Anda di halaman 1dari 24

PENGUKURAN

4.0 PENGENALAN

Dalam bidang ketukangan, istilah menanda bermaksud membuat tanda


diatas permukaan logam yang akan .dimesin atau digegas. Ini termasuklah
menandakan garisan, bulatan, lengkuk, jarak dan juga pusat. Tanda yang
telah dibuat digunakan sebagai panduan apabila hendak memesin atau
memasang benda kerja. Dengan menanda, kita dapat mengetahui berapa
banyak bahan yang harus dibuang atau bahagian mana yang harus
dipotong atau dibuat lubang. Butir-butir dan spesifikasi tandaan ini
biasanya didapati dan dipindahkan daripada lukisan atau cetakan biru
keatas permukaan benda kerja .

Tahukah anda bahawa setiap penandaan yang dilakukan memerlukan alat-


alat pengukuran dan pengujian, dimana tanpa alat-alat ini kerja yang
dilakukan mungkin kurang berkualiti dan tidak menepati spesifikasi atau
piawaian yang dikehendaki. Oleh yang demikian didalam unit 4 ini anda
akan dapat mengenali alat-alat pengukuran dan memahami kepentingan
alat pengukuran dalam bengkel mekanikal.

4.1 ALAT-ALAT PENGUKUR ASAS

Terdapat berbagai-bagai jenis alat pengukur asas yang biasa digunakan


dalam kerja-kerja menanda. Dibawai ini disenaraikan beberapa alat penting
yang biasa digunakan dalam bengkel kejuruteraan mekanikal.

 Pembaris keluli
 Sesiku bergabung
 Angkup luar dan angkup dalam
 Jangka tolok
 Penubuk
 Penggarit
 Sesiku L
 Sesiku serong
 Jangka sudut
 Jangka sudut vernier
 Tolok permukaan

PEMBARIS KELULI
Pembaris keluli diperbuat daripada keluli kalis karat atau keluli alat.
Skalanya dalam unit inci dan metrik. Pembaris keluli metrik boleh didapati dalam
berbagai-bagai ukuran panjang, iaitu daripada 6 milimeter hingga1 meter,
bagaimanapun jenis yang lazim digunakan berukuran 150 milimeter hingga 300
milimeter.
44
Pembaris keluli metrik disenggatkan kepada setengah dan satu millimeter,
sementara pembaris keluli inci dibuat senggatan dalam pecahan dan perpuluhan.
Pecahan yang ,biasa ialah1/64, 1/32, 1/16 dan1/8 inci. Pembaris jenis perpuluhan
pula membolehkan pecahan yang lebih kecil daripada 1/64 inci dibaca, kerana
pembaris jenis ini mempunyai senggatan 0.100(1/10 inci), 0.050(1/20inci),
0.020(1/50inci) dan 0.010(1/100inci). Rajah dibawah menunjukkan nilai tiap-tiap
satu senggatan yang terdapat dalm ketiga-tiga jenis ukuran, iaitu metrik, pecahan
dan perpuluhan.

ANGKUP LUAR
Angkup luar mempunyai kaki yang bengkok kedalam. Ia sama ada je
Nis bercantum ketat ataupun jenis bercantum pegas. Kegunaan angkup luar
adalah untuk mendapatkan dimensi sebelah luar benda kerja bulat atau rata,
ketebalan dinding silinder dan bahagian benda kerja bertingkat.

ANGKUP DALAM
Binaan dan bentuk angkup dalam hampir serupa dengan angkup luar
kecuali ia mempunyai kaki yang bengkok keluar. Kegunaan angkup dalam pula
adalah untuk mengambil ukuran pada sebelah dalam seperti garis pusat batang
paip, garis pusat lubang, lebar lurah, lengkang lurah alur kunci dan sebagainya.

45
4.2 JENIS DA N SAIZ MIKROMETER

Mikrometer merupakan alat pengukur jitu yang lazimnya digunakan dalam


bengkel mesin kerana ia dapat mengukur ukuran-ukuran yang paling kecil
dengan tepat. Terdapat berbagai jenis micrometer yang biasa digunakan,
antaranya ialah :

i) Mikrometer luar
ii) Mikrometer dalam
iii) Mikrometer tolok dalam

Mikrometer boleh dibaca dengan dua kaedah iaitu dalam unit metrik dan
unit imperial. Biasanya ukuran yang paling kecil yang boleh dibaca oleh
micrometer
Ialah 1/100 milimeter(0.01). Manakala micrometer inci pula boleh membaca
sehingga 1/1000 inci (0.001inci) dan 1/10000 inci (0.0001 inci). Terdapat tiga
saiz micrometer yang biasa digunakan untuk kesemua jenis-jenis
micrometer diatas iaitu :

1. Mikrometer 0 – 25 mm
Muka andas dan spindal tertutup rapat apabila angka sifar pada laras
sejajar dengan angka sifar pada bidal
dan bacaannya ialah 0mm.

2. Mikrometer 25 – 50 mm
Walaupun angka sifar sejajar antara satu dengan yang lain tetapi
jarak muka ukuran ialah 25mm dan bacaan bermula daripada 25mm.

3. Mikrometer 100 –150 mm


Bacaan untuk mikrometer ini bermula daripada 100mm.

4.3 LAKARAN DAN NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN MIKROMETER LUAR

46
A) BINGKAI
Bingkai berbentuk separuh bulatan, mempunyai spindal
dibahagian hujung sebelah kanan dan andas disebelah kiri.

B) ANDAS
Dipasang tetap disebelah kiri bingkai. Bagi sesetengah andas,
diletakkan tip tungsten karbida pada bahagian mukanya
supaya tidak cepat haus.

C) SPINDAL
Dibahagian hujung sebelah kanan terdapat benangyang boleh
berputar dengan bantuan nat yang dilekatkan pada bidal.
Apabila bidal diputar spindal akan bergerak maju dan mundur
ke permukaan andas. Hujung sebelah kirinya juga diletakkan
tip tungsten karbida.

D) LARAS
Bahagiannya terdapat senggatan-senggatan yang dibuat
disebelah menyebelah garisan selari yang menjadi datum
kepada micrometer. Bahagian atasnya pula disenggatkan pula
kepada 25 bahagian dan satu lsenggatan bersamaan 1mm.
Manakala bahagian dibawahnya pula senggatan dibuat
membahagi dua senggatan diatas, bermakna satu garisan
bersamaan 0.5mm.

E) BIDAL
Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 50 bahagian yang
sama. Tiap-tiap satu bahagian bersamaan 0.01mm.

F) PENGANJAK HALUS
Terletak dibahagian hujung bidal. Kegunaannya adalah untuk
memdapatkan bacaan yang tepat, tekanan, mengukur mestilah
tekal dan berdasarkan rasa sentuhan.

4.4 PRINSIP ASAS MIKROMETER

Mikrometer bekerja berasaskan pergerakan ulir skru. Spindalnya


mempunyai skru dengan pic ulir 0.5 milimeter. Ia boleh berputar dengan
bantuan nat yang dilekatkan pada bidal, dimana apabila bidal diputarkan
47
spindal akan bergerak maju atau mundur ke permukaan andas. Oleh sebab
itu pic ulir mikrometer ialah 0.5mm, maka setiap satuputaran penuh bidal,
spindal bergerak 0.5mm. Setiap satu pusingan bidal, pergerakan yang
dibuat oleh spindal sejauh 0.5mm, maka tiap-tiap satu senggatan bidal
ialalh 1/50 x 0.5 = 0.01mm.
Permukaan andas dan spindal disebut muka ukuran kerana benda kerja
diukur diantara dua permukaan ini. Untuk memulakan satu-satu ukuran,
angka sifar pada bidal hendaklah sejajar dengan angka sifar pada laras.

AKTIVITI 4A
4.1 Manakah antara yang berikut bukan alat pengukuran asas dalam bengkell
kejuruteraan mekanikal:

a. pembaris keluli c. angkup dalam e. tali pita


b. angkup vernier d. sesiku L f. penggarit

4.2 Manakah antara berikut tiga jenis saiz mikrometer yang sering digunakan:

a. 0mm-20mm c. 0mm- 15mm e. 0mm- 25mm


20mm- 50mm 15mm- 25mm 25mm-45mm
50mm- 100mm 25mm- 50mm 45mm-65mm

b. 0mm- 25 mm d. 0mm- 25mm f. 25mm-50mm


25mm- 50mm 25mm- 50mm 50mm-75mm
50mm- 75mm 100mm- 150mm 75mm-95mm

48
4.3 Mengapakah sesetengah muka andas pada mikrometer diletakkan tip tungsten
karbida:

a. nampak cantik c. tahan haus e. tahan karat


b. lebih kuat d. lebih tepat f. lebih murah

4.4 Berikut adalah nama-nama bahagian pada sebuah mikrometer kecuali:

a. Bingkai c. laras e. rahang


b. Spindal d. andas f. bidal

4.5 Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama.setiap


senggatan bersamaan dengan:

a. 0.01mm c. 0.05mm e. 0.02mm


b. 0.10mm d. 0.50mm f. 0.20mm

MAKLUM BALAS 4A
4.1 a. (pembaris keluli) – antara alat pengukuran asas bengkel
kejuruteraan mekanikal
b (angkup vernier) – antara alat pengukuran asas bengkel kejuruteraan
mekanikal
c. (angkup dalam) - antara alat pengukuran asas bengkel kejuruteraan
mekanikal
d. (sesiku L) - antara alat pengukuran asas bengkel kejuruteraan
mekanikal
e. (tali pita) - antara alat pengukuran asas bengkel kejuruteraan
mekanikal
f. (penggarit) - alat penguji dan penanda dalam bengkel kejuruteraan
mekanikal

4.2 Tiga jenis saiz mikrometer yang sering digunakan adalah:

d. 0mm – 25mm
25mm – 50mm
100mm – 150mm

4.3 Tujuan sesetengah muka andas pada mikrometer diletakkan tip tungsten karbida
adalah supaya :

c. tahan haus

49
4.4 a. (bingkai) – bahagian pada sebuah mikrometer
b. (spindal) – bahagian pada sebuah mikrometer
c. (laras) - bahagian pada sebuah mikrometer
d. (andas) - bahagian pada sebuah mikrometer
e. (rahang) – bahagian pada sebuah angkup vernier
f. (bidal) - bahagian pada sebuah mikrometer

4.5 Setiap senggatan pada muka lilitan bidal bersamaan dengan :

a. 0.01mm

INPUT

4.5 BACAAN DAN LAKARAN PADA MIKROMETER (METRIK DAN IMPERIAL)

MEMBACA MIKROMETER METRIK/IMPERIAL


(Kaedah membaca mikrometer metrik dan imperial adalah sama, cuma nilai
bacaannya sahaja yang berbeza).

i) Bacaan sengagatan terakhir pada laras atas yang


dilalui oleh bidal didarabkan 1mm.
ii) Bacaan senggatan pada laras bawah yang
terhampir dengan 1mm didarabkan dengan
0.50mm.
iii) Bacaan senggatan pada bidal yang sejajar dengan
garisan skala laras didarabkan dengan 0.01mm.
iv) Campurkan ketiga-tiga bacaan diatas. Jumlah
nilai tersebut merupakan bacaan bagi micrometer
itu.

4.6 CARA MENGGUNAKAN MIKROMETER

50
Cara menggunakan micrometer ialah dengan mendapatkan tekanan mengukur
dengan betul, elakkan memutar bidal berlebihan. Sebaliknya dapatkan rasa
sentuhan yang betul. Micrometer hendaklah dipegang pada tapak tangan dan
diapit dengan jari kelilngking atau jari manis. Biarkan ibu jari dan jari talunjuk
bebas memutarkan bidal untuk melaraskan spindal. Benda kerja hendaklah
diletakkan diantara permukaan andas dengan spindal. Putar bidal sehingga
kedua-dua muka ukuran itu menyentuh benda kerja. Untuk merasa sentuhan,
gerakan kehadapan atau kebelakang perlahan-lahan.

4.7 LAKARAN DAN NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER

A) BADAN
Berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai senggatan
dalam unit metrik atau inci. Senggatan ini dinamakan skala utama.

B) PLAT VERNIER
Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan
disepanjang badan.

C) RAHANG
Terdiri daripada rahang tetep dan rahang gelangsar. Rahang tetap
merupakan bahagian daripada badan .manakala rahang gelangsar
merupakan sebahagian daripada plat vernier.

D) RUSUK
Berbentuk runcing dan terletak disebelah atas. Binaannya hampir sama
dengan rahang tetapi ia digunakan untuk mengukur ukuran sebelah
dalam.

E) SKRU PENGUNCI
Digunakan untuk mengunci plat vernier, supaya ukuran tidak berganjak
semasa angkup vernier dikeluarkan dari benda kerja. Ini dapat
mengurangkan kesilapan semasa mengukur.
F) BILAH PENGUKUR DALAM
Merupakan satu bilah kecil, boleh digerakkan keluar atau masuk dalam
lurah dibahagian belakang badan apabila rahang dibuka.

51
4.8 PRINSIP ASAS SKALA VERNIER

Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa teragak-agak


sekiranya ukuran itu terletak diantara dua tanda senggatan pada satu-satu skala.
Oleh itu angkup vernier mestilah :

i) mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier.


ii) senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala
vernier.
iii) Perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan
bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.

AKTIVITI 4B
4.1 Berapakah bacaan jangkalus (mikrometer) dibawah:

a. 21.29 mm c. 21.55 mm e. 21.79 mm


b. 29.21 mm d. 31.79 mm f. 31.55 mm

4.2 Namakan bahagian-bahagian mikrometer dibawah:

52
4.3 Namakan bahagian-bahagian angkup vernier dibawah:

4.4 Nyatakan dua dari tiga prinsip asas skala vernier

4.5 Berapakah bacaan angkup vernier dalam gambarajah dibawah:


(ketepatan vernier 0.02mm)

a. 24.27mm c. 24.00mm e.
24.84mm
b. 24.54mm d. 24.42mm f. 24.65mm

MAKLUM BALAS 4B

4.1 e. Bacaan senggatan terakhir


pada laras atas = 21 X 1 = 21.00mm
Bacaan pada laras bawah yang
terhampir dengan 1 mm = 1 X 0.5 = 0.50mm
Bacaan senggatan bidal yang
sejajar dengan skala
melintang pada laras = 29 X 0.01 = 0.29mm

53
Jumlah 21.79mm

4.2 a. bingkai c. bidal e. skru jangkalus


b. spindal d. penganjak halus f. andas

4.3 a. rahang tetap c. rusuk e. skala utama


b. rahang gelangsar d. skala vernier f. nat pelaras

4.4 Prinsip asas skala vernier ialah:

1) mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier.


2) senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala vernier.
3) perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan
bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.

4.5 b. Bacaan pada skala utama yang


terhampir dengan 1mm = 24 X 1 = 24.00mm
Bacaan skala vernier
senggatan ke-27 yang
sejajar dengan salah satu
pada skala utama = 27 X 0.02 = 0.54mm
Jumlah 24.54mm

INPUT

4.9 CARA PENGGUNAAN ANGKUP VERNIER

Kelebihan menggunakan angkup vernier dengan mikrometer ialah dimana


micrometer hanya boleh membuat satu bahagian bacaan sahaja manakala
angkup vernier tiga bahagian bacaan iaitu bacaan luar dan dalam benda kerja,
seperti diameter dalam dan diameter luar, lebar alur dan tebal benda kerja.
Manakala fungsi ketiga adalah untuk mengukur dalam atau tinggi benda kerja.
Cara penggunaan angkup vernier sedikit berbeza dengan mikrometer dimana jari
kelingking atau jari manis tidak perlu diapit pada bingkai kerana angkup vernier
tidak mempunyai bingkai.kedua-dua rahang angkup vernier perlu dirapatkan
pada bahan ukuran dan dengan perlahan-lahan diputarkan sehingga sedikit
rahang telah menyentuh bahan ukuran, kemudian skru pengunci dikuncikan
supaya nilai bacaan tidak berganjak.

4.10 BACAAN DAN LAKARAN ANGKUP VERNIER (METRIK DAN IMPERIAL)


54
(KAEDAH MEMBACA ANGKUP VERNIER METRIK DENGAN ANGKUP
VERNIER INCI ADALAH SAMA CUMA NILAI BACAANNYA SAHAJA YANG
BERBEZA).

Membaca Angkup vernier Tentukuran 0.02 mm

Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan


dinomborkan pada tiap-tiap 10 senggatan iaitu 10, 20, 30 dan seterusnya. Skala
vernier pula panjangnya 49mm dan disenggatkan kepada 50 bahagian yang
sama.

yang sejajar, senggatan yang ke 50 skala vernier akan sejajar dengan


senggatan ke 49 pada skala utama. Untuk mengetahui perbezaan nilai antara
satu senggatan skala utama dengan skala vernier, maka tolakkan 1mm (nilai 1
senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan pada skala vernier.
Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah :

50 senggatan skala vernier = 49 mm skala utama


1 senggatan = 49/50
= 0.98 mm.
Perbezaan nilai senggatan = 1 mm – 0.98 mm
= 0.02 mm

Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.02 mm.

Contoh 1:

Bacaan skala utama yang


terhampir dengan 1 mm = 42 x 1 = 42.00 mm

Bacaan skala vernier


senggatan ke-16 yang
sejajar dengan salah Satu
55
garisan pada skala utama = 16 x 0.2 = 0.32mm
Jumlah 42.32 mm
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 42.32 mm.

Contoh 2 :

Bacaan skala utama yang


terhampir dengan 1mm = 65 x 1 = 65.00 mm

Bacaan skala vernier


senggatan ke-39 yang
sejajar dengan salah Satu
garisan pada skala utama = 39 x 0.02 = 0.78 mm
Jumlah 65.78 mm
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 65.78 mm.

Membaca Angkup Vernier Tentukuran 0.05 mm

Skala utama disenggatkan kepada 1mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan
dinomborkan pada tiap-tiap 10 senggatan iaitu 10, 20, 30 dan seterusnya. Skala vernier
pula yang panjangnya 19mm, disenggatkan kepada 20 bahagian yang sama. Apabila
angka sifar di kedua-dua skala diletakkan pada kedudukan yang sejajar, senggatan ke-
20 pada skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke-19 pada skala utama.
Untuk mengetahui perbezaan nilai bagi senggatan skala utama dengan skala
vernier, maka to
lakkan dengan 1mm (nilai senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan
pada skala vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah :
20 senggatan pada skala vernier = 19mm skala utama
1 senggatan = 19/20.
Perbezaan nilai senggatan = 1 – 0.95 mm
= 0.05mm.
56
Oleh itu nilai setiap sengagatan pada skala vernier = 0.05mm.

Contoh 1:

Bacaan skala utama = 25.00 mm


Bacaan skala vernier apabila
senggatan ke-8 sejajar
dengan salah satu garisan
pada skala utama = 8 x 0.05 = 0.40 mm
Jumlah 25.40 mm

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 25.40 mm.

Contoh 2:

Bacaan skala utama = 123.00 mm


Bacaan skala vernier apabila
sengatan ke-15 sejajar
dengan salah satu garisan
pada skala utama = 15 x 0.05 = 0.75 mm
Jumlah 123.75 mm

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 123.75mm.

57
4.11 ALAT PENGUKUR LAIN YANG MENGGUNAKAN PRINSIP VERNIER
SEPERTI JANGKA SUDUT VERNIER DAN JANGKA SUDUT VERNIER

Selain angkup vernier, terdapat juga alat-alat pengukur yang lain juga
mengambil skala vernier bagi membolehkan mengambil ukuran yang lebih kecil seperti;
jangka sudut vernier, tolok tingi vernier, tolok dalam vernier, tolok vernier gigi gear dan
sebagainya.

JANGKA SUDUT VERNIER

Kegunaan jangka sudut vernier


1. Untuk mengukur sudut dengan tepat. Ketepatan boleh dibaca
sehingga 5’ atau 1/12.
2. untuk kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut.

Bahagian-bahagian jangka sudut vernier

58
BILAH

Bilah mempunyai berbagai-bagai ukuran, biasanya 150mm atau 300mm. Ia dimasukkan


kedalam dail, boleh dikilas, dilaraskan dan dikunci pada sebarang kedudukan sudut.

DAIL

Dail terdiri daripada dua skala, iaitu:

b) skala utama-skala ini disenggatkan kepada 360


iaitu dari 0-90, 90 –0 , 0 –90 , 90 –0. Ia
dinomborkan setiap 10.
c) Skala vernier –skala ini disenggatkan kepada 12
bahagian, setiap satu bahagian mewakili 5’ atau
1/12 dan dinomborkan setiap 3 senggatan iaitu
15,30,45 dan 60.
Kedua-dua skala utama dan skala vernier ini dibuat dua arah dari angka
sifar (0).

PRINSIP MEMBACA UKURAN

Jika bacaan sudut dalam darjah penuh:


Garisan sifar (0) dan garisan ke-60 skala vernier akan sejajar dengan mana-mana
garisan pada skala utama.
Bacaan senggatan utama dari 0 hingga ke senggatan yang telah dilalui oleh garisan
sifar skala vernier dalam arah yang sama. Kemudian dicapurkan jumlah garisan pada
skala vernier yang sejajar dengan mana-mana garisan pada skala utama, juga dalam
arah yang sama.

Contoh 1:

Garisan sifar (0) skala vernier


melampaui garisan ke-64 skala
utama. Oleh itu bacaannya = 64 00’

59
Garisan ke-2 skala vernier sejajar
dengan salah satu garisan
pada skala utama (dibaca
dalam arah bacaan yang
sama). Oleh sebab setiap 1
senggatan bersamaan dengan
5’, maka bacaannya = 2 x 5’ = 10’
jumlah 64 10’

Contoh 2:

Garisan sifar skala vernier


melampaui garisan ke-20
skala utama. Bacaannya = 20 00’
Garisan ke-9 skala vernier
sejajar dengan salah Satu
garisan pada skala utama
(dibaca dalam arah yang
sama). Oleh sebab tiap-tiap
satu senggatan bersamaan
dengan 5’, maka bacaannya = 9 x 5’ = 45’
jumlah 2045’

AKTIVITI 4C
4.1 Antara yang berikut alat pengukuran yang menggunakan prinsip vernier:

a tolok permukaan c. tolok tinggi vernier e. tali pita

c. angkup Jenny d. tolok palam f. tolok dail

4.2 Bagaimanakah saiz sesebuah angkup vernier ditentukan:

a. bilangan skala c. berat angkup e. lebar rusuk

b. panjang badan d. kejituan bacaan f. luas rahang


60
4.3 Berapakah bacaan jangka sudut vernier dibawah:

a. 4000’ c. 4517’ e. 1760’

b. 4017’ d. 4540’ f. 1645’

4.4 Rusuk berfungsi untuk mengukur ukuran bahagian:

a. luar c. ketinggian lurah e. panjang silinder

b. diameter dalam d. diameter luar f. ketebalan bongkah

4.5 Berikut adalah nama-nama bahagian pada sebuah angkup vernier kecuali:

a. Bingkai c. rahang tetap e. skala utama

c. Skala vernier d. rahang gelangsar f. rusuk

61
MAKLUM BALAS 4C

4.1 c. Tolok tinggi vernier

4.2 b. Panjang badan

4.3 f. Garisan sifar skala vernier


melampaui garisan ke-16
skala utama. Bacaannya = 16 00’
garisan ke-9 skala vernier
sejajar dengan salah satu
garisan pada skala utama
(dibaca dalam arah yang
sama). Oleh sebab tiap-tiap
satu senggatan bersamaan
dengan 5’, maka bacaannya = 9 X 5’ = 45’
jumlah 16 45’

4.4 b. Diameter dalam

4.5 a. Bingkai

PENILAIAN KENDIRI
62
UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA,
ANDA MESTILAH MENJAWAP SEMUA
SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI
UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH
ANDA.

1. Nyatakan dua kelebihan menggunakan angkup vernier jika dibandingkan


dengan jangkalus.

2. Nyatakan dua kegunaan bagi alat-alat berikut:


(a) pembaris keluli
(b) jangka sudut vernier
(c) angkup vernier
(d) tolok tinggi vernier
(e) angkup jenney
(f) angkup dalam
(g) angkup luar

3. Lukiskan sebuah mikrometer tolok dalam.

4. Lukiskan sebuah angkup vernier.

5. Nyatakan nilai bacaan mikrometer dibawah:

Sumber: pengarang, nama buku, pengeluar, tahun

6. Nyatakan nilai bacaan angkup vernier dibawah:

7. Nyatakan nilai bacaan jangka sudut vernier dibawah:

63
8. Nyatakan nilai bacaan pembaris keluli dibawah:

9. Nyatakan dua punca ralat sifar pada sesebuah mikrometer:

10. Terangkan kegunaan penganjak halus pada sesebuah mikrometer.

MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI

64
1. (a) Cepat mendapat nilai bacaan,pada skala utama dan skala vernier.
(b) Boleh mengukur diameter dalam dan luar,lebar lurah dan
kedalaman/ketebalan benda kerja.

2. (a) Pembaris keluli


-Boleh membuat ukuran terus dalam metrik dan imperial
-Mengukur jarak yang telah diambil dengan menggunakan angkup luar
dan angkup dalam.

(b) Jangka sudut vernier


-Mengukur sedut dengan tepat sehingga kepada 5’ atau 1/12.
-Membuat kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut.

(c) Angkup vernier


-Mengukur terus panjang,lebar,diameter luar atau dalam.
-Mengukur dalam atau lebar lurah.

(d) Tolok tinggi vernier


-Mengukur kedalaman lubang, lurah dan lekuk.
-Mengukur dan menanda terus pada plat atau bongkah kerja.

(e) Angkup jenney


-Mencari pusat pada hujung bar bulat.
-Membuat garisan selari pada bongkah kerja.

(f) Angkup dalam


-Mengambil ukuran sebelah dalam seperti diameter paip dan lubang.
-Mengambil ukuran lebar lurah dan lengkang lurah alur kunci.

(g) Angkup luar


-Mendapatkan dimensi sebelah luar benda kerja bulat atau rata.
-Mendapatkan ketebalan dinding silinder dan benda
kerja bertingkat.

3. Gambarajah sebuah mikrometer tolok dalam.

65
4. Gambarajah sebuah angkup vernier.

5. Bacaan senggatan terakhir


pada laras atas =7X1 = 7.00mm
Bacaan pada laras bawah yang
Terhampir dengan 1mm = 1 X 0.5 = 0.50mm
Bacaan senggatan bidal yang
Sejajar dengan skala
Melintang pada laras = 34X 0.01 = 0.34mm
Jumlah 7.84mm

6. Bacaan pada skala utama =2X1 = 2.00mm


bacaan pada skala vernier
senggatan ke-45 yang
sejajar dengan salah satu
garisan pada skala utama =45 X 0.02 = 0.90mm
jumlah 2.90mm

7. Garisan sifar skala vernier


sejajar dengan salah satu
garisan pada skala utama
maka, bacaannya = 1300’

8. Nilai bacaan pada pembaris keluli,

(a) 295 mm
(b) 284 mm
(c) 267 mm
(d) 251 mm

66
(e) 214 mm
(f) 5.5 mm
(g) 19.5 mm
(h) 32.5 mm
(i) 43.5 mm

9. Punca-punca yang menyebabkan ralat sifar:


-mikrometer tidak digunakan dengan cara yang betul.
-mikrometer tidak dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna.
-permukaan (muka ukuran) andas dan spindal menjadi haus.
-berlaku kerenggangan atau kelonggaran pada skru spindal.

10. Kegunaan penganjak halus pada mikrometer ialah untuk memastikan


ketepatan ukuran yang dibuat kerana ia mengawal dan mengelakan bidal diputar
berlebihan.

67

Anda mungkin juga menyukai