Anda di halaman 1dari 11

A

[DIKEMASKINI] WACANA Sinar Harian Siri ke-33 dengan tajuk “Cabaran dakwah
di Malaysia” merupakan isu terkini dalam masyarakat Islam di negara ini khususnya.

Mungkinkah ada perkara yang lebih besar daripada cabaran di ini yang perlu
dirungkai? 

Ikuti diskusi yang akan dikendalikan oleh moderator terkenal yang juga merupakan
pemenang Imam Muda musim pertama, Imam Muda Asyraf.

Wacana turut membariskan panelis terkemuka iaitu Presiden Angkatan Skuad


Mubaligh Malaysia, Zamri Vinoth; Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia
(Abim) Jufitri Joha;  Pengasas dan Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM),
Bro Firdaus Wong dan Tokoh Pendakwah dan ahli akademik, Xifu Naser Abdul
Rahman bagi mengupas isu ini.

Ikuti liputan langsung bersama kami bagi mengetahui kupasan panelis berkaitan isu
ini. 2.55 petang: Peserta Wacana Sinar mula mendaftarkan diri dan mengambil tempat
di auditorium 3.20 petang: Moderator Imam Muda Asyraf mula mengambil tempat di
pentas utama 3.25 petang: Panelis Wacana Sinar turut menyusul mengambil tempat
masing-masing di atas pentas 3.30 petang: Moderator Imam Muda Asyraf sedang
memperkenalkan barisan panel Wacana Sinar bertajuk Cabaran Dakwah di Malaysia

Kita hendak ajak seramai mana mungkin untuk mati dalam kalimah Lailahaillah
Muhammad Rasullullah Cabaran Dakwah di Malaysia, saya akui walaupun saya
Melayu Islam, sebagai ustaz walaupun diberi ruang, ia tetap menjadi cabaran. Apakah
falsafah kiasu masyarakat Cina dalam dakwah di Malaysia? 3. 34 petang: Xifu:
Masyarakat Cina ada semangat bergantung pada diri sendiri. Kerana kita hendak
menang, sebagai Muslim, dakwah kita akan berjaya. 3.40 petang: Moderator: Bro
Firdaus, saya dengar beberapa kes, kita gagal contohnya isu "I want to touch a dog".
Isu ini membuatkan orang mengkritik saudara kita.

Kedua, kita gagal cerita nabi cintakan kepada haiwan, bila dengan perasaan, saya pun
tak suka, akhirnya berapa tegasnya mazhab kita melarang kepada haiwan.

Kalau orang Cina, mereka lebih suka anjing daripada kucing kerana ia akan bersama
dengan tuannya bila susah.

3.43 petang: Firdaus: Wacana ini bukan ambil hati tapi menusuk hati, kita kena telus.
Perlu cakap benar walaupun pahit. Kena berdepan dengan isu dengan telus, realiti
adakah semua ok, realitinya tidak. Isu anjing dan kekerasan kita hukum orang yang
menganjurkan. Bagi masyarakat bukan Islam atau Cina, Cina ada ideologi, anjing
adalah kawan baik, sebab ia sangat setia.

Anjing tanda setia kawan, penganjur pun berjumpa dan jemput saya, saya setuju beri
kesedaran bahawa orang Islam tidak benci anjing.

Kita bukan sensitif agama tapi sensitif budaya. Masyarkat bukan Islam di Malaysia
bukan masyarakat yang tidak mengkaji, bila mahu suruh jawab isu, orang bukan Islam
akan dihalau. Orang lebih sensitif bila orang Islam pegang haiwan berbanding pegang
bukan mahram. 90% bukan Islam dan Cina, mengatakan tidak pernah orang Islam
datang kepada mereka tentang terangkan Islam. 3.49 petang: Moderator: Dakwah
tugas untuk setiap orang, bukan ustaz sahaja. Saya lihat kegagalan tertentu, mungkin
ustaz di surau sebagai pendakwah. Pendakwah bukan sekadar penceramah, tetapi
dalam keadaan orang tidak mahu dia dapat memberi harapan kepada bukan penganut
Islam sahaja. Dakwah bukan untuk hari ini sahaja tapi 10-15 tahun dan kita tidak tahu
bila.

Gerakan Islam termasuk bukan Islam sendiri hadapi khilaf sesama sendiri termasuk
NGO dan pertubuhan Apakah cabaran dakwah orang terlibat secara langsung. 4.00
petang : Jufitri Joha: Kata Hasan siapa yang lafaz syadah mereka adalah pendakwah.
Setiap kita adalah pendakwah. Jangan lupa kita lupa mendakwah di jalur politik,
peranan kita berdakwah. Usaha Allahyarham Ustaz Fadzil Noor masuk Pas adalah
dalam jalur politik untuk berdakwah . Antara keistimewaan masuk pertubuhan
dakwah, kita boleh bergaul dengan semua strata masyarakat. Isu Sister In Islam,
sejauhmana pihak yang ambil inisiatif untuk merapati dalam usaha dakwah? Abim
kita jumpa Sis, kita berdepan dengan mereka. Cabaran dalam pertubuhan dakwah
ialah turun di lapangan.

4.02 petang: Moderator: Apa cabaran dakwah Islam kepada penganut Hindu?

4.05 petang: Zamri: Keengganan orang Islam sendiri untuk menyampaikan ilmu Islam
kepada orang bukan Islam menyulitkan proses dakwah.

Tolak tepi politik bila berdakwah mengenai agama Islam.  

4.10 petang: Jufitri Joha: Imam Muda, Pencetus Ummah perlu terjun dalam
berdakwah. Kita harus ada kumpulan pemikir minoriti yang memikirkan tentang isu
hak asasi di Sabah dan Sarawak. Kita marah Comango, tapi apa kita buat? Gerakan
Islam banyak yang aktif tetapi tidak proaktif. Masalah kita hanya hentam di belakang,
tetapi tidak turun padang. Sebab itu antara fokus pendakwah kita bincang bantu OKU,
isu migran. Isu LGBT, kes di mahkamah maknyah dihentam, mereka tidak mahu
cabar mahkamah, tetapi ada orang dibelakang. Sebab itu pendakwah Islam kena fikir
mengenai isu ini.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/politik/apa-cabaran-dakwah-di-


malaysia-1.336790
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

https://www.sinarharian.com.my/politik/apa-cabaran-dakwah-di-malaysia-1.336790
Berita / Aktiviti
Cabaran Dakwah Islamiah dalam Perkembangan Teknologi Masa Kini
Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi- Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), melalui pusat Pengajian Sains
Dakwah telah menganjurkan Diskusi Isu-Isu Dakwah Semasa Tahun 2015 pada25
November 2015 bertempat diAuditorium Al-Syafei, ILIM. Diskusi kali ini
bertemakan “Cabaran Daie Masa Kini”.

Diskusi ini menjelaskan tentang Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai
cabaran dan masalah yang semakin kompleks disebabkan berlakunya perkembangan
peradaban dan kemajuan dalam masyarakat. Antaranya cabaran dari sudut ideologi
dan pemikiran seperti penyebaran fahaman Liberalisme, Ekstremisme, Pluralisme dan
sebagainya.

Dalam hal ini, pendakwah perlu melakukan transformasi dalam penyampaian dakwah
dengan menggunakan pendekatan kontemporari yang lebih interaktif dan menarik
dalam menangani isu-isu dakwah masa kini seiring dengan perkembangan teknologi
yang berlaku bagi menjamin keberkesanan dalam berdakwah. Para pendakwah juga
perlu mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur dalam usaha menyampaikan
dakwah Islamiah kepada sasaran bagi mengelak daripada berlakunya salah faham
dalam masyarakat.

Pada Diskusi kali ini, ILIM telah mengundang Tuan Haji Abdul Karim bin Omar –
Felo Kanan, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) untuk menyampaikan
ceramah yang bertajuk : Fahaman Liberal Dan Ekstremisme :Cabaran Terhadap
Dakwah Islamiah. Manakala sesi kedua, Diskusi dilaksanakan dalam bentuk forum di
mana ahli panel terdiri daripada Prof. Dr. Hj. Taufiq Yap Yun Hin – Presiden
Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Prof. Madya Dr. Khadijah binti
Mohd Khambali @ Hambali- Pensyarah Universiti Malaya. Kedua-dua ahli Panel
Forum membincangkan tajuk : Strategik Dakwah Dalam Menangani Isu-isu Semasa.

Akhir sekali, pihak penganjur khususnya ILIM berharap peserta diskusi memperolehi
kefahaman dan kesedaran dalam menangani isu-isu dakwah semasa di samping dapat
memperbetulkan persepsi dan pemikiran ummah.

https://www.islam.gov.my/en/berita/504-cabaran-dakwah-islamiah-dalam-
perkembangan-teknologi-masa-kini
Cabaran dakwah zaman teknologi

Oleh Siti Fatimah Hassan


sfhassan@hmetro.com.my
A view of the sea
DARI kiri Sharin, Azizan, Noor Aziah dan Ghazali menerima anugerah pada majlis
sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan di Kompleks Pusat Islam,
semalam.
Kuala Lumpur: “Bagi saya, cabaran berdakwah ketika zaman teknologi ini dilihat
sebagai cabaran untuk semua khususnya dalam mengawal diri menyebarkan ilmu dan
maklumat sahih memandangkan boleh diperoleh hanya di hujung jari,” kata Ketua
Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Datuk Dr Azizan
Baharuddin selepas dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah
1438H/2016M Peringkat Wilayah Persekutuan, semalam.

Beliau menerima anugerah itu bagi mengiktiraf sumbangannya yang bergiat aktif
dalam pelbagai organisasi termasuk Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Pergerakan
Puteri Islam Malaysia (PPIM) selain pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa
Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut Agama
(JKMPKA), Jabatan Perpaduan Negara (JPM).

Menurut Azizan, kerja dakwah ketika ini perlu disesuaikan dengan kepantasan
teknologi memandangkan semua maklumat mampu diperoleh dengan cepat.

“Dalam zaman sekarang, dakwah tidak mungkin boleh dilakukan secara diam kerana
dalam keadaan serba canggih ini segalanya amat pantas.

“Penggunaan gajet amat meluas di semua peringkat, malah kanak-kanak turut


menggunakannya. Namun, kita yang mengawal setiap maklumat yang disebarkan itu.
Biarlah perkara yang disebarkan itu menyihatkan perasaan dan jiwa,” katanya.

Sambutan Maal Hijrah itu turut memberi pengiktirafan terhadap beberapa lagi
individu menerusi anugerah sama berdasarkan kategori iaitu Presiden Yayasan
Persaudaraan Islam, Sharin Low Abdullah (kategori korporat), Imam 1 Masjid Bukit
Aman Kuala Lumpur, Superintendan Ghazali Daud (kategori pendakwah) dan
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal (kategori ilmuan).

Azizan menerima hadiah wang tunai RM5,000 beserta sijil dan trofi manakala tiga
lagi menerima wang tunai RM4,000 bersama sijil dan trofi.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf


Wajdi Dusuki sambil disaksikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya.

Disiarkan pada: October 7, 2016 @ 7:46am

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/
2016/10/172141/cabaran-dakwa
h-zaman-teknologi

OPEN JOURNAL SYSTEMS


Journal Help
USER
Username
Password
Remember me
NOTIFICATIONS
View
Subscribe
JOURNAL CONTENT
Search
Search Scope

Browse
By Issue
By Author
By Title
Other Journals
FONT SIZE
Make font size smallerMake font size defaultMake font size larger
INFORMATION
For Readers
For Authors
For Librarians
HOME ABOUT LOGIN REGISTER SEARCH CURRENT ARCHIVES
ANNOUNCEMENTS ETHICS STATEMENT USER GUIDES INDEXING
Home > Vol 14, No 7 (2017) > Abdul Talib
CABARAN DAKWAH ISLAM DI ALAM SIBER (Challenges of Islamic Dakwah in
Cyber Space)
Noor Azaian Binti Abdul Talib, Mohd Yusof Abdullah, Mohd Azul Mohamad Salleh

Abstract

Keupayaan teknologi komunikasi pada ketika ini, membawa fenomena apabila


memunkinkan penggunaan aplikasi media sosial dalam pelbagai aspek kehidupan
termasuklah aktiviti dakwah. Aplikasi media social seperti facebook, whatsapps,
instagram dan twitter, dilihat berpotensi memberi peluang yang meluas terhadap
penyebaran mesej dakwah kerana sifatnya yang pantas, langsung ke sasaran, meluas
penggunaannya dan lebih global. Dakwah merupakan ajakan atau seruan ke arah
penerimaan, penghayatan ajaran dan nilai-nilai Islam. Aspirasi ini dapat direalisasikan
melalui pengurusan dan perancangan yang sistematik sesuai dengan saranan Al-Quran
supaya dakwah disampai dan disebarluaskan secara hikmah dan teratur. Artikel ini
membincangkan potensi penggunaan teknologi komunikasi terutamanya media
baharu untuk aktiviti dakwah dan cabaran yang munkin timbul dalam penggunaannya.
Perbincangan adalah berdasarkan senario semasa dalam konteks lanskap media
berkaitan penggunaan media untuk aktiviti dakwah di Malaysia khususnya. Aktiviti
dakwah semasa mestilah mengambilkira penggunaan media yang dimiliki dan
digunakan oleh khalayak untuk memastikan kesampaian dan penerimaan mesej
dakwah dan seterusnya membantu perkembangan ajaran Islam yang betul. Media baru
sebagai alat menyebarkan maklumat pada masa kini dilihat begitu berbeza dengan
medium pembelajaran agama sebagaimana yang dilakukan sebelum ini. Oleh itu,
terdapat beberapa isu utama yang menjadi cabaran dalam melebarkan dakwah melalui
media baru seperti yang dibincangkan dalam artikel ini.

______________________

In today’s world, the communication technologies are so pervasive that it is widely


used for human activities including dakwah. Social media such as facebook,
whatsapps, Instagram and twitter provide enormous potential in disseminating
messages on Islam due to their features like instantaneous, direct, popular and global.
Dakwah is related with religious missions with the aim to persuade or convert others
towards the teaching of Islam. This mission is realized through proper and systematic
planning in accordance with the way Islam should be propagated. This article
discusses the potential of utilization of communication technologies particularly the
new media in dakwah’s works and the challenges. The discussion focusses on current
scenario of new media landscape in Malaysia. Dakwah work must incorporate popular
media as communication channels to disseminate messages effectively and thus
ensure the success of its mission. This article identifies some challenges which may
arise in the use of new media for dakwah work.

https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/22742

INSIDEN serangan berdarah di Perancis bulan lalu tanpa disedari umat Islam,
mungkin hasil salah faham konsep dakwah dek ‘berguru’ di media sosial dan laman
sesawang songsang.
Ironi, lambakan maklumat tidak terkawal di alam maya tanpa bimbingan asatizah
bertauliah, amat digemari generasi muda Muslim yang ‘malas’ bersusah payah cari
ilmu daripada sumber sahih.
Inilah antara cabaran daie pada masa kini yang menurut pendakwah muda, Nushi
Mahfodz, dibimbangi menjerumuskan Muslim kepada kesesatan hatta ditakuti
mencemarkan imej Islam.
Dilahirkan di Scotland, Britain lebih 45 tahun lalu, beliau yang mula aktif berceramah
di sekitar Lembah Klang awal usia 20-an; juga khuatir ada berani buat andaian sendiri
berasaskan logik.
“Maklumlah, akses internet mudah dicapai di mana sahaja pada bila-bila masa, tetapi
paling saya takut apabila remaja Islam baca informasi yang dipengaruhi ‘lencong’
akidah,” kata beliau.
Hasilnya, tambah Nushi, kelompok netizen yang asalnya mencari kebenaran itu
terperangkap dengan ‘racun’ fahaman liberalisme, sekularisme atau pluralisme
disampaikan sangat halus.
Lebih dibimbangi lagi, laman siber yang ‘bertopengkan’ Islam itu pula diminati
golongan muda Muslim kononnya menepati selera, walhal kandungannya jelas salah
dari segi ajaran syarak.
“Apabila ada pendakwah berani tampil bersuara tegas cuba bawa pandangan sebenar,
dia jadi mangsa sasaran dengan ditohmah sebagai jumud, kolot atau tidak terbuka,”
luah beliau.
Dalam nada agak kesal, Nushi berkata, jika ada ‘ustaz sesat’ keluar hujah yang
sebaliknya, dia diangkat sebagai ulama progresif dan dianggap berfikiran moden atau
toleransi beragama.
Hakikatnya, bidang dakwah di seluruh dunia memerlukan ramai daie yang mahir dan
celik teknologi komunikasi maklumat untuk berani jadi ‘askar siber’ bagi tangkis
fahaman salah itu.
“Umat Islam amat memerlukan pendakwah gigih sebegini untuk berperanan
mengharmonikan ‘serangan’ kepelbagaian idea global yang sukar dibendung daripada
musuh Allah,” katanya.
Gerakan itu jelas Nushi, dilihat cukup bijak berselindung malah kreatif di sebalik
gagasan kebebasan bersuara ala-Barat, padahal mereka cuba menyesatkan minda
komuniti Muslim.
Justeru beliau berpendapat, ada hikmah kenapa gempar peristiwa hitam di Perancis
apabila umat Islam boleh bersatu bela Rasulullah SAW waima berpecah belah aneka
ideologi siasah.
“Mungkin ada mesej tersirat daripada Allah SWT agar penganut Islam tidak lagi leka
dengan bangkit pertahan maruah agama termasuk melalui medium teknologi
canggih,” kata Nushi. – Jejak Ulama, Mingguan Malaysia

https://www.utusan.com.my/gaya/agama/2020/11/cabaran-lambakan-dakwah-alam-
siber/

Pendakwah digalak guna media sosial untuk berdakwah


Bernama
Disember 10, 2016 09:09 MYT
Pendakwah digalak guna media sosial untuk berdakwah
ASYRAF: Pendakwah digalak menggunakan media sosial untuk berdakwah kerana ia
lebih pantas dan sebarannya meluas, kata Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Gambar fail
Pendakwah digalak menggunakan media sosial untuk berdakwah kerana ia lebih
pantas dan sebarannya meluas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata cabaran masa kini memerlukan pendakwah yang mampu menguasai
teknologi terkini untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat dengan lebih
berkesan.

"Suasana terkini juga memerlukan pendakwah untuk membuat pencerahan kepada


masyarakat bagaimana untuk menggunakan media sosial dengan bijak mengikut
prinsip Al Quran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa
Pendakwah 2016 di sini, hari ini.
Asyraf Wajdi berkata perubahan persekitaran, letusan maklumat, arus globalisasi dan
lambakan gajet berteknologi, memberi lebih ruang kepada masyarakat untuk
mendapat maklumat yang tidak disaring.

"Kemunculan pelbagai media baharu yang dilihat semakin hebat dan berpengaruh
serta mampu membentuk pemikiran masyarakat adalah cabaran besar yang harus
diterokai dan dimanfaat sepenuhnya dalam kerja-kerja dakwah," katanya.
Multaqa Pendakwah sehari anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu
dihadiri kira-kira 800 pendakwah termasuk imam, guru Kelas Al Quran dan Fardu
Ain (Kafa) dan guru agama di negeri ini.

https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/pendakwah-
digalak-guna-media-sosial-untuk-berdakwah-125207%3famp=1

CABARAN DAKWAH MASA KINI

Menyoroti sejarah mengenai bagaimana dakwah Islam mampu tersebar dan


disampaikan kepada umat manusia di zaman Nabi Musa a.s., kita akan dapati bahawa
baginda menggunakan cara dan pendekatan dakwah yang bersesuaian dengan cabaran
dan situasi semasa pada ketika itu. Pada zaman Nabi Musa a.s, baginda
dianugerahkan oleh Allah SWT dengan mukjizat ‘tongkat sakti’ bagi menangani
cabaran yang dihadapi oleh baginda pada zaman tersebut. Ini disebabkan kepakaran di
bidang sihir merupakan di antara ciri-ciri kekuatan yang menjadi pelindung kepada
kezaliman yang dilakukan oleh penguasa Mesir atau Fir’aun pada masa tersebut.
Pada masa kini, dakwah Islamiah sedang memasuki era baru peralihan zaman. Umat
Islam sedang berada di dalam era yang dikenali sebagai ‘masyarakat terbuka’. Arus
globalisasi dan revolusi dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat
menjadikan masyarakat terbuka sebagai satu realiti.
Selaku umat Islam yang berpandangan positif, era peralihan zaman ini harus dijadikan
peluang untuk kita meningkatkan usaha penyampaian ajaran agama Islam kepada
seluruh masyarakat. Kita perlu meningkatkan seluruh saluran dan ruang penghebahan
untuk memastikan ajaran agama Islam tersebar seterusnya membangunkan
masyarakat berasaskan panduan dan pedoman cahaya al-Quran dan al-Hikmah.

Kita pernah dikejutkan dengan penemuan surah-surah palsu yang dimasukkan dalam
internet. Memang golongan orientalis tidak pernah berdiam diri dalam usaha mereka
untuk menghancurkan Islam. Kita juga pernah mendapat berita tentang penambahan
rukun iman kepada tujuh perkara (iaitu beriman kepada jin) dalam sekeping CD al
Quran yang dijual di pasaran. Apa yang lebih menyedihkan, sekeping video Cina
dalam bentuk CD ditulis atasnya perkataan MUHAMMAD RASULULLAH.
Cabaran yang ditempuhi agak hebat juga. Di dalam internet, terdapat banyak lawan
web yang menampilkan gambar-gambar porno yang tak sepatutnya disebarkan.
Begitulah, lumrah kehidupan masyarakat barat yang sudah terlalu rosak. Hal-hal yang
memalukan tidak lagi menjadi perkara yang dapat disembunyikan. Sedangkan Islam
yang indah mengajar kita supaya bersifat malu dan berakhlak mulia.
Adakalanya kita merasa kagum dengan kepakaran manusia yang memprogramkan
sesuatu di dalam komputer. Muncul pelbagai perisian yang memudahkan urusan
hidup. Wujudnya dunia multimedia yang hebat. Hanya melalui sekeping CD,
bermacam maklumat dapat diambil darinya. Sekiranya dirujuk kepada buku mungkin
memerlukan berpuluh buah buku untuk menyimpan maklumat ilmu yang begitu
banyak.

Melihat kepada realiti era globalisasi pada masa kini, ruang dakwah serta penyebaran
maklumat Islam dengan lebih pantas dan berkesan kini terbuka lebih luas melalui
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Namun begitu, di dalam
membicarakan tentang kecanggihan dan kepesatan teknologi, khususnya ICT, kita
masih tidak dapat menjamin bahawa sesuatu dakwah Islam boleh difahami oleh
manusia. Ini kerana kefahaman seseorang individu terhadap sesuatu Islam itu bukan
hanya terletak pada kehebatan teknologi tetapi terletak pada mutu kandungan serta
cara atau kaedah penyampaian yang menarik dan berkesan sehingga membolehkan
ilmu tersebut masuk ke dalam jiwa manusia.

Umat Islam dan pergerakan dakwah perlu meningkatkan penguasaan di dalam bidang
teknologi dakwah. Ini bagi membolehkan citra dakwah terjelma secara meluas di
dalam pelbagai wajah baru yang dinamik. Penguasaan teknologi dakwah meliputi
keperluan untuk usaha penyebaran Islam terhebah menerusi saluran komunikasi baru
seperti informasi maya, seni elektronik dan imej bergerak.

Pendakwah masa kini tidak mempunyai ilmu yang mantap dalam bidang ICT yang di
perlukan masa kini. Perkembangan teknologi di seluruh dunia perlu diambil kira
dalam menyampaikan dakwah islam secara lebih meluas. Namun, kepakaran dalam
bidang ini belum dikuasai sepenuhnya oleh para pendakwah Islam.

Hakikatnya, masyarakat kita pada masa kini amat mudah terpengaruh dengan apa jua
yang ditayangkan di media massa melalui teknologi maklumat dan komunikasi ICT
pada masa sekarang. Justeru, sebagai seorang pendakwah yang prihatin, ia membuka
peluang kepada para pendakwah teknologi menggunakan kepakaran di dalam bidang
masing-masing, bagi memainkan peranan memikul tanggungjawab dakwah. Ruang
dan kepakaran itu haruslah dimanfaatkan bagi menakluki hati masyarakat agar terpaut
dengan ajaran Islam yang sarat dengan nilai murni yang universal.

http://dinnulislami.blogspot.com/2011/01/cabaran-dakwah-masa-kini.html?m=1

CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI


RENCANA
OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL
TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI

Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang
semakin kompleks. Hal ini berlaku disebabkan perkembangan peradaban dan
kemajuan tamadun kemanusiaan dalam pelbagai aspek kehidupan. Keadaan ini
tentunya berbeza jika hendak dibandingkan dengan pada zaman era pertanian dan
juga era perindustrian beberapa abad yang lampau. Ternyata realiti kehidupan
manusia pada masa kini lebih bersifat kebendaan dan juga lebih bersifat
individualistik.
Sehubungan dengan itu perkembangan dan kemajuan dakwah Islamiah perlu sentiasa
selaras dengan perkembangan dan kemajuan masyarakat yang ada di sekelilingnya.
Ini bermaksud segala aktiviti, program dan pendekatan dakwah Islamiah perlu
mengikut perkembangan dan kemajuan masyarakat . Tidak dapat dinafikan bahawa
ada kalanya aktiviti atau program dakwah Islamiah yang dijalankan tidak memenuhi
keperluan dan kesesuaian suasana keadaan sesebuah atau kelompok masyarakat.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa dakwah Islamiah belum dijadikan model
atau panduan oleh masyarakat dalam menghadapi perubahan yang berlaku dalam
kehidupan mereka pada hari ini.
Dalam era kemajuan teknologi dan dalam era globalisasi masa kini sekurang-
kurangnya terdapat tiga cabaran dakwah Islamiah yang perlu dihadapi pada masa kini
iaitu: Pertama; pemahaman masyarakat terhadap aspek dakwah Islamiah pada
umumnya lebih diertikan sebagai aktiviti yang bersifat komunikasi lisan ( oral
communication) atau bersifat tabligh sehingga aktiviti dakwah lebih bersifat kepada
penyampaian secara lisan semata-mata aktiviti ceramah semata-mata. Dari satu sudut,
kegiatan ceramah yang banyak diadakan pada masa kini dalam masyarakat kini sama
ada di surau, masjid, dewan, tempat-tempat awam atau di mana sahaja memang
mempunyai kekuatan yang tersendiri, kerana ia dapat mewujudkan hubungan secara
langsung antara pendakwah (daie) dengan sasaran dakwah atau kelompok yang
didakwahi (mad’u). Selain dari itu para pendakwah yang terlibat dalam aktiviti jenis
ini tidak perlu memerlukan tenaga yang terlalu banyak untuk berfikir dan khalayak
pula terdiri dari pelbagai jenis kelompok pendengar. Dari sudut yang lain, terdapat
kelemahan dalam program yang berbentuk ceramah ini, antaranya ialah penceramah
atau pendakwah yang terlibat perlu menyediakan waktu yang banyak untuk program
ini. Lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat kita pada hari ini masyarakat lebih
suka dan tertarik dengan ara penceramah yang popular dan ‘menghiburkan’ atau para
penceramah yang perlu ‘diimport’ dari jauh. Selain dari itu khalayak dakwah juga
perlu menyediakan masa yang cukup untuk mengikut kegiatan ceramah ini yang
diadakan di pelbagai tempat sedangkan pada masa kini, masyarakat tidak mempunyai
banyak masa akibat dari pelbagai aktiviti bagi memenuhi kehidupan seharian
termasuk keperluan bekerja dan tuntutan yang lain. Kemungkinan juga program
ceramah-ceramah yang diadakan itu menjemukan atau tidak menepat sasaran
khalayaknya kerana terdapat perbezaan daya intelektual para pendengar ataupun
terdapatnya kelemahan-kelemahan yang lain dari para pendakwah sendiri.
Kedua, cabaran dari sudut keilmuan. Dakwah dalam era kini bukan lagi bersifat biasa
(routine), sementara ( temporary) dan juga segera (instant) tetapi dakwah masa kini
memerlukan kekuatan keilmuan. Dengan adanya keilmuan dakwah Islamiah tentunya
aspek-aspek yang berkaitan dengan strategi pelaksanaan dakwah dapat dilaksanakan
berdasarkan teori dakwah Islamiah yang telah diperkatakan oleh alim ulama atau para
cendekiawan yang terdahulu. Kita perlu akui bahawa aktiviti-aktiviti atau program
dakwah yang dilaksanakan pada hari pada umumnya tidak menggunakan kaedah
pendekatan ilmiah atau kerangka teori dakwah yang jelas. Akibatnya semua program
dan aktiviti dakwah yang dilaksanakan terus berjalan tanpa perancangan dan penilaian
yang jelas. Masalah yang timbul berkaitan dengan aspek keilmuan dakwah Islamiah
ini ialah disebabkan dari segi epistemologi ilmu dakwah tidak selari dengan khazanah
ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu kalam, filsafat Islam, tasawuf, hadis, fikah dan
lain-lainnya. Ternyata ilmu dakwah yang muncul agak lewat dari segi perkembangan
ilmu dan ilmu ini baru dikuasai oleh para ilmuwan terkemudian dan masa kini.
Cabaran ketiga adalah berkaitan dengan modal insan. Dalam aspek ini jika
diperhatikan aktiviti dakwah yang dilaksanakan masih lagi di tahap sederhana. Kesan
dari ini terdapatnya para pendakwah yang tidak profesional dan ini menyebabkan
masyarakat memberi penghargaan yang rendah kepada para pendakwah. Pandangan
yang sama juga ditujukan kepada agensi atau organisasi dakwah akibat dari lemahnya
daya kepimpinan dan juga aspek pengurusan organisasi dakwah. Para pendakwah
yang masih gagal menguasai alat-alat teknologi dakwah ataupun kemudahan yang
terdapat ada masa kini yang dapat memberikan kesan dalam menyampaikan dakwah,
tidak mampu melaksanakan pengurusan dakwah yang berkesan yang merangkumi
aspek perancangan, pengorganisasian, pengawalan dan juga kepimpinan yang
berkesan. Secara idealnya para pendakwah pada masa kini tidak hanya menguasai
ilmu-ilmu asas pendakwah seperti penguasaan ilmu pengajian Islam yang mantap,
akhlak yang baik tetapi juga perlu menguasai ilmu-ilmu bantu yang lain seperti ilmu
komunikasi dan juga kaedah atau metodologi dakwah, sekali gus ia mampu
menterjemah ilmu atau kemahiran yang ada itu untuk menyampaikan dakwah
Islamiah secara lebih berkesan.
Berdasarkan tiga cabaran yang dinyatakan di atas, adalah menjadi harapan kita
bersama bahawa usaha-usaha untuk meningkatkan tahap perlaksanaan dakwah
Islamiah di kalangan para pendakwah dan juga organisasi dakwah sama pihak
kerajaan atau Badan Bukan Kerajaan (NGO ) akan terus diusahakan dan sekali gus
aktiviti dakwah Islamiah di negara kita akan mengalami proses pencerahan
(enlightenment) dalam memfokuskan persoalan-persoalan dakwah Islamiah yang
berkembang dalam era kontemporari masa kini.

__________________________TAMAT____________________
CATATAN:
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal ialah Pegawai KAGAT yang sedang melanjutkan
pengajian di peringkat Doktor Falsafah di Jabatan Pengajian Dakwah dan
Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Boleh
dihubungi di burhanilmi@yahoo.com
at November 29, 2007
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Share to Pinterest

http://burhanuddin63.blogspot.com/2007/11/cabaran-dakwah-islamiah-masa-
kini.html?m=1

Anda mungkin juga menyukai