikut :

- Cepat penuh ( E6024, E6027)


- Kelajuan tinggi (E6012, E6013)
- Cepat beku (E6010, E6011)

Terdapat juga elektrod yang menggunakan kod warna oleh pengeluarnya. Dimana
Kod warna yang digunakan menerangkan tentang kekuatan tensil, kedudukan
mengimpal dan juga pilihan arus.

Contoh: E 7024
hitam Jenis
kumpulan elektrod
kuning Logam
(tiada) Teras

Elektrod dikategorikan kepada tujuh kumpulan, iaitu:


KIMPALAN ARKA J1003/9/ 14

- Keluli lembut
- Keluli ‘low alloy’
- Keluli tahan karat
- Pengerasan permukaan
- Nikel dan pancalogam nikel
- Aluminium dan pancalogam aluminium
- Kuprum dan pancalogam kuprum

9.13 Fungsi Jeremang.

Jeremang adalah satu selaput yang terdapat pada permukaan kumai hasil dari
peleburan salutan elektrod. Jeremang ini mempunyai fungsi
tertentu.Diantaranya ialah:

- Melindungi kumai daripada udara luar disepanjang penyejukan


berlaku.
- Mengapungkan kotoran ke permukaan dari kawah lebur.
- Mengawal bentuk kumai supaya seragam.
- Melambatkan kadar penyejukan bagi membaiki sifat logam
- Memberikan perlindungan secara mekanikal kepada pemindahan
logam dari elektrod ke logam induk.

Tahniah !….anda telah berjaya


menghabiskan semua tajuk
pada hari ini. Semoga berjaya.

AKTIVITI 9B

9.7 Apabila menggunakan arus terus kekutuban berbalik dan arus


terus kekutuban lurus, apakah faktor-faktor yang perlu
diambilkira dalam pemilihan elektrod bagi keduanya?

9.8 Bagaimanakah satu-satu jenis elektrod itu dapat dikenali dari segi
fungsi dan kegunaannya?
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 15

9.9 Apakah pentingnya elektrod perlu disimpan dalam keadaan


yang baik dan kelembapannya perlu dikawal?

9.10 Nyatakan fungsi pemegang elektrod dan apakah langkah-langkah


penjagaan yang perlu diambil supaya ianya tahan lama
digunakan.

9.11 Bagaimanakah jarak arka, kelajuan mengimpal serta sudut


elektrod mempengaruhi mutu kumai?

Cubalah jawab soalan-soalan di atas.


Rasanya taklah susah sangat.
Mungkin susah lagi makan lobak ni.
Kalau rasa ada yang kurang jelas sila
tanya pensyarah matapelajaran anda.

MAKLUM BALAS 9B

9.7 Pemilihan elektrod untuk arus terus kekutuban berbalik dan arus terus
kekutuban lurus hendaklah diperhatikan pada jenis kegunaannya
mengikut kod yang telah dicatatkan spesifikasinya.

Sebagai contoh:

- E 6010 jenis arus adalah ATKB.


- E 7014 jenis arus adalah ATKL
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 16

9.8 Elektrod dapat dikenali dari segi fungsi dan kegunaannya ialah
melalui kod yang terdapat pada elektrod berkenaan. Kod elektrod
biasanya ditandakan dengan nombor atau warna tertentu.

9.9 Elektrod hendaklah disimpan dalam suhu yang terkawal supaya


bebas dari kelembapan dan unsur yang tidak diingini dari udara
meresap kedalam salutannya. Ini akan menjejaskan pada mutu
kimpalan.

9.10 Pemegang elektrod berfungsi untuk:

- melindungi pengimpal daripada terkena kejutan elektrik.


- Sebagai pelindung haba dari elektrod
- Sebagai penghubung diantara kebel kimpalan dan elektrod.

Langkah-langkah penjagaan yang perlu diambil supaya ianya tahan


lama iaitu hendaklah semua sambungannya diikat dengan kuat
supaya ianya tidak menjadi terlalu panas dan menerbitkan percikan
api pada sambungan-sambungan tersebut.

9.11 Bagi menentukan mutu kumai yang baik beberapa perkara


perlu diambil perhatian. Termasuklah mengawal jarak arka, sudut
elektrod dan juga kelajuan kimpal.

- Jarak arka yang sesuai biasanya mengikut garispusat logam teras


elektrod berkenaan. Jarak arka akan menentukan keseragaman
bentuk kumai keseluruhannya.
- Sudut elektrod akan menentukan bentuk riak atau ira kumai
- Kelajuan mengimpal akan menentukan saiz kumai keseruhannya.

PENILAIAN KENDIRI

1. Lakarkan dan namakan bahagian-bahagian dalam kimpalan arka.

2. Lakarkan dan namakan bahagian-bahagian dalam pemasangan kelengkapan


kimpalan arka.

3. Senaraikan kelebihan dan kelemahan mengimpal dengan proses kimpalan


KIMPALAN ARKA J1003/9/ 17

arka pelindung ( SMAW).

4. Dalam keadaan bagaimanakah kerja mengimpal dengan proses SMAW ini


tidak digalakkan?

5. Apakah jenis mesin kimpal yang paling sesuai untuk mengimpal dengan
proses SMAW?

6. Apakah yang anda faham mengenai ‘voltan litar terbuka’ dan ‘voltan litar
tertutup’?

7. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘semburan arka’ dan apakah tindakan


yang boleh dilakukan bagi mengurangkan fenomena ini?

8. Nyatakan fungsi salutan elektrod dan peranannya semasa mengimpal


dijalankan dengan lebih spesifik.

9. Terangkan bagaimana jeremang dihasilkan bagi menutupi kumai dan


peranannya terhadap kumai.

Baca dan fahamkan betul-betul soalan-


soalan di atas. Jika anda boleh
menjawab dengan betul. Pelajaran anda
tamat hari. Jika tidak anda terpaksa
mengulang semula.

MAKLUM BALAS
KENDIRI

1. Nama-nama bahagian dalam kimpalan arka.

Salutan elektrod

Titisan logam
kumai
arka
Logam teras

Kawah lebur

bendakerja
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 18

2. Nama-nama bahagian dalam pemasangan kelengkapan kimpalan arka.

elektrod
Kebel elektrod

Bekalan kuasa
(mesin kimpalan)

Kebel bumi Pemegang


elektrod bendakerja

3. Kelebihan dan kekurangan proses SMAW.

KELEBIHAN KEKURANGAN

1. Kos yang kurang 1. Tidak sesuai untuk logam yang


2. Boleh mengimpal lebih nipis daripada 1/16 inci.
kebanyakan logam 2. Kitaran kerja agak rendah.
3. Bersaiz kecil dan tidak 3. Elektrod tidak dapat digunakan
memerlukan ruang yang sehingga habis keseluruhannya.
besar 4. Kumai yang di buat perlu
4. Boleh mengimpal pada bersambung sambung apabila
sebarang kedudukan bertukar elektrod dan ini
5. Kurang dipengaruhi oleh memungkinkan kecacatan
angin yang bertiup berlaku.
berbanding GMAW
6. Boleh dilakukan dalam
sebarang keadaan cuaca
7. Boleh megimpal logam
yang tebal

5. Dalam beberapa keadaan mengimpal dengan proses SMAW tidak digalakkan.


Diantaranya ialah:

- Mengimpal dalam hujan


KIMPALAN ARKA J1003/9/ 19

- Mengimpal ketika ribut pasir atau dalam keadaan bersalji


- Mengimpal bendakerja yang suhunya dibawah 0°F.

6. ‘Voltan litar terbuka’ adalah voltan pada mesin ketika kerja mengimpal tidak
dijalankan manakala ‘voltan litar tertutup’ adalah voltan pada litar kimpalan
sewakerja mengimpal sedang dijalankan. Voltan litar terbuka sangat bahaya
bagi pengimpal.

7. Semburan arka adalah satu fenomena yang berlaku apabila arka terpesong dari
laluan asal ketika mengimpal sedang dijalankan diiringi dengan bunyi
semburan yang kuat. Diantara sebabnya ialah ianya mungkin di pengaruhi
oleh kedudukan klip bumi dengan tempat mengimpal.

Cara bagi mengurangkan fenomena ini ialah:

- Tukar kepada arus ulangalik


- Alihkan klip bumi pada tempat yang jauh sedikit.
- Jarak arka hendaklah pendek.
- Letak bongkah besi di atas hujung bendakerja
- Mengimpal jauh dari sisi bendakerja.
- Ubah arah mengimpal

8. Salutan pada elektrod mempunyai fungsi seperti berikut:

- Menjadikan arka lebih stabil


- Menghasilkan gas pelindung disekeliling arka dan kawah arka
- Membentuk sangga dipermukaan kumai bagi melindungi kumai
- Menampung bahan-bahan yang menentukan ciri-ciri penggunaan
elektrod berkenaan.

9. Jeremang atau selalu dipanggil dengan sebutan ‘slag’ dihasilkan dari


peleburan salutan elektrod lalu ianya membeku di atas permukaan kumai.
Jeremang mempunyai beberapa peranan ke atas kumai diantaranya ialah:

- Melambatkan kadar penyejukan kumai dan ini akan mengekalkan


ciri-ciri asal logam teras pada kumai.
- Melindungi kumai dari unsur luar yang tidak diingini semasa
penyejukan yang datang dari udara.
- Membantu dalam membentuk kumai yang seragam.

Tahniah!………anda telah
berjaya menjawab semua
soalan. Anda diterima
untuk
ke semester seterusnya.
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 20

Anda mungkin juga menyukai