Anda di halaman 1dari 28

PENGUKURAN J1003/4/ 1

Dapat menggunakan alat-alat pengukur asas


dengan betul dan boleh mendapat bacaan yang
tepat

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

Menamakan alat-alat pengukur asas seperti pembaris keluli, tali


pita, angkup dalam dan angkup luar.
Menyatakan pelbagai jenis dan saiz mikrometer.
Melakar dan menamakan bahagian- bahagian micrometer luar.
Menyatakan prinsip asas micrometer.
Berkebolehan membaca dan melakarkan bacaan micrometer
dalam (metrik dan imperial).
Menerangkan cara penggunaan micrometer.
Melakar dan menamakan bahagian-bahagian angkup vernier.
Menyatakan prinsip asas vernier.
Menerangkan cara-cara menggunakan angkup vernier.
Membaca dan melakarkan bacaan angkup vernier (metrik dan
imperial).
Menyatakan pelbagai alat pengukur yang menggunakan prinsip
vernier seperti jangka sudut serong vernier dan tolok tinggi
vernier.s
PENGUKURAN J1003/4/ 2

INPUT
4.0 PENGENALAN

Dalam bidang ketukangan, istilah menanda bermaksud membuat


tanda diatas permukaan logam yang akan .dimesin atau digegas. Ini
termasuklah menandakan garisan, bulatan, lengkuk, jarak dan juga
pusat. Tanda yang telah dibuat digunakan sebagai panduan apabila
hendak memesin atau memasang benda kerja. Dengan menanda, kita
dapat mengetahui berapa banyak bahan yang harus dibuang atau
bahagian mana yang harus dipotong atau dibuat lubang. Butir-butir
dan spesifikasi tandaan ini biasanya didapati dan dipindahkan
daripada lukisan atau cetakan biru keatas permukaan benda kerja .

Tahukah anda bahawa setiap penandaan yang dilakukan


memerlukan alat-alat pengukuran dan pengujian, dimana tanpa alat-
alat ini kerja yang dilakukan mungkin kurang berkualiti dan tidak
menepati spesifikasi atau piawaian yang dikehendaki. Oleh yang
demikian didalam unit 4 ini anda akan dapat mengenali alat-alat
pengukuran dan memahami kepentingan alat pengukuran dalam
bengkel mekanikal.

4.1 ALAT-ALAT PENGUKUR ASAS

Terdapat berbagai-bagai jenis alat pengukur asas yang biasa


digunakan dalam kerja-kerja menanda. Dibawai ini disenaraikan
beberapa alat penting yang biasa digunakan dalam bengkel
kejuruteraan mekanikal.

Pembaris keluli
Sesiku bergabung
Angkup luar dan angkup dalam
Jangka tolok
Penubuk
Penggarit
Sesiku L
Sesiku serong
Jangka sudut
Jangka sudut vernier
Tolok permukaan
PENGUKURAN J1003/4/ 3

PEMBARIS KELULI
Pembaris keluli diperbuat daripada keluli kalis karat atau keluli alat.
Skalanya dalam unit inci dan metrik. Pembaris keluli metrik boleh didapati
dalam berbagai-bagai ukuran panjang, iaitu daripada 6 milimeter hingga1
meter, bagaimanapun jenis yang lazim digunakan berukuran 150 milimeter
hingga 300 milimeter.
Pembaris keluli metrik disenggatkan kepada setengah dan satu
millimeter, sementara pembaris keluli inci dibuat senggatan dalam pecahan
dan perpuluhan. Pecahan yang ,biasa ialah1/64, 1/32, 1/16 dan1/8 inci.
Pembaris jenis perpuluhan pula membolehkan pecahan yang lebih kecil
daripada 1/64 inci dibaca, kerana pembaris jenis ini mempunyai senggatan
0.100(1/10 inci), 0.050(1/20inci), 0.020(1/50inci) dan 0.010(1/100inci). Rajah
dibawah menunjukkan nilai tiap-tiap satu senggatan yang terdapat dalm
ketiga-tiga jenis ukuran, iaitu metrik, pecahan dan perpuluhan.

ANGKUP LUAR
Angkup luar mempunyai kaki yang bengkok kedalam. Ia sama ada je
Nis bercantum ketat ataupun jenis bercantum pegas. Kegunaan angkup
luar adalah untuk mendapatkan dimensi sebelah luar benda kerja bulat
atau rata, ketebalan dinding silinder dan bahagian benda kerja bertingkat.

ANGKUP DALAM
PENGUKURAN J1003/4/ 4

Binaan dan bentuk angkup dalam hampir serupa dengan angkup luar
kecuali ia mempunyai kaki yang bengkok keluar. Kegunaan angkup dalam
pula adalah untuk mengambil ukuran pada sebelah dalam seperti garis
pusat batang paip, garis pusat lubang, lebar lurah, lengkang lurah alur
kunci dan sebagainya.

4.2 JENIS DA N SAIZ MIKROMETER

Mikrometer merupakan alat pengukur jitu yang lazimnya digunakan


dalam bengkel mesin kerana ia dapat mengukur ukuran-ukuran yang
paling kecil dengan tepat. Terdapat berbagai jenis micrometer yang
biasa digunakan, antaranya ialah :

i) Mikrometer luar
ii) Mikrometer dalam
iii) Mikrometer tolok dalam

Mikrometer boleh dibaca dengan dua kaedah iaitu dalam unit metrik
dan unit imperial. Biasanya ukuran yang paling kecil yang boleh
dibaca oleh micrometer
Ialah 1/100 milimeter(0.01). Manakala micrometer inci pula boleh
membaca sehingga 1/1000 inci (0.001inci) dan 1/10000 inci (0.0001
inci). Terdapat tiga saiz micrometer yang biasa digunakan untuk
kesemua jenis-jenis micrometer diatas iaitu :

1. Mikrometer 0 – 25 mm
Muka andas dan spindal tertutup rapat apabila angka sifar
pada laras sejajar dengan angka sifar pada bidal
dan bacaannya ialah 0mm.
PENGUKURAN J1003/4/ 5

2. Mikrometer 25 – 50 mm
Walaupun angka sifar sejajar antara satu dengan yang lain
tetapi jarak muka ukuran ialah 25mm dan bacaan bermula
daripada 25mm.

3. Mikrometer 100 –150 mm


Bacaan untuk mikrometer ini bermula daripada 100mm.

4.3 LAKARAN DAN NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN MIKROMETER LUAR

A) BINGKAI
Bingkai berbentuk separuh bulatan, mempunyai spindal
dibahagian hujung sebelah kanan dan andas disebelah
kiri.

B) ANDAS
Dipasang tetap disebelah kiri bingkai. Bagi sesetengah
andas, diletakkan tip tungsten karbida pada bahagian
mukanya supaya tidak cepat haus.

C) SPINDAL
Dibahagian hujung sebelah kanan terdapat benangyang
boleh berputar dengan bantuan nat yang dilekatkan
pada bidal. Apabila bidal diputar spindal akan bergerak
maju dan mundur ke permukaan andas. Hujung sebelah
kirinya juga diletakkan tip tungsten karbida.

D) LARAS
Bahagiannya terdapat senggatan-senggatan yang dibuat
disebelah menyebelah garisan selari yang menjadi
datum kepada micrometer. Bahagian atasnya pula
disenggatkan pula kepada 25 bahagian dan satu
lsenggatan bersamaan 1mm. Manakala bahagian
dibawahnya pula senggatan dibuat membahagi dua
senggatan diatas, bermakna satu garisan bersamaan
0.5mm.
PENGUKURAN J1003/4/ 6

E) BIDAL
Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 50 bahagian
yang sama. Tiap-tiap satu bahagian bersamaan 0.01mm.

F) PENGANJAK HALUS
Terletak dibahagian hujung bidal. Kegunaannya adalah
untuk memdapatkan bacaan yang tepat, tekanan,
mengukur mestilah tekal dan berdasarkan rasa
sentuhan.

4.4 PRINSIP ASAS MIKROMETER

Mikrometer bekerja berasaskan pergerakan ulir skru. Spindalnya


mempunyai skru dengan pic ulir 0.5 milimeter. Ia boleh berputar
dengan bantuan nat yang dilekatkan pada bidal, dimana apabila bidal
diputarkan spindal akan bergerak maju atau mundur ke permukaan
andas. Oleh sebab itu pic ulir mikrometer ialah 0.5mm, maka setiap
satuputaran penuh bidal, spindal bergerak 0.5mm. Setiap satu
pusingan bidal, pergerakan yang dibuat oleh spindal sejauh 0.5mm,
maka tiap-tiap satu senggatan bidal ialalh 1/50 x 0.5 = 0.01mm.
Permukaan andas dan spindal disebut muka ukuran kerana benda
kerja diukur diantara dua permukaan ini. Untuk memulakan satu-satu
ukuran, angka sifar pada bidal hendaklah sejajar dengan angka sifar
pada laras.
PENGUKURAN J1003/4/ 7

AKTIVITI 4A
4.1 Manakah antara yang berikut bukan alat pengukuran asas dalam bengkell
kejuruteraan mekanikal:

a. pembaris keluli c. angkup dalam e. tali pita


b. angkup vernier d. sesiku L f. penggarit

4.2 Manakah antara berikut tiga jenis saiz mikrometer yang sering digunakan:

a. 0mm-20mm c. 0mm- 15mm e. 0mm- 25mm


20mm- 50mm 15mm- 25mm 25mm-45mm
50mm- 100mm 25mm- 50mm 45mm-65mm

b. 0mm- 25 mm d. 0mm- 25mm f. 25mm-50mm


25mm- 50mm 25mm- 50mm 50mm-75mm
50mm- 75mm 100mm- 150mm 75mm-95mm

4.3 Mengapakah sesetengah muka andas pada mikrometer diletakkan tip


tungsten karbida:

a. nampak cantik c. tahan haus e. tahan karat


b. lebih kuat d. lebih tepat f. lebih murah

4.4 Berikut adalah nama-nama bahagian pada sebuah mikrometer kecuali:

a. Bingkai c. laras e. rahang


b. Spindal d. andas f. bidal

4.5 Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama.setiap


senggatan bersamaan dengan:

a. 0.01mm c. 0.05mm e. 0.02mm


b. 0.10mm d. 0.50mm f. 0.20mm

Cuba jawab soalan latihan diatas dan


semak jawapan pada maklum balas
disebelah, pastikan anda faham. Jika
tidak, sila lakukan ulang kaji semula
PENGUKURAN J1003/4/ 8

MAKLUM BALAS 4A
4.1 a. (pembaris keluli) – antara alat pengukuran asas bengkel
kejuruteraan mekanikal
b (angkup vernier) – antara alat pengukuran asas bengkel
kejuruteraan mekanikal
c. (angkup dalam) - antara alat pengukuran asas bengkel
kejuruteraan mekanikal
d. (sesiku L) - antara alat pengukuran asas bengkel
kejuruteraan mekanikal
e. (tali pita) - antara alat pengukuran asas bengkel
kejuruteraan mekanikal
f. (penggarit) - alat penguji dan penanda dalam bengkel
kejuruteraan mekanikal

4.2 Tiga jenis saiz mikrometer yang sering digunakan adalah:

d. 0mm – 25mm
25mm – 50mm
100mm – 150mm

4.3 Tujuan sesetengah muka andas pada mikrometer diletakkan tip tungsten
karbida adalah supaya :

c. tahan haus

4.4 a. (bingkai) – bahagian pada sebuah mikrometer


b. (spindal) – bahagian pada sebuah mikrometer
c. (laras) - bahagian pada sebuah mikrometer
d. (andas) - bahagian pada sebuah mikrometer
e. (rahang) – bahagian pada sebuah angkup vernier
f. (bidal) - bahagian pada sebuah mikrometer

4.5 Setiap senggatan pada muka lilitan bidal bersamaan dengan :

a. 0.01mm
PENGUKURAN J1003/4/ 9

INPUT

4.5 BACAAN DAN LAKARAN PADA MIKROMETER (METRIK DAN


IMPERIAL)

MEMBACA MIKROMETER METRIK/IMPERIAL


(Kaedah membaca mikrometer metrik dan imperial adalah sama,
cuma nilai bacaannya sahaja yang berbeza).

i) Bacaan sengagatan terakhir pada laras atas


yang dilalui oleh bidal didarabkan 1mm.
ii) Bacaan senggatan pada laras bawah yang
terhampir dengan 1mm didarabkan dengan
0.50mm.
iii) Bacaan senggatan pada bidal yang sejajar
dengan garisan skala laras didarabkan
dengan 0.01mm.
iv) Campurkan ketiga-tiga bacaan diatas.
Jumlah nilai tersebut merupakan bacaan
bagi micrometer itu.

4.6 CARA MENGGUNAKAN MIKROMETER

Cara menggunakan micrometer ialah dengan mendapatkan tekanan


mengukur dengan betul, elakkan memutar bidal berlebihan. Sebaliknya
dapatkan rasa sentuhan yang betul. Micrometer hendaklah dipegang pada
tapak tangan dan diapit dengan jari kelilngking atau jari manis. Biarkan ibu
jari dan jari talunjuk bebas memutarkan bidal untuk melaraskan spindal.
Benda kerja hendaklah diletakkan diantara permukaan andas dengan
spindal. Putar bidal sehingga kedua-dua muka ukuran itu menyentuh
benda kerja. Untuk merasa sentuhan, gerakan kehadapan atau
kebelakang perlahan-lahan.
PENGUKURAN J1003/4/ 10

4.7 LAKARAN DAN NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER

A) BADAN
Berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai
senggatan dalam unit metrik atau inci. Senggatan ini dinamakan
skala utama.

B) PLAT VERNIER
Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan
disepanjang badan.

C) RAHANG
Terdiri daripada rahang tetep dan rahang gelangsar. Rahang tetap
merupakan bahagian daripada badan .manakala rahang gelangsar
merupakan sebahagian daripada plat vernier.

D) RUSUK
Berbentuk runcing dan terletak disebelah atas. Binaannya hampir
sama dengan rahang tetapi ia digunakan untuk mengukur ukuran
sebelah dalam.

E) SKRU PENGUNCI
Digunakan untuk mengunci plat vernier, supaya ukuran tidak
berganjak semasa angkup vernier dikeluarkan dari benda kerja. Ini
dapat mengurangkan kesilapan semasa mengukur.
F) BILAH PENGUKUR DALAM
Merupakan satu bilah kecil, boleh digerakkan keluar atau masuk
dalam lurah dibahagian belakang badan apabila rahang dibuka.
PENGUKURAN J1003/4/ 11

4.8 PRINSIP ASAS SKALA VERNIER

Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa


teragak-agak sekiranya ukuran itu terletak diantara dua tanda senggatan
pada satu-satu skala. Oleh itu angkup vernier mestilah :

i) mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier.


ii) senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada
skala vernier.
iii) Perbezaan antara skala utama dengan skala vernier
merupakan bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.
PENGUKURAN J1003/4/ 12

AKTIVITI 4B

4.1 Berapakah bacaan jangkalus (mikrometer) dibawah:

a. 21.29 mm c. 21.55 mm e. 21.79 mm


b. 29.21 mm d. 31.79 mm f. 31.55 mm

4.2 Namakan bahagian-bahagian mikrometer dibawah:

4.3 Namakan bahagian-bahagian angkup vernier dibawah:


PENGUKURAN J1003/4/ 13

4.4 Nyatakan dua dari tiga prinsip asas skala vernier

4.5 Berapakah bacaan angkup vernier dalam gambarajah dibawah:


(ketepatan vernier 0.02mm)

a. 24.27mm c. 24.00mm e. 24.84mm


b. 24.54mm d. 24.42mm f. 24.65mm

Cuba jawab soalan latihan diatas dan


semak jawapan pada maklum balas
disebelah, pastikan anda faham. Jika
tidak, sila lakukan ulang kaji semula
PENGUKURAN J1003/4/ 14

MAKLUM BALAS 4B

4.1 e. Bacaan senggatan terakhir


pada laras atas = 21 X 1 = 21.00mm
Bacaan pada laras bawah yang
terhampir dengan 1 mm = 1 X 0.5 = 0.50mm
Bacaan senggatan bidal yang
sejajar dengan skala
melintang pada laras = 29 X 0.01 = 0.29mm
Jumlah 21.79mm

4.2 a. bingkai c. bidal e. skru jangkalus


b. spindal d. penganjak halus f. andas

4.3 a. rahang tetap c. rusuk e. skala utama


b. rahang gelangsar d. skala vernier f. nat pelaras

4.4 Prinsip asas skala vernier ialah:

1) mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier.


2) senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala
vernier.
3) perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan
bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.

4.5 b. Bacaan pada skala utama yang


terhampir dengan 1mm = 24 X 1 = 24.00mm
Bacaan skala vernier
senggatan ke-27 yang
sejajar dengan salah satu
pada skala utama = 27 X 0.02 = 0.54mm
Jumlah 24.54mm
PENGUKURAN J1003/4/ 15

INPUT

4.9 CARA PENGGUNAAN ANGKUP VERNIER

Kelebihan menggunakan angkup vernier dengan mikrometer ialah dimana


micrometer hanya boleh membuat satu bahagian bacaan sahaja
manakala angkup vernier tiga bahagian bacaan iaitu bacaan luar dan
dalam benda kerja, seperti diameter dalam dan diameter luar, lebar alur
dan tebal benda kerja. Manakala fungsi ketiga adalah untuk mengukur
dalam atau tinggi benda kerja.
Cara penggunaan angkup vernier sedikit berbeza dengan mikrometer
dimana jari kelingking atau jari manis tidak perlu diapit pada bingkai
kerana angkup vernier tidak mempunyai bingkai.kedua-dua rahang
angkup vernier perlu dirapatkan pada bahan ukuran dan dengan
perlahan-lahan diputarkan sehingga sedikit rahang telah menyentuh
bahan ukuran, kemudian skru pengunci dikuncikan supaya nilai bacaan
tidak berganjak.

4.10 BACAAN DAN LAKARAN ANGKUP VERNIER (METRIK DAN


IMPERIAL)
(KAEDAH MEMBACA ANGKUP VERNIER METRIK DENGAN ANGKUP
VERNIER INCI ADALAH SAMA CUMA NILAI BACAANNYA SAHAJA
YANG BERBEZA).

Membaca Angkup vernier Tentukuran 0.02 mm

Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan


dan dinomborkan pada tiap-tiap 10 senggatan iaitu 10, 20, 30 dan
seterusnya. Skala vernier pula panjangnya 49mm dan disenggatkan
kepada 50 bahagian yang sama.

yang sejajar, senggatan yang ke 50 skala vernier akan sejajar dengan


senggatan ke 49 pada skala utama. Untuk mengetahui perbezaan nilai
antara satu senggatan skala utama dengan skala vernier, maka tolakkan
1mm (nilai 1 senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan
pada skala vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah :

50 senggatan skala vernier = 49 mm skala utama


1 senggatan = 49/50
PENGUKURAN J1003/4/ 16

= 0.98 mm.
Perbezaan nilai senggatan = 1 mm – 0.98 mm
= 0.02 mm

Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.02 mm.

Contoh 1:

Bacaan skala utama yang


terhampir dengan 1 mm = 42 x 1 = 42.00 mm

Bacaan skala vernier


senggatan ke-16 yang
sejajar dengan salah Satu
garisan pada skala utama = 16 x 0.2 = 0.32mm
Jumlah 42.32 mm
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 42.32 mm.

Contoh 2 :
PENGUKURAN J1003/4/ 17

Bacaan skala utama yang


terhampir dengan 1mm = 65 x 1 = 65.00 mm

Bacaan skala vernier


senggatan ke-39 yang
sejajar dengan salah Satu
garisan pada skala utama = 39 x 0.02 = 0.78 mm
Jumlah 65.78 mm
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 65.78 mm.

Membaca Angkup Vernier Tentukuran 0.05 mm

Skala utama disenggatkan kepada 1mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan
dinomborkan pada tiap-tiap 10 senggatan iaitu 10, 20, 30 dan seterusnya. Skala
vernier pula yang panjangnya 19mm, disenggatkan kepada 20 bahagian yang
sama. Apabila angka sifar di kedua-dua skala diletakkan pada kedudukan yang
sejajar, senggatan ke-20 pada skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke-
19 pada skala utama.
Untuk mengetahui perbezaan nilai bagi senggatan skala utama dengan
skala vernier, maka to
lakkan dengan 1mm (nilai senggatan pada skala utama) dengan nilai satu
senggatan pada skala vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah :
20 senggatan pada skala vernier = 19mm skala utama
1 senggatan = 19/20.
Perbezaan nilai senggatan = 1 – 0.95 mm
= 0.05mm.

Oleh itu nilai setiap sengagatan pada skala vernier = 0.05mm.

Contoh 1:
PENGUKURAN J1003/4/ 18

Bacaan skala utama = 25.00 mm


Bacaan skala vernier apabila
senggatan ke-8 sejajar
dengan salah satu garisan
pada skala utama = 8 x 0.05 = 0.40 mm
Jumlah 25.40 mm

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 25.40 mm.

Contoh 2:

Bacaan skala utama = 123.00 mm


Bacaan skala vernier apabila
sengatan ke-15 sejajar
dengan salah satu garisan
pada skala utama = 15 x 0.05 = 0.75 mm
Jumlah 123.75 mm

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 123.75mm.


PENGUKURAN J1003/4/ 19

4.11 ALAT PENGUKUR LAIN YANG MENGGUNAKAN PRINSIP VERNIER


SEPERTI JANGKA SUDUT VERNIER DAN JANGKA SUDUT VERNIER

Selain angkup vernier, terdapat juga alat-alat pengukur yang lain juga
mengambil skala vernier bagi membolehkan mengambil ukuran yang lebih kecil
seperti; jangka sudut vernier, tolok tingi vernier, tolok dalam vernier, tolok vernier
gigi gear dan sebagainya.

JANGKA SUDUT VERNIER

Kegunaan jangka sudut vernier


PENGUKURAN J1003/4/ 20

1. Untuk mengukur sudut dengan tepat. Ketepatan boleh


dibaca sehingga 5’ atau 1/12 .
2. untuk kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut.

Bahagian-bahagian jangka sudut vernier

BILAH

Bilah mempunyai berbagai-bagai ukuran, biasanya 150mm atau 300mm. Ia


dimasukkan kedalam dail, boleh dikilas, dilaraskan dan dikunci pada sebarang
kedudukan sudut.

DAIL

Dail terdiri daripada dua skala, iaitu:

b) skala utama-skala ini disenggatkan kepada


360 iaitu dari 0 -90 , 90 –0 , 0 –90 , 90
–0 . Ia dinomborkan setiap 10 .
c) Skala vernier –skala ini disenggatkan
kepada 12 bahagian, setiap satu bahagian
mewakili 5’ atau 1/12 dan dinomborkan
setiap 3 senggatan iaitu 15 ,30 ,45 dan
60 .
Kedua-dua skala utama dan skala vernier ini dibuat dua arah dari
angka sifar (0).

PRINSIP MEMBACA UKURAN

Jika bacaan sudut dalam darjah penuh:


Garisan sifar (0) dan garisan ke-60 skala vernier akan sejajar dengan mana-
mana garisan pada skala utama.
Bacaan senggatan utama dari 0 hingga ke senggatan yang telah dilalui oleh
garisan sifar skala vernier dalam arah yang sama. Kemudian dicapurkan jumlah
garisan pada skala vernier yang sejajar dengan mana-mana garisan pada skala
utama, juga dalam arah yang sama.

Contoh 1:
PENGUKURAN J1003/4/ 21

Garisan sifar (0) skala vernier


melampaui garisan ke-64 skala
utama. Oleh itu bacaannya = 64 00’

Garisan ke-2 skala vernier sejajar


dengan salah satu garisan
pada skala utama (dibaca
dalam arah bacaan yang
sama). Oleh sebab setiap 1
senggatan bersamaan dengan
5’, maka bacaannya = 2 x 5’ = 10’
jumlah 64 10’

Contoh 2:

Garisan sifar skala vernier


melampaui garisan ke-20
skala utama. Bacaannya = 20 00’
Garisan ke-9 skala vernier
sejajar dengan salah Satu
garisan pada skala utama
(dibaca dalam arah yang
sama). Oleh sebab tiap-tiap
satu senggatan bersamaan
dengan 5’, maka bacaannya = 9 x 5’ = 45’
jumlah 20 45’
PENGUKURAN J1003/4/ 22

AKTIVITI 4C
4.1 Antara yang berikut alat pengukuran yang menggunakan prinsip vernier:

a tolok permukaan c. tolok tinggi vernier e. tali pita

c. angkup Jenny d. tolok palam f. tolok dail

4.2 Bagaimanakah saiz sesebuah angkup vernier ditentukan:

a. bilangan skala c. berat angkup e. lebar rusuk

b. panjang badan d. kejituan bacaan f. luas rahang

4.3 Berapakah bacaan jangka sudut vernier dibawah:

a. 40 00’ c. 45 17’ e. 17 60’

b. 40 17’ d. 45 40’ f. 16 45’

4.4 Rusuk berfungsi untuk mengukur ukuran bahagian:

a. luar c. ketinggian lurah e. panjang silinder

b. diameter dalam d. diameter luar f. ketebalan bongkah

4.5 Berikut adalah nama-nama bahagian pada sebuah angkup vernier kecuali:

a. Bingkai c. rahang tetap e. skala utama

c. Skala vernier d. rahang gelangsar f. rusuk

Cuba jawab soalan latihan diatas dan


semak jawapan pada maklum balas
disebelah, pastikan anda faham. Jika
tidak, sila lakukan ulang kaji semula
PENGUKURAN J1003/4/ 23

MAKLUM BALAS 4C

4.1 c. Tolok tinggi vernier

4.2 b. Panjang badan

4.3 f. Garisan sifar skala vernier


melampaui garisan ke-16
skala utama. Bacaannya = 16 00’
garisan ke-9 skala vernier
sejajar dengan salah satu
garisan pada skala utama
(dibaca dalam arah yang
sama). Oleh sebab tiap-tiap
satu senggatan bersamaan
dengan 5’, maka bacaannya = 9 X 5’ = 45’
jumlah 16 45’

4.4 b. Diameter dalam

4.5 a. Bingkai
PENGUKURAN J1003/4/ 24

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA,


ANDA MESTILAH MENJAWAP SEMUA
SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI
UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

1. Nyatakan dua kelebihan menggunakan angkup vernier jika dibandingkan


dengan jangkalus.

2. Nyatakan dua kegunaan bagi alat-alat berikut:


(a) pembaris keluli
(b) jangka sudut vernier
(c) angkup vernier
(d) tolok tinggi vernier
(e) angkup jenney
(f) angkup dalam
(g) angkup luar

3. Lukiskan sebuah mikrometer tolok dalam.

4. Lukiskan sebuah angkup vernier.

5. Nyatakan nilai bacaan mikrometer dibawah:

Sumber: pengarang, nama buku, pengeluar, tahun

6. Nyatakan nilai bacaan angkup vernier dibawah:


PENGUKURAN J1003/4/ 25

7. Nyatakan nilai bacaan jangka sudut vernier dibawah:

8. Nyatakan nilai bacaan pembaris keluli dibawah:

9. Nyatakan dua punca ralat sifar pada sesebuah mikrometer:

10. Terangkan kegunaan penganjak halus pada sesebuah mikrometer.


PENGUKURAN J1003/4/ 26

MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI

1. (a) Cepat mendapat nilai bacaan,pada skala utama dan skala vernier.
(b) Boleh mengukur diameter dalam dan luar,lebar lurah dan
kedalaman/ketebalan benda kerja.

2. (a) Pembaris keluli


-Boleh membuat ukuran terus dalam metrik dan imperial
-Mengukur jarak yang telah diambil dengan menggunakan angkup
luar dan angkup dalam.

(b) Jangka sudut vernier


-Mengukur sedut dengan tepat sehingga kepada 5’ atau 1/12 .
-Membuat kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut.

(c) Angkup vernier


-Mengukur terus panjang,lebar,diameter luar atau dalam.
-Mengukur dalam atau lebar lurah.

(d) Tolok tinggi vernier


-Mengukur kedalaman lubang, lurah dan lekuk.
-Mengukur dan menanda terus pada plat atau bongkah kerja.

(e) Angkup jenney


-Mencari pusat pada hujung bar bulat.
-Membuat garisan selari pada bongkah kerja.

(f) Angkup dalam


-Mengambil ukuran sebelah dalam seperti diameter paip dan
lubang.
-Mengambil ukuran lebar lurah dan lengkang lurah alur kunci.

(g) Angkup luar


-Mendapatkan dimensi sebelah luar benda kerja bulat atau rata.
-Mendapatkan ketebalan dinding silinder dan benda
kerja bertingkat.
PENGUKURAN J1003/4/ 27

3. Gambarajah sebuah mikrometer tolok dalam.

4. Gambarajah sebuah angkup vernier.

5. Bacaan senggatan terakhir


pada laras atas =7X1 = 7.00mm
Bacaan pada laras bawah yang
Terhampir dengan 1mm = 1 X 0.5 = 0.50mm
Bacaan senggatan bidal yang
Sejajar dengan skala
Melintang pada laras = 34X 0.01 = 0.34mm
Jumlah 7.84mm

6. Bacaan pada skala utama =2X1 = 2.00mm


bacaan pada skala vernier
senggatan ke-45 yang
sejajar dengan salah satu
garisan pada skala utama =45 X 0.02 = 0.90mm
jumlah 2.90mm

7. Garisan sifar skala vernier


PENGUKURAN J1003/4/ 28

sejajar dengan salah satu


garisan pada skala utama
maka, bacaannya = 13 00’

8. Nilai bacaan pada pembaris keluli,

(a) 295 mm
(b) 284 mm
(c) 267 mm
(d) 251 mm
(e) 214 mm
(f) 5.5 mm
(g) 19.5 mm
(h) 32.5 mm
(i) 43.5 mm

9. Punca-punca yang menyebabkan ralat sifar:


-mikrometer tidak digunakan dengan cara yang betul.
-mikrometer tidak dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna.
-permukaan (muka ukuran) andas dan spindal menjadi haus.
-berlaku kerenggangan atau kelonggaran pada skru spindal.

10. Kegunaan penganjak halus pada mikrometer ialah untuk memastikan


ketepatan ukuran yang dibuat kerana ia mengawal dan mengelakan bidal
diputar berlebihan.

ANDA BOLEHLAH PERGI KE UNIT 5 JIKA


JAWAPAN YANG DIBERIKAN TIDAK
MENGECEWAKAN SAYA. TAHNIAH!!!
SEKALI LAGI.JIKA TIDAK SILA BUAT
ULANGKAJI SEMULA.

Anda mungkin juga menyukai